Adsense

Sabtu, 16 Mac 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Jumaat, 15 Mac 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Demi wira Lahad Datu

Posted: 10 Mar 2013 07:24 AM PDT

Insiden serangan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah mengejutkan rakyat Malaysia.

Ramai tersentuh hati melihat ketabahan perajurit mempertahankan kedaulatan negara. Sedih dan sayu tatkala membaca laporan perajurit yang terkorban ketika menentang penceroboh.

Paling menyedihkan apabila mengenang nasib isteri yang menjadi balu dan anak-anak yang kehilangan bapa dalam peristiwa itu. Seperti insan lain, anak seni juga merasai derita, erti kehilangan dan rasa cemas dalam berdepan serangan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Sehubungan itu, atas dasar mahu berkongsi rasa dan membantu sekadar mampu, majlis tahlil dan solat hajat dianjurkan Jawatankuasa Pengelola Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Studio Sound Stage, Kompleks FINAS, malam kelmarin. Dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin dan tahlil.

Kalimah suci memuji kebesaran Ilahi dan Rasulullah SAW berkumandang memecah keheningan di studio besar itu. Semua hadirin khusyuk menadah tangan memohon supaya perwira negara yang gugur di medan perang ditempatkan roh mereka di sisi insan beriman. Majlis juga mendoakan Malaysia terus aman dan makmur serta bebas daripada ancaman anasir luar.

Lebih 20 artis hadir

Lebih 20 artis termasuk calon Top 5 ABPBH 2012 seperti Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Johan As'ari, Shah Iskandar, kumpulan Sleeq, Nabila Huda, Enot dan Didie Alias meluangkan masa menghadiri majlis itu. Turut serta, penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, artis veteran, Datuk Mustapha Maarof, Along Cham, Kilafairy, Iz Sulaini, Zarul Umbrella, Betty Banafe, Stellar Band dan Rohana Jalil.
Hadir sama pada majlis tahlil dan solat hajat itu, Pengerusi FINAS, Datuk Md Afendi Hamdan; Ketua Pengarah FINAS, Raja Rozaimie Dalnish Shah dan Ketua Pengarang Berita BH, Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Majlis tahlil dan solat hajat itu diimamkan Eksekutif Agama The New Straits Times Press (M) Bhd, Zamanuddin Jusoh.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Tidak lupakan rakyat Malaysia

Posted: 10 Mar 2013 07:09 AM PDT

Dia sedar ada sesetengah pihak mengatakan dirinya lebih mementingkan rakyat di luar negara apabila menumpukan aktiviti amal untuk penduduk Islam di Palestin.

Namun bagi pelakon, Haryati Hamzah atau Yatt, 33, dia tidak mengetepikan saudara seagama di negara sendiri. Malah, bersama-sama Usrah Fitrah dia sedaya upaya cuba membantu meringankan beban seluruh umat Islam yang memerlukan.

"Saya tahu ada orang yang cakap kenapa nak bantu orang luar, sedangkan orang kita pun ada yang susah? Tapi di Palestin itu juga, kami membantu umat Islam dan mahu membebaskan Masjid Al-Aqsa. Itu kewajipan semua umat Islam. Isu di Gaza ialah isu kemanusiaan.

Teruja beramal ditemani keluarga

"Cuma, dengan situasi yang melanda Sabah ketika ini, kita semua rakyat Malaysia perlu berfikiran positif. Keputusan pemimpin untuk melancarkan operasi terhadap penceroboh adalah keputusan yang berat dan perlu kita semua hormati.

"Kita sama-sama bantu dengan berdoa dan sentiasa melangkah ke hadapan," katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Felinna, bersama suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 33, dan anaknya, Suci Hanania Malika yang berusia tiga tahun.

Yatt bersama keluarganya dan wakil daripada Felinna juga akan berkunjung ke Gaza pada 25 Mac hingga 1 April untuk memberikan sumbangan berjumlah RM50,000. Kali pertama ke sana, Yatt teruja dapat beramal ditemani keluarga.
Terus aktif berlakon

Sementara itu, Yatt turut menegaskan dirinya tidak pernah mempunyai niat untuk berhenti berkarya walaupun selepas bertudung.

Bahkan, dirinya masih aktif berlakon, mengacara, menjadi model serta duta kepada beberapa produk.

Menolak tanggapan artis bertudung tidak laris, Yatt berasakan industri seni kini semakin pesat dan terbuka, malah ramai artis wanita sekarang yang sudah berhijrah.

"Rezeki dalam dunia seni ini luas, bukan setakat berlakon saja. Selepas berhijrah, syukur rezeki saya lebih murah. Contohnya, sekarang saya sibuk dengan program Amal Palestin.

"Saya dijemput sebagai jurucakap, ahli motivasi ke surau, masjid, institut pengajian awam dan banyak lagi. Saya diminta berkongsi pengalaman dan ilmu sebagai selebriti.

Pengacara program travelog

"Saya tak pernah ada niat untuk berhenti kerana cinta saya adalah di dalam bidang seni. Tak semua orang dikurniakan anugerah, jadi buat apa saya nak sia-siakan anugerah ini? Saya akan terus berkarya, cuma caranya saja sedikit berubah," katanya yang mengaku lebih memilih watak dalam lakonan sesuai dengan dirinya.

Terbaru, Yatt akan muncul mengacarakan program travelog, Sajian Sunah yang akan disiarkan di RTM selain terikat dengan penggambaran telefilem sempena Israk Mikraj mulai esok.

Rabu, 13 Mac 2013

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Scha Mahu Lebih Menonjol

Posted: 12 Mar 2013 08:17 PM PDT

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Fasha menghitung hari

Posted: 13 Mar 2013 03:14 PM PDT

Ketika ini, tentunya ramai peminat pelakon jelita, Fasha Sandha, tidak sabar untuk melihat wajah bayi sulungnya, hasil perkongsian hidup bersama suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Jika orang ramai berasa sedemikian, apatah lagi si empunya diri, yang kini bersiap sedia untuk menyambut kehadiran orang baru.

Fasha pernah berkata kepada wakil media, dia mungkin bersalin pada akhir Februari. Namun pada sesi santai bersama kelab peminatnya, We Love Fasha Sandha, kelmarin, wanita ini menjangkakan dia akan melahirkan bayi sulung pada hujung bulan ini.

Selain kelab peminatnya, majlis di Shah Alam itu turut dimeriahkan Zizan Razak dan Didie Alias, bersama kelab peminat masing-masing, Zizan Razak FC serta Lady Didies Fanclub.

Walaupun sarat sembilan bulan, namun Fasha yang berdebar menunggu saat melahirkan tetap ceria ketika hadir bertemu peminatnya, petang itu.

Bahkan wanita ini berkata, dia berharap turut dapat menghadiri malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 pada 7 April depan, di Stadium Putra Bukit Jalil, selepas bersalin.

Berpantang di rumah mentua

Mengenai jantina bayinya itu, Fasha enggan mendedahkan dulu sambil berkata, dia menerima apa juga yang dikurniakan kepadanya. Lelaki atau perempuan, paling penting baginya ialah keselamatan bayi terbabit.
"Insya-Allah, menurut jangkaan, saya akan bersalin hujung bulan ini atau awal bulan depan. Sejak hamil, saya rasa sangat istimewa kerana diberi layanan yang lebih. Malah, saya rasa teruja dan seronok apabila mengandung kerana kita berasa diri sangat dihargai.

"Tempoh berpantang pula 100 hari kerana saya nak ambil masa untuk turunkan berat badan ke asal, katanya akan akan berpantang di rumah sendiri selain rumah mentua.

Tak suka goyang kaki

Biar ada yang menganggap banyak pantang larang ketika mengandung, tetapi Fasha menganggapnya sebagai pendapat orang lama. Dia hanya mengikuti beberapa petua serta pantang larang yang dirasakan sesuai.

Walaupun ada yang cakap bila mengandung susah nak buat kerja rumah, tetapi saya rasa sama saja seperti sebelum hamil.

"Saya juga masih memasak dan ke pasar dalam keadaan macam ini sebab suami gemar makan di rumah. Malah, kalau kita tengok orang putih, dalam keadaan mengandung pun mereka masih keluar berjoging, katanya yang cukup seronok apabila bayi dalam perut menendang.

Biarpun kelihatan penat dan ada ketikanya tercungap-cungap ketika berbual, Fasha tidak mahu menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk goyang kaki di rumah. Malah katanya, dia masih mampu memandu seorang diri kerana enggan menyusahkan orang lain.

Sukar kekal kemenangan

Berhubung pertemuan bersama kelab peminat, Fasha berkata, sudah setahun dia tidak mengadakan acara sedemikian. Justeru, peluang yang ada direbut sebaik mungkin sebelum dia berehat panjang selepas melahirkan anak pertama.

Pelakon berusia 29 tahun ini juga memberitahu dirinya akan kembali aktif Julai depan. Ketika yang sama, dia sudah pun menerima beberapa tawaran berlakon, selain lamaran menjadi duta produk melangsingkan badan.

Masih dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular, Fasha membayangkan dirinya mungkin tidak akan mengekalkan kemenangan selama empat kali dalam kategori itu kerana ketiadaan produk.

Namun, jika dipilih untuk terus kekal merangkul anugerah itu, Fasha menganggap ia rezeki anak dan berasakan peminat memandang bakat serta kredibiliti lakonannya selama terbabit dalam industri.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


WW : Gambar Kahwin SENSASI Dato’ Lee Chong Wei

Posted: 20 Nov 2012 01:57 PM PST

155897 432906746758900 926510850 n WW : Gambar Kahwin SENSASI Dato Lee Chong Wei

Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik 19 ( AIM 19 2012 )

Posted: 17 Nov 2012 07:25 AM PST

  • Mojo Andai Ku Bercinta Lagi
  • Jamal Abdillah Bahagia Sementara
  • Jaclyn Victor Counting Days
Vokal Berkumpulan Terbaik
  • MizzNina Take Over EVEN ODDS SDN BHD
  • Nora Hikmah RAHMAD AYOB
  • Yuna Sparkle QUEK SHIO CHUAN
  • Azlan & The Type Writer Idola
  • Shila Amzah Patah Seribu
  • Jamal Abdillah & Malique Aku Maafkan Kamu
  • Kuasa Cinta Noraniza Idris
  • Jaclyn Victor Counting Days
  • Nirwana Band Sudah Cukup Sudah
  • Jaclyn Victor Counting Days AUBREY SUWITO

Selasa, 12 Mac 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Elak cinta lokasi

Posted: 12 Mar 2013 02:50 AM PDT

Walaupun bakat seninya mula dikesan menerusi program realiti nyanyian, Mentor 5, namun nama Aiman Hakim Ridza seperti lebih bersinar dalam bidang lakonan. Lebih-lebih lagi selepas drama bersiri lakonannya dengan Izara Aishah, Vanilla Coklat, mendapat sambutan ramai.

Namun begitu, jejaka ini tidak pernah melupakan impiannya untuk bergelar penyanyi, justeru dia kembali perlahan-lahan mengatur langkah ke dunia seni suara.

Belum berpeluang melahirkan single baru selepas Khalimah Janji, berduet dengan Ernie Zakri, protege Rahim Maarof ini membayangkan genre R&B dan pop rock sebagai taruhan untuk dia menempa dalam dalam industri muzik.

"Saya tak pernah lupakan nyanyian kerana daripada sebelum menyertai Mentor lagi memang saya ingin jadi penyanyi. Cuma bakat saya lebih terserlah dalam lakonan ketika ini. Mungkin inilah rezeki saya selepas keluar daripada program itu.

"Ini semua bertitik tolak daripada bakat dan kebolehan. Kalau mampu melakukan kedua-duanya, tidak salah untuk kita rebut peluang yang datang dalam bidang muzik dan lakonan," katanya yang tidak berasakan faktor paras rupa memberikannya kelebihan.

Masih sendirian

Hasil keserasian lakonan bersama Izara juga, ramai peminat yang seakan seronok menyaksikan gandingan dua bakat muda ini. Malah, tidak hairan sebahagiannya turut berasakan mereka sesuai jika keluar bersama.
Tidak menolak cinta di kalangan artis, namun Aiman seboleh-bolehnya enggan dirinya dikaitkan dengan cinta lokasi, ataupun bercinta sesama anak seni.

"Buat masa ini saya masih solo dan mahu menumpukan kepada bidang seni. Masih banyak yang perlu saya pelajari mengenai dunia lakonan di samping, selain berusaha mencapai impian sebagai penyanyi.

"Tak salah bercinta sesama artis kalau itu sudah ditentukan, tetapi bagi saya, masih terlalu awal untuk berbicara mengenai percintaan. Perjalanan saya dalam industri ini pun masih jauh," katanya yang akan bergandingan dengan Nur Fathia dalam drama bersiri 15 episod berjudul Diandra.

Peluang hargai peminat

Berpeluang mengikuti siri jelajah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, acara itu memberikan kelebihan kepada calon Artis Baru Lelaki Popular ini untuk mendekati pengundi.

Menganggap peluang diberikan itu bukan saja merapatkan dirinya dengan peminat, sebaliknya ia membolehkan finalis menghargai penyokong mereka, terutama yang berada di luar Lembah Klang.

"Bukan senang untuk peminat bertemu dengan artis kegemaran secara langsung, jadi sebagai artis saya harus menghargai mereka. Biar sekejap, tetapi mereka puas dapat berjumpa, bergambar dan melakukan aktiviti bersama artis.

"Kali pertama berdepan peminat yang ramai, ia cukup mengujakan. Di sini, saya dapat bersemuka dengan peminat dan tak sangka impak Vanilla Coklat dirasa sehingga kini," katanya yang mengikuti siri jelajah ABPBH di Village Mall, Sungai Petani, Kedah, awal bulan ini.

Lintasi permaidani merah bersama Aiman, Izara

Jika pada siri jelajah peminat dapat bertemu dengan Aiman, menerusi peraduan Gemilang Bersama Bintang BH pula mereka berpeluang melintasi permaidani merah bersamanya pada malam kemuncak ABPBH, 7 April ini.

Bukan seorang, sebaliknya empat pembaca bertuah dapat menikmati detik indah itu dan bergaya bagaikan selebriti, berjalan seiringan dengan Aiman dan Izara.

"Pada ABPBH lalu saya berjalan bersama Izara bagi mempromosikan drama kami, tetapi tahun ini saya berpeluang berjalan bersama peminat pula. Saya rasa sukar untuk peminat merasai momen sebegini kecuali di ABPBH," katanya yang teruja untuk menyaksikan peminat bertuah yang akan bersama-sama dengannya memeriahkan anugerah berprestij ini.

Jangan tunggu saat akhir

Posted: 12 Mar 2013 02:44 AM PDT

Hanya berbaki enam hari lagi untuk peminat menghantar borang undian Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012) bagi memilih 16 kategori yang dipertandingkan sebelum tarikh tutup pada 18 Mac ini.

Hari ini, borang terakhir edisi ke-26 ABPBH disiarkan menerusi BH, namun orang ramai masih boleh mengundi artis pilihan menerusi kategori khidmat pesanan ringkas (SMS) atau secara online.

Pengurus Kanan Penjenamaan BH, Jackie Loo, berkata dijangka jumlah borang undian yang sampai kepada penganjur semakin meningkat berkali ganda menjelang tarikh akhir penerimaan borang pada 18 Mac ini.

"Setakat ini borang undian yang kami terima bertambah banyak dan diharap pengundi tidak menunggu hingga saat akhir untuk menghantar undian bagi mengelakkan ia sampai lewat.

"Daripada jumlah borang yang diterima, ia membuktikan ABPBH acara tahunan yang sentiasa ditunggu peminat tetapi pada masa sama undian kategori SMS masih dibuka hingga 26 Mac manakala kategori online sehingga 13 Mac (hari ini)," katanya.

Ganjaran hebat

Bertemakan Ledakan Geometri, tahun ini ganjaran bagi pembaca semakin lumayan apabila menerusi sokongan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pemenang bakal memandu pulang Nissan Almera berharga RM81,000.
Pelbagai hadiah lain juga menanti 21 pembaca setia BH seperti barang kemas Habib selain pelayaran mewah tiga malam di atas kapal SuperStar Libra untuk dua orang.

Bagi Bintang Paling Popular pula, penganjur menawarkan sebuah kereta bernilai RM370,000, Nissan 370Z Coupe, berserta hadiah iringan lain.

Sementara itu, malam kemuncak majlis pengiktirafan yang julung kali berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 7 April ini bakal menggandingkan pelawak, Zizan Razak, bersama penyampai radio popular, Farah Fauzana, sebagai hos.

Didie Alias dan Along Cham pula mengendalikan acara permaidani merah selain suntikan kelainan menerusi pengembelengan tenaga pengacara bersama membabitkan Awi Rafael, Azlee Khairi, Forteen, Hairul Azreen, Hanez Suraya, Iqram Dinzly, Kamal Adli serta Nelyda Senrose.

Artis popular serikan persembahan

Penyampai trofi pula membariskan Aaron Aziz, Anzalna Nasir, Dazrin, Fizo Omar, Fizz Fairuz, Johan As'ari, Lisa Surihani, Nabila Huda, Nadiya Nisaa, Nazim Othman, Neelofa, Nubhan, Nur Fathia, Rozita Che Wan, Shah Iskandar, Tasha Shila dan Tomok.

Bagi segmen persembahan, ia dijayakan Datuk M Nasir, Datuk AC Mizal, Ziana Zain, Adira, Ainan Tasneem, Ally Noor, Mastura, Amir Ukays, Asmidar, Ayai Ilusi, Bagio, Black, Ella, Fida, Jay Jay, Kilafairy, Liawanis, Marsha, Najwa Latif, Projek Pistol, RJ, Salammusik, Sleeq, Stacy, Stella Band, Syam Kamarul, Zarul Umbrella dan One Nation Emcees.

ABPBH 2012 direalisasikan dengan kerjasama Habib Jewels Sdn Bhd, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Holiday Villa Hotel & Suites Subang, AVON Cosmetics (M) Sdn Bhd, Boutique Dewi Sofiea Sdn Bhd, Star Cruise Travel Sdn Bhd, Empayan Holding Sdn Bhd, AirAsia Berhad serta Perbadanan Stadium (M) Sdn Bhd, manakala TV3 dan Hot FM sebagai penyiar rasmi.

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Utusan Online - Hiburan

Posted:

Utusan Online - HiburanIkuti berita penuh untuk ruangan Hiburan menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan Utusan Online - Hiburanhttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan Jamal Abdillah buat konsert amal di Seremban pada 19 April SEREMBAN 12 Mac - Raja Pop, Jamal Abdillah akan mengadakan konsert amal di The Royale Bintang Resort & Spa Seremban di sini pada 19 April ini. Pengurus Besar hotel Mashor Din berkata, kutipan amal konsert...2013-03-12T17:45:01+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0312/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_07.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130312/hi_07/Jamal-Abdillah-buat-konsert-amal-di-Seremban-pada-19-April </image></item><item><title>Lebih terbuka soal cinta HANYA enam bulan lalu, bekas kekasihnya Remy Ishak mengumumkan mereka tidak lagi bersama, itupun setelah tiga bulan berpisah . Masa berlalu pergi, kini mereka hampir selesa untuk tidak dikaitkan bersama...2013-03-12T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0312/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130312/hi_01/Lebih-terbuka-soal-cinta </image></item><item><title>Irama nasyid tidak mati KALAU ada rebana, konga, tamburin, menyanyi lagu berbentuk ketuhanan dan penyanyi yang pakai kopiah serta baju seragam itu kira nasyidlah." Itu jawapan yang pertama didengar saat diajukan pengertian mudah...2013-03-12T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0312/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130312/hi_02/Irama-nasyid-tidak-mati </image></item><item><title>Nasyid Irama sepanjang zaman RAMAI antara penggiat nasyid yang dahulunya bergelar seorang penyanyi kini bergerak di belakang tabir untuk terus memperjuangkan irama nasyid. Boleh dikatakan setiap kumpulan nasyid mempunyai syarikat rakaman...2013-03-12T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Justin Bieber pengsan KECEWA lagi. Penyanyi yang popular dengan lagu Boyfriend, Justin Bieber sekali lagi mengecewakan peminatnya apabila pengsan dan dimasukkan ke hospital kerana masalah pernafasan. Bieber,19, pengsan ketika...2013-03-12T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0312/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130312/hi_04/Justin-Bieber-pengsan </image></item><item><title>Ronan Keating sudah dimiliki KEBAHAGIAAN penyanyi yang popular dengan lagu When You Say Nothing At All, Ronan Keating, 36, bersama bekas isterinya, Yvonne Connolly hanya bertahan selama 14 tahun sahaja. Dikhabarkan perpisahan mereka...2013-03-12T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh GARRET DAWUM<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0312/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_05.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130312/hi_05/Ronan-Keating-sudah-dimiliki </image></item><item><title>Salih Yaacob nekad bersara BEBERAPA minggu lalu dilaporkan hasrat penghibur terkenal Salih Yaacob untuk bersara dari dunia hiburan. Ironinya sejak dari hari itu telefon kami tidak putus - putus terus dihubungi peminatnya yang ingin...2013-03-12T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0312/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_06.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130312/hi_06/Salih-Yaacob-nekad-bersara </image></item><item><title>4,000 seniman dapat polisi insurans KUALA LUMPUR 11 Mac - Sebanyak 3,000 hingga 4,000 orang seniman yang terlibat dalam industri kreatif tanah air menerima polisi insurans kemalangan diri dan hayat berkelompok. Menteri Penerangan Komunikasi...2013-03-11T19:47:43+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh AINUL ASNIERA AHSANSuki terkilan dengan tindakan bekas pihak pengurusan KUALA LUMPUR 11 Mac - Penyanyi Low Sook Yee, 24, atau lebih dikenali sebagai Suki terkilan dengan tindakan bekas pihak pengurusannya, Galaxy Music Sdn. Bhd., yang sehingga kini masih berdiam diri mengenai...2013-03-11T18:34:38+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh GARRET DAWUM<description> KUALA LUMPUR 11 Mac - Komposer lagu Bo La Wei, Eddie Hamid hari ini memberitahu akan tetap meneruskan perjuangannya untuk menyedarkan rakyat Kelantan walaupun menerima kritikan berterusan dari penyokong...</description><pubdate>2013-03-11T14:44:53+08:00</pubdate><language>ms</language><copyright>Copyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd </copyright></item><item><title>Nubhan kini kembali EKORAN kemelut yang ditimbulkan bekas pihak pengurusannya, penyanyi yang memiliki wajah persis jejaka Cina ini pernah merasakan dunianya dalam bidang nyanyian seakan kelam. Namun, dalam perjalanan untuk...2013-03-11T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh GARRET DAWUM<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0311/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130311/hi_01/Nubhan-kini-kembali </image></item><item><title>Anak Will Smith bercinta Anak kepada Will Smith, Jaden Smith nampaknya sudah mula mengorak langkah ke alam dewasa apabila dikhabarkan sedang bercinta dengan adik Kim Kadarshian. Menurut laporan US Magazine, pelakon yang sedang...2013-03-11T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0311/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130311/hi_02/Anak-Will-Smith-bercinta </image></item><item><title>Rossa idam konsert di IB KEPUASAN jelas terpancar di wajah penyanyi Rossa kerana akhirnya, dia berpeluang berdiri di pentas Istana Budaya (IB) bagi menjayakan Konsert Nusantara yang memperlihatkan keunikan budaya Indonesia dan...2013-03-11T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Barisan artis veteran ikrar sokong, berkempen untuk BN KUANTAN 10 Mac - Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia hari ini berikrar menyokong kerajaan Barisan Nasional dan bersedia untuk turun padang bagi mematahkan segala dakyah pembangkang yang cuba mengelirukan...2013-03-10T16:50:21+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Masa mencemburui saya - Nora HAMPIR lima tahun hidup solo, masanya lebih banyak ditumpukan kepada karier dalam dunia seni serta anak tunggal kesayangan, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. Malah jika melihat jadual kerja Nora Danish...2013-03-10T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh RASDAN AHMAD<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0310/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130310/hi_01/Masa-mencemburui-saya---Nora </image></item><item><title>Shila tidak mahu hilang pertimbangan PEMIKIRAN saya semakin terbuka sekarang. Saya sudah matang dan bijak menilai," kata Shila Amzah, 23, yang tidak lagi mahu mengenang cinta yang tidak kesampaian dengan aktor Sharnaaz Ahmad. Biar cinta putus...2013-03-10T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh AMIRAH AMALY SYAFAATTahniah abang Jack! Kak Mi bila lagi? AKHIRNYA teka teki status Jailani Sidek atau mesra dipanggil abang Jack sudah terjawab. Dia kini sudah berkahwin dan wanita pilihannya adalah wanita yang sama dikaitkan dengannya sebelum ini, Zaleha Mohd.2013-03-10T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0310/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_03.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130310/hi_03/Tahniah-abang-Jack-Kak-Mi-bila-lagi </image></item><item><title>Salih Yaacob ada sebab KEPUTUSAN penyampai radio, pelawak dan pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, untuk bersara nampaknya masih belum goyah. Biarpun dalam kalangan peminat masih belum mahu melihat dia 'hilang' dari dunia hiburan...2013-03-10T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0310/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_04.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130310/hi_04/Salih-Yaacob-ada-sebab </image></item><item><title>Mengamuk angkara Jericho Rosales KALAU ada yang perasan minggu lalu bintang terkenal Filipina ada berkunjung ke Kuala Lumpur. Kalau tak salah Syed, kehadiran Jericho Rosales ketika itu sempena mempromosikan saluran Bella, Astro khusus...2013-03-10T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Agenda cinta Zul Ariffin HUBUNGAN cinta antara aktor Zul Ariffin, 27, dengan Penerbit Tayangan Unggul (TU) Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai, 30-an, bukan satu rahsia. Masing-masing tanpa berselindung sudah mengaku mengenai hubungan...2013-03-10T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd <url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0310/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_06.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130310/hi_06/Agenda-cinta-Zul-Ariffin </image></item><item><title>FFM25 Kembali ke landasan sebenar PADA tahun-tahun kebelakangan ini, malam kemuncak anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) tidak pernah tamat di situ, pasti saja ada isu yang dibangkitkan selepas majlis selesai. Setiap kali acara itu dilangsungkan...2013-03-10T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh RASDAN AHMAD<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0310/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_07.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130310/hi_07/FFM25-Kembali-ke-landasan-sebenar </image></item><item><title>Konsert Nusantara Dua budaya jadi satu KONSEP penyatuan dua negara dilihat cukup kemas dan cantik menerusi medium muzik dan tari yang dialunkan pada malam penganjuran Konsert Nusantara di Istana Budaya (IB), Khamis lalu. Sarat dengan elemen...2013-03-10T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0310/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_08.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130310/hi_08/Konsert-Nusantara-Dua-budaya-jadi-satu </image></item><item><title>Survival seni Aris, Rahmat APA yang tidak mereka lalui sejak bergelar penyanyi? Menjadi mangsa penipuan penganjur bukan perkara baru malah pernah tak makan dek kerana tiada wang juga telah mereka rasai sebelum ini. Tidak merasakan...2013-03-10T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI<url>http://www.utusan.com.my/pix/2013/0310/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_09.small.jpg</url><link/>http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130310/hi_09/Survival-seni-Aris-Rahmat </image></item><item><title>Terharu semangat rakyat Palestin BERPELUANG menjejakkan kaki ke bumi Gaza baru-baru ini merupakan pengalaman yang tidak pernah diimpikan oleh juara Masterchef musim pertama, Dr. Ezani Farhana Md Monoto. Tidak pernah terlintas untuk berada...2013-03-10T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDIMembela artis veteran JASA artis veteran dalam perjalanan industri seni tanah air cukup bernilai kerana melalui mereka kebanyakan daripada kita mengenali dunia hiburan. Gaya lakonan serta nyanyian mereka cukup berbeza jika hendak...2013-03-10T17:00:00+08:00msCopyright 2013 Utusan Melayu (M) Bhd

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Isnin, 11 Mac 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


4,000 seniman dapat polisi insurans

Posted: 11 Mar 2013 04:47 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 11 Mac - Sebanyak 3,000 hingga 4,000 orang seniman yang terlibat dalam industri kreatif tanah air menerima polisi insurans kemalangan diri dan hayat berkelompok. Menteri Penerangan Komunikasi...

Suki terkilan dengan tindakan bekas pihak pengurusan

Posted: 11 Mar 2013 03:34 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 11 Mac - Penyanyi Low Sook Yee, 24, atau lebih dikenali sebagai Suki terkilan dengan tindakan bekas pihak pengurusannya, Galaxy Music Sdn. Bhd., yang sehingga kini masih berdiam diri mengenai...

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Demi wira Lahad Datu

Posted: 10 Mar 2013 07:24 AM PDT

Insiden serangan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah mengejutkan rakyat Malaysia.

Ramai tersentuh hati melihat ketabahan perajurit mempertahankan kedaulatan negara. Sedih dan sayu tatkala membaca laporan perajurit yang terkorban ketika menentang penceroboh.

Paling menyedihkan apabila mengenang nasib isteri yang menjadi balu dan anak-anak yang kehilangan bapa dalam peristiwa itu. Seperti insan lain, anak seni juga merasai derita, erti kehilangan dan rasa cemas dalam berdepan serangan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Sehubungan itu, atas dasar mahu berkongsi rasa dan membantu sekadar mampu, majlis tahlil dan solat hajat dianjurkan Jawatankuasa Pengelola Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Studio Sound Stage, Kompleks FINAS, malam kelmarin. Dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin dan tahlil.

Kalimah suci memuji kebesaran Ilahi dan Rasulullah SAW berkumandang memecah keheningan di studio besar itu. Semua hadirin khusyuk menadah tangan memohon supaya perwira negara yang gugur di medan perang ditempatkan roh mereka di sisi insan beriman. Majlis juga mendoakan Malaysia terus aman dan makmur serta bebas daripada ancaman anasir luar.

Lebih 20 artis hadir

Lebih 20 artis termasuk calon Top 5 ABPBH 2012 seperti Aaron Aziz, Shaheizy Sam, Johan As'ari, Shah Iskandar, kumpulan Sleeq, Nabila Huda, Enot dan Didie Alias meluangkan masa menghadiri majlis itu. Turut serta, penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, artis veteran, Datuk Mustapha Maarof, Along Cham, Kilafairy, Iz Sulaini, Zarul Umbrella, Betty Banafe, Stellar Band dan Rohana Jalil.
Hadir sama pada majlis tahlil dan solat hajat itu, Pengerusi FINAS, Datuk Md Afendi Hamdan; Ketua Pengarah FINAS, Raja Rozaimie Dalnish Shah dan Ketua Pengarang Berita BH, Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Majlis tahlil dan solat hajat itu diimamkan Eksekutif Agama The New Straits Times Press (M) Bhd, Zamanuddin Jusoh.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini

Tidak lupakan rakyat Malaysia

Posted: 10 Mar 2013 07:09 AM PDT

Dia sedar ada sesetengah pihak mengatakan dirinya lebih mementingkan rakyat di luar negara apabila menumpukan aktiviti amal untuk penduduk Islam di Palestin.

Namun bagi pelakon, Haryati Hamzah atau Yatt, 33, dia tidak mengetepikan saudara seagama di negara sendiri. Malah, bersama-sama Usrah Fitrah dia sedaya upaya cuba membantu meringankan beban seluruh umat Islam yang memerlukan.

"Saya tahu ada orang yang cakap kenapa nak bantu orang luar, sedangkan orang kita pun ada yang susah? Tapi di Palestin itu juga, kami membantu umat Islam dan mahu membebaskan Masjid Al-Aqsa. Itu kewajipan semua umat Islam. Isu di Gaza ialah isu kemanusiaan.

Teruja beramal ditemani keluarga

"Cuma, dengan situasi yang melanda Sabah ketika ini, kita semua rakyat Malaysia perlu berfikiran positif. Keputusan pemimpin untuk melancarkan operasi terhadap penceroboh adalah keputusan yang berat dan perlu kita semua hormati.

"Kita sama-sama bantu dengan berdoa dan sentiasa melangkah ke hadapan," katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Felinna, bersama suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 33, dan anaknya, Suci Hanania Malika yang berusia tiga tahun.

Yatt bersama keluarganya dan wakil daripada Felinna juga akan berkunjung ke Gaza pada 25 Mac hingga 1 April untuk memberikan sumbangan berjumlah RM50,000. Kali pertama ke sana, Yatt teruja dapat beramal ditemani keluarga.
Terus aktif berlakon

Sementara itu, Yatt turut menegaskan dirinya tidak pernah mempunyai niat untuk berhenti berkarya walaupun selepas bertudung.

Bahkan, dirinya masih aktif berlakon, mengacara, menjadi model serta duta kepada beberapa produk.

Menolak tanggapan artis bertudung tidak laris, Yatt berasakan industri seni kini semakin pesat dan terbuka, malah ramai artis wanita sekarang yang sudah berhijrah.

"Rezeki dalam dunia seni ini luas, bukan setakat berlakon saja. Selepas berhijrah, syukur rezeki saya lebih murah. Contohnya, sekarang saya sibuk dengan program Amal Palestin.

"Saya dijemput sebagai jurucakap, ahli motivasi ke surau, masjid, institut pengajian awam dan banyak lagi. Saya diminta berkongsi pengalaman dan ilmu sebagai selebriti.

Pengacara program travelog

"Saya tak pernah ada niat untuk berhenti kerana cinta saya adalah di dalam bidang seni. Tak semua orang dikurniakan anugerah, jadi buat apa saya nak sia-siakan anugerah ini? Saya akan terus berkarya, cuma caranya saja sedikit berubah," katanya yang mengaku lebih memilih watak dalam lakonan sesuai dengan dirinya.

Terbaru, Yatt akan muncul mengacarakan program travelog, Sajian Sunah yang akan disiarkan di RTM selain terikat dengan penggambaran telefilem sempena Israk Mikraj mulai esok.

Ahad, 10 Mac 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Bukan zon selesa

Posted: 09 Mar 2013 04:39 PM PST

Kali pertama Shaheizy Sam beraksi di depan kamera pada 1994 dan selepas 19 tahun, barulah dia berpeluang menikmati apa itu makna populariti dan kemasyhuran. Jangka masa itu bukannya singkat sebelum dia berjaya bertakhta di hati peminat, sekali gus pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, itupun selepas 17 tahun beliau bergelumang sebagai anak seni.

Sam terus melakar kejayaan apabila dia diumumkan sebagai Aktor Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) menerusi filem Kongsi, diikuti gelaran Pelakon Lelaki Terbaik Filem pada Anugerah Skrin (ASK) 2012 selepas memberikan lakonan cemerlang dalam Songlap. Pun begitu, Sam gagal mempertahankan gelarannya pada FFM25 baru-baru ini apabila tewas di tangan pelakon veteran, Faizal Hussein yang muncul menerusi filem Bunohan, juga diangkat sebagai Filem Terbaik.

Sekalipun mempertaruhkan dua filem - Songlap dan SAM, pelakon ini nampaknya tidak mampu menandingi kehebatan Faizal, justeru, muncul dakwaan, Sam bukan lagi pilihan industri apabila kredibilitinya sudah digugat.

Namun, dia tetap tercalon sebagai finalis ABPBH2012 menerusi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, menerima saingan hebat daripada Aaron Aziz, Adi Putra, Bront Palarae dan Zizan Razak. Apa komen Sam apabila dia dikatakan sudah hilang sengat?

Penjurian dalam FFM ini bersifat subjektif. Cita rasa peribadi juri berbeza setiap tahun dan skopnya sangat besar.

Mereka menilai lakonan seseorang itu daripada perspektif yang berbeza. Kadang-kadang kegagalan itu perlu bagi seorang artis kerana kejayaan sebenarnya boleh membuatkan kita berada di dalam zon yang sangat selesa dan rasa dah cukup bagus. Apabila perlu menempuh kegagalan, ia mengajar kita supaya terus melipat gandakan usaha untuk jadi lebih baik, kata Sam.

Mimpi ngeri
Bercakap mengenai peluang dirinya merampas kembali gelaran Bintang Paling Popular pada ABPBH2012, 7 April depan, Sam menyifatkan sesiapa saja yang tersenarai sebagai finalis mempunyai harapan cerah membawa pulang anugerah berprestij itu.

Sekali lagi kita tidak boleh duduk dalam zon selesa setiap masa. Penyokong artis ini adalah askar yang mempertahankan populariti artis kegemaran mereka.
Apabila berasakan diri kita popular, ramai juga yang kecundang apabila langsung tidak tersenarai sebagai Top 5, itu lagi bahaya! Saya lihat kembali senarai finalis, ramai artis popular tahun lalu tidak tersenarai, mimpi ngeri tu! Sebab tu saya kata, sesiapa saja ada peluang untuk bergelar Bintang Paling Popular.

Saya sendiri, selepas 17 hingga 19 tahun, baru saya berpeluang melihat hasil titik peluk sendiri. Contohnya, Normah Damanhuri, selepas lebih 30 tahun dia bergelar anak seni, hanya pada FFM25 ini, barulah dia berpeluang dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Begitu juga dengan Faizal Hussein, inilah kemenangan pertamanya dalam sejarah penganjuran FFM selepas puluhan tahun dia berlakon. Itulah dugaan yang Tuhan tunjuk supaya kita terus berusaha, jelas Sam lagi.

Ada juga situasi, berlakon baru setahun dua, filem dan dramanya pun tak ada yang benar-benar mengangkat nama artis berkenaan, tapi begitu mudah menempatkan nama beliau di FFM mahupun ABPBH untuk beberapa kategori. Artis seperti ini menganggap dirinya begitu popular dan mudah lupa diri, apa yang boleh Sam perkatakan mengenai perkara ini?

Kes lupa diri

Semua itu rezeki masing-masing.

Tetapi kena ingat, perkara yang baik, Tuhan uji juga. Tuhan beri kita rezeki awal-awal, tapi ada kalanya mudah sangat lupa diri. Bagi saya, ada artis yang namanya cepat naik, popular mendadak, kadang-kadang situasi itu membuatkan mereka terkejut.

Bila terkejut, itu yang ada kes lupa diri. Sebenarnya, kejayaan yang diraih itu, satu dugaan, bukan hanya kesusahan yang Tuhan duga.

Kita ni sebagai manusia, tak ada siapa yang sempurna.

Setinggi manapun kejayaan kita, kita harus ingat asal usul kita, kita berpijak di bumi yang nyata. Manusia juga tidak terlepas daripada membuat kesilapan, jadi kita harus ada sikap menyedari kesilapan itu dan cepatcepatlah minta maaf. Akur dengan kekurangan.

Bagi saya, apabila kita berada di dunia seni, jangan lupa diri, kita sebenarnya sama saja di mata Tuhan dan seperkara lagi, apabila Tuhan beri kita rezeki, jangan lupa mengumpul.

Hidup kita ni umpama roda. Apabila kita masih berada di atas, jangan lalai kerana suatu ketika nanti, kita akan turun ke bawah.

Justeru, jangan cepat selesa dengan hidup kita hari ini.

Kita ni hidup sebagai artis, tidak bermakna orang memuja kita setiap masa.

Sesiapa saja berada di sekeliling kita, memerlukan antara satu sama lain. Hati peminat kena jaga, dia orang yang membayar gaji kita. Begitu juga hubungan dengan wartawan, perlu kita pelihara setiap masa. Wartawan yang akan bercerita pasal diri kita pada orang ramai. Beginilah, kalau nak orang suka kita, kita kena suka orang dulu. Beri najis dapat najis, beri bunga dapat bunga, kata Sam yang baru selesai penggambaran drama bersiri 13 episod, Kisah Cinta bersama Nur Fazura yang akan disiarkan di TV3 menerusi slot Lestary, April depan. Sam juga bakal muncul dengan filem terbarunya, Adnan Sempit 3, terbitan MIG, sedikit masa lagi.

Sabtu, 9 Mac 2013

Blog Selebriti TV

Blog Selebriti TV


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


'Agama terbaik'

Posted: 08 Mar 2013 04:49 PM PST

Keputusan Marcell memeluk Islam akhiri polemik perkahwinan berbeza agama dengan pelakon Singapura, Rima Melati

Seakan akur kerinduan peminat yang sekian lama dahaga berita terbaru mengenai dirinya, Marcell begitu terbuka untuk berkongsi apa saja pada pertemuan yang diatur sempena Anugerah Bella 2013 siaran ntv7, Sabtu lalu.

Berganti topik mengenai kecederaan tulang belakang yang pernah hampir membuatnya lumpuh, serta keikhlasannya memeluk Islam selepas mencetuskan polemik apabila berkahwin ketika berbeza agama, Marcell tidak menepis setiap soalan yang diajukan.

Bagi pemilik nama lengkap, Marcellius Kirana Hamonangan Siahaan, kemahuannya menganut Islam bukan untuk dibanggakan kerana pencarian menemui agama suci itu adalah sebahagian persediaannya menuju jalan abadi iaitu akhirat.

"Saya seorang gemar mengetahui dan mencungkil rahsia spiritual, membuatkan saya mendalami banyak agama. Jujurnya saya sudah lama tertarik untuk memeluk Islam, cuma belum saatnya hingga setahun lalu saya akhirnya yakin dengan pegangan yang dipilih.

"Saya mendapat rezeki bertemu penari Darwish, lalu diperkenalkan kepada tokoh sufi terkemuka asal Lubnan, Maulana Syekh Muhammad Hisyam Kabbani.

"Tidak dinafikan isteri saya, Rima Melati Adams banyak mempengaruhi saya untuk menjalani hidup dengan lebih baik.

"Kami dipertemukan dalam situasi yang berbeza namun cuba bertahan dengan menghormati pegangan agama masing-masing ketika mengambil keputusan berkahwin pada 28 Januari 2009 di Singapura.
Isteri tidak memaksa

"Rima sentiasa percaya, perbezaan yang kami jalani itu sebagai satu proses dan tidak pernah memaksa saya mengubah keyakinan hingga akhirnya saya yakin Islam agama terbaik untuk dianuti," katanya.

Marcell berkata, isterinya yang pernah popular menerusi drama Dendam adalah insan paling bahagia apabila dia memilih Islam kerana bebanan terutama penilaian masyarakat terhadap mereka sebahagiannya seperti dibawa pergi.

"Isu keyakinan terhadap agama adalah sesuatu yang tidak boleh dibohongi, bukan hanya pada hubungan kami berdua tetapi juga kepada masyarakat luar yang cuma menghukum tanpa pernah tahu apa yang kami lalui.

Ada yang beranggapan saya menukar ganti agama kerana perempuan, tetapi mengapa mereka tidak pernah cuba melihat saya sebagai manusia yang sentiasa mencari apa terbaik untuk diri ini.

"Saya tidak takut untuk terus mencari dan tak akan pernah berhenti mencari apa yang terbaik dalam hidup ini. Mungkin ada yang berasakan diri mereka hebat kerana dilahirkan sebagai Islam.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Ayuh kita hulurkan derma untuk Tabung Wira Lahad Datu

Posted: 08 Mar 2013 04:47 PM PST

BENARLAH kata ungkapan, manusia hanya boleh merancang tetapi Allah SWT yang menentukan segala-galanya. Setelah bertahun lamanya menyimpan hasrat untuk membawa Anugerah Bintang Popular BH ke Sabah dan merancang berbulan lamanya sehingga sudah mempunyai tarikh yang sesuai untuk berjumpa dengan rakan ABPBH di sana, tetapi hasrat itu terpaksa disimpan saja.

Ikut perancangan, hari ini teman, suku sakat dan rakan artis seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Shaheizy Sam, Sleeq, Didie Alias, Shah Iskandar, Fara Fauzana, AG dan Along Cham sudah pun berada di Kota Kinabalu. Tetapi apakan daya kerana perkembangan terbaru di Negeri di Bawah Bayu itu tidak mengizinkan ABPBH untuk 'bikin gempak'.

Memang tak sesuai rasanya ketika sudah ada yang terkorban demi mempertahankan negara kita pula mahu 'happening' di tempat yang sama walaupun jarak Lahad Datu dan Kota Kinabalu adalah dalam tujuh, lapan jam perjalanan melalui darat. Rakan artis yang sudah mengosongkan jadual mereka untuk bersama-sama bertemu dengan peminat yang selama ini menyokong kegiatan seni mereka juga amat terkilan.

Bukan tak pernah mengunjungi bumi bertuah itu untuk apa saja aktiviti sama ada untuk bercuti atau memenuhi tuntutan kerja tetapi inilah julung kalinya mereka berada di Kota Kinabalu atas tiket ABPBH. Teman sendiri pun begitu teruja kerana sudah lama tidak ke Sabah. Kali pertama ketika teman masih bujang trang tang tang... Ketika itu memenuhi tuntutan kerja sebagai wartawan membuat liputan Tan Sri Musa Hitam yang melawat ke daerah Kundasang.

Nak dijadikan cerita...itulah satu-satunya peluang teman ke sana. Selepas itu ketika rakan sekerja Veena Rusli menjadi Ketua Biro BH di Sabah, berkali-kali juga sudah berjanji untuk mengunjunginya - nak makan udang dan makanan laut yang lain. Masa itu tak perlu risau fenomena 'red tide'. Kononnya hendak eat, pray, love di Kota Kinabalu yang teman akui memang destinasi yang menarik untuk dikunjungi. Janji memang sukar ditepati kerana tuntutan kerja yang sibuknya bagaikan tiada noktah.

Begitulah ceritanya sehingga pihak sekretariat ABPBH mahu mendekatkan lagi majlis anugerah yang bertujuan untuk memartabatkan artis tempatan melalui pilihan pembaca ke bumi indah itu. Teman tahu orang Sabah adalah penyokong setia ABPBH. Kebetulan ramai pula artis yang asalnya orang Sabah seperti Rich Estranged, Marsha Milan Londoh, Stacy, Adam dan yang terbaru adalah Jimmy Palikat dan Wawa Zainal.

Keputusan untuk tidak membawa ABPBH ke Sabah disambut dengan reaksi positif. Terima kasih rakyat Sabah kerana begitu memahami. Insya-Allah kalau ada rezeki dan ada penaja yang sudi untuk bekerjasama dengan BH, kami akan ke sana juga. Mana nak tahu apabila selesai segala kemelut ini barangkali BH akan membawa semua pemenang tahun ini.
Sebagai ganti, ABPBH dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) akan mengadakan majlis tahlil dan bacaan yassin untuk wira kita yang terkorban serta solat hajat memohon doa kepada Allah SWT agar menghindari segala musibah di bumi Malaysia ini terutama rakyat Sabah di Kompleks FINAS di Hulu Klang. Namun maaf ya...majlis ini adalah satu majlis tertutup dan kedatangan adalah melalui jemputan saja. Tak nak pula ada yang salah erti dengan majlis ini. Ini bukan majlis untuk raih undi.

Terima kasihlah rakan di FINAS terutama Pengerusi, Datuk Md Afendi Hamdan dan Ketua Pengarah, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah kerana sedia menjadi hos majlis itu. Terharu sungguh kerana hanya dengan satu panggilan mereka menerima kedatangan ABPBH dengan tangan terbuka. Jadi kepada mereka yang sudah dijemput itu, sudi-sudilah datang. Ini bukan majlis hiburan tetapi majlis yang mahu mengenang dan mendoakan kesejahteraan mereka yang terkorban serta mahu mengembalikan keamanan di Sabah.

Dalam majlis itu juga, pihak ABPBH akan membantu mengutip sumbangan daripada hadirin untuk diserahkan kepada Tabung Wira Lahad Datu yang dilancarkan oleh Media Prima baru-baru ini bagi membantu meringankan beban keluarga yang ditinggalkan suami dan ayah. Memang terharu sungguh teman membaca cerita mereka. Orang kata, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jadi hulurlah sebanyak dan seikhlas mungkin. Kalau dengan seringgit, kita dapat mengubah hidup mereka apalah salahnya.

Teman pula sejak akhir-akhir ini memang tangkap syahdu. Dengar lagu Barisan Kita yang kerap diputarkan di TV3 dan radio buat teman begitu terharu. Sudah lama teman tak dengar lagu patriotik sebegini yang mengajak kita semua menghargai keamanan bumi tercinta. Khamis lalu, teman turut sebak apabila pelakon veteran Hamid Gurkha sebak dan menitiskan air mata mengenangkan anggota keselamatan yang terkorban ketika diwawancara dalam MHI di TV3.

Teman memanjat kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberi nikmat, kesejahteraan dan keamanan itu di bumi tercinta. Teman tidak merasai kehidupan di zaman Jepun dan cuma mendengarnya daripada ibu bapa, datuk dan nenek. Tetapi sekurang-kurangnya teman dapat rasai kehidupan ketika tercetusnya 13 Mei dulu. Memang menakutkan. Pembaca budiman jangan kita robekkan rasa selamat dan aman ini. Alfatihah untuk anggota keselamatan yang terkorban dalam peristiwa pencerobohan Sabah baru-baru ini. Jumpa lagi!