Adsense

Selasa, 13 September 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Suami pengkritik utama Zizie

Posted:

Suami pengkritik utama Zizie

Suami pengkritik utama Zizie

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR


SIBUK sungguh Zizie dan suaminya melayan tetamu yang hadir ke rumah terbuka mereka di Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini.


BARANGKALI akan ada yang beranggapan selepas aktres jelita berkulit putih gebu ini mendirikan rumah tangga, dunianya sudah jauh berubah.

Kali terakhir lakonannya menghiasi televisyen adalah melalui drama rantaian Suraya yang pernah disiarkan sekitar dua tahun lalu iaitu sebelum dia bergelar seorang isteri.

Selepas itu, dia terus menyepikan diri dan wajahnya kini begitu jarang dapat ditonton di layar kaca sehingga ada yang menyangka Zizie Ezette sudah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan.

"Selagi saya tidak mengeluarkan kenyataan rasmi dari mulut saya sendiri, selagi itulah saya akan terus bergelar pelakon.

"Saya cukup sedar ramai yang bertanyakan hal itu (bersara) kepada saya. Mana mungkin saya boleh meninggalkan dunia lakonan begitu sahaja selepas hampir 20 tahun bergelumang dalam industri.

"Dengan duit lakonan jugalah saya mampu berdiri teguh sehingga ke hari ini serta dapat membantu ibu dan adik-beradik yang lain menjalani kehidupan yang selesa.

"Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini saya selesa dengan kehidupan saya sekarang sebagai seorang isteri dan sentiasa menemani suami saya," katanya penuh bersungguh.

Zizie atau nama sebenarnya, Zizie Izette Abd. Samad ditemui pada majlis rumah terbukanya bersama suami tersayang iaitu Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang diadakan di kediaman mereka di Taman Sering Ukay, Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini.

Aktres yang mula menempa nama menerusi filem Kekasih Awal dan Akhir pada tahun 1993 itu juga tanpa selindung memberitahu rindunya terhadap dunia lakonan terus membara setiap masa.

Sehinggakan dia sendiri pernah menghabiskan masa yang lama di dalam bilik air dan berlakon di hadapan cermin dengan pelbagai watak yang ingin dilakonkannya.

Tetapi, memandangkan statusnya kini sudah berubah, kata aktres berusia 32 tahun itu, dia perlu mengutamakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri terlebih dahulu.

Begitu juga dengan watak-watak yang ingin dilakonkannya perlulah mendapat keizinan suaminya terlebih dahulu.

"Suami saya tidak membenarkan saya melakonkan watak-watak gedik dan antagonis walaupun saya cuba menyakinkan dirinya bahawa semua itu adalah lakonan semata-mata.

"Bukannya tidak ada tawaran yang saya terima selepas saya bergelar isteri. Cuma, masa yang tidak mengizinkan saya untuk berbuat demikian.

"Alhamdulillah, apa yang boleh saya katakan sejak mendirikan rumah tangga, watak-watak yang mendatangi saya tidak kurang menariknya. Salah satunya adalah drama bersiri Anessa. Tetapi, nampaknya bukan rezeki saya untuk membintangi drama itu," kata anak jati Batu Pahat, Johor itu yang kelihatan semakin elegan dan langsing sejak bergelar isteri.

Dalam masa yang sama, Zizie turut memberitahu suami kesayangannya itu merupakan pengkritik utama khususnya dalam aspek lakonan.

Kata Zizie, kalau ada yang tidak disukainya atau kurang berkenan di hatinya, secara spontan Bung Mokhtar akan memberikan pendapatnya dalam loghat Sabah.

"Disebabkan itulah saya perlu menjadi lebih memilih sekarang dalam memilih watak yang benar-benar sesuai dengan status saya. Tidak mahu nanti suami saya terasa hati pula," ujar pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2003 untuk drama Aduhai Esah ini sambil ketawa kecil.

Semakin selesa

Tarikh 16 Disember ini genaplah Zizie dan Bung Mokhtar bergelar suami isteri. Biarpun dihambat kontroversi di awal perkahwinan mereka, ternyata ia merupakan kekuatan untuk pasangan ini terus melayarkan bahtera perkahwinan mereka.

Zizie yang ditemui pada petang itu tidak putus-putus melafazkan rasa syukur kerana telah dipertemukan dengan seorang lelaki cukup baik, bertanggungjawab dan budiman.

Di awal perkahwinan mereka juga, Zizie pernah memberitahu dia sedikit kekok untuk mengadaptasi dirinya dengan dunia seorang ahli parlimen yang memerlukan dirinya turun padang bertemu rakyat.

Namun, selepas kerap mengikuti suaminya berkempen di Sabah sehingga berbulan-bulan lamanya, Zizie mengakui dia sudah mula dapat membiasakan diri dengan pelbagai situasi.

Malah, Zizie berasa terharu apabila dia sendiri tidak menyangka ada penduduk di kawasan pendalaman khususnya masih lagi mengingati dirinya sebagai seorang pelakon.

"Saya sendiri tidak kisah untuk berpanas dan berhujan dengan suami saya apabila bertemu dengan rakyat dan penduduk di Sabah.

"Apa yang penting, apabila saya turun padang bersama-sama suami, kami tidak meminta untuk diberikan layanan eksklusif mahupun VIP. Biarlah kami sama-sama meredah segalanya dengan mereka.

"Bukan mahu mendabik dada atau sengaja mahu membangga diri, tetapi saya ini boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan dan dengan sesiapa sekali pun.

"Atas alasan itu, apabila saya diundang untuk mengikut suami, saya tidak akan pernah menolaknya," ujar Zizie yang menghabiskan kebanyakan masanya di Sabah untuk setia bersama suami di sisinya.

Dalam pertemuan itu juga, tidak sah seandainya soal cahaya mata tidak diajukan kepada pelakon cantik ini.

Bagai sudah menyangka soalan itu akan ditanya, dengan penuh hemah, Zizie menjelaskan dia dan suaminya masih belum mempunyai rezeki untuk menimang anak.

Dengan penuh jujur dia memberitahu, baik dia mahupun Bung Mokhtar, masing-masing memiliki tahap kesihatan yang baik untuk memiliki anak.

"Bagi saya, semuanya telah diatur dan ditentukan oleh Allah. Mungkin Dia mahu saya dan suami menghabiskan masa berdua sekerap yang mungkin sebelum Dia mengurniakan cahaya mata kepada kami.

"Kami memang mahukan anak dan Insya-Allah, kalau ada rezeki nanti, kami akan menerimanya dengan senang hati," kata pemilik trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Sri Angkasa 1994 menerusi drama Alegori itu lagi.

Hantu Bonceng kutip RM8 juta

Posted:

Hantu Bonceng kutip RM8 juta

Hantu Bonceng kutip RM8 juta

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar HAFIZH KHOSMAT


SEBAHAGIAN daripada wakil-wakil media cetak dan elektronik yang hadir pada majlis rumah terbuka Ahmad Idham yang diadakan di kediamannya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.


