Adsense

Isnin, 13 Februari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Auburn - All About Him Lyrics

Posted: 13 Feb 2012 09:17 AM PST

It's Auburn
And J.R.

'Cause I'm all about him, him, him, him, him
And he's all about me, me, me, me, me
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang
About nobody-e-e-e

'Cause I'm all about him, him, him, him, him
And he's all about me, me, me, me, me
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang
About nobody-e-e-e

Well, had him shooting for me like a ball team
Every guy was a knock out, Don King
But none of 'em had smarts, that's my thing
It's not enough to have balls, Spalding, ha
One day by Starbucks
I bumped into a guy rocking black Chucks
He said "Excuse me, beautiful," I said, "Aww, shucks"
And then he asked, "Well, ay, wanna grab lunch?"

Never ever met a guy so fly
Got me hooked like apple pie, I
Think I'm falling and I don't know why
But I won't fight these butterflies

'Cause I'm all about him, him, him, him, him
And he's all about me, me, me, me, me
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang
About nobody-e-e-e

'Cause I'm all about him, him, him, him, him
And he's all about me, me, me, me, me
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang
About nobody-e-e-e

And I swear what we have is just super cool
The way he's always in my head like a Bluetooth
I got a text from him, he said come through
Told me that he wants to kick it, Kung Fu
Don't do nothing much at all
Just we and his boys watching football
He asked for a kiss (Muah) So I gave him two
He said, "Well, thank you, baby," I said, "You're welcome, boo"

Never ever met a guy so fly
Got me hooked like apple pie, I
Think I'm falling and I don't know why
But I won't fight these butterflies

'Cause I'm all about him, him, him, him, him
And he's all about me, me, me, me, me
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang
About nobody-e-e-e

'Cause I'm all about him, him, him, him, him
And he's all about me, me, me, me, me
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang
About nobody-e-e-e

No, I don't need no fancy cars
And I don't need no diamond rings
My baby is all I need and more
'Cause I don't need those extra things

It's not about you (Oh-oh-oh-oh) (It's not about you)
It's not about them (Oh-oh-oh-oh) (It's not about them)
It's all about me (Oh-oh-oh-oh) (It's all about me)
And it's all about him (Oh-oh-oh-oh) (It's all about him)

Yeah, yeah, yeah, yeah
Yeah, yeah, yeah, yeah
Yeah, yeah, yeah, yeah
Said it's all about him, yeah

'Cause I'm all about him, him, him, him, him
And he's all about me, me, me, me, me
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang
About nobody-e-e-e

'Cause I'm all about him, him, him, him, him
And he's all about me, me, me, me, me
And we don't give a dang, dang, dang, dang, dang
About nobody-e-e-e

(Oh-oh-oh-oh) 'Cause I'm all about him
(Oh-oh-oh-oh) 'Cause I'm all about him
(Oh-oh-oh-oh) I'm all about him
(Oh-oh-oh-oh) And we don't give a dang, dang, dang
(Oh-oh-oh-oh) It's all about you
(Oh-oh-oh-oh) It's all about you, boy
(Oh-oh-oh-oh) It's all about you
(Oh-oh-oh-oh)
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Selamat Hari Suami Isteri Kepada Pembaca Di ZoOMartis

Posted: 13 Feb 2012 09:05 AM PST

Sekadar Hiasan

Hari ini merupakan hari yang dinanti-nanti oleh segenap lapisan masyarakat, 14 Februari ramai pasangan di Dunia menyambut hari ini. Namun sebagai umatnya marilah kita sama-sama menyokong hari ini sebagai Hari Suami Isteri. Insyallah.


Namun bagi anda yang menyambut Hari Kekasih..selamat menyambut dan berhati-hati dijalan raya..




Selamat Hari Suami Dan Isteri 2012 :)




Apa kata anda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Aan Bekas Kumpulan Heavy Machine Meninggal Dunia - AL-Fatihah

Posted: 13 Feb 2012 08:54 AM PST


Ini Berita yang ZoOM baca di forum cari mengenai penyanyi veteran yakni Aan, penyanyi yang juga bekas ahli kumpulan Heavy Machine meninggal dunia semalam.

Allahyarham dikatakan mengalami serangan jantung

Dia terkenal dengan lagu Cinta Melankolia ciptaan Mohd. Khair Yassin yang menjadi siulan suatu ketika dulu.

JIka berita ini betul..marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah Untuk arwah.


AL-Fatihah

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Lirik Lagu Lelaki Seperti Aku – Alif Satar

Posted: 13 Feb 2012 06:07 AM PST


Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak

Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati

Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak

Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak

Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Ceritanya aku sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Ladies Shoe Fair at Pavillion KL - 2 to 29 Feb 2012

Posted: 13 Feb 2012 12:59 AM PST

2-29 February 2012

Ladies' Shoe Fair

Ladies' Shoe Fair happening only at
Parkson! (Pavillion KL)
Brands Offered
Larrie
Geox
Zang Toi
NYC
Camel Active
and more
Location
Event Hall

Level 3
Info
Exclusive for Parkson Elite Card Members
Additional 10% off on selected items


ZoOM : Kongsilah Dengan Kawan-Kawan Anda di Luar Sana..!!
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

SOGO KL Mega Hot Deals - 13 to 26 Feb 2012

Posted: 13 Feb 2012 01:00 AM PST


13-26 February 2012

SOGO KL Mega Hot Deals

Up to 70% Off!

SOGO KL Mega Hot Deals
A Cut Above the Rest!
John Master and Alain Delon Mega Hot Deals!
Products Offered
Handbags
Men Apparels
Sports Apparel
Shoes
Lingerie

Location
Even Hall
5th Floor


ZoOM : Kongsilah Dengan Kawan-Kawan Anda di Luar Sana..!!
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

1-Day ONLY Shopping Madness - 25 Feb 2012

Posted: 13 Feb 2012 01:00 AM PST

25 February 2012

1-Day ONLY Shopping Madness

Join us for a shopping spree with a wide range of fabulous
designer handbags (NEW & PRE-OWNED) just for you!
Brands Offered
Gucci
Dior
Burberry
Coach
Longchamp
Victoria's Secret
and many more
Time
11am -5pm
Location (603 5523 9111)
GEDUNG TELEKUNG,
No 3A, 1st Floor,
Jalan Plumbum R 7/R, Sek 7
40000 Shah Alam
Selangor
(Near JAKEL / above Al-Ikhsan)
Info
Free mystery gifts will be given to first 20 customers with purchase of
RM1 000 and above in a single receipt
Cash and credit card accepted.
SEE YOU THERE!


Credit : ShoppingSales.com 

ZoOM : Kongsilah Dengan Kawan-Kawan Anda di Luar Sana..!!
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Neelofa Kongsi Rezeki Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Al-Faiz Gombak

Posted: 12 Feb 2012 09:53 PM PST

Alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki dan berkat daripada sumbangan terutamanya kepada anak-anak yatim. Bagi ZoOM Neelofa memang sempurna dan lain daripada yang lain kerana :

1. Dia merupakan budak bijak (UPSR-5A,PMR-8A dan SPM-10A)
Kalau ikutkan dia memang berkaliber dan mampu menjadi pelajar cemerlang tetapi masih memilih bidang RETIS sebagai kerjaya.
 
2.Merupakan anak orang Kaya, maksudnya dia mampu untuk membeli dan membuka perniagaan seperti yang sedang diusahakan (Jual Kasut Jenama Neelofa kot)

3.Paras rupa dan pakej yang lengkap serta mempunyai bakat yang perlu digilap, tetapi gossip dan gambar seksi kurangkan ler ye...pendapat ZoOM je la...maklumlah dia tak pakai seksi pun dah seksi..Ops..

4.Belum terfikir..apa kata anda je yang komen..Tapi sebelum tu baca je la cerita mengenai program Neelofa yang terbaru ni :) :



Secantik namanya, begitu juga cantiknya budi pekerti dimiliki selebriti yang kian meningkat , Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali dengan nama Neelofa.

Biarpun begitu sibuk dengan aktiviti mempromosikan filem sulung lakonannya, Azura di samping jadual padat sebagai pengacara Nona, namun si cantik ini masih sempat lagi mencuri masa untuk melakukan kerja amal.

Boleh dikatakan rezekinya ketika ini cukup murah dengan dihujani pelbagai tawaran lakonan, juga perniagaan kasutnya, tetapi anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini tidak lokek untuk berkongsi rezeki dengan masyarakat.

Aktres baru sahaja menyambut hari lahir pada 10 Februari lalu, mengambil kesempatan membawa 30 anak yatim didatangkan khas dari Rumah Al-Faiz, Gombak bagi menonton wayang filem Azura di MBO, Space U8, Bukit Jelutong, baru-baru ini.

Telah lama menyimpan hasrat untuk membawa mereka menonton wayang, Neelofa yang juga pelakon utama filem tersebut, bersyukur dapat merealisasikannya pada malam Rabu lalu.

Neelofa berkata, hubungannya dengan kanak-kanak di Rumah Al Faiz, Gombak, sudah lama terjalin. Katanya, dia pernah menjadi pengacara untuk majlis-majlis amal, termasuk majlis berbuka puasa pada tahun lalu.

"Sebenarnya, kami sudah lama berkenalan dan saya anggap mereka ini sebagai adik-adik saya. Malah mereka pun memanggil saya dengan panggilan Kak Lofa.

"Kami kenal kebetulan semasa saya menjadi pengacara di majlis amal melibatkan Rumah Al-Faiz, Gombak. Jadi sudah lama saya menyimpan hasrat membawa mereka menonton filem pertama saya. Alhamdulillah, ia berjaya juga dilaksanakan," katanya yang tampil kasual pada malam tersebut.

Mempunyai sembilan adik-beradik dan anak buah yang ramai, membuatkan pelakon ini tidak 'kekok' melayan karenah anak-anak yatim dengan mesra. Bukan saja berinteraksi, malah juga bergurau senda, sekali gus memperlihatkan sisi murni, Neelofa.

Mengulas mengenai program tayangan amal tersebut, Neelofa memberitahu tidak menganggap aktiviti itu sebagai program wajibnya setiap kali filem barunya keluar.

"Terlalu banyak program yang ada dalam perancangan. Tetapi saya tidak mahu program ini dianggap sebagai perkara wajib.

"Sekiranya ada peluang lagi saya akan luangkan masa untuk melakukan kerja amal seperti ini cuma tidak tahu bila," katanya yang menganggap perkara itu sebagai program peribadinya.

Neelofa turut memberitahu, program tersebut juga bukan merupakan sebahagian daripada aktiviti mempromosikan filem barunya itu.


Sambut hari jadi dua hari awal <--- Hurmmm Heppy Besday ye :)

Tidak hanya meraikan anak yatim, Neelofa turut diberikan kejutan ketika awal tayangan filemnya itu dengan tontonan gambar-gambarnya ketika kecil sehinggalah kemenangannya sebagai Juara Dewi Remaja 2010/2011.

Tidak terhenti setakat itu, selebriti ini bertambah terkejut apabila kira-kira 30 ahli keluarganya, turut hadir membawa kek, sempena menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-23.

Biarpun hari lahirnya diraikan dua hari lebih awal, namun Neelofa kelihatan begitu terharu dengan ingatan daripada keluarganya yang sanggup meluangkan masa datang ke Kuala Lumpur.

"Tak sangka keluarga sanggup datang ke majlis ini untuk meraikan hari lahir saya memandangkan sudah lama kami tidak berjumpa.

"Apa pun saya begitu berterima kasih dengan usaha mereka yang sanggup menguruskan majlis ini. Saya tahu ini tentu idea kakak saya (Nabila) dan pihak pengurusan saya," katanya yang diberikan kek berwarna biru lembut sesuai dengan namanya yang membawa maksud cahaya bunga biru.
Dalam pada itu, pihak MBO yang turut menaja lokasi tayangan amal tersebut turut memberikan bunga sebagai hadiah hari lahir kepada Neelofa.

Beberapa penonton bertuah pada malam tersebut turut diberikan kad keahlian MBO yang mengandungi baucer RM100 untuk menonton wayang di panggung tersebut.

Selain dihadiri dengan anak-anak yatim dan kaum keluarga, sesi tayangan amal tersebut turut dihadiri oleh 30 pembaca majalah hiburan No 1 negara, Media Hiburan.


Terima kritikan <--- Ye betul..kurangkan gossip..lakonan kena mantapkan lagi...

Mengulas mengenai kritikan diterima menerusi lakonannya dalam filem Azura, Neelofa menganggap perkara itu sebagai semangat untuk dirinya melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.

"Bagi orang yang membesar dengan filem Azura, mungkin ada yang tidak boleh terima pembaharuan dalam filem ini. Ada antara mereka yang membandingkan lakonan saya dengan pelakon lama.

"Tetapi bagi generasi muda, kebanyakan maklum balas yang saya terima baik kerana mereka suka dengan pengolahan cerita yang menggunakan latar masa zaman sekarang," katanya yang telah menonton filem tersebut lebih daripada tiga kali.

Bagaimanapun, Neelofa berharap peminat dapat menerima lakonannya sebagai pelakon baru.

Tambahan pula, katanya, filem tersebut adalah lakonan pertamanya dan dia ditawarkan berlakon filem itu sebelum memenangi Dewi Remaja lagi.

"Saya harap peminat faham saya memulakan karier dengan filem ini. Jadi, jika diikutkan banyak perkara telah saya pelajari melalui pengalaman berlakon.

"Apa yang saya boleh katakan, peminat nilailah lakonan saya untuk filem yang akan datang juga dan pastinya terdapat perubahan dan peningkatan untuk itu," katanya.

Neelofa turut mengakui kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya selepas berlakon untuk empat filem lain.

Tidak memilih sebarang watak yang diberikan, Neelofa menganggap tawaran yang diterima sebagai satu cabaran baru buatnya.

"Saya tak kisah mengenai watak yang ditawarkan. Tetapi saya akan melihat jalan cerita, pengarah dan pelakon lain yang terlibat dalam produksi itu," katanya.


Tumpu perniagaan <--- kan elok cik adik yang comel meniaga je...sure kerja titik peluh sendiri.

Tidak sekadar berbakat dalam bidang seni, pemegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa dan Pemasaran ini turut berbakat dalam bidang perniagaan.

Memilih kasut sebagai produk perniagaannya, Neelofa optimis dengan setiap rekaan dihasilkan di bawah jenamanya sendiri.

"Tahun ini saya akan mengeluarkan lebih banyak rekaan kasut terkini dan saya kini sedang dalam proses melakukan penjenamaan semula kasut saya di bawah jenama Neelofa.

"Kebanyakan rekaan sudah dihantar ke kilang dan kini saya menunggu masa untuk memasarkan kasut tersebut, sekali gus merasmikan perniagaan saya," katanya yang mendapat idea perniagaan kasut semasa menyertai pertandingan Dewi Remaja 2010/2011.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gossip Ika Nabila Minum Arak

Posted: 12 Feb 2012 09:37 PM PST

Gambar yang di 'Upload" di laman gossip RotiKaya mengemparkan dunia hiburan kerana sekali pandang Ika Nabila macam meneguk "Kencing Setan". Dan ia menyebabkan beberapa komen panas daripada pembaca kesan daripada penyebaran gambar diatas..

Namun si empunya diri (Ika Nabila), tampil menjawap gossip panas mengenai gambar ini :

Ika menjelaskan air dalam gelas tersebut bukanlah minuman beralkohol sebaliknya ia adalah jus sparkling.

Ika yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) berkata, dia tidak pernah minum arak apatah lagi berkeadaan mabuk di depan khalayak seperti yang digambarkan pada foto berkenaan.

"Sebenarnya air dalam gelas tersebut adalah jus sparkling. Saya tak tahu macam mana gambar itu boleh tersebar kerana ia hanya dipaparkan dalam gambar profil mesej Blackberry (BBM) saya.


"Dan air itu bukanlah air arak seperti yang disangkakan. Malah, saya bersama Mimi Haris (penyanyi) ketika itu di sebuah pusat karaoke.

"Saya percaya ini perbuatan khianat individu yang tidak berpuas hati dengan saya," jelasnya yang dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Ika berkata demikian ketika mengulas foto yang disebarkan oleh sebuah blog hiburan.

Dalam foto tersebut, Ika bersama rakan-rakannya termasuk Mimi Haris menghadiri sebuah parti sambil memegang gelas yang didakwa alkohol.

Tambah Ika, dia tahu walaupun telah memberikan penjelasan, masih ada orang yang akan percaya perkara yang tidak dilakukannya itu.

"Terpulanglah apa orang nak kata, yang penting saya telah membuat penjelasan dan tahu batas-batas sebagai seorang artis yang perlu dijaga.

"Saya tak tahu kenapa orang sekarang suka mengaitkan perkara-perkara yang tidak elok tentang saya.

"Bagaimanapun saya harus akur bahawa menjadi seorang artis, orang ingin tahu segala kerja dan peribadi kita," tuturnya.

Info : Mstar Online


ZoOM : Apa-apalah Ika Nabila, yang penting lepas ini sila pastikan BB anda sentiasa berada dalam gengaman atau simpanan anda. Sekarang ini ramai kawan makan kawan, jangan jadi seperti Faizal AF yang terkena dengan kawan tu.Kalau macam si Zarina jangan kisah la sebab dia sukakan konterversi dalam Tweet...:) 

Tapi ZoOM pernah post mengenai Piercing/Tindik di Lