Adsense

Jumaat, 20 Januari 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Pelakon drama 'Roda-Roda Kota Raya' ditangkap terbabit dadah

Posted: 20 Jan 2012 03:34 AM PST



PEKAN: Seorang pelakon lelaki drama bersiri 'Roda-Roda Kota Raya' ditangkap polis, selepas dipercayai terbabit dalam penagihan dadah di sebuah rumah inap desa di Felda Chini 2, Pekan, di sini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, berkata pelakon berusia 39 tahun itu dan rakan lelakinya berumur 30 tahun, ditangkap jam 8.30 malam semalam.
"Berdasarkan maklumat, pihak polis memecah masuk bilik di homestay berkenaan, dan setelah diperiksa polis menjumpai dadah jenis syabu anggaran seberat satu gram di atas meja di bilik berkenaan," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan ujian air kencing, kedua-dua mereka juga didapati positif penyalahgunaan dadah.

Katanya, kedua-dua lelaki itu ditahan reman selama lima hari.

"Kedua-dua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - BERNAMA

Rita Rudaini hadir di Mahkamah Syariah

Posted: 20 Jan 2012 03:30 AM PST



SHAH ALAM: Pelakon popular, Rita Rudaini hari ini hadir di Mahkamah Syariah di sini untuk menyempurnakan pelantikan peguam bagi menyelesaikan isu surat yang diterima daripada suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, berhubung dua anak mereka.

Rita, 36, atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar yang memakai jubah dan selendang berwarna hitam hadir di mahkamah pada jam 3.10 petang diiringi peguam syarienya, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain.
Rita dan Mohd Zaidi dilihat memasuki sebuah bilik untuk mengadakan perbincangan dengan pegawai mahkamah dan keluar kira-kira 40 minit kemudian.
Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Mohd Zaidi berkata Rita hadir di mahkamah bagi urusan pelantikan beliau sebagai peguamnya secara rasmi.

Katanya, pelantikan beliau adalah bagi menyelesaikan isu anak-anak yang dibangkitkan oleh Aidil Zafuan, 24, dalam surat bertarikh 11 Januari lalu yang diterima Rita pagi semalam.

"Surat itu meminta diadakan perbincangan mengenai hal anak. Kita akan jawab surat ini selepas perayaan Tahun Baru Cina dan minta pihak sana fikir supaya perkara ini tidak diperbesarkan.

"Ia lebih kepada perbincangan suami dan isteri berhubung kebajikan anak-anak dan tidak timbul langsung isu perceraian," katanya yang enggan mendedahkan lebih terperinci butiran surat berkenaan.
Sementara itu, Rita berkata beliau menerima surat yang dikirimkan oleh peguam yang mewakili Aidil Zafuan daripada pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara pada pagi semalam ketika hendak keluar rumah untuk menjalani penggambaran sebuah telefilem.

Pelakon itu berkata, beliau bagaimanapun tidak terkejut menerima surat berkenaan.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna berusia lapan bulan.

Media sebelum ini melaporkan rumahtangga pasangan suami isteri itu tegang berikutan Aidil Zafuan keluar dari rumah mereka di Damansara kira-kira dua minggu lalu. - BERNAMA

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

Posted: 20 Jan 2012 03:11 AM PST


Dilaporkan penyanyi Izwan Pilus, abang kepada Aril AF telah meninggal dunia jam 6.15 petang tadi. Berita awal melaporkan beliau meninggal akibat jangkitan kuman dalam paru-paru, ada yang kata akibat jangkitan dalam darah, apa-apa pun yang pasti Allah lebih menyayangi beliau. Kami akan melaporkan berita lengkap sebentar lagi. Jenazah kini berada di Hospital Ampang.


Al - Fatihah untuk arwah.