Harian Metro: Rap |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Harian Metro: Rap |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Zon Artis |
| (7 Gambar) Percutian Neelofa Di Itali Posted: 20 Nov 2012 12:45 PM PST
Sebenarnya, Neelofa pergi ke Itali untuk melakukan pengambaran bagi rancangan Nona. Sudah alang-alang di sana, Neelofa mengambil kesempatan yang ada untuk bercuti. Kata orang, menyelam sambil minum air. Selagi tak mengganggu jadual kerja, bagi kami itu ok. Seperti biasa, percutian tidak akan lengkap tanpa mengambil gambar. Kami rasa, anda pun bersetuju dengan kenyataan kami ini. Kan? Dan hasil skodeng, ada beberapa gambar Neelofa sepanjang keberadaannya di sana yang dimuat naik ke Instagram. Daripada beberapa gambar tu pula, satu daripadanya menunjukkan Neelofa bersama seorang jejaka yang jelas merupakan seorang Mat Saleh. Persoalannya, siapakah jejaka itu?
Foto: Instagram Neelofa |
| You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Sensasi |
| Pasangan Selebriti Hollywood terkaya Posted: 20 Nov 2012 07:56 AM PST Secara individu, mereka ini sudah cukup kaya dan berjaya dalam karier masing. Namun apabila mereka saling bertemu dan menjadi pasangan, harta kekayaan mereka bertambah dengan berlipat ganda. Menurut majalah perniagaan Forbes, berikut adalah lima pasangan paling kaya untuk tahun 2012 (Mei 2011 – 2012). 1. Beyonce Knowles & Jay-Z Pasangan muzik paling terkenal di dunia ini mempunyai pendapatan bersama sejumlah AS$78 juta (RM238.5 juta) iaitu AS$40 (RM122.3 juta) juta milik Beyonce melalui koleksi Dereon, iklan L'Oreal, DirecTV dan banyak lagi, manakala baki AS$38 juta (RM116.2 juta) milik Jay-Z yang dijana daripada konsert jelajah "Watch The Throne" dan pelaburannya). Bagaimana mereka membelanjakannya? Menyewa rumah di Hamptons bernilai AS$400,000 (RM1.22 juta) selama sebulan atau mungkin juga membeli hadiah sesama sendiri, seperti hadiah Beyonce kepada suami tercinta pada tahun 2010 - sebuah kereta Bugatti Veyron Fbg par Hermes untuk harijadi ke-41 Jay-Z yang bernilai AS$2.4 juta (RM7.33 juta). 2. Gisele Bundchen & Tom Brady Bintang quarterback futbol New England Patriots, Tom Brady dan isterinya, supermodel Gisele Bundchen memiliki pendapatan bersama AS$72 juta(RM235.45 juta) iaitu AS$45 juta (RM137.6 juta) milik Bundchen dan AS$27 juta (RM82.56 juta) milik Brady melalui kontrak dengan NEP selama empat tahun, juga sebagai model jenama UGG Boots dan Under Armour. Mereka mungkin memerlukan jumlah itu untuk menguruskan rumah agam mereka di Brentwood yang memakan kos sebanyak AS$20 juta (RM61.15 juta). 3. David Beckham & Victoria Beckham Bintang bola sepak dan fashionista ini mempunyai gabungan pendapatan berjumlah AS$54 juta (RM165.1 juta) dengan sebahagian besarnya dijana oleh David sendiri selepas menandatangani semula kontrak bersama LA Galaxy selain menjadi model Burger King, Sainsbury's dan Samsung iaitu AS$46 juta (RM140.66 juta) manakala Victoria pula memiliki nilai kekayaan AS$8 juta (RM24.4 juta) yang dihasilkan melalui jenama fesyennya dan royalti daripada album Spice Girls. Memiliki beberapa rumah agam seperti Beckingham di UK, rumah agam mereka di Beverly Hills dan ladang wain Victoria di Lembah Napa, pasangan ini memang pandai berbelanja besar dan mencari jalan untuk membayar semuanya! 4. Brad Pitt & Angelina Jolie Pasangan terkenal Hollywood ini berada di tempat keempat dengan gabungan pendapatan sebanyak AS$45 juta (RM137.6 juta). Pitt mendapatkan hasil sebanyak AS$25 juta (RM76.44 juta) daripada filemnya, "Moneyball" dan "Tree Of Life", sementara Jolie pula menjana pendapatan melalui filem dan juga menjadi jurucakap jenama seperti Louis Vuitton. 5. Will Smith & Jada Pinkett Smith Antara pasangan yang paling lama bertahan di Hollywood, mereka memiliki pendapatan bersama 2012 sebanyak AS$40 juta (RM122.3 juta), iaitu AS$30 juta (RM91.73 juta) datang daripada Will Smith yang kembali ke layar perak melalui "Men In Black 3" dan "After Earth". Sementara itu, Jada pula mengaut hasil daripada lakonan suaranya melalui animasi "Madagascar 3: Europe's Most Wanted" dan pelaburannya dalam Carol's Daughter, produk kecantikan yang dihasilkan oleh Lisa Price, di mana Jada juga bertanggungjawab sebagai jurucakapnya. |
| Liyana Jasmay tak sabar pulang bertemu Cinta Posted: 20 Nov 2012 07:53 AM PST |
| Breaking Dawn part 2- Malam pembukaan tayangan terbesar dalam sejarah filem Twilight Posted: 20 Nov 2012 07:41 AM PST Siapa peminat filem Twilight?? i ammm... Filem Breaking Dawn bakal ditayangkan pada 22 November 2012 di seluruh pawagam tanah air.. Di US,Filem ini telah ditayangkan dan mencatat kutipan tertinggi di malam pertama tayangannya dalam sejarah Filem Twilight dimana kutipan untuk malam tayangan berjumlah USD30.4 million,manakala tayangan tertinggi filem Twilight di malam tayangannya adalah USD30.3 million. Menurut boxoffice,Kutipan tertinggi malam tayangan filem setakat ini dipegang oleh Filem Harry Potter and The Deathly Hallows yang berjumlah USD43.5 million.. Sensasi tengok watak Bella yang dah jadi vampire nie makin cantik apabila warna rambut dan warna mata diubah dan wajah dimekapkan...sebab dulu Bella tak brapa mekap so wajah nampak sugul je.. Untuk pengetahuan korang,Filem Twilight ini adalah yang terakhir atau Finale dalam siri Filem Twilight...oh sedihh.. Ape lagi jum tengok.. |
| Pierre Andre berhijrah, ikut kumpulan tabligh untuk dekati agama Posted: 20 Nov 2012 07:08 AM PST "Anugerah yang paling hebat adalah kalimah "La ila ha illallah" yang Allah berikan kepada kita, letak dalam hati kita. Jagalah kalimah ini, carilah ia, kerana itulah kemenangan sebenar. Allahu akbar! Peace, love Allah, love Muhammad," begitulah ucapan Pierre Andre yang masih diingati oleh kita pada Anugerah Skrin 2012 yang lalu. Alhamdulillah,seorang lagi selebriti tanah air yang telah berhijrah dan mendekati agama.Pierre kini mengikuti kumpulan tabligh. Pierre sebelum ini pernah menyuarakan kekosongan hati dan jiwa lebih-lebih lagi tanpa pasangan..Dan seorang sahabat telah mengajak Pierre untuk menyertainya.Piere menemui kebahagiaan rohani apabila berhijrah. ![]() ![]() ![]() ![]() Pierre ketika di Anugerah Skrin 2012... ![]() |
| Video: Farid Kamil gembira ,Diana Danielle hamil anak sulung mereka Posted: 20 Nov 2012 07:02 AM PST https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEJh8SIWaHG_TC6oolB89Ddk7ZkW_ylFQuQRN2xShhmGG9swjYdQN6PzhPN2L2jyoBm4RXZ1eikNXwKKK7OYgO68VXX0DaJP_OOTqr1SXLjTJbMvVpUsCqe_Sc2lN3GVPdS5cd8XftthI/s320/305589_557763100916483_39191651_n.jpg Tahniah sangat-sangat buat pasangan pengantin baru yang cukup sweet dan cute bersama..Baru dua minggu bernikah,Diana Danielle berkongsi kegembiraan apabila mendapati dirinya hamil melalui ujian kehamilan. Farid, 31, pada mulanya seperti tidak percaya bagaimanapun bersyukur apabila berita isterinya Diana, 21, disahkan sendiri oleh empunya diri. "Syukur kepada Allah s.w.t apabila mendapat berita gembira itu. Saya rasa gembira sangat dan bersyukur,"kata Farid. Terdahulu, Diana Danielle berkongsi kegembiraan itu menerusi laman twitternya dengan menulis – "The most precious birthday present, thanks Allah SWT" dan disertakan sekeping gambar alat uji kehamilan yang menandakan dia kini hamil. Pemilik nama sebenar Farid Kamil Datuk Dr Zahari dan Diana Danielle Danny Beeson selamat dijabkabul pada 3 November lalu dalam sebuah majlis ringkas di tepi tasik Hotel Flamingo Ampang, Kuala Lumpur. |
| Gambar Liuney mengenakan gaun kahwin dengan disaluti 3,000 Mutiara Posted: 20 Nov 2012 06:50 AM PST |
| You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
| Acara Kutipan Tabung Amal Gaza Palestin Anjuran Usrah Fitrah Posted: 20 Nov 2012 06:06 PM PST Pada hari ini (21 November 2012) akan diadakan acara KUTIPAN TABUNG AMAL GAZA PALESTIN bermula jam 4.30 ptg – 6.30 petang di depan Pavilion KL, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Acara Kutipan Tabung Amal Gaza Palestin ini dianjurkan oleh Usrah Fitrah serta beberapa rakan selebriti dan artis yang lain bertujuan untuk membantu serta meringankan beban mangsa kekejaman Israel yang ditindas di Gaza, Palestin. Budiey juga rasa sangat kasihan dan bersimpati dengan penderitaan mangsa kekejaman Israel.Sekarang ini, Budiey lihat ramai artis yang begitu peka dan prihatin dengan penderitaan penduduk Palestin. Kita semua perlu mengutuk habis-habisan serangan yang telah pun mengorbankan seramai 100 orang mangsa setakat hari ini sejak pertengahan November lalu. Setiap hari ada sahaja mangsa berlumuran darah dan meninggal dalam keadaan yang sangat tragis. Bersyukurlah ya, kita hidup aman kat bumi Malaysia ni.
Kepada pembaca yang mahu datang, bolehlah berbuat demikian sebab Budiey kira ini adalah salah satu cabang atau cara untuk kita membantu. Jika Faizal Tahir mahu melelong semua trofi yang dimenangi untuk membantu mangsa yang teraniaya di Gaza, Palestin, mengapa tidak anda yang berkemampuan untuk menghulurkan sedikit derma. Antara artis dan selebriti yang terlibat ialah Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Diana Amir, Heliza Helmi, Siti Nordiana, Ayu Oiam, Ainul Aisyah, Zoey Rahman, Anding AF, Iqram Dinzly dan ramai lagi. Semoga dengan usaha Usrah Fitrah dan selebriti ini serta sumbangan anda dapat memberi sedikit sinar dan meringankan penderitaan kepada saudara-saudara seagama di Gaza di Bumi Palestin. Kepada anda yang ingin menghulurkan derma dan sumbangan, bolehlah datang sambil dapat beramah mesra bergambar dengan selebriti kegemaran masing-masing pada petang ini ya. Irma Hasmie Yatt Hamzah Heliza Helmi Iqram Dinzly Facebook Komen |
| 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Tonton Fear Factor Selebriti Malaysia Posted: 20 Nov 2012 03:52 PM PST 5 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU TONTON FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA Setiap orang dari kita bergelar manusia ada perasaan takut. Perasaan takut, ngeri, seriau, gayat, geli-geleman dan sebagainya… itu semua merupakan adalah perasaan yang normal yang menular dalam hati, jiwa dan perasaan kita dalam riwayat hidup manusia. Bohongla la kalau korang tak pernah rasa takut. Dalam hidup kita ni, rasa takut boleh melibatkan pelbagai situasi yang berbeza.Takut atau gayat apabila berada di tempat tinggi, seriau dengan tempat gelap, geli-geleman dengan binatang berbisa dan sebagainya. Ada setengah orang takut pada air pun ada. Air yang dalam. Itu pun takut. Kalau tanya pada Budiey, apa yang Budiey paling takut, Budiey akan jawab, Budiey takut sangat dengan ketinggian. Majoriti dari kita takut pada tempat yang tinggi, betul? Sesiapa sahaja akan rasa takut dengan ketinggian. Tapi sejauh mana Budiey boleh menghalang rasa takut itu bersarang dalam diri kita. Itu yang kita perlu tahu dan perlu kita atasi sebagai satu cabaran. Budiey nak ceritakan sedikit tentang pengalaman Budiey. Selepas mencebur diri dalam dunia blog ini, banyak kali juga Budiey mendapat tawaran untuk buat terjunan dari tempat tinggi. Haiyo, kalau tak terjun, nanti orang cakap kita pengejut, penakut, lembik dan sebagainya. ![]() Budiey berjaya melaluinya walaupun perasaan takut masa tu, Tuhan sahaja yang tahu. Kalau tengok rakaman video masa tu, nak ketawa pun ada sebab Budiey rasa Budiey terkencing dalam seluar semasa dilontar tinggi ke atas tu. ![]()
Buat-buat cool pun tak guna sebab memang jelas sangat Budiey takut untuk terjun dari tempat tinggi. Masa tu rasa nak terkencing pun ada. Kalau Budiey ada sakit jantung, dah lama pengsan kat situ. Masa nak buat terjunan tu, mulalah badan rasa nak demam.
Nak dijadikan cerita, masa nak buat terjunan tu, Budiey kata, tunggu sekejap, saya tak jadi nak terjun. Semua yang ada kat situ gelak. Budiey rasa malu pun ada masa tu sebab Budiey tewas dengan perasaan takut.Argh! Stress! Bercakap tentang takut ni, mengingatkan Budiey dengan sebuah program yang akan menemui penonton Astro tak lama lagi iaitu Fear Factor Selebriti Malaysia.Semasa diberitahu tentang program yang mencabar segala rasa ketakutan selebriti ini, Budiey rasa sangat teruja dan tak sabar nak tonton. Kalau bab-bab tengok selebriti kantoi ni, siapa yang tak nak tengok. Kadang-kadang tu, kita tak tahu, ada ramai selebriti yang kacak tapi takut pada kucing, takut pada tikus, lipas dan sebagainya. Ada jugak yang macam tu? Hahaha…jangan ketawakan orang, kita belum tentu lagi tahu macamana, kan? Tapi takut pada kucing, lipas, tikus, geli dengan lintah dan sebagainya bukan cabaran yang besar dalam Fear Factor Selebriti Malaysia. Banyak lagi cabaran yang besar menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta.Budiey dikhabarkan, seramai 30 orang peserta telah diterbangkan ke Cape Town, Afrika Selatan untuk menjalani rakaman ini termasuklah pelakon terkenal yang kini tengah bikin fenomena dalam Adam & Hawa iaitu Aaron Aziz yang menggalas tugas sebagai pengacara program realiti ini. Antara selebriti yang terlibat antaranya termasuklah Dafi, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka Ashraff, Ezlynn, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Celina Khor, Ammar, Atu Raja Lawak, Alam Wakaka Crew, Ajak Shiro, Dazrin, Hairul, Farish Aziz, Akim, Azam Pitt, Nik Michael, Arthur, Zoey, Dr Faiz, Gambit Saifullah, Azri, Zawen, Hafizul, Fairul, Didie Alias, Isham, Iz OIAM dan Yassin. Dalam ramai-ramai, Budiey rasa teruja nak tengok Didie Alias, Kaka dan Elfira Loy sebab mereka adalah wanita yang berani mencabar diri untuk menyertai pertandingan realiti ini.Tengok pada saiz tubuh Elfira Loy yang kecil itu, bolehkah dia mengawal diri dalam keadaan yang menakutkan atau dalam situasi yang membahayakan dirinya?
