Adsense

Jumaat, 20 Januari 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Pelakon drama 'Roda-Roda Kota Raya' ditangkap terbabit dadah

Posted: 20 Jan 2012 03:34 AM PST



PEKAN: Seorang pelakon lelaki drama bersiri 'Roda-Roda Kota Raya' ditangkap polis, selepas dipercayai terbabit dalam penagihan dadah di sebuah rumah inap desa di Felda Chini 2, Pekan, di sini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, berkata pelakon berusia 39 tahun itu dan rakan lelakinya berumur 30 tahun, ditangkap jam 8.30 malam semalam.
"Berdasarkan maklumat, pihak polis memecah masuk bilik di homestay berkenaan, dan setelah diperiksa polis menjumpai dadah jenis syabu anggaran seberat satu gram di atas meja di bilik berkenaan," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan ujian air kencing, kedua-dua mereka juga didapati positif penyalahgunaan dadah.

Katanya, kedua-dua lelaki itu ditahan reman selama lima hari.

"Kedua-dua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - BERNAMA

Rita Rudaini hadir di Mahkamah Syariah

Posted: 20 Jan 2012 03:30 AM PST



SHAH ALAM: Pelakon popular, Rita Rudaini hari ini hadir di Mahkamah Syariah di sini untuk menyempurnakan pelantikan peguam bagi menyelesaikan isu surat yang diterima daripada suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, berhubung dua anak mereka.

Rita, 36, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar yang memakai jubah dan selendang berwarna hitam hadir di mahkamah pada jam 3.10 petang diiringi peguam syarienya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.
Rita dan Mohd Zaidi dilihat memasuki sebuah bilik untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai mahkamah dan keluar kira-kira 40 minit kemudian.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Mohd Zaidi berkata Rita hadir di mahkamah bagi urusan pelantikan beliau sebagai peguamnya secara rasmi.

Katanya, pelantikan beliau adalah bagi menyelesaikan isu anak-anak yang dibangkitkan oleh Aidil Zafuan, 24, dalam surat bertarikh 11 Januari lalu yang diterima Rita pagi semalam.

"Surat itu meminta diadakan perbincangan mengenai hal anak. Kita akan jawab surat ini selepas perayaan Tahun Baru Cina dan minta pihak sana fikir supaya perkara ini tidak diperbesarkan.

"Ia lebih kepada perbincangan suami dan isteri berhubung kebajikan anak-anak dan tidak timbul langsung isu perceraian," katanya yang enggan mendedahkan lebih terperinci butiran surat berkenaan.
Sementara itu, Rita berkata beliau menerima surat yang dikirimkan oleh peguam yang mewakili Aidil Zafuan daripada pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara pada pagi semalam ketika hendak keluar rumah untuk menjalani penggambaran sebuah telefilem.

Pelakon itu berkata, beliau bagaimanapun tidak terkejut menerima surat berkenaan.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Media sebelum ini melaporkan rumahtangga pasangan suami isteri itu tegang berikutan Aidil Zafuan keluar dari rumah mereka di Damansara kira-kira dua minggu lalu. - BERNAMA

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

Posted: 20 Jan 2012 03:11 AM PST


Dilaporkan penyanyi Izwan Pilus, abang kepada Aril AF telah meninggal dunia jam 6.15 petang tadi. Berita awal melaporkan beliau meninggal akibat jangkitan kuman dalam paru-paru, ada yang kata akibat jangkitan dalam darah, apa-apa pun yang pasti Allah lebih menyayangi beliau. Kami akan melaporkan berita lengkap sebentar lagi. Jenazah kini berada di Hospital Ampang.


Al - Fatihah untuk arwah.

Celebrity News

Celebrity News


Pengalaman Pertaman Seorang Gadis Cantik

Posted: 20 Jan 2012 09:09 AM PST

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang.Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut.

Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa
yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang.

Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.

Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum.

Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir.Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya.
Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan.

Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat.

Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Lirik Lagu Kembali Senyum - Izwan Pilus

Posted: 20 Jan 2012 03:52 AM PST

Lirik Lagu Arwah Izwan Pilus :


Pantas kau diam membisu
Ada garis sendu di wajahmu
Salahkah sekadar aku bertanya
Berikan jawapan

Kuatkah ikatan cinta
Apa mungkin kasih mu setia
Tak ku duga airmata berlinang
Luka perasaanmu sayang

Sengaja hatimu ingin ku duga
Tak terlintas fikiran mencuriga cinta
Ku tahu seputih dingin salju
Itu warna cintamu

Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cintaku takkan terbelah bagi
Keringkanlah airmata di pipi mu sayang
Kembali senyum

(Repeat all 2X)

Kekasih usah merasa ragu dan sangsi
Kekasih cintaku takkan terbelah bagi
Keringkanlah airmata di pipi mu sayang
Kembali senyum

Dan maafkanku..
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Izwan Pilus Meninggal Dunia - AL-Fatihah

Posted: 20 Jan 2012 03:50 AM PST

Ini berita terbaru yang ZoOM baca mengenai pemergian insan bernama Izwan Pilus yang telah kembali kepadanya pada pukul 6.15 petang tadi 21 Januari 2012 akibat jangkitan kuman paru-paru.

Penyanyi lagu Kembali Senyum itu lahir pada 24 November 1979. Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di kampung halamannya di Melaka.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. 

Al-Fatihah.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Sham Kamikaze Di Fitnah Kahwin Dua

Posted: 19 Jan 2012 05:43 PM PST

Sham Dan Isteri 
Kesian dekat Sham Kamikaze ni, mana tidaknya orang dah tidak berkecimpung dalam dunia hiburan pun masih difitnah dan digossipkan dengan cerita kurang enak didengar. Terutamanya yang melibatkan keluarga beliau, berita terbaru yang ZoOM baca mengenai khabar angin yang mengatakan beliau telah berkahwin dua.




Di Awal Perkahwinan
Sebagai wanita apakah perasaan anda apabila mendengar khabar angin sedemikian rupa, sudah tentu perut untuk mendengar apatah lagi yang mengalaminya.



"Apabila saya mendapat tahu tentang cerita ini (berkahwin dua), saya berasa sangat sedih dan terkilan. Kalau dulu, sebelum saya 'berhijrah', saya fahamlah gosip begini adalah lumrah dunia artis.

"Namun, mengapa saya yang tidak lagi berkepentingan dalam dunia hiburan ini masih lagi menjadi sasaran gosip dan fitnah?" katanya kepada mStar Online, Khamis.

Sham berkata apa yang membimbangkan adalah persepsi masyarakat terhadap dirinya yang baru terbabit dalam bidang dakwah hampir setahun yang lalu.

"Saya bimbang apabila memikirkan pandangan dan reaksi masyarakat apabila cerita ini tersebar. Tidakkah orang yang menyebarkan cerita itu tahu menyebarkan fitnah adalah dosa besar?

"Bagaimana jika masyarakat menganggap saya menggunakan platform dakwah itu untuk kepentingan peribadi?" katanya.

Ditanya mengenai reaksi isterinya, Farazila Abdul Jabar apabila khabar angin itu mula tersebar, Sham berkata dia bersyukur kerana isterinya menerima berita tersebut dengan tenang dan rasional.

"Syukurlah isteri saya bukan jenis yang mudah melatah atau melenting. Namun, dia ada bertanyakan kesahihan dakwaan itu.

"Fitnah ini bukan sahaja menjejaskan reputasi saya, malah yang paling penting apakah perasaan isteri dan keluarga mertua saya apabila cerita saya bernikah secara sembunyi ini dicanangkan walhal ia tidak berlaku," katanya.

Sham yang juga bekas pemain gitar kumpulan rock Kamikaze kini bergerak aktif sebagai pendakwah bebas dengan memenuhi pelbagai jemputan ceramah di seluruh negara.

"Saya bukan sahaja menyampaikan ceramah dan ilmu agama secara lisan tetapi apabila ada permintaan, saya juga akan bermain gitar mengiringi lagu-lagu berunsur kerohanian.

"Alhamdulillah, saya berasa bahagia dengan kehidupan kini dan tidak pernah sekali pun berasa menyesal dengan kehidupan lampau,"
katanya yang merancang untuk menunaikan ibadah umrah pada Mei depan.

