Adsense

Rabu, 1 Ogos 2012

borak kosong

borak kosong


Wanita Ini Memperkosa Pencuri Yang Masuk ke Salonnya

Posted: 01 Aug 2012 09:30 PM PDT



Entah rugi atau malah beruntung, kisah lelaki ini benar-benar aneh.

Seorang lelaki Rusia yang berniat mencuri di sebuah salon kecantikan justru dijadikan sebagai budak seks selama tiga hari setelah berhasil diperdayai oleh wanita yang tak lain adalah pemilik salon dan pemegang tali pinggang hitam karate.

Dalam pengakuannya ke polis, Viktor Jasinski (32) menerangkan, rencana awalnya pergi ke salon di Meshchovsk, Rusia, adalah untuk mencuri. Namun, fakta yang ditemuinya justru di luar dugaan, Viktor Jasinski berhasil ditewaskan oleh pemilik salon, Olga Zajac (28), hanya dengan sekali  tendangan.

Dalam keadaaan setengah sedar setelah berhasil dilumpuhkan, Jasinski diseret ke sebuah ruang di belakang salon oleh Olga Zajac yang kemudian mengikatnya dengan kabel hair dryer. Viktor Jasinski yang ditahan dengan cara diikatkan dalam keadaan telanjang di sebuah radiator selama tiga hari mengaku tidak diberi makan, kecuali diberi Viagra sebelum akhirnya dibebaskan.

Rupanya Viktor Jasinski tidak dapat menerima perlakuan terhadap dirinya sebagai budak seks. Viktor Jasinski kemudian melaporkan apa yang dialaminya ke polis.

Menerima laporan tersebut, polis segera mendatangi salon Olga Zajac. Namun, apa yang dikatakannya kepada polis?


"Dasar kurang ajar. Ya, kami memang berhubungan seks beberapa kali. Tapi saya membelikannya beberapa seluar jeans, memberikannya makan, dan bahkan wang 1.000 rubel sebelum dia pergi," kata Olga Zajac.
Alhasil, berdasarkan keterangan yang didapatkan polis, baik Viktor Jasinski mahupun Olga Zajac saat ini ditahan.

sumber 

Kate Beckinsale Akui Jarang Pakai Underwear

Posted: 01 Aug 2012 09:15 PM PDT


Kate Beckinsale (Foto: wikipedia)
Kate Beckinsale (Foto: wikipedia)
LOS ANGELES- Kate Beckinsale mengungkapkan bahawa dirinya tidak suka memakai seluar dalam. Artis 39 tahun ini merasa geraknya tidak bebas jika mengenakan underwear atau seluar dalam.

Bintang Total Recall ini mengakui sering tidak memakai seluar dalam di berbagai event yang dia hadiri. Namun, hal itu dia lakukan jika sedang mengenakan skirt panjang saja. Kerana dia tak mahu bahagian vital tubuhnya menjadi sasaran empuk para fotografer nakal.

"Aku tidak mengenakan underwear. Maksudku, kecuali kalau aku mengenakan skirt yang sangat pendek," ujarnya seperti dikutip Digitalspy,Khamis (2/8/2012).

"Atau mungkin kalau aku pergi dalam ekspedisi pegunungan dengan lapisan tambahan. Tapi tidak, aku tidak seperti mereka," tandasnya. 

Tingakt 2 rumah dijadikan tempat pelihara kambing,susunya dibeikan pada bayi

Posted: 01 Aug 2012 09:00 PM PDT

CHANGSHA - Wei Xingyu mengubah tingkat kedua di rumahnya di Cangsha, Provinsi Hunan, China, menjadi peternakan khusus untuk seekor  kambing. Wei pun memeras susu kambing miliknya untuk puterinya yang baru lahir

Peternakan di dalam rumah itu dibangun oleh Wei dan isterinya, sebelum puteri mereka lahir. Kebelakangan ini, berita skandal  berkaitan dengan produk susu terkontaminasi marak di China.

"Kami tidak tahu, apakah kami boleh mempercayai produk susu formula, setelah skandal muncul. Kami memutuskan untuk memproduksi susu itu di dalam rumah kami," ujar Wei, seperti dikutip Orange, Rabu (1/8/2012).

Pada 2008 lalu, susu yang terkontaminasi zat melamin terbukti menewaskan enam bayi dan membuat 300 ribu lainnya, jatuh sakit. Wei menegaskan, selama ini dirinya hanya ingin selamat dari peristiwa itu.

Lelaki penjual anggur itupun membeli dua ekor kambing betina dan memeliharanya di dalam rumahnya untuk diperas susunya. Wei juga sempat membawa seekor kambing jantan.

"Saya memotong rumput untuk mereka, kerana terlalu panas bila saya harus berjalan menggiring mereka ke rumah orangtua saya untuk merumput," tambahnya.(AUL)

Apartment termahal di Amerika Syarikat

Posted: 01 Aug 2012 08:45 PM PDT







Apartment termahal di Amerika Serikat (AS). Ini adalah apartment yang terletak di W. 56th Street, New York City, New York. Harganya bikin giler kerana dijual di angka 100 juta dollar AS .

Klinik di Jepun Menyediakan jasa Pembuatan Replika Janin 3 Dimensi

Posted: 01 Aug 2012 08:30 PM PDT


Menanti kelahiran anak adalah saat-saat penuh kebahagiaan yang dialami oleh setiap orangtua. Saat ini, dengan teknologi USG, orangtua sudah boleh melihat foto bayi mereka bahkan sebelum sang ibu melahirkan. Dan itu adalah momen-momen yang sungguh istimewa. Menyedari hal tersebut, sebuah perusahaan Jepun hendak memberikan pengalaman yang lebih mengesankan lagi kepada para orangtua, dengan mengabadikan bentuk janin mereka dalam bentuk replika 3D.
Klinik wanita Parkside Hiroo Ladies Clinic di Mintao-ku, Tokyo, bekerjasama dengan Fasotec, menyediakan jasa khusus untuk membuat replika 3D dari janin seorang pesakit.

Bagaimana proses pembuatannya? Pertama, sang ibu harus di-scan menggunakan mesin yang disebut MRI. Data dari hasil scan tersebut kemudian diolah oleh software 3D khusus dan dipindahkan kedalam mesin printer 3D. Printer kemudian akan mencetak bentuk janin kita memakai resin putih dan menyelimutinya dengan resin transparan.
Sayangnya, jasa yang disebut dengan "Shape of an Angel" tersebut masih cukup mahal. Pesakit harus menyediakan wang sebanyak 100.000 yen 

Atlet angkat berat wanita terlupa cukur bulu ketiak

Posted: 01 Aug 2012 08:15 PM PDT






STOMPer laoshu was amused to see this female Olympic weightlifter showing her hairy armpits on TV.


Said the STOMPer:


"Seen Lee From Australia! 


"At least shave...whole world is watching...


"The bushy armpit hair takes away the effort she puts in lifting the weight as the world can only remember what they saw under her armpit rather than what weight she lifted."


sumber : stomp.com.sg

Aneh, Wanita Ini Menikahi Dirinya Sendiri

Posted: 01 Aug 2012 08:00 PM PDT


Pernikahan merupakan peristiwa sakral yang menyatukan dua orang dalam satu ikatan. Tapi bagi Nadine Schweigert, pernikahan adalah momentum sakral di mana ia mengucap janji setia terhadap dirinya sendiri. Ya, ia menikahi dirinya sendiri.


 Berbalut gaun pengantin satin warna biru dengan buket mawar di tangan, wanita 36 tahun asal Fargo, North Dakota, Amerika Syarikat, itu berjalan menuju altar gereja. Tak ada pasangan di sampingnya. Hanya ada pendeta, keluarga, dan sekitar 45 teman.


 Wanita yang telah memiliki tiga anak dari mantan suaminya itu, mengucap janji setia kepada dirinya sendiri. Menikmati kehidupan tanpa pasangan, dan menikmati hubungan cinta seumur hidup dengan peribadinya, seperti dilaporkan surat khabar InForum.


 Upacara tukar cincin pun dilakukan secara simbolis antara dirinya dan "mempelai lelaki" di dalam dirinya. Sementara tamu yang hadir diminta meniupkan ciuman ke udara sebagai lambang restu, dilanjutkan upacara santap kek pengantin.


 Wanita yang merencanakan bulan madu seorang diri ke New Orleans, ini menjadikan pernikahan sebagai cara untuk menunjukkan kepada dunia bahawa ia tengah belajar mencintai dan menerima dirinya sebagai seorang wanita mandiri.


 "Saya mulanya menunggu seseorang datang dan membuat saya bahagia, tapi pada titik tertentu, seorang teman berkata, kenapa saya harus menikah dengan seseorang? Menikahlah sendiri dan raih kebahagiaan!" katanya.


 Niatnya menikah sendiri tentu mendapat banyak pertentangan. Banyak teman yang menganggapnya gila. Bahkan putranya sendiri juga memusuhi. "Aku mencintaimu ibu, tapi aku malu denganmu sekarang," kata Schweigert mengulang kalimat putranya yang berusia 11 tahun.


 Meski setiap orang memiliki hak untuk menikah, terlepas dari preferensi seksualnya, pernikahan Schweigert mengundang perdebatan mengenai makna ritual pernikahan yang sesungguhnya

Remaja ditahan kerana miliki pistol pegun telefon bimbit

Posted: 01 Aug 2012 07:45 PM PDT


LONDON: Seorang remaja ditahan selepas polis menemui pistol pegun dengan kekuatan 1.2 juta volt dan dalam bentuk telefon bimbit ditemui dalam keretanya, semalam.
Polis berkata, senjata itu 24 kali lebih berkuasa berbanding alat digunakan pihak berkuasa dan boleh membawa maut. Sumber berkata, suspek berusia 19 tahun ditahan dalam kereta Ford Focus yang dipandu tanpa perlindungan insurans di Edgware, London Utara.

"Apabila ditahan, polis memeriksa kenderaan itu dan menemui pistol pegun berkenaan yang kelihatan seperti telefon Nokia yang mempunyai elektrod di atasnya," katanya.


Dengan menekan butang pada sisi alat itu, senjata berkenaan boleh melumpuhkan mangsa dengan kekuatan elektrik yang tinggi.

Sumber itu berkata, suspek ditahan kerana disyaki memiliki senjata larangan dan diikat jamin sehingga bulan depan.


Katanya, ketika ditahan suspek ditemani seorang wanita tetapi dia tidak ditahan. "Senjata itu kini diperiksa pasukan forensik untuk mendapatkan lebih maklumat mengenainya," katanya.



Seseorang yang memiliki pistol pegun di Britain boleh dipenjara sehingga 10 tahun serta denda yang tidak dihadkan. Februari lalu, polis mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan kemasukan secara haram senjata seumpama itu yang dihasilkan menyerupai telefon bimbit. - DM



sumber : myMetro

Saman bos sendiri

Posted: 01 Aug 2012 07:30 PM PDT


SINGAPURA: Seorang jururawat pergigian menyaman Pengarah Pacific Healthcare Holdings (PHH), Benny Kwan atas dakwaan gangguan seksual.
Dia mendakwa Kwan berulang kali mengganggunya supaya bertemu janji.

Menurut The Straits Times, Mardiana Sarifudin, 31, turut membawa majikannya, Pacific Healthcare Specialist Services (PHSS) dan syarikat induk, PHH ke mahkamah kerana gagal melindunginya dan memastikan tempat kerja yang bebas gangguan. Dia meminta injuksi mahkamah terhadap Kwan yang cuba menghubunginya mellalui telefon atau dengan cara lain. Akhbar harian berbahasa Inggeris itu melaporkan gangguan itu berlaku selama sembilan bulan sejak September tahun lalu. Ibu tunggal dengan anak yang bersekolah itu mendakwa Kwan sering datang ke klinik tempat dia bekerja di Jalan Orchard dan berusaha mengancam kerja dan pendapatannya.


Dia mendakwa memberi nombor telefonnya kepada Kwan September tahun lalu atas permintaan lelaki itu kerana percaya ia berhubung dengan hal kerja. - Straits Times





SUMBER : MYMETRO

Berkata ‘pengecut’ jadi kesalahan jenayah

Posted: 01 Aug 2012 07:15 PM PDT


ROME: Mahkamah tertinggi di Itali semalam, menyifatkan memberitahu seorang lelaki yang dia "pengecut" sebagai satu penghinaan dan jenayah yang boleh dihukum denda kerana ia menjatuhkan maruah lelaki dalam satu kes perbicaraan melibatkan pertelingkahan antara dua sepupu.
Kes itu di bawa ke Mahkamah Tinggi oleh peguam bela yang dikenali sebagai Vittorio terhadap sepupunya Alberto, penjaga keamanan, untuk kata-kata yang digunakan ketika berhujah di mahkamah di Potenza, di selatan Itali. - AFP


sumber : myMetro

TV, Radio diberi sijil halal bagi elak pornografi

Posted: 01 Aug 2012 07:00 PM PDT


JAKARTA: Komisi Penyiaran Indonesia (KPID) bahagian Jawa Barat dan Majlis Ulama Indonesia (MUI) bersetuju untuk memberikan sijil halal kepada program radio dan televisyen bagi mencegah sebarang kandungan pornografi.
"Program TV seperti makanan. Jika makanan adalah untuk tubuh kita, maka program itu adalah untuk jiwa kita," kata Salim Umar daripada MUI cawangan Jawa Barat.

"Kami akan menganugerahkan label halal dengan harapan program disiarkan akan memperoleh rating lebih tinggi dan lebih ramai penonton," katanya sambil menambah program halal tidak akan mengandungi unsur pornografi.


Ketua KPID, Neneng Athiatul Faiziyah berkata, sijil seumpamanya akan melindungi penonton daripada pengaruh buruk.

"Ia telah ditetapkan dalam undang-undang penyiaran yang menyatakan program disiarkan di TV atau radio perlu mempunyai kandungan yang mematuhi nilai-nilai keagamaan," katanya. - Jakarta Post



sumber : myMetro

Cekup pasangan aib

Posted: 01 Aug 2012 06:45 PM PDT


REMBAU: Curiga penduduk kampung terhadap sepasang lelaki dan perempuan yang tidak membuka lampu selepas memasuki sebuah rumah kedai di Kampung Seri Kendong, dekat sini, terjawab apabila pasangan itu didapati memadu kasih dalam keadaan mengaibkan.
Difahamkan, ketika serbuan penduduk kampung, lelaki berusia 23 tahun itu hanya berseluar jean manakala pasangannya berusia 19 tahun berbogel dan kedua-dua mereka bukan penduduk kampung itu.

Kakitangan swasta, Idris Ibrahim, 38, berkata, ketika kejadian jam 12 tengah malam Sabtu lalu, dia dan tiga rakan berada di kedai minuman berhampiran kampung itu apabila ternampak pasangan terbabit sampai dengan sebuah motosikal di depan bangunan itu.