AHMAD Idham antara pengarah filem tempatan yang banyak mencatat kejayaan apabila kebanyakan karya arahannya seperti Adnan Sempit mengutip kutipan tiket melebihi RM7 juta sewaktu tayangannya pada tahun lalu.

Bagaimanapun, pengarah berusia 40 tahun itu lebih berbangga dengan Hantu Bonceng apabila filem ke-21 arahannya itu bukan sahaja mencatat kutipan tiket RM8 juta selepas ia ditayangkan seluruh negara sejak 30 Ogos lalu.

Malah, dia juga lebih berbangga kerana filem yang dibintangi oleh Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans itu merupakan filem terbitan syarikat produksinya sendiri iaitu Excellent Pictures Sdn. Bhd. yang ditubuhkannya pada tahun 2004.

"Kalau mengarahkan filem orang maka yang berjaya dan untung sebenarnya adalah penerbit atau syarikat produksi terbabit. Tetapi untuk Hantu Bonceng, saya lebih puas dan bangga kerana ia adalah filem terbitan saya sendiri.

"Saya bangga kerana selepas lima hari tayangan filem itu mengutip kutipan RM5 juta dan sehingga 11 September lalu angkanya mencecah RM8 juta. Ini adalah kejayaan sebenar dan pencapaian saya yang terbaik setakat ini," ujarnya kepada Hits.

Kejayaan filem yang kelima terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd. dengan kos mencecah RM1 juta itu secara tidak langsung telah menyuntik semangatnya bagi mengarah serta menerbitkan filem sendiri pada masa akan datang.

Sehubungan itu, Ahmad Idham berazam untuk menerbitkan sekurang-kurangnya empat buah filem setahun bagi memenuhi permintaan dan kepercayaan para peminat filem Melayu yang semakin meningkat akhir-akhir ini.

"Saya memang telah mengarahkan 21 filem tetapi cuma lima daripadanya yang saya terbitkan melalui syarikat saya. Hantu Bonceng adalah filem kelima terbitan saya sendiri," ujarnya sewaktu ditemui para wartawan hiburan baru-baru ini.

Pada pertemuan di rumah agam yang baru didiami sebulan lalu di Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu, Ahmad Idham berkata dia semakin yakin dengan keupayaannya selepas Hantu Bonceng mendapat sambutan hangat para peminat.

Jelasnya, biarpun empat filem terbitan Excellent Pictures Sdn. Bhd. sebelum ini kurang mendapat sambutan para penonton tetapi ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menerbitkan filem sendiri.

"Contohnya, pada tahun 2006 saya telah menerbit dan mengarahkan filem Tipah Tertipu yang menelan kos RM1.1 juta tetapi sayangnya kutipan tiketnya hanya RM700,000. Namun, saya tidak pernah berputus asa.

"Saya kemudiannya banyak mengarahkan filem terbitan MIG Productions seperti Adnan Sempit yang mengutip kutipan lebih RM7 juta. Semua itu memberi semangat dan keyakinan untuk saya menerbitkan filem sendiri," tuturnya.

Tambahnya, ekoran kejayaan Hantu Bonceng yang kini masih ditayangkan di 68 pawagam seluruh negara, dia kini sedang dalam proses pos-produksi bagi menghasilkan lebih banyak filem dalam pelbagai genre pada masa depan.

"Macam yang saya cakap tadi, selepas ini sasaran saya adalah menerbit dan mengarahkan sekurang-kurangnya empat filem melalui syarikat saya itu. Terbaru saya sedang dalam proses untuk mengarahkan filem berjudul Mail Lambong lakonan Zizan Raja Lawak," jelasnya.

Hantu Bonceng boleh dikatakan bertuah kerana bukan sahaja terletak di bawah Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sejak tayangannya penghujung Ogos lalu, tetapi ia juga kurang berdepan dengan saingan.

Ini kerana, sepanjang tempoh itu iaitu selama lebih dua minggu, hanya Hantu Bonceng yang merupakan satu-satunya filem Melayu yang ditayangkan di pawagam sebelum filem Raya Tak Jadi! menyusul mulai 15 September ini (esok).

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Cemburu ada makna

Posted: 12 Sep 2011 03:30 PM PDT

Hip

Dapat kunci kebebasan

SUKA atau tidak, dua bintang realiti Akademi Fantasia, Stacy dan Akim masih tetap dikaitkan antara satu sama lain sekali pun jawapan biasa yang keluar daripada bibir masing-masing hanya menyatakan mereka sekadar sahabat akrab.

Malah kemunculan album baru Stacy yang diberi judul Stay-C mengukuhkan lagi kisah kekuatan hubungan merpati dua sejoli itu apabila si jejaka turut menghasilkan seni kata buat lagu ciptaan Kuncidemak, Cemburu. Sambil tersenyum simpul, akui empunya nama sebenar Stracie Angie Anam, 21, dia sendiri tidak tahu teman suka dukanya mempunyai bakat terpendam malah menganggap ia sebagai kejutan.

"Saya sendiri tidak tahu Kuncidemak memberikan lagunya kepada Akim untuk dilengkap liriknya. Apa yang saya tahu kedua-duanya bersahabat baik dan sebaik diserahkan, saya menyenangi lagu ini.

"Namun tidak bermakna Cemburu membawa makna kepada hubungan yang tidak lebih daripada kawan ini. Sebagai teman karib Akim, saya begitu senang hati mendendangkan lagu yang digarapnya sendiri," katanya selepas pelancaran album itu, baru-baru ini.

Turut dihadiri ibu serta saudara-mara terdekat, majlis yang dimeriahkan kehadiran peminat setianya meninggalkan momen berharga apabila insan kesayangan sama-sama meraikan ulang tahunnya yang ke-21.
Walaupun sambutan berlalu lebih dua minggu daripada tarikh pelancaran album keduanya iaitu pada 18 Ogos lalu, sambutan tetap meriah, malah Stacy sempat berseloroh meminta kunci kebebasan daripada ibu tercinta, Agnes Kallos.

Pada majlis terbabit, Stacy tidak ketinggalan menyampaikan tiga dendangan yang dipetik daripada album barunya iaitu Kisah Dongeng, Kasanova selain Cemburu dengan persembahan bertenaga.

Nyata angka 21 memberi pengertian berbeza buat si manis dari Kota Kinabalu, Sabah itu apabila meletakkan takrif kematangan sepanjang merencana kerjaya seni yang diterokai kira-kira empat tahun lalu.

"Dua tahun mencari bahan dan merealisasikannya bukanlah satu tempoh singkat kerana saya perlu memperhalusi setiap bingkisan sebaik mungkin apatah lagi kali ini saya mempertaruhkan balada sebagai rentak pilihan.