ZoOM : Bersabarlah kerana sesungguhnya ia adalah dugaan yang perlu kita tempuh dalam meneruskan amanatnya dimuka bumi ini.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Kecoh berebut iPhone 4S

Posted: 19 Jan 2012 05:00 PM PST

BEIJING . – Beribu-ribu peminat yang beratur sejak awal pagi dalam cuaca sejuk untuk membeli model terbaru iPhone 4S, naik berang apabila premis tersebut enggan membuka perniagaan.

Keadaan itu menyebabkan mereka bertindak membaling telur ke premis yang terletak di kawasan membeli-belah mewah Sanlitun serta membuat bising supaya mereka dapat memiliki gajet terkini itu, yang sepatutnya mula dijual pada pukul 7 pagi ini.

iphone 4s Kecoh berebut iPhone 4S

Mereka juga menyerang pengawal keselamatan di luar kedai selepas polis menggunakan pembesar suara meminta lebih 1,000 pengunjung pulang ke rumah dan berkata, model baru itu tidak akan dijual.

"iPhone 4S adalah inovasi terbaik Steve Jobs, kerana itu saya mahukannya. Saya sangat kecewa apabila mereka tidak mahu membuka pintu kedai," kata Li Tianye, 29, yang datang ke Beijing menaiki bas selama dua hari dari kampung semata-mata untuk pelancaran tersebut.

Sesetengah daripada pengunjung yang berkumpul di luar premis sejak awal pagi ini berkata, mereka membayar 100 yuan (kira-kira RM45) kepada penjaga tiket haram untuk beratur dan menunggu sehingga pintu dibuka.

Kejadian hari ini bukan yang pertama berlaku di China. Tahun lalu, pengunjung yang beratur bergaduh sesama sendiri sehingga cermin kedai pecah ketika pelancaran iPhone 2 di bandar raya ini.

Bagaimanapun situasi lebih tenang dilaporkan di Shanghai, di mana premis Apple dibuka kepada pengunjung yang ramai dan model terbaru itu mula dijual.

Walaupun iPhone 4S mula dilancarkan hari ini di China, namun ia sudah dijual di pasaran gelap beberapa bulan lalu selepas diseludup dari negara jiran dan Hong Kong.

Ada sesetengah peminat Apple di negara ini, yang memiliki jumlah pengguna dalam talian terbesar dengan lebih 500 juta pengguna, sudah menunggu di luar kedai beberapa hari bagi mendapatkan gajet terbaru itu.

China termasuk Hong Kong dan Taiwan merupakan wilayah jualan paling pantas berkembang Apple, yang mana pulangan tahunannya mencatat tempat kedua selepas Amerika Syarikat. - AFP

///utusan///

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Lakonan dalam Songlap dapat pujian

Posted: 19 Jan 2012 06:33 AM PST

PERNAH sekali Allahyarham Yasmin Ahmad bersuara: "Syafie itu ikhlas orangnya. Lihat saja wajah serta matanya itu. Sungguh redup dan manis. Itu sudah cukup kuat untuk saya memimpinnya menjadi seorang pelakon yang berjaya satu hari nanti."

Kata-kata Yasmin itu nyata bukan cakap kosong apabila hari ini melihat Mohd Syafie Naswip semakin menyerlah dalam bidang lakonan. Boleh dikatakan dalam kelompok pelakon remaja baru, Syafie antara yang paling menyerlah.

Bertemu dengan Syafie di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini adalah detik yang menyeronokkan. Meskipun sibuk dengan jadual harian mahupun komitmen pembelajaran dalam Tingkatan 6, Syafie masih mampu mencari ruang untuk datang dalam fesyen remaja yang ceria, sesuai dengan usianya.

Mendengar ceritanya dan meneliti setiap jawapan yang dilontarkan, jelas ia menggambarkan bintang filem Mukhsin, Talentime dan Songlap ini ada wawasan tersendiri dalam bidang seni mahupun bidang sampingan. Harus juga dipuji dia juga bercakap dengan nada yang merendah diri yakni tidak bongkak.


"Saya hanyalah orang biasa. Saya sebenarnya masih segan-segan untuk berkongsi cerita kalau tidak ada yang bertanya. Memang beginilah perangai saya sejak kecil. Ini kerana sejak dulu, saya sentiasa merasakan diri saya banyak kekurangan. Jadi saya selalu mengharapkan agar semua orang memberikan saya ruang untuk memperbaiki mutu lakonan saya agar menjadi anak seni yang benar-benar bagus," katanya.


Seperkara yang jelas, gara-gara lakonan yang berkesan dalam filem Mukhsin, sejak dulu lagi Syafie sudah sinonim dengan panggilan Mukhsin, terutamanya di kalangan warga kerja produksi filem.

Apa yang membanggakan, profil Syafie pernah diangkat ke tahap yang memuaskan apabila filem Mukhsin berjaya menghadiahkan gelaran Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi Festival Filem Malaysia Ke-20.

Di samping itu, filem lakonan Syafie bersama Shaheizy Sam, Songlap, baru melabuhkan tirainya di pawagam. Ramai memuji lakonan Syafie bersama Sara Ali dan Shaheizy Sam.

Bagi Syafie, semua pujian yang dibentangkan kepadanya selama ini adalah hadiah daripada kerja kuat serta kesungguhannya berlakon.

Jauh dalam sudut hatinya, apa yang dicapai Syafie selama ini adalah menerusi laluan pintu yang dibuka Yasmin yang selesa dipanggil 'Mak' saja.

Kini sejak ketiadaan Yasmin, anak muda berusia 19 tahun ini sedar dia perlu semakin kuat memacu ke depan dan tidak seharusnya meletakkan kesedihan atau kekecewaan yang berbaki itu sehingga menyekat kemaraan bakatnya.

"Awal-awal dulu memang saya pernah sedih atau 'down'. Apabila dikhabarkan yang Mak sudah tiada lagi di dunia ini, saya rasa macam hilang tempat hendak mengadu. Dialah penguat semangat dan tempat rujukan saya. Namun difikirkan semula, sampai bila harus saya bersedih? Jadi saya kena 'move on' berfikiran positif," katanya yang pernah membintangi beberapa drama hebat termasuk Takbir Suci 2, Jidin, Ampunkan Dosaku dan Demi Masa. Kesemua lakonannya meninggalkan impak kepada penonton TV.

Tambah anak tunggal ini lagi, dia ada tanggungjawab yang besar untuk dikejar.

"Alhamdulillah setakat ini bakat saya masih dipandang. Masih ramai yang percaya dan datang memberikan tawaran. Maklumlah melihat pada persaingan pada hari ini, bimbang juga orang akan terlepas pandang namun semua itu hanya persepsi saja.
Sejak Mukhsin dan Talentime, saya masih terima banyak undangan walaupun kena juga berfikir soal pelajaran.

"Bagaimanapun saya seboleh-bolehnya akan menapis dulu setiap tawaran yang datang bagi mencari kepuasan sebenar sebagai pemain watak. Saya tidak mahu konsep 'asal boleh' dalam menerima tawaran lakonan tanpa memikirkan kekuatan watak dan plot cerita.

"Namun saya bukanlah terlalu memilih atau sombong. Cuma sebagai anak seni yang masih bertatih, saya inginkan kualiti dan sebuah karya yang betul-betul memberikan kepuasan.

"Saya kena kurangkan sedikit kerjaya lakonan dalam tempoh dua tahun ini memandangkan saya sibuk dengan pengajian di Tingkatan 6. Saya ingin habiskan dulu pelajaran seperti mana yang diharapkan mak dan abah kandung saya.

"Insya-Allah sebaik tamat pengajian nanti barulah saya akan kembali fokus kepada kerjaya lakonan secara total," katanya yang mengimpikan watak penuh emosi dan sesuatu yang mustahil dilakukan dalam kerjayanya.

Pemegang gelaran Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2007 menerusi drama Ilham Suci ini turut diusik mengenai hal peribadinya.

Adakah Syafie sudah ada kekasih hati?

"Saya terlalu muda dan masih pakai 'uniform' sekolah. Banyak lagi perkara lain yang saya kena utamakan. Saya juga tidak pernah terjebak dengan cinta monyet di sekolah. Serius saya katakan, sayang saya hanyalah kepada kedua-dua ibu bapa, pelajaran yang menjamin masa depan serta kerjaya lakonan yang masih baru," katanya yang ingin melanjutkan pelajaran di dalam jurusan pengarahan filem.

TRIVIA SYAFIE

  • Syafie hanya menggunakan motosikal saja untuk ke mana-mana termasuk hadir ke Balai Berita untuk sesi fotografi.
  • Sekarang Syafie sedang sibuk mempersiapkan diri bagi menempuh peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dalam aliran Sastera di sebuah sekolah menengah di Gombak Setia.
  • Jika tiada rezeki dalam dunia lakonan, Syafie ingin menjadi seorang ahli perniagaan. Kerana itu juga dia sedang memperlengkapkan diri dengan pengetahuan perniagaan.
  • Syafie juga adalah Pengerusi Kelab Teater di sekolahnya dan pernah membintangi beberapa pementasan termasuk P Ramlee The Musical.
  • Ketika merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2007 menerusi drama Ilham Suci, Syafie sebenarnya menewaskan ramai pelakon senior termasuk Rosyam Nor, Rusdi Ramli, Nasir Bilal Khan dan Norman Hakim.
  • Syafie juga ingin melakonkan peranan lelaki 'psiko'.


  • Full content generated by Get Full RSS.

    Nasyid Imam Muda

    Posted: 19 Jan 2012 06:01 AM PST

    SELEPAS tamatnya program realiti Imam Muda musim pertama, ia membawa perubahan besar kepada kehidupan Imam Muda Mohd Taufek Mohd Noh, 29. Dia dan isterinya, Zilawati Abu Hassan kini mampu memiliki rumah sendiri dan turut mengusahakan perniagaan katering.

    Taufek yang menjadi pensyarah sambilan di Universiti Selangor, juga aktif memenuhi undangan berceramah di sekitar Lembah Kelang dan memberi motivasi kepada pelajar sekolah.

    "Alhamdulillah, dibandingkan dengan kehidupan dulu dan sekarang memang banyak bezanya. Selepas menyertai Imam Muda, orang dah kenal saya lalu saya mengambil peluang itu untuk mengembangkan bakat sebagai penceramah dan juga memberi motivasi. Saya juga bercadang untuk menjadikan bidang motivasi ini kerjaya yang serius dengan membuka pejabat dan mengambil pekerja untuk melancarkan program yang bakal dirancang.

    "Sebagai memantapkan lagi ilmu yang ada saya juga berhasrat untuk sambung belajar ke peringkat ijazah sarjana dalam jurusan Islamik atau bersesuaian dengan kelulusan yang ada sekarang iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan (Pengajian Islam). Untuk menjadi pakar motivasi yang bagus, saya perlu terus belajar," katanya.


    Sebelum menyertai program Imam Muda, Taufek pernah menjadi pensyarah Bahasa Mandarin di Institut Sains Teknologi Darul Takzim selama setahun.


    "Daripada sekolah rendah sampai ke peringkat menengah, saya belajar di sekolah Cina. Saya boleh menguasai bahasa itu dengan baik termasuklah membaca dan menulis," katanya.

    Taufek dan sahabatnya yang juga naib juara Imam Muda musim pertama, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, baru saja menghasilkan album nasyid yang berjudul Cahaya Atas Cahaya.

    Menurut Taufek, dia sudah lama mengidam untuk menghasilkan album nasyid namun waktu itu agak sukar untuk menggapai impiannya itu.

    "Segalanya yang saya impikan tercapai selepas menyertai Imam Muda. Saya sangat bertuah dapat menyertainya kerana segalanya kini berubah. Untungnya saya mempunyai kenalan dalam dunia seni ini dan kebetulan baru-baru ini saya berjumpa dengan abang Ito Lara.

    "Saya menyuarakan keinginan untuk membuat album nasyid dengan mengajak rakan Imam Muda yang lain turut sama terutamanya Nuri dan Ashraf. Tetapi Nuri kini menetap semula di Pahang dan Ashraf pula selalu sibuk, jadi akhirnya hanya saya dan Hizbur saja.

    "Apabila saya berjumpa Abang Ito Lara dan bercerita dengannya, rupanya dia pun mempunyai hasrat yang sama. Menerusi syarikat abang Ito Lara sendiri, Wahyu Suci Productions, maka hasil kerjasama kami lahirlah album ini. Ia sudah pun berada di pasaran," katanya.

    Empat belas lagu yang dimuatkan dalam album itu, Zikir Munajat 1 - Astaghfirullah, Assalamualaik, Cahaya Atas Cahaya, Zikir Munajat 11 - Thubna Ilallah, Salami Salami, Marhaban, Tolaal Baru A'laina, Zikir Munajat 111 - Laisalaha, Maulaya, Zikir Munajat 1V- Hasbi Rabbi, Selawat Badriyah, Doa Rasulullah dan Berendoi Nasihat.

    Taufek juga dalam proses belajar menjadi penyampai radio sebagai persediaan untuk muncul di radio milik Jakim iaitu Salam fm.

    "Untuk permulaan ini saya banyak belajar dengan abang Pian (anggota kumpulan nasyid Saujana) yang kini menjadi DJ radio IKIMfm," katanya.



    Full content generated by Get Full RSS.

    Khamis, 19 Januari 2012

    Zon Artis

    Zon Artis


    Ally Iskandar Dan Farah Lee Selamat Diijabkabul

    Posted: 19 Jan 2012 08:15 PM PST

    GAMBAR NIKAH ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

    Rasanya umum sudah mengetahui yang Ally Iskandar akan melangsungkan pernikahan pada hari ini, 20 Januari 2012. Dan pada jam 10.00 pagi tadi, Ally Iskandar telah pun selamat dinikahkan dengan pasangannya Nurfarahin Romli atau lebih dikenali dengan nama Farah Lee.

    Ally Iskandar dan Farah Lee dinikahkan oleh Jurunikah, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin RM250.00 tunai di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

    Dari info yang Zon Artis perolehi, pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran oleh pihak perempuan.

    GAMBAR NIKAH ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

    Tahniah kami ucapkan kepada Ally Iskandar dan Farah Lee kerana sudah sah bergelar suami isteri. Kami doakan semoga ikatan ini akan berkekalan selamanya dan selamat berbahagia.

    Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

    Sensasi

    Sensasi


    Ally Iskandar sah bergelar suami kepada Farah Lee

    Posted: 19 Jan 2012 11:15 PM PST

    Akhirnya pengacara Ally Iskandar selamat dinikahkan dengan pasangannya Farah Lee. Tahniah sensasi ucapkan.Semoga Ally dan Isteri bahagia hingga ke akhirnya.


    Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi,36, akhirnya sah bergelar suami selepas dua kali lafaz nikah kepada Nurfarahin Romli,23, atau Farah Lee dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu, pagi Jumaat.

    Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan kira-kira pukul 10 pagi oleh jurunikah Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu iaitu Mohd Abu Bakar.

    Pihak lelaki memberikan mas kahwin berjumlah RM250 serta tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan yang antaranya terdiri daripada Al-Quran, sebentuk cincin, baju kurung, telekung dan sejadah.

    Pengantin perempuan pula membalas sembilan dulang antaranya telefon bimbit, baju Melayu, cincin, jubah dan manisan

    Nurfarahin Romli

    Majlis yang agak meriah itu dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan juga rakan masing-masing.

    Ally dan Farah ditemukan oleh ahli keluarga mereka pada hujung Ogos tahun lalu sebelum majlis merisik diadakan pada bulan Syawal lepas.

    Farah masih menuntut di sebuah universiti di Korea Selatan dalam bidang kejuruteraan mekanikal manakala Ally adalah pemegang ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dan Pengajian Filem, University of The Pacific, Stockton, California, Amerika Syarikat.

    Kedua-dua pasangan tersebut merupakan orang Terengganu.

    Gambar Katy Perry tanpa mekap sebabkan Katy dan Russel bergaduh,gambar selebriti hollywood tanpa mekap

    Posted: 19 Jan 2012 11:04 PM PST

    Gambar dibawah nie adalah gambar Katy Perry tanpa mekap yang telah ditweet oleh bekas suaminya Russel Brand ketika mereka masih bersama. Russel cuba memberitahu dunia tentang kehidupan berkahwin mereka dan meng-tweet satu gambar tanpa mekap Katy dan menyebabkan Katy berang dan menyuruh Russel segera membuang gambar tersebut.

    Selepas beberapa minit Russel terus membuang gambar tersebut. Katy kelihatan pucat dalam gambar dibawah,


    Kat bawah nie ialah Suan dari Desperate Housewife,gambar selepas keluar dari pool.

    Jennifer Lopez kelihatan seperti orang sakit sebab pucat,Biasalah kalau dah selalu memakai lipstick lama-lama bibir akan kelihatan pucat bila tak pakai mekap.


    Supermodel Tyra Banks kelihatan sembab tanpa mekap. Apabila mekap mata Tyra kelihatan galak.
    Jessica Biel ,tunang Justin Timberlake

    Kourtney Kardashian
    Cammeron Diaz tetap memakai celak mata walaupun tidak memakai bedak asas mungkin kerana tak mahu kelihatan terlalu pucat,maklumlah bulu mata pun blond jugak.
    Julia Roberts,mekap dan tak mekap hampir sama je..cuma bila mekap nampak lebih berseri.
    Madonna kelihatan tua tanpa mekap,sebenarnya dengan mekap pun Madonna skrg kelihatan tua.Terbaru Madonna nk berkahwin dengan kekasihnya Brahim yang berusia 24 tahun.Brahim adalah seorang penari.
    Gambar lama Avril tanpa mekap.Gadis yang slalu bercelak hitam pekat kelihatan pucat seperti orang sakit.Kalau pakai lipbalm berwarna mungkin kurang pucat sikit kot.
    Renee adalah salah satu mat salleh bermata sepet,tapi mempunyai senyuman yang manis.
    Tanpa mekap Renee kelihatan begitu selekeh,...sikatlah rambut!!
    Christina adalah salah seorang blond yang berambut kuning cerah,jadi bulu mata pun warna kuning jugak.
    Gambar J.Lo kat bawah nie seriously menampakkan iras wajahnya dengan bekas suami Marc Antony.hehe
    Wanita yang selalu dinobatkan sebagai sexiest woman kerana mempunyai bibir tebal yang menggoda tanpa mekap kelihatan seperti aunty Sofia jiran sensasi dulu.

    borak kosong

    borak kosong


    Ingin Setia Sampai Tua, Sepasang Kekasih Muda Berfoto Ala Datuk Nenek

    Posted: 19 Jan 2012 09:15 PM PST


    Zhang Jin (25 tahun) dan tunangannya Yao Zenni (26 tahun)  dari Nanjin, Provinsi Jiangsu, Cina, rela menghabiskan 2,000 Poundsterling hanya untuk melakukan foto dengan mengubah penampilan mereka menjadi datuk dan nenek dalam satu hari.

    Seperti yang dilapor dari situs Orange, mereka melakukan foto khusus seperti itu sebagai tanda komitmen mereka untuk bersama hingga tua.

    Foto-foto tersebut dimaksudkan untuk menciptakan kembali sebuah lagu cinta dari China yang mana baris lagunya ada kata seperti :"Hal yang paling romantis adalah tumbuh tua bersamamu."
    Selain mengubah atau berdandan seperti datuk nenek, mereka juga menyewa mesin salji untuk foto mereka di Bailuzhou Park.

    Idea foto-foto itu muncul untuk merayakan pernikahan mereka nantinya tahun ini.

    Sutradara foto, Deng Feibiao mengatakan mereka ingin menciptakan ilusi sepasangan kekaksih yang sudah tua yang mendukung satu sama lain melewati hutan di hari musim dingin, meski sebenarnya saat itu suhunya mencapai 38C.
    Ditengah-tengah fotoshoot, Yao bertanya pada Zhang apa dia (Zhang) bakal bosan dengannya jika dia tua dan jelek. Dan Zhang pun berujar,"Ga, kamu akan selalu  menjadi isteriku yang cantik. Dan aku akan selalu menjadi suamimu yang jelek."

    Wanita 136 kilogram Duduki Kekasih Hingga Tewas

    Posted: 19 Jan 2012 09:00 PM PST

     Seorang wanita diajukan ke pengadilan dengan dakwaan pembunuhan. Bukan dengan senjata atau racun, wanita seberat136 kilogram itu menduduki kekasihnya yang kurus hingga tewas.

    Polisi Cleveland, ibukota Ohio, AS, mengatakan Mia Landingham, si wanita dan Mikal Middleston-Bey, keduanya sudah memiliki tiga anak, terlibat pertengkaran pada Ogos lalu. Di tengah pertengkaran  terjadi, Landingham menduduki kekasihnya yang seberat  54,4 kilogram kurang dari setengah berat badannya.

    Peguam Landingham mengatakan terdakwa telah mengalami kekerasan dalam rumah tangga dalam waktu lama. Dia meminta hakim, Carolyn Friedland untuk mempertimbangkan hal tersebut. Selain itu, terdakwa juga tak memiliki catatan kriminal.

     Landingham dihukum percubaan tiga tahun dan 100 hari kerja sosial. Vonis itu lebih ringan dari tuntutan pidana lima tahun penjara. Dengan vonis hukuman percubaan, Landingham segera bebas dari penjara.

     Hukuman dijatuhkan setelah Landingham mengaku bersalah menyebabkan kematian atas diri seseorang. Dia mengaku menyesal membunuh ayah dari ketiga anaknya. "Saya sangat menyesal. Seandainya saya boleh memutar waktu," kata Landingham, seperti dimuat laman news.com.au.

    Namun, penyesalan Landingham tak meredakan amarah keluarga korban. 
    "Saya ingin kamu tahu, kau telah menyakiti kami dengan membuat Mikal pergi," kata ibu tiri korban Sharon Phillips kepada terdakwa. Keluarga korban juga kecewa kerana Landingham hanya dihukum percubaan. "Tidak ada keadilan di sini," kata mereka.

    Kereta Berusia Lebih Dari 56 Tahun Yang Masih Dipergunakan Hingga 3 Generasi

    Posted: 19 Jan 2012 08:45 PM PST


    Tak banyak kereta tua yang masih boleh  dipakai bahkan diturunkan hingga 3 generasi dalam satu keluarga, tapi Morris Minor sanggup melakukannya.

    Adapun Morris Minor ini adalah mobil buatan 1956 yang saat ini dimiliki oleh John Anthony , 62 tahun, dari Neath di Wales.
    Seperti yang dilapor dari situs Orange, kereta itu sendiri dibeli pertama kalinya oleh datuk Anthony bernama Idris Evans saat masih baru – dimana saat itu usia Anthony sekitar 5 atau 6 tahun.

    Kereta berwarna biru itu dipergunakan oleh datuk  Anthony untuk menghantarkan bekerja di steelworks di Port Talbot dan juga untuk mengajak keluarganya jalan-jalan.
    Setelahdatuknya meninggal kerrtaitu pun diwariskan kepada ayah Anthony dimana  kereta itu akhirnya sempat terparkir selama 8 tahun di garaj karena sang ayah sudah terlalu tua memandu kereta.

    Namun Anthony berhasil memperbaikinya dan membuat mobil tua itu boleh kembali berada di jalanan. Dia berharap boleh mewariskan kereta itu kepada anak laki-lakinya yang saat ini sudah berusia 20 tahun.

    Wow...Kereta Dilapisi Emas 22 Karat Seberat 80 Kg Dan Berhiaskan Permata

    Posted: 19 Jan 2012 08:30 PM PST


    Sebuah kereta versi Tata Nano ditampilkan di kota India, Mumbai.

    Kereta  yang dipamerkan perusahaan multinasional terbesar di Negara itu, Tata, 
    adalah mobil yang sangat istimewa lantaran dilapisi dengan emas 22 karat seberat 80 kg dan juga 15 kg perak dan bermacam-macam permata.
    Kereta  itu dibuat sebagai sebuah tribut, merayakan 5000 tahun pembuatan perhiasan di India.

    "Sejak saat ini kereta tu tak dimaksudkan untuk dijual. Kereta tu hanya dimaksudkan   untuk berkeliling untuk  memperlihatkan kemampuan atau skil para pembuat India, dan mungkin mereka adalah orang-orang yang paling tereksploitasi di bisnis ini," ujar Bhaskar Bhatt, ketua dari Tata group seperti dilansir dari situs fun-on.com.
    Adapun perubahan itu meningkatkan nilai kereta litu, dari harga standard sekitar 1,300 Poundstarling menjadi  2.9 Juta Poundsterling.

    Foto Telanjang Disiar, Travis Barker Geram

    Posted: 19 Jan 2012 08:15 PM PST


    LOS ANGELES- Travis Barker menyaman  sebuah situs berita kerana telah menyiarkan foto telanjangnya. 


    Travis melalui peguamnya meminta agar situs itu menghapus foto yang menampilkan alat vital drumer berambut mohawk itu. Dia tak mahu satupun orang melihat foto peribadi yang bukan untuk konsumsi publik itu. 


    Menurut seorang sumber, foto Travis itu merupakan foto yang diambil lima tahun lalu. Namun, foto itu murni hanya untuk koleksi peribadi. Tapi situs berita gosip secara sengaja memberitakan dan menyiarkan foto telanjang Travis itu tanpa sensor. 


    Selain memuat foto yang tak pantas, situs itu memuat foto peribadi tanpa izin sang pemiliknya langsung. Demikian dikutip dari TMZ, Khamis (19/1/2012).(rik)

    Australia Pasarkan Makanan Ringan yang "Kotor"

    Posted: 19 Jan 2012 08:00 PM PST


    Banyak cara untuk memasarkan makanan ringan. Salah satunya seperti yang dilakukan oleh sebuah pengeluar makanan di Australia, yang menggunakan bahasa kotor dalam cap dagangnya.


     Mereka telah mengajukan permohonan kepada regulator cap dagang, agar mereka dapat menggunakan kata tersebut dalam cap dagang mereka.




     "Kata (kotor) itu sekarang menjadi sebahagian dari bahasa di negara ini," ujar peguam perusahaan Jamie White seperti dikutip Orange, Khamis, (19/1/2012).


     Lebih lanjut menurut Jamie, seiring dengan perjalanan waktu kata-kata tertentu yang mungkin dulunya dianggap kasar, kini dapat diterima sebagai cap dagang di pasar tertentu, misalnya di Australia.


     Kes yang dibawa ke pengadilan ini berhasil dimenangkan oleh perusahaan itu. Sehingga mereka dapat menggunakan 'Futs Nucking' sebagai cap dagang mereka. 


     Namun perusahaan itu mengatakan, mereka hanya akan menjual makanan ringan cap 'Futs Nucking'di tempat-tempat hiburan malam.


     Sebelumnya cap dagang dengan menggunakan kata yang dianggap tidak bagus dan memalukan, tidak akan pernah boleh beredar. Tapi kini semua itu berubah dengan adanya keputusan ini.

    Usia 10 Tahun, Anak Cindy Crawford jadi Model Versace

    Posted: 19 Jan 2012 07:45 PM PST


    Anak dari super model Cindy Crawford, Kaia Gerber sepertinya memiliki bakat yang sama dengan sang ibu. Baru berusia 10 tahun, ia pun menjadi model untuk rumah mode ternama Versace.


    Dalam sebuah foto, Kaia nampak berpose dengan mengenakan jaket kulit, atasan putih serta skirt lipit karya Donatella Versace. Foto tersebut merupakan kempen iklan untuk debut Young Versace, lini busana dan aksesori untuk anak-anak berusia hingga 12 tahun.


    Pada akhir tahun 90-an, Cindy Crawford sendiri merupakan muse untuk Gianni Versace. Oleh kerana itu, tak hairan jika Kaia dipilih menjadi model dalam kempen iklan rumah mode asal Itali tersebut. Hal itu juga membuat Crawford merasa bangga, kerana puterinya mahu mengikuti jejaknya.


    "Saya sangat senang Kaia dipilih untuk menjadi sebahagian dari kempen pertama Young Versace. Saya punya banyak kenangan indah yang dihabiskan bersama Gianni dan Donatella. Ada sesuatu yang spesial tentang Versace," ujar model yang kini berusia 45 tahun itu, seperti yang dikutip dari Daily Mail.


    "Seperti ibunya, Kaia memiliki bakat yang spesial. Kamera benar-benar mencintainya. Kehadiran Cindy membawa saya kembali ke masa lalu yang luar biasa, saat kita bekerja bersama. Sangat senang melihat Kaia berjalan mengikuti jejak ibunya," terang Donatella, direktur kreatif rumah mode Versace.




    Sumber : http://www.wolipop.com

    Ditahan gara-gara punggung Sadam Hussein

    Posted: 19 Jan 2012 07:30 PM PST


    TRIBUNNEWS.COM LONDON – Seorang lelaki berusia 66 tahun ditangkap polis Inggris kerana dilaporkan membawa bekas potongan punggung dari patung Saddam Husein berbahan tembaga , yang sempat diroboh beberapa waktu lalu di Iraq.


    Lelaki itu menurut berita AFP Jumaat (20/1/2012) ditahan atas dugaan melanggar Orde 2003 Sanksi Irak, yang secara efektif melarang eksport 'dikeluarkan secara ilegal kekayaan budaya Iraq, Termasuk item arkeologi, pentingnya sejarah, budaya, atau agama.


    Potongan berukuran 0.6m logam diambil oleh seorang bekas tentara elit SAS resimen dari Inggris di Baghdad 'Spud' Nigel Ely, setelah ia melihat mariner Amerika Serikat menyeret turun patung Setelah Kejatuhan pemimpin Iraq.


    Dia dibawa kembali ke Inggris dan memasangnya untuk dijual dalam lelong tahun lalu,

    Dihalang renang tutup aurat

    Posted: 19 Jan 2012 07:15 PM PST


    SHAH ALAM: Seorang ayah kecewa apabila hasrat dua anaknya menyertai pertandingan renang dianjurkan Persatuan Renang Amatur Selangor di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Seksyen 13, di sini, terbantut semata-mata pakaian renang berlandaskan syariat Islam.
    Muhammad Abdullah, 36, berkata, kekecewaannya turut dikongsi ibu bapa 20 peserta lain berumur antara 8 dan 12 tahun itu yang didakwa penganjur melanggar peraturan ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (Fina).

    Menurutnya, ketika pertandingan renang Kejohanan Sukan Selangor (Sukses) berlangsung dari 13 hingga 15 Januari lalu, dia bersama isteri, Anis Harnisah Haron, 33, berada di China atas urusan perniagaan.


    "Pada hari ketiga pertandingan itu, isteri yang menghubungi anak perempuan Anis Zakiah yang berusia 9 tahun terkejut mendengar tangisan sebelum dimaklumkan bahawa dia dan abangnya Abdullah Fateh berusia 12 tahun tidak dibenarkan menyertai pertandingan.

    "Anis dan Fateh sudah menghabiskan banyak masa untuk memberi saingan dalam pertandingan itu, tetapi mereka sangat kecewa apabila tak dibenarkan bertanding hanya atas sebab pakaian renang," katanya.


    Beliau lebih terkenal dengan gelaran Ustaz Amin serta Timbalan Pengerusi Yayasan Al-Ijabah berkata, dia menghubungi jurulatih renang anaknya, Mohd Bukhari Ibrahim, 34, yang kemudian memaklumkan 20 peserta beragama Islam turut mengalami nasib sama.



    Ustaz Amin yang kesal dengan perkara itu berkata, dia memang menggalakkan sukan renang kepada 80 anak yatim di bawah jagaan Yayasan Al-Ijabah.

    "Mereka selama ini sudah diajar supaya berpakaian mengikut syariat Islam walau di mana pun berada, takkanlah tiba-tiba nak suruh buka aurat pula," katanya.


    Ustaz Amin berkata, beliau sudah mengajukan isu terbabit kepada Pengerusi Majlid Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan pihak Mais berjanji menyelesaikannya.

    "Saya juga akan bertemu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid untuk berbincang mengenai perkara ini. Mungkin juga saya akan bawa isu ini untuk perhatian menteri belia (Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek)," katanya.



    sumber : myMetro

    Lelaki bawa mayat ibu naiki bas

    Posted: 19 Jan 2012 07:00 PM PST


    LONDON: Polis menyoal siasat seorang lelaki selepas dia membawa mayat ibunya menaiki bas selepas wanita itu mati, lapor media semalam.
    Menurut laporan, lelaki terbabit membawa ibunya bersiar-siar apabila wanita berusia 88 tahun itu meninggal dunia pada Isnin lalu.

    Tanpa melaporkan kematian itu, lelaki yang terkejut dengan kematian itu meletakkan mayat ibunya di kerusi roda dan menahan bas untuk pulang. Penumpang bas berkenaan kemudian menghubungi polis sebelum lelaki berusia 52 tahun itu ditahan. Polis kemudian menghubungi ambulans untuk mengetahui status wanita itu. Selepas diperiksa, paramedik mengesahkan wanita itu mati, tetapi tiada sebarang tanda ia akibat perbuatan khianat.


    Menurut sumber, pasangan anak-beranak itu menaiki bas dalam perjalanan dari Lancaster ke Preston. - TS


    sumber : myMetro

    Wanita separuh bogel diheret polis

    Posted: 19 Jan 2012 06:45 PM PST


    KIEV - Polis Ukraine menangkap seorang wanita yang mendedahkan payudaranya dalam satu tunjuk perasaan di depan kediaman Duta India di sini kelmarin.
    Dia merupakan anggota sebuah pertubuhan pembela hak asasi manusia yang dikenali sebagai Femen yang menunjuk perasaan yang disertai tiga lagi rakannya.
    Tunjuk perasaan itu diadakan bagi membantah tindakan India memperketatkan peraturan visa untuk kemasukan wanita dari negara-negara bekas Kesatuan Soviet.
    Peraturan visa itu diperketatkan untuk menghalang wanita berusia di antara 18 hingga 40 tahun dari Ukraine, Rusia, Kazakhstan dan Kyrgyzstan memasuki India untuk menjadi pekerja seks.
    Empat wanita dengan beraninya mendedahkan payudara mereka semasa suhu amat sejuk ketika berada di balkoni tingkat dua kediaman duta India. - Agensi
    sumber : kosmo online

    Wow..Guru terkejut akaun bank ada RM30.59 bilion

    Posted: 19 Jan 2012 06:30 PM PST


    KOLKATA, India - Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).
    Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).
    "Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak," katanya.
    Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).
    Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.
    Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.
    "Kami cuba untuk memastikan apa yang silap," kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.
    "Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai," tambahnya. - AFP
    sumber : kosmo online

    Curi duit masjid untuk beli makanan

    Posted: 19 Jan 2012 06:15 PM PST


    SINGAPURA: Seorang penganggur dijatuhkan hukuman setahun penjara kerana mencuri S$32 (RM76) dari sebuah masjid.
    Noraizam Abdullah, 40, mengaku bersalah bulan lalu kerana mencuri duit untuk membeli makanan untuk dirinya adan ibunya yang berkerusi roda. 
    Dia berkata, dia mencuri duit itu kerana terdesak dan tidak mendapat bantuan daripada pihak masjid.

    Duit itu dicuri dari tabung wang derma yang diletak di pintu masuk Masjid Darussalam di Commonwealth Avenue West pada 11 Disember lalu.



    Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan dia membawa tabung itu ke tangga, memecahkannya dan mengambil duitnya. - Asiaone



    sumber : myMetro

    Gila ..gosok kemaluan keatas pemuda pengsan

    Posted: 19 Jan 2012 06:00 PM PST


    NEW ORLEANS: Seorang peminat bola sepak Amerika menjadi mangsa serangan seksual penyokong pasukan lawan ketika dia pengsan di sebuah restoran makanan segera, lapor media semalam.
    Insiden selepas perlawanan itu menunjukkan remaja lelaki terbabit yang terkulai di meja makan dikerumuni sekumpulan penuntut Universiti Alabama.

    Kejadian berlaku di restoran Krystal di New Orleans pada 9 Januari lalu dan dirakam menggunakan kamera telefon bimbit.


    Ia menjadi perhatian selepas rakaman berkenaan dimuat naik penuntut Universiti Alabama di YouTube, tetapi dipadamkan tidak lama kemudian.

    Melalui rakaman itu, seorang pemuda dilihat bertenggek di atas badan mangsa sebelum menggosok kemaluannya ke muka penuntut Universiti Louisiana State (LSU) terbabit.


    Laporan mendakwa, kejadian itu berlaku selepas perlawanan bola sepak Amerika di antara dua kolej dan Universiti Alabama mengalahkan LSU 21-0.



    Rakaman sepanjang lima minit itu turut menunjukkan sekumpulan remaja berpakaian Universiti Alabama bersorak sambil melukis kartun di muka mangsa.

    Sebahagian daripada mereka turut merakam kejadian itu dengan telefon bimbit masing-masing.


    Pada satu ketika, terdengar suara seseorang berkata: "Matilah dia." Kejadian itu berlanjutan apabila penyokong Universiti Alabama itu mencucuk hidung mangsa.

    Ketika itu, seorang pemuda terdengar berkata: "Alamak! Saya tak nampak dia bergerak!" sebelum seseorang mencadangkan supaya rakannya "mencurah air" untuk menyedarkan mangsa.


    Pemuda yang dibuli itu dilihat terangkat sedikit tetapi mukanya masih tersembam di atas meja dan tidak sedarkan diri.


    Ketika itulah seorang pemuda memakai topi besbol mengeluarkan kemaluannya dan memanjat badan mangsa sebelum menggosoknya ke mula lelaki terbabit.


    Identiti lelaki yang melakukan serangan itu tidak didedahkan dan tiada pengesahan dia adalah penuntut universiti.


    Seorang daripada penuntut dalam klip video itu dikenal pasti sebagai anak Pengarah Sukan stesen televisyen WKRG berusia 22 tahun - DM



    sumber : myMetro

    Wanita tua enggan ke hospital sorok dalam belukar

    Posted: 19 Jan 2012 05:45 PM PST


    ALOR GAJAH: "Aku tak nak ikut dia, aku tak mahu ke sana," jerit Halijah Kidam, 75, sebelum menghilangkan diri dalam kawasan belukar di belakang rumahnya di Kampung Solok Uban, Brisu, dekat sini, petang kelmarin.
    Difahamkan, kejadian pada jam 4 petang itu berlaku apabila warga emas yang mengalami penyakit mental sejak 40 tahun lalu enggan dibawa ke hospital selepas mengalami bengkak pada kedua-dua belah kaki.

    Dia menyusup secara senyap ke dalam belukar selepas gagal dipujuk anaknya untuk ke hospital.


    Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan 2, Jamaluddin Jalil berkata, sepasukan anggota bersama dua jentera dan sebuah pacuan empat roda dikerah ke tempat kejadian.

    "Wanita itu ditemui terbaring lemah di pangkal pokok pulai, 250 meter dari rumahnya jam 11.27 malam," katanya.



    sumber : myMetro

    Remaja lari rumah takut dijual ibu tiri

    Posted: 19 Jan 2012 05:30 PM PST


    AMPANG: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang tidak sanggup lagi dipukul dan didera bapa serta ibu tirinya selama lebih dua bulan nekad melarikan diri dari rumah, kelmarin.
    Pelajar terbabit membuat laporan polis selepas keluar dari rumah bapa dan ibu tirinya itu di Pandan Indah, di sini, kerana takut didera.

    Difahamkan, mangsa nekad melarikan diri selepas diugut bunuh dan mahu dijual ibu tirinya yang tidak mahu mangsa keluar dari rumah ketika mereka tiada.


    Sumber berkata, mangsa yang takut menerima ugutan terbabit melarikan diri dan pergi ke balai polis berhampiran untuk meminta bantuan.

    Beliau berkata, dalam kejadian terbaru petang kelmarin, mangsa yang baru pulang ke rumahnya selepas tamat waktu persekolahan terserempak bapanya yang memberitahu supaya dia tidak keluar rumah jika tidak mahu dibunuh dan dijual ibu tirinya.