Difahamkan penduduk sering melihat lelaki berkenaan menghantar pasangannya ke rumah kedai itu.

"Kami nekad menyerbu rumah kedai itu apabila mendapati lelaki terbabit masih tidak beredar. "Lelaki itu hanya berseluar jean manakala perempuan berbogel. Apabila ditanya status hubungan, mereka mendakwa sudah bertunang dan bakal berkahwin hujung tahun ini," katanya.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kendong, Bahari Thani berkata, dua hari selepas kejadian itu penduduk kampung menangkap satu lagi pasangan dipercayai kekasih dalam kereta.



"Penduduk curiga apabila melihat kereta berada di lorong gelap bergoyang-goyang. Apabila dihampiri, seorang lelaki berusia 40-an dan wanita 30-an separuh bogel berada di dalamnya.

"Mereka memaklumkan kepada saya dan polis dihubungi untuk tindakan lanjut. Saya kesal kerana bulan puasa ini dicemari dengan perbuatan terkutuk," katanya.



sumber : myMetro

Korek pecah telinga anak

Posted: 01 Aug 2012 06:30 PM PDT


NILAI: Seorang wanita mendakwa kecuaian doktor Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) ketika mengeluarkan tahi telinga anak perempuannya awal April lalu, menyebabkan kedua-dua gegendang telinga kanak-kanak itu rosak.
Norizah Kamaruddin, 40, membawa anaknya, Natasha Maria Clara Muhammad Fazli, 8, ke HTJS tiga bulan lalu dan dirujuk ke Jabatan Pediatrik HTJS kerana anaknya menghadapi masalah kesukaran belajar sebelum dihantar ke Jabatan Otorinolaringologi (ORL), 9 April lalu.

"Anak saya diperiksa seorang doktor wanita yang memasukkan penyepit dan cuba mengeluarkan tahi telinga anak yang sudah keras.


"Saya tidak sedap hati melihat cara dia mengorek telinga anak berikutan tidak memasukkan sebarang ubat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Desa Casuarina di sini, semalam.

Norizah mendakwa, bagaimanapun, dia terkejut apabila melihat doktor berkenaan mengeluarkan sesuatu, darah memancut keluar dari telinga anak bongsunya itu.


"Doktor berkenaan tidak ambil peduli ketika saya bertanyakan hal itu, sebaliknya terus menjalankan rawatan sebelum anak saya menjerit kuat akibat kesakitan. "Dalam perjalanan pulang ke rumah, anak menangis tidak berhenti-henti dan saya panik apabila mendapati kedua-dua telinganya berdarah," katanya. Bimbang dengan keadaan itu, dia membawa Natasha ke sebuah klinik swasta di daerah ini dan doktor yang memeriksa anak saya mengesahkan gegendang telinganya luka serius akibat terkoyak.



"Malah, menurutnya, anak saya mungkin mengalami kecacatan kekal iaitu kurang pendengaran," katanya. Norizah yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Sepang.

"Anak saya bukan saja mungkin kehilangan pendengaran, tetapi juga terseksa dengan sering menangis dan tidak dapat tidur.


"Dia juga enggan mandi kerana takut air masuk ke telinganya," katanya yang bercadang mengambil tindakan undang-undang.

Norizah berkata, doktor pakar hospital swasta menyarankan Natasha dibedah bagi membaiki kerosakan telinganya, tetapi dia sekeluarga tidak mampu berikutan suaminya, Muhammad Fazli Lim Abdullah, 50, kini hanya berniaga di pasar malam dengan pendapatan tidak menentu. Sementara itu, Pengarah HTJS, Dr Jaafar Che Mat, menjelaskan anak Norizah dirujuk ke Jabatan ORL untuk ujian pendengaran dan pegawai perubatan mendapati ada tahi telinga keras pada kedua-dua saluran telinga.


"Tahi telinga kanan berjaya dikeluarkan, namun tahi telinga kiri terlalu keras. Pengadu diberi ubat untuk mencairkan tahi telinga itu dan diberi tarikh temu janji untuk ujian pendengaran," katanya.


Ditanya dakwaan doktor swasta mengesahkan kecederaan pada gegendang telinga, Jaafar berkata, perkara itu hanya dapat diketahui jika Norizah membenarkan pihaknya melakukan pemeriksaan.


"Kami mahu melakukan pemeriksaan rapi anak pengadu ketika pertemuan dengannya dan mencadangkan anaknya dimasukkan ke wad, tetapi tidak mendapat kerjasama.


"Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini, pihak hospital mencadangkan Norizah membawa semula anaknya ke hospital ini untuk rawatan susulan," katanya.



sumber : myMetro

Bayi lahir dalam bas

Posted: 01 Aug 2012 06:15 PM PDT


KOTA KINABALU: Seorang ibu muda sarat mengandung yang menempuh perjalanan lebih 400 kilometer untuk berbuka puasa bersama suaminya di bandar raya ini, terpaksa menjadikan bas ekspres dinaikinya 'bilik bersalin' apabila sakit perut sebaik tiba di Terminal Bas Inanam, dekat sini, kelmarin.
Norlyn Ajimula, 28, yang bertolak dari Lahad Datu, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.7 kilogram (kg), kira-kira jam 5.30 petang dan bayi itu dinamakan Dyana Adi, sempena nama bas ekspres dinaiki ibunya, Dyana Express.
Ketika ditemui di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Norlyn berkata, dia menaiki bas kira-kira jam 9 pagi untuk bertemu suaminya, Adi Mahari, 40, yang bekerja di bandar raya ini.

"Saya tidak mengalami sebarang masalah sehinggalah perut mula berasa sakit ketika bas ini menghampiri pekan Ranau, tetapi sakit berkenaan hilang secara tiba-tiba.



"Saya tidak terfikir untuk bersalin kerana masih terlalu awal selain lama-kelamaan sakit beransur hilang," katanya.



sumber : myMetro

13 tahun koma

Posted: 01 Aug 2012 06:00 PM PDT


BACHOK: "Bangunlah Along, emak teringin beraya dengan Along," rintih seorang ibu, Maziah Jusoh, 48, yang terus menaruh harapan supaya anaknya yang terlantar koma akibat dirempuh kereta 13 tahun lalu, kembali sedar untuk menyambut Aidilfitri.
Siti Suzaini Jailani yang kini berusia 20 tahun, koma selepas ditimpa kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat mengaji al-Quran ketika berusia tujuh tahun.
Sejak kejadian itu, zaman kanak-kanak Siti Suzaini atau lebih mesra dengan panggilan Along terus hilang kerana tubuhnya tidak lagi dapat bergerak dan hanya terlantar di tempat tidur.

Maziah berkata, Along hanya menggerakkan mata memerhatikan ahli keluarganya dan setiap kali tiba 1 Syawal sejak 13 tahun lalu, dia sebak melihat nasib anak sulungnya itu.



Menurutnya, sebelum kemalangan menimpanya, Along amat ceria pada Aidilfitri terutama apabila menjamah sate ayam dengan kuah kacang serta air laici kegemarannya.



sumber : myMetro

Tuala wanita berisi syabu

Posted: 01 Aug 2012 05:45 PM PDT


KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Afrika dikesan cuba menyeludup dadah dipercayai syabu dengan menyembunyikan kira-kira 500 gram dadah berkenaan pada alat sulitnya menggunakan pelapik khas dibentuk seperti tuala wanita.
Wanita berusia 30 tahun dan berasal dari Guinea, Afrika Selatan itu turut menyembunyikan satu kilogram lagi dadah sama dalam ruang khas bagasi dibawanya ditahan kira-kira jam 8 malam Khamis lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, wanita terbabit yang baru tiba dengan penerbangan dari Kaherah, Mesir, diperiksa secara rambang selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.


"Hasil pemeriksaan, polis menemui satu kilogram dadah dipercayai syabu dalam ruang khas beg dibawa suspek dan pemeriksaan lanjut menemui 515 gram dadah sama dalam pelapik khas seluar dalam dipakainya.

"Semua dadah itu dianggarkan bernilai RM270,000 dan mengikut rekod, suspek baru pertama kali masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial sebagai pelancong," katanya di sini, semalam.


Menurutnya, suspek membalut dadah itu dengan pita pelekat menjadi seperti tuala wanita sebelum menyembunyikan dalam seluar dalam dipakainya.



Noor Rashid berkata, seorang lelaki warga Iran berusia 41 tahun turut ditahan di KLIA pada 26 Julai lalu selepas polis menemui sejumlah 1.15 kilogram dadah dipercayai syabu bernilai RM200,000 dalam beg dibawanya.

"Lelaki itu ditahan sebaik tiba dengan penerbangan dari Doha, Qatar selepas pemeriksaan menemui dadah itu disembunyikan dalam ruang khas beg suspek," katanya.



sumber : myMetro

Puting berdarah

Posted: 01 Aug 2012 05:30 PM PDT

Puting berdarah! Walaupun tidak berbahaya, tetapi luka yang ditimbulkan sangat menyakitkan dan tidak menyenangkan. Gesekan antara t-shirt yang membuatnya berdarah. Hal ini terjadi biasanya untuk pelari yang berlari sangat lama dan berpeluh sangat banyak.















Aksi polis menumpaskan penculik

Posted: 01 Aug 2012 05:15 PM PDT

inilah aksi polis menumpaskan penculik ynag cuba
menculik seorang anak kecil.....








Budak tercucuk besi pagar

Posted: 01 Aug 2012 05:00 PM PDT


Baru berusia 6 tahun...Saksikan ketabahan budak ini...

'Ampo ' makanan di buat daripada tanah

Posted: 01 Aug 2012 04:45 PM PDT



Tuban, sebuah desa di daerah Jawa Timur Indonesia, menggunakan tanah untuk membuat "ampo" snack krim yang dipercaya sebagai ubat.






Menurut Rasima, pembuat ampo di Tuban, tidak ada resepi khas untuk membuat snack yang aneh ini. Semua yang dia lakukan adalah mencari tanah yang bersih, bebasdaripada batu-batu kecil, di cari di sekitar sawah di desa itu.Kemudian ditumbuk ke blok yang keras, dengan menggunakan tongkat, dan untuk mendapat tanah yang nipis untuk di gulung , pisau di buat daripada buluh di gunakan.




 Gulungan tanah tersebut kemudian dipanggang selama satu jam. Snack itu dijual dipasar untuk menambah pendapatan keluarganya.




Tuban adalah satu-satunya desa yang memakan tanah di dunia ini. Ada orang, di seluruh dunia, yang memakan pasir tapi tidak tanah yang dipanggang. 




Penduduk desa percaya ampo adalah pembunuh rasa sakit yang biasa dan akan membuat kulit bayi lembut, jika dimakan oleh ibu yang sedang hamil.

Perkara Yang Perlu Dilakukan Jika Putus Cinta

Posted: 01 Aug 2012 04:30 PM PDT

broken hearted Pictures, Images and Photos
Perkara yang perlu di lakukan jika anda putus cinta ialah : 

Jangan hubungi pasangan anda
  • Jangan telefon,sms,e-mel,atau apa-apa cara sekalipun yang boleh berhubungan dengannya.Jangan lakukan sebarang komunikasi dengan pasangan anda
Jangan Meluahkan Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda
  • Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda akhirnya anda memilih rakan pasangan anda untuk meluahkan masalah anda.Keadaan ini akan memburukkan lagi keadaan
Luahkan Perasaan Kepada Teman Rapat Anda Sahaja
  • Masalah cinta sepeti ini memerlukan seseorang yang betul -betul rapat dan memahami anda.Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda.Seelok- eloknya ahli keluarga.
Jangan Biarakan Diri Anda Keseorangan
  • Mungkin anda inginkan masa untuk berseorangan tapi pada hakikatnya anda perlukan seorang teman untuk menemani anda.Apabila anda letakkan diri anda keseorangan anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan
Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu Yang Menyeronokkan
  • Anda perlu sedar anda sedang bersedih.Jika anda terus bersedih maka tiada jalanpenyelesaian yang dapat anda lakukan.Oleh itu anda perlu menghadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan.Belikan sesuatu yang berharga kerana anda dapat mengharungi perpisahan ini

Wow..Jari Terpotong Berhasil Ditumbuhkan Lagi di Atas Perut

Posted: 01 Aug 2012 04:15 PM PDT


Demi menyelamatkan jari seorang lelaki yang hujungnya terpotong dan hilang, seorang doktor di China punya sebuah cara yang cukup ekstrim: Menyatukan jari lelaki tersebut dengan perutnya.

Sebuah gergaji mesin telah memotong jari tengah milik Wang Yongjun, 20, yang langsung melarikan dirinya sendiri ke hospital di Provinsi Liaoning setelah kemalangan itu terjadi.

Ketika doktor Huang Xuesong melihat keadaan jari pekerja furniture itu, ia kebingungan kerana hujung jari pesakitnya telah menghilang dan hanya menyisakan tulang tanpa jaringan otot mahupun kulit. Tapi jika ia tidak bergerak cepat, pria itu kemungkinan akan kehilangan jari tengahnya untuk selama-lamanya.

"Kami harus membuat keputusan yang cepat agar ia tidak kehilangan jarinya. Kami kemudian memutuskan untuk menumbuhkan sebuah ujung jari yang baru dari perutnya," ujar doktor Huang.

Menurut sang doktor, teknik ini adalah sebuah cara agar darah dapat terus bersirkulasi di jari yang terluka. Dengan begitu, kulit dan otot baru akan tumbuh disekitarnya.

Operasi berjalan sukses dan Wang dapat hujung jarinya yang baru dalam waktu sebulan nanti.


sumber/foto: Orange News

Sempena Hari Ibu Cuba Lihat Gambar Ini

Posted: 01 Aug 2012 04:00 PM PDT







Inilah kasih seorang ibu

Mengambil gambar itu mengasyikkan

Posted: 01 Aug 2012 11:00 AM PDT

Betapa asyiknya jurugambar-jurugambar ini mengambil
gambar.Bermacam-macam gaya yang dilakukan agar dapat
posisi yang menarik sehingga....








 pak cik ini terlupa nak tutup apa yang sepatutnya di tutup..


Jambatan air yang indah,sungai menyeberang sungai

Posted: 01 Aug 2012 10:30 AM PDT

Betapa indahnya pemandagan jambatan air ini..
sungai menyeberang  sungai....





Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Cahaya Ramadan Leya

Posted: 31 Jul 2012 09:54 PM PDT



SATU Ramadan merupakan detik bermulanya perubahan imej serta kehidupan seorang penyampai radio iaitu Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau lebih mesra disapa Leya kerana mengambil keputusan untuk berhijrah.
Namun, ketika ditebak persoalan mengenai penghijrahannya ini, Leya bukanlah seperti kebanyakan selebriti yang ringan mulut untuk berkongsi kisah perubahannya itu. Setiap persoalan yang ditanya oleh pihak media akan dijawab dengan jawapan yang hampir serupa.
"Ya, memang saya kini telah pun bertudung bermula 1 Ramadan lepas. Insya-Allah akan berpanjangan. Saya memang tidak mahu komen tentang penghijrahan saya ini, dan biarlah ia menjadi kisah peribadi saya," tutur Leya ringkas memberi jawapan terhadap perubahan dirinya.
Walaupun telah bertudung, apa yang pasti, Leya masih seorang yang ceria dan lantang bersuara seperti empunya diri dahulu. Insya-Allah, Leya sendiri mendoakan supaya perubahannya ini akan berkekalan hingga bila-bila.
Istimewa Ramadan
Cerita penyampai radio di stesen Hot FM ini tentang Ramadan, sepanjang 10 hari berpuasa, hanya dua atau tiga kali sahaja berbuka di luar. Selebihnya, dia lebih gemar berbuka di rumah bersama keluarga tercinta.
"Hanya beberapa kali saya berbuka di luar kerana tidak sempat dan yang lain saya akan berbuka di rumah kerana memang kebetulan tempat tinggal saya berdekatan dengan rumah keluarga saya.
ALEYA berdoa supaya dirinya akan kekal bertudung buat selama-lamanya.


"Saya memang minat memasak, tapi apabila memasak untuk diri saya seorang sahaja bersama anak-anak, suasananya tidak sama dengan berbuka riuh bersama keluarga. Baik saya pergi rumah mama. Jika bernasib baik, makanan sudah dimasak. Saya
memang suka berbuka bersama keluarga saya kerana suasananya sangat berbeza dan meriah. Begitu juga dengan kawan-kawan," tutur Leya tentang jadual Ramadannya.
Cerita Leya lagi, pada Ramadan pertama, mereka tidak sempat memasak kerana terlalu teruja dan leka membeli barangan runcit untuk persediaan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.
"Akhirnya, kami hanya berbuka dengan membeli nasi beriani yang sangat sedap. Kerana setelah selesai membeli, baru kami sedar yang kami tidak sempat memasak," ungkap Leya.
Bicara wanita kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini, antara menu istimewa yang harus ada setiap kali menjelang Ramadan ialah nasi ulam yang merupakan resipi dari arwah neneknya yang kini diamalkan oleh Leya dan keluarga.
Tambahnya, tentang resipi nasi ulam ini, ia harus mempunyai tujuh jenis ulam yang dipotong dan dimakan bersama nasi. Bagaimanapun, arwah neneknya mengubah suai resipi tersebut.
"Sebenarnya, ketujuh-tujuh ulam ini akan dipotong, namun arwah nenek ubah dari dipotong kepada dihiris halus-halus termasuk bawang, ikan masin serta udang kering yang kemudiannya digaul bersama.
GEMAR memasak, Aleya bagaimanapun lebih gemar berbuka puasa bersama keluarga di rumah.


"Namun oleh kerana mama saya gemar dengan ulam-ulaman, dari tujuh jenis, ditambah menjadi 13 jenis ulam. Bayangkan 13 jenis ulam perlu dihiris halus-halus. Penyediaannya memang leceh sedikit namun ia memang menu yang harus ada sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan," jelas Aleya yang mengatakan pada kebiasaannya nasi ulam tersebut akan dimakan bersama daging atau ikan bakar.
Bercerita tentang cerita raya pula, kata Leya, tahun ini, dia hanya akan bercuti sehari dan selepas itu akan menyambung kerja seperti biasa.
Oleh kerana cuti yang singkat, Leya hanya menyambutnya di Kuala Lumpur sahaja memandangkan keluarganya juga berada di sini. Dia juga tidak kisah untuk bekerja kerana minat dengan apa yang dilakukannya.
- ---

Ibadah Aida Khalida Lebih Lancar Sejak 'Berhijrah'

Posted: 31 Jul 2012 08:55 PM PDT

Aida Khalida
PETALING JAYA: Dramatis popular Aida Khalida mengakui urusan ibadahnya menjadi lebih mudah dan lancar sejak dia melakukan penghijrahan kira-kira empat tahun lalu.
Aida, 55, berkata jika sebelum ini dia berdepan kesukaran untuk melaksanakan ibadah termasuk berpuasa dan solat, segalanya berubah selepas dia memilih untuk berhijrah.
"Bayangkan, sebelum ini saya akui begitu payah dan 'berat' sangat untuk melakukan ibadah bersolat dan berpuasa.
"Namun bukan hendak takbur atau cakap besar tetapi sejak berhijrah saya tidak mempunyai masalah langsung atau keberatan untuk melakukan ibadah," katanya ketika dihubungi di sini.
Ditanya mengenai keaktifannya dalam lakonan sepanjang Ramadan ini, Aida berkata penghijrahannya tidak menjadi masalah untuk dia mengimbangi di antara tuntutan kerja dan ibadah.
"Kerja lakonan berjalan seperti biasa dan tiada sebab untuk saya berehat atas alasan berpuasa. Semuanya fleksibel dan kita sebagai Muslim kena bijak mengimbangi antara kerja dan ibadah.
"Walaupun usia makin meningkat, saya tidak mengalami kepenatan untuk berpuasa kerana sudah terbiasa melakukan puasa sunat hampir setiap minggu sejak berhijrah," katanya.
Tambah Aida, rezeki yang diperoleh daripada pendapatannya menjadi lebih berkat kerana ia berterusan dan tidak pernah putus.
"Alhamdulillah, pendapatan lakonan saya tidak terjejas, malah rezeki itu menjadi lebih berkat sejak saya bertudung.
"Kalau sebelum ini, dapat sebanyak mana pun wang pasti akan habis begitu sahaja tetapi sekarang rezeki itu sentiasa ada. Itulah perkara terhebat yang saya peroleh berkat penghijrahan ini," katanya.
Terbaru, bekas isteri kepada penyanyi Joe Radzwill ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Syahadat Cinta untuk TV AlHijrah.
- ---

Nora Danish Enggan Dilabel Tagih Cinta Lokasi

Posted: 31 Jul 2012 08:27 PM PDT

Nora menganggap gosip dirinya sedang bercinta dengan Shahiezy Sam adalah kelakar. 
KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish menganggap dakwaan terbaru yang mengatakan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan aktor Shaheizy Sam adalah satu topik yang benar-benar kelakar.
Nora, 30, berkata, gosip berkenaan yang disiarkan menerusi sebuah ruangan pojok akhbar mingguan pada Ahad lalu adalah tidak benar sama sekali kerana hubungannya dengan aktor kacak itu adalah atas dasar profesional semata-mata.
"Saya tidak marah apabila gosip itu keluar kerana saya tahu ia hanyalah andaian penulis tersebut sahaja.
"Hubungan saya dengan Sam juga profesional dan kami hanya sekadar kawan biasa," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Mencari Cinta di sini pada Isnin lalu.
Laporan akhbar tersebut mendakwa cinta di antara Sam dan Nora mula berputik ketika mereka bergandingan dalam filem terbaru berjudul 2 Kalimah arahan Eyra Rahman, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nora berkata, dia tidak mahu dilabelkan sebagai artis yang gemar menjalinkan hubungan cinta lokasi setiap kali terlibat dalam sebuah penggambaran.
Nora memberitahu perkara itu bukan kali pertama dia dikaitkan dengan pelakon lelaki gandingannya dalam filem kerana sebelum ini dia juga dituduh menjalinkan hubungan dengan Ady Putra yang menjadi hero dalam filem Aku Cuma Nikahinya.
"Jika asyik dikaitkan dengan pelakon lelaki yang berlakon dengan saya nanti dituduh pula sebagai artis yang gemar bermain cinta di lokasi walaupun ia tidak berlaku.
"Mungkin ia belum menjejaskan reputasi tetapi pada masa akan datang ia akan memberi kesan walaupun semua cerita itu tidak benar," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nora memberitahu dia teruja dapat berlakon dalam filemMencari Cinta yang menggandingkanya dengan pelakon Rusdi Ramli yang disifatkan sangat berpengalaman.
Nora berkata, filem berkenaan sangat mencabar kredibilitinya sebagai pelakon kerana bukan mudah untuk membawa watak romantik dalam sesebuah filem.
"Mungkin orang ingat berlakon cerita cinta ia senang tetapi sebenarnya bukan semudah yang disangka. Bagaimanapun saya bertuah kerana dikelilingi oleh ramai pelakon dan krew berpengalaman bagi menjayakan watak tersebut," katanya.
Tambah Nora, dia berharap lakonannya bersama Rusdi dalam filem tersebut tidak disensasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab selepas ini.
- ---

Hafiz AF Disaman Akibatkan Kecederaan

Posted: 31 Jul 2012 08:20 PM PDT

Hafiz
KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz (AF) yang popular dengan lagu Awan Nano hari ini di saman bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepadanya.
Nur Haniza Mohd Azhar, 25, selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, yang juga juara Akademi Fantasia ke-7, sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000.
Beliau memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini,menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co.
Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Mohd Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan "Salih Yaacob Show" di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.
Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak Mohd Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara.
Nur Haniza . Foto-Bernama
Nur Haniza, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan di syarikat permotoran, mendakwa ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Mohd Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya.
Beliau mendakwa tindakan Mohd Hafiz itu menyebabkannya mengalami kecederaanpada bahagian kaki dan beliau juga mendakwa penyanyi itu tidak membantunya.
Nur Haniza mendakwa beliau telah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas supaya Mohd Hafiz memohon maaf dan membayar ganti rugi tetapi Mohd Hafiz menafikan ada mencederakannya.
Nur Haniza mendakwa akibat kejadian itu, beliau kini masih merasa sakit pada bahagian kaki kanannya akibat kecederaan yang dialami dan hilang mata pencarian kerana disenaraihitamkan daripada bekerja untuk rancangan terbitan Astro serta terpaksa menanggung malu selepas kejadian itu yang turut disiarkan media.
Oleh itu, Nur Haniza menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi kehilangan aminiti, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA
- ---

Kenyataan Dari Al-Humaira' Contemporary Mengenai Isu Abby Abadi

Posted: 31 Jul 2012 08:18 PM PDT


Maklumbalas daripada Al-Humaira Contemporary Mengenai isu kontrak Duta Tudung mereka.
Assalam. Selamat pagi semua! Diharapkan anda semua mendapat keberkatan di pagi Ramadhan yg mulia ini. Rasanya ini entry terakhir drp pihak AHC berkaitan isu yg melibatkan AHC.

First of all, penamatan kontrak artis tersebut adalah disebabkan beberapa perkara / sebab yg telah pihak kami bincangkan dan persetujui. Sebab / perkara2 yg berkaitan tersebut termasuklah pembabitan beliau di dalam politik,
matlamat atau objektif kontrak tak tercapai spt yg kami harapkan, dan pelbagai lagi. Tapi 2 isu ini yg paling hebat dipersoalkan dan kami akan berikan penjelasan.

AHC memerlukan seorang duta yg berimej neutral di mata semua pelanggan. Apabila duta kami membabitkan diri dalam POLITIK parti tertentu secara terang-terangan, ini boleh memberikan kesan kpd mana2 bisnes kerana apabila artis tersebut sibuk dgn undangan ceramah, artis tersebut tidak lagi dapat memberikan full komitmen kpd task / tugasan yg sepatutnya beliau jalankan. Ingin kami tekankan, sama ada beliau join PAS, UMNO atau mana2 parti sekalipun, itu ialah hak peribadi mereka dan kami hormati. Cuma kami berpendapatan, utk bisnes kami, kami mahukan imej yg neutral. Harap anda boleh faham dan please respect pendapat kami ini. Bukan bermaksud join dan aktif berpolitik itu imej yg buruk, tapi tolong faham apa yg kami cuba nak sampaikan...

Berkenaan isu matlamat kontrak tidak tercapai... Tujuan utama kontrak ini dibuat ialah dengan harapan artis tersebut akan bergiat aktif semula di dalam bidang seni dan mempromosikan jenama AHC di bidang seni sama ada dlm bidang lakonan, pengacaraan dll. Terma ini kami ada nyatakan di dalam kontrak yg telah dipersetujui. Namun, matlamat kontrak tidak tercapai apabila artis tersebut memilih utk bergiat aktif di bidang lain tidak lama selepas kontrak ditandatangani. Harap jangan politikkan isu "matlamat" ini...

Sebenarnya, kontrak kami belum pun ditamatkan secara rasmi. Masih tiada hitam putih / notis utk pembatalan kontrak drp pihak kami secara sah mengikut terma yg termaktub di dalam kontrak, kerana perbincangan utk penamatan kontrak perlu dibuat antara kedua belah pihak bagi menyatakan sebab2 penamatan kontrak... Artis tersebut yg membuat asssumption awal sendiri bahawa kontrak ini akan ditamatkan kerana mungkin beliau juga telah merasakan dirinya tidak lagi mampu utk commit dgn tugasan bersama AHC. Kali terakhir pihak kami berjumpa dgn beliau ialah pada bulan Jun semasa shooting terakhir kami. Pihak kami sudah menyatakan hasrat utk berjumpa dan berbincang utk menamatkan perkara ini dgn baik, tapi perjumpaan gagal dilaksanakan atas ketidaksempatan beliau respons kpd kami, mungkin kerana kesibukan beliau memenuhi undangan ceramah. Kalau betullah kontrak itu mmg pihak kami tamatkan pada 4 Julai, kenapa pada 30 Julai baru beliau nak menyuarakan ketidakpuasan hati beliau? Apa pun, pihak kami akan tetap berjumpa juga dgn beliau untuk berbincang mengenai penamatan kontrak yg sah secara baik mengikut terma yg termaktub di dalam kontrak yg telah kami tandatangani.

Kami rasa cukup setakat ini sahaja penerangan drp pihak kami. Jika situasi ini berlanjutan hingga mencemarkan reputasi kami dgn lebih teruk dan pihak terbabit gagal untuk bersemuka dan berbincang utk menamatkan kontrak secara baik, kami akan membawa isu ini utk diselesaikan secara professional mengikut undang-undang. Segala bukti dan penerangan lanjut hanya akan disuarakan di depan pengadilan yg lebih layak. Harap maklum dan terima kasih atas sokongan AHC fans & customers sehingga kini. Terima kasih.
 GAM harap semuanya dapat dieselesaikan dengan cara baik.

Sumber: Fanpage AHC
- ---

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Hajat Fizz

Posted: 31 Jul 2012 03:07 PM PDT

Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 2011 tunai niat jamu peminat

AIR muka Fizz Fairuz tiba-tiba berubah apabila media bertanya mengenai buah hatinya Almy Nadia yang tidak kelihatan ketika pelakon popular itu menganjurkan majlis berbuka puasa bersama peminatnya, baru-baru ini.

Bukan saja media, malah rakan artis dan peminat yang dijamu hari itu tercari-cari tercari-cari kelibat pelakon jelita yang sudah diketahui umum menjalin hubungan istimewa dengan Fizz.

Apabila kita sudah memasang niat, kita harus tunaikan. Saya betul-betul mahu berehat pada bulan puasa ini. Saya juga bimbang sekiranya mengambil tawaran semata untuk memenuhi impian orang sedangkan kita tidak mahukannya". - Fizz Fairuz, Pelakon

Namun, sekalipun diasak soalan, Fizz hanya menggelengkan kepala beberapa kali bermaksud tidak mahu mengeluarkan walaupun sepatahpun jawapan.

Penerima trofi Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 menganjurkan majlis berbuka puasa bersama peminat sebagai melepaskan hajat sejak memenangi anugerah itu.

"Sejak memenangi trofi itu, saya memang berhajat membuat majlis kesyukuran, namun dengan kemenangan itu jugalah saya terus diintai penerbit dan pengarah dengan menawarkan peluang berlakon sehingga tidak ada ruang menganjurkan majlis ini.

"Di bulan baik inilah saya merasakan masa paling sesuai untuk meneruskan hajat, lebih-lebih lagi saya juga sudah memasang niat untuk tidak mengambil apa-apa tawaran berlakon sepanjang Ramadan," katanya yang pertama kali berehat penuh sepanjang bulan mulia ini.
Tak ralat tolak tawaran demi ibadat puasa

Kata Fizz, dia tidak sesekali ralat menolak tawaran yang datang sekalipun bidang lakonan adalah periuk nasinya selama ini.

"Apabila kita sudah memasang niat, kita harus tunaikan. Saya betul-betul mahu berehat pada bulan puasa ini. Saya juga bimbang sekiranya mengambil tawaran semata untuk memenuhi impian orang sedangkan kita tidak mahukannya," katanya yang terpaksa menolak dua tawaran filem dan drama episod baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fizz tidak sabar menantikan kemunculannya menerusi filem terbaru berjudul Mat Tudung terbitan KRU Studios.

"Saya paling tidak sabar menantikan filem itu kerana ia berbeza dengan filem lakonan saya sebelum ini. Filem komedi itu saya terima kerana jalan ceritanya, mesej yang kuat dan cabaran buat saya membawakan dua karektor di dalamnya.

"Bagaimana rupa agaknya bila saya memakai tudung? Tunggulah kemunculan lakonan saya sebagai Johari dan Johana dalam filem itu yang dijangka ditayangkan tahun depan.

"Selain itu, dua filem lakonan saya yang akan menemui penonton pada September ini juga terbitan KRU Studios iaitu Hantu Kapchai dan Bisikan Syaitan terbitan Primeworks Studios," katanya.

Sementara itu, majlis berbuka puasa itu turut dihadiri rakan artis seperti Diana Rafar, Fazli Zainal dan penerbit teater muzikal Tun Siti Hasmah, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.

Kata Fizz, dia mengundang lebih 10 rakan artis lain ke majlisnya namun akur dengan komitmen mereka yang sedang menjalankan tugas ketika itu.

"Bagaimanapun, alhamdulillah lebih 100 tetamu yang hadir merangkumi peminat dan rakan-rakan lain yang diundang menerusi twitter termasuk 50 peminat yang cepat memberi jawapan untuk hadir di majlis ini," katanya.

Syanie tangguh misi ke Melbourne

Posted: 31 Jul 2012 03:00 PM PDT

MEMANG pernah menyatakan hasrat berhijrah ke Melbourne, Australia dan mengusahakan perniagaan makanan Melayu. Tetapi nampaknya hasrat itu terpaksa dilupakan Syanie Hisham buat seketika.

Kematian nenek bulan lalu mendorong Syanie menangguhkan keinginan itu kerana tidak sampai hati membiarkan ibunya, Ruhanie Abd Rahman yang masih bersedih.

Mungkin tidak dalam waktu terdekat ini, namun Syanie mensasarkan akan tetap ke sana sebelum usianya mencecah 40, iaitu dua tahun dari sekarang. "Walaupun perancangan sudah separuh jalan, tetapi saya terpaksa batalkan rancangan itu kerana nenek baru meninggal dunia. Lagipun, bolehlah saya mencari individu yang sudi melabur untuk perniagaan ini.

"Mummy sendiri turut mempersoalkan apakah mudah berniaga di sana ketika saya menyatakan hasrat untuk buka perniagaan. Saya pula menganggap kepayahan yang akan dilalui sebagai cabaran.

"Kalau berniaga di sini, saya mungkin tidak perlu bersusah payah. Tapi bila di sana, kita tahu kita merantau jadi hendak tidak hendak, saya kena berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan restoran beroperasi," katanya.

Dua tahun lagi
Syanie mensasarkan sebelum usia menginjak 40 tahun, impiannya akan terlaksana. Di Melbourne, makanan Melayu sukar untuk dicari, tidak seperti makanan Cina dan Indonesia.

"Itulah timbulnya idea untuk membuka restoran makanan Melayu, kebetulan adik saya Syarina memiliki taraf penduduk tetap jadi lebih mudahlah proses kami untuk membuka perniagaan," kata Syanie.

Dalam rancak bercerita mengenai perniagaan makanannya, Syanie sempat meluahkan tawaran lakonannya semakin kurang. Jangan kata sebulan sekali, dua atau tiga bulan sekali pun payah mendapat tawaran berlakon.

Demi mengisi masa lapang pada Ramadan, pelakon berusia 38 tahun ini sibuk menjual kuih raya secara dalam talian.

Perniagaan yang diusahakan sejak tahun lalu mendapat maklum balas menggalakkan, malah menerima banyak ulangan tempahan. Selain berniaga kuih raya, Syanie turut mengusahakan perniagaan katering untuk produksi penggambaran.

Anak kepada pemilik syarikat produksi Nizarman Sdn Bhd itu berkata, sejak pelbagai syarikat produksi baru muncul, syarikat milik keluarganya itu semakin sepi.

"Tak dapat dinafikan persaingan kini terlalu sengit, stesen televisyen pula lebih gemar kepada syarikat baru. Tetapi Mummy pula jenis yang tidak mudah mengaku kalah, dia selalu suruh saya cari 'job'. Selagi tidak dapat dia suruh saya cuba sedaya upaya.

"Sekarang, Nizarman lebih tertumpu kepada pembikinan drama, selepas menanggung kerugian filem Pesona Non Grata, kami tidak mahu lagi buat filem.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Bakal timang cahaya mata ketiga

Posted: 31 Jul 2012 07:15 AM PDT

HAMPIR dua tahun menyepi daripada dunia seni selepas mendirikan rumah tangga, pelakon kecil molek, Juliana Ibrahim, 31, muncul semula dengan telemovie Bertemu Kasih bergandingan dengan pelakon Zizan Nin dan Faizal Hussein.

Selesai menjalani penggambaran telemovie berkenaan sebulan yang lalu, dia mengakui rindu untuk berlakon semula selepas lama berehat dan sibuk menguruskan keluarga.

Kembali menetap di tanah air selepas kerap berulang-alik ke kampung suami di Belanda sebelum ini, baginya inilah masa untuk aktif semula dalam bidang lakonan.

Ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Aquila Emas Sdn Bhd dan Hotel Federal bersama anak yatim, baru-baru ini, Juliana yang hadir bersama suami, Pelle Aardewerk dan anak kelihatan berseri-seri dan bahagia.


