Adsense

Ahad, 20 November 2011

Celebrity News

Celebrity News


Cerita Lawak : Kisah Amin Dan Soalan Matematik Cikgu

Posted: 20 Nov 2011 07:53 AM PST


Cikgu:Amin 5+5 brapa?
Amin:Tak tau cikgu.
Cikgu:Ok nanti tanya keluarga ya.
... Amin: Baiklah cikgu.


Setiba di rumah Amin bertanya kepada ayahnya.

Amin: Ayah , 5+5 berapa?
Ayah: Nasi goreng , nasi goreng (Tengah masak nasi goreng)

Amin bertanya kepada abangnya.

Amin: Abang , 5+5 berapa?
Abang: Setann! (Tengah sibuk layan FB)

Amin bertanya kepada kakaknya.

Amin: Kakak, 5+5 berapa?

Kakak: Lets go bebeh , lets go bebeh (Tengah cakap di telefon)

Amin bertanya kepada adiknya.

Amin: Adik 5+5 berapa?
Adik: Alhamdulillah (Baru habis makan)

Keesokan harinya Cikgunya bertanya.

Cikgu: Amin 5 +5 berapa?
Amin : Nasi goreng , nasi goreng..
Cikgu : Siapaa yg ajar kamu ni?
Amin : Setann!
Cikgu : Kamu nak kena tampar?!
Amin : Lets go bebeh , lets go bebeh
Cikgu : Kamu digantung sekolah!!!
Amin : Alhamdulillah..
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Cerita Sedih : Kisah Poligami Seorang Isteri

Posted: 20 Nov 2011 07:30 AM PST


ZOoM terjumpa artikel atau kisah ini daripada Facebook Himpunan cerita sedih, seribu satu cerita yang boleh dikongsi bersama dengan pembaca di Facebook dan laman blog sebagai pedoman dan panduan bersama. Dan salah satu cerita yang menarik perhatian Zoom ialah mengenai kisah ini seorang isteri yang berpoligami.

saya suka membaca kisah2 yang terdapat dalam page tuan, saya banyak gunakannya untuk muhasabah diri saya dan mengembalikan semangat diri saya. saya mohon apa yang saya kongsikan boleh menjadi pengajaran kepada semua suami di dunia ini... saya ingin kongsikan apa yang telah saya alami pada tahun lalu...

Saya selalu mencari maklumat di internet tentang kisah poligami... saya liha...t terlalu banyak keluhan dan rintihan yang disuarakan oleh isteri kedua yang kononnya sts bernasib malang.. saya tidak pernah terbaca tentang luahan serta rintihan seorang isteri yang telah dimadukan oleh suaminya sama ada secara terpaksa atau paksa rela..



untuk makluman tuan, pada bulan 7 tahun lalu saya terhidu perhubungan rahsia suami bersama wanita lain yg muda 6 tahun dari saya. Saya akui saya tersentak, namun saya bertanya dgn elok2 kepada suami apa perasaanya terhadap wanita tersebut, namun jawapannya adlh cinta dan ingin mengambilnya sebagai isteri. Setelah itu, saya berusaha mendapatkan nombor telefon wanita tersebut dan saya bertanyakan soalan yang sama, dan jawapan yang sama niatnya untuk berkahwin... apa daya saya tuan, ingin dihalang saya yakin hubungan saya dgn suami akan menjadi teruk... dan saya bimbang berlakunya perkara yang tidak diingini memandangkan saya tinggal berjauhan dengan suami (suami di JB, saya di mersing) sejak saya berkahwin. Saya menghidu hubungan mereka ketika usia perkahwinan kami baru mencecah 4 tahun...pertama kali saya berjumpa dengan wanita tersebut pada malam ulangtahun perkahwinan kami yg ke4...

Sepanjang bulan puasa saya sts bangun malam dan memohon petunjuk Allah. Hati saya dibukakan dengan rela dan sepenuh hati untuk menerima wanita itu, dan saya memulakan hubungan yang baik dan menerimanya sebaik yang mungkin walaupun Allah sahaja yang tahu bagaimana hancurnya hati saya... saya berusaha menerima sebaik2nya...saya sangat berusaha pada masa itu, hanya anak saya sahaja yang nampak bagaimana setiap hari saya menangis selepas solat..hanya anak saya yg berusia masuk 4 tahun yang memujuk saya setiap kali saya menangis... pada bulan 9 saya telah disahkan mengandung, perasaan saya pada masa itu kosong, saya lalui kehidupan saya tanpa semangat dan hanya melalui kehidupan sbb masih bernyawa..Astagfirullahalazim...

Mungkin tuan tertanya, mengapa saya izinkan sedangkan setiap hari saya berendam air mata.... saya pernah bertanya suami 'bagaimana sekiranya ayg tidak menizinkan?' suami saya menjawab 'Abg xpe, tapi mungkin abg berubah sbb tak sangka ayg tak izinkan'... bagaimana harus saya lakukan tuan, saya tiada pilihan, perubahan suami yg amat saya takutkan sekali, saya takut dia tak menyintai saya lagi... mungkin itu bodohnya saya, selama ini saya cukup menghormati, x pernah timbul rasa curiga, begitu tinggi rasa kepercayaan saya pada dia, saya yakin dia sygkan saya dan anak saya... tapi alangkah kejamnya apabila dia bercinta dengan wanita lain tanpa pengetahuan saya sedangkan saya sendirian menjaga anaknya di mersing, rupa2nya dia berseronok tinggal jauh dengan saya... bercinta dan ber'date' denga org lain denga penuh gembira... saya sangat terluka tuan, seolah2 pengorbanan saya selama ini langsung tidak dihargai... saya bekerja bersungguh-sungguh membantu ekonomi suami, saya bayarkan kereta dia setiap bulan...tapi apa yg saya dapat.... bila dia nak kawin lagi saya cuba positif menerima permintaannya dan berbaik dengan wanita tersebut sehingga saya memanggilnya adik, saya meminangkan wanita tersebut dan saya membantu suami naik turun mahkamah memohon kebenaran mahkamah untuk poligami.

untuk pengetahuan tuan, bermula bulan 10 suami saya mula jarang balik menjenguk saya dan anak, wpun suami tahu saya sedang mengandung... apabila suami saya pulang, belum sampai 24 jam dia minta untuk balik semula ke jb dengan alasan wanita tersebut merajuk dan dia bimbangkan keadaan tunannya saat itu... saya hanya diam tidak terkata tuan, saya biarkan suami saya melakukan sesuka hatinya... suami mula jarang mengangkat phone, membalas mesej saya... saya pernah dimasukkan wad disebabkan tekanan darah yang amat rendah, pada waktu itu suami saya pulang, namun saya mendapat mesej yang kurang menyenangkan dari tunangnya supaya saya menjaga diri baik2 dan tidak susahkan 'abg'...

semakin lama semakin ketara sikap wanita ini untuk memiliki suami saya, namun suami saya masih lagi tidak akan mempercayai saya... suami sering memarahi saya atas sebab yang saya kurang pasti berpunca dari wanita tersebut... untuk pengetahuan tuan, pertama kali seumur hidup saya bersama suami kami bergaduh dan saya terpaksa meninggikan suara sebab suami tak pernah mendengar apa yang saya katakan... namun keesokannya saya hanya meminta maaf, dan dengan mudah suami memaafkan saya...

sikap suami ini berlarutan sehingga mereka diijabkabulkan pada bulan februari 2011... atas permintaan suami saya turut menyaksikan hari indahnya bersama wanita lain, sedangkan hati saya bagai diragut pada waktu itu...selepas majlisnya saya mengambi kesempatan untuk bercuti dan merehatkan fikiran saya di desaru.. pada waktu ini saya sedang mengandung 6 bulan dan saya meminta pengasuh untuk menjaga anak saya selama 3 hari... saya betul2 perlu bersendirian ketika itu...

bulan pertama dia menjadi suami wanita lain, dia hanya berjumpa saya 4 malam, pada bulan kedua suami saya langsung tak pulang dan bulan ketiga hanya 3 malam dia bersama saya... tapi apa daya saya tuan, siapa saya untuk bersuara... jika suami saya pulang pun pelbagai ragam dilakukan oleh isteri barunya sehingga saya lihat suami dengan muka yang tertekan dan dia akan balik semula ke jb...

Sehingga akhirnya saya bersalin, suami berubah dan mula menjalankan tanggungjawabnya semula... namun alangkah sedihnya saya apabila saya dan anak2 dituduh menjadi punca suami berubah terhadap isteri barunya... isteri keduanya sering menggangu saya dengan mesej2 yang amat tidak menyenangkan dan membuatkan saya berasa tidak selesa bersamanya.... Sehingga kini tuan keadaan ini berlarutan, sampai bila saya perlu bersabar dan mengalah... dia hidup bersama isteri barunya setiap hari, sehinggakan nak berjumpa kami banyak menimbulkan permasalahan.... saya pernah menyatakan lebih baik antara kami tiada ikatan langsung, ini yang terbaik untuk suami dan isteri barunya.... namun suami bermati2an tidak mahu menceraikan saya.... saya pasrah pada Allah, saya akur kalu perlu saya tiada suami, sbb saya sudah terlalu biasa hidup tanpa suami disisi... dan saya yakin saya boleh menjaga anak2 saya sendirian... namun, saya berserah dan masih melihat keadaan... saya tahu jika saya minta lawyer saya uruskan, permohonan saya akan lulus, tapi kenapa hati saya tak sampai hati untuk meninggalkan suami, wpun selama ini hanya racun yang dia beri pada saya...

tuan, saya bukan minta semua wanita yg terasa dizalimi pergi menuntut cerai... tetapi saya mohon, kepada setiap suami tolongla hargai setiap penat lelah dan pengorbanan isteri kepada anda... pada saya, bukan duit, emas dan harta yang saya minta... saya cuma hanya inginkan suami yang mampu melindungi, mempertahankan hidup saya dan anak2, suami yang mampu menjaga kebajikan emosi dan fizikal saya... suami yang benar2 boleh diharap dan menjadi contoh yang terbaik untuk anak2 saya...

Kepada wanita diluar sana yang berminat dengan suami org, sedarla yang anda juga mempunyai suami yang juga milik insan lain yang lebih awal dari anda, bertoak ansurla... jika tidak mampu untuk bertolak ansur maka carila yang belum dipunyai sesiapa... tolong jangan seksa wanita lain...

tuan, saya tahu kebahgiaan tidak sentiasa kekal bersama kita, saya pasrah dan saya redha... semoga setiap titisan air mata saya akan ditukar oleh Allah dengan permata yang berharga... saya berharap kehidupan yang baik diakhirat kelak... amin... Tolong doakan semoga saya kuat untuk mendidik anak2 saya dan saya tabah melalui ujian yang begitu pahit ini... doakan saya boleh kembali senyum untuk anak2 saya...


Daripada Email: IsteriTercinta

ZoOM : Apa Kata Anda Mengenai kIhsa ini ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Perkahwinan Shera dan Zahiril Adzim

Posted: 20 Nov 2011 07:02 AM PST

Alhamdulillah pasangan ini telah selamat dinikahkan dan sah menjadi suami isteri  di rumah penggantin perempuan di Ipoh, Perak. Dengan hanya sekali lafaz pasangan ini berjaya menunaikan tanggungjawap sebagai umatnya seperti yang diamanatkan kepada kita semua.

Majlis persandingan akan berlangsung di Kinding Hills Grand Ballroom, Ipoh dalam masa waktu terdekat. Dan untuk makluman anda sebelum ini pasangan ini telah bertunang pada 1 Mei 2011.

Dan berikut beberapa gambar yang ZoOM jumpa di Internet untuk kita kongsi bersama


Shera nampak ayu dan berseri-seri di majlis pernikahnya
Selepas dinikahkan oleh Imam dan sah menjadi suami kepada Shera

Kad Jemputan




Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Edrie bersemangat hero gitar

Posted:

Edrie bersemangat hero gitar

Edrie bersemangat hero gitar

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF
Lokasi PUSAT KONVENSYEN SIME DARBY
Pakaian Tajaan ED HARDY


SELAIN bergelar gitaris, Edrie juga terbabit dalam bidang penciptaan lagu dan perniagaan dalam industri rakaman album tempatan.


DALAM persada muzik tanah air, tidak ramai pemain gitar yang menonjol selain nama-nama seperti Man Kidal, Hillary Ang, Sham Kamikaze, Allahyarham Samad Lefthanded dan Allahyarham M. Shariff.

Selain nama-nama tersebut, nama Edrie Hashim pula tidak boleh disisihkan begitu sahaja. Dia juga salah seorang gitaris era masakini yang menyerlah dalam dunia muzik tempatan sejak 10 tahun lalu.

Gitaris berusia 38 tahun ini misalnya, bukan sahaja terkenal sebagai pemuzik undangan tetapi juga seorang komposer selain aktif dalam kumpulannya, Projekpistol yang membawakan konsep muzik rock.

Dalam kebanyakan konsert penyanyi solo tempatan, Edrie sering dijemput sebagai pemuzik undangan mereka. Malah, dalam konsert seperti Jom Heboh anjuran TV3 pun khidmat gitaris ini sering digunakan.

Menurut Edrie, pembabitannya dalam pelbagai cabang seni bukan kerana dia tamak atau mahu menjadi hero gitar, sebaliknya ia demi survivalnya dalam bidang muzik yang menjadi kerjayanya selama ini.

"Saya mula terbabit dalam bidang muzik pada pertengahan tahun 1990-an tetapi ketika itu nama saya tidak menonjol. Ketika itu, selain bermain muzik saya juga mencipta lagu dan lirik untuk artis lain.

"Lagu Akan Ku Tunggu nyanyian kumpulan Candy antara lagu ciptaan saya yang popular sekitar tahun 1997. Saya lakukan semua itu demi kerjaya saya dan baru kini nama saya sebagai gitaris menonjol.

"Lama kelamaan kerjaya saya juga semakin berkembang dan tidak terikat sebagai gitaris semata-mata," katanya kepada Hits pada sesi fotografi sempena kemunculan album solo keduanya tidak lama lagi.

Edrie yang pernah tampil dengan album solo berjudul Transfigurasi pada tahun 2006 berkata, biarpun lama bergiat di belakang tabir dia bersyukur kerana itu kini mampu menyerlahkan bakatnya.

Kata suami kepada gitaris dan vokalis Candy, Nurul Patricia Roberts ini, menerusi peluang itulah dia cuba mengembangkan bakatnya dengan menimba pengalaman bekerja dengan ramai artis popular tanah air.

"Saya pernah bekerja dengan Awie Wings, Search dan Hattan. Daripada situlah saya mencuba bakat mencipta lagu seperti Iris yang pernah dipopularkan oleh Awie tidak lama dulu.

"Melalui pergaulan dengan mereka jugalah saya banyak menimba pengalaman untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini. Antaranya dengan menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Neo Worldwide Entertainment.

"Saya kini bukan lagi seorang gitaris semata-mata tetapi juga komposer, penulis lirik, pemuzik berkumpulan dan pemilik syarikat rakaman. Saya puas dengan pencapaian ini selepas lebih sedekad dalam bidang ini," ujarnya.

Kata anak sulung daripada tiga beradik ini, kelembapan industri album ketika ini tidak boleh dijadikan alasan untuk berpeluk tubuh dan menyalahkan pihak lain. Sebaliknya, dia bijak merebut peluang yang ada.

Edrie kini sibuk mempromosikan lagu-lagu ciptaannya dalam laman sesawanganya, edriehashim.com yang akan dilancarkan pada bulan depan dan ini merupakan bisnes baru buatnya.

"Sebagai permulaan melalui laman i-Tunes itu saya akan menjual lagu-lagu saya yang berjudul Sakti, Mr. Seposen dan 1001 dalam bentuk muat turun. Ini salah satu cara untuk menjual album yang berkesan ketika ini.

"Di Malaysia belum ramai artis yang melakukan cara ini di mana kebanyakannya dilakukan oleh syarikat telekomunikasi atau syarikat rakaman. Bagi saya, setiap artis perlu ada inisiatif sendiri untuk menjalankan bisnes ini.

"Setiap lagu yang dimuat turun akan dikenakan bayaran RM3. Setakat ini sambutannya bagus apabila ramai yang melanggan termasuklah dari Mexico," ujarnya yang dalam nada penuh bangga.

Dengan menggunakan empat orang kakitangan, bapa kepada Darren Haikal, 7 tahun ini menambah kaedah baru itu bukan sahaja mampu menjana pendapatan buatnya tetapi juga patut dijadikan ikutan artis lain.

Jelas Edrie, dalam keadaan jualan album secara fizikal iaitu dalam format cakera padat semakin merudum, sudah sampailah masanya kaedah jualan album secara independent itu diperluaskan skopnya.

"Saya tidak suka kalau ada penyanyi yang mengeluh album mereka tidak boleh dijual tanpa mencari alternatif lain.

"Sebenarnya jualan album secara online lebih menguntungkan kerana ia boleh dikawal sepenuhnya oleh artis terbabit berbanding dulu jualan album lebih didominasi oleh syarikat rakaman.

"Kalau dulu jualan album RM10 seunit, artis hanya mendapat RM1 royalti sedangkan RM9 diambil oleh syarikat rakaman. Tetapi dengan kaedah yang saya gunakan ini 100 peratus hasil jualan album masuk dalam poket artis terbabit," jelasnya.

Bagi merancakkan lagi penjualan album secara muat turun dan online, Edrie juga menggunakan laman sosial Facebooknya untuki diperkenalkan kepada para peminatnya yang kini mencecah 5,400 orang di laman tersebut.

Selain sibuk dengan persiapan rakaman album solo keduanya itu, Edrie juga sibuk mengadakan persembahan bersama kumpulan Projekpistol yang telah menghasilkan album sulungnya berjudul Stereo Andromeda.

Full content generated by Get Full RSS.

Rahsia awet muda terbongkar

Posted:

Rahsia awet muda terbongkar

Rahsia awet muda terbongkar

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR


WAJAH Anuar Zain yang menjalani rawatan pembentukan wajah.


KETAMPANAN wajah yang disulami dengan kelunakan suara setiap kali melantunkan lagu-lagu popularnya seperti Sedetik Lebih bukan sahaja memukau tetapi sentiasa menjadi igauan peminatnya.

Begitulah kehebatan lelaki bernama Anuar Zain yang baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Lagu di Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) baru-baru ini.

Anuar Zain atau Shahrul Anuar Zain membuka rahsia kecantikan wajahnya biarpun dia sudah berusia 41 tahun.

Tidak salah jika sebagai artis, dia perlu berbuat sesuatu agar wajahnya sentiasa nampak segar dan muda selain bijak menjaga keterampilan diri di khalayak.

Maka itulah, selain menjalani rutin pemakanan yang agak ketat, pelantun lagu Lelaki Ini dilihat mempunyai petua awet muda.

"Perkara utama yang amat saya titik beratkan adalah penjagaan berat badan kerana saya perlu mengekalkan berat tertentu mengikut ketinggian.

"Selain itu, saya juga memilih untuk makan lebih banyak makanan berkhasiat serta mengambil beberapa vitamin untuk mengekalkan kesihatan kulit.

"Semua itu penting kerana saya mahu merasa selesa ," katanya kepada Hits ketika ditemui usai persembahan Majlis Makan Malam Amal Diraja Belum Temengor, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, baru-baru ini.

Tanpa berselindung, Anuar mengakui dia menyedari perubahan wajahnya sesuai dengan usianya.

Justeru, lelaki bujang ini mendedahkan, dia kini menjalani rawatan pembentukkan muka atau face reshaping di sebuah pusat kecantikan di ibu kota.

"Proses ini bukanlah rawatan muka seperti botox tetapi ia lebih kepada urutan menggunakan beberapa alatan elektronik di bahagian muka.

"Tujuan proses ini adalah untuk membuang lebihan kulit terutamanya di bahagian bawah muka saya," katanya jujur.

Anuar berkata, sesiapa sahaja yang berada dalam situasinya pasti mahu sentiasa kelihatan segak walaupun dimamah usia.

Beralih ke topik pengurusan, Anuar memberi penjelasan mengapa terjadi perpisahan di antaranya dengan pengurusnya, Rohila Tahir.

"Tidak ada apa-apa yang perlu dikecohkan kerana ini adalah keputusan kami berdua. Setelah 10 tahun bersama, kami merasakan ini merupakan keputusan terbaik untuk karier masing-masing.

"Walaupun saya masih kekok dan belum pandai untuk menyesuaikan diri tanpa kehadiran Rohila namun saya percaya perubahan ini tidak akan memendekkan rezeki saya dalam industri ," katanya

Memilih untuk berkerjasama dengan pengurus baru, Dar Danial, Anuar memberitahu, ini merupakan kali pertama dia mendapat khidmat seorang pengurus lelaki.

"Setelah berkerjasama dengan tiga orang pengurus wanita, mungkin sudah tiba masanya saya mencuba khidmat pengurus lelaki pula.

"Syukur, Danial merupakan seorang yang cepat belajar dan sehingga kini rezeki saya juga tidak tersekat dengan perubahan besar ini," katanya .

Memilih untuk tidak menyertai peringkat separuh akhir Muzik Muzik Disember ini untuk lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim, Anuar ada alasan yang tersendiri.

"Saya tidak suka memasuki pertandingan dan bertanding.

"Soal siapa yang akan menggantikan saya untuk menyanyikan lagu itu nanti, saya percaya mereka lebih tahu siapa yang sesuai," katanya merendah diri.

Full content generated by Get Full RSS.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Miera Leyana sedia bergelar isteri

Posted: 19 Nov 2011 01:12 PM PST


Full content generated by Get Full RSS.

Demi Moore, Ashton Kutcher Bercerai

Posted: 18 Nov 2011 01:17 PM PST

LOS ANGELES: Aktres Demi Moore akhirnya membuat keputusan menfailkan penceraiannya dengan suami, Ashton Kutcher yang dikatakan curang.

Seperti dipetik Fox News, Demi memutuskan untuk mengakhiri perkahwinan yang mereka bina selama enam tahun itu dan menjalani kehidupan sendiri.

"Dengan penuh kesedihan dan berat hati, saya memutuskan untuk mengakhiri pernikahan saya dan Ashton selama enam tahun ini.

"Sebagai wanita, seorang ibu dan isteri, saya mempunyai maruah dan sumpah suci yang dipegang dan dengan semangat itu saya memilih untuk meneruskan hidup sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Demi berkata dia akan menghabiskan masa bersama keluarganya dan meminta semua pihak tidak menganggunya buat masa ini.

"Saya meminta jasa baik semua pihak agar tidak menganggu saya buat seketika ini," tuturnya.

///mstar ///

Full content generated by Get Full RSS.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Filem Ombak Rindu

Posted: 19 Nov 2011 09:59 AM PST

ombak rindu posterSinopsis Ombak Rindu:- filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.

Tajuk Filem:
Ombak Rindu

Pengarah: Osman Ali

Penerbit: Astro Shaw Sdn. Bhd.

Dipawagam: 01 Disember 2011

Pelakon Ombak Rindu:
Aaron Aziz
Maya Karin
Lisa Surihani
Bront Palarae
Azizah Mahzan
Zaidi Omar
Normah Damanhuri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Sila Vote Filem Ombak Rindu
Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Berani mati cara Zarina

Posted:

Berani mati cara Zarina

Berani mati cara Zarina

Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
suzana.rajahamat@kosmo.com.my

PERNAH diselar gara-gara salah penyalahgunaan dadah dan penyebaran gambar lucah, Zarina seperti tidak serik membuka ruang untuk dikritik.


NAMA miss kontroversi, si Zarina Anjoulie Lavocah terbakar lagi. Gara-gara gambar seksinya yang mendedahkan pangkal payu dara dalam sebuah majalah gaya hidup Indonesia cepat tersebar ke Malaysia, segala nista, keji dan kelakuan hitam ke atasnya sebelum ini kembali diungkit.

Sebutkan apa sahaja jolokan, nakal, liar, murahan, bahkan jalang, barangkali itu semua sudah tidak lut menusuk tubuhnya. Kalaupun terdetik rasa bengang, dia sudah kalis terhadap segala tembakan negatif itu. Sebaliknya, tanpa rasa kesal terpancar di wajah, Zarina yang mesra disapa Anju itu berani bertegas dan masih lantang membela diri. Segala cacian orang ditelan, dianalisis dan dihamburkan semula oleh Anju sebagai bahan ketawa.

Pada hematnya, kalau sudah hakikat bernama Zarina Anjoulie, pakai tudung sekalipun, kelibatnya tetap mengundang pandangan serong.

"Semua itu mengarut dan saya boleh terima. Bila baca isu mengenai saya, saya gelak saja. Saya dah tak rasa apa-apa lagi. Pada saya, banyak lagi benda yang teruk.

"Buat atau tidak buat fotografi berkenaan, tak ada beza pun. Selama saya tidak berlakon saya tetap kena kutuk juga. Orang sudah cap saya sebagai artis yang teruk, sekali sudah buat silap, orang nampak saya jahat sampai mati.

"Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya pelik kenapa mereka perlu hentam saya seorang saja sedangkan ramai lagi artis di luar sana yang pakai seksi, dedah sana, terkangkang sini.

"Saya letak gambar saya pergi umrah pun kena kutuk juga. Bagi saya, biarlah apapun orang nak cakap, saya buat bodoh saja," tempelak Zarina mengulas panjang mengenai kontroversi gambar seksinya yang tersiar dalam majalah FHM Indonesia edisi Oktober 2011.

Berbalas soalan dan jawapan, Anju ditebak lagi, ke mana langkah selepas ini dan jika ada tawaran berbogel ke majalah Playboy, adakah tawaran itu sanggup diterima olehnya?

"Tidaklah sampai berbogel. Sebenarnya sudah dua kali saya tolak pelawaan daripada pihak FHM Indonesia. Kalau semua nak tahu, ketika sesi fotografi itu, mereka menyediakan bikini, tapi saya minta agar mereka tukar baju lain. Saya hanya menjadi diri saya sendiri dan itu adalah pilihan saya. Lagipun, saya yang tanggung semua dosa saya. Biarlah apa orang nak kata kerana saya tak boleh nak paksa orang untuk suka kepada saya," selamba Zarina membuka cerita.

Dibayar untuk seksi

Mengamati wajah kacukan Melayu, Iran serta Scotland itu bersuara, rasa kecewanya barangkali dibiarkan bersarang di jiwa. Sesal atau tidak, soalan itu ditanyakan berkali-kali. Jawapannya, dia tidak mahu dilihat lemah atau tunduk merendahkan muka, jauh sekali merayu meminta agar segala aibnya dimaafkan oleh masyarakat.

"Saya tidak perlu menangis lagipun saya dibayar sebanyak RM1,100 (AS$350) untuk fotografi yang dilakukan di Indonesia itu. Saya cuma kesal bila ada orang kata saya ambil suntikan untuk besarkan payu dara, padahal, semasa fotografi itu dilakukan memang saya sedikit berisi. Ketika itu berat badan saya mencecah 62 kilogram, tentulah bila badan sedikit gemuk, semua akan nampak kembang, terutama bahagian perut.

"Saya tak marah media yang tulis cerita saya, itu adat bila jadi artis dan saya cukup faham tugas media. Apa yang saya marah, bila orang komen dan jatuhkan hukuman sendiri, maki dan hentam ibu bapa dengan kata-kata kesat, kenapa semua nak kecoh pasal saya," herdiknya sedikit lantang.

Walaupun masih berpegang dengan prinsip bukan sengaja menempah kontroversi, mahu atau tidak mahu, setuju atau tidak, Zarina kena akur bahawa padah itu yang harus diterima kerana menyediakan ruang untuk dihentam oleh masyarakat. Tidak terhenti setakat penyebaran gambar separuh bogel bersama teman lelaki satu ketika dahulu, namanya terheret pula dengan penyalahgunaan dadah.

Kepada pemerhati yang melihat dirinya sebagai sampah atau perosak dalam industri, pendapat itu benar kerana sumbangan pelakon yang hanya dikenali menerusi drama rantaian Anak Pontianak ini tidaklah sebesar mana.

Bertanyakan Zarina, tidak terdetikkah jauh di dasar hatinya untuk terpanggil ke arah yang lebih baik, dia menjawab:

"Saya tidak berani untuk berjanji apa-apa. Tapi, secara perlahan-lahan saya sedang memperbaiki semula imej dan penjenamaan diri. Saya sudah 25 tahun tapi saya masih tidak boleh membuktikan apa-apa untuk menyatakan bahawa saya juga mahu menjadi seorang pelakon yang serius," katanya yang sedang memberi fokus kepada pembikinan filem Khon Malay, yang kali pertama menempatkan namanya sebagai pelakon utama.

Tambah Zarina: "Saya juga sedang menghabiskan ijazah pertama saya dalam bidang-bidang undang-undang di sebuah kolej swasta. Hari-hari saya pergi sekolah dan sibuk dengan sesi latihan untuk filem, lain-lain perkara saya letak tepi."

Zarina satu kelainan

Ibarat menyerah diri untuk bertemu media usai cerita panas berhubung gambar seksinya mendapat liputan hangat semua surat khabar mingguan minggu lalu, Zarina baru-baru ini menjejakkan kaki ke majlis pelancaran tiga buah filem, Khon Malay, Taiko dan 1945 yang diadakan di Danau Kota, Kuala Lumpur.

Selaku penerbit bersama, Asri Abdul Rahman daripada AAR Intelligent Sdn. Bhd. menjelaskan pemilihan Zarina sebagai heroin di sisi Faizal Hussein dalam filem berkenaan dibuat kerana percayakan kredibiliti yang ada terhadap pelakon berkenaan.

"Ini pendekatan dan kelainan yang mahu kami mulakan. Mungkin selama ini, orang takut hendak ambil Zarina berlakon kerana memikirkan kontroversinya. Kami pilih Zarina sebelum isu gambar seksi itu tersebar, jadi bukan satu isu bila dia diambil jadi heroin filem Taiko," kata Asri yang selama ini memerhatikan industri perfileman sekadar dari belakang tabir.

Full content generated by Get Full RSS.

Bukan nikah senyap-senyap - Hattan

Posted:

Bukan nikah senyap-senyap - Hattan

Bukan nikah senyap-senyap - Hattan


HATTAN berharap khalayak dapat mendoakan kebahagiaannya.


Ke mudik sehentak galah, ke hilir serangkuh dayung, satu kata lahir dengan batin, sesuai mulut dengan hati...

PEPATAH Minangkabau tersebut sesuai dengan lafaz nikah Mohd. Shukri Shahabudin atau mesra disapa Hattan kepada pasangan yang dinikahinya, Farah Asyikin Othman, 33, pada tarikh cantik, 11 November lalu.

Dengan sekali lafaz, penyanyi berusia 47 tahun itu menamatkan zaman solonya yang sudah enam tahun dilayari. Begitu juga buat Farah, ibu tunggal kepada dua cahayamata iaitu Nazril, 6, dan Khara Latiesya, 5. Satu lafaz daripada hati yang menyatukan mereka zahir dan batin.

Sewaktu menghubungi Hattan Jumaat lalu, dia sedang enak membawa isteri dan anak-anaknya ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Menghirup bayu laut nan damai sambil merapatkan siratulrahim, Hattan bernyanyi-nyanyi gembira di hujung talian.

"Saya bawa anak-anak dan isteri ke Port Dickson (untuk) bercuti," ujarnya dengan nada gembira. Namun di sebalik gembira itu, dia meluahkan rasa, terkilan dengan segolongan invididu atas nama penulis blog dan penggiat forum yang menuduh dia bernikah secara senyap.

"Saya tidak faham kenapa mereka cakap saya kahwin secara senyap. Saya rasa sebagai orang Islam atau beragama apa pun, tidak elok membuat fitnah. Makan dengan duit haram namanya itu. Kenapa mereka mahu sibuk dengan isteri orang lain?" ujarnya sedikit panas walaupun berada di tepi pantai.

"Saya mengadakan pernikahan di kampung saya di Seri Menanti. Ada khemah dan kugiran mengiringi pernikahan saya. Saya ini orang kampung, berasal dari kampung dan sebab itu saya buat di sana. Saya jemput orang-orang kampung saya.


VOKALIS Hattan hairan dengan sikap penulis blog dan forum yang menyatakan dia kahwin secara senyap-senyap.


Malah keluarga saya memakai persalinan kuning menunjukkan kami orang lingkungan dan membawa adat diraja," ujarnya yang selamat menjadi suami Farah dalam majlis akan nikah yang dilakukan selepas solat Isyak. Hattan turut mengundang Datuk M. Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai untuk berkongsi kegembiraannya.

"Biarlah apa orang mahu kata. Sekarang, saya sangat gembira dan tidak risau. Malah saya beryukur dengan jodoh saya," ujarnya yang menyeru agar orang luar tidak sibuk menyelidik tentang pasangan dan pernikahannya yang diadakan secara santai namun meriah di kampung.

Merasakan jodohnya kuat dengan Farah, dia bercerita tentang pertemuan tak dirancang yang terjalin di Doha, Qatar.

"Kami bertemu di Doha sewaktu saya selesai menunaikan umrah di Mekah. Farah pula transit dari London. Kami berkenalan dan hanya selepas dua minggu, saya menghubunginya. Pertemuan demi pertemuan selepas itu, saya rasa jodoh kami kuat dan Allah menemukan kami," ceritanya bernyanyi mempamerkan gembira dan bersyukur anaknya Adam Iman, 11, sangat serasi dengan isteri baharunya.

"Saya harap peminat doakan kami. Semoga perkahwinan kami bahagia dan doa juga agar kami dapat menunaikan umrah bersama-sama pada tahun hadapan," Hattan mengakhiri perbualan dan menutup pertanyaan ramai terhadap perkahwinan keduanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Muzik itu menyatukan - Ruth

Posted:

Muzik itu menyatukan - Ruth

Muzik itu menyatukan - Ruth


MENJEMPUT Datuk Khadijah Ibrahim sebagai artis tamu konsertnya, buat Ruth muzik adalah elemen yang menyatukan khalayak yang berbeza negara dan budaya.


KURANG sebulan, penyanyi cantik dengan vokal istimewa ini akan mendendangkan lagu-lagu nyanyiannya di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Konsert 25 Tahun Ruth Sahanaya itu akan berpentas pada 17 Disember ini .

Ruth Sahanaya yang kekal genit pada usia 45 tahun turut merasai debarannya apatah lagi tetamu kehormat konsert itu ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Saya berasa ini ialah waktu yang tepat untuk mengadakan konsert," katanya ketika ditemui di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini

Berkongsi rutin sebelum konsert, gelak tawa menghiasai pertemuan itu. Tawa membuatkan Ruth sentiasa tampil muda.

"Saya akan makan awal (pada hari persembahan) kerana tidak boleh menyanyi dengan perut kenyang. Saya akan kuarantinkan diri untuk menjaga konsentrasi. Saya tidak akan banyak berbual," luahnya yang mahu tampil hebat dalam setiap persembahan.

"Beberapa detik sebelum mulanya sesebuah konsert merupakan waktu paling gementar buat saya. Sejurus menjejak pentas, semuanya hilang dan saya akan berasa sangat puas sewaktu penonton ikut bernyanyi bersama. Itu aura yang luar biasa," senyumnya yang sentiasa mahu penonton mengembara dengan persembahannya.

Menjemput Datuk Khadijah Ibrahim sebagai artis tamu konsert tersebut, penulis dan Ruth langsung masuk ke topik penyatuan melalui muzik.

"Muzik itu elemen yang menyatukan. Sebagai orang seni, tugas kita juga untuk menyatukan dan kami menjadi duta dari negara masing-masing untuk penyatuan ini. Malah mungkin juga meredakan segala yang tegang daripada aspek lain. Secara peribadi, saya betul-betul rasa terpacu untuk mengajak teman-teman sealiran untuk sama-sama melakukan penyatuan ini," ujar Ruth yang banyak bersahabat dengan artis Malaysia.

"Bagi saya, dalam lingkungan seni, kami tiada masalah. Muzik ialah bahasa universal yang dapat menyentuh semua," tegas Ruth lagi yang bakal menyanyikan 30 buah lagu secara solo dan medley dalam konsertnya kelak.

"Khadijah Ibrahim adalah antara penyanyi seiring masa saya yang saya kagumi. Hubungan kimia kami kuat dan kami memang secocok sekali untuk bergabung dalam konsert ini kerana muzik yang sama. Kami juga saling berkongsi pengalaman tentang dunia hiburan dan nyanyian," ujar Ruth tentang rakan duetnya dalam konsert anjuran A'caralis Kuala Lumpr Sdn Bhd tersebut.

Konsert menyambut ulang tahun ke-25 Ruth dalam arena muzik ini akan menyalurkan seumbangan kepada badan-badan tertentu antaranya Yayasan Sultanah Bahiyah.

Sempat bercerita tentang hasrat masa hadapannya setelah konsert yang diidamkannya ini tercapai, Ruth sebenarnya teringin untuk memiliki sebuah album berkonsepkan jazz.

"Sejak dulu saya gemarkan jazz. Masa sekolah rendah, ayah selalu dihadiahkan kaset-kaset aliran jazz seperti nyanyian Elle Fritzgerlad. Jazz kemudian terus melekat dalam hati saya.

"Sewaktu awal-awal menjadi penyanyi dan muncul dengan album, saya terfikir bahawa ketika itu tidak terlalu idealis untuk menerbitkan sebuah album jazz. Saya harus fikirkan pasaran maka keluar dengan album Seputih Kasih yang ada pop dan baladanya. Sekarang, orang sudah tahu siapa Ruth Sahanaya dan saya rasa kini adalah masa yang idealis untuk realisasikan impian saya.

"Konsep album itu muncul tiga tahun lalu tapi (rakaman) masih belum terlaksana. Jazz bukan muzik orang atasan atau untuk orang berumur," antusiasnya bercerita tentang cita-citanya yang mungkin bakal terlaksana kelak.

"Saya bukanlah individu yang bercita-cita besar sebaliknya saya jalani sahaja perjalanan kehidupan saya. Saya bersyukur dengan apa yang saya perolehi dan mendapat kepercayaan selama 25 tahun," Ruth Sahanaya atau mesra dipanggil Uthe mengakhiri perbualan petang kami.

Full content generated by Get Full RSS.

Sabtu, 19 November 2011

Zon Artis

Zon Artis


(Tahniah) Zahiril Adzim & Shera Aiyob Kini Bergelar Suami Isteri

Posted: 19 Nov 2011 06:32 PM PST

GAMBAR PERNIKAHAN ZAHIRIL ADZIM DAN SHERA AIYOB
Pic ehsan @sultanmuzaffar

Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan juga penulis buku Bogel Menuju Tuhan iaitu Zahiril Adzim telah sah menjadi suami kepada Shera Aiyob dalam majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman pihak perempuan di Taman Tasek Indra, Perak, sekitar jam 10.30 pagi tadi. Mereka dinikahkan oleh bapa Shera sendiri iaitu Aiyob Bin Shaharuddin.

GAMBAR PERNIKAHAN ZAHIRIL ADZIM DAN SHERA AIYOB

Di majlis pernikahan tersebut, Shera menerima mas kahwin berjumlah RM1001.00 dan wang hantaran sebanyak RM18 ribu berserta 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas dengan 13 dulang daripada pihak perempuan.

GAMBAR PERNIKAHAN ZAHIRIL ADZIM DAN SHERA AIYOB

Tahniah kami ucapkan kepada Zahiril dan Shera kerana sudah sah bergelar suami isteri. Selamat berbahagia dan selamat menempuhi alam rumah tangga. Kami doakan semoga ikatan yang tersimpul ini akan berkekalan selamanya.

Psstt: Gambaran venue untuk World Cup 2022 yang sungguh amazing

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

(Gambar) Sekitar Majlis Resepsi Eira Syazira & Azad Jazmin

Posted: 19 Nov 2011 04:36 PM PST

GAMBAR KAHWIN EIRA SYAZIRA DAN AZAD JAZMIN

Jumaat lepas (18 November 2011), telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan Eira Syazira dan Azad Jazmin yang mana ianya bagi pihak perempuan. Majlis resepsi tersebut dibuat di Dewan Kampo, International Youth Centre, Cheras yang turut dihadiri oleh beberapa rakan artis antaranya Fara Fauzana dan Shaheizy Sam. Kat bawah ni beberapa gambar Eira Syazira & Azad Jazmin yang diambil sekitar majlis resepsi tersebut. Jom saksikan.

GAMBAR KAHWIN EIRA SYAZIRA DAN AZAD JAZMIN

GAMBAR KAHWIN EIRA SYAZIRA DAN AZAD JAZMIN

GAMBAR KAHWIN EIRA SYAZIRA DAN AZAD JAZMIN

GAMBAR KAHWIN EIRA SYARIZA DAN AZAD JAZMIN

GAMBAR KAHWIN EIRA SYAZIRA DAN AZAD JAZMIN

GAMBAR KAHWIN EIRA SYAZIRA DAN AZAD JAZMIN

GAMBAR KAHWIN EIRA SYAZIRA DAN AZAD JAZMIN

Kesemua gambar kredit penuh kepada Phosgraphis Photography.

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

Sensasi

Sensasi


Aishwarya Rai selamat Melahirkan Bayi perempuan untuk suaminya Abishek Bachan

Posted: 19 Nov 2011 04:02 AM PST

Suatu ketika dulu Filem hindustan memang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia sebab jalan cerita yang kelakar,heroin yang cantik-cantik dan lagu yang menarik. Tapi makin lama makin tak berapa best sebab citer hindustan zaman skrg terlalu banyak menyelitkan dan menggunakan unsur seks...heroin mesti pakai terdedah2 ...

Aishwarya Rai merupakan salah satu heroin kegemaran Sensasi dulu,dengan wajah yang jelita pandai menari dan sgt graceful. Terbaru Aish dah jadi seorang ibu kepada bayi perempuan..nama tak tahu lagi..






Information Of Aishwarya Rai Bachchan's Baby

Date/Time of Born: Wednesday 16th Nov 2011, 10:30 am.
Weight: Six and Seven Pounds
Doctor Name: Dr Vinita Salve
Hospital Name: Seven Hills hospital which is situated in western Mumbai
Mother Name/Age: 38 year old
Father Name/Age: 35 year old
Grand Father:
Grand Mother:

Aishwarya Rai Bachchan's Born Baby Girl (Pictures & Video)

Amitabh Bachchan Tweeted on Wednesday:

"I AM DADA [Grandpa] to the cutest baby girl !! Ecstatic! Thank you all for your prayers and good wishes. Both Aishwarya and the baby are doing great and taking some much needed rest . And I'm trying my level best to get rid of this caffeine high and get some sleep too. Don't think it'll work . TOO EXCITED !!!!"

Further Added on Twitter:

"As I travel back from the hospital I need to thank the media for keeping their word of not intruding our privacy. Deeply obliged !"

Abhishek Bachchan Tweeted:

"Thank you all for your prayers and good wishes. Both and the baby are doing great and taking some much needed rest."

Fauzi Nawawi mahu saman blog yang menfitnah dengan screenshot BBM Palsu

Posted: 19 Nov 2011 02:12 AM PST

Dah banyak kali kita dgr kisah tentang Fauzi nawawi satu persatu namun semuanya dinafikan keras oleh Fauzi dan isterinya yang tetap setia dan mempercayai suaminya.Sensasi pun tak faham kenapa org berusaha memporak perandakan rumahtangga mereka?

Dulu pernah dikaitkan dengan Ida Nerina,kemudian pergaduhan antara Rita dan Lisdawati,kemudian Zarina yang memberitahu bahawa Fauzi mengajaknya ke ranjang dan kini kononnya Fauzi memiliki kekasih gelap,ingin berkahwin lagi dan mengadu perihal isterinya.

Screenshot BBM turut disertakan..Tapi memanglah Sensasi tahu benda nie semua boleh di Fake kan...Sesiapa pun boleh menyamar di BBM..bahkan boleh tukar nama org sesuka hati.
Kebenaran cuma boleh didedahkan sekiranya BBM pin Fauzi Nawawi dijadikan bahan bukti,sebab BB pin je yang boleh menentukan samada memang betul BBM Fauzi atau pun tak.


Komen Fauzi:

"Apa nombor BB pin saya? Sebab setahu saya, hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahui BB pin saya. Kalau sekadar gambar tertera wajah saya ianya belum dapat membuktikan itu adalah saya."

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Dari segi gaya perbualan / tulisan dalam mesej itu jelas sekali membuktikan ia sama sekali bukan saya. Kalau sekadar gambar, sesiapa pun boleh menyamar sebagai saya. Sebelum ini pernah juga terjadi di mana saya pernah join BB group, dan salah seorang teman bertanya sama ada benarkah ini 'Fauzi Nawawi', dan saya mengiyakan dan bertanya kenapa, lalu teman tersebut memberitahu bahawa sebelum ini ada individu dengan nama yang sama mengaku dirinya adalah 'Fauzi Nawawi' (menyamar). Jadi jelas di sini siapapun boleh menyamar," ujar Fauzi Fauzi dalam nada tegas.

Fauzi menganggap apa yang terjadi ini sebagai satu 'game' buat dirinya, sambil memerli pihak terbabit agar terus menyebarkan fitnah kerana hakikatnya, dia dan isterinya (Lisdawati) bahagia.

Menyentuh semula tentang kandungan mesej tersebut yang turut menyatakan 'Fauzi' meluahkan masalah keluarga kepada individu (dipercayai skandal) tersebut sehinggakan menyatakan keinginan berumahtangga sekali lagi, Fauzi ada jawapannya.

"Saya tidak pernah bercerita masalah keluarga saya sama ada dengan ibu saya sendiri waima ibu mertua saya, inikan lagi bercerita meluah segala masalah kepada orang luar, tidak sama sekali."

"Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak akan meninggalkan isteri saya, walau apa terjadi sekalipun, Insyaallah. Dan saya akan sedaya upaya cuba cari jalan untuk menyaman laman gosip tersebut kerana apa yang terjadi ini adalah satu fitnah melampau yang mengaibkan saya dan boleh menjejaskan rumah tangga saya. Walau apa cara sekalipun saya tetap akan membuat tindakan terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam usaha menyebar gosip berunsur fitnah ini. Saya akan menegakkan kebenaran walau hingga ke lubang cacing!" akhiri Fauzi


Screenshot yang disebarkan di blog hiburan tempatan tersebut,

Kami berjaya menemui beberapa orang dalam industri untuk mengesahkan identiti BBM Fauzi Nawawi dan 99% bersetuju ini memang akaun BBM milik pelakon terkenal itu.

Screenshot di'atas di'katakan di'ambil ketika Fauzi Nawawi cuba untuk keluar rumah bertemu dengan kekasih gelap beliau tetapi tiba tiba saudara mara datang ke rumah untuk berkunjung — di hari raya Aidiladha.

Gambar Elyana dengan anaknya,Cinta Sumayyah yang berusia 3 bulan

Posted: 19 Nov 2011 02:35 AM PST