"Peminat sudah biasa mendengar saya menyampaikan lagu rancak. Jadi apabila memilih irama melankolik ini, ia memberi cabaran berlainan dan penghayatan seakan membawa kita ke alam berbeza," katanya yang semakin menyerlah menerusi lagu Kisah Dongeng.

Sememangnya jangka masa dua tahun melengkapkan buah tangan terbabit berbaloi apabila satu persatu single yang diperdengarkan kepada umum memancing perhatian hingga mampu menduduki carta.

Itulah kepuasan yang dinantikan selama ini kerana setiap inci bahan seawal pemilihan lagu, konsep hingga imej feminin yang diserlahkan menerusi gaya kulit dalam album umpama mahu menonjolkan kematangannya kepada dunia.

Bukan tukar pengenalan diri

Namun apabila ditebak mengenai imej di pentas yang tidak menampakkan perbezaan dengan kemunculan awal di arena seni suara, dengan ringkas ulasnya, imej gadis matang hanya untuk album.

Katanya, di pentas dia lebih selesa bergaya ringkas sekali gus memudahkan pergerakan ketika menari memandangkan dirinya cukup sinonim dengan tarian rancak tatkala di pentas persembahan.

Mengenai judul album yang menggunakan nama Stay-C, tegasnya ia sekadar kelainan pada ejaan bukan bermakna mahu menukar pengenalan diri untuk perjalanan seni yang seterusnya.

"Nama saya tetap menggunakan ejaan Stacy, tetapi untuk album ini saya memberikan kelainan kerana bagi saya Stay-C membawa bermacam makna seperti 'stay cool' atau 'stay creative," katanya lagi.

Antara lain lagu yang dimuatkan ialah Bosan, Lalai, Kapsul, Pelangi Senja serta sebuah dendangan duet bersama idola pujaannya, Amy Search bersama lagu ciptaan Edrie Hashim, Gempur.

"Sudah tentu saya teruja sebaik saja rocker tersohor yang juga mantan Pengetua AF itu menyatakan kesediaan bergabung suara dengan saya. Ia umpama penghormatan buat orang baru seperti saya.

"Gempur juga menjadi lagu terakhir yang kami rakamkan untuk album ini. Apa yang pasti saya berpuashati dengan keseluruhan hasilnya dan mahu berkongsi rasa ini dengan semua peminat," tambahnya.


Berjinak-jinak dengan lakonan

Posted: 12 Sep 2011 03:25 PM PDT

Hip

Shila meneliti tawaran membintangi filem muzikal romantis terbitan Malaysia-Indonesia

HANYA selepas benar-benar bersedia barulah penyanyi muda, Shila Amzah, 21, menerima pelawaan sebuah syarikat untuk membintangi filem usaha sama Malaysia - Indonesia yang akan memulakan penggambaran akhir tahun ini.

Begitupun, penyanyi lagu Memori Tercipta itu terpaksa merahsiakan dulu butiran lanjut mengenai produksi terbabit memandangkan kontrak hitam putih belum lagi ditandatangani. Cuma akuinya, antara faktor yang membuatkannya terbuka hati bekerjasama dengan penerbitan berkenaan berikutan tarikan genre muzikal romantis yang menunjangi kronologi kisah.

"Sebenarnya tawaran itu hadir tepat pada masanya apabila saya sudah bersedia sepenuhnya untuk beraksi di layar perak. Sebelum ini memang ada undangan tetapi komitmen terhadap nyanyian selain masih teragak-agak membuatkan saya terpaksa menolak.

"Mereka mengajukan tawaran kira-kira tiga bulan lalu dan sebaik membaca skrip, saya sudah tertarik dengan watak yang diberikan. Selepas berbincang dengan keluarga, saya mengiyakan permintaan pihak berkenaan.

"Langkah menceburi bidang lakonan juga antara usaha mengembangkan bakat di cabang seni berbeza. Agak gusar awalnya tetapi saya yakin persediaan rapi mampu melicinkan kerja," katanya yang bakal digandingkan dengan aktor seberang sebagai teraju utama.
Jelas anak gadis kepada pelakon dan penyanyi popular, ND Lala itu, bapanya antara insan yang sudah dianggap sebagai guru tidak rasmi kerana selain membimbingnya melayari hidup, beliau turut menurunkan ilmu lakonan dan nyanyian.

Memahami ragam anak remaja, kata Shila atau nama sebenar Nurshahila Amir Amzah, bapanya seorang yang terbuka malah memberi kebebasan kepada mereka memilih bidang digemari namun tegas dalam soal disiplin.

"Saya berada di arena seni sejak 11 tahun yang lalu bermakna sejak zaman sekolah rendah lagi sudah mula merakamkan album dan menyanyi secara langsung. Papa tidak pernah memaksa, saya sendiri berminat dan sebagai bapa dia membuka jalan.

"Cuma nasihatnya minat dan bakat saja tidak cukup, sebaliknya perlu gandakan latihan serta berdisiplin. Saya masih ingat dulu sebelum menyampaikan lagu Inggeris di rumah papa meminta saya berlatih supaya sebutan dan nahu setiap baris lirik betul hingga membuatkan saya menangis. Namun ketegasannya berbaloi," katanya lagi.

Patah Seribu jadi taruhan

KETIKA ini Shila muncul bersama single terbaru Patah Seribu yang mula disiarkan di radio, manakala penggambaran video muziknya pula diadakan sebelum Ramadan lalu dengan memilih Sharnaaz Ahmad untuk menyerikan klip video itu.

Katanya, penghayatan Sharnaaz ketika muncul dalam drama Ungunya Cinta meninggalkan impak terhadap penonton terutama dirinya hingga dalam babak tertentu Shila menitiskan air mata.

Patah Seribu yang juga lagu balada hasil nukilan Shila, berada lama dalam simpanannya tetapi baru kini berani dikongsi dengan khalayak.

"Sebenarnya dalam senarai kini sudah ada hampir 30 lagu. Saya mahu mencantikkan dulu melodinya dan syukur single pertama ini mampu memancing perhatian.

"Sepatutnya ia diperdengarkan lebih awal iaitu pada Mac lalu, namun terpaksa ditunda untuk memberi laluan kepada album 3 Suara yang saya rakamkan bersama Ning Baizura dan Jaclyn Victor," katanya.

Beberapa lagu hasil ciptaan sendiri juga sudah mula dirakamkan untuk paparan di YouTube malah maklum balas pemerhati sangat menakjubkan apabila setiap hari bilangan penonton meningkat.

Shila berkata buat sementara waktu jadual kerja dikendalikan syarikat ayahnya, Urus Stabil Sdn Berhad.

"Sebenarnya saya punya syarikat sendiri yang sudah lama beroperasi tetapi buat sementara waktu, papa akan menguruskan segala-galanya. Inilah cabaran baru buat saya kerana semuanya dilakukan sendiri," katanya yang rancak mengatur promosi untuk single baru.

Terima kasih kepada Unit Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan Bahagian Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)


My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Filem Raya Tak Jadi

Posted: 12 Sep 2011 04:39 PM PDT

Artis Malaysia filem  | 13 September, 2011

raya tak jadi posterSinopsis Raya Tak Jadi:- Filem ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakalmengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib iaitu seorang pemandu teksi.

Shuib mempunyai seorang adik yang pekakiaitu Bob. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangkai telah mati di dalam boot teksi.Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.

Kemudian, Leo mengarahkan Shuib meminta wang tebusan daripada isteri Hj Ehsan dan menyerahkan wang tebusan dan Hj Ehsan kepadanya sebelum dia melepaskan ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob. Leo dan dua pekerjanya telah diserbu dan ditangkap oleh polis ketika melakukan urusan penukaran tebusan dengan Shuib dan Bob. Shuib dan Bob berasa sedih kerana mereka terpaksa meraikan hari raya seperti hari raya tahun-tahun yang lepas, dalam serba kekurangan. Tetapi, Hj Ehsan telah dating menziarahi mereka dan memberikan pelbagai hadiah dan duit yang banyak sebagai ganjaran menolong dia. Selain itu, Hj Ehsan juga menyukai sikap mereka yang baik . Oleh itu dia turut menggajikan Shuib dan Bob untuk bekeja dengannya.

Tajuk Filem:
Raya Tak Jadi

Pengarah:
Prof Madya A. Razak Mohaideen

Penerbit:
Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. , Primeworks Studios Sdn Bhd

Dipawagam:
15 September 2011

Pelakon Raya Tak Jadi:
Saiful Apek
Johan Raja Lawak
Dato' Jalaluddin Hasan
Tengku Iedil Putra Alaudin
Wan Sharmila
Noreen Noor
Mak Jah
Mohd Farid Wari

Trailer Raya Tak Jadi:

Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Gambar raya yusry kru dan lisa surihani

Posted: 12 Sep 2011 07:09 PM PDT


Kredit SINI

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Demi Moore siar gambar separuh bogelnya

Posted: 12 Sep 2011 05:35 PM PDT


nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

du 08.1 Demi Moore siar gambar separuh bogelnya
 
GAMBAR yang dirakamkan Demi Moore yang disiarkannya di laman Twitter.

LOS ANGELES – Pelakon terkenal, Demi Moore, 48, bertindak berani dengan menayangkan gambar separuh bogelnya di dalam akaun laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Foto yang dirakamkan itu menampakkan bahagian belakang badannya bermula dari paras pinggang.

Dia menyiarkan gambar itu di laman tersebut pada malam Khamis lalu di dalam bilik mandi dengan memakai kaca mata berbingkai hitam.

Ia bukannya pertama kali Demi memasukkan gambarnya yang pelik di Twitter.

Sebelum ini, dia pernah merakamkan gambarnya sendiri dengan hanya memakai bikini.

Demi kini hidup bersama dengan suaminya, Ashton Kutcher selepas dia bercerai dengan Bruce Willis. – Agensi

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Ejen Nora atur strategi

Posted: 12 Sep 2011 08:16 AM PDT

TIDAK akan kembali seorang aktres ini ke pentas teater sekiranya tiada keperluan. Contohnya, kalau mahu, dia boleh saja muncul dalam pementasan P Ramlee The Musical (PRTM) kerana itu produksi terbitannya sendiri.

Bagaimanapun seperti yang dinyatakan, dia tidak perlu memaksa-memaksa diri memegang watak yang bukan lahir daripada jiwanya.

Begitulah prinsip kerja Datin Seri Tiara Jacquelina - seorang pencinta seni yang sentiasa teruja membangunkan kesenian melalui ideanya yang tidak pernah kering-kering.

Sebelum ini, kita sudah melihat kejayaan Tiara membina satu karakter epik yang gah. Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah muncul di pentas Istana Budaya (IB) pada 2006 selepas diperkenalkan dalam sebuah filem epik yang hebat pada 2005.


Seterusnya apabila pementasan PRTM dipersembahkan pada 2007, Tiara hanya bertindak selaku Produser Eksekutif dengan memantau produksi di belakang tabir.

Dia lebih ghairah menonjolkan bakat Liza Hanim sebagai Saloma, Musly Ramlee sebagai P Ramlee dan Melissa Saila (Seniwati Norizan).

Namun tahun ini, Tiara sudah bersedia untuk kembali ke IB. The Secret Life of Nora (TSLON) akan menjadi satu lagi medan ujian dan pentas kepuasan Tiara dalam mempersembahkan satu lagi karya berkualiti.

Mungkin bagi yang mengikuti perkembangan Tiara sejak awal dulu, mereka masih ingat bahawa dia pernah dan masih menguruskan sebuah kumpulan persembahan bergelar Kit Kat Klub.

Melalui Kit Kat Klub, Tiara mengumpul serta mengasah bakat anak kota yang meminati bidang tarian dan seni persembahan (performing arts). Antara mereka yang pernah bersama Kit Kat Klub adalah pelakon Sofia Jane, Maria Farida, Pat Ibrahim (koreografer), Jay KOOL, Khalid Ahmad (Asiarasa), Sheila Haran, Datin Ezureen Malek (Baby) dan Nasha Aziz.

Mereka sering membuat persembahan pada majlis pelancaran produk, makan malam, pesta hari jadi serta bermacam lagi agenda hiburan.

Dalam pertemuan dengan Tiara, baru-baru ini, dia akui muzikal terbarunya itu, TSLON boleh diibaratkan sebagai satu 'tribute' kepada persembahan Kit Kat Klub tetapi dalam skala yang jauh lebih besar.

"Memang saya puas kerana sebelum ini impian saya untuk melakonkan watak epik sudah tercapai dalam filem dan pementasan Puteri Gunung Ledang. Selepas berehat beberapa tahun, sudah sampai masanya saya kembali ke pentas dengan watak moden yang berbeza pula dan selepas mencari idea, terlintas di fikiran saya ini watak Nora.

"Saya tidak nafikan Kit Kat Klub memang ada nilai sejarah dan sentimental buat diri saya dan rakan artis yang pernah bersama saya dulu. Jadi kali ini, saya mahu 'enjoy' di pentas dengan meminjam 'mood' Kit Kat Klub untuk dipindahkan ke dalam Nora," katanya.

Ramai tahu, Tiara juga sangat gemarkan elemen 1Malaysia serta antarabangsa dalam persembahannya. Kalau dalam filem Puteri Gunung Ledang dia berjaya meminang Christine Hakim, Alex Komang dan Dian Sastrowardoyo, menerusi pementasan itu pula Tiara berjaya mengetengahkan Stephen Rahman-Hughes dan pelakon bukan Melayu, Sukania Venugopal.

Kali ini dalam TSLON, Tiara menampilkan pula pelakon handalan dari West End London, Ryan Silverman sebagai watak utama Ejen Roger untuk bergandingan bersamanya yang mendukung peranan primadona (Nora) di sebuah pusat hiburan yang akhirnya turut menjadi ejen perisik.

Ryan akui walaupun ini kali pertama dia beraksi di rantau Asia, namun dia tetap optimis dengan pembabitannya dalam TSLON kerana tertarik dengan jalan cerita watak serta perjalanan produksi itu yang begitu terancang, mengikut acuan pementasan bertaraf antarabangsa.

Tiara berkata, dia mendapat inspirasi watak Ejen Nora itu daripada filem Melayu klasik, Nora Zain yang pernah dilakonkan Seniwati Saadiah. Namun pementasan itu bukanlah 'remake' ke atas filem itu, sebaliknya mempunyai jalan cerita tersendiri serta latar belakang watak berbeza.

Menambahkan lagi tarikan komersial, Tiara turut menyunting pengacara paling popular Aznil Nawawi sebagai Mr J. Barangkali ramai peminat ingin melihat apakah lagi kejutan Aznil selepas berjaya dengan watak Profesor Klon dalam filem Cicak-Man.

Penyanyi terkenal, Adibah Noor turut memegang peranan penting dan kehadiran Adibah pastinya memantapkan lagi sisi vokal pementasan ini. Adibah memegang watak sebagai Khatijah iaitu rakan baik Nora di kala susah dan senang. Seorang lagi pelakon watak penting ialah Stephanie Van Driesen yang melakonkan peranan wanita pesaing Nora.

Pementasan ini bukan saja dipenuhi dengan lakonan dan nyanyian tetapi juga babak aksi dan 'stunts' yang hebat, sesuai sebagai pelengkap kisah cinta berbaur ejen perisikan.

Khas bagi mempromosikan teater muzikal ini juga, sebuah klip video lagu Siapa Dia dihasilkan. Ia berupa lagu lama yang pernah dipopularkan penyanyi veteran Zainab Majid tetapi digubah semula oleh Roslan Aziz yang turut bertindak selaku pengarah muzik TSLON.

TSLON diarahkan Steven Dexter dengan skrip tulisan Elliot Davis bagi versi Inggeris dan Mamat Khalid (versi Melayu). Ia akan mula dipentaskan di IB pada
29 September hingga 16 Oktober ini.Tiket boleh dibeli di kaunter box-office IB atau di laman web www.airasiaredtix.com atau telefon 03-87754666 untuk
pertanyaan.

Mamat cari kelainan

Posted: 12 Sep 2011 05:32 AM PDT

SESUDAH filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mencipta sejarah dengan kutipan box-office, pengarahnya, Mohamad Mohd Khalid atau Mamat Khalid terus melajukan langkah dengan menghasilkan beberapa lagi filem pelbagai genre.

Selain filem aksi Apokalips, terbaru beliau mara dengan filem bertemakan seram, Rentaz.

Menampilkan pelakon punya nama besar seperti Awie, Khir Rahman dan Shah Jaszle, ia mengisahkan Bob, lakonan Awie yang mengikut telunjuk syaitan yang menyerupai manusia bernama Taisyan (Khir Rahman).

Walaupun melalui pelbagai dugaan hidup sewaktu kecil, Bob berjaya membina hidup lebih baik tatkala dewasa. Bagaimanapun, satu hari dia mengalami kemalangan dan dalam keadaan koma, syaitan datang menuntut janji Bob.


Ditemui pada sesi penggambaran Rentaz di Perangin Mall, Georgetown, Pulau Pinang, Mamat berkata, idea untuk menghasilkan Rentaz diperoleh menerusi minatnya pada motosikal berkuasa besar dan spiritual.


"Sudah lama sebenarnya dua perkara ini bermain di kepala saya. Boleh dikatakan hampir dua tahun saya cuba menggabungkan dua perkara ini untuk dimuatkan dalam Rentaz.

"Saya memang minat dengan motosikal berkuasa besar dan pada waktu sama dalam usia sekarang saya lebih gemar mendekati perkara yang dapat meningkatkan pengetahuan dan mengukuhkan keimanan. Dua elemen ini sangat kuat bermain di kepala saya kebelakangan ini dan menyebabkan timbul idea menghasilkan Rentaz.

"Untuk membangunkan skrip dan lakon layar pula mengambil masa lapan bulan.
Begitu pun ingin saya nyatakan, tajuk filem Rentaz belum ditetapkan lagi kerana saya ada lagi satu tajuk iaitu Lebuh Raya Ke Neraka untuk digunakan terhadap filem terbaru arahan saya ini," katanya.

Menurut Mamat lagi, dia lebih menggemari tajuk Lebuh Raya Ke Neraka kerana ia menggambarkan apa yang berlaku dalam filem ke-10 arahannya terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd itu. Bagaimanapun, dia memilih satu lagi tajuk iaitu Rentaz kerana bimbang sekiranya tajuk pertama pilihannya itu dianggap kurang sesuai atau menjadi kontroversi, ia boleh ditukar serta-merta.

"Rentaz pula timbul daripada perkataan asal rentas iaitu menggambarkan keadaan Bob yang sedang koma, rohnya mula merentasi ke alam barzakh," katanya yang turut mengakui bertuah kerana dapat bekerja dengan pelakon hebat.

Kata Mamat lagi, selain itu, dia berasakan mahu menghasilkan sesuatu yang segar menyebabkan lahirnya Rentaz. Lebih daripada itu, peluang diberikan GBSB membolehkan apa yang diimpikannya sebelum ini dapat dizahirkan.

"Saya sendiri teruja sepanjang proses penggambaran Rentaz kerana jarang ada filem tempatan menampilkan kedua-dua tema ini dalam satu filem iaitu aksi dan spiritual. Malah pembikinannya pula dibuat berbeza berbanding filem lain.

"Memang benar sebelum ini kita ada filem mengenai rempit yang turut menampilkan motosikal kapcai tetapi dalam Rentaz, motosikal berkuasa besar menjadi cabaran untuk saya menonjolkan aksi seperti 'willy' dan babak kemalangan," katanya.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tutup kisah lama - Faezah Elai

Posted:

Tutup kisah lama - Faezah Elai

Tutup kisah lama - Faezah Elai

TIADA bicara hati dapat diluahkan aktres dan model terkenal, Faezah Elai, 29, selain menarik nafas lega selepas sah bergelar isteri kepada pengarah drama, Mohamad Heykal Mohd. Hanifah, 38, pada 9 September lalu.

Dewan Kondominium Plantino, Gelugor, Pulau Pinang, menjadi saksi penyatuan dua hati ini di hadapan Jurunikah Kawasan A Timur Laut, Abdullah Yahya kira-kira pukul 3.35 petang.

Seri wajah wanita yang baru bergelar isteri itu dilihat selepas upacara majlis pembatalan air sembahyang selesai dilakukan di hadapan seramai 300 ahli keluarga kedua-dua pasangan terbabit.

Pada majlis pernikahan itu, Faezah Elai menerima mas kahwin sebanyak RM1001 dan 11 dulang hantaran berbalas sembilan.