"Saya tidak pernah berhenti dan tiada istilah berhenti daripada bidang lakonan kerana inilah minat saya sejak dulu. Syukur suami memahami dan kini dia sudah mendapat pekerjaan di sini sebagai pengurus di syarikat teknologi maklumat (IT).


"Dengan kehadiran suami di sini mudahlah untuk saya kembali aktif dan mungkin tidak sukar lagi bagi penerbit atau sesiapa untuk mencari saya selepas ini.

"Tidak sangka juga sekembalinya ke tanah air, saya mula menerima pelbagai tawaran berlakon dan mengacara beberapa program," kata ibu kepada Luna Alyssa, 3, dan Alaia Zahira, 2, ini.

Selain gembira dengan kepulangannya ke tanah air di tambah pula suami dapat terus menetap di sini, Juliana juga berkongsi saat gembira apabila dia kini hamil tiga bulan dan bakal menimang cahaya mata ketiga.

"Saya teruja dan tidak sabar menantikan kelahiran ini. Jika sebelum ini saya dikurniakan dua cahaya mata perempuan dan jika diizinkan kelahiran kali ini biarlah lelaki. Namun saya menyerahkan segala-galanya pada Allah untuk menentukan soal jantina anak. Apa yang penting kami berdua dalam keadaan sihat dan selamat.

"Mungkin ada sesetengah orang beranggapan masa ini tidak sesuai untuk saya hamil, apatah lagi saya baru aktif semula bimbang tawaran berkurangan, bagi saya rezeki setiap orang sudah ditetapkan Allah.

"Walaupun sedang hamil, saya tidak menolak jika mendapat tawaran berlakon asalkan ia bersesuaian dengan keadaan diri saya kerana bagi saya, hamil bukan alasan untuk berehat panjang. Lagipun suami lebih menggalakkan saya bergerak aktif sepanjang tempoh kehamilan," katanya.

Selain mula sibuk dengan tawaran berlakon, Juliana juga mempunyai perancangan bakal membuka perniagaan dengan menjadi pengedar pakaian kanak-kanak jenama Dendilion yang berpusat di Bali, Indonesia.

"Tidak pernah terfikir saya bakal membuka perniagaan, namun gerak hati melihat fesyen yang cantik di samping jahitan yang kemas dihasilkan Dendilion menarik minat saya untuk mempromosikan jenama itu yang belum pernah memasuki pasaran negara ini.

"Tidak sangka minat saya mendapat sokongan dan kerjasama daripada seorang teman yang akan sama-sama berkongsi untuk mempromosikan jenama itu di sini.

"Insya-Allah segala-galanya sedang dalam perancangan dan jika tiada halangan, semua pakaian Dendilion akan dijual di butik rakan di Damansara selewat-lewatnya hujung tahun ini," katanya.

Bercerita mengenai sambutan hari raya tahun ini, ia sangat bermakna buat Juliana apabila pertama kali dia dapat meraikan bersama suami dan anak-anak di sini dalam tempoh waktu yang lama selepas suaminya berjaya mendapatkan pekerjaan tetap di sini.

Jika sebelum ini, dia dan suami sering terkejar-kejar berulang-alik ke Belanda, namun semua itu sudah tidak menjadi masalah, sebaliknya dia gembira dapat meraikannya bersama-sama dengan keluarga di Shah Alam.

Menurut Juliana, pengalaman menyambut hari raya sebelum ini memberi banyak peluang kepada suaminya untuk memahami budaya masyarakat Melayu di samping mencuba menu masakan yang biasa dihidangkan pada pagi Aidilfitri.

Katanya, suami juga berpuasa dan setakat ini tiada masalah buat suami dalam melakukan segala amalan dan suruhan yang wajib dilakukan orang Islam pada bulan Ramadan.

"Saya tidak pernah memaksa suami dalam melakukan sesuatu, namun melihat kesungguhannya berpuasa dan melakukan perkara wajib menambah semangat saya untuk membantunya.

"Suami juga sudah mula menyukai masakan rendang dan lemang walaupun pada mulanya dia agak janggal dengan masakan yang dihidangkan, tetapi lama kelamaan dia sudah biasa, malah makanan pedas kini menjadi menu kegemarannya.

"Suami juga cepat menyesuaikan diri dengan suasana dan saya tiada sebarang masalah untuk membantunya memahami cara hidup dan budaya di sini, malah suami mengerti apa yang perlu dan tidak untuk dilakukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/31


Soseh Soseh: Lepas popular mula curang

Posted: 31 Jul 2012 07:04 AM PDT

KISAH artis yang mula dikenali dan kenal erti popular kemudiannya mula lupa asal usul bukanlah perkara baru dalam dunia seni.

Rasanya sudah banyak kali SS dengar kisah sebegini kerana kehidupan baru sebagai artis jauh lebih hebat dan sekali gus membuatkan mereka lupa akan kehidupan lama.

Terbaru, SS terdengar pula cerita mengenai seorang bintang realiti yang khabarnya sudah mula melupakan kekasihnya yang sebelum ini banyak berjasa dengannya. Kiranya, hubungan cinta selama bertahun-tahun sebelum dia popular tidak lagi ada nilainya.

Maklumlah apabila sudah menjadi terkenal, pilihan akan lebih banyak depan mata.


Dulu kalau muka berkarat dan gaya selekeh, sekarang semua sudah berubah dan ramai pula yang datang menghimpit.


Jadi, kekasih yang dulunya banyak berkorban untuknya sudah tidak dipandang lagi. Rasanya kisah sebegini memang 'bernanah telinga' mendengarnya kerana ramai sangat artis terutamanya bintang program realiti yang bersikap begitu.

Lebih parah sebelum ini sampai terus tidak mengaku ada tunang dan isteri lagi hanya kerana tidak mahu saham jatuh kononnya. Teman yang menceritakan kisah bintang realiti ini bukan sengaja ingin menyampaikan gosip, sebaliknya dia hanya geram dan rasa marah apabila kawannya itu yang kini sudah dikenali sanggup berlaku curang kepada kekasihnya yang selama ini berkorban untuknya.

Sebaik tamat menyertai sebuah program realiti popular ini, artis tadi khabarnya terus menjalin hubungan dengan seorang lagi artis secara diam-diam.Peliknya, kekasih lama masih lagi ada dan pandai pula artis baru ini menyorokkan hubungan barunya itu dan tidak pula rahsia jahatnya terbongkar.

Sekarang ini kata teman SS itu lagi, artis yang memang menjadi kegilaan ramai itu sejak menyertai program realiti itu memang sedang bermadu asmara dengan kekasih barunya dan tanpa segan silu membawanya ke khalayak ramai.

Khabarnya, banyak kali juga bintang realiti tadi muncul di beberapa majlis rasmi dengan kekasih barunya itu. Bukan main lagi gayanya, romantis dan begitu intim macam pasangan baru berkahwin.

Kekasihnya yang memang percaya dan baik itu pula terus saja diperdaya kononnya ingin hidup mati dengannya tanpa mengetahui yang teman lelakinya itu curang padanya.

Ada juga teman-teman yang menegur tapi dimarahi pula oleh artis tadi dengan alasan dia tahu apa yang dilakukannya.

Tambah kawan SS itu lagi, artis tadi yang sudah dikenali lama sebelum popular itu memang mula lupa diri dan sekarang sikapnya juga banyak berubah berbanding sebelumnya.

SS: Teringat pula pada kisah seorang penyanyi popular yang dihalang bertemu tunangnya semata-mata ingin menjaga reputasi sebagai artis terkenal.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/31