    "Mangsa yang takut dengan ugutan itu melarikan diri selepas menyedari bapa dan ibu tirinya itu tiada di rumah.



    "Dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. Dalam laporannya mangsa mendakwa sering menjadi mangsa dera sejak lebih dua bulan lalu," katanya.

    Menurutnya, mangsa mendakwa sering dipukul, ditendang, malah bajunya pernah dikoyakkan ibu tirinya.


    "Mangsa juga memberitahu dipukul di kepala, badan dan kaki dengan pelbagai cara. Dia pernah dihentak dengan topi keledar milik bapanya hingga berdarah.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.



    sumber : myMetro

    Datin rugi RM280,000

    Posted: 19 Jan 2012 05:15 PM PST


    KUALA LUMPUR: Selepas kontroversi rumah tangga yang dikatakan berdepan keretakan, nama seorang produser filem kembali hangat apabila seorang ahli perniagaan wanita berusia 47 tahun bergelar Datin membuat laporan polis mendakwa produser itu mencuri wang dan barang kemas peribadinya dianggarkan bernilai lebih RM280,000.
    Laporan polis itu dibuat ahli perniagaan wanita berusia 47 tahun itu di Balai Polis Dang Wangi, di sini, pada 11 Januari lalu kira-kira jam 8 malam selepas produser terbabit tidak mengendahkan beberapa notis dihantar peguamnya. 
    Menurut sumber, kejadian bermula kira-kira jam 8 pagi, 18 Ogos tahun lalu apabila mangsa yang mahu menjalani rawatan pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu kota menyerahkan beg bimbit miliknya yang mengandungi sejumlah wang dalam pelbagai mata wang dan seutas gelang emas putih dikelilingi berlian dianggarkan bernilai RM270,000 kepada suami produser terbabit yang berusia awal 50-an.

    Pemberian itu untuk simpanan berikutan ahli perniagaan terbabit menerima rawatan di hospital, disaksikan produser itu serta seorang lagi rakan mereka.



    "Pada 21 September, suami produser itu menyerahkan semula beg bimbit berkenaan kepadanya, namun ahli perniagaan itu tidak memeriksa kandungannya.


    "Keesokan harinya, mangsa yang menghadiri rumah terbuka anjuran suami produser itu dimaklumkan seorang rakannya mendakwa produser itu mengarahkannya membuat tukaran wang asing di premis pengurup wang di kawasan Chow Kit menyebabkannya terkejut," katanya.



    sumber : myMetro

    Wanita HIV lahirkan anak sihat walafiat

    Posted: 19 Jan 2012 05:00 PM PST


    KUALA LUMPUR: Selepas disahkan positif dijangkiti virus maut HIV pada 2004, doktor menjangka dia hanya boleh hidup selama empat tahun, namun selepas tempoh itu berlalu, dia bukan saja masih mampu bernafas, malah mendapat kehidupan baru apabila ada lelaki berhati murni memperisterikannya.
    Itu bukti kekuasaan Allah atas kesabaran serta kegigihan seorang penghidap virus HIV yang hanya mahu dikenali sebagai Zulaikha dan kini kehidupannya tambah bermakna apabila dikurniakan cahaya mata lelaki berusia setahun dua bulan yang disahkan bebas HIV. 
    "Hati siapa yang tidak remuk apabila doktor memberitahu saya hanya boleh hidup empat tahun iaitu sehingga 2008. Ketika itu saya percaya kata-katanya dan menganggap kehidupan ketika itu sudah tidak bermakna," katanya.

    Zulaikha, 33, berkata dalam tempoh tiga tahun, dia kerap berkurung dalam bilik sehingga tidak makan, minum dan mandi sehingga jatuh sakit.



    "Mujur keluarga menerima dan menyokong saya. Mereka yang memujuk saya mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar serta jangan berputus asa dengan rahmat Allah.


    "Dengan kuasa Allah, tanpa diduga pada 2008 iaitu tahun saya diramalkan meninggal dunia, saya mendapat hidup baru apabila bertemu jodoh, malah kini dikurniakan cahaya mata," katanya.



    sumber : myMetro

    ‘Bandar Bestari’ jadi Bandar tahi burung

    Posted: 19 Jan 2012 04:45 PM PST



    JASIN: Keindahan 'Bandar Bestari' di sini, kini bagaikan hilang seri apabila najis burung mencemari beberapa kawasan bandar berkenaan sejak beberapa tahun lalu.
    Tinjauan Metroplus ke bandar Jasin yang terbahagi dua iaitu bandar baru dan lama itu mendapati kawasan komersial serta bangunan yang dibina sebelum merdeka dipenuhi najis burung.


    Masalah diburukkan lagi apabila bandar Jasin menjadi persinggahan unggas yang dipercayai berhijrah dari kawasan Asia Timur pada setiap awal atau penghujung tahun berikutan musim sejuk di sana. Najis berwarna putih itu mencemari papan tanda perniagaan, dinding bangunan dan lantai serta pembahagi jalan di kawasan berkenaan.


    Peniaga, S Rajendran, 40, berkata hampir setiap hari dia dan pekerjanya membersihkan kawasan hadapan kedainya akibat dicemari najis burung yang bertenggek di bahagian atas bangunan kedai disewanya itu.


    Katanya, bagi mengelakkan burung bersarang di siling hadapan kedainya, dia menutupnya dengan plastik.
    "Kehadiran burung berkenaan mencemarkan kawasan ini, malah burung itu menjadikan wayar lampu tanglung yang dipasang di situ sebagai tempat bertenggek pada waktu malam.


    "Hampir keseluruhan bandar ini dicemari najis burung dan boleh dilihat jelas dengan ia memenuhi papan tanda perniagaan.
    "Masalah ini sudah kronik dan kami sangat berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasinya," katanya di sini. Sementara itu, pembantu kedai makan, Habib Ibrahim, 18, berkata antara burung yang mendiami kawasan bandar ini ialah tiung, merpati, layang-layang dan walet.


    Katanya, kawasan itu dipercayai menjadi penarik bagi burung berkenaan apabila terdapat pihak memasang bunyian bagi menarik kehadiran burung walet dan mungkin ia juga menarik unggas lain.


    "Pada waktu senja kawasan ini dipenuhi ribuan burung sehingga menimbulkan bunyi yang terlalu bising.


    "Pencemaran najis burung itu juga menyebabkan bau busuk sehingga kami tidak lagi menyewa tingkat atas sebagai kediaman," katanya.


    Seorang lagi peniaga yang enggan dikenali berkata, masalah pencemaran najis itu dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan orang ramai.


    Katanya, umum mengetahui burung boleh menjadi haiwan bawaan penyakit seperti influenza.


    "Kebimbangan ini timbul sejak berlakunya penyakit seperti selesema burung dan saya berharap pihak berkuasa mengatasi masalah itu dengan segera," katanya.


    Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Hussin, ketika dihubungi berkata pihaknya mengambil langkah untuk mengatasi masalah itu antaranya memasang alat yang mengeluarkan bunyi pada frekuensi tertentu bagi menghalau unggas itu.


    Katanya, kaedah itu dipraktikkan di Sabah bagi menghalau burung di Stadium Likas, namun selepas beberapa tahun unggas itu menjadi imun dengan bunyi burung itu.


    "Di samping itu, kami juga sudah mengeluarkan notis terhadap pengusaha burung walet di kawasan berkenaan supaya memindahkan operasi mereka ke kawasan lain bagi mengelakkan unggas lain bertumpu ke situ.


    "Kami juga membersihkan kawasan sekitar yang dicemari najis burung itu kecuali kawasan kedai yang juga milik persendirian," katanya.


    sumber : myMetro

    GRO Arab pulak dah

    Posted: 19 Jan 2012 04:30 PM PST


    KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan haram di Bukit Bintang, di sini, dikesan menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) dari Asia Barat bagi mengubah cita rasa pelanggan yang sebelum ini disogokkan dengan GRO dari China, Vietnam dan Indonesia.
    Gadis berkulit gebu dan berpakaian seksi serta berhidung mancung itu dijadikan tarikan baru ke pusat hiburan terbabit sejak beberapa bulan lalu sebelum diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), awal pagi semalam.

    Pusat hiburan yang terletak di kawasan strategik itu turut dikunjungi pelancong dari wilayah Arab untuk berhibur dan faktor itu dipercayai punca utama pemilik premis terbabit menawarkan GRO dari rantau itu.


    Dalam serbuan jam 12.30 tengah malam itu, seramai 15 GRO warga Iran, Yaman, Uzbekistan dan Tajikistan berusia 20 hingga 27 tahun ditahan. Turut ditahan seorang pondan warga tempatan. Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Azman Md Isa berkata, pemeriksaan awal mendapati sebahagian GRO warga asing terbabit gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan ada yang mendakwa pelajar.

    "Pengurus pusat hiburan terbabit ditahan bagi membantu siasatan selepas premis itu gagal menunjukkan lesen perniagaan," katanya.


    Menurutnya, serbuan dibuat berdasarkan intipan pihaknya sejak sebulan lalu.



    SUMBER : myMETRO

    Amy Terkena Juga

    Posted: 19 Jan 2012 04:15 PM PST


    IPOH: Tindakan hasad dengki dengan menghantar santau atau sihir di kalangan artis bukan perkara baru berikutan rata-rata penyanyi dan pelakon tanah air popular pernah mengalami detik hitam itu.
    Penyanyi kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 54, berkata, kegiatan syirik itu bermula puluhan tahun lalu dan masih diamalkan segelintir individu. hingga kini. 
    Dia yang simpati nasib Awie tidak menolak kemungkinan ada pihak cemburu dan iri hati dengan kejayaan rakan karibnya itu.

    "Sebagai penyanyi rock dan pelakon terkenal, tidak mustahil ada individu menyimpan rasa iri hati atas pelbagai faktor.



    "Saya sendiri pernah tiba-tiba tidak boleh menyanyi ketika menjayakan persembahan tertutup tahun lalu.


    "Gangguan itu menyebabkan saya hilang suara tanpa punca. Lebih pelik apabila saya gementar ketika di atas pentas selain boleh menangis tiba-tiba," katanya



    sumber : myMetro

    Pelajar maut, rakan parah motosikal langgar kerbau

    Posted: 19 Jan 2012 04:00 PM PST


    KUANTAN: Seorang pelajar lelaki tingkatan empat maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang tunggangi mereka melanggar seekor kerbau yang sedang melintas jalan.
    Dalam kejadian 8 malam tadi di Km57, Jalan Temerloh-Pekan Awah, dekat Maran, Mohd Ikhwan Hamzah, 16, mati di tempat kejadian manakala rakannya, Hayatul Al Amin Ali, 21, yang patah kaki dan tangan kiri kini dirawat di Hospital Jengka. 
    Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata, kejadian itu berlaku ketika kedua-dua mereka dalam perjalanan dari arah Jengka 9 ke Hospital Jengka.

    "Sampai tempat kejadian, dipercayai sekumpulan kerbau tiba-tiba melintas dari arah kiri ke kanan jalan, Hayatul yang membawa motosikal terbabit cuba mengelak namun terlanggar salah seekor kerbau itu dan menyebabkan mereka tercampak ke kanan jalan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.



    Sementara itu di Kuantan, katanya seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya bergesel dengan dua buah lagi motosikal rakannya sebelum tercampak ke atas sebuah kereta dari arah bertentangan.


    Dalam kejadian 7 malam di Km3, Jalan Chini-Kuantan dekat Chini, Nor Azwan Safuan Kasim, 19, dari Felda Chini 4, Pekan, mati di tempat kejadian manakala dua rakannya dan pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Beliau berkata difahamkan ketika kejadian, pemuda itu dan dua lagi rakannya sedang berlumba sesama sendiri dari arah Chini menuju ke Kuantan.

    "Sampai tempat kejadian, dipercayai mereka telah bergesel sesama sendiri... pada masa yang sama sebuah kereta dari arah bertentangan lalu di situ menyebabkan mangsa tercampak ke atas kenderaan itu dan rakannya terjatuh ke atas jalan. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya. -- BERNAMA



    sumber : myMetro

    Kakak ni Dikurung geng gores

    Posted: 19 Jan 2012 03:37 PM PST


    KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak mahu menyertai peraduan 'gores dan menang' yang ditawarkan seorang wanita di Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di sini, seorang pelajar perempuan melalui detik hitam apabila dikurung selama tiga jam oleh sindiket berkenaan, petang kelmarin.
    Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu turut dipaksa menyerahkan barang kemas dan wang tunai ketika dikurung di dalam sebuah unit pejabat kosong di Bandar Tasik Permaisuri, di sini.
    Difahamkan, sindiket itu beroperasi dalam premis berkenaan yang ditampal pelekat 'untuk dijual/disewa' bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan orang awam mengenai kewujudan mereka.

    Bagaimanapun, mangsa bertindak bijak mengirim khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kakaknya memaklumkan dia dikurung sindiket terbabit. Kakaknya menghubungi suaminya yang kemudian datang ke premis berkenaan bersama beberapa anggota polis untuk menyelamatkan mangsa.



    Menceritakan detik hitam berkenaan, mangsa yang mahu dikenali sebagai Nor, 22, berkata, dia menaiki bas dari kampung halamannya di Tangkak, Johor sebelum tiba di TBS-BTS untuk ke rumah kakaknya di Bandar Baru Ampang, di sini.



    sumber : myMetro

    Jangan Facebook Saat Sedang Sedih

    Posted: 19 Jan 2012 03:00 PM PST




    Media sosial saat ini tak terpisahkan dari setiap aktiviti manusia. Ingin sekadar membunuh waktu, mengungkapkan perasaan pada kekasih, atau untuk mempromosikan produk, Facebook atau Twitter siap membantu. Namun jika Anda sedang sedih, sebaiknya Anda menjauhkan diri dari Facebook. Menurut penelitian, semakin lama waktu dihabiskan untuk melihat foto-foto teman di Facebook, semakin kita merasa bahawa orang lain memiliki kehidupan yang lebih menyenangkan. Mengapa boleh begitu?


    Foto-foto teman yang sedang tersenyum atau tertawa-tawa ternyata mengirimkan pesan yang kurang baik untuk orang lain, demikian menurut Utah Valley University yang mengadakan penelitian ini. Peneliti mendapati 95 peratus dari 425 partisipan rata-rata menggunakan Facebook lima jam dalam seminggu.


    "Melihat foto-foto teman yang happy di Facebook memberikan kesan bahawa orang lain selalu bahagia dan mempunyai kehidupan yang baik," ujar pemimpin studi ini, Hui-Tzu Grace Chou. Meskipun pengguna Facebook tahu bahawa teman-teman mereka pasti mengalami masa senang dan susah, namun foto profile yang biasanya hanya menunjukkan momen bahagia boleh memutarbalikkan persepsi mengenai kehidupan mereka sendiri.


    Menurut Chou, ketidakpuasan yang diakibatkan oleh Facebook ini merupakan hasil proses psikologis dimana kita menarik kesimpulan yang salah mengenai orang lain berdasarkan informasi yang terbatas. Ketika prasangka tersebut masih ditambah dengan fakta mengenai jumlah teman di Facebook yang mencapai ribuan orang, meskipun banyak di antaranya bukan teman karib, kesedihan yang dirasakan boleh memburuk.


    Kajian yang diterbitkan di jurnal Cyberpsychology, Behaviour and Social Networking, ini juga mendapati bahawa orang yang menghabiskan waktunya untuk bertemu langsung dengan teman-teman atau keluarga, jarang sekali merasa bahawa mereka menjalani kehidupan yang buruk.


    Sumber : http://female.kompas.com

    Lukisan Cat Minyak Dengan Ilusi Optik yang Rumit

    Posted: 19 Jan 2012 10:00 AM PST

    Lukisan-Lukisan cat minyak ini adalah hasil karya dari Oleg Shuplyak. Namun yang membuat karya seniman ini lebih luar biasa lagi, ia secara jeli menyembunyikan wajah tokoh-tokoh terkenal dalam sejarah kedalam lukisannya sehingga nyaris tak nampak dengan mata kasar.