Adsense

Rabu, 1 Ogos 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Cahaya Ramadan Leya

Posted: 31 Jul 2012 09:54 PM PDT



SATU Ramadan merupakan detik bermulanya perubahan imej serta kehidupan seorang penyampai radio iaitu Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau lebih mesra disapa Leya kerana mengambil keputusan untuk berhijrah.
Namun, ketika ditebak persoalan mengenai penghijrahannya ini, Leya bukanlah seperti kebanyakan selebriti yang ringan mulut untuk berkongsi kisah perubahannya itu. Setiap persoalan yang ditanya oleh pihak media akan dijawab dengan jawapan yang hampir serupa.
"Ya, memang saya kini telah pun bertudung bermula 1 Ramadan lepas. Insya-Allah akan berpanjangan. Saya memang tidak mahu komen tentang penghijrahan saya ini, dan biarlah ia menjadi kisah peribadi saya," tutur Leya ringkas memberi jawapan terhadap perubahan dirinya.
Walaupun telah bertudung, apa yang pasti, Leya masih seorang yang ceria dan lantang bersuara seperti empunya diri dahulu. Insya-Allah, Leya sendiri mendoakan supaya perubahannya ini akan berkekalan hingga bila-bila.
Istimewa Ramadan
Cerita penyampai radio di stesen Hot FM ini tentang Ramadan, sepanjang 10 hari berpuasa, hanya dua atau tiga kali sahaja berbuka di luar. Selebihnya, dia lebih gemar berbuka di rumah bersama keluarga tercinta.
"Hanya beberapa kali saya berbuka di luar kerana tidak sempat dan yang lain saya akan berbuka di rumah kerana memang kebetulan tempat tinggal saya berdekatan dengan rumah keluarga saya.
ALEYA berdoa supaya dirinya akan kekal bertudung buat selama-lamanya.


"Saya memang minat memasak, tapi apabila memasak untuk diri saya seorang sahaja bersama anak-anak, suasananya tidak sama dengan berbuka riuh bersama keluarga. Baik saya pergi rumah mama. Jika bernasib baik, makanan sudah dimasak. Saya
memang suka berbuka bersama keluarga saya kerana suasananya sangat berbeza dan meriah. Begitu juga dengan kawan-kawan," tutur Leya tentang jadual Ramadannya.
Cerita Leya lagi, pada Ramadan pertama, mereka tidak sempat memasak kerana terlalu teruja dan leka membeli barangan runcit untuk persediaan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.
"Akhirnya, kami hanya berbuka dengan membeli nasi beriani yang sangat sedap. Kerana setelah selesai membeli, baru kami sedar yang kami tidak sempat memasak," ungkap Leya.
Bicara wanita kelahiran Petaling Jaya, Selangor ini, antara menu istimewa yang harus ada setiap kali menjelang Ramadan ialah nasi ulam yang merupakan resipi dari arwah neneknya yang kini diamalkan oleh Leya dan keluarga.
Tambahnya, tentang resipi nasi ulam ini, ia harus mempunyai tujuh jenis ulam yang dipotong dan dimakan bersama nasi. Bagaimanapun, arwah neneknya mengubah suai resipi tersebut.
"Sebenarnya, ketujuh-tujuh ulam ini akan dipotong, namun arwah nenek ubah dari dipotong kepada dihiris halus-halus termasuk bawang, ikan masin serta udang kering yang kemudiannya digaul bersama.
GEMAR memasak, Aleya bagaimanapun lebih gemar berbuka puasa bersama keluarga di rumah.


"Namun oleh kerana mama saya gemar dengan ulam-ulaman, dari tujuh jenis, ditambah menjadi 13 jenis ulam. Bayangkan 13 jenis ulam perlu dihiris halus-halus. Penyediaannya memang leceh sedikit namun ia memang menu yang harus ada sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan," jelas Aleya yang mengatakan pada kebiasaannya nasi ulam tersebut akan dimakan bersama daging atau ikan bakar.
Bercerita tentang cerita raya pula, kata Leya, tahun ini, dia hanya akan bercuti sehari dan selepas itu akan menyambung kerja seperti biasa.
Oleh kerana cuti yang singkat, Leya hanya menyambutnya di Kuala Lumpur sahaja memandangkan keluarganya juga berada di sini. Dia juga tidak kisah untuk bekerja kerana minat dengan apa yang dilakukannya.
- ---

Ibadah Aida Khalida Lebih Lancar Sejak 'Berhijrah'

Posted: 31 Jul 2012 08:55 PM PDT

Aida Khalida
PETALING JAYA: Dramatis popular Aida Khalida mengakui urusan ibadahnya menjadi lebih mudah dan lancar sejak dia melakukan penghijrahan kira-kira empat tahun lalu.
Aida, 55, berkata jika sebelum ini dia berdepan kesukaran untuk melaksanakan ibadah termasuk berpuasa dan solat, segalanya berubah selepas dia memilih untuk berhijrah.
"Bayangkan, sebelum ini saya akui begitu payah dan 'berat' sangat untuk melakukan ibadah bersolat dan berpuasa.
"Namun bukan hendak takbur atau cakap besar tetapi sejak berhijrah saya tidak mempunyai masalah langsung atau keberatan untuk melakukan ibadah," katanya ketika dihubungi di sini.
Ditanya mengenai keaktifannya dalam lakonan sepanjang Ramadan ini, Aida berkata penghijrahannya tidak menjadi masalah untuk dia mengimbangi di antara tuntutan kerja dan ibadah.
"Kerja lakonan berjalan seperti biasa dan tiada sebab untuk saya berehat atas alasan berpuasa. Semuanya fleksibel dan kita sebagai Muslim kena bijak mengimbangi antara kerja dan ibadah.
"Walaupun usia makin meningkat, saya tidak mengalami kepenatan untuk berpuasa kerana sudah terbiasa melakukan puasa sunat hampir setiap minggu sejak berhijrah," katanya.
Tambah Aida, rezeki yang diperoleh daripada pendapatannya menjadi lebih berkat kerana ia berterusan dan tidak pernah putus.
"Alhamdulillah, pendapatan lakonan saya tidak terjejas, malah rezeki itu menjadi lebih berkat sejak saya bertudung.
"Kalau sebelum ini, dapat sebanyak mana pun wang pasti akan habis begitu sahaja tetapi sekarang rezeki itu sentiasa ada. Itulah perkara terhebat yang saya peroleh berkat penghijrahan ini," katanya.
Terbaru, bekas isteri kepada penyanyi Joe Radzwill ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Syahadat Cinta untuk TV AlHijrah.
- ---

Nora Danish Enggan Dilabel Tagih Cinta Lokasi

Posted: 31 Jul 2012 08:27 PM PDT

Nora menganggap gosip dirinya sedang bercinta dengan Shahiezy Sam adalah kelakar. 
KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish menganggap dakwaan terbaru yang mengatakan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan aktor Shaheizy Sam adalah satu topik yang benar-benar kelakar.
Nora, 30, berkata, gosip berkenaan yang disiarkan menerusi sebuah ruangan pojok akhbar mingguan pada Ahad lalu adalah tidak benar sama sekali kerana hubungannya dengan aktor kacak itu adalah atas dasar profesional semata-mata.
"Saya tidak marah apabila gosip itu keluar kerana saya tahu ia hanyalah andaian penulis tersebut sahaja.
"Hubungan saya dengan Sam juga profesional dan kami hanya sekadar kawan biasa," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Mencari Cinta di sini pada Isnin lalu.
Laporan akhbar tersebut mendakwa cinta di antara Sam dan Nora mula berputik ketika mereka bergandingan dalam filem terbaru berjudul 2 Kalimah arahan Eyra Rahman, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nora berkata, dia tidak mahu dilabelkan sebagai artis yang gemar menjalinkan hubungan cinta lokasi setiap kali terlibat dalam sebuah penggambaran.
Nora memberitahu perkara itu bukan kali pertama dia dikaitkan dengan pelakon lelaki gandingannya dalam filem kerana sebelum ini dia juga dituduh menjalinkan hubungan dengan Ady Putra yang menjadi hero dalam filem Aku Cuma Nikahinya.
"Jika asyik dikaitkan dengan pelakon lelaki yang berlakon dengan saya nanti dituduh pula sebagai artis yang gemar bermain cinta di lokasi walaupun ia tidak berlaku.
"Mungkin ia belum menjejaskan reputasi tetapi pada masa akan datang ia akan memberi kesan walaupun semua cerita itu tidak benar," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nora memberitahu dia teruja dapat berlakon dalam filemMencari Cinta yang menggandingkanya dengan pelakon Rusdi Ramli yang disifatkan sangat berpengalaman.
Nora berkata, filem berkenaan sangat mencabar kredibilitinya sebagai pelakon kerana bukan mudah untuk membawa watak romantik dalam sesebuah filem.
"Mungkin orang ingat berlakon cerita cinta ia senang tetapi sebenarnya bukan semudah yang disangka. Bagaimanapun saya bertuah kerana dikelilingi oleh ramai pelakon dan krew berpengalaman bagi menjayakan watak tersebut," katanya.
Tambah Nora, dia berharap lakonannya bersama Rusdi dalam filem tersebut tidak disensasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab selepas ini.
- ---

Hafiz AF Disaman Akibatkan Kecederaan

Posted: 31 Jul 2012 08:20 PM PDT

Hafiz
KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz (AF) yang popular dengan lagu Awan Nano hari ini di saman bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepadanya.
Nur Haniza Mohd Azhar, 25, selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, yang juga juara Akademi Fantasia ke-7, sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000.
Beliau memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini,menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co.
Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Mohd Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan "Salih Yaacob Show" di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.
Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak Mohd Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara.
Nur Haniza . Foto-Bernama
Nur Haniza, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan di syarikat permotoran, mendakwa ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Mohd Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya.
Beliau mendakwa tindakan Mohd Hafiz itu menyebabkannya mengalami kecederaanpada bahagian kaki dan beliau juga mendakwa penyanyi itu tidak membantunya.
Nur Haniza mendakwa beliau telah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas supaya Mohd Hafiz memohon maaf dan membayar ganti rugi tetapi Mohd Hafiz menafikan ada mencederakannya.
Nur Haniza mendakwa akibat kejadian itu, beliau kini masih merasa sakit pada bahagian kaki kanannya akibat kecederaan yang dialami dan hilang mata pencarian kerana disenaraihitamkan daripada bekerja untuk rancangan terbitan Astro serta terpaksa menanggung malu selepas kejadian itu yang turut disiarkan media.
Oleh itu, Nur Haniza menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi kehilangan aminiti, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA
- ---

Kenyataan Dari Al-Humaira' Contemporary Mengenai Isu Abby Abadi

Posted: 31 Jul 2012 08:18 PM PDT


Maklumbalas daripada Al-Humaira Contemporary Mengenai isu kontrak Duta Tudung mereka.
Assalam. Selamat pagi semua! Diharapkan anda semua mendapat keberkatan di pagi Ramadhan yg mulia ini. Rasanya ini entry terakhir drp pihak AHC berkaitan isu yg melibatkan AHC.

First of all, penamatan kontrak artis tersebut adalah disebabkan beberapa perkara / sebab yg telah pihak kami bincangkan dan persetujui. Sebab / perkara2 yg berkaitan tersebut termasuklah pembabitan beliau di dalam politik,
matlamat atau objektif kontrak tak tercapai spt yg kami harapkan, dan pelbagai lagi. Tapi 2 isu ini yg paling hebat dipersoalkan dan kami akan berikan penjelasan.

AHC memerlukan seorang duta yg berimej neutral di mata semua pelanggan. Apabila duta kami membabitkan diri dalam POLITIK parti tertentu secara terang-terangan, ini boleh memberikan kesan kpd mana2 bisnes kerana apabila artis tersebut sibuk dgn undangan ceramah, artis tersebut tidak lagi dapat memberikan full komitmen kpd task / tugasan yg sepatutnya beliau jalankan. Ingin kami tekankan, sama ada beliau join PAS, UMNO atau mana2 parti sekalipun, itu ialah hak peribadi mereka dan kami hormati. Cuma kami berpendapatan, utk bisnes kami, kami mahukan imej yg neutral. Harap anda boleh faham dan please respect pendapat kami ini. Bukan bermaksud join dan aktif berpolitik itu imej yg buruk, tapi tolong faham apa yg kami cuba nak sampaikan...

Berkenaan isu matlamat kontrak tidak tercapai... Tujuan utama kontrak ini dibuat ialah dengan harapan artis tersebut akan bergiat aktif semula di dalam bidang seni dan mempromosikan jenama AHC di bidang seni sama ada dlm bidang lakonan, pengacaraan dll. Terma ini kami ada nyatakan di dalam kontrak yg telah dipersetujui. Namun, matlamat kontrak tidak tercapai apabila artis tersebut memilih utk bergiat aktif di bidang lain tidak lama selepas kontrak ditandatangani. Harap jangan politikkan isu "matlamat" ini...

Sebenarnya, kontrak kami belum pun ditamatkan secara rasmi. Masih tiada hitam putih / notis utk pembatalan kontrak drp pihak kami secara sah mengikut terma yg termaktub di dalam kontrak, kerana perbincangan utk penamatan kontrak perlu dibuat antara kedua belah pihak bagi menyatakan sebab2 penamatan kontrak... Artis tersebut yg membuat asssumption awal sendiri bahawa kontrak ini akan ditamatkan kerana mungkin beliau juga telah merasakan dirinya tidak lagi mampu utk commit dgn tugasan bersama AHC. Kali terakhir pihak kami berjumpa dgn beliau ialah pada bulan Jun semasa shooting terakhir kami. Pihak kami sudah menyatakan hasrat utk berjumpa dan berbincang utk menamatkan perkara ini dgn baik, tapi perjumpaan gagal dilaksanakan atas ketidaksempatan beliau respons kpd kami, mungkin kerana kesibukan beliau memenuhi undangan ceramah. Kalau betullah kontrak itu mmg pihak kami tamatkan pada 4 Julai, kenapa pada 30 Julai baru beliau nak menyuarakan ketidakpuasan hati beliau? Apa pun, pihak kami akan tetap berjumpa juga dgn beliau untuk berbincang mengenai penamatan kontrak yg sah secara baik mengikut terma yg termaktub di dalam kontrak yg telah kami tandatangani.

Kami rasa cukup setakat ini sahaja penerangan drp pihak kami. Jika situasi ini berlanjutan hingga mencemarkan reputasi kami dgn lebih teruk dan pihak terbabit gagal untuk bersemuka dan berbincang utk menamatkan kontrak secara baik, kami akan membawa isu ini utk diselesaikan secara professional mengikut undang-undang. Segala bukti dan penerangan lanjut hanya akan disuarakan di depan pengadilan yg lebih layak. Harap maklum dan terima kasih atas sokongan AHC fans & customers sehingga kini. Terima kasih.
 GAM harap semuanya dapat dieselesaikan dengan cara baik.

Sumber: Fanpage AHC
- ---