Adsense

Isnin, 14 Mei 2012

borak kosong

borak kosong


Keluarga ini Dipenuhi Perempuan dari 6 Generasi

Posted: 14 May 2012 09:30 PM PDT

VIRGINIA - Mollie Wood, nenek yang usianya mencapai 111 tahun terus berkumpul dengan keluarganya setiap acara besar. Wood bahkan mempunyai keturunan dari lima generasi dibawahnya. 

"Mumma (panggilan Mollie) merawat dirinya sendiri," kata putri Wood bernama Louise Minter yang berusia 88 tahun, seperti dikutip Daily Mail, Isnin (14/5/2012).

Generasi ketiga dari perempuan kelugar Mollie bernama Bette Woodson dan sudah berusia 70 tahun. Dia memiliki anak wanita bernama Marlo Shifflett dengan usia 39 tahun. 

Sedangkan generasi terakhir, Braylin Marie Higgins yang baru berusia tujuh minggu, dilahirkan oleh putri dari Marlo yang bernama Savannah Shifflett di usianya yang ke-16 tahun.     
 
Wood lahir di Charlottesville pada tahun 1901. Selain umurnya yang panjang, Wood juga mewariskan etos kerja yang kuat untuk anak-anaknya.

"Dia adalah seorang pekerja keras. Kami tidak pernah punya banyak wang tetapi selalu punya banyak makan kerana dia bekerja di kebun. Suaminya terserang penyakit polio dan tidak boleh bekerja," tambahnya.

"Saya tidak ingin seperti Ibu. Dia juga tidak ingin memiliki umur panjang. Dia memiliki hari-hari baik tetapi 90 peratus dari waktunya diisi dengan rasa ketidaktahuannya terhadap dunia sekitar," tutupnya.

Lelaki Ini Ditahan Kerana Berbasikal Sambil Bogel

Posted: 14 May 2012 09:15 PM PDT

KEMAH - Polis Texas, Amerika Syarikat (AS) menangkap seorang lelaki yang berbasikal tanpa mengenakan pakaian. Lelaki itu ditangkap ketika melintas di sebuah jambatan.

Lelaki yang bernama Joseph Farley langsung diperiksa oleh polis di Kota Kemah, Texas, setelah kedapatan berbasikal tanpa mengenakan pakaian. Polis mendapat informasi tentang lelaki  itu dari laporan para pejalan kaki.

Menurut laporan, lelaki berusia 45 tahun itu melucuti seluruh pakaiannya di bawah Jambatan Kemah dan langsung berbasikal di atas jembatan itu.

"Dia (Farley) mengatakan, dirinya nyaman berada dalam keadaan seperti itu. Saya pun tidak mengetahui, apa maksud perkataan Farley," ujar Kepala Polisi Kemah Greg Rikard, seperti dikutip Orange, Isnin (14/5/2012).
 

Akibat dari perbuatannya, Farley pun menerima dakwaan berupa perbuatan tidak senonoh.(AUL)

Kanak-kanak Terhimpit di Celah Tembok 10 Cm

Posted: 14 May 2012 09:00 PM PDT

BEIJING - Seorang kanak-kanak memiliki alasan jelas untuk tidak membolos dari sekolahnya. Kanak-kanak yang duduk di sekolah dasar tersebut, terhimpit di antara tembok yang luasnya hanya mencapai 10 centimeter (cm).

Insiden yang terjadi di Chongqing, China ini, membuat kegemparan di sekolah tempat dia belajar. Diketahui, dia itu mencuba memaksa masuk melewati celah yang hanya memiliki lebar 10 cm itu. Demikian diberitakan Daily Mail, Isnin (14/5/2012).

Setelah memaksa masuk, bahagian dahi serta belakang kepalanya tersepit diantara tembok. Saat guru menyedari apa yang terjadi pada anak muridnya, mereka pun berupaya keras untuk membebaskannya.

Tetapi, upaya dari guru tersebut tidak mampu menghasilkan apapun. Akibatnya, pelajar itu pun terus terjebak di celah tembok dan membuatnya tersiksa. Petugas pemadam kebakaran pun langsung dipanggil untuk membebaskan kanak-kanak malang itu.

Beberapa lama mencuba, termasuk menarik tubuh bocah tersebut, petugas pemadam kebarakan tidak boleh berbuat. Bahkan, apapun gerakan yang mereka lakukan justru membuat bocah ini merasa kesakitan.

Petugas pun tidak memiliki pilihan lain kecuali menggunakan gergaji mesin untuk memotong sebahagian dari tembok untuk membebaskan kepala kanak-kank itu. Setelah itu, mereka menggunakan krim sebagai pelumas untuk membebaskannya.

Setelah  berusaha, kanak-kanak itu pun berhasil dibebaskan. Hingga kini tidak diketahui apa alasan dari kanak-kanak tersebut masuk ke dalam celah tembok yang mengurungnya.
(faj)

Gelaran ratu cantik tarik semula kerana umur

Posted: 14 May 2012 08:45 PM PDT

Dalam sebuah pemiihan ratu kecantikan ''Miss World Fiji'' di Fiji, seorang gadis muda bernama Torika Watters dinobatkan sebagai pemenang. Namun tak lama kemudian, banyak protes  tidak setuju ia menjadi pemenangnya.

Titel ratu kecantikan yang ia peroleh pun ditarik kerana banyaknya komen-komen pedas di halaman Facebook Miss World Fiji seperti dilapor Fiji Times. Ada yang mengatakan rambut pirangnya tidak cukup ''buiniga'' (keriting) dan ada pula yang merasa kulitnya kurang berwarna. 

Hal-hal tersebut ternyata tidak benar adanya. Ia tidak lagi menyandang predikat pemenang kerana usianya dianggap terlalu muda. Kontes ratu kecantikan Miss Fiji ini mengharuskan para pesertanya memiliki darah Fiji yang berusia minima 16 tahun 11 bulan.

Torika yang keturunan Eropa-Fiji ini ternyata masih di bawah umur menurut para egawai Miss World skala internasional. Meskipun telah mengalahkan sejumlah wanita muda asal Fiji dalam kontes ini, ia ikhlas merelakan mahkotanya disandang oleh runner-up, Koini Vakaloloma yang berusia 24 tahun.

Padahal jika ditelusuri, sebelumnya ajk Miss World Fiji tidak bermasalah dengan umurnya, seperti diungkapakan Torika kepada Dailymail. Kontes yang berlangsung bulan lalu ini juga dimeriahkan oleh top model asal New Zealand, Rachel Hunter sebagai salah satu juri.

Pimpinan Miss World Fiji, Andhy Blake menyampaikan langsung kepada Torika bahawa gelarnya harus dicabut atas dasar perintah dari  Miss World Internasional. Walaupun gelarnya dicabut, Torika tetap berbesar hati dan justru senang kerana keadaan menjadi tenang kembali.

Meskipun merelakan, ia sempat berujar bahwa ada kebohongan, konspirasi dan tidak transparan dalam acara ini. Iapun segera pulang ke New Zealand setelah mengurus perpindahan mahkotanya di Fiji.

Sumber : http://wolipop.detik.com

Lelaki Tanpa Pakaian Lepaskan Tembakan di Depan Kampus

Posted: 14 May 2012 08:30 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Dalam keadaan telanjang, seorang lelaki melepaskan tembakan dari senjata genggam yang dibawanya di depan sebuah kampus di Indiana, Amerika Syarikat (AS).
Mereka yang terganggu atas kelakuannya, segera mengadu kepada polis.
Tak lama kemudian, polis yang tiba di lokasi kejadian, melihat lelaki itu tengah bermain bunga api sembari menggenggam senjata di salah satu pergelangan tangannya.
Ketika polii mendekati lelaki yang namanya belum diketahui itu, ia mengarahkan senjatanya ke petugas polis, seolah-olah akan melepaskan tembakan.
Beraksi terhadap ancaman tersebut, seorang petugas polis segera menembak dari senjata apinya, dan membuat lelaki itu terluka. Ia segera dilarikan ke rumah sakit untuk menerima perawatan medis.
Menurut pemberitaan Herald Times, Isnin (14/5/2012), lelaki ini diduga seorang mahasiswa perguruan tinggi, namun belum dikonfirmasi apakah dia sebagai mahasiswa di Universiti Indiana.
Tersangka berdasarkan catatan di polis, sebelumnya pernah ditangkap atas tuduhan kepemilikan ganja.

Seorang Bapa di China Melompat dari Kereta Demi Menyelamatkan Putrinya [Video]

Posted: 14 May 2012 08:15 PM PDT

 Jika sudah menyangkut keselamatan buah hati, orang tua boleh melakukan berbagai hal yang diluar dugaan manusia, termasuk seorang ayah yang satu ini.



Seorang ayah di China tak segan-segan melompat keluar dari keretanya untuk menyelamatkan putrinya yang tak sengaja terjatuh dari kereta. Untung saja, teksi yang berada di belakang berjalan cukup pelahan dan pemandunya cukup cekap, sehingga tragedi yang paling tak diinginkan pun tak terjadi. Putri berusia 4 tahun itu tak mengalami luka berat, hanya mendapat sedikit lebam.
Dalam waktu yang sama, kereta yang dikendarai mereka terus meluncur ke depan dan akhirnya berhenti setelah melanggar tiang. Tidak ada orang lain yang terluka akibat peristiwa 'penyelamatan' ini.
Sang ayah mengaku putrinya yang sedang duduk di belakang tiba-tiba melompat ke bangku depan, tak sengaja membuka pintu pemandu, dan terjatuh keluar.

Ibu 90 tahun cari rezeki untuk bantu anak

Posted: 14 May 2012 08:00 PM PDT


BEIJING – Seorang wanita berusia 90 tahun, Li Xiuying mengutip botol plastik untuk dijual di pusat kitar semula di sini.
Xiuying turut mengutip barang lain yang ditemuinya dekat pusat beli-belah sebelum dikumpulkan untuk dijual di pusat kitar semula.
Wang yang diperoleh hasil jualan itu akan digunakannya untuk membeli ubat-ubatan untuk seorang anak perempuannya berusia 74 tahun yang sakit.
Anak perempuannya itu tinggal bersamanya di sebuah rumah.
Xiuying menyimpan barang-barang yang ditemuinya itu di dalam rumahnya sebelum ia dijual
di pusat kitar semula. – Agensi
sumber : kosmo online

Budaya minum arak kian teruk di Britain

Posted: 14 May 2012 07:45 PM PDT


LONDON - Pengambilan arak secara berlebihan tanpa henti mencapai tahap kritikal di Britain, kata beberapa pakar kesihatan.
Pada hujung minggu, sekumpulan lelaki dan wanita keluar dari pub dan kelab malam dalam keadaan terhuyung-hayang akibat mabuk menjadi perkara biasa di ibu kota Britain di sini.
Sebahagian wanita berkenaan tanpa segan silu muntah di kaki lima tanpa menghiraukan pakaian mereka terselak dan menampakkan seluar dalam.
Sebahagian daripada mereka terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri ekoran minum terlalu banyak.
"Anda malu jika dilihat mabuk di rumah. Di sini (pub dan kelab malam), ia merupakan satu trend," kata seorang pelajar universiti, Kaisa Toroskainen semasa dia minum bir di sini bersama beberapa rakannya.
Mengulas tentang aktiviti tidak sihat itu, beberapa pakar menyatakan budaya minum arak menyebabkan Britain menanggung beban kewangan sekitar AS$4.4 bilion (RM13.57 bilion) setahun.
Ia termasuk bil hospital dan kos rawatan kesihatan berkaitan pengambilan minuman keras terutamanya penyakit hati yang melonjak 25 peratus sejak beberapa tahun lalu.
"Semakin ramai belia berusia lewat 20-an hingga pertengahan 30-an menghidap penyakit hati akibat minum arak," kata seorang pakar hati di Universiti Newcastle, Chris Day.
"Keadaan ini tidak berlaku di Britain 20 tahun dahulu," tambahnya.
Had umur untuk minum arak di Britain ialah 18 tahun berbanding 21 tahun di Amerika Syarikat.
Harga arak di negara ini murah iaitu kurang daripada $1.10 (RM3.39) untuk sebotol minuman keras. - Agensi
sumber : kosmo online

Lexus masuk kolam renang

Posted: 14 May 2012 07:30 PM PDT


LA PUENTE (California): Keluarga Diaz terkejut apabila bangun dari tidur semalam dan mendapati sebuah Lexus di dalam kolam renang mereka.
Dalam kejadian itu, seorang pemandu merempuh dan membolosi tembok yang mengelilingi kediaman itu sebelum masuk ke kolam renang.

Sebuah kren kemudian digunakan untuk mengangkat keluar Lexus model keluaran 2006 itu. - Agensi



sumber : myMetro

SMS sambil jalan diharam

Posted: 14 May 2012 07:15 PM PDT


FORT LEE (New Jersey): Pejalan kaki yang suka menggunakan khidmat mesej pesanan ringkas (SMS) perlu berhati-hati.
Polis di bandar ini berkata, mereka akan mula menyaman sebanyak AS$85 (RM255) terhadap pejalan kaki yang ditangkap menaip mesej pesanan ringkas pada telefon bimbit masing-masing sambil berjalan.

"Ia satu gangguan besar. Pejalan kaki tidak melihat arah yang mereka tuju dan mereka tidak sedar," kata Ketua Jabatan Polis Fort Lee, Thomas Ripoli.


Menurutnya, bandar berkenaan yang didiami hampir 35,000 penduduk, menyaksikan tiga kematian di kalangan pejalan kaki selepas mereka terbabit dalam kemalangan tahun ini.

Beliau berharap tindakan menyaman pejalan kaki yang berkelakuan membahayakan ketika berjalan akan menjadikan bandar itu lebih selamat.


Bagaimanapun, tidak semua orang bersetuju mengenai cadangan menyaman itu.



"Ketika berjalan, saya tetap akan melihat sekeliling. Saya tidak melihat ke bawah sepanjang masa," kata penduduk, Sue Choe.

Seorang wanita lain mengadu mengenai jumlah saman itu yang dianggapnya terlalu tinggi.


Anggota polis menyerahkan risalah sepanjang kempen singkat Mac lalu sebelum bertindak secara agresif terhadap 'pejalan kaki berbahaya.' Setakat ini, 117 saman sudah dikeluarkan, menurut Rekod New Jersey.

Dua profesor di Universiti Stony Brook di New York menjalankan kajian berjalan kaki sambil menghantar atau membaca mesej pesanan ringkas pada telefon. Mereka mendapati, pengguna khidmat itu berkemungkinan 60 peratus terbabas berbanding pejalan kaki lain.


"Kami mahu meningkatkan kesedaran bahawa gangguan sebenar berlaku kerana menaip mesej pesanan ringkas pada telefon," kata Eric Lamberg, penyelidik bersama kajian itu.


"Menaip mesej pada telefon sambil berjalan lebih banyak menjejaskan keupayaan anda berbanding berbual." - Agensi



sumber : myMetro

Kereta api dalam rumah

Posted: 14 May 2012 07:00 PM PDT


LONDON: Seorang pesara dari Buckinghamshire dianggap pemilik rumah paling aneh di Britain apabila menjadikan gerabak kereta api sebagai sebahagian daripada kediamannya.
Kini menetap di Ashton, Cornwall, Jim Higgins membina rumahnya dengan gerabak kereta api berusia 130 tahun yang pernah dimiliki syarikat Great Western Railway.

Menurut bekas pengurus pengangkutan itu, dia mengambil alih gerabak berkenaan daripada bekas bapa mentuanya, Charles Allen, yang dipaksa membina kediaman di sekeliling gerabak itu. Menurut Higgins, 64, gerabak itu pernah didiami wanita tempatan, dikenali sebagai Elizabeth Richards sejak 1930.


"Gerabak ini kemudian dikenali sebagai Lizzies Place apabila Elizabeth meninggal dunia pada 1966," katanya.

Sejak itu, kata Higgins, gerabak berkenan terbiar kosong selama beberapa tahun sebelum Allan - seorang tukang kayu mahir - tercari-cari tempat tinggal selepas dia bersara.


"Dia datang dari Middlesex dan terus 'jatuh cinta' apabila melihat gerabak ini untuk kali pertama," katanya.



Bagaimanapun, kata Higgins, apabila Allen memohon kebenaran menggunakan gerabak berkenaan untuk menjadi sebahagian banglonya, pihak berkuasa tidak memberi kebenaran.

Kata Higgins, gerabak itu tersadai di situ terlalu lama dan tidak mungkin dialihkan ke tempat lain.


"Disebabkan koc ini tidak boleh dipindahkan, Allen memutuskan untuk membina rumah di sekelilingnya," katanya.

Menurut Higgins, dengan kemahirannya sebagai tukang, bapa mentuanya membina rumah berkenaan dengan menempatkan bilik tidur di dalam koc itu.


Kini, kata Higgins, dia sibuk menyiapkan projek pemuliharaan koc berkenaan dan menjangkakan ia siap sepenuhnya beberapa bulan lagi. "Ia memerlukan kesabaran sangat tinggi bagi mengekalkan keasliannya.


"Pada masa sama, tetapi tidak banyak maklumat yang ada mengenai koc ini," katanya.


Apabila siap nanti, Higgins berkata, dia akan mempertimbangkan kemungkinan untuk membukanya kepada orang awam. "Saya mungkin menjadikannya sebuah muzium, tapi saya belum pasti," katanya. - DM



sumber : myMetro

Budak bermain di taman jam 1 pagi

Posted: 14 May 2012 06:45 PM PDT


SHAH ALAM: Penduduk pangsapuri Nervillia, Seksyen 31, Kota Kemuning, di sini, gempar dengan penemuan seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 4 dan 5 tahun leka bermain berseorangan di pa dang permainan kira-kira jam 1 pagi, semalam.
Bagaimanapun, identiti kanak-kanak lelaki terbabit masih menimbulkan tanda tanya kerana usaha penduduk mendapatkan maklumat dirinya menemui jalan buntu kerana dia hanya berdiam.

Beberapa pelanggan restoran berhampiran yang prihatin dengan nasib kanak-kanak terbabit kemudian berusaha mendapatkan maklumat keluarganya dengan menghebahkan kepada penduduk setempat, namun tidak berjaya.


Kanak-kanak berkenaan kemudian diserahkan kepada polis kira-kira jam 2.45 pagi selepas diberi makan dan minum.

Dia kini diberi perlindungan di Balai Polis Seksyen 15, di sini hingga pagi semalam sementara menunggu tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Umno cawangan Kota Kemuning, Datuk Rosli Mohd Amin yang juga bendahari Umno bahagian Kota Raja mengunjungi kanak-kanak itu di balai polis berkenaan untuk membantu mencari keluarganya, namun gagal.



Bagaimanapun, usaha itu juga gagal kerana kanak-kanak terbabit tidak menjawab sebarang pertanyaan sebaliknya tekun menonton televisyen di balai polis itu.

"Saya mohon orang ramai membantu polis mencari ahli keluarga kanak-kanak ini. Kami turut rasa bertanggungjawab kerana lokasi penemuan kanak-kanak itu tidak jauh dari pejabat cawangan kami," katanya.


Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Seksyen 15 di talian 03-55191022 atau balai polis berhampiran.


sumber : myMetro

Lori curi jahanam

Posted: 14 May 2012 06:30 PM PDT


ALOR GAJAH: "Saya goncang seluruh badan dan cuba memberikan bantuan kecemasan, namun terkilan kerana dia terus kaku," kata Koperal Hamidi Daud, 49, rakan Koperal Rasul Tumin, 47, yang terbunuh dirempuh lori di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Melekek Dalam, Simpang Ampat, di sini, pagi semalam.
Hamidi berkata, beliau yang ketika itu masih di dalam kereta bergegas keluar untuk membantu selepas melihat Rasul terbaring di atas tanah akibat dirempuh lori berkenaan.
Menceritakan detik cemas itu, Hamidi berkata, dia bersama Rasul menerima maklumat sebuah lori dicuri jam 6.40 pagi dan kenderaan itu dikesan mereka di Kawasan Perindustrian Kelemak lalu mengejarnya.

"Pemandu lori yang menyedari kami memecut kenderaan itu ke arah Masjid Tanah melalui Kampung Kelemak.



"Rasul mengeluarkan lebih 20 arahan kepada pemandu lori terbabit supaya berhenti, namun dia sebaliknya memandu kenderaan itu secara melulu termasuk tidak berhenti di lampu isyarat merah serta masuk ke laluan bertentangan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.



sumber : myMetro

Fasha bunting pelamin

Posted: 14 May 2012 06:15 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Nur Fasha Sandha Hassan disahkan mengandung seminggu lebih selepas membuat pemeriksaan di sebuah klinik swasta di Ampang, semalam.
Dia yang diijabkabulkan dengan suaminya Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 36, pada 28 April lalu di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai berita gembira itu kerana semuanya terlalu baru dan masih perlu menjalani satu lagi pemeriksaan minggu depan.

Fasha yang dihubungi semalam menyifatkan berita itu hadiah paling istimewa buat dia dan suami.


"Alhamdulillah semuanya rezeki dan saya sendiri tidak pernah menyangka ia terlalu awal buat kami berdua. Saya sebenarnya tidak tahu sehingga membuat pemeriksaan pagi tadi (semalam) di klinik di Ampang bersama pembantu peribadi dan kemudiannya doktor mengesahkan ujian air kencing positif yang mana saya sah mengandung.

"Suami sendiri terkejut kerana tidak menyangka menerima berita ini. Jika benar apa yang dikhabarkan kepada kami berdua ini, ia adalah rezeki dan doa kami berdua akhirnya terjawab untuk memiliki cahaya mata secepat mungkin.


"Namun saya masih perlu menjalani ujian seterusnya bagi mengesahkan sekali lagi yang saya benar-benar mengandung," katanya.



Fasha yang sebelum ini popular menerusi puluhan filem dan drama termasuk Cicak-Man dan Anak Halal sah menjadi isteri kepada Rizal yang juga seorang usahawan berjaya dalam majlis perkahwinan yang cukup indah dan sederhana di hadapan ahli keluarga dan sahabat rapat.

Pasangan ini baru saja pulang dari berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu pada minggu lalu selama lima hari.


Sementara itu Rizal yang lebih dikenali sebagai Jejai berkata, dia bersyukur dengan berita gembira ini dan mengharapkan semuanya berjalan dengan lancar.

"Siapa gembira apabila dia (Fasha) menghubungi saya dan menyampaikan berita ini. Saya terlalu seronok dan bersyukur kerana diberikan rezeki begitu awal. "Sudah pasti saya akan lebih menjaga Fasha dan inginkan dia berehat dengan cukup bagi menjaga kandungan anak kami bersama. Inilah hadiah paling bermakna buat saya dan isteri," katanya.



sumber : myMetro

Serangan nafsu,culik wanita depan rumah

Posted: 14 May 2012 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Culik, rogol dan samun. Itulah serangan 'tiga serangkai digunakan sekumpulan tiga lelaki yang bukan saja menculik dan menyamun mangsa tetapi juga menjadikan mereka 'tawanan' melampiaskan nafsu.
Difahamkan, kumpulan terbabit yang bergerak dengan kereta Proton Waja hitam itu berlegar-legar seawal jam 7 pagi di sekitar kawasan perumahan sebelum menculik mana-mana wanita yang berjalan sendirian.

Dalam kejadian terbaru di hadapan sebuah rumah di Jalan Sri Hartamas, di sini, kelmarin, seorang wanita berusia 38 tahun menjadi mangsa kumpulan yang bersenjatakan pisau itu apabila diculik, dirogol bergilir-gilir sebelum disamun.


Malah, kejadian rogol itu dirakam kumpulan berkenaan dipercayai sebagai koleksi peribadi mereka.

Mangsa yang dibebaskan selepas diperlakukan seperti binatang oleh kumpulan berkenaan membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini.


Menurut sumber, mangsa yang bersendirian dalam perjalanan ke kedai mendakwa tiba-tiba dihampiri dua lelaki tidak dikenali.



"Kedua-dua suspek memegang tangannya sebelum seorang daripada mereka meletakkan pisau di leher wanita berkenaan.

"Mangsa yang cuba melawan diugut dicederakan sebelum diheret masuk ke dalam kereta Proton Waja yang siap menunggu berhampiran kawasan berkenaan," katanya.


Sumber berkata, kepala mangsa ditutup menggunakan kain sebelum dia dirogol seorang daripada suspek di dalam kenderaan itu.

"Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ, dia terus dinodai kumpulan berkenaan di rumah kosong. Kali ini, mangsa dirogol bergilir-gilir tiga lelaki terbabit. "Selepas diperlakukan demikian, seorang daripada suspek menyerahkan semula pakaian mangsa," katanya memberitahu barang berharga milik mangsa seperti telefon bimbit dan wang tunai lebih RM100 dirampas kumpulan itu.


Katanya, kumpulan itu membawa mangsa sebelum meninggalkannya di bahu jalan di Jalan Tun Sambanthan, di sini.


Mangsa yang dibantu orang awam menghubungi keluarga sebelum tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.


Katanya, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan namun usaha memburu kumpulan itu giat dijalankan. Kami masih meneruskan siasatan namun tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan sama seperti dengan beberapa kes yang dilaporkan sebelum ini," katanya.


Pada 30 Mac lalu, Harian Metro melaporkan seorang pelajar perempuan diculik sekumpulan tiga lelaki ketika menunggu bas di Jinjang, di sini, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu mereka di bilik sebuah hotel di Balakong.


Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki terbabit malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol.


Manakala, pada 24 Mac lalu akhbar ini melaporkan seorang wanita berusia 37 tahun bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau, tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya.


Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi.


Lagi satu kes yang dilaporkan pada 22 Februari lalu, seorang remaja diculik dan dirogol bergilir-gilir di sebuah hotel di Pudu.


Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, remaja berusia 17 tahun dan berasal dari Kundang itu dilaporkan diumpan tiga lelaki terbabit bertemu sebelum itu diculik dan dirogol bergilir-gilir.



sumber : myMetro

Isteri Jimmy Shanley ditampar ibu sendiri

Posted: 14 May 2012 05:45 PM PDT


SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam diberitahu isteri pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley, Nursuhaila Eliani Suhaimy pernah ditampar ibunya sendiri, Oktober tahun lalu.
Dalam keterangannya kepada mahkamah, Jimmy mendakwa, ibu mentuanya menampar defendan, Nursuhaila pada 1 Oktober 2011 kerana tidak tahan dengan sikap dan perangai anaknya itu.

Menurut Jimmy selaku plaintif, selepas kejadian itu, pada hari yang sama ibu mentuanya lari dari rumah dan menghubunginya untuk tumpang bermalam di rumah.


"Ibu mentua hubungi saya untuk tumpang bermalam kerana tidak ada tempat lain untuk pergi," terang Jimmy ketika menjawab soalan peguam syarie Sa'adiah Din yang mewakili Nursuhaila pada sesi soal balas perbicaraan tuntutan nusyuz dan kembali taat.

Tambah bekas pengacara Trek Selebriti dan Akademi Fantasia itu, dia berjumpa dengan isterinya pada 4 Oktober 2011 selepas ibu mentuanya memaklumkan defendan mahu berjumpanya.


"Menurut ibu mentua, isteri nak jumpa saya untuk minta cerai dan memujuk ibunya pulang ke rumah.



"Pada 4 Oktober 2011, isteri datang ke rumah saya meminta maaf dan minta cerai serta tidak mahu kes ini berpanjangan," katanya.

Bagaimanapun, Jimmy berkata dia hanya mendengar saja penjelasan Nursuhaila.


Pada prosiding semalam juga, Jimmy tidak menafikan dia pernah bertunang dengan orang lain, namun pertunangan itu putus sebelum dia bertunang dengan Nursuhaila.

Jimmy juga memberitahu tiada benda milik Nursuhaila yang dia ambil dan perlu dipulangkan ketika merujuk khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Nursuhaila kepadanya berbunyi 'Bagi balik harta benda I dan tinggalkan I'.


"Tidak ada benda dia yang saya ambil kecuali kereta yang ibu bapa dia beri untuk pergi kerja," katanya.


Pasangan itu bernikah pada 1 Oktober 2010.


Jimmy, 31, atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh dan Nursuhaila, 25, kini dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun tahun lalu.


Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat bersambung 19 Julai 2012.



sumber : myMetro

Paparazi,paparazi memang kau orang tak tau malu

Posted: 14 May 2012 05:30 PM PDT

Paparazi..paparazi ..mereka membuat apa sahaja agar mereka dapat mengambil gambar yang terbaik...sampai menghalalkan cara...tapi yang perempuan buat tak kisah aje ,pakaian jangan cakap...yang mana satu nak di salahkan....




Kurang ajar tengok video porno di McDonald's yang dipenuhi kanak-kanak

Posted: 14 May 2012 05:15 PM PDT




sumber : stomp.com.sg

STOMPer Tina was disgusted to see a man watching pornography at a McDonald's outlet in Admiralty yesterday (May 17). The fastfood joint was crowded with children and their parents, said the STOMPer.

It appears that some men cannot keep their private activities out of the public eye. STOMPers have caught them watching porn openly in a school computer lab, at a cyber cafe and even on a crowded bus.

The STOMPer said:

"I saw a young man watching pornography in public. It is such a disgrace.

"Of all places, he was watching pornography at Admiralty's McDonalds.

"At that point of time, there were even parents and children around!

"This incident should be taken seriously. It's so inappropriate.

"I think he is a Chinese national."

Wanita ini selamba calarkan kereta jirannya

Posted: 14 May 2012 05:00 PM PDT















sumber : stomp.com.sg

STOMPer Scratch To Win has sent in a video of a woman caught scratching a car. He said this is the actual footage showing Hoo Siew Cheng, 35, who was fined $1,000 for scratching her neighbour's car after a feud.

Said the STOMPer:

"Yes this video is authentic.

"I got it from the owner got permission from him to upload this clip.

"This is the first time that this video has been uploaded."

According to The Straits Times report, Hoo, an operations manager, had been feuding with the owner of the car, Madam Lim Cheng Yong, who lived directly above her.

She blamed Madam Lim, who is in her 50s, for making loud noises at night and for water seeping through the ceiling.

Madam Lim then began discovering scratches on her car in January last year. After installing a hidden video camera in her car, she caught Hoo scratching the left side of the vehicle in front of Block 190, Punggol Central, at 9.35pm on May 7 2010.

Hoo pleaded guilty to committing mischief by damaging the paintwork of the car with a sharp object.

She was fined $1,000 and ordered to pay Madam Lim $500 in compensation.

Macam ni punya pakaian kahwin pun ada

Posted: 14 May 2012 04:45 PM PDT



agaknya ni ciri-ciri suami kena Queen control..
dah macam anjing pun ada....
jenis manusia yang dah hilang fikiran waras..
hilang maruah dan harga diri

Kerana kelaparan haiwan macam nipun dibakar dan dimakan

Posted: 14 May 2012 04:30 PM PDT






lapar punya pasal....

Perempuan ni selamba panggang anjing hidup-hidup

Posted: 14 May 2012 04:15 PM PDT






sumber : stomp.com.sg

While dog meat may be a common dish in some parts of the world, these pictures showing women in China roasting a puppy alive are nonetheless repulsive.

STOMPer MeatLover, who sent in these photos he found online, said:

"It's quite disturbing to see that they don't even bother to slaughter the animal first, or at least do it at home, instead of right in the middle of the street, with kids watching.

"Look at the poor little puppy. This is just sick!"

Ini mungkin nenek Spiderman

Posted: 14 May 2012 04:00 PM PDT

120110-spider-grandma
Relaks betul nenek ini ..mungkin inilah dia nenek Spiderman…sumber gambar : ruang-unikz.tk

Eee..apa yang keluar dari celah kaki kakak ini?

Posted: 14 May 2012 10:30 AM PDT

Sara Leal, wanita yang mengaku berhubungan seks dengan Ashton Kutcher selamba tayang payudara di internet

Posted: 14 May 2012 10:15 AM PDT


Foto Sara Leal, wanita yang mengaku berhubungan seks dengan Ashton Kutcher muncul di internet. Kali ini, Sara sengaja memamerkan payudara yang ditutupi kedua tangannya sambil tersenyum.

Seperti dikutip Dailymail, wanita yang mengaku sebagai simpanan Ashton itu terlihat dengan sengaja mempamerkan payudara yang ditutupi kedua tangannya sambil tersenyum.

Pada foto lain, Sara dengan berani kembali mempamerkan payudaranya lagi, tetapi kali ini payudaranya itu sengaja didiamkan begitu saja tanpa ditutupi oleh kedua tangannya.

Dari foto-foto tersebut, Sara bersama teman-temannya terlihat sedang berpesta dengan pakaian setengah telanjang di sebuah hotel mewah di kawasan San Diego.

Terlihat, foto-foto tersebut diambil sebelum Sara dan Ashton melakukan hubungan seksual di Hotel Hard Rock, San Diego, tepat di hari ulang tahun pernikahan Ashton dengan Demi Moore keenam.


sumber : dailymail

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Nazmi Faiz sertai kelab Liga Portugal, Portugal

Posted: 14 May 2012 08:03 AM PDT


Abad ini ramai pemain pemain malaysia sudah menjadi perhatian dunia selepas Safee Sali, Mohd. Safiq Rahim dan Muhd. Ariff Zulkifly berjaya mengharumkan nama negara di arena bola sepak antarabangsa, kini tiba giliran pemain tengah skuad Harimau Muda, Mohd. Nazmi Faiz Mansor pula.

Pemain berkalibar bermain di posisi tengah skuad Harimau Muda A Mohd Nazmi Faiz Mansor akan menjalani latihan pemilihan di kelab divisyen satu Liga Portugal, S.C Beira-Mar, selama seminggu mulai Isnin depan.

Mohd Nazmi Faiz, yang akan bertolak ke Portugal Ahad ini bersama bapanya Mansor Mustapha, berkata beliau tidak mahu mempersia-siakan peluang bermain di benua Eropah meskipun bakal berhadapan dengan cabaran seperti gaya permainan ala Samba yang banyak digunakan pemain dalam liga berkenaan dan keadaan cuaca.

"Saya akan mempamerkan aksi terbaik saya sepanjang berada di sana untuk memastikan saya menjadi pemain pertama negara yang mewakili kelab Eropah," katanya dalam sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di sini hari ini.

Ketua Jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee yang turut hadir pada sidang media itu berkata beliau dimaklumkan Mohd Nazmi Faiz mendapat tawaran itu setelah seorang ejen bebas bola sepak dari Portugal tertarik melihat aksi pemain berusia 17 tahun dalam satu perlawanan membabitkan skuad Harimau Muda A di Liga Singapura baru-baru ini.

Ong berkata Mohd Nazmi Faiz berpeluang ditawarkan kontrak untuk bermain dengan kelab yang berpangkalan di bandar Aveiro, Portugal itu sekiranya beliau mampu memikat pengurusan kelab tersebut sewaktu sesi latihan itu.

"Semuanya (terma-terma kontrak) akan diketahui selepas berakhirnya sesi latihan itu," katanya.

Mohd Nazmi Faiz yang masih menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil merupakan pemain ketiga negara yang terpilih menjalani latihan di luar negara selepas pemain Pelita Jaya Mohd Safee Sali dan pemain Selangor Mohd Safiq Rahim mencuba nasib menjalani latihan selama dua minggu di Kelab Kejuaraan Divisyen satu Liga Inggeris, Cardiff City pada tahun lepas.

Harapan untuk menyaksikan kedua-dua pemain itu untuk beraksi dalam kelab yang dimiliki bersama oleh ahli perniagaan dari Malaysia Datuk Chan Tien Ghee dan Tan Sri Vincent Tan itu bagaimanapun tidak kesampaian selepas peraturan negara tersebut yang mensyaratkan pemain dari ranking bawah 70 dunia sahaja yang boleh beraksi dalam liga bola sepak negara itu.

"Pemilihan pemain kita untuk menjalani latihan dengan kelab bola sepak luar negara sejak kebelakangan ini jelas membuktikan bahawa bakat pemain negara kita semakin dihargai oleh pasukan luar," kata Ong.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee yang gembira dengan perkembangan ini berkata: "Pemilihan pemain Malaysia untuk jalani latihan dengan kelab luar negara jelas membuktikan bahawa bakat pemain kita semakin dihargai."

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Ibu lambang kebahagiaan

Posted: 13 May 2012 04:03 PM PDT

Hip

TERSENYUM lebar ibu Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2011), Noor Haizan Jantan, 65, apabila anak tersayang, Fizz Fairuz membawanya ke kedai emas, Habib Jewel Sdn Bhd untuk melihat koleksi barang kemas terbaru.

Ibu mana tidak gembira apabila anak tersayang membuat kejutan sedemikian rupa. Dua beranak ini ketika ditemui leka membelek dan melihat barang kemas yang dipamerkan.

Namun yang berkenaan di hati sudah terlebih dulu dipilih Fizz, bagaimanapun dia enggan memberitahu koleksi mana menjadi pilihan kerana mahu membuat kejutan kepada ibunya pada Hari Ibu. Dalam sibuk ditemu bual, sesekali sempat Fizz mengusik ibunya hingga tersipu malu 'orang tua' itu.

Kata Fizz, ibunya cukup popular dalam kalangan teman surau di kampung mereka di Raub, Pahang.

"Emak memang dikenali dalam kalangan penduduk kampung. Nanti apabila artikel ini keluar, mesti kawankawan emak akan mengusiknya bila dapat tahu cerita barang kemas," kata Fizz yang menjadi kebanggaan keluarga di atas kejayaannya meraih anugerah baru-baru ini.

Hadiah istimewa itu diberikan kepada Noor Haizan pada majlis makan malam sempena Hari Ibu. Memang sudah menjadi rutin mereka sembilan beradik meraikan Hari Ibu saban tahun.
Biasanya setiap kali Hari Ibu, mereka sembilan beradik termasuk ipar duai dan 16 cucu akan berkumpul beramai-ramai meraikan ibu tercinta. Jika sebelum ini, ibu hanya diraikan dengan makan malam saja, tetapi tahun ini lebih istimewa kerana hadiah misteri sudah pun menanti.

"Memang setiap tahun saya akan bawa seluruh ahli keluarga makan besar di hotel. Tidak ada seorang pun yang akan tinggal, semua dipaksa turun untuk bersama-sama meraikan emak," kata Fizz.

Sementara itu, senyuman Noor Haizan yang melebar tiba-tiba bertukar saat mengimbau kembali kemanisan tatkala anak tersayang diumum sebagai pemenang pada malam kemuncak ABPBH tanggal 8 April lalu.

Dia yang ketika itu sedang ralit menggosok pakaian, tidak menyangka penantian Fizz yang dipanggil Fairuz oleh ahli keluarga selama sedekad berhasil.

Ucapan syukur tidak henti meniti di bibir, manakala air mata menjadi peneman kala sendirian di rumah memandangkan semua anaknya yang lain berada di Genting Highlands memberikan sokongan kepada Fizz.

"Tahun ini Mak Cik tidak turut serta sebab tidak larat. Kalau tidak, sejak Fairuz dicalonkan memang Mak Cik pergi memberikan sokongan.

Mak Cik memang tak sangka dia akan menang kerana calon lain semuanya hebat belaka.

"Waktu dia popular dengan drama Nur Kasih dulu, Mak Cik sangkakan ketika itu dia menang. Selepas beberapa kali tewas, Mak Cik langsung tidak letak harapan lebih-lebih melihat persaingan tahun ini kuat. Jadi apabila namanya diumumkan, Mak Cik sangat terharu.

"Sebaik saja menang, Fairuz terus hubungi Mak Cik. Waktu itu Mak Cik tidak boleh berkata-kata langsung, sebaliknya kami berdua hanya menangis sebab ini adalah harapan ayah dia untuk melihat kejayaannya," kata Noor Haizan sambil menyeka air mata.

Fizz berkata, trofi itu tidak akan menjadi miliknya seandainya tidak didorong oleh perasaan sabar.

Paling penting, kata anak muda berusia 33 tahun ini, jangan mudah berputus asa.

Kata Fizz, walaupun melalui perjalanan yang sangat panjang dan sukar, tidak pernah sekali dia berputus asa. Formula ini mungkin boleh dijadikan contoh kepada generasi muda yang lain supaya tidak bersikap memilih.

"Kalah atau menang, saya tetap teruskan kerjaya.

Tidak pernah sekalipun saya berhasrat mengundur diri walaupun laluan saya dalam industri ini sangat mencabar. Saya juga tidak memilih watak. Walaupun watak kecil hanya tiga babak, saya tetap terima kerana di situlah saya dapat tunjukkan kebolehan untuk memikat penonton.

"Kalau tidak menang pula, kita kena tahu apa yang tidak cukup lagi pada saya sehingga peminat tidak memilih saya. Mungkin ada kesilapan pada lakonan yang peminat tidak puas hati. Semua itulah yang memotivasikan saya untuk perbaiki lagi diri.

"Selepas ini sasaran saya mahu menjadi pelakon terbaik pula. Siapa tahu rezeki saya untuk julang pula trofi Festival Filem Malaysia (FFM) dan Anugerah Skrin pula," katanya.


Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Ning terus pujuk mama

Posted: 13 May 2012 09:40 AM PDT

KETABAHAN dan kepayahan hidup dialami wanita bergelar ibu tunggal, bukan asing buat pelantun vokal soprano ini meskipun tidak pernah merasai pengalaman itu.

Namun serpihan derita ibunya, Satila Abdullah, yang bergelar ibu tunggal lebih kurang 19 tahun lalu sudah cukup buatnya memahami pengorbanan wanita yang takdir hidup mereka sama seperti mana ibunya.

"Emak saya selalu cakap: "Ma dah tiada siapa dah dan Ma dedikasikan hidup Ma ini untuk kamu," kata Ning dengan genangan air mata.

Akui Ning atau nama sebenarnya Ning Baizura Hamzah, 37, pengorbanan ibunya untuk membesarkan dia berkongsi saat suka dan duka, sampai bila pun tidak termampu dibalas. Yang hanya mampu dilakukan Ning untuk membuktikan kasihnya terhadap ibu adalah menghormati dan cuba untuk tidak melukakan hati ibunya.


"Saya sentiasa menjaga tutur kata dengan emak saya dan sangat bimbang jika dia terluka. Sepanjang hidup saya tidak pernah terlintas untuk memarahi emak.


"Misalnya, dua tiga hari lepas, emak saya terlupa di mana dia letakkan satu barang ini. Barang itu agak penting dan berharga juga tapi saya fikir tak payahlah setakat hilang barang-barang, sampai kita hendak marahkan emak.

"Mereka sudah tua kadang-kadang cepat terlupa. Barang yang hilang boleh dicari atau diganti tetapi kasih sayang ibu beri amat besar dan tidak ternilai. Jadi anak-anak hormatilah ibu juga bapa, bahagiakan mereka selagi ada hayat," katanya.

Rabu lalu, Ning membuat lawatan ke Rumah Ibu Tunggal Mas Merah beralamatkan No.2, Jalan SS1/43B, Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor. Persatuan ibu tunggal itu diterajui oleh Sharifah Kamariah Syed Ibrahim, 74, selaku presiden.

Kunjungan itu adalah sebahagian aktiviti yang diaturkan pihak penganjur sebelum menjelangnya sempena Ratu Hatiku Mother's Day High-Tea, bakal berlangsung pada 20 Mei 2012 nanti di Hotel The Royale Bintang Damansara.

Ternyata, Ning begitu mengagumi kehalusan seni tangan ibu-ibu tunggal menjahit manik pada tudung serta hiasan bunga tangan yang dihasilkan mereka. Malah, dia sempat mempelajari teknik sulaman itu.

"Melihat ibu-ibu tunggal yang berada di sini mengingatkan saya kepada emak saya. Sepatutnya emak saya ada bersama pada hari ini tetapi dia ada urusan lain. Jika tidak, dia pasti gembira bertemu dengan mereka senasib dengannya.

"Memikirkan kepayahan yang dilalui emak, memang saya tidak sangka dia boleh setabah seperti hari ini. Seorang mualaf digantung tidak bertali untuk beberapa tahun dan status isteri kedua, bukan situasi mudah dilalui. Kalau saya barangkali boleh jadi gila.

"Namun, itulah kehebatan seorang wanita. Mampu membesarkan anak tanpa bergantung harap pada sesiapa, hanya berbekalkan kesabaran dan kecekalan.

"Setiap ibu terutamanya ibu tunggal layak ditempatkan di syurga. Saya pasti akan datang lagi ke sini bersama ibu," katanya.

Bukan sekadar satu lawatan, kunjungan itu juga turut dimanfaatkan dengan pemberian sumbangan tunai RM1,000 serta meja bernilai RM5,000 untuk dihadiri ahli persatuan berkenaan oleh ahli perniagaan, Datuk Nor Hasnal Hashmi.

Beralih pada persembahan berdurasi 45 minit yang bakal dijayakan, Ning akan mempersembahkan lagu malar segar seperti Ibu, dendangan asal Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Kasihnya Ibu dan lagu-lagu hitnya yang menepati tema.

Ning turut meluahkan impian untuk berduet dengan ibunya kerana selama 19 tahun bergelar anak seni, ini adalah kali pertama dia berpeluang membuat persembahan di Hari Ibu dan mahukan ibunya meraikan bahagia itu di pentas bersamanya.

"Saya masih memujuk 'Ma' dan harap dia tidak menolak. Pada acara itu nanti saya juga mahu ibu-ibu yang lain menyanyi bersama saya," katanya.

Kepada peminat penyanyi popular dengan lagu Curiga, Awan Yang Terpilu dan Selagi Ada itu, tiket persembahan dijual pada harga RM180 (gangsa), RM280 (perak), RM500 (emas) dan VIP Platinum, bolehlah membuat tempahan dengan melayari www.tickethotline.com.my.

Selain Ning, majlis itu turut menampilkan khas Maulana dan Azrul Raja Lawak selaku pengacara.

Mengemaskini aktiviti seninya yang lain, pada 22 dan 23 Mei ini Ning akan membuat persembahan di Alexis Bistro, Great Eastern Mall, di hadapan jumlah peminat yang terhad. Manakala Jun nanti, vokal hebatnya bakal menggegarkan Hard Rock Cafe, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, dengan sebuah showcase istimewa.

"Perbincangan mengadakan showcase di Hard Rock Cafe itu masih dalam perbincangan namun, ia menunjukkan tanda-tanda positif untuk dilaksanakan. Saya memang menantikan peluang seperti ini kerana persembahan berskala kecil sebegitu mewujudkan keintiman antara saya dengan peminat," katanya.

Memahami, masa depan tidak boleh bergantung dengan menyanyi saja Ning membuat pelaburan dengan menjadi rakan kongsi sekali gus bertindak selaku duta kepada tiga produk iaitu Neubodi, Medishape dan Dr Backbone.

"Neubodi adalah produk pakaian dalaman wanita yang beroperasi di tingkat satu, Bangsar Village 2. Manakala Medishape pula, pusat penjagaan badan, sementara Dr Backbone, produk kesihatan untuk menjaga tulang belakang.

"Saya ingin berterima kasih kepada Chris (suami) di atas usahanya mencari peluang perniagaan buat saya selain menguruskan aktiviti nyanyian. Tanpa pengurus sukar sebenarnya untuk bergerak.

"Selain sibuk memenuhi undangan nyanyian sehingga penghujung Jun nanti sebelum berehat bagi menghormati Ramadan, tahun ini saya juga merancang untuk mempunyai anak tahun ini," katanya.




Tak sabar tunggu detik bahagia

Posted: 13 May 2012 09:18 AM PDT

TIDAK sampai sebulan lagi, status penyanyi berkulit hitam manis ini akan bertukar sekali lagi menjadi isteri. Jelas sekali keceriaan yang terpancar di wajahnya menjadi penanda dia kini sudah tidak sabar menempuh hari bahagia itu nanti.

Lima tahun lalu, impian Nurul Wahab untuk mempertahankan rumah tangga bersama bekas suami iaitu komposer terkenal, Mohd Faizal Maas atau Ajai musnah apabila hubungan itu gagal dipertahankan. Kini, sekian lama memegang status janda, dia akhirnya bertemu dengan seseorang yang akuinya cukup sukar untuk dicari selama ini menjadi pasangan hidupnya.

Petang itu, agenda ibu kepada seorang anak perempuan ini sebenarnya untuk melancarkan album terbaru namun dia tidak mampu menepis tujuan sebenar sidang media yang hadir. Pada hari sama juga, berita mengenainya bakal menamatkan zaman 'single' sudah terlebih dulu terpampang di beberapa akhbar termasuk Harian Metro.

Mahu tidak mahu, Nurul beralah dan berkongsi mengenai majlis pernikahannya dengan bakal suami yang juga warga Perancis, Eric Daniel Depp, 47, yang juga konsultan dan perunding kesihatan sebuah syarikat nutrisi antarabangsa dan akan berlangsung pada 6 Jun ini.


"Sejak bercerai lima tahun lalu, amat sukar untuk saya menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidup. Namun takdir menemukan saya dengan Eric yang mulanya cuma rakan biasa dan tidak sangka perkenalan itu membibitkan rasa cinta antara kami. Tidak pernah terfikir hubungan kami akan sampai ke tahap ini.


"Dua tahun mengenali Eric, saya dapati dia mempunyai ciri-ciri seorang suami yang baik. Dia bukan seorang yang 'judgemental', menghormati agama lain dan bekerja-keras. Kesungguhannya untuk mempelajari dan memeluk agama Islam menambah lagi keyakinan saya untuk mengakhiri hubungan kami ke jinjang pelamin.

"Mengenai isu kenapa saya memilih warga Perancis dan bukan lelaki tempatan, hakikatnya, selama ini saya tidak pernah meletakkan siapa lelaki yang ingin didampingi. Saya memilih Eric pun sebab selesa dan yakin dengan hubungan yang terjalin antara kami. Syukurlah, keluarga pun sangat merestui dan begitu juga di pihak Eric yang menerima saya dengan baik.

"Bagaimanapun, pada majlis pernikahan itu nanti, saya hanya akan menjemput ahli keluarga, rakan terdekat dan beberapa media untuk menyaksikan detik bahagia itu. Majlis akan diadakan di Duchess Place, Jalan Ampang bermula jam 11 pagi dan acara resepsi juga menyusul selepas itu," katanya.

Berkonsepkan perkahwinan dalam taman, rekaan Zaha Wedding Planner (ZWP), Nurul bakal menyarung busana yang direka dan ditaja Rizman Ruzaini, manakala, sut Eric pula direka dan ditaja Bon Zainal. Manakala untuk fabrik busana pula ditaja Jakel dan mekap oleh Deq Sha.

Di sebalik kesibukannya membuat persiapan menjelang hari bahagian itu nanti, ia bukanlah alasan untuk menghentikan seketika karier nyanyiannya. Kali terakhir membuat album pada 2009, kini penyanyi jelita itu akan tampil dengan bingkisan album baru yang mempertaruhkan lima lagu.

Masih lagi mencari single untuk dijadikan pertaruhan pertama, pada majlis pra-dengar petang itu, dia memberikan sendiri kuasa memilih kepada sidang media untuk menilai lagu-lagu berkenaan.

"Saya masih mencari lagu paling sesuai untuk menjadi single pertama album ini. Namun, apa yang boleh saya katakan, saya amat berpuas hati dengan penghasilan album ini lebih-lebih lagi mendapat sentuhan daripada beberapa pencipta lagu berbakat besar. Terutama buat Andi Merican yang sudi menawarkan diri untuk membuat susunan pada lagu-lagu berkenaan.

"Kali ini, saya serahkan sepenuhnya kepada komposer untuk menghasilkan lirik dan lagu kerana dengan kesibukan sekarang ini, amat sukar bagi saya mencuri masa mencipta lagu. Sedangkan buku yang saya tulis dan sepatutnya dilancarkan pada bulan ini pun tergendala seketika kerana belum sempat siap.

"Lagipun saya ingin mencuba sesuatu yang baru serta bekerjasama dengan orang baru. Bagi saya, inilah risiko yang akan di tanggung namun saya yakin material kali ini boleh pergi jauh. Melihat kesungguhan setiap orang yang terbabit bukan saja dalam penghasilan album, pengurusan, malah penjenamaan Nurul sendiri, amat mengagumkan.

"Secara peribadi, untuk album kali ini, saya amat menyukai lagu Cinta Nurul yang liriknya ditulis sendiri rakan Nurul iaitu Sulu Sarawak. Liriknya begitu dekat dengan hati saya kerana ia menceritakan bagaimana sisi perjalanan saya sepanjang berkecimpung dalam dunia seni ini," katanya.

Sudah siap sejak penghujung April lalu, Nurul berkata, album berkenaan akan dilancarkan pada hari bahagianya nanti. Mengandungi lagu-lagu termasuklah Mari, Cinta Nurul, Selamat Jalan, Kerana Kau Ada dan Takut Paranoia, album itu bakal diedarkan oleh Sony BMG.

Selain pengurusannya sendiri, Nurul kini dilamar sebagai artis pertama di bawah naungan syarikat Future My di bawah kelolaan Istal Zaini Ahmad Rafaii yang akan menguruskan bahagian penjenamaan nama Nurul sendiri.




Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Populariti bukan keutamaan

Posted:

Populariti bukan keutamaan

Populariti bukan keutamaan

NAMA pelakon Shaheizy Sam diakui memang cukup laris terutamanya di layar perak. Kebanyakan filem lakonannya ternyata jarang menghampakan penonton dan kerap mencatat kutipan jualan tiket yang tinggi.

Bagaimanapun, kredibiliti pelakon yang kini muncul dengan filem baharunya, Nongkrong itu dilihat sedikit tercalar apabila tidak lagi dipilih peminat sebagai artis paling popular, khususnya pada Anugerah Bintang Popular 2011 yang lalu. Sebaliknya gelaran tersebut kini menjadi milik aktor kacak dan sasa, Aaron Aziz.

Sehinggakan ada sesetengah pihak menganggap populariti adik kepada pelakon Zizie Ezette ini sudah mula merudum, malah realitinya Sam sememangnya kini perlu bersaing hebat dengan ramai lagi pelakon baharu yang muncul.

Pada sesi fotografi bersama Kosmo! baru-baru ini, Sam memberitahu dia tidak pernah kecewa dengan kekalahan tersebut dan akur apabila gelaran tersebut sudah mula bertukar tangan.

"Secara jujurnya kegagalan saya mempertahankan gelaran yang pernah dimenangi pada tahun lalu itu langsung tidak mematahkan semangat saya untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni.

"Bagi saya, segala pengiktirafan yang diperoleh itu bergantung kepada rezeki masing-masing, bukan disebabkan populariti seseorang pelakon itu sudah jatuh. Tewas tidak bermakna peminat sudah mula melupakan saya," ujar pelakon berusia 30 tahun itu.

Menurut Sam, sepanjang enam tahun bergiat aktif dalam bidang lakonan, dia memberitahu sokongan peminat merupakan faktor utama sehingga mampu berada pada tahap sekarang.

"Saya percaya peminat-peminat sudah banyak bertungkus-lumus dan harapan mereka juga sangat tinggi untuk memastikan saya dapat mengulangi kejayaan sebelum ini. Jadi, saya tidak mahu mereka terlalu kecewa dan anggap sahaja tiada rezeki saya pada tahun ini," ujarnya.

Sam bagaimanapun menegaskan kekerapan dirinya muncul di layar perak bukan merupakan faktor dia tidak lagi menjadi pilihan majoriti peminat untuk anugerah artis popular itu.

Katanya lagi, jika ada sebilangan pelakon yang hanya memilih tawaran tertentu untuk berlakon kerana mahu menjaga nilai eksklusif, Sam pula bertindak sebaliknya apabila menerima apa sahaja tawaran yang diberikan.

"Selagi ada pihak yang mahu menggunakan khidmat saya sebagai pelakon, apa salahnya kalau saya terima. Inilah masa yang paling sesuai untuk saya terima apa sahaja peluang yang datang sebelum saya dilupakan suatu hari nanti.

"Lagipun pelakon di Malaysia tidak sama seperti di Hollywood yang berlakon satu atau dua filem setahun kerana bayaran yang diterima sudah tinggi. Jadi, saya tidak boleh terlalu memilih kerana ini satu-satunya bidang yang saya ceburi untuk mencari rezeki," ujarnya.

Mengenai langkah persediaan yang dilakukannya untuk jangka masa panjang, Sam memberitahu kini dia sudah mula merancang untuk bergelar seorang penerbit drama menerusi syarikat produksi miliknya, Kat & Kids Production.

Ujarnya, sebagai langkah permulaan dia mahu lebih fokus kepada penghasilan drama dan telefilem sebelum menerbitkan filem dan buat masa ini dia masih lagi berusaha mencari skrip yang bersesuaian.

"Sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan kakak saya, Zizie Ezette dengan menerbitkan sebuah telefilem berjudul Nyanyian Sakratul Maut menerusi syarikatnya iaitu BZ 2121 Production," jelas Sama yang juga kerap tampil dalam drama bersiri.

Kaki nombor

Bercerita mengenai filem terbaharu lakonannya berjudul Nongkrong yang mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia hari ini, Sam memberitahu dia memegang watak sebagai Bada yang merupakan seorang kaki nombor ekor.

Menurutnya, filem berkenaan bukan kesinambungan kepada filem Ngangkung yang pernah mencatatkan kutipan sebanyak RM8.5 juta pada tahun 2010, sebaliknya ia merupakan sebuah filem yang langsung tidak berkaitan serta penceritaan yang berbeza.

"Saya melihat cerita dan konsep filem Nongkrong ini agak sama dengan Ngangkung. Kedua-duanya menceritakan tentang menggunakan khidmat bomoh untuk mendapatkan nombor ekor, cuma yang berbeza adalah jalan ceritanya sahaja.

"Jika dalam filem Ngangkung saya memegang watak sebagai seorang bapa yang dipengaruhi oleh rakan untuk bermain nombor ekor, namun dalam Nongkrong saya pula yang mempengaruhi rakan saya untuk melakukan perbuatan tersebut," jelasnya.

Nongkrong menceritakan tentang tiga orang pemuda, Bada, Aman (Angah Raja Lawak) dan Cumi (Epy Raja Lawak) yang cuba mencari kekayaan dengan menggunakan jalan mudah iaitu bermain nombor ekor.

Selain Sam, Angah Raja Lawak dan Epy Raja Lawak sebagai teraju utama, filem tersebut turut menampilkan beberapa orang pelakon lain seperti Mon Ryanti, Fyza Kadir, Liana Rafiai dan Nuremy Ramli.

"Mengenai gandingan saya bersama Angah memang tiada masalah kerana kami sudah kerap berlakon bersama-sama. Dengan Epy saya baru kali pertama bergandingan dengannya, namun dia sememangnya seorang pelakon bagus," ujarnya.


MON RYANTI berpeluang bergandingan dengan Sam dalam filem Nongkrong.


Makin menyerlah

Sebagai artis di bawah naungan MIG Production (MIG), ternyata Mon Ryanti, Fyza Kadir dan Epy Raja Lawak dilihat semakin menyerlah setelah kerap tampil dalam filem-filem terbitan syarikat tersebut.

Menurut Mon Ryanti atau nama sebenarnya Mon Ryanti Sahudina Lee, sehingga kini dia sudah berlakon sebanyak tujuh buah filem sejak mula bergiat aktif sebagai pelakon pada tahun 2010.

"Saya anggap ini semua adalah rezeki dan pilihan saya untuk memberi fokus dalam bidang lakonan ternyata langkah yang tepat. Lagipun saya berkecimpung dalam bidang lakonan kerana minat yang cukup mendalam.

"Memandangkan sehingga kini saya sudah tampil dengan tujuh buah filem, mungkin selepas ini saya mahu memberi fokus kepada drama pula dan bersedia untuk menerima apa sahaja watak yang diberikan," ujarnya.

Selain Nongkrong, antara filem-filem lakonan Mon Ryanti seperti Keramat, Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HACKS), Aku Terima Nikahnya, Hantu Dalam Botol Kicap, Bro, Nampak Motor Gua? dan Salam Cinta.

Bagi pelakon yang lahir menerusi rancangan Raja Lawak 5, Epy Raja Lawak atau nama sebenarnya Muhammad Hanafi Rusmadi memberitahu sejak menyertai MIG pada pertengahan tahun lalu, dia sudah berlakon sebanyak tiga buah filem.

"Pada mulanya saya sangat terkejut apabila mendapat tawaran memegang watak utama dalam filem Nongkrong, meskipun saya baru tiga bulan bersama MIG. Namun, saya gembira kerana dapat bergandingan dengan pelakon hebat seperti Sam dan Angah.

"Saya akui masih lagi baharu dalam bidang ini dan banyak lagi yang perlu saya pelajari. Apa pun saya tetap bersyukur dengan peluang yang diberikan dan pastinya ia menjadi batu loncatan buat saya memperbaiki lagi mutu lakonan," ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pelakon iaitu Norhafiezzah A. Kadir atau Fyza Kadir yang membawakan watak Puteri 2 dalam Nongkrong berkata, dia sebenarnya tidak pernah terfikir untuk bergelar seorang anak seni.

Ujarnya, pembabitannya dalam bidang lakonan berlaku secara kebetulan apabila bertemu dengan salah seorang penulis skrip MIG, Shahriman Wahab yang telah menyarankannya untuk mencuba nasib menjadi pelakon.

"Sebenarnya saya lebih berminat untuk menjadi seorang pereka fesyen. Namun, dengan keyakinan yang telah diberikan oleh David Teo, saya rasa tidak salah kalau saya cuba terlebih dahulu.

"Apabila mula terbabit dengan filem Nongkrong dan berlakon di samping pelakon hebat seperti Sam, banyak pengalaman diperoleh dan rakan-rakan pelakon yang lain juga banyak membantu saya," ujarnya yang mengakui dirinya seorang yang agak pemalu.

Menurut pemegang diploma dalam bidang fesyen dari Kolej MIA itu lagi, kini dia mula berasa seronok bergelar pelakon dan akan muncul dalam beberapa buah filem lagi seperti Seram Sejuk, Per3, Satu Lawan Satu dan Kisah Paling Gangster.

Adegan ranjang Rusdi, Nora

Posted:

Adegan ranjang Rusdi, Nora

Adegan ranjang Rusdi, Nora

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


PROFESIONAL. Rusdi dan Nora mengakui melakonkan babak ranjang kerana mengikut kehendak skrip filem Mencari Cinta.


FILEM berjudul Mencari Cinta yang diarahkan oleh Shirin Khuzaimi buat pertama kalinya telah menggandingkan dua orang pelakon popular iaitu Rusdi Ramli dan Nora Danish.

Namun begitu, pihak media yang berkesempatan menonton sebahagian sedutan filem berkenaan dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di Ipoh, Perak, mendapati banyak adegan romantik dan ranjang yang membabitkan kedua-dua pelakon berkenaan.

Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20, Rusdi ketika ditemui berkata dia sendiri tidak menyangka perlu melakonkan adegan yang pastinya mampu mencipta sensasi apabila ditayangkan nanti.

"Biarpun sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan, tetapi bukan mudah untuk saya melakonkan adegan romantik dan ranjang. Apatah lagi melakukannya dengan pelakon cantik seperti Nora Danish dan saya pula sudah berumah tangga.

"Bagaimanapun, saya anggap setiap babak yang kami lakonkan itu sebahagian daripada tuntutan kerja. Lagipun, sebelum memulakan sesuatu babak itu saya dan Nora banyak membuat perbincangan," ujar suami kepada komposer Sharon Anne Paul Abdullah.

Mencari Cinta mengisahkan tentang Myra (Nora Danish) yang telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin secara paksa dengan seorang pemuda kampung iaitu Razlan (Rusdi Ramli) setelah ditinggalkan kekasihnya.

Filem genre romantik diterbitkan oleh syarikat produksi Armnett Sdn. Bhd. dan Red Movies Sdn. Bhd. itu sudah tamat menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Janda Baik pada bulan Mac lalu dengan kos sekitar RM1.5 juta.

Akui Rusdi, pada mulanya dia agak terkejut apabila membaca skrip filem berkenaan terutamanya babak-babak yang perlu dilakonkan bersama Nora, namun dia tetap menerima tawaran yang diberikan kerana watak sebagai Razlan agak berbeza dengan filem-filem lakonannya sebelum ini.

"Perasaan berdebar itu memang ada memandangkan saya tidak pernah terbabit dalam adegan ranjang seperti di atas katil. Untuk mengelakkan rasa kekok, saya meletakkan diri saya sebagai Razlan dan bukan Rusdi.

"Bagi saya, tidak perlu ada sebarang kontroversi yang perlu timbul kerana kami sekadar melakonkan adegan sebagai pasangan suami isteri. Kami sekadar berlakon mengikut kehendak skrip dan adegan yang ditampilkan tidak keterlaluan," jelas pelakon berusia 42 tahun itu.

Sementara itu, Nora yang turut hadir pada majlis tersebut meluahkan rasa gembiranya apabila dapat bergandingan dengan Rusdi yang disifatkannya sebagai seorang pelakon yang hebat.

Ujar Nora, selama ini dia memang teringin untuk berlakon dengan pelakon-pelakon lelaki yang lebih berpengalaman dan pernah dinobatkan sebagai pelakon terbaik seperti Rusdi.

"Sebelum ini saya lebih banyak melakonkan watak-watak gadis ceria dan ini kali pertama saya membawakan watak romantik. Pada mulanya saya menyangka berlakon dalam filem bergenre romantik sangat mudah.

"Namun, sangkaan saya ternyata meleset sama sekali dan saya anggap watak saya dalam filem Mencari Cinta ini sangat mencabar dan memerlukan penghayatan yang lebih mendalam," jelasnya.

Diminta mengulas mengenai adegan romantik dan ranjang yang perlu dilakonkan bersama Rusdi, pelakon berusia 30 tahun itu memberitahu dia tidak dapat menahan ketawa ketika melakukannya.

"Bukan mudah untuk melakonkan adegan sebegitu dan ini kali pertama saya melakukannya. Namun, pengarah sendiri banyak membantu dan Rusdi juga banyak memberi tip lakonan kepada saya," ujarnya.

Selain dijayakan oleh Rusdi dan Nora, filem berkenaan juga turut dilakonkan ramai pelakon hebat seperti Fouziah Ghouse, Riezman Khuzaimi, Mahmod Ali Basha, Norlida Ahmad, Daphne Iking dan Natasha Hudson.

Festival Filem Cannes

Selaku pelakon dan pengarah kedua atau pengarah teknikal dalam filem Mencari Cinta, Riezman Khuzaimi memberitahu pada asalnya filem berkenaan mahu dibuat dalam bentuk drama dan skripnya pula sudah dihasilkan sejak tiga tahun lalu.

Ujarnya, pemilihan Rusdi dan Nora sebagai teraju utama filem pertama arahan Shirin yang juga kakaknya itu kerana tarikan tersendiri yang ada kepada kedua-dua pelakon tersebut.

"Kami menghasilkan filem ini bukanlah disebabkan terpengaruh dengan sambutan hangat yang pernah diraih filem Ombak Rindu. Sebenarnya sudah lama filem ini mahu dihasilkan, tetapi tidak dapat terlaksana kerana beberapa sebab tertentu.

"Kini saya gembira dan berpuas hati kerana akhirnya ia telah terhasil dan kami berharap ia dapat ditayangkan pada hujung tahun ini. Namun, kami tidak terlalu meletakkan sasaran yang terlalu tinggi kerana sedar persaingan sengit dengan filem-filem lain," ujarnya.

Ditanya mengenai beberapa adegan panas dalam filem berkenaan yang mungkin boleh mencetuskan kontroversi, Riezman menjelaskan pihaknya sedar akan ada tapisan yang dilakukan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Riezman menegaskan adegan panas yang ditampilkan dalam filem berkenaan tidak keterlaluan, namun pihaknya sudah membuat beberapa perancangan sekiranya LPF tetap membuat tapisan terhadap beberapa adegan.

"Sebagai pihak yang sudah lama berkecimpung dalam industri hiburan, kami sedar dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh LPF dan kami tidak kisah sekiranya banyak tapisan yang dibuat untuk tayangan di negara ini.

"Bagaimanapun, kami sudah pun merancang mahu menghantar filem ini ke Festival Filem Cannes di Perancis untuk bertanding dalam kategori Anugerah Pengarah Wanita. Jadi, kami akan menghantar salinan filem tersebut yang tidak ditapis untuk dinilai oleh juri di festival tersebut," ujarnya.

Longoria nafi musuhi Hatcher

Posted:

Longoria nafi musuhi Hatcher

Longoria nafi musuhi Hatcher


EVA LONGORIA


SEWAKTU aktres Eva Longoria muncul dalam program The Late Show With David Letterman baru-baru ini, dia telah ditanya tentang persengketaan dengan salah seorang rakan pelakon dalam drama rantaian Desparate Housewives, Teri Hatcher, 47.

"Kami telah bergaul dengan baik," ujar Longoria tentang hubungan mereka sebelum menyambung: "Orang di luar yang mengatakan kami tidak berkawan baik."

Hubungan renggang antara Hatcher dengan lima pemain utama drama sensasi tersebut yang lain iaitu Longoria, 37, Marcia Cross, 50, Felicity Huffman, 49, dan Vanessa Williams, 49, mula tersebar selepas nama Hatcher didakwa tidak diundang untuk meraikan sebuah parti khusus untuk drama tersebut.

Mengulas tentang dakwaan tersebut, Longoria mengatakan bahawa hal tersebut di luar kawalannya. "Apa yang saya tahu, semua yang terlibat dalam penggambaran Desparate Housewives, termasuk jika dia hanya kru yang membawa beg kami, semua dijemput ke parti itu," ujarnya.

David Letterman, 56, kemudian bertanya kepada Longoria tentang kesahihan salah seorang bintang drama itu yang telah dipecat iaitu Nicollette Sheridan. Longoria menjelaskan bahawa aktres tersebut tidak dipecat.

Ujarnya: "Dia bukan dipecat, tapi watak dia dicipta untuk mati dalam drama itu. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan dia. Dia seorang yang lucu."

Ahad, 13 Mei 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Anzalna Nasir di Majlis Hari Ibu Bersama Siti Nurhaliza

Posted: 13 May 2012 07:49 PM PDT

Antara selebriti yang hadir di Majlis Sambutan Hari Ibu Bersama Dato' Siti Nurhaliza yang diadakan pada jam 3 petang semalam ialah pelakon Anzalna Nasir.

Anzalna dilihat hadir bersama dengan buah hati tercinta yang turut membawa ibunya (kira bakal mak mertua Anzalna la kan?). Katanya sangat enjoy dan happy kerana dapat menonton persembahan Dato' Siti Nurhaliza.

Anzalna Nasir antara selebriti yang begitu meminati penyanyi terkenal ini.

Budiey sempat menemubual Anzalna Nasir dan video temubual akan diupload di Youtube tak lama lagi. Sekarang ni, ada problem dengan internet kat rumah ni. Sangat lembab, so tak dapat nak upload video. Dan yang malangnya beberapa video masa persembahan Siti Nurhaliza ada masalah audio. Arrggh stress giler Budiey. Yang sedihnya, video masa Siti duet dengan Hafiz nyanyi lagu Ombak Rindu pun tak boleh nak upload. Arggghhhh! Tapi korang jangan kecewa sebab Budiey pasti ada ramai lagi peminat Siti yang rakam video tu. Korang carilah kat Youtube, mesti diorang tengah sibuk upload masa ni.

Gambar Anzalna Nasir di Majlis Hari Ibu Bersama Siti Nurhaliza

Anzalna Nasir

Anzalna Nasir

Anzalna Nasir

Anzalna Nasir

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Anzalna Nasir di Open House Media Prima
  • Gambar Anzalna Bersama Kekasih di ABPBH2011
  • Gambar Selebriti di Majlis Pelancaran Album ALL Your LOVE
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Album ALL YOUR LOVE
  • Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah ABPBH2011
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Gambar Siti Nurhaliza Bertudung Hitam
  • Gambar Siti Nurhaliza di National Folk Museum Korea
  • Keluarga Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza
  • Apakah Cerita Perodua Anda?

    Posted: 13 May 2012 07:44 PM PDT

    Salam 1Malaysia buat semua pembaca,

    Budiey dapat tahu, Perodua sekarang sedang mengadakan kempen terbarunya iaitu Apakah Cerita Perodua Anda?.

    My Story Perodua

    Budiey rasa, kempen ini sangat bagus kepada pengguna Perodua khususnya di mana selain dapat mendekatkan Perodua dengan pengguna, ia juga dapat mencungkil banyak sekali cerita-cerita yang sangat unik dan menarik bersama Perodua atau sekurang-kurangnya segala masalah pengguna di luahkan di saluran yang betul.

    Mungkin ini satu pendekatan berkesan untuk Perodua mendengar masalah atau pengalaman dari pengguna Perodua. Sekaligus dapat memberi cadangan untuk meningkatkan lagi mutu servis di Perodua.

    Bayangkan jika semua pengguna Perodua terlibat menjayakan kempen ini, bermakna sekarang ni lebih 2 juta kereta Perodua di jalanraya, bersamaan dengan 2 juta cerita yang boleh dikongsi. Banyak betul kan?

    Sekurang-kurangnya, kempen ini menjadi platform atau saluran anda meluahkan segala perkara yang terbuku di hati. Yang paling penting, cerita anda itu berkait rapat atau relevan dengan Perodua dan Budiey rasa ia sangat elok untuk Perodua mengambil perhatian tentang masalah-masalah yang anda hadapi untuk meningkatkan lagi mutu untuk mencapai tahap kepuasan pelanggan.

    Bagaimana cara untuk anda hantarkan cerita anda tu?

    Jadi, jika anda ada cerita menarik tentang kereta Perodua anda tu, apa kata kongsi dan luahkan sejujurnya dengan melayari laman sesawang: www.peroduastory.com.my.

    Perodua

    Budiey memandang kempen ini tak ubah seperti kita mengisi borang kaji selidik, cuma kempen ini memerlukan anda bercerita lebih panjang dan lebih terperinci tentang pengalaman anda itu.

    Perodua

    Tak banyak syarikat yang berani mengambil pendekatan seperti ini. Sebaliknya Perodua begitu berminat untuk mendengar luahan hati pengguna. Sejajarlah dengan falsafah Perodua iaitu 'Anda Keutamaan Kami' yang menganggap penguna Perodua sebagai sebahagian keluarga Perodua. Betul juga tu, jika pelanggan tak didahulukan, pasti Perodua tak berjaya sampai ke tahap sekarang ini, kan?

    Pengarah Urusan Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh menjemput semua peminat Perodua untuk berkongsi cerita Perodua anda.

    Saksikan video di bawah ini:

    Jadi, apa kata, anda yang menjadi pengguna setia Perodua di luar sana mengambil bahagian dengan menceritakan pengalaman anda di laman sesawang www.peroduastory.com.my. Tulis je dengan terus terang kerana semua pengalaman yang anda tulis tu akan dibaca secara terperinci oleh Perodua. Senang kan?

    Di sini, Budiey mengucapkan syabas buat Perodua yang tak henti-henti memberikan yang terbaik kepada pelanggan demi melihat kepuasan kepada pelanggan.

    Maaf la sangat-sangat sebab dua tiga menjak ni agak kesuntukan masa untuk dapat 'update' blog ini. Banyak perkara perlu diselesaikan. Semalam, setengah hari Budiey habiskan masa di pusat servis kereta Perodua Myvi.

    Memang banyak jugak la nak kena tukar itu dan ini. Maklumlah dah 6 tahun Budiey jadi pengguna kereta Myvi yang dikatakan antara edisi keluaran pertama Perodua. Tapi Budiey sampai sekarang berpuas hati kerana keadaan kereta masih 'maintain'.

    My Story Perodua

    Bercakap pasal penjagaan kereta ni, ada 'feedback' dari pembaca yang katanya, nak jaga kereta ni bukannya senang, tapi taklah payah sangat pun. Antara tips yang disyorkan, kita kenalah buat servis secara berkala. Maknanya, kita kena pergi servis kereta jika dah sampai waktu yang ditetapkan. Jangan pula terlalu lewat. Kedua, untuk memastikan penghawa dingin dalam keadaan baik, kita kena 'on' selepas 5 minit kereta berjalan.

    Sepanjang 6 tahun guna Myvi ni, memang banyak kisah dan ceritanya. Kiranya kereta Myvi ni dah banyak buat jasa.

    Rasanya dah satu Malaysia ni dah dijelajah & memang best dapat pusing-pusing merata tempat bersama Myvi (kecuali Sabah & Sarawak la). Yang penting, Myvi ni tak banyak songeh dan tak buat hal langsung. Itulah yang buat Budiey rasa sayang nak bertukar kereta.

    Tapi yang Budiey rasa tak senang bila dah usia makin lanjut ni, Perodua Myvi banyak pula yang nak kena tukar itu ini semasa servis. Boleh dikatakan setiap kali pergi servis, pasti ada komponen yang perlu ditukar. Staff kat pusat servis Perodua pula memang selalu pujuk untuk tukar itu-ini.

    Nak tak nak, kenalah tukar. Tukar punya tukar, setiap kali servis biasanya mahal gak la harga yang kena bayar tu. Dekat RM1,000 lebih pun ada. Tapi memandangkan ini untuk keselamatan dan keselesaan ketika memandu, Budiey tak kisahlah sangat pun, kan.

    Budiey pasti korang yang menjadi pengguna setia Perodua ni ada ceritanya masing-masing. Kisah anda mungkin lebih unik dari cerita Budiey kat atas ni. Jadi, mungkin anda tertanya-tanya jika nak tulis cerita tu, nak tulis kat mana.

    Tunggu apa lagi, jom hantarkan cerita anda di www.peroduastory.com.my sekarang gak!

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Perodua Myvi 1.5 Limited Edition Design
  • Perodua Tweckbot Pastikan Anda Selamat Di Musim Perayaan
  • Majlis Penyerahan Perodua Alza Kepada Skuad ERA & My FM
  • Grand Prize Winner Celcom Broadband Myvi
  • Drama Jangan Main Belakang Bukan Cerita Gay
  • Quotes of the Day: "Saya Bukan Gay"
  • Film High School Musical 2 Soundtrack Contest
  • Gossip: Pelakon Besar Kepala dan Perasan Bagus Kena Buang
  • Konsert Fenomena 30 Tahun Search Bakal Catat Sejarah Industri Muzik
  • Bolehkah Filem Malaysia Menerjah Hollywood?
  • OHBULAN!

    OHBULAN!


    Aaron Aziz Bakal Jadi Duta Produk Makanan, Yourgurt

    Posted: 13 May 2012 10:50 PM PDT

    Bukan main lagi aktor popular diminati ramai ini sekarang. Semenjak memenangi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH 2012), melimpah-ruah rezeki masuk. Untunglah isteri dan anak-anak Aaron Aziz dirumah ya.

    Selepas dilantik menjadi duta M7, sebuah syarikat 'tuned car' yang berasal dari Jepun, kini Aaron Aziz dilantik pula menjadi duta produk makanan, Yourgurt.

    Untuk pengetahuan, Yourgurt adalah produk makanan dibawah syarikat Mama Secret Industry dan kami masih belum mendapat info yang lebih mendalam mengenai syarikat ini. Majlis perlantikan Aaron Aziz sebagai duta Yourgurt bakal diadakan pada 17 Mei 2012 di Tanjung Lounge, PWTC.

    Tahniah kami ucapkan pada Aaron Aziz!

    I’m Pregnant! – Eira Syazira Sahkan Kehamilan Pertama

    Posted: 13 May 2012 10:25 PM PDT

    Pelakon Syazira Suhami atau lebih dikenali sebagai Eira Syazira telah mengesahkan kehamilan pertamanya hasil perkahwinan bersama Azad Jasmin, juga pelakon melalui laman rasmi Facebook beliau, kira-kira 11 jam lepas.

    Menurut Eira, berita ini amat bermakna buat beliau kerana dimaklumkan oleh doktor tepat dengan sambutan hari ibu yang berlangsung semalam. Kegembiraan ini turut dikongsi oleh si suami yang dikatakan melompat kerana teruja dengan berita tersebut.

    Pada masa yang sama, Eira turut mengucapkan tanda syukur ke hadrat ilahi kerana dikurniakan anak sejak mengikatkan tali perkahwinan pada bulan September 2011.

    Di laman Twitter pula, Eira sudah menunjukkan tanda-tanda bahawa beliau mengidam nasi lemak. Aha, apa lagi Azad, cepat lah tunaikan permintaan isteri tersayang!

    Tahniah buat Eira & Azad!