Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Fasha menghitung hari

Posted: 13 Mar 2013 03:14 PM PDT

Ketika ini, tentunya ramai peminat pelakon jelita, Fasha Sandha, tidak sabar untuk melihat wajah bayi sulungnya, hasil perkongsian hidup bersama suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Jika orang ramai berasa sedemikian, apatah lagi si empunya diri, yang kini bersiap sedia untuk menyambut kehadiran orang baru.

Fasha pernah berkata kepada wakil media, dia mungkin bersalin pada akhir Februari. Namun pada sesi santai bersama kelab peminatnya, We Love Fasha Sandha, kelmarin, wanita ini menjangkakan dia akan melahirkan bayi sulung pada hujung bulan ini.

Selain kelab peminatnya, majlis di Shah Alam itu turut dimeriahkan Zizan Razak dan Didie Alias, bersama kelab peminat masing-masing, Zizan Razak FC serta Lady Didies Fanclub.

Walaupun sarat sembilan bulan, namun Fasha yang berdebar menunggu saat melahirkan tetap ceria ketika hadir bertemu peminatnya, petang itu.

Bahkan wanita ini berkata, dia berharap turut dapat menghadiri malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 pada 7 April depan, di Stadium Putra Bukit Jalil, selepas bersalin.

Berpantang di rumah mentua

Mengenai jantina bayinya itu, Fasha enggan mendedahkan dulu sambil berkata, dia menerima apa juga yang dikurniakan kepadanya. Lelaki atau perempuan, paling penting baginya ialah keselamatan bayi terbabit.
"Insya-Allah, menurut jangkaan, saya akan bersalin hujung bulan ini atau awal bulan depan. Sejak hamil, saya rasa sangat istimewa kerana diberi layanan yang lebih. Malah, saya rasa teruja dan seronok apabila mengandung kerana kita berasa diri sangat dihargai.

"Tempoh berpantang pula 100 hari kerana saya nak ambil masa untuk turunkan berat badan ke asal, katanya akan akan berpantang di rumah sendiri selain rumah mentua.

Tak suka goyang kaki

Biar ada yang menganggap banyak pantang larang ketika mengandung, tetapi Fasha menganggapnya sebagai pendapat orang lama. Dia hanya mengikuti beberapa petua serta pantang larang yang dirasakan sesuai.

Walaupun ada yang cakap bila mengandung susah nak buat kerja rumah, tetapi saya rasa sama saja seperti sebelum hamil.

"Saya juga masih memasak dan ke pasar dalam keadaan macam ini sebab suami gemar makan di rumah. Malah, kalau kita tengok orang putih, dalam keadaan mengandung pun mereka masih keluar berjoging, katanya yang cukup seronok apabila bayi dalam perut menendang.

Biarpun kelihatan penat dan ada ketikanya tercungap-cungap ketika berbual, Fasha tidak mahu menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk goyang kaki di rumah. Malah katanya, dia masih mampu memandu seorang diri kerana enggan menyusahkan orang lain.

Sukar kekal kemenangan

Berhubung pertemuan bersama kelab peminat, Fasha berkata, sudah setahun dia tidak mengadakan acara sedemikian. Justeru, peluang yang ada direbut sebaik mungkin sebelum dia berehat panjang selepas melahirkan anak pertama.

Pelakon berusia 29 tahun ini juga memberitahu dirinya akan kembali aktif Julai depan. Ketika yang sama, dia sudah pun menerima beberapa tawaran berlakon, selain lamaran menjadi duta produk melangsingkan badan.

Masih dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular, Fasha membayangkan dirinya mungkin tidak akan mengekalkan kemenangan selama empat kali dalam kategori itu kerana ketiadaan produk.

Namun, jika dipilih untuk terus kekal merangkul anugerah itu, Fasha menganggap ia rezeki anak dan berasakan peminat memandang bakat serta kredibiliti lakonannya selama terbabit dalam industri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan