Adsense

Isnin, 15 Ogos 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Apa khabar muzik dangdut?

Posted:

Apa khabar muzik dangdut?

Apa khabar muzik dangdut?

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my


PENYANYI Amelina juga pernah dijulang namanya hanya kerana muzik dangdut yang diperjuangkannya.


PERSOALAN yang wajar ditanya oleh penggemar muzik ketika ini ialah apa khabar muzik dangdut?

Sama ada disedari atau tidak, muzik berkenaan semakin terpinggir daripada gelanggang industri muzik arus perdana.

Dangdut yang menurut sejarah muzik dikatakan berasal dari Indonesia juga semakin hari semakin tidak dipedulikan.

Itu realiti yang dapat dirumuskan mengenai persekitaran di Indonesia hari ini. Amat jarang sekali untuk mendengar lagu genre berkenaan di radio.

Bahkan, nama-nama besar yang memperjuangkan muzik dangdut juga sudah tidak aktif lagi.

Kalau sedekad yang lalu, superstar Inul Daratista yang terkenal dengan nyanyian dan geleknya yang penuh erotik dipuja ramai, kini dia sudah semakin sepi daripada arus industri muzik.

Sebelum Inul muncul sebagai ikon dangdut, penyanyi-penyanyi senior lain yang cukup masyhur ialah Rhoma Irama, Elvy Sukaesih, Camelia Malik dan ramai lagi.

Ketika era penghibur-penghibur tersebut, dangdut adalah seperti santapan harian masyarakat Indonesia.

Di mana-mana saja muzik genre itu dengan mudah mendapat perhatian sehinggalah beberapa tahun lalu, ia mula diketepikan oleh stesen-stesen radio.

Sebetulnya, nasib dangdut di Indonesia hari ini menjadi persoalan yang cukup besar di kalangan penggiat muzik itu kerana ia kini melalui zaman-zaman malap.

Nasib dan masa depan muzik dangdut di Indonesia turut mendapat perhatian sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan, The Jakarta Post yang mencetuskan persoalan apakah kegemilangannya sudah berakhir.

Justifikasi pada kesuraman muzik dangdut dapat dilihat menerusi kajian yang dilakukan oleh agensi kaji selidik, AC Nielsen Indonesia pada tahun ini.

Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan, daripada 14 juta pendengar radio di kotaraya Jakarta, hanya 28 peratus saja mendengar muzik dangdut pada suku pertama tahun ini.

Angka pendengar muzik dangdut menurun kepada 26 peratus pada separuh pertama tahun ini.

Menurut Hariyo Hadiwaseso dari agensi berkenaan seperti dilaporkan akhbar itu baru-baru ini, populariti muzik dangdut jatuh dengan mendadak bermula tahun 2007.

Penurunan populariti dangdut disebabkan oleh kemunculan muzik pop Indonesia yang mula mengambil alih kedudukannya.

Alasan yang dikemukakan itu barangkali ada benarnya kerana sejak kebelakangan ini, gelanggang muzik Indonesia semakin meriah dengan kehadiran artis solo serta kumpulan yang memperjuangkan muzik pop.

Negara Indonesia yang didiami oleh hampir 240 juta penduduk melahirkan artis baru hampir setiap hari.

Jika mahu disenaraikan barisan artis baru yang muncul, tentunya halaman ini saja tidak cukup untuk mengumumkannya.

Dengan ledakan teknologi dan pendedahan anak-anak muda terhadap muzik dunia ia dengan mudah membuatkan dangdut dilupakan.

Keadaan itu juga menyebabkan stesen-stesen radio di negara ini memilih untuk menyiarkan lagu-lagu yang memiliki elemen baru.

Sebaliknya, karya-karya yang bersandarkan pada nostalgia lalu sudah tidak memberi erti lagi kerana jumlah yang mendengarnya juga tidak mungkin untuk menarik perhatian para pengiklan.

Di Malaysia juga, muzik dangdut sudah tidak lagi diperkatakan.

Pejuang-pejuang muzik dangdut seperti Amelina, Iwan, Mas Idayu, Ifa Raziah, Haiza tentunya juga sudah semakin tawar hati kerana aliran muzik sedemikian bukan lagi diminati ramai.

Sebaliknya, muzik-muzik yang dipopularkan oleh band-band indie semakin mendominasi pasaran muzik tanah air.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Diva pujaan Siti Nurhaliza

Posted:

Diva pujaan Siti Nurhaliza

Diva pujaan Siti Nurhaliza

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF


AURA 3 Diva telah menemukan Siti Nurhaliza, Ella dan Ramlah Ram di atas satu pentas.


SEBELUM berjaya mencapai status sebagai penyanyi nombor satu negara dan menjadi pujaan hati peminatnya, Datuk Siti Nurhaliza juga seperti orang lain - mempunyai penyanyi pujaannya sendiri.

Daripada ramai penyanyi yang diminatinya, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Siti ini mengakui dua penyanyi wanita ini telah memberikan impak yang bukan sedikit dalam hidupnya.

Seorang daripadanya adalah ratu. Bukan sembarangan ratu tetapi penyanyi yang diangkat sebagai satu-satunya ratu rock negara.

Seorang lagi pula adalah seorang penghibur yang sememangnya layak digelar diva pop kerana rangkaian lagu-lagunya yang telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang penyanyi wanita terbaik negara.

Siti sendiri tidak segan-silu untuk berkongsi cerita di mana dia telah membesar dengan lagu-lagu mereka sejak dari zaman remaja sehinggakan dia sendiri pernah menanam impian untuk beraksi di sebuah pentas bersama dua diva pujaannya itu.

Namun, hanya selepas 16 tahun bergelar penyanyi, impian Siti itu akhirnya berjaya direalisasikan oleh Global Station Sdn. Bhd., yang telah menemukan Siti dengan dua diva pujaannya iaitu Ella dan Ramlah Ram.

Walaupun hanya sebuah program khas yang diterbitkan untuk siaran Aidilfitri nanti, tetapi peluang yang diberikan itu dianggap Siti sebagai sesuatu yang cukup indah untuk dikenang sehingga ke akhir hayatnya.

"Bukannya saya tidak pernah bertemu dan menyanyi bersama mereka sebelum ini, tetapi ini merupakan program seumpamanya yang telah menyatukan kami bertiga di satu pentas.

"Tiada perkataan yang dapat saya gambarkan apabila dapat membuat persembahan eksklusif bersama Ella dan Ramlah dalam program seperti ini," ujar Siti dalam satu pertemuan singkat usai rakaman Aura 3 Diva yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini.

Mengulas lanjut tentang Aura 3 Diva, Siti memberitahu dia bersama Global Station telah mengadakan pertemuan dengan Astro untuk menerbitkan sebuah program raya yang menggabungkan tiga penyanyi wanita yang lahir daripada generasi berbeza.

Selepas berbincang dan menyenaraikan nama-nama yang dilihat layak untuk disatukan dalam program tersebut, akhirnya nama Ella dan Ramlah dipilih berdasarkan pencapaian serta populariti mereka dalam era masing-masing.

Ternyata Siti begitu teruja apabila diajak bercerita tentang dua penyanyi ternama negara itu yang dilihatnya memiliki keistimewaan tersendiri.

"Sejak dari zaman remaja, saya memang mengagumi gaya dan cara nyanyian Ella. Hanya dia seorang sahaja yang memiliki personaliti seperti itu sehingga ke hari ini pun, tiada siapa yang dapat menandinginya.

"Keletah dan gelagat Ella sewaktu beraksi di atas pentas membuktikan dia adalah Ella dan membuatkan ramai yang mengingatinya kerana caranya itu. Seandainya ada yang cuba menirunya, ia akan kelihatan sungguh canggung," ujar juara Bintang HMI 1995 itu yang mengakui begitu menggemari album Ella USA yang diterbitkan pada 1994.

Begitu juga dengan Ramlah yang pada hemat Siti, memiliki gaya tersendiri sehinggakan tiada siapa yang dapat menggantikan tempatnya.

Dengan kelebihan yang ada pada dirinya iaitu kekuatan vokal yang sememangnya tiada tandingan itu, kata Siti, ia merupakan aset utama juara Bintang RTM 1985 itu sehingga mampu kekal ke hari ini.

"Saya cukup menghormati Ella dan Ramlah kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka merupakan anak seni sejati sehingga dapat mengekalkan momentum mereka berpuluh-puluh tahun lamanya.

"Kesabaran dan kesungguhan mereka menjadi kunci kejayaan yang menjadi inspirasi buat saya," kata Siti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Celebrity News

Celebrity News


Erra Fazirah Beli Motor Harley Davidson

Posted: 15 Aug 2011 12:49 AM PDT

WOw....superb and menakjubkan sebab akak Erra akan menjadi seorang Bikers kot, lepas ni boleh la berlumba dengan akak Erra kita ni...tak pe kak Erra bagi 500 meter je kat depan. Namun kuasa liquid cooled Revolution 1,250cc unit, 60-degree V-Twin, built in kolaborasi dengan Porsche dan berat 289kg pun dah gerun ZoOm dibuatnya.

 Ops...gerun segerun ZoOm yang menyepi kerana terlalu sibuk dengan aktiviti di Downtown Cheras, kalau anda berkunjung disana jangan lupa berkunjung ke tapak ZoOM.



Harga istimewa bagi rakan-rakan di ZoOmartis.

Jumpa di sana...

Dan berikut gambar Erra Fazira dengan gambar bersama Motor Besarnya.






Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tidak mahu gelojoh

Posted: 14 Aug 2011 03:58 PM PDT

Hip

Kemampuan Mas kian dihargai penerbit, pengarah

SEBENARNYA kita ramai bakat baru dan muda yang diketengahkan oleh syarikat penerbitan drama atau filem.

Sebahagian besar daripada mereka cukup bertuah kerana mendapat pendedahan dan publisiti sewajarnya daripada media. Ini untuk memastikan kehadiran bakat muda ini boleh digilap dan seterusnya memberikan hasil terbaik.

Jika dulu rumah saya tidak dikunjungi peminat, kini sebaik raya menjelang adalah juga peminat yang menjengah untuk beraya bersama. - Mas Muharni, pelakon.

Menariknya mereka hadir dengan latar belakang pendidikan berbeza. Kesedaran terhadap pentingnya pendidikan membuatkan artis baru hari ini mampu seimbangkan antara kerjaya seni dengan pelajaran.

Seorang daripada bakat baru yang yang mempunyai pakej tersendiri ditambah pula mempunyai pendidikan dalam seni persembahan menjadi bonus untuk gadis yang punyai nama indah, Mas Normuharni Sheikhah Mohd Satar dalam menghayun langkah seninya sebaik mungkin.

Kehadiran Ramadan yang suci ini juga membawa rahmat kepada gadis kelahiran Sungai Petani, Kedah ini apabila rezeki pada bulan puasa menjengah pintu kerjayanya sebagai pelakon.

Lebih dikenali sebagai Mas Muharni, gadis berusia 25 tahun disunting oleh Profesor Dr Hatta Azad Khan untuk digandingkan dengan Zul Huzaimy dalam filem Wayang.
Selepas itu, dia dilamar oleh Ahmad Idham untuk beraksi dalam filem Jangan Pandang Belakang. Begitu juga dengan filem Mantra.

Kini, dia perlahan-lahan membina nama sebagai bintang TV pula menerusi kemunculannya dalam deretan drama atau telefilem.

Publisiti dan cerita glamor mengenai Mas Muharni tidak sehebat beberapa bintang baru yang lebih cantik, tetapi bakat mereka belum benar-benar diuji.

Namun, mas Muharni pula dianggap agak bertuah kerana dia sering diberikan peranan utama yang selalunya agak berat dan mencabar kemampuan sebenar dirinya.

Ini jelas sekali, karyawan seni seperti produser dan pengarah sudah membuka mata untuk benar-benar melihat kelebihan yang ada pada empunya diri yang lebih selesa dipanggil Mas.

"Saya baru menjalani penggambaran telefilem Sujudku Di Sejadah. Saya membawakan watak wanita bertudung yang berperwatakan baik.

"Malangnya saya ditipu dan akhirnya menjadi seorang pelacur dan watak yang dibawakan ini memang berat juga untuk dibawa. Drama ini memerlukan penghayatan yang tinggi. Saya kena banyak menangis untuk menjiwai karakter Khatijah atau Khaty, anak kepada seorang wanita yang bongkak," katanya.

Istimewanya, telefilem menarik ini turut membariskan pelakon berpengalaman dan berbakat besar Fauziah Nawi, Datuk Jalaluddin Hassan dan Razali Hussain.
Hakikatnya, Mas mengakui telefilem Sujud Di Sejadah ini adalah drama lakonannya yang paling mencabar setakat ini.

Katanya, bagi menjiwai watak sebagai wanita yang sudah ternoda, Mas membuat rujukan dengan menonton lakonan Lisdawati dalam drama Anak-Anak Lorong yang pernah ditayangkan sebelum ini.

Dilahirkan pada tahun 1986, Mas juga memberitahu, sebagai pelakon, dia perlu menerima semua watak yang dipertanggungjawabkan kepadanya dan misinya adalah memberikan yang terbaik supaya ia menjadi seperti yang dikehendaki pengarah.

Kena bijak main emosi

Berlakon drama yang berkisarkan kehidupan hitam seorang wanita, Mas mengakui dia perlu bijak bermain dengan emosi dalaman dan berhadapan dengan tekanan perasaan yang dialami watak sebaik mungkin.

"Sebagai pelakon yang masih baru, ada juga rasa gugup ketika berlakon dengan Fauziah Nawi yang menjadi ibu Khaty, tetapi apabila sudah biasa saya akhirnya mendapat apa yang diperlukan bagi melengkapi antara satu sama lain," kata Mas.

Selain Sujudku Di Sejadah, Mas Muharni juga muncul dalam drama Siti Mariam untuk stesen TV Al-Hijrah dengan membawa watak gadis kampung yang bekerja sebagai penoreh getah bernama Rohani.

"Dalam drama ini saya turut berlakon bersama Yatt Hamzah dan sempena Ramadan ini saya berlakon sebagai anak yang kehilangan ayah berjudul Kelong Kasih yang akan disiarkan pada 28 Ogos nanti," katanya.

Drama lain yang menjadi rezekinya adalah watak pembantu dalam drama Suara Banduan dan Rebah Di Hujung Taubat arahan Feroz Khan sambil memberitahu Ramadan yang membuka tirainya kali ini cukup bermakna kepada kerjaya seninya dan dia begitu sibuk dengan beberapa penggambaran telefilem dan drama bersiri pada Ramadan ini.

Kisah Syawal Mas sama seperti kisah insan lain apabila menggunakan saat yang dinanti itu sebaik mungkin bersama keluarga tersayang dan sempena Syawal yang menjelang tiba, dia tidak terkecuali membuat persiapan diri dan membeli pakaian raya.

Seperti biasa saya akan pulang ke Kedah. Sudah menjadi kebiasaan bagi kami berkumpul di pagi raya dan menghidangkan juadah seperti ketupat, rendang dan kuih-muih selain bersalam-salaman pada pagi istimewa itu," katanya.

Sudah hampir empat tahun beraya sebagai artis, Mas Muharni berkata, selepas bergelar artis sambutan rayanya agak berbeza daripada Syawal sebelumnya.

"Jika dulu rumah saya tidak dikunjungi peminat, kini sebaik raya menjelang adalah juga peminat yang menjengah untuk beraya bersama. Kanak-kanak pun ada yang mahu datang beraya dan seperti biasa saya sediakan duit raya untuk mereka," katanya.

Antara hidangan yang paling digemari adalah ketupat palas dan rendang daging yang dihidangkan keluarganya.

"Saya tidak masak, tetapi selalu ditugaskan menjaga anak buah ketika ibu berada di dapur menyediakan hidangan untuk kami sekeluarga dan ia pengalaman yang cukup menyeronokkan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PFM, GAFIM berdamai

Posted: 14 Aug 2011 03:55 PM PDT

Hip

Saling menghormati dengan keputusan menarik diri dan perlantikan AJK

PERSELISIHAN pandangan antara Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan Gabungan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) menerusi berbalas kenyataan dalam media dapat diselesaikan dengan baik.

Bagi menyelesaikan kemelut yang melanda antara PFM dan GAFIM, kedua-dua pihak mengambil pendekatan 'buang yang keruh ambil yang jernih' dalam satu pertemuan yang berlangsung dalam suasana harmoni pada 8 Ogos lalu. Dalam kenyataan yang dihantar oleh GAFIM menerusi emel kepada HIP, menerusi pertemuan itu, kedua-dua pihak bersepakat untuk memberikan tumpuan kepada menjalin kerjasama lebih erat demi masa depan industri perfileman.

GAFIM yang dianggotai oleh gabungan 11 persatuan berkaitan industri kreatif mengambil ketetapan menghormati keputusan PFM yang mahu bergerak secara bersendirian kerana persatuan itu adalah gabungan syarikat penerbitan filem yang juga pelabur dalam industri perfileman ini.

Bagaimanapun, GAFIM dan PFM akan terus menjalinkan kerjasama berdasarkan keperluan yang boleh menggalakkan industri hiburan dan kreatif secara keseluruhan.

Pada masa sama, PFM juga turut menghormati keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli gabungan dalam memilih barisan kepimpinan GAFIM dalam mesyuarat agung GAFIM pada 17 Julai lalu.
Mengenai penganjuran Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24), GAFIM mengambil pendirian untuk menghormati keputusan PFM yang tidak mahu terbabit dalam pengurusan festival itu. Namun, PFM tetap memberi sokongan terhadap penganjuran acara tahunan itu.

Bahkan ahli-ahli PFM yang dilantik untuk menduduki beberapa jawatankuasa dalam festival akan terus memberi sumbangan mengikut bidang tanggungjawab masing-masing.

"Kedua-dua pihak juga bersepakat untuk mengadakan pertemuan dari semasa ke semasa demi kebaikan industri perfileman dan kreatif," katanya.

Sementara itu, Presiden GAFIM yang juga Presiden Persatuan Penerbit Program TV Malaysia (PTVM), Jurey Abd Latiff berkata, persetujuan damai itu dicapai apabila masing-masing menumpukan tanggungjawab terhadap perkembangan dan pembangunan industri perfileman secara keseluruhannya.

"Perkara yang sudah, kita biarkan berlalu. Kita sendiri berkeinginan menemui PFM dan nyata hasrat itu dimakbulkanNya sempena Ramadan. Apapun semuanya sudah selesai," katanya ketika dihubungi HIP.

Setiausaha Kehormat PFM, Norman Abdul Halim pula berkata, segala kemelut yang berlaku antara kedua-dua pihak dianggap sudah berlalu, dan berharap masing-masing dapat memacu kerjasama demi kemajuan industri perfileman.

"Saya bersama Ahli Jawatankuasa PFM diberikan mandat oleh Presiden, Datin Paduka Shuhaimi Baba untuk menemui AJK GAFIM. Dan daripada pertemuan itu, nampaknya semua isu berjaya ditangani dengan sebaik-baiknya.

"Pertemuan ini juga sudah lama dirancang. Cuma menanti masa yang sesuai sahaja. Inilah cara terbaik untuk menangani apa juga masalah yang berlaku antara kita," katanya diminta mengulas mengenai pertemuan antara PFM dan GAFIM yang berlangsung hampir dua jam.

Sebelum ini, PFM dan GAFIM berbalas kenyataan menerusi media sebaik perlantikan AJK baru gabungan itu memegang tampuk kepimpinan menyebabkan PFM membuat keputusan bertindak keluar daripada gabungan itu.

Selepas PFM menarik diri, GAFIM kini dianggotai oleh gabungan 11 persatuan iaitu Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (PFM), Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM) dan Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (PENYIAR).

Persatuan lain yang menjadi ahli gabungan GAFIM ialah Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA), Persatuan Kebajikan Penghibur-Penghibur India Malaysia (MIEWA), Persatuan Artis Cina Malaysia (AMCA) dan Persatuan Industri Rakaman India Malaysia (IRIM).


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(EKSKLUSIF) AYAT RIWAYAT Dokumentari Yang Terbaik Dari TV ALHIJRAH

Posted: 14 Aug 2011 01:09 PM PDT






AYAT RIWAYAT (TV AL HIJRAH)
DOKUMENTARI
MULAI : 1HB OGOS 2011
HARI: SETIAP ISNIN-AHAD
MASA: 6.30 PETANG
SALURAN : ASTRO 114




BERSEMPENA dengan Ramadan, TV AlHijrah meneruskan langkah dengan menerbit dan menyiarkan sebuah rancangan berbentuk dokumentari 30 minit untuk siaran pada setiap hari, jam 6.30 petang. Rancangan yang dinamakan Ayat Riwayat ini akan memberikan informasi yang pastinya akan meninggalkan 1001 kesan terhadap jiwa-jiwa umat manusia.

Ayat Riwayat adalah sebuah dokumentari pendidikan sepenuhnya di mana Hos rancangan, Mohd Elyas Ismail akan menceritakan kepada penonton kisah-kisah yang Allah ceritakan di dalam kitab suci Al-Quran.

Kisah-kisah ini merangkumi kisah mereka yang hidup aman damai di bawah bimbingan para Rasul utusan-NYA dan juga kupasan terperinci mengenai kisah mereka yang dihapuskan dan dilenyapkan dari muka bumi ini.
Menurut Pengarah dan Penerbit Ayat Riwayat, Encik Jasmi Shahir, program ini diterbitkan bagi memberikan penonton sejenak ruang untuk berfikir dan mengambil iktibar akan kejadian yang telah menimpa umat terdahulu.

Sebagai tambahan, ia juga akan melengkapkan ilmu sedia ada penonton kerana ia turut memperkatakan kisah hidup para Anbiya', ikon-ikon besar dunia, objek-objek, haiwan serta nama-nama tempat yang disebut Allah di dalam al-Quran.
Menurut Jasmi, seramai 9 orang krew terlibat di dalam penggambaran 30 episod program Ayat Riwayat ini. " Walaupun krew kami terdiri daripada sembilan orang anak muda yang bersemangat waja, namun begitu, hanya empat orang daripada kami yang terlibat secara penuh mengembara ke lebih dari 5 buah negara besar seperti Sri Lanka, India, Jordan, Lubnan , Turki dan Arab Saudi selama 62 hari. Perjalanan dua bulan ini dirasakan begitu singkat. Kami berusaha untuk mencari bahan terbaik bagi penonton TV AlHijrah".

"Topik-topik bagi 30 episod yang dirakamkan di dalam dokumentari ini dipilih berdasarkan kisah di dalam al-Quran. Perlu diingatkan bahawa al-Quran bukanlah sebuah buku sejarah tetapi ia adalah sebuah kitab suci yang perlu dijadikan panduan. Segala peringatan yang terkandung di sebalik kisah-kisah yang diceritakan oleh-Nya harus dijadikan pedoman dalam paksi kehidupan." tegas Jasmi.



SINOPSIS AYAT RIWAYAT (TV AL HIJRAH)


AYAT RIWAYAT adalah sebuah dokumentari yang merangkumi kisah-kisah umat terdahulu yang hidup aman makmur di bawah bimbingan para Rasul utusan Allah. Dokumentari ini juga menceritakan tentang umat-umat yang telah pupus dan hilang dari pandangan oleh keingkaran dan penolakan mereka terhadap bimbingan para Rasul. Di dalam Surah Ali I'mran ayat 62 Allah SWT menjelaskan bahawa kisah-kisah tersebut benar-benar benar-benar berlaku dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Ayat Riwayat juga akan memperkatakan kisah hidup para Nabi, personaliti-personaliti besar, objek-objek, binatang dan unggas serta nama-nama tempat yang disebut al-Quran.



p/s: tahniah di ucapkan kepada team AYAT RIWAYAT dari TV ALHIJRAH. Semoga ianya dapat dimanfaatkan bersama..... Majulah TVAL HIJRAH ...Segalanya Bermula Disini.



(WATCH ONLINE) Flat 3A | Full Movie (2011)

Posted: 14 Aug 2011 07:55 AM PDT








Eksklusif: Yusry, Lisa naik pelamin 2012

Posted: 14 Aug 2011 07:27 AM PDT


KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jenjang pelamin tahun depan.
Kisah percintaan Yusry dan Lisa Surihani memang sudah tidak perlu dikatakan lagi. Hampir semua Lisa Surihani hampir tidak percaya, tidak juga yang merestui hubungannya dengan duda, Yusry. Dalam petikan portal Berita Harian baru-baru ini, mereka sudah 'set' kan tahun untuk segera diijab kabulkan. Memandangkan Lisa Surihani yang cantik ini takut nanti dikebas dek orang. Hehe. Kalau sudah jodoh tak kemana juga kan. Haraplah mereka akan disatukan dengan selamat nanti. Kalau putus cinta ditengah jalan, itu dugaan semata-mata. Tapi kita harapkan agar mereka berjaya membina masjid. :) 

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Lisdawati Jual Songkok 5 Inci

Posted: 14 Aug 2011 07:45 PM PDT


PETALING JAYA: Jika kebanyakan artis mengambil peluang untuk berniaga pelbagai jenis kuih-muih, tudung atau pakaian bersempena bulan Ramadan ini, pelakon Lisdawati, 32, atau sebenarnya Nisdawati Nazarudin pula memilih untuk menjual songkok tinggi.

Kata aktres yang mesra disapa Lis ini, sebelum bergelar artis, dia sememangnya terlibat secara langsung dengan perniagaan keluarganya di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada setiap kali Ramadan.

Namun, ia terpaksa diketepikan selepas terbabit dalam bidang seni ekoran kesibukan jadual kerjanya.

"Sebenarnya, minat terhadap perniagaan memang sudah ada dalam diri sejak dulu lagi. Sebelum menjadi artis, saya membantu perniagaan keluarga yang menjual baju Melayu dan songkok pada setiap bulan Ramadan.

"Sejak terlibat dalam seni, saya tidak dapat teruskan kerana sudah sibuk dengan komitmen baru namun minat itu tidak pernah hilang. Sebab itu, saya memutuskan untuk menjual songkok tinggi kali ini," katanya kepada mStar Online, Ahad.

Bercerita lanjut, Lis berkata, songkok tinggi yang ditempah daripada pakciknya itu berbeza daripada kebanyakan songkok tinggi yang sedia ada kerana ukuran ketinggiannya iaitu 5 inci jarang ditemui di pasaran.

"Songkok ini saya tempah khas daripada pakcik saya yang menjalankan perniagaan songkok di Ipoh, Perak. Songkok tinggi ini istimewa dan berbeza kerana pada kebiasaannya ukuran songkok tinggi di pasaran adalah 4 atau 6 inci.

"Selain itu ia juga diperbuat daripada baldu yang berkualiti tinggi. Saya simpan stok ini di rumah saja dan tidak perlu bimbang untuk mencari tapak atau kedai," katanya.

Sebagai permulaan, Lis menawarkan 500 unit songkok yang bersaiz 21 hingga 23 1/2 dengan harga RM69 seunit. Bagi yang berminat boleh menghubungi Muna di talian 013-2223939 untuk tempahan.

Menyelak perkembangan kerjayanya, Lis yang baru pulang daripada mengerjakan umrah bersama suaminya aktor Fauzi Nawawi pada minggu lalu berkata, dia mungkin akan menghabiskan waktunya di rumah bersama keluarga saja memandangkan pembantu rumahnya baru saja berhenti secara mengejut.

"Selepas pulang dari umrah minggu lalu, belum ada sebarang tawaran lakonan. Mungkin saya akan duduk di rumah dan menguruskan keluarga saja sepanjang Ramadan ini kerana kebetulan pula, pembantu rumah saya baru berhenti secara mengejut," kongsinya.

Akhil Hayy Elak Isu Politik

Posted: 14 Aug 2011 07:44 PM PDT


PERHIMPUNAN haram Bersih pada 9 Julai lalu meninggalkan kesan kepada ramai pihak terutama mereka yang tinggal di ibu kota apabila beberapa jalan utama ditutup.

Para peniaga juga turut menerima kesan kerana tidak dapat menjalankan perniagaan mereka seperti biasa.

Bagi Akhil Hayy, pengacara Cafe Akhil Hayy dan Cubaan di Astro Oasis ini, setiap perkara yang berlaku berkaitan dengan politik sukar untuk dinyatakan kebenarannya.

Biarpun begitu, dia mengambil pendekatan selamat apabila enggan memberikan komen lanjut berkaitan hal politik.

"Sebolehnya saya mahu mengelak daripada memberikan komen berhubung apa saja yang berkaitan dengan isu politik. Pada saya, Malaysia merupakan negara demokrasi dan paling penting semua rakyat inginkan keamanan.

"Saya pasti ada caranya untuk mendapatkan keamanan itu. Jadi, saya tidak boleh berkata salah atau betul tentang tindakan yang dilakukan oleh seseorang itu untuk mencapai keamanan.

"Mungkin keamanan boleh tercapai apabila kita duduk berbincang bersama-sama dan menyatakan tuntutan masing-masing. Walau apa pun berlaku, semua agama mengajar kita untuk mencari perdamaian.

"Tetapi jika ia dilakukan tanpa mengikut syariat Allah, bagaimana kita mahu mendapatkan keredaan dan pengampunan Allah," ujarnya sambil bersulam dengan nasihat.

Melarikan sedikit dunia politik kepada hiburan, pendakwah bebas dan penyanyi nasyid ini masih berada di paksi kehidupan sebenar.

Mana tidaknya, dia berasal daripada kumpulan muzik rock suatu ketika dahulu. Kini, imejnya sudah bertukar wajah, namun tidak bermakna Akhil atau kadangkala digelar 'ustaz rock' ini akan mengubah minatnya yang mendalam dalam bidang muzik. Lagu-lagu yang diketengahkan lebih bercorak kepada kerohanian dan ketuhanan.

Terbaru, dia baru menghasilkan lagu berjudul Ighfir Zdunubi (Ampunkan Daku) dan Subhanak (Maha Suci Engkau) yang dicipta sendiri dengan bantuan isterinya, Waheeda.

"Selain menyanyi, saya juga menganjurkan kursus tarbiah jiwa yang terbuka kepada rakan-rakan selebriti yang berhijrah sejak dua bulan lalu di sebuah rumah kenalan saya di Shah Alam, Selangor.

"Saya memikirkan idea seperti ini setelah mendapati sesetengah selebriti yang tidak selesa dengan perhatian yang diberikan apabila menyertai sesebuah acara dan kelas agama," tambahnya lagi.

Di samping itu, dia mempunyai syarikat Akhil Network yang mengendalikan program mengerjakan umrah dan merancang untuk melaksanakan program itu pada Februari, Jun dan Ogos tahun depan.

Para peminat Akhil juga boleh menontonnya menerusi program Cubaan yang disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Sabtu, pukul 7.30 malam.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Lisdawati Jual Songkok 5 Inci

Posted: 14 Aug 2011 02:26 PM PDT

PETALING JAYA: Jika kebanyakan artis mengambil peluang untuk berniaga pelbagai jenis kuih-muih, tudung atau pakaian bersempena bulan Ramadan ini, pelakon Lisdawati, 32, atau sebenarnya Nisdawati Nazarudin pula memilih untuk menjual songkok tinggi.

Kata aktres yang mesra disapa Lis ini, sebelum bergelar artis, dia sememangnya terlibat secara langsung dengan perniagaan keluarganya di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada setiap kali Ramadan.

Namun, ia terpaksa diketepikan selepas terbabit dalam bidang seni ekoran kesibukan jadual kerjanya.

"Sebenarnya, minat terhadap perniagaan memang sudah ada dalam diri sejak dulu lagi. Sebelum menjadi artis, saya membantu perniagaan keluarga yang menjual baju Melayu dan songkok pada setiap bulan Ramadan.

"Sejak terlibat dalam seni, saya tidak dapat teruskan kerana sudah sibuk dengan komitmen baru namun minat itu tidak pernah hilang. Sebab itu, saya memutuskan untuk menjual songkok tinggi kali ini," katanya kepada mStar Online, Ahad.

Bercerita lanjut, Lis berkata, songkok tinggi yang ditempah daripada pakciknya itu berbeza daripada kebanyakan songkok tinggi yang sedia ada kerana ukuran ketinggiannya iaitu 5 inci jarang ditemui di pasaran.

"Songkok ini saya tempah khas daripada pakcik saya yang menjalankan perniagaan songkok di Ipoh, Perak. Songkok tinggi ini istimewa dan berbeza kerana pada kebiasaannya ukuran songkok tinggi di pasaran adalah 4 atau 6 inci.

"Selain itu ia juga diperbuat daripada baldu yang berkualiti tinggi. Saya simpan stok ini di rumah saja dan tidak perlu bimbang untuk mencari tapak atau kedai," katanya.

Sebagai permulaan, Lis menawarkan 500 unit songkok yang bersaiz 21 hingga 23 1/2 dengan harga RM69 seunit. Bagi yang berminat boleh menghubungi Muna di talian 013-2223939 untuk tempahan.

Menyelak perkembangan kerjayanya, Lis yang baru pulang daripada mengerjakan umrah bersama suaminya aktor Fauzi Nawawi pada minggu lalu berkata, dia mungkin akan menghabiskan waktunya di rumah bersama keluarga saja memandangkan pembantu rumahnya baru saja berhenti secara mengejut.

"Selepas pulang dari umrah minggu lalu, belum ada sebarang tawaran lakonan. Mungkin saya akan duduk di rumah dan menguruskan keluarga saja sepanjang Ramadan ini kerana kebetulan pula, pembantu rumah saya baru berhenti secara mengejut," kongsinya

/// mstar ///

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Elak jaja cerita peribadi

Posted: 14 Aug 2011 04:29 AM PDT

LUPAKAN saja kontroversi yang pernah melanda dirinya kerana dia hanya insan biasa yang mempunyai kelemahan dan kekurangannya sama seperti orang lain.

Bukan saja kontroversi, dia juga ingin mengelak daripada terlalu banyak menjaja cerita peribadi hingga peminat terlupa perkembangan karier seni yang diceburinya, sejak 11 tahun lalu.

Selepas menyepi seketika dari persada hiburan, penyanyi yang juga pemenang tempat ketiga, Malaysian Idol musim kedua, Farah Asyikin kembali lagi untuk menyemarakkan persada seni tanah air.

Dalam pertemuan dengan Rap pada sesi fotografi khas, sempena Ramadan di Studio Balai Berita, Bangsar, baru-baru, pemilik nama sebenar, Farah Asyikin Zukkifli, 32, mengakui dia memang tidak suka dikenali ramai dengan cerita peribadinya semata-mata.


"Saya sedar, ada artis kita yang dikenali dengan cerita peribadi dan kontroversi berbanding perkembangan karier seni mereka. Sebagai artis, saya akui saya memang tidak dapat mengelak bercerita soal peribadi kerana dunia artis memang sentiasa mendapat perhatian orang.


"Begitu juga dengan imej seksi. Sebenarnya, saya ingin lari daripada imej itu tapi nampaknya orang masih label saya sebagai artis yang seksi walaupun saya memakai baju yang sopan seperti baju kurung. Justeru, saya biarkan saja apa tanggapan orang pada saya sekarang," katanya.

Berkongsi cerita mengenai Ramadan pula, kata Farah, tahun ini, dia pastikan mempunyai lebih banyak masa berbuka dan bersahur bersama keluarganya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

"Setakat ini, saya sudah dapat beberapa kali berbuka puasa bersama keluarga di rumah. Ia memang mengeratkan hubungan kekeluargaan sedia ada.

"Antara juadah berbuka kegemaran saya ialah Ayam Panggang, Air Mata Kucing dan kuih Bingka Ubi yang juga air tangan emak yang memang pandai memasak lauk-pauk.

"Selain itu, saya juga sempat menunaikan solat sunat Tarawih bersama adik di masjid berhampiran kediaman kami di Taman Tun Dr Ismail," katanya. Lebaran yang juga hari kemenangan umat Islam turut diraikan secara sederhana oleh Farah dan keluarganya.

"Persiapan raya kami juga sangat sederhana saja sama ada baju mahupun juadah hari raya. Selalunya, saya beli baju kurung yang sudah siap pada saat akhir dan kuih raya kegemaran yang pasti terhidang di meja pada pagi raya ialah Coklat Chips.

"Saya juga beli kuih dari kawan-kawan yang juga rakan artis iaitu Elyana yang menjual coklat. Saya juga selalu buat persiapan pada saat-saat akhir.

"Seperti tahun sebelumnya, saya akan beraya bersama keluarga di ibu negara.
Terus terang, saya tidak berasa sunyi walaupun tiada teman istimewa di sisi kerana saya berasal dari keluarga yang besar. Pada masa sama, saya juga mempunyai nenek sebelah emak di Seremban dan mungkin nenek akan beraya bersama kami di Kuala Lumpur," katanya.

Ditanya soal pengganti pula, Farah mengakui, dia masih belum mempunyai teman istimewa bagi mengisi kekosongan hatinya lagi.

"Hati saya masih belum terbuka untuk bercinta mahupun berkahwin lagi. Saya memang mempunyai ramai kawan tapi semuanya tidak lebih daripada itu. Buat masa ini, biarlah fokus saya pada karier nyanyian dulu kerana saya juga perlu memikirkan masa depan," katanya.

Bernaung di bawah MC Voices & Stars Sdn Bhd

BAGI memastikan karier seninya lebih teratur, Farah kini bernaung di bawah payung pengurusan baru, MC Voices & Stars Sdn Bhd, sejak dua bulan lalu. Ia ditubuhkan bersama rakan kongsinya yang juga pemilik syarikat, Datuk Bernie
Cheah.

"Sebelum ini, saya hanya bergerak sendiri dan berbeza kini karier seni lebih teratur kerana ada pengurusan yang mengatur semuanya.

"Saya pula betul-betul ingin buat 'comeback' dan mengurangkan daripada bercerita terlalu banyak cerita peribadi lagi. Pihak pengurusan juga yang bertanggung-jawab menjaga imej saya dari hujung rambut hingga hujung kaki sekarang," katanya.

Mengenai perkembangan karier seni pula, Farah yang mengungguli anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008 bakal merakamkan lagu raya ciptaan komposer Taja (Meet Uncle Hussain) tidak lama lagi.

"Sebenarnya sudah lama saya nak buat lagu raya tapi baru sekarang ia menjadi
kenyataan. Ini juga kali pertama, saya buat lagu raya sepanjang berkecimpung
dalam bidang seni tempatan. Taja sendiri yang berminat buat lagu raya untuk saya. Liriknya pula ciptaan Tun Teja yang juga pengurus Taja. "Sebelum buat lagu raya, kami berbincang terlebih dulu mengenai konsepnya kerana saya suka konsep retro dan moden sikit. Insya-Allah, jika berjalan lancar, lagu raya ini akan dirakamkan di studio minggu ini," katanya.

Sebagai penyanyi, Farah berharap, lagu raya baru itu akan menjadi 'evergreen' seperti lagu lamanya yang masih meniti di bibir peminat sampai hari ini iaitu lagu Kembali Lagi Di Sisimu yang masih diputarkan di stesen radio tempatan sampai hari ini.

"Selain itu, saya juga bercadang memberi nafas baru pada lagu Kembali Lagi Di Sisimu. Saya juga buat susunan vokal yang lain kerana dulu suara saya masih kebudak-budakan lagi.

"Saya juga merancang untuk jual lagu ini secara 'download' nanti. Dari segi album penuh pula, saya merancang buat single demi single terlebih dulu dan selepas itu barulah bikin album penuh pula," katanya.

PROFIL:

NAMA SEBENAR: Farah Asyikin Zulkifli
TARIKH LAHIR: 11 November 1979
ASAL: Kuala Lumpur
KERJAYA: Penyanyi
STATUS: Solo
PENDIDIKAN: Diploma Pengiklanan dan Penyiaran dari Universiti LimKokWing
ALBUM: Bebas (1999) dan 1000 Penipuan (2007)
PENCAPAIAN: Salem Cool Planet (1999), tempat ketiga Malaysian Idol 2 (2005), tempat kelima One In A Million (2006) dan Artis Baru Terbaik Anugerah Planet Muzik 2008

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Fran turut jadi mangsa

Posted: 14 Aug 2011 04:19 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]KONSERT mega penghibur terkenal 80-an, Francissca Peter atau Fran bertemakan Keunggulan 33 Tahun di Istana Budaya sudah enam bulan berlalu, tetapi siapa sangka ada sesuatu yang berlaku hingga pengarah muziknya, Datuk Ramli MS mahu menyaman penganjurnya yang masih gagal melunaskan bayaran untuk persembahan dua malam iaitu 5 dan 6 Februari lalu.

Ahad, 14 Ogos 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Video : Kipas-Susah-Mati Justin Bieber Menangis Kerana Tiket Konsert Habis Dijual Di Mexico!

Posted: 14 Aug 2011 05:00 PM PDT

Home > Funny & Jokes > Video : Kipas-Susah-Mati Justin Bieber Menangis Kerana Tiket Konsert Habis Dijual Di Mexico!

Pernah tak anda menangis atau menjerit apabila tiket artis pujaan anda telah habis dijual?

Kejadian berlaku baru-baru ini di Mexico apabila tiket konsert 'My World Tour' Justin Bieber yang baru 2 hari dijual untuk  persembahannya pada 1 Oktober 2011 telah diumumkan habis dijual ketika para peminatnya sedang beratur untuk mendapatkan tiket konsert tersebut. Ini menyebabkan beberapa peminat fanatik Justin Bieber menjerit-jerit dan menangis kekecewaan.

Tak tahan melihat gelagat dan karenah peminat Justin Bieber, anda layankan video selepas ini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Aktress Drama Upik, Abu Dan Laura, Cinta Laura Bakal Berpindah Ke Hollywood.

Posted: 14 Aug 2011 04:45 PM PDT

Dikhabarkan, Cinta Laura atau nama sebenar gadis jelita ini, Cinta Laura Kiehl bakal berhijrah ke Amerika atas dasar kerja. Dia yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem terbarunya, The Philosopher bersama aktor dari Hollywood turut menyatakan rasa tidak sabarnya untuk menjalani kehidupannya sebagai artis di sana.

Filem 'The Philosopher' bakal ditayangkan pada tahun hadapan dan tidak dapat dipastikan samada akan ditayangkan di Malaysia atau tidak. Baru memenangi Anugerah Muzik Indonesia 2011 dalam kategori 'Best Dance/Electronica Music Performance', Cinta Laura turut menyatakan,

"Kalau boleh pilih, saya ingin berlakon di Hollywood daripada menyanyi." katanya.

Bagi yang tidak mengenali Cinta Laura, pelakon yang berasal dari Indonesia ini telah membawakan watak Laura dalam sinetron 'Upik, Abu Dan Laura' yang diminati ramai peminat tegar sinetron di Malaysia. Yang menariknya, Cinta Laura yang juga seorang penyanyi, pelakon dan juga model bakal berusia 18 tahun pada 17 Ogos ini. Cinta Laura mempunyai darah campuran German dari ayahnya dan Indonesian iaitu ibunya.

Sumber asal - KapanLagi.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Zon Artis

Zon Artis


(Gambar) Erra Fazira Beli Harley Davidson

Posted: 14 Aug 2011 06:43 PM PDT

GAMBAR MOTOSIKAL HARLEY DAVIDSON ERRA FAZIRA

Straight to the point. Erra Fazira telah membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi pada Jumaat lepas (12 Ogos 2011) dan motosikal tersebut adalah Harley Davidson VRSCDX Night Rod Special.

Sedikit spesifikasi, Enjin'nya adalah liquid cooled Revolution 1,250cc unit, 60-degree V-Twin, built in kolaborasi dengan Porsche dan beratnya 289kg. Pergh! Power giler sampai meleleh air liur kami ni dibuatnya. Erra Fazira, kami nak pinjam sekejap boleh? Huhu..

Lagi gambar Erra Fazira bersama motosikal Harley Davidson baru'nya kat bawah ni. Tapi ingat, kalau tengok tu make sure jangan sampai meleleh air liur. Kang tak pasal-pasal plak batal puasa. Hehehe..

GAMBAR MOTOSIKAL HARLEY DAVIDSON ERRA FAZIRA

GAMBAR MOTOSIKAL HARLEY DAVIDSON ERRA FAZIRA

GAMBAR MOTOSIKAL HARLEY DAVIDSON ERRA FAZIRA

GAMBAR MOTOSIKAL HARLEY DAVIDSON ERRA FAZIRA

Psstt: Mana lebih cantik, Harley Davidson Erra Fazira ni ke atau Harley Davidson Tok Ti ni? Tapi yang pasti, dua-duanya mantap. Nama pun Harley Davidson kan? Kalau tak mantap, bukan Harley Davidson la namanya.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

(Gambar) Uniknya Kad Jemputan Kahwin Ashraf Muslim Ni

Posted: 14 Aug 2011 11:42 AM PDT

Kalau kad jemputan kahwin Zed Zaidi berbentuk Facebook, kad jemputan kahwin Noh Hujan dan Mizz Nina berbentuk kimono, Norman Hakim dan Memey Suhaiza macam ni, kad jemputan kahwin Ashraf Muslim pula direka seperti lembaran kitab suci Al-Quran. Sungguh unik sekali.

GAMBAR KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN ASHRAF MUSLIM

GAMBAR KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN ASHRAF MUSLIM

+ Gambar diambil dari BLOG INI

Seperti yang pernah kami maklumkan dulu, Ashraf Muslim akan melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Noor Dayana pada 1 Syawal di tanah suci Mekah. So, marilah sama-sama kita doakan agar apa yang sudah mereka rancangkan akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Psstt: Oh mak ai.. Lajunya diorang ni sembahyang..

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Airasia X’s Whale Of A Sale Is Back

Posted: 14 Aug 2011 10:38 PM PDT

AIRASIA X's WHALE OF A SALE IS BACK!
… Making an X-tra big splash with fares from as low as RM 199* one way

KUALA LUMPUR, 15 August 2011 – Staying true to its low-cost DNA and its passion and commitment to provide consumers with lowest air fares and competitive choices to the most sought-after global destinations, AirAsia X the Malaysian based long haul, low fare affiliate of AirAsia is once again offering a mega "Whale-of-a-Sale". The world's most cost-efficient airline is offering fares from as low as RM199* one way to India (New Delhi, Mumbai) and RM249* one way to amazing destinations such as Australia (Perth), Korea (Seoul), Japan (Tokyo, Osaka), Taiwan (Taipei) and China (Hangzhou, Tianjin, Chengdu). To add to our "Whale of a Sale", guests can opt to travel further to experience the Australian Outback and surf the waves in Australia (Melbourne, Gold Coast) or embark on a winter ski adventure in the Southern Alps, New Zealand (Christchurch) from as low as RM299* one way and experience the architectural wonders in Europe (Paris, London) with value for money fares from as low as RM 649* one way.

Promotional all-in fares for our Premium fly flat beds are also available from as low as RM779* one-way to Taiwan (Taipei) and RM799* one way to India (Mumbai, Delhi). Premium seats are also available to Chengdu, China from as low as RM849* one way, RM939* one way to Hangzhou and RM1049* one way to Tianjin. Other equally amazing premium seat fares are RM1319* one way to Australia (Perth, Gold Coast, Melbourne), RM1549* one way to Korea (Seoul), RM1569* one way to Japan (Tokyo, Osaka), RM2089* one way to France (Paris), RM2099* one way to New Zealand (Christchurch) and RM3389* one way to UK (London). The Whale of a Sale offer is available for online bookings from 1200hrs (GMT +8) on Mon, 15 August to Friday, 19 August 2011, for the travel period from 17 April – 10 September 2012. For more details, log on to www.airasia.com.
AirAsia X Chief executive Officer, Azran Osman-Rani said, "With this whale of a sale promotional offer, we truly stand by our slogan: Now Everyone can Fly X-tra Long. The X-tra value for money fare offerings will definitely entice the market to travel with us and provide an affordable opportunity to plan their next year holidays in advance. Guests can take this opportunity to explore our 16 international destinations in 10 countries throughout our AirAsia X network including our latest addition to our network – Osaka, Japan. Guests can also save up to 30% when they purchase their check-in baggage, meals, in-flight entertainment, seat selections and other add-ons online as well."

Guests can look forward to travel across AirAsia's extensive network with over 160 routes covering more than 76 destinations throughout Asia, Australia, New Zealand, India, Middle East and Europe. With AirAsia and AirAsia X's strong feeder network, guests are able to fly into our Kuala Lumpur hub and connect onwards to AirAsia's extensive network of over 160 routes in South East Asia, Asia, Europe and beyond.

With the inception of our Fly-Thru service early this year, guests are able to travel via multiple cities without a transit visa and also enjoy the added convenience of a single check-in service. Guests may take the advantage and travel to the land down under, Australia (Gold Coast, Melbourne, Perth) with added convenience via of our fly-thru services from India (Mumbai) with all in fares for as low as Rs11, 049* one way and from China (Hangzhou) for as low as RMB1, 229* one way. Guests wanting to travel half way around the world to the United Kingdom can do so via our fly-thru services from Australia (Perth) with all in fares from as low as AUD459* one way, from New Zealand (Christchurch) for NZD579* one way and China (Hangzhou) for RMB2, 109* one way.
For more information and real time updates on AirAsia's latest promotions as well as activities across the globe, follow AirAsia on Twitter (twitter.com/AirAsia) and Facebook (facebook.com/AirAsia).

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • AirAsia MAGNIFICENT MALAYSIA, INDONESIA and THAILAND
  • Airasia Celebrates Asean Day With Special Sale
  • Another AirAsia Mission Flight Arrives at LCCT
  • AirAsia Celebrates an AllStar Wedding!
  • Photo Tony Fernandes Dressed up as God of Prosperity
  • Airasia Launches Year-End Promo
  • Tun Dr. Mahathir flies on AirAsia X Today
  • AirAsia Philippine Patriots beat Westports KL Dragons
  • Airasia X To Appoint Y.B. Tan Sri Rafidah Aziz As Chairman
  • AirAsia The Fastest Growing Foreign Airline for Cargo
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

    Pelancaran Show 3 DIVA Ziana Zain, Jaclyn Victor & Suki

    Posted: 14 Aug 2011 10:23 PM PDT

    SAMBUTAN HARI RAYA BAHAGIA UNTUK 30 WANITA MUDA KEM MODAL INSAN KEWAJA

    Kuala Lumpur, 11Ogos 2011- Malam yang cukup indah untuk 30 wanita muda KEM MODAL INSAN KEWAJA apabila dihiburkan dengan pertunjukkan tiga DIVA popular Malaysia, Ziana Zain, Jaclyn Victor dan Suki Low. IQA (Mentor 4) dan kumpulan lelaki popular, VIP juga membuat persembahan sampingan pada malam itu. Selain daripada pertunjukkan artis, mereka juga dihiburkan dengan tarian berbilang bangsa oleh Kumpulan Tarian Swatari dan juga peluang untuk menikmati makanan lazat dengan artis-artis. Duit Raya dan cenderamata juga diberikan kepada mereka oleh Sungei Wang Plaza, Watson's dan artis-artis. Majlis pelancaran ini diadakan selaris dengan Sambutan 1Malaysia Aidilfitri dari 10 Ogos- 4 September 2011.

    3 Diva

    KEM MODAL INSAN KEWAJA (terletak di Gombak) merupakan sebuah rumah perlindungan wanita khas yang menempatkan wanita muda yang telah dieksploitasi dan didera serta diabaikan oleh keluarga mereka akibat terjebak dalam gejala sosial yang tidak sihat. Objektif utama rumah perlindungan ini adalah untuk menjaga wanita-wanita muda ini yang mempunyai anak luar nikah di samping membimbing mereka ke arah yang betul di masyarakat dengan sokongan moral yang mencukupi. Wanita-wanita muda ini akan dijaga sehingga tempoh "pantang bersalin" mereka tamat di mana anak yang dilahirkan itu akan diberikan kepada keluarga anak angkat atau di sesetengah situasi, akan diberikan balik kepada ibu kandung jika mereka berkemampuan untuk menjaga anak mereka.

    Mengikut KK Lim, Pengurus Kanan Bahagian Promosi dan Perhubungan Awam Sungei Wang Plaza, konsept 1Malaysia Aidilfitri ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama kaum dengan meraikan Hari Raya Aidilfitri ini bersama walaupun perayaan ini adalah untuk umat Islam. Dia bertambah lagi; " Untuk majlis pelancaran dan berbuka puasa ini, kami telah menjemput pihak KEWAJA untuk meraikan bersama kami supaya mereka tidak rasa ketinggalan atau sedih walaupun telah melalui kehidupan yang susah."

    3 Diva

    Artis pertama yang muncul atas pentas dengan Baju Kebaya putih yang bersinar sambil membawa guitar adalah IQA (Mentor 4) dengan nyanyian lagunya; "Di Penghujungnya" dan "Suasana Hari Raya" di mana dia berduet dengan Adam AF2 diikuti oleh Suki Low yang memakai cheongsam merah jambu dengan lagu melodinya; "Terlalu Mencintaimu" dan "Selamat Hari Raya". Kumpulan Tarian Swatari kemudiannya persembahkan tarian berbilang bangsa mereka yang berjudul "1Malaysia". Para penonton meriak keseronokan dengan tarian penuh semangat mereka yang menunjukkan jiwa "Satu Bangsa, Satu Negara". Kumpulan lelaki VIP kemudiannya naik ke pentas untuk persembahkan lagu popular mereka; "Lagu Sedih", "Tiga Kata" dan "Selamat Hari Raya" manakala Jaclyn Victor yang nampak sungguh menawan dengan baju kurung perangnya membuat para penonton terpesona dengan lagunya; "Jatuh Cinta" dan"Joget Aidilfitri". Puncak malam itu adalah persembahan Ziana Zain dengan lagunya; "Pawana" dan "Indahnya Di Hari Raya".

    Ruzitah Bahrum atau lebih dikenali sebagai Kak Itah merupakan penjaga serta "IBU BESAR" kepada penghuni KEWAJA. Kak Itah sungguh terharu dan gembira dengan pihak pengurusan kerana menjemput KEWAJA untuk meraikan Hari Raya bersama artis-artis. "Anak-anak muda ini tidak pernah keluar dari KEM KEWAJA untuk sambutan semeriah ini kerana mereka agak malu dan tidak akan berhadapan dengan masyarakat. Tetapi persembahan artis mala mini serta pemberian Duit Raya dan cenderamata oleh pihak pengurusan kepada KEWAJA pada malam ini telah membuatkan kami sungguh gembira dan terharu" Kata Ruzitah.

    Beberapa aktiviti telah disediakan untuk musim Aidilfitri ini di Sungei Wang Plaza. Antaranya termasuklah;

    • Pertunjukan 1Malaysia Dance Showcase dari 12 – 14 Ogos, 19 – 21 Ogos, 26 – 28 Ogos dan 2 – 4 September pada 8.30 malam.
    • Pertunjukan Fesyen 1Malaysia oleh Carven Ong dan Carven Ong Academy of Fashion pada 18 Ogos, 8.30 malam.
    • Pertandingan Beragam "Little Prince & Princess 1Malaysia Children Costume Contest pada 14 Ogos, 2 petang.
    • Bazar Aidilfitri yang akan berlangsung dari 12- 29 Ogos.

    1Malaysia Aidilfitri ditaja oleh Watson's. Penghargaan juga kepada Carven Academy of Fashion.


    3 Diva

    3 Diva

    3 Diva

    Tags: , , , , , , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ziana Zain, Jaclyn Victor & Suki Meriahkan 1Malaysia Aidilfitri
  • Gambar Ziana Zain Bertudung Bersama Jejaka Mana Ni?
  • Ziana Zain Selamat Melahirkan Anak Kembar Lelaki dan Perempuan
  • Apa Dah Jadi Dengan Tangan Ziana Zain?
  • Rancangan Raya Ziana Zain
  • Gambar Ziana Zain Hamil
  • Suki Kedekut Kerjasama?
  • Gambar Bayi Ziana Zain Diperkenalkan Pada Januari 2010
  • Sneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain
  • Lagu Pawana & Album Terbaru Ziana Zain Kini di Pasaran
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.