HEYKAL mengucup dahi Faezah sebaik mereka sah disatukan sebagai suami isteri.


Pasangan tersebut bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar wang hantaran dan dikatakan akan mengumumkannya pada majlis resepsi, 3 Disember nanti di Dewan Bankuet, Kem Tun Abdul Razak, Bukit Gedung manakala Heykal akan mengadakan majlis keesokan harinya, bertempat di Hotel Tanjung Bungah.

Walaupun sebelum ini ceritera cintanya berlagu kencang di persada dunia hiburan tempatan angkara dikatakan menjadi punca runtuhnya gerbang istana Heykal dengan isterinya, namun dia mempunyai pandangan tersendiri dalam menilai kehidupannya sebagai pasangan merpati dua sejoli.


BERDEBAR. Mungkin itu yang dirasakan Faezah sewaktu Heykal melafazkan akad. Mereka sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz.


Pasangan itu yang ditemui sejurus selesai majlis akad nikah tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan bersyukur untuk menjalani kehidupan berumahtangga.

"Alhamdullillah...saya bersyukur kerana semua yang dirancang berjalan dengan lancar dan sehingga saat ini saya masih tidak menyangka sudah bergelar isteri orang.

"Malah, apa yang saya harapkan agar semua cerita-cerita lama dapat ditutup dan tidak perlu dibangkitkan lagi," kata anak kelahiran Gelugor itu sejurus selesai majlis akad nikah.

Malah menurut anak sulung daripada tiga adik-beradik itu lagi, keikhlasan cintanya terhadap sang suami adalah berdasarkan hati yang tulus dan niat yang baik.

"Ikatan perkahwinan ini sudah tersurat dan kita sebagai hamba Allah perlu ikuti setiap perintah-Nya. Jodoh dan pertemuan juga diberikan oleh-Nya. Perkahwinan saya dan Heykal juga tiada kaitan dengan spekulasi sebelum ini dan saya tidak mahu aibkan sesiapa malah inginkan kebahagiaan yang berganda dalam rumahtangga kami ini," jelasnya penuh jujur.


PELAKON ini mahu semua spekulasi lama tentang hubungan mereka dipadam sebaik mereka berkahwin.


Mengenai detik pertemuan cinta mereka mereka katanya, semuanya bermula selepas keluar menonton wayang bersama pada bulan Mac lalu.

Menurutnya, pertemuan yang singkat itu disusuli pula dengan ucapan 'saya cinta awak' daripada Heykal dan ianya cukup memberi kesan dalam jiwa sehinggakan berjaya merungkai isi hati kedua-dua pihak.

"Pengenalan antara kami sebagai rakan biasa bermula pada pertengahan tahun lalu sebelum masing-masing meluahkan perasaan cinta. Kami tidak melangsungkan majlis pertunangan tetapi hanya mengadakan majlis merisik pada bulan April lalu sebelum kedua-dua pihak keluarga meletakkan tarikh pernikahan," ujarnya.

Ditanya tentang keistimewaan Heykal, pelakon yang pernah membintangi drama bersiri La Dolce Amira memberitahu, sikap mengambil berat dan romantis suaminya itu membuatkan hatinya tertawan selain kedua-duanya berasal dari negeri yang sama.


PASANGAN yang bekerja dalam aliran sama ini tidak mempunyai masalah untuk menyokong antara satu sama lain.


Sementara itu, bagi Heykal yang berstatus duda pula berkata, perkahwinan kali keduanya itu diharap memberi lembaran kepada mereka berdua.

"Kami akan lupakan segala perkara yang lalui dan akan menjadikannya sebagai iktibar serta pengajaran dalam mencari kebahagiaan hidup sebagai pasangan suami isteri di masa depan.

"Harap selepas ini tidak timbul lagi perkara-perkara lama dan saya akan melindungi isteri saya serta tidak akan teragak-agak untuk masuk campur dalam apa jua hal yang berlaku terhadapnya," jelasnya sambil menjeling ke arah isteri Faezah Elai.

Berhubung tentang penerimaan anak-anak Heykal, celah Faezah Elai, dia tidak mempunyai masalah dengan tiga cahaya mata suaminya itu dan akan menerima mereka sebaik mungkin.

Bagaimanapun, pasangan ini belum memutuskan lagi mengenai perancangan lokasi berbulan madu yang dijangka akan dilaksanakan selepas selesai majlis resepsi di kedua-dua belah pihak nanti.

Malah Faezah sendiri memberitahu agenda itu terpaksa 'dilupakan' seketika memandangkan jadual kerjanya yang amat padat. Sebelum majlis, dia sibuk dengan penggambaran slot Samarinda, Jiwa dan Lara, kini selepas bernikah pula dia akan menjalani penggambaran filem Tanda Putra Negara di London.

"Alhamdulillah, rezeki berlakon datang mencurah dan walaupun sibuk berlakon, saya akan tetap mendahulukan rumah tangga saya," ikrarnya.

Shila Amzah kini bebas

Posted:

Shila Amzah kini bebas

Shila Amzah kini bebas

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

SEMENJAK muncul naib juara dalam rancangan One In A Million (OIAM) pada tahun 2008, Shila Amzah dikatakan antara penyanyi yang mempunyai potensi besar untuk pergi jauh dalam bidang nyanyian. Dia dilihat mewarisi bakat bapanya, N.D Lala yang sememangnya dikenali sebagai penyanyi popular era 90-an.

Bagaimanapun, setelah tiga tahun bergelar anak seni Shila dilihat masih gagal untuk memikat hati para pendengar dan kebanyakan lagu-lagu nyanyiannya seperti jarang diputarkan di stesen-stesen radio.

Kemudian pada bulan Ogos yang lalu dengan tiba-tiba terdengar perkhabaran mengenai keputusannya untuk meninggalkan syarikat rakaman Monkey Bone yang telah menguruskan kerjaya seninya selama tiga tahun.

Berkesempatan menemuinya pada pertengahan bulan puasa yang lalu, penyanyi yang kini baru berusia 21 tahun itu tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak atas kegagalannya untuk lebih menyerlah berbanding penyanyi lain.

"Sepanjang tiga tahun bersama Monkey Bone, ternyata memang banyak yang telah saya pelajari tentang selok-belok dalam dunia nyanyian. Dengan pengalaman yang ada, rasanya sudah sampai masanya untuk saya bebas bergerak sendiri.

"Apa yang saya boleh katakan tiada masalah yang berlaku antara saya dan pihak pengurusan lama. Lagipun perkara ini sudah dibincangkan bersama dan mereka bersetuju untuk melepaskan saya," jelasnya.

Bukan mahu memperkecil-kecilkan usaha yang telah dilakukan oleh pihak Monkey Bone untuk menaikkan namanya, namun Shila menyatakan formula yang digunakan oleh syarikat lamanya itu dirasakan kurang sesuai buat dirinya.

Jelas penyanyi yang kerap tampil dengan iklan-iklan komersial itu lagi, lebih baik dia mengundurkan diri sekarang agar syarikat lamanya itu dapat memberikan tumpuan kepada artis-artis lain di bawah mereka.

"Buat masa ini perjalanan karier nyanyian saya semuanya diuruskan oleh ibu. Lagipun selama ini ibu yang selalu menemani saya ke mana-mana sahaja termasuklah ketika membuat persembahan dan menjalani sesi fotografi," ujarnya.

30 buah lagu

Selain mempunyai bakat yang besar dalam bidang seni suara, pemilik nama sebenar Nur Shahila Amir Amzah ini juga sebenarnya turut mempunyai kebolehan untuk menghasilkan lagu.

Menurut Shila, sehingga kini dia sudah mempunyai simpanan 30 buah lagu yang telah dihasilkannya sendiri semenjak dia berusia 16 tahun. Bagaimanapun, dia tidak berani untuk menonjolkan lagu-lagu hasil ciptaannya itu.

"Buat permulaan ini saya telah pun memperkenalkan lagu ciptaan saya sepenuhnya yang berjudul Patah Seribu. Alhamdulillah, apa yang saya tahun lagu ini telah pun dimainkan di kebanyakan radio-radio tempatan," ujarnya.

Ujarnya lagi, memandangkan lagu berkenaan juga semakin diterima pendengar, dia telah merancang untuk menghasilkan sebuah video muzik yang akan diarahkan oleh Michael Ang. Menariknya, dia akan bergandingan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad untuk berlakon dalam video muzik tersebut.

"Saya memilih Sharnaaz untuk membintangi video muzik Patah Seribu itu kerana tertarik dengan drama dan telefilem lakonannya. Kalau segalanya berjalan lancar, penggambaran akan dilakukan dalam bulan ini," ujarnya.

OHBULAN!

OHBULAN!


“Saya Teringin Nak Jumpa Dia Semula” – Syazwan Zulkifli (Apek Juvana).

Posted: 12 Sep 2011 11:02 PM PDT

Syazwan Zulkifli mula meningkat popularitinya apabila memegang watak sebagai Apek dalam drama terbitan Filmscape iaitu, Juvana. Bagaimanapun, seiring dengan populariti, nama pelakon ini mula dihinggapi dengan desas-desus yang kurang enak.

Ada desas-desus yang mendakwa Syazwan ialah kaki perempuan, kerap bertukar-tukar teman wanita. Malah tak kurang juga yang mendakwa Syazwan menggunakan popularitinya untuk 'memancing' minat mana-mana wanita.

Dakwaan yang tidak berasas itu diperkuatkan lagi dengan tersebarnya 2 keping gambar mesra yang jelas memaparkan wajah Syazwan berpelukan dan bermesra dengan seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya.

Wartawan OHBULAN! menemubual Syazwan bagi mendapatkan penjelasan dan kepastian mengenai spekulasi tersebut, sebentar tadi. Pada mulanya Syazwan menafikan wanita itu adalah teman wanitanya, tetapi setelah dipujuk oleh wartawan OHBULAN!, dia berkata,

"Ya, wanita itu adalah bekas teman wanita saya dan lelaki dalam gambar itu adalah saya. Gambar ini diambil sekitar 1 tahun lepas, sebelum saya membintangi drama Juvana."

Dia yang sedang menjalani penggambaran untuk drama slot Akasia TV3 terbaru bertajuk "Sofia" turut menunjukkan rasa tidak puas hati apabila mengetahui gambar peribadinya tersebar.

"Saya hairan bagaimana gambar peribadi saya boleh tersebar begini. Tetapi saya tidak mengesyaki sesiapa lagi buat masa ini."

Berhubung perkara ini, dia yang masih belum berpunya berkata, "Saya masih menyayangi dia dan kalau boleh saya teringin nak jumpa dia semula."

Buat masa ini, dia ingin menumpukan sepenuhnya kerjaya lakonan terlebih dahulu dan berjaya di persada seni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monoloque Di Pesta Indie Percuma September Ini!

Posted: 12 Sep 2011 10:16 PM PDT


Wah, kepada kipas-susah-mati indie di luar sana, ringankan kaki anda sekarang! Traxx FM akan menganjurkan sebuah pesta percuma berjudul Upstage Indie Fest 2011 pada 24 September 2011, bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Istimewanya, konsert ini akan menampilkan Monoloque sebagai artis jemputan dan turut disokong dengan barisan artis indie seperti Kyoto Protocol, Kraft, James Baum,Tashya's Ink & Senoritas, Nadhira, Tactmatic, Beat The System & Wanted Symphony.

Pesta indie yang dianjurkan oleh radio Traxx FM ini akan bermula seawal jam 5 petang sehingga 10 malam. Jadi, kepada para peminat diluar sana, masukkan acara ini dalam jadual anda sekarang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 12 September 2011

Zon Artis

Zon Artis


Kenyataan Balas Mamat Sepah Berhubung Pendedahan Adda Mengenainya

Posted: 12 Sep 2011 07:44 PM PDT

GAMBAR MAMAT SEPAH BERSAMA BEKAS KEKASIH ADDA
Gambar kenangan Mamat bersama Adda

Semalam, kami post'kan pendedahan yang dibuat oleh Adda mengenai Mamat Sepah (boleh baca di sini). Post ini pula adalah kenyataan balas Mamat berhubung pendedahan yang dibuat oleh Adda itu dimana Mamat menganggap tuduhan yang dibuat oleh bekas kekasihnya itu sebagai melampaui batas dan mempunyai agenda tertentu.

Malah Mamat turut menyatakan yang dia berani menjunjung kitab suci Al-Quran dan bersumpah bahawa kenyataan bekas kekasihnya itu adalah tidak benar.

"Saya mengaku meninggalkan dia dalam keadaan yang dia sangat sayangkan saya dan begitu juga saya terhadapnya. Namun ada perkara lain yang saya tidak boleh terima dalam hubungan itu sehingga membuatkan saya mengambil keputusan memutuskan hubungan."

"Biarlah saya dan dia sahaja yang mengetahui perkara tersebut kerana jika saya buka mulut ia tidak beri faedah kepada sesiapa pun, malah memburukkan lagi keadaan,"

"Tentang cincin yang saya telah berikan, memang saya minta semula daripadanya kerana itu adalah tanda ikatan sebuah hubungan, namun saya terus buang kerana tidak sanggup mengenangnya lagi,"

Mengenai tuduhan Adda yang mengatakan Mamat adalah punca perpecahan kumpulan Sepah, ini jawapan Mamat:-

"Perkara itu sudah dijelaskan dan keputusan itu adalah daripada kami bertiga buka kerana saya seorang,"

Related Posts with Thumbnails

(Gambar) Wajah Anak Ketiga Fazley Yaakob, Ahmad Fierudz

Posted: 12 Sep 2011 05:11 AM PDT

Jika anda baru pertama kali meninggalkan respon, ianya akan melalui proses moderation terlebih dahulu. Oleh itu, anda tidak perlu klik SUBMIT untuk kali ke-2. Apa-apa pun, responlah dengan akal yang waras yer :D

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Johan Raja Lawak Jadi Penyampai Tetap Radio Era

Posted: 12 Sep 2011 07:43 PM PDT

Budiey nak ucapkan tahniah kepada Johan Raja Lawak kerana telah menerima tawaran untuk menjadi penyampai radio sepenuh masa di Program Riuh Pagi Era.

Pelakon Raya Tak Jadi

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan menjadi penyampai sambilan di stesen radio Era, Johan (Raja Lawak) memberitahu dia telah ditawarkan sebagai penyampai tetap di stesen radio itu bagi mengendalikan program "Riuh Pagi Era".

Johan yang kini mengendalikan program "Hujung Minggu Di Era" pada setiap Sabtu berkata, tawaran itu dibuat selepas pihak pengurusan berpuas hati dengan gaya penyampaiannya dan respons daripada pendengar.

"Alhamdulillahlah inilah yang dinamakan rezeki daripada Tuhan untuk saya dan keluarga. Pihak pengurusan Era melihat kebolehan dan percaya pada bakat yang saya miliki ketika mengendalikan program tersebut," katanya selepas pratonton filem "Raya Tak Jadi" di sini pada Isnin.

Program "Riuh Pagi Di Era" kini dikendalikan oleh Aznil Nawawi, Ray dan Haniff bermula pukul enam pagi sehingga 10 pagi. Teruja dengan tawaran tersebut Johan berkata, mengikut perancangan stesen radio itu, dia bakal memulakan tugas baru bermula November ini atau selewat-lewatnya Mac tahun hadapan.

"Pihak stesen memberikan saya masa dan kelonggaran untuk menyelesaikan semua tawaran berlakon yang telah pun dipersetujui sebelum memulakan tugas di Era," ujarnya.

Dalam pada itu, Johan memberitahu dia bersetuju bergelar deejay kerana menyedari kerjaya sebagai pelakon tidak akan kekal lama sebaliknya bertugas secara sepenuh masa di stesen radio popular adalah sebagai satu persediaan untuk menghadapi zaman gelap sebagai pelakon.

"Saya adalah ketua keluarga kepada isteri dan anak serta mempunyai tanggungjawab lain. Saya tidak tahu sampai bila boleh bertahan dalam industri ini sebagai pelakon dan pengacara," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai desas-desus hubungannya dengan Zizan Raja Lawak yang dikatakan dingin, Johan berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan rakan baiknya itu.

Katanya khabar angin itu dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melaga-lagakan mereka berdua kerana tidak senang dengan keakraban yang terjalin.

"Tidak timbul sama sekali isu saya bermusuhan atau bergaduh dengan Zizan. Itu semua khabar angin malah saya baru sahaja berjumpa dengan dia semalam," ulasnya. via Mstar Online

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Zizan Raja Lawak Kemalangan Kecil
  • Johan Raja Lawak Diserang Penyakit Lupa Kronik
  • Trivia: Beg Kuning Penyampai Radio Mana ni
  • Zizan Raja Lawak Nyanyi Rap dalam Selamat Tinggal
  • Gambar Angah & Along Raja Lawak di ABPBH2010
  • Gambar Zizan Raja Lawak Dalam Bolos
  • Radio Capital FM88.9 Mahu Lawan Radio Hot FM dan Radio Era?
  • Video Lawak Man di Maharaja Lawak Minggu 4
  • Bonet Kereta Saiful Apek Diisi Dengan Mayat?
  • Lords Tailor Taja Baju Zizan Raja Lawak ABPBH 2010
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Raya Tak Jadi

    Posted: 12 Sep 2011 05:47 PM PDT

    Jam 11 pagi semalam telah berlangsung Majlis Prebiu Media untuk filem Raya Tak Jadi arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara. Ramai selebriti dan pelakon filem ini yang hadir dan ini gambar Selebriti yang sempat Budiey ambil semasa Prebiu Media Filem Raya Tak Jadi.

    Filem ke 32 arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen ini tidak bernasib baik kerana tidak mendapat tarikh tayangan pada 1 Syawal di mana biasanya mana-mana filem akan mendapat kutipan sangat tinggi pada musim perayaan. Isu ini menjadikan Prof Madya A. Razak Mohaideen sangat terkilan dan diluahkan beliau semasa berucap di khalayak hadirin di dewan menonton.

    Budiey rasa, mana-mana pengarah sekalipun akan rasa kecewa apabila filem yang mempunyai tema atau konsep tertentu tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak Syarat Wajib Tayang (SWT) seperti mana berlaku pada filem terbaru arahannya, Raya Tak Jadi. Sebelum ini, beliau pernah melahirkan sebuah filem bertemakan raya iaitu I Know What You Did Last Raya tapi ia bernasib baik kerana mendapat slot pada 1 Syawal.

    Filem yang turut menampilkan pelakon Noreen Nor ini telah menjalani pengambaran di sekitar Kuala Selangor, Shah Alam dan Kuala Lumpur dan menurut Prof Madya A. Razak Mohaideen, beliau sangat berpuas hati dengan gandingan pelakon dan pelawak Saiful Apek dan Johan Raja Lawak dalam filem ini.

    Filem ini akan ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia mulai 15 September 2011. Kepada pembaca yang ketinggalan, sila baca sinopsis & lihat gambar-gambar menarik sepanjang pengambaran filem Raya Tak Jadi kat SINI.


    Pelakon Raya Tak Jadi

    Saiful Apek

    Pelakon Raya Tak Jadi

    Johan Raja Lawak

    Pelakon Raya Tak Jadi

    Wan Sharmila

    Pelakon Raya Tak Jadi

    Azlee

    Pelakon Raya Tak Jadi

    A. Latif Mohaideen

    Pelakon Raya Tak Jadi

    Pengarah & pelakon Datuk Jalaluddin Hassan

    Pelakon Raya Tak Jadi

    Mia Sara Nasuha

    Mia Sara Nasuha juga turut hadir menonton

    Pelakon Raya Tak Jadi

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Sekitar Malam Gala Filem HAQ
  • Gambar Selebriti di Prebiu Media Filem Karak
  • Gambar Ummi Nazeera di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa
  • Sekitar Prebiu Filem Kembar Siang
  • Gambar Kilafairy di Prebiu Media Filem Karak
  • Gambar Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari di Prebiu Filem Saus Kacang
  • Gambar Lisa Surihani di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa
  • Duit Raya RM500 Dari Tayangan Unggul Astro Shaw
  • Trailer Filem Otai Lakonan Nasha Aziz & Aznil Nawawi
  • Gambar Puteri Sarah Liyana di Prebiu Media Lu Fikirlah Sendiri