Jadi, jangan ingat selebriti yang bertubuh kecil tidak dapat menjadi juara dalam Fear Factor Selebriti Malaysia ya. Sebaliknya, selebriti yang kacak, bertubuh sasa tu tak semestinya akan menang. Sesiapa sahaja boleh jadi pemenang dan yang penting, selain nasib, cabaran dan juga kekuatan diri yang akan menentukannya. Pergh! Cayalah Elfira! Selain cabaran selebriti yang dramatik, Budiey nak tengok juga bagaimana cara Aaron Aziz mengendalikan dan mengacarakan program ini. Pasti ramai peminat Aaron terutama Aaronators yang nak tengok sebab Aaron Aziz jarang sekali dapat tawaran menjadi hos program. Budiey pun rasa yang sama, sebab sebelum ini, kita dah banyak disogokkan lakonan Aaron Aziz. Tapi kali ini, agaknya, berjayakah Aaron Aziz menjadi pengacara. Mana tahu, dengan program ini, Aaron Aziz menang Pengacara TV Lelaki Terbaik dalam anugerah berprestij? Mana kita tau kan? Dalam banyak-banyak peserta selebriti ni, Budiey rasa kumpulan Jehan Miskin bersama angkasawan negara, Dr Faiz Khaleed akan menang sebab tengoklah fizikal dan karakter Jehan dan Dr Faiz ni macamana. Jehan seorang yang sangat positif dan bersemangan waja.Dari wajahnya pun kita tahu, Jehan ni jenis orang yang berani menyahut cabaran. Kasilah apa sahaja cabaran, dia akan lakukan. Paling kelakar, Budiey rasa nak tengok gelagat Roslan Shah & Azam Pitt yang rata-rata kita tau Roslan Shah ni jenis yang sangat optimistik dan over confident. Juga tak ketinggalan Didie Alias bersama suaminya. Mesti lawak! 5 Sebab Mengapa Anda Semua Kena Tonton Fear Factor Selebriti Malaysia:
Apa-apa pun kita sama-sama tengok program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia ni. Budiey dengar, hadiah lumayan menanti 15 kumpulan selebriti yang bertanding. Jangan lupa tonton semua episod program ini mulai Disember depan di Astro Ria (saluran 104). Jangan lupa layari dan LIKE fanpage program ini di Facebook: https://www.facebook.com/FearFactorMalaysia Dan untuk info, layari sekarang: Video Bual Santai Budiey Bersama Elfira Loy & Kaka Peserta Fear Factor Selebriti Malaysia Video Bual Santai Budiey Bersama Bual Santai Zaween & IZ Fear Factor Selebriti Malaysia Video Bual Santai Budiey Bersama Zoey & Dafi Peserta Fear Factor Selebriti Malaysia Video Bual Santai Budiey Bersama Farish Aziz & Akim Ahmad Fear Factor Selebriti Malaysia Video Bual Santai Budiey Bersama Ruslan Shah & Azam Pitt dalam Fear Factor Selebriti Malaysia Facebook Komen |
| You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |