Adsense

Rabu, 30 Jun 2010

Jawatan Kosong Terkini di Malaysia

Jawatan Kosong Terkini di Malaysia


(05 Julai 2010) Jawatan Kosong Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)

Posted: 29 Jun 2010 06:59 AM PDT

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan-jawatan berikut:-

1.Pegawai Perubatan Gred UD51/52 - 2 Kekosongan
2.Pegawai Perubatan Gred UD47/48 - 4 Kekosongan
3.Pegawai Perubatan Gred UD43/44 - 1 Kekosongan
4.Perangkawan Gred E48 - 3 Kekosongan
5.Pegawai Farmasi Gred U44 - 1 Kekosongan
6.Pegawai Sains Gred C41 - 1 Kekosongan
7.Jururawat Gred U29 - 6 Kekosongan
8.Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 - 1 Kekosongan
9.Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 - 1 Kekosongan
10.Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 - 3 Kekosongan
11.Penolong Akauntan Gred W27 - 1 Kekosongan
12.Penjaga Jentera Elektrik Gred R24 - 1 Kekosongan
13.Pembantu Am Pejabat Gred N1 - 1 Kekosongan


SYARAT LANTIKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1.Pegawai Perubatan Gred UD51/52- 2 Kekosongan
2.Pegawai Perubatan Gred UD47/48 - 4 Kekosongan
3.Pegawai Perubatan Gred UD43/44 - 1 Kekosongan

SYARAT LANTIKAN
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred UD41: P1T6); atau
(ii)calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) Akta Perubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(a) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred UD41: P1T6);dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

LANTIKAN TERUS KE GRED UD43, UD47, UD51 ATAU UD53
Calon bagi lantikan terus ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD43, UD47, UD51 atau UD53 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) memiliki kelayakan seperti di perenggan 1(c) (i) atau (ii) di atas;
(b)lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(c)mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang berkenaan.


4.Perangkawan Gred E48 - 3 Kekosongan

SYARAT LANTIKAN
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) Ijazah Sarjana Muda kepujian atau Sarjana dalam bidang ekonomi atau statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(c) mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan sekurang kurang 7 tahun;
(d) mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang;
(i) keutamaan diberi kepada pemohon-pemohon seperti berikut:-
•Pengalaman dalam kerja-kerja lapangan kajian.
•Mempunyai kebolehan menulis laporan kajian dalam Bahasa Inggeris.
•Mempunyai sikap spontan dan berdikari.
(ii)Mempunyai perwatakan dan peribadi sesuai;
(iii)Bersih dari tindakan tatatertib;
(iv)Sihat tubuh badan dan tidak mengidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan (pemohon dan ahli keluarga).


5.Pegawai Farmasi Gred U44 - 1 Kekosongan

SYARAT LANTIKAN
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i)Ijazah Sarjana Muda Farmasi yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(ii)telah berdaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia;
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.dan
(e) Pegawai Farmasi Gred U41 layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Farmasi Gred U44 yang kosong apabila telah :-
(ii)disahkan dalam perkhidmatan;
(iii)mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(iii)lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(iv)diperaku oleh Ketua Perkhidmatan.


6.Pegawai Sains Gred C41 - 1 Kekosongan

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred C41: P1T3);dan
(d)lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


7.Jururawat Gred U29 - 6 Kekosongan

SYARAT LANTIKAN

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED U29
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6);

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED U41
(d)Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U41: P1T1);dan
(e)lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


8.Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 - 1 Kekosongan

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma Teknologi Makmal Perubatan daripada Kolej Teknologi Makmal Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6)dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


9.Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 - 1 Kekosongan

SYARAT LANTIKAN
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i)Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F29: P1T1): atau
(ii)diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik(komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya .
(Gaji permulaan ialah pada Gred F29: P1T2)dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Komputer adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a)mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


10.Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 - 3 Kekosongan

SYARAT LANTIKAN

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED U29
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6);dan
(e) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


11.Penolong Akauntan Gred W27 - 1 Kekosongan

SYARAT LANTIKAN
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i)Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan dan perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T5): atau
(ii)Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya .
(Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T8)dan
(d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan dan Pembantu Tadbir (Kewangan) yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a)(i)mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii)lulus peperiksaan Khas; dan
(b)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


12.Penjaga Jentera Elektrik Gred R24 - 1 Kekosongan

SYARAT LANTIKAN
1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a)warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i) tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii)sekurang-kurangnya mempunyai sijil BO (yang dikeluarkan oleh Jemaah Pemeriksa Elektrik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(d)berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.


13.Pembantu Am Pejabat Gred N1 - 1 Kekosongan

SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii)boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: P1T2).


CARA MEMOHON
(i)Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi melalui Laman Web : http://www.lppkn.gov.my

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

(ii)Pegawai yang sedang berkhidmat di Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Kuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan:-
• Salinan Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini
• Salinan Laporan Nilaian Prestasi (3 tahun terkini)
(iii)Permohonan perlu disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap/lewat akan ditolak.
(iv)Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
(v)Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

KETUA PENGARAH
LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA MALAYSIA,
BANGUNAN LPPKN,
NO.12B, JALAN RAJA LAUT,
PETI SURAT 10416, 50712 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Operasi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 5 Julai 2010

(22 Julai 2010) Jawatan Kosong Agro Bank

Posted: 29 Jun 2010 06:52 AM PDT

Qualified Malaysian citizen are invited to apply job vacancies in Agrobank Headquarters to fill the following position :

1. Translator

Salary: RM1650 - 5900

Responsibilities:
•Translate written Bahasa Melayu to English language and vise verse

Requirements:
•Minimum qualification in Diploma from institute of higher learning or equivalent,accredated by Malaysian Qualifications Register (QMR)
•Diploma in Translation from Universiti Malaya or Diploma Professional Translation from PM-DBP
•At least 2 years working experience as translator
•A good command of Bahasa Melayu and English language
•Translation skills to translate Bahasa Melayu to English language and vise verse
•Computer literate
•Good interpersonal skills.
•Credit in Bahasa Malaysia (SPM)


2. Draftsman

Salary: RM1200 - 4250

Responsibilities:
•Responsible for the preparation of plans and drawings and to assist in the implementation of the renovation and construction projects undertaken by Property Development Unit, ensuring projects are completed on time, within budget and according to the specification.

Requirements:
•Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia
•Certificate in Draftsmanship or other related discipline
•Minimum two 2 year(s) relavant experience.
•Able to work independent, self motivated and work well under pressure.

Interested candidates are invited to submit job application letter with a complete resume, stating current and expected salary together with a copy of academic certificates, birth certificate, IC and a recent passport size photograph to :

Head, Human Resource Department,
AGROBANK
P.O Box 10815,
50726 Kuala Lumpur.

Notes:
• Indicate the position name at the top left hand corner of the envelope.
• Only short listed candidates will be notified.

Closing Date: 22 July 2010