Adsense

Khamis, 3 November 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Susah senang Umie, Erra

Posted:

Susah senang Umie, Erra

Susah senang Umie, Erra

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ
Lokasi ISTANA BUDAYA, Jalan Tun Razak, 50694 Kuala Lumpur.


ERRA Fazira dan Umie Aida berpegang pada satu prinsip bahawa pengorbanan perlu seiring dengan kejujuran dan keikhlasan.


ADA sebab mengapa dua primadona ini disatukan dalam sesi fotografi khas sempena Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada 6 November ini.

Melihatkan kepada pencapaian yang telah dicipta oleh Datin Umie Aida dan Erra Fazira sebagai aktres ternama negara, sesungguhnya ia bukanlah satu tugas yang mudah.

Baik Umie mahupun Erra, kedua-duanya telah melakukan pengorbanan yang cukup besar dalam mencipta nama sebagai seorang bintang.

Seperti mana kata Umie, dia mengakui laluannya untuk menjadi seorang aktres tidak seindah yang disangka ramai pihak.

Di kala remaja seusianya sibuk menelaah buku dan mengulangkaji pelajaran, Umie pula perlu menghabiskan masanya di lokasi penggambaran sebaik sahaja dia menceburkan diri dalam dunia lakonan pada tahun 1991 menerusi filem Memory.

"Mungkin secara luarannya, orang melihat menjadi seorang artis adalah indah belaka tetapi realitinya, ia tidak seindah yang disangka.

"Seperti mana saya sendiri, saya perlu memekakkan telinga daripada terus memikirkan apa yang orang memperkatakan tentang diri saya.

"Maklumlah, mulut orang mana boleh ditutup. Mahu atau tidak, semuanya harus ditelan dan kita perlu yakin pada diri sendiri bahawa kita berada di pihak benar. Hidup sebagai seorang manusia ini tidak pernah sempurna bukan?," cerita aktres berusia 38 tahun ini membuka bicaranya pada petang itu.

Tidak cukup dengan itu kata Umie, dugaan mendatangi dirinya sebaik sahaja dia membesarkan dan membela dua orang anak angkatnya, Mohd. Daniel Firdaus, 18, dan Mohd. Dzulhelmy, 17.

Pada ketika dia sedang membina namanya, dia berkorban masa, wang ringgit dan tenaganya dalam membesarkan dua puteranya itu dan mahu melihat mereka membesar menjadi seorang yang berguna kepada negara, bangsa dan agama.

Jelas pemilik nama penuh Umi Khalsum Rahmad Ali ini lagi, ketika itu jugalah, dia perlu berani berdepan dengan kehidupan walaupun dia pernah dicerca dan dilemparkan dengan kata-kata kurang manis hanya kerana mahu membesarkan dua anaknya itu.

"Bagi saya, pengorbanan itu sendiri membawa definisi yang sangat luas dalam segala aspek dan apa yang penting, semuanya harus dilakukan dengan penuh keikhlasan serta kejujuran.

"Jika kita melakukan sesuatu perkara untuk mengharapkan balasan atau penghargaan, maka, pengorbanan itu tidak mempunyai sebarang makna," kata pemilik trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-16 (2003) menerusi filem Embun itu lagi.

Berkorban demi keluarga

Pendapat itu juga turut dipersetujui oleh Erra yang dari awal begitu khusyuk mendengar Umie yang rancak bercerita.

Kata Erra atau nama penuhnya, Fazira Wan Chek pengorbanan bagi dirinya bermula sebaik sahaja dia menjejakkan kaki dalam dunia seni sekitar tahun 1993.

Mula meraih perhatian selepas dinobatkan sebagai Ratu Cantik Malaysia ketika itu dan kemudiannya disunting pula oleh pengarah dan penerbit filem tersohor, Datuk Yusof Haslam membintangi Sembilu, Erra tidak menoleh ke belakang lagi.

Bermula detik itu, kehidupan wanita berusia 37 tahun ini berubah secara total sehingga mampu dikalungkan dengan gelaran Primadona Filem Melayu alaf baru.

Jelas Erra lagi, dia tekad untuk menjadi anak seni kerana minat dan sudah pasti, matlamat utamanya adalah untuk membantu dan menyara keluarga untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

"Sudah puas saya perhatikan bagaimana ibu saya, Azizah Zaik bekerja keras dan menjalani hidup sebagai ibu tunggal dalam membesarkan saya.

"Pengorbanan ibu cukup besar dan kerana itu, saya mahu mengubah senario itu dengan mengambil alih tugasnya sebagai ketua keluarga.

"Seperti mana kata Umie, pengorbanan itu tidak seharusnya diharapkan balasan. Bagi saya, apa yang saya lakukan hari ini adalah untuk membalas jasa keluarga adalah satu tanggungjawab yang harus dipikul sebagai seorang anak," kata anak kelahiran Sungai Choh, Rawang, Selangor ini memberikan hujahnya.

Hubungan rapat Erra, Umie

DALAM kerancakan berbicara dengan dua wanita gigih ini, sempat juga ditanya kepada mereka tentang pengorbanan masing-masing dalam persahabatan mereka.

Apatah lagi, usia persahabatan mereka pun bakal menjangkau sedekad dan sudah pasti dalam tempoh itu banyak perkara yang dilalui bersama baik susah mahupun senang.

Sambil berpandangan sesama sendiri dan kemudiannya disambut dengan derai tawa yang berpanjangan, Umie dan Erra yang saling menggelarkan diri masing-masing sebagai makcik ini membuka bicara mereka.

Kata Umie, dalam apa jua yang dilakukannya, pengorbanan tidak pernah terlepas dalam diari hidupnya dan begitu juga persahabatan bersama Erra.

"Ada kala kami tidak mampu melakukan banyak perkara bersama-sama lantaran kesibukan masing-masing. Mahu atau tidak, antara kami perlu berkorban seandainya hasrat itu tidak dapat direalisasikan.

"Seperti mana yang saya katakan tadi, dalam apa jua yang dilakukan perlulah jujur dan ikhlas. Barulah ia akan diberkati dan kekal lama. Itu yang boleh saya katakan tentang persahabatan saya dengan Erra," katanya sambil menjeling ke arah Erra yang cukup anggun berkebaya merah di sebelahnya.

Sambil menganggukkan kepala tanda setuju dengan apa yang diperkatakan oleh sahabatnya itu, Erra juga sempat diusik sama ada mereka berdua pernah bermasam muka dan bertegang leher gara-gara percanggahan idea mahupun pendapat.

Dengan pantas isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin dan ibu kepada Engku Aleesya ini menggelengkan kepalanya.

"Sepanjang enam tahun saya rapat dengan Umie, rasanya belum pernah kami bergaduh besar sehingga tidak bertegur sapa untuk jangka masa yang lama.

"Kalau orang tengok gaya kami berbual memang orang akan menyangka kami sedang bergaduh. Tetapi hakikatnya tidak kerana itulah stail kemesraan kami," jelas Erra yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia sebanyak dua kali ini sambil memeluk erat Umie.

Full content generated by Get Full RSS.

Antara sanggul dan air mata

Posted:

Antara sanggul dan air mata

Antara sanggul dan air mata

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

MALAM yang dinanti-nantikan oleh semua karyawan seni tanah air termasuk pemerhati dan peminat hiburan amnya sudah tiba ke kemuncaknya.

Tepat pukul 9 malam ini bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, acara anugerah berprestij, Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) akan melakar satu lagi sejarah dalam direktori hiburan tempatan.

Memang tidak dinafikan lagi, tahun ini memperlihatkan saingan yang cukup hebat dan sengit menerusi drama serta filem yang layak dipertandingkan dalam edisi kali ini.

Jika hendak dibandingkan dengan kualiti filem dalam pertandingan kali ini, ternyata penerbitan drama yang bertanding sememangnya menunjukkan peningkatan yang sangat ketara dalam pelbagai aspek.

Seiring dengan misi dan matlamat ASK yang mahu memartabatkan karyawan drama khususnya seperti mana di awal penganjuran anugerah cetusan TV3 ini, sesungguhnya persaingan kali ini akan memeningkan kepala juri dalam menentukan pemenangnya.

Beberapa minggu kebelakangan ini, ramai yang sudah mula memperkatakan tentang dua drama yang bersaing hebat untuk merebut gelaran Drama Terbaik.

Dua karya yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan, Sanggul Beracun dan Airmata Nur Salina yang memiliki kekuatan tersendiri untuk dinobatkan dengan gelaran tertinggi itu.

Sejak ditayangkan sekitar pertengahan tahun lalu, Sanggul Beracun sudah menjadi buah mulut ramai yang mengakui kehebatan penerbitan drama itu yang setaraf dengan kualiti sebuah filem.

Mempertaruhkan kisah rakyat tentang seorang wanita yang mahu menghapuskan sumpahan ke atas dirinya apabila perlu berkahwin dan membunuh 99 orang lelaki, tidak mustahil Sanggul Beracun untuk diangkat sebagai terbaik.

Diarahkan oleh aktor versatil yang terkenal dengan genre komedi, Sabri Yunus, tiada siapa sangka anak kelahiran Kelantan itu mampu memberikan sentuhan magis yang sangat luar biasa.

Malah, Sabri juga mempunyai harapan yang sangat cerah untuk merangkul gelaran Pengarah Drama Terbaik sekali gus menempatkan dirinya bersama-sama pengarah yang pernah menjulang gelaran tersebut.

Namun, laluan Sabri tidak semudah yang disangka kerana dia perlu berhadapan dengan pengarah wanita tersohor negara, Erma Fatima yang telah mengarahkan sebuah naskhah hebat menerusi Airmata Nur Salina.

Pernah mengungguli kategori Drama dan Pengarah Drama Terbaik dua tahun lalu bagi drama Tersasar Di Jalanmu, siapa tahu rezeki untuk Erma menggondol dua trofi itu sekali lagi.

Kategori lakonan juga merupakan sesuatu yang cukup menarik untuk diperkatakan kali ini terutama Pelakon Wanita Drama Terbaik.

Kalau sudah dramanya diramalkan akan menang besar malam ini, maka pelakonnya juga terkena tempias yang sama apabila nama dua primadona unggul, Erra Fazira dan Umie Aida dicanang akan berentap merebut gelaran itu.

Menerusi Sanggul Beracun, Erra telah memberikan dimensi lakonan yang cukup berbeza sekali gus membuktikan sebenarnya bekas Ratu Cantik Malaysia itu berada dalam liga tersendiri.

Jika trofi itu bukan milik Erra, pastinya ia akan menjadi milik Umie yang sememangnya terbukti kehebatan lakonannya.

Apatah lagi Umie sendiri sudah dua kali diiktiraf di pentas ASK dengan gelaran Pelakon Wanita Drama Terbaik. Lalu, adalah menjadi sesuatu yang cukup manis untuk melihat Umie naik ke pentas untuk kali ketiga dan menerima trofinya.

Atau mungkinkah trofi itu akan menjadi milik aktres senior seperti Norlia Ghani yang memberikan lakonan berkesan dalam drama Janji Syurga?

Pelakon Lelaki Drama Terbaik juga bakal memperlihatkan saingan yang bukan calang-calang dengan kualiti lakonan terbaik aktor senior dan junior.

Antara nama-nama yang disebut adalah Remy Ishak, Eman Manan, Faizal Hussain dan Namron yang sudah terbukti kehebatan masing-masing di gelanggang lakonan.

Sebagai bintang baru, Remy tidak mengecewakan dalam Airmata Nur Salina dan siapa tahu dia bakal membuatkan pelakon senior lain berputih mata.

Eman juga bakal mencipta kejutan dan melangkah dengan penuh bergaya untuk menerima trofinya malam ini berdasarkan lakonannya dalam drama Iqra.

Sesuatu yang cukup menarik untuk diperkatakan kali ini adalah kategori Drama Rantaian Terbaik yang juga menyenaraikan drama-drama hebat dan terbaik.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tidak suka pura-pura

Posted: 02 Nov 2011 07:42 AM PDT

Hip

Siti Saleha

Siti Saleha

Biarlah orang tahu

SEBAIK melangkah masuk ke dunia lakonan, gadis jelita ini memasang impian mahu memiliki sekurang-kurangnya satu pencapaian yang boleh dibanggakan sebelum kerjaya lakonannya melangkah ke angka lima tahun.

Namun Siti Saleha Mohd Baharum, 21, pernah tertanya sendiri kenapa selepas dua tahun berlakon dan sudah membintangi puluhan drama, namanya masih kurang dikenali. Dia memujuk hati barangkali belum ketemu watak yang kuat, bagaimanapun memasuki tahun ketiga, apa yang diimpikan menjadi nyata.

Drama rantaian Nora Elena tidak semena-mena melonjakkan nama gadis ini. Lakonan mantapnya dalam drama itu di sisi Aaron Aziz menjadi perhatian penonton.

"Jika boleh dalam tempoh lima tahun, saya mahu berada dalam senarai 10 artis terbaik. Saya tidak mengharapkan apa-apa pada Anugerah Skrin. Saya hanya akan muncul sebagai penyampai bersama dengan Aaron Aziz jika tersenarai lima yang terbaik pada malam itu nanti sudah memadai buat saya," katanya yang baru mengetahui ada harga perlu dibayar apabila bergelar selebriti.

Mungkin dua tahun sebelumnya, tiada orang mempedulikan kehadirannya. Tetapi sebaik namanya melonjak menerusi Nora Elena, Siti Saleha mula menjadi mangsa gosip apabila gambar aktiviti bersosial di samping teman dan keluarga tersebar meluas di internet.
"Saya tak pernah bersedia dengan semua itu. Apabila gambar saya berparti keluar di internet, saya sangat terkejut kerana saya tidak akan meletakkan gambar yang tidak sepatutnya di laman sosial.

"Memanglah ada juga timbul sedikit perasaan kecewa tapi pada masa sama, saya perlu terima kerana ia asam garam bergelar artis. Cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati.

"Tetapi saya juga tidak suka berpura-pura, saya masih lagi keluar melepak dengan kawan-kawan tetapi sekarang saya lebih menjaga batas," katanya yang juga agak terbuka apabila ditanya mengenai teman lelaki.

Selain gambarnya sedang bersosial tersebar di internet, gambar Saleha di samping jejaka yang juga teman lelakinya pernah disebarkan orang yang tidak bertanggungjawab.

Ditanya kenapa dia begitu terbuka mendedahkan kekasih hatinya.

Kata gadis ini penuh jujur, dia seorang yang sangat terbuka dan tidak tahu menipu sekiranya ada seseorang yang bersarang di hatinya.

"Saya tidak kisah orang ingin mengetahui kisah cinta saya. Bagi saya mereka yang menyembunyikan pasangan masing-masing itu adalah perkara yang tidak patut. Kenapa kita hendak menipu kalau kita ikhlas dalam persahabatan.

"Bagaimanapun gambar jejaka yang tersebar di internet itu sebenarnya bekas teman lelaki saya. Kami berpisah kerana dia tidak boleh menyesuaikan diri dengan dunia saya, tetapi kini hati saya sudah dimiliki. Saya menjalin kembali hubungan dengan teman lelaki yang lama, dia lebih 'sporting' mungkin sebab kakaknya sendiri berada dalam industri," kata Saleha yang mahu menumpukan perhatiannya pada filem tahun depan.

Mengepak ke dunia filem

SITI Saleha memang bercita-cita ingin mengembangkan sayap dalam filem tetapi mungkin rezeki masih belum berpihak padanya. Lagipun dengan keadaan dirinya yang masih lagi belajar, ia menyukarkan sedikit Saleha untuk memberikan terlalu banyak komitmen dalam satu masa.

Tahun depan, enam buah filem sudah menanti. Bagaimanapun, hanya dua filem yang sudah mempunyai hitam putih akan memulakan penggambaran iaitu Pukul Habis terbitan Merpati Putih dan Pak Pong arahan Fauzi Nawawi.

Walaupun bakal sibuk dengan filem, Saleha akan tetap menerima tawaran drama dan telefilem. Tetapi dia harus bijak membahagikan jadual memandangkan turut terikat dengan jadual kelas.

Biarpun harinya dilingkari jadual yang padat, Saleha tidak mempunyai masalah untuk membahagikan jadualnya dengan teratur. Malah, rakan-rakannya turut pelik kerana dia mampu menyiapkan tugasan sekalipun sibuk dengan berlakon.

"Walau apa pun yang terjadi, saya akan tetap menghabiskan lagi baki pengajian yang cuma tinggal setahun. Selepas tamat pengajian pada penghujung tahun depan, dapatlah saya menumpukan perhatian secara serius pada bidang lakonan.

"Saya berhasrat untuk lanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah tetapi mungkin bukan dalam waktu terdekat. Kalau boleh saya ingin menyambung pengajian di luar negara untuk menimba pengalaman berbeza," kata penuntut dalam bidang Diploma Komunikasi Media ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Disingkir kerana rupa

Posted: 02 Nov 2011 07:39 AM PDT

Hip

Charice

Charice

Bagi Charice, bakat ialah penentu kejayaan seseorang penghibur

UMPAMA kisah dongeng yang bermula dengan penderitaan dan berakhir dengan kebahagiaan hakiki, begitulah juga diibaratkan mengenai perjalanan seni penyanyi dari Filipina, Charmaine Clarice Relucio Pempengco, atau lebih dikenali dengan nama komersilnya, Charice. Hanya kerana penampilan fizikalnya tidak seperti penyanyi lain, gadis berusia 19 tahun ini pernah dinafikan haknya apabila juri sebuah pertandingan nyanyian yang disertai menyingkirkan dirinya pada peringkat awal.

Hati mana yang tidak terguris apabila bakat serta usaha yang dicurahkan itu hanya dipandang sebelah mata. Meskipun ketika di pentas pertandingan berkenaan vokalnya memukau penonton dan tarian yang dipamerkannya cukup hebat, namun semua itu bagaikan tiada erti apabila juri sepakat menyingkirkannya atas alasan yang cukup prejudis. Namun, pengalaman perit itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengejar impian sebagai penghibur terkenal. Doa Charice akhirnya dijawab Tuhan dan peluang untuk menggapai impian itu terbuka luas apabila dia dipertemukan dengan komposer tersohor, David Foster, yang diakui cukup handal dalam mengesan bakat baru berpotensi untuk dijadikan bintang dalam sekelip mata.

"Bukan mudah untuk saya berjaya seperti hari ini. Ramai yang mahukan saya mengubah penampilan fizikal saya jika mahu menjadi artis terkenal. Hanya kerana wajah saya tidak secantik penyanyi lain, bakat yang saya ada tidak dihiraukan. Malah, saya pernah disingkirkan lebih awal dalam pertandingan nyanyian hanya kerana saya tidak mempunyai pakej seperti yang dimahukan.

"Kalau diikutkan, memang saya kecewa dengan alasan itu kerana saya tahu kekuatan vokal saya serta saya boleh menari dengan baik. Tapi jika itu tanggapan mereka, saya tidak boleh buat apa-apa. Namun ia bukan halangan untuk saya terus mengejar impian menjadi penghibur berjaya. Mujurlah saya dipertemukan dengan Foster yang percaya dengan bakat saya miliki ini," katanya dalam temubual bersama sekumpulan wakil media sewaktu kunjungannya ke Malaysia bagi menjayakan konsert David Foster & Friends, yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, baru-baru ini.

Sambil menyifatkan kisah hidupnya itu tidak ubah seperti Cinderella, janji Charice, dia tidak akan membiarkan perkara yang sama berulang kepada mana-mana bakat baru yang mempunyai impian sepertinya, namun terpaksa dipendamkan hanya kerana tidak "secantik" seperti yang dikehendaki dalam industri ini.
"Tidak selama-lamanya saya akan menyanyi. Sampai masa nanti, saya akan kembali ke negara asal saya untuk membimbing bakat baru yang mahu menjadikan bidang nyanyian sebagai kerjaya. Mungkin di sana ramai yang mahu menjadi penyanyi, tetapi faktor fizikal menjadi halangan. Sebagai seorang yang pernah melalui saat duka seperti itu, menjadi tugas saya memberikan keyakinan kepada mereka bahawa untuk berjaya, bakat ialah segala-galanya.

"Saya mahu memberikan kembali apa yang sudah saya peroleh. Segala pengalaman yang saya kutip sepanjang bergelar anak seni akan saya curahkan pada mereka. Selain itu, saya juga ingin menyambung pengajian dalam bidang undang-undang. Ilmu juga amat penting dan tidak mustahil saya akan bergelar peguam selepas ini," ujarnya yang cukup ramah dan cepat mesra ini.

Berlakon di sisi Salma Hayek

BAKAT seni yang ada pada gadis bertubuh genit ini bukan saja menyerlah dalam bidang nyanyian atau tarian, tetapi juga dalam lakonan. Tentu ada yang perasan penampilan istimewanya dalam drama muzikal bersiri, Glee. Diajak bercerita mengenai pengalaman yang dilaluinya dalam drama itu, Charice mengakui dia cukup teruja membintangi siri popular itu.

"Memang seronok dapat berlakon dalam drama bersiri itu. Pelakonnya semua baik-baik dan mesra melayani saya. Paling menyeronokkan apabila kami melepak bersama-sama selepas penggambaran. Kalau diberi peluang dan kebetulan saya tidak sibuk, saya pasti akan kembali berlakon dalam siri muzikal itu.

"Selain itu, saya juga baru saja tamat penggambaran filem pertama yang berjudul Here Comes The Boom yang menyaksikan saya bergandingan dengan Salma Hayek dan Kevin James. Saya juga turut menyanyi dalam filem ini," katanya yang teringin membawakan watak hantu untuk filem seterusnya.

Ketika yang sama, peminat pastinya memang mengetahui kelebihan yang ada pada penyanyi yang disifatkan pengacara tersohor, Oprah Winfrey, sebagai Gadis Paling Berbakat Dalam Dunia Ini. Vokalnya yang lantang berjaya membuatkan dirinya cukup popular di laman sosial YouTube. Disebabkan keunikan vokal itulah juga maka dia berjaya memikat hati Foster untuk dijadikan anak didiknya.

Bagaimanapun, bagi Charice, mempunyai vokal yang lantang bukanlah segala-galanya. Apa yang dimahukan gadis yang mula dikenali menerusi single Pyramid ini ialah nyanyian yang mampu meresap jauh ke dalam lubuk hati peminat. Baginya, kelebihan itu pada penyanyi United Kingdom, iaitu Adele.

"Saya amat mengagumi bakat yang ada pada Adele. Tanpa perlu menarik suara dalam nada tinggi, dia sudah mampu menawan hati ramai peminatnya. Saya suka dengan corak penyampaiannya yang bersahaja. Kekuatannya terletak pada melodi dan liriknya yang menyentuh perasaan," katanya yang kini muncul dengan album kedua berjudul Infinity.

Bapa mati dibunuh

SEMENTARA itu, dalam perkembangan terbaru, penyanyi ini dan keluarganya dilaporkan sangat sedih selepas insiden pembunuhan bapanya yang disifatkan sebagai tragedi.

Ricky Pempengco, 40, ditikam Isnin lalu di Manila, sebelas bertembung dengan seorang lelaki mabuk dalam sebuah kedai runcit.

AP melaporkan, dalam kenyataannya semalam, Charice ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat di seluruh dunia kerana memberikan sokongan moral kepadanya dalam keadaan yang sukar itu.

Charice turut membatalkan baki persembahan siri jelajahnya dan kembali ke Filipina untuk bersama keluarga.

Penyanyi ini dan bapanya hidup berasingan sejak beberapa tahun lalu, namun dia mengaku ingin berbaik semula dengan lelaki terbabit. Ketika ini, pihak polis masih memburu pembunuh Pempengco.

Full content generated by Get Full RSS.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Justin Bieber dituduh Hamilkan Peminat

Posted: 02 Nov 2011 01:23 PM PDT

LOS ANGELES: Penyanyi lagu Baby, Justin Bieber dituduh telah menghamilkan seorang peminatnya bernama Mariah Yeater.

Menurut laporan Star Magazine, gadis berusia 20 tahun itu tampil membuat pengakuan telah melahirkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang merupakan anak kepada penyanyi tersebut.

Justeru itu, Mariah telah menuntut Bieber dan kekasihnya Salena Gomez untuk memberi nafkah kepada bayi tersebut.

Bagaimanapun, pihak pengurusan Bieber telah mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan itu dan menganggap ia sebagai fitnah.

"Kami belum terima apa-apa tuntutan rasmi dari wanita tersebut dan menganggap ia sebagai fitnah.

"Malah kami akan mengambil tindakan mahkamah jika tuduhan tiada bukti ini diperbesarkan," ujar pihak pengurusan Justin Bieber dalam satu kenyataan media

/// mstar ///

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Mahu genggam anugerah

Posted:

Mahu genggam anugerah

Mahu genggam anugerah

ZARINA, Wan Sharmila, Aaron dan Johan bakal terbabit secara langsung dengan ASK 2011.


ESOK, pada pukul 9 malam bakal berlangsung Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Empat pelakon, Aaron Aziz, Johan Asaari, Wan Sharmila dan Zarina Zainoordin berkemungkinan besar masing-masing akan bersaing merebut gelaran pelakon terbaik menerusi drama lakonan masing-masing yang layak bertanding.

Ini kerana pada malam ASK 2011 nanti, pencalonan Top 5 untuk kesemua kategori yang dipertandingkan akan diumumkan sejurus sebelum nama setiap pemenang diumumkan.

Tidak meletakkan harapan yang tinggi tetapi jika sudah namanya adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Malah, keempat-empat mereka sebulat suara mengatakan kemenangan yang diterima andai masing-masing meraih pencalonan adalah merupakan satu bonus dan penghargaan buat mereka dalam mempertingkatkan prestasi kerja di lokasi penggambaran.

ASK 2011 menyaksikan 17 telemovie, 10 drama rantaian, tujuh drama komedi dan 29 buah filem berentap untuk diiktiraf sebagai yang terbaik.

Aaron jadi pengarah

Aaron, pelakon yang namanya semakin hari semakin meniti di bibir peminat drama tempatan impak lakonannya dalam drama popular Nora Elena dan juga filem box-office nombor satu negara ketika ini (kutipan RM12 juta), KL Gangster enggan meletakkan harapan yang tinggi terhadap ASK 2011.

Meskipun teruja kerana julung-julung kali terlibat dalam ASK 2011, anak kelahiran Singapura ini memberitahu populariti sesebuah drama mahupun filem bukan tiket untuk memenangi anugerah sebaliknya kualiti sebuah karya menjadi titik tolak kepada sesebuah kemenangan.

"Popular bukan bererti bagus dan bagus tidak semestinya popular. Walaupun drama Nora Elena cukup popular di kalangan penonton, namun ia belum tentu cukup hebat di hati juri.

"Melihat saingannya pula semuanya cerita yang hebat-hebat belaka. Kalau menang saya bersyukur, jika tidak saya anggap saya perlu berusaha lebih lagi untuk mempertingkatkan mutu lakonan saya," jelas bapa kepada dua orang anak itu lagi.

Apabila dikatakan tahun 2011 tahun cemerlang Aaron memandangkan banyak karya popular melibatkan dirinya dan wajahnya makin kerap ditayangkan menerusi drama di kaca televisyen, Aaron hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

"Mana ada tahun 2011 merupakan tahun milik saya. Mungkin orang lihat muka saya bersepah di mana-mana kerana drama dan filem saya ditayangkan secara berturutan tanpa henti.

"Tambahan, mungkin saya tidak lagi menjadi wajah eksklusif Astro membuatkan saya lebih bebas untuk berlakon dengan mana-mana produksi dan juga stesen televisyen," katanya yang kini dalam proses untuk berhijrah secara tetap di Malaysia.

Selepas cemerlang sebagai pelakon, nampaknya, Aaron bakal melangkah setapak ke hadapan sebagai pengarah drama pula.

Baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama berjudul Kekasih Awal dan Akhir menerusi produksi miliknya sendiri Aaron Aziz Production, Aaron akui berdebar menanti reaksi penonton terhadap hasil kreatifnya.

"Drama ini saya arah sepenuhnya tetapi diterbitkan oleh isteri saya sendiri, Diyana Halik. Idea semuanya datang daripada isteri saya dan dia yakinkan saya orang yang benar-benar memahami cerita itu, jadi dia minta saya arahkan drama tersebut.

"Sebenarnya, kalau di Singapura, saya memang sudah biasa mengarah dan berlakon dalam masa yang sama, cuma di Malaysia, ini kali pertama. Saya tidak mahu janjikan apa-apa, cuma mengharapkan yang terbaik sahaja," ujarnya mengenai drama yang akan ditayangkan pada 7 November depan di TV9 yang akan menggandingkan Aaron sekali lagi bersama Siti Saleha selepas drama Nora Elena.

Rezeki Johan mencurah

Baru lapan bulan dalam industri seni lakon, Johan yang popular dengan watak Botak dalam drama bersiri popular, Juvana sudah merasai tempias dunia glamor yang dikecapi kini.

Sedang namanya mendaki ke puncak, sempat juga namanya terheret dengan kontroversi cintanya bersama aktres Izreen Azminda. Namun, itu semua hanyalah rencah permainan sebagai selebriti, ironinya rezeki Johan tidak terkurang, malah, makin terlebih-lebih pula tawaran lakonan yang datang.

"Alhamdulillah, setakat hari ini tawaran lakonan datang tidak putus-putus dan saya bersyukur kerana semua tawaran yang datang tidak bertindih antara satu sama lain.

"Sekarang saya sedang menjalani penggambaran drama berjudul Kau Milikku bersama Dira Abu Zahar. Selepas itu berderet drama yang menanti seperti Tasbih Putih arahan Rashid Sibir, kemudian sebuah telemovie untuk Astro tentang pesakit HIV positif dan drama untuk slot Samarinda 26 episod bersama Beto Kusyairi," ujar pemilik nama penuh Johan Ariff Asaari itu.

Kini, akui Johan dia sudah mula selesa dan semakin bijak menyesuaikan diri dengan dunia glamor serta statusnya sebagai anak seni, cabaran yang datang ditanganinya dengan sebaik mungkin.

"Cabaran yang saya lalui ialah saya tidak dapat lari dari kontroversi dan publisiti kerana bagi saya itu merupakan cabaran yang perlu saya galas.

Saya pernah berputus asa kerana, saya hanya mahu berikan yang terbaik untuk semua," balasnya yang cukup sinonim dengan watak antagonis.

Bercerita mengenai ASK 2011, debaran menanti Johan apabila buat pertama kalinya dia diberi tanggungjawab sebagai penyampai anugerah di samping aktor Zahiril Adzim.

"Saya tidak sangka akan diberi penghormatan sebagai penyampai anugerah kerana saya masih baharu dalam dunia lakonan berbanding dengan gandingan saya," tuturnya.

Sungguhpun drama Juvana mendapat rating yang tinggi ketika tayangannya, Johan menjelaskan kesemua drama yang tercalon mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

"Saya tidak menaruh harapan yang tinggi, untuk melibatkan diri dalam majlis ASK 2011 sudah cukup besar buat saya.

"Sebagai pendatang baharu banyak lagi yang perlu saya belajar mengenai lakonan. Maknanya selepas ini saya perlu lebih bekerja keras dan memberi kualiti lakonan yang lebih daripada apa yang saya tonjolkan sekarang. Terima kasih buat penonton drama Juvana yang menyokong drama tersebut," jawabnya.

Pertama kali buat Wan Sharmila

Pemilik nama penuh, Wan Sharmila Wan Mohamed bukan wajah baharu dalam dunia seni tempatan. Wajahnya pernah menghiasi banyak drama popular seperti Tari Tirana, Sindarela, Kisah Kaisara dan Emil Emilda.

Bagaimanapun tuah aktres genit ini untuk menggenggam anugerah masih belum ada rezekinya. Tidak mengharap dan memaksa anugerah itu datang bergolek kepadanya, kata Wan dia percaya kepada rezeki.

"Tidak kisahlah berapa lama saya dalam industri lakonan atau berlakon berpuluh-puluh buah drama, jika belum sampai rezekinya saya untuk menerima anugerah, maknanya saya harus pertingkatkan usaha.

"Mungkin saya rasa saya sudah beri yang terbaik tetapi masih belum terbaik pada mata juri dan ada yang lebih baik daripada saya. Sebab itu saya katakan, jika rezeki berpihak kepada saya, alhamdulillah syukur. Jika tidak, sabar, usaha dan cuba lagi tahun hadapan," balasnya dalam tawa.

Aktres berusia 30 tahun itu yang baru sahaja selepas menjalani penggambaran drama Jalan Songsang bersama Johan Asaari untuk TV3 dan sebuah drama RTM berjudul Najwa Najiha, itu berkata, ASK 2011 yang pertama buatnya sepanjang bergelar pelakon.

Bakal berentap dengan barisan pelakon lain menerusi dua buah drama popular iaitu Nora Elena dan Jangan Hantar Aku Ke Neraka, tutur Wan, dia hanya bertanding dalam kategori pelakon pembantu sahaja.

"Kedua-dua watak saya dalam drama itu merupakan watak pelakon pembantu dan kedua-duanya menuntut saya melakonkan watak antagonis. Memang orang menyampah tengok saya sepanjang drama. Tetapi satu kepuasan buat saya jika orang benar-benar sakit hati tengok lakonan saya," luahnya dalam senyuman.

Beralih kepada topik teman hidup, Wan menegaskan dia kini hanya fokus kepada dunia lakonan sahaja kerana itu merupakan sumber rezekinya.

"Saya tidak mahu fikir soal lain, jodoh itu kalau ada saya terima, tetapi buat masa terdekat ini belum lagi. Kerja saya sekarang hanya berlakon sahaja, saya mahu berlakon selagi terdaya dan memenuhi permintaan orang. Jika tidak, saya mungkin akan membuka kedai makan," katanya mengenai perancangan jangka panjangnya.

Zarina mahu nyanyi lagu dangdut

Penyanyi yang kini lebih dikenali sebagai aktres Zarina Zainoordin mengakui rezekinya lebih terarah kepada dunia lakonan berbanding nyanyian sejak awal kemunculannya selepas keluar daripada Akademi Fantasia musim kedua.

Namun, itu tidak bermaksud Zarina melupakan minat utamanya iaitu nyanyian. Jelasnya, sungguhpun dia ligat berlakon, namun, pada hujung minggu dia masih meluangkan masa untuk mengadakan persembahan pentas jika ada penganjur yang mengundangnya.

"Saya masih menyanyi tetapi mungkin sebab saya banyak berlakon, ada peminat yang hanya mengenali saya sebagai pelakon. Sebenarnya saya kini dalam proses mengumpulkan material untuk muncul dengan lagu single baru," ujarnya.

Memilih untuk muncul dengan genre rock dangdut, tegas Zarina, dia ingin mencuba nasib meskipun sedar irama dangdut sering dianggap genre kelas bawahan oleh peminat seni tanah air.

"Ramai orang tidak tahu, setiap kali saya buat persembahan, ramai orang minta lagu dangdut, disebabkan saya tidak memiliki lagu dangdut sendiri, saya nyanyi lagu orang lain.

"Jadi, saya fikir, apa salahnya saya mencuba buat lagu dangdut sebab saya juga peminat irama dangdut sebenarnya. Kalau saya buat lagu pop sudah terlalu ramai sangat penyanyi, takut tidak boleh bersaing.

"Untuk single ini, saya laburkan wang sendiri, oleh itu harus tampil dengan konsep dan genre yang berbeza daripada orang lain," katanya yang ingin mencari identiti sendiri di pentas nyanyian.

Mengenai ASK 2011, nama Zarina berkemungkinan besar akan pulang membawa pulang anugerah apabila drama bersiri lakonannya Syurgamu Ramadan tercalon dalam ASK 2011.

"Saya tidak pernah meraih pencalonan ASK sebelum ini. Mungkin sudah rezeki, bagi saya tercalon sudah cukup baik. Menang atau kalah itu belakang kira. Kalau menang, bukan bertambah popular tetapi bertambah tanggungjawab. Sudah menang anugerah mana boleh berlakon macam kayu, itu contoh.

"Bagi saya apa yang penting, malam itu nanti, semua pelakon akan berkumpul, rasanya masa itu sahajalah semua orang akan berjumpa dan bertanya khabar masing-masing," luahnya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Take Me Out mencari cinta romantis

Posted:

Take Me Out mencari cinta romantis

Take Me Out mencari cinta romantis

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


HOS Take Me Out, Nazrudin Habibur Rahman dan Julie Woon bersama barisan peserta.


TARIKH 11 November mungkin antara pilihan pasangan mengabdikan cinta dalam ikatan tulus sebuah perkahwinan. Mungkin ada yang tidak tahu, pada 11 November setiap tahun adalah hari untuk masyarakat di Korea bertukar-tukar coklat untuk meraikan cinta.

Sementara di negara China pula tarikh 11 November didedikasikan khas buat insan yang hatinya masih belum terisi cinta yakni Hari Bujang.

Namun, tarikh 11 November tahun ini dipilih stesen televisyen popular ntv7 untuk menyajikan rancangan realiti pencarian cinta romantis, Take Me Out versi Malaysia.

Rancangan realiti yang akan bersiaran setiap hari Jumaat pukul 8.30 malam itu akan memberi ruang kepada sang arjuna dan si dara mencari cinta sejati.

Rancangan 15 episod itu akan dihoskan oleh Nazrudin Habibur Rahman dan Julie Woon untuk menemukan cinta 30 gadis di pentas Take Me Out.

Take Me Out Malaysia cuba mengekalkan format asal sebaris dengan versi asalnya yang dimiliki Fremantle Media. Menurut Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airin Zainul, rancangan baharu itu akan memberikan pelbagai kejutan kepada penonton.

"Saya sendiri teruja apabila mendengar ada antara gadis dan jejaka yang mengalirkan air mata di dalam rancangan ini," katanya ketika sidang akhbar di studio rakaman KRU Productions Sdn. Bhd. di Cyberjaya baru-baru ini.

Tambahnya, sesi temu duga bersama gadis-gadis dan jejaka yang bakal terbabit dalam rancangan itu telah diadakan terlebih dahulu.

"Ini demi memastikan mereka benar-benar mahu terlibat dalam rancangan ini dan betul-betul mencari cinta sejati," katanya yang meletakkan syarat setiap peserta mestilah berumur 18 tahun ke atas dan sudah tentu masih solo.

Namun, pihak produksi tidak menjanjikan bahawa setiap peserta akan memperoleh pasangan menerusi rancangan itu.

Jaga sensitiviti

Dari segi sensitiviti kepelbagaian kaum pula, ujar penerbit kandungan, Sean J, pihaknya punyai satu badan khas yang memantau dan menyelia kandungan agar tidak mengganggu norma masyarakat.

"Selain memantau setiap episod, kami juga tidak menggalakkan pasangan bukan muslim dan muslim untuk keluar bersama, diharapkan perkara ini tidak menjadi isu," tuturnya.

Tambah Sean J lagi, krew produksi Take Me Out telah menjalankan kajian di negara jiran Indonesia yang terlebih dahulu membeli rancangan itu berbanding Malaysia memandangkan faktor sosiobudaya yang hampir sama.

"Selama dua tahun kami membuat kajian terperinci apa yang patut dan tidak patut dibuat sepanjang rancangan berlangsung, bagaimanapun kami akan sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

"Tapi kita tidak boleh kawal perasaan cinta untuk hadir dalam diri setiap insan, kita boleh meneka tapi kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku dalam setiap episod," terangnya lagi.

Mencari cinta

Formatnya masih sama seperti siaran yang telah dijayakan di Australia, Indonesia, Filipina, Jepun, Korea, Denmark, Belanda, Sweden, Sepanyol dan United Kingdom.

Setiap minggu empat jejaka akan cuba mengagumkan barisan 30 gadis yang berbeza latar belakang dan personaliti. Gadis-gadis tersebut akan berada di podium dengan lampu yang bernyala.

Sang jejaka akan diberikan peluang tiga kali untuk memikat gadis-gadis di hadapannya dengan pandangan pertama, video khas sang jejaka dan bakat terpendam.

Jika gadis-gadis itu tertarik pada jejaka di hadapan mereka, lampu akan dibiarkan menyala jika tidak lampu akan dipadamkan. Jika semua lampu dipadamkan maka sang jejaka terpaksa berputih mata.

Jika lebih dari seorang gadis membiarkan lampunya bernyala, sang jejaka pula akan membuat keputusan untuk memilih dua orang gadis yang mencuri hatinya dan bertanyakan soalan kepada mereka untuk tentukan mana satu idaman hati.

Setiap kali seorang gadis meninggalkan pentas bersama jejaka pilihannya, dia akan digantikan dengan seorang gadis baharu.

Perkembangan si gadis yang dibawa keluar dan aktiviti bersama pasangan masing-masing akan dipertontonkan menerusi Take Me Out Extra iaitu diari 30 minit pada setiap hari Ahad pukul 3 petang yang disiarkan bermula 13 November.

Krew Take Me Out masih terus mencari wanita dan jejaka bujang yang ingin menyertai rancangan itu. Bagi yang berminat untuk menyertai rancangan ini, maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.ntv7.com.my/takemeout.

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Bahasa tubuh berkata sesuatu?

Posted: 02 Nov 2011 06:39 AM PDT

MANJA dan mesra. Demikianlah gambarannya bahasa tubuh dua pelakon utama Lemak Kampung Santan, Hans Isaac dan Noor Neelofa Mohd Noor atau Lofa, sewaktu Rap menjenguk lokasi penggambaran filem terbaru terbitan Tall Order Productions itu di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), baru-baru ini.

Semacam ada ikatan hati di antara Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac dengan pelakon jelita yang juga penyandang juara Dewi Remaja 2010 itu.

Apabila diminta bergambar berdua, mereka sesekali berbisik dan ketawa.
Saat-saat manis itu sempat dirakamkan Rap buat tatapan peminat. Aksi mereka berdua itu seakan-akan mahu mengiakan gosip yang ditimbulkan sebelum ini mengatakan Hans dan Lofa sedang hangat bercinta.

Sewaktu ditemu bual pula, Hans dan Lofa saling menyokong antara satu sama lain terhadap setiap kenyataan yang diberikan. Jelas mereka sependapat dan memiliki pandangan serupa.

Dengan berterus terang, Hans menyatakan mereka belum sampai ke tahap bercinta.
Katanya, setakat ini mereka hanya rakan setugas dan menghormati satu sama lain.

Mereka berdua hairan bagaimana gosip percintaan boleh tersebar seperti virus
selesema.

Mungkinkah ia sebahagian gimik untuk membantu promosi awal terhadap filem lakonan mereka, Lemak Kampung Santan? Filem itu diarahkan Hans sendiri yang juga filem arahan keduanya selepas Cuci.

Kata Hans, dia tidak sempat membaca akhbar sewaktu gosip mereka tersebar sehinggalah Lofa menghubunginya sendiri memberitahu hal itu.

"Memang saya tidak sempat baca, sebaliknya saya minta Lofa memberitahu apa yang ditulis wartawan. Saya memang tidak selalu membaca gosip di akhbar pada hujung minggu kecuali ruangan prebiu filem. Saya tidak ada banyak masa untuk membelek akhbar dan tidak tahu apabila ada gosip mengatakan kami dilihat berdua-duaan
di satu pusat beli-belah sambil berpegangan tangan," katanya.

Namun, kata Hans, dia tetap melihat perkara itu dari sudut positif kerana sekurang-kurangnya wartawan memperkatakan mengenai perkembangan filem terbaru arahannya itu walaupun ada kesan yang kurang baik.

"Sebagai pembuat filem, menjual gosip cinta untuk publisiti adalah cara kurang bagus kerana ia akan membuatkan 'usia' sesebuah filem itu di pawagam tidak panjang. Saya kalau, boleh mahu filem ini ditayangkan di pawagam sehingga empat minggu dan bukannya seminggu dua.

"Bayangkan bagaimana kalau orang pergi ke panggung semata-mata tertarik kepada gosip cinta dan bukan sebab karya yang dihasilkan. Bimbang juga gosip terbabit akan membuatkan orang berasa geli dan mual. Dalam situasi sekarang orang ramai ke panggung kerana mahu menonton filem yang bukan sekadar memberikan eleman hiburan semata-mata, tetapi juga karya yang berkualiti," katanya.

Sebagai produser dan pengarah Lemak Kampung Santan berkonsepkan komedi romantik, Hans memilih Lofa sebagai pelakon wanita utama kerana wanita itu ada ciri-ciri ideal bagi watak Atiqa.

"Selain itu komitmen yang ditunjukkan Lofa juga menyebabkan saya yakin dengan kemampuannya. Sebenarnya, pengarah filem Azura (versi baru), Aziz M Osman yang menyarankan saya mengambil Lofa berlakon. Peringkat awal saya memang tidak kenal Lofa dan hanya pernah melihat gambarnya sekali dua di akhbar.

"Bagaimanapun, sebaik dihubungi, dia datang untuk uji bakat. Apabila diminta membaca skrip dan mendengar lontaran suaranya itu, saya dan rakan produksi terus tertarik seolah-olah Lofa sudah ada banyak pengalaman.

"Selain itu disiplin ditunjukkan juga membuatkan kami senang bekerja dengannya.
Bayangkan apabila saya memberikan 'call time' jam 7.30 pagi dia antara orang pertama sampai di lokasi. Sikap begitu jarang ditemui pada pelakon baru sekarang," puji Hans.

Sementara itu Lofa pula menjelaskan dia menerima lamaran Hans kerana tahu pelakon dan pengarah itu selalu menghasilkan filem bermutu dan tidak mengecewakan. Apatah lagi dalam filem ini dia berpeluang bergandingan dengan pelakon berpengalaman lain seperti Awie dan Khir Rahman.

"Saya rasa bertuah kerana dapat bekerja dengan mereka yang ada pengalaman luas dalam dunia lakonan. Saya mengambil peluang ini untuk belajar daripada mereka.
Selain itu saya seronok kerana keserasian bukan saja wujud antara pelakon tapi juga kru terbabit.

"Disebabkan itu juga saya setiap hari tidak sabar-sabar untuk ke lokasi Lemak Kampung Santan. Sudah lama saya tidak merasai situasi seperti itu. Kali terakhir saya merasainya sewaktu terbabit dengan penggambaran filem Azura," katanya.

Menyentuh mengenai gosip cintanya dengan Hans, kata Lofa perkara itu tidak pernah berlaku dan dia sendiri hairan bagaimana ia timbul.

"Hendak kata ia ditimbulkan semata-mata kerana kami digandingkan dalam Lemak Kampung Santan tidak juga kerana sebenarnya kami tidaklah benar-benar bercinta dalam filem ini. Ia bukanlah cerita 'cinta bagai nak rak' sehingga kami perlu berdua-duaan dan intim. Malah, tiada kata cinta pun terbit dalam dialog antara saya dan Hans.

"Kemesraan kami pun hanyalah dari jauh kerana dalam filem ini watak Ridzwan lakonan Hans meminati Atiqa. Pada waktu yang sama dia juga sudah ada kekasih.
Pada permulaan cerita pula, kami digambarkan sebagai tidak menyukai antara satu sama lain," katanya.

Sebagai mengukuhkan lagi kenyataan mereka tidak bercinta, Lofa berkata dia masih terlalu mentah dalam bidang hiburan dan sedang membina kerjaya. Baginya apa yang digosipkan itu hanyalah sekadar usikan nakal.

PROFIL HANS ISAAC:

Nama penuh: Gerald Hans Isaac
Panggilan: Hans
Tarikh lahir: 20 Ogos 1971
Usia: 40 Tahun
Asal: Kuala Lumpur
Kerjaya: Pelakon, pengacara, pengarah, Pengarah Urusan Tall Order Productions Sdn Bhd

Filem: Filem Ringgit Kasorrga, Amok, Scoop, Child's Play, Hanya Kawan, Gemilang, Laila Isabella, Dee & Moon, City Shark, Buli, Cinta Luar Biasa, Buli Balik, Baik Punya Cilok, Pesona Non Grata, Qabil Khusry Qabil Igam, Los & Faun, Cuci, Langgar, Lemak Kampung Santan

Drama: Sephia, Cinta.Com, Kutub Utara, Kutub Selatan, Simbiosis, 7 Gerhana

Pencapaian: Pembantu Pelakon Terbaik Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-19 (2006 - Buli Balik, Artis Bukan Melayu popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2002 & 2003

PROFIL NEELOFA:

Nama penuh: Noor Neelofa Mohd Noor
Panggilan: Neelofa atau Lofa
Tarikh lahir: 10 Februari 1989
Usia: 22 Tahun
Asal: Pasir Mas, Kelantan
Keluarga: Anak ketiga daripada sembilan beradik

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Sunway University College, Selangor

Iklan: Nokia, Silky Girl, Fair & Lovely dan F&N Fruit Tree
Klip Video: Kau Bukan Aku nyanyian Tilu

Filem: Azura (versi baru), Lemak Kampung Santan, Pak Pong, Saya Amat Mencintaimu (SAM)

Drama: Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, Lara & Jiwa.
Pengacaraan: Paparazzi, Sekolahku Hebat, Nona
Pencapaian: Juara Dewi Remaja 2010

Full content generated by Get Full RSS.

Rashid hargai Pak Uda

Posted: 02 Nov 2011 06:11 AM PDT

PENAMPILAN pelakon veteran, arwah Zami Ismail, 67, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Uda menerusi watak sitkom televisyen popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu ,menarik perhatian.

Aksi bersahaja dengan lawak jenaka tersendiri membuatkan dia antara pelakon veteran yang menjadi pilihan ramai penerbit dan pengarah. Dia membuktikan bakat lakonannya tidak hanya kepada watak komedi sebaliknya tampil dalam beberapa drama dengan mendukung watak serius.

Ternyata ketiadaan Zami cukup dirasai karyawan seni dan seluruh ahli keluarga serta kenalan terdekatnya. Zami menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 19 Jun lalu.

Biarpun hampir enam bulan arwah menyahut seruan Ilahi, bakat seni dan karyanya terus dihargai dan dikenang. Sebagai antara barisan pelakon drama Tanah Kubur arahan Rashid Sibir, arwah dilihat antara guru dan contoh terbaik dalam dunia lakonan.


Malah, sumbangan terakhir arwah menjayakan Tanah Kubur musim kedua yang kini disiarkan menerusi Astro Oasis (saluran 106) masih meninggalkan kesan. Rashid juga mengambil peluang mengadakan majlis tahlil buat arwah ketika pelancarannya, baru-baru ini.


Hadir sama pada majlis itu, wakil Astro Oasis, Azlin Reza Azmi, barisan pelakon dan kru produksi drama serta Opie Zami (anak arwah) serta kenalan terdekat.

Katanya, walaupun penampilan Allahyarham (Zami Ismail) hanya secara kebetulan menerusi drama ini, lakonannya turut memberi impak besar bagi menonton. Ramai yang memberi maklum balas yang positif untuk episod itu.

"Drama bersiri ini mempunyai tarikan tersendiri. Ia memberi pengajaran dan menunjukkan bagaimana balasan bagi mereka yang melakukan perkara yang dilarang mengikut hadis dan Al-Quran," katanya.

Siri yang mencatat rating tertinggi di kalangan drama di Astro Oasis itu dilanjutkan untuk musim kedua. Masih mengekalkan teraju utamanya, Nasir Bilal Khan drama bersiri itu disiarkan setiap Jumaat, jam 7.30 malam bermula 4 November ini.

Menurut Rashid, cerita yang disampaikan menerusi drama itu tidak bertujuan menakutkan mana-mana pihak sebaliknya memberi mesej di sebalik semua perbuatan negatif yang dilakukan seseorang itu.

"Untuk musim baru, pelbagai kisah menarik dipaparkan pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w dan zaman sekarang seperti menuduh sesama Muslim sebagai munafik, balasan mencuri duit surau, mayat tidak diterima bumi kerana bunuh diri, bapa yang merogol anak gadis sendiri, angkara tidak berlaku adil dalam poligami dan tidak membayar zakat.

"Isu yang dikupas menerusi drama ini berdasarkan kajian, bacaan buku dan kisah benar. Paling penting, drama ini mendapat kelulusan sepenuhnya daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya.

Sementara itu, Azlin yang juga Pengurus Saluran Astro Ria memaklumkan, pihaknya sangat berbesar hati dengan sambutan dan maklum balas penonton sejak drama berkenaan disiarkan.

"Sejak disiarkan, program ini mendapat respon yang positif daripada penonton.
Ini membuktikan sokongan penonton terhadap usaha Astro Oasis dalam menyuntik elemen dakwah menerusi drama siri yang sarat dengan pengajaran," katanya.

Drama disiarkan sebanyak 13 episod itu menceritakan pengalaman penggali kubur, Tok Adi lakonan Nasir yang melalui peristiwa aneh ketika menguruskan jenazah yang pasti menyentuh hati serta mampu membuka minda pelbagai lapisan penonton.

Drama ini turut menampilkan lakonan Talha Harith, Jasmin Hamid, Amyza Aznan dan Zulkefli Zain.

Full content generated by Get Full RSS.

Rabu, 2 November 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sekitar Finale Jumbo Queen 2011 Part 1

Posted: 02 Nov 2011 08:15 PM PDT

Walaupun ini kali kedua Budiey hadir di menyaksikan Jumbo Queen, namun sebenarnya, pertandingan Ratu Jumbo ini sudah pun kali ke-4 diadakan. Pada saya, pertandingan ini sangat bagus dan lain dari yang lain. Sangat unik kerana ia  satu-satunya pertandingan ratu cantik yang menampilkan kesemua pesertanya terdiri daripada wanita yang berbadan besar dan gemuk.

Part 1

Part 2

Part 3

Suasana ruang legar Sungei Wang Plaza pada malam itu sangat hingar bingar dengan jeritan dan tepukan dari penyokong peserta. Siapa kata orang gemuk tak cantik dan berkeyakinan tinggi, kalau tak masakan semua dipuji dan menerima tepukan gemuruh dari penonton. Kalau tak pun, mereka takkan masuk dalam pertandingan ini. Jadi, tahniah kepada semua peserta kerana berani tampil. Cuma dari segi bakat persembahan, mereka seperti tak banyak buat persiapan. Mungkin masa terlalu singkat. Jadi tak banyak persembahan yang begitu out standing.

Jumbo Queen 2011 sekali lagi menemui pengikut setianya dianjurkan oleh Sungei Wang Plaza pada 1 November 2011 yang lalu. Tepat jam 7.30 malam, acara tahunan ini dimulakan dengan tarian pembukaan yang seterusnya memperkenalkan kesemua finalis Queen Jumbo 2011. Terdiri daripada 10 orang wanita gagah perkasa yang bersaing di peringkat akhir yang sanggup bekerja keras menerima cabaran dalam 3 pusingan dimulakan dengan peserta beragam dalam pakaian kasual yang ditaja oleh Joan Allen & Joan Sukan pada bahagian pengenalan diri diikuti dengan pertunjukan bakat terpendam mereka.

Pusingan akhir pula menyaksikan peserta memakai pakaian jamuan petang. Para peserta diadili berdasarkan penampilan personaliti sebenar mereka, keyakinan, prestasi keseluruhan dan sokongan daripada penonton dan peminat mereka di Facebook.

Sepuluh peserta bertuah yang berjaya ke pusingan akhir ialah:

Jumbo Queen 2011

1. Kelly Ong Kay Li dengan berat 95 kg berumur 26 tahun

Jumbo Queen 2011

2. Purnisha dengan berat 112 kg berumur 31 tahun

Jumbo Queen 2011

3. Winnie Goh Yea Min dengan berat 117 kg berumur 29 tahun

Jumbo Queen 2011

4. Nor Intan Julyana Alias Pretty Diamond dengan berat 100 kg berumur 33 tahun

Jumbo Queen 2011

5. Chan Ang Li Honey dengan berat 89 kg berumur 22 tahun

Jumbo Queen 2011

6. Yoong Swen Bulan dengan berat 94 kg yang berumur 21 tahun

Jumbo Queen 2011

7. Sharon Lim Su Ling dengan berat 120 kg berumur 23 tahun

Jumbo Queen 2011

8. Irene Wee dengan berat 85 kg yang berumur 22 tahun

Jumbo Queen 2011

9. Azurah dengan berat 120 kg berumur 37 tahun

Jumbo Queen 2011

dan Theresa Chin Tze dengan berat 104 kg berumur 39 tahun

Peserta yang paling berat ialah Sharon Lim yang mempunyai berat 120kg pada usia 23 tahun manakala yang paling ringan ialah Irene Wee yang mempunyai berat 85 kg pada usia 22 tahun yang juga merupakan peserta paling muda dalam pertandingan ini bersama Honey Chan Ang Li yang beratnya 89 kg.

Kalau nak tahu, semua peserta ini datang dari pelbagai latar belakang dan pekerjaan seperti pakar kecantikan, pengurus admin, pembantu peribadi, juruwang, pelajar, pembeli kanan dan pelajar.

Jumbo Queen 2011

Pertandingan ini terbuka kepada wanita tunggal dan berkahwin dengan berat badan sekurang-kurangnya 80kg. Pertandingan tahun ini menerima kira-kira 100 borang pendaftaran dan hanya 30 dipilih untuk menyertai pertandingan ini selepas sesi temuduga yang ketat.

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

Jumbo Queen 2011

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Jumbo Queen 2011 Final
  • Gambar Pemenang Jumbo Queen Malaysia 2010
  • Gambar Sekitar Pusingan Separuh Akhir Ratu Jumbo 2011
  • Sekitar Party Ulangtahun Budiey.com Ke-4 – Pendaftaran Part 2
  • Pertandingan Ratu Jumbo 2010 di Sungei Wang Plaza 26 Oktober
  • Winner The Perfect Gentleman ntv7
  • Peraduan Jom Menonton Filem Jumbo Gajah Biru
  • U Mobile Supports Young Talents With Pop Star 2011
  • Diana Daniel, Lisa Surihani, Dafi di Gerai Juz Jumbo Suria FM
  • Suara Akim dan Mila dalam Filem Jumbo Gajah Biru
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Diskaun Tiket Konsert Maher Zain Live di Kuching

    Posted: 02 Nov 2011 09:22 AM PDT

    Dipersembahkan oleh CATS FM, Nikmati Baucer Diskaun Sebanyak 30% untuk Konsert Maher Zain Live di Kuching, Sarawak 2011

    Berita baik buat semua peminat Maher Zain yang mahu menyaksikan konsert solonya, Maher Zain Live in Sarawak di Stadium Perpaduan Kuching pada 19 November depan, jualan tiket untuk konsert itu sudah pun di buka dan kini laris bagai goreng pisang panas.

    Justeru, untuk mengelakkan kekecewaan kerana kehabisan tiket, peminat bolehlah mendapatkan tiket konsert anjuran Marctensia Concerts dan dipersembahkan oleh CATS FM itu, dengan mengunjungi beberapa premis terpilih serta menghubungi talian yang tertera.

    Antara lokasi terpilih itu adalah Speedy Video, Hock Lee Center, Kuching Sarawak (+6082-341 080), Speedy Video, Wisma Saberkas, Kuching Sarawak, (+6082-413 979), Speedy Video, The Spring Mall, Kuching Sarawak, (+6082-415 350), Speedy Video, Bintang Plaza (2), Miri Sarawak, (+6085-438 418), Speedy Video, Imperial Mall, Miri Sarawak, (+6085-426 215) dan Speedy Video, Boulevard Shopping Complex, Miri Sarawak, (+6085-438 431).

    Maher Zain - Making Of Insha Allah Music Video - London - UK - 2010 - 3

    Harga tiket yang dikenakan untuk konsert berkenaan ialah RM103, RM203, RM303 dan VIP.

    Sebagai hadiah untuk peminat yang begitu setia menyokong Maher Zain, CATS FM juga akan mengagihkan baucar diskaun sebanyak 30 peratus untuk pembelian tiket dan ia boleh didapati di kaunter CATS FM bertempat di lobi pusat membeli-belah The Spring Mall bermula Jumaat ini sehingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 9 malam.

    Tidak membuat persembahan berseorangan, sebaliknya penyanyi ini akan ditemani dua artis undangan iaitu Mesut Kurtis dan Irfan Makki.

    Konsert Maher Zain Live In Sarawak itu juga bakal menjadi konsert bersejarah buat penyanyi kelahiran Lubnan itu apabila menjadi konsert pertamanya di luar Lembah Klang. Dan pastinya detik itu akan menjadi peristiwa penuh bermakna sepanjang kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

    "Ini adalah konsert pertama saya di luar Lembah Klang dan disebabkan itulah saya tidak sabar untuk bertemu dengan peminat saya di Sarawak serta melihat sendiri bagaimana sambutan mereka. Saya juga tak sabar untuk melihat sendiri pemandangan indah di sana,"katanya sambil menjanjikan sebuah persembahan hebat kepada peminatnya.

    Konsert Maher Zain Live In Sarawak ini turut mendapat sokongan kerajaan negeri Sarawak melalui Kementerian Pelancongan Sarawak yang mengharapkan konsert itu nanti juga bakal menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke negeri itu.

    Penyanyi yang dikenali menerusi lagu Insya-Allah itu sebelum ini turut mencatat sejarah apabila album "Thank You Allah" berjaya dijual sebanyak 120,000 unit di negara ini sekali gus melayakkannya menerima lapan anugerah platinum atas kecemerlangannya itu.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung konsert itu serta aktiviti yang mengiringinya, jangan lupa untuk terus bersiaran bersama saluran radio CATS FM. Selain CATS FM, konsert ini turut mendapat kerjasama Utusan Sarawak, New Sarawak Tribune serta TV3 sebagai rakan media rasmi.

    Untuk keterangan lanjut bolehlah melayari laman sesawang
    marctensia.com.my atau hubungi talian 03-20921199 atau 082-415350.

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Konsert Maher Zain di Sarawak November Depan
  • Gambar Maher Zain di Sidang Media Showcase Maher Zain
  • Konsert Altimet Live Sepang Circuit
  • Ticket Super Junior Asia Tour Super Show 2 Live in Malaysia 2010
  • Tiket Konsert Final One In A Million OIAM Untuk Peminat Shila
  • Majlis Aidilfitri Bersama Anuar Zain Anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd
  • Sneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain
  • Promosi Awal Tiket Konsert SunBurst Kuala Lumpur 2008
  • Poster Konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya
  • Showcase Eksklusif Bersama Anuar Zain di Grand Hyatt Singapore
  • Full content generated by Get Full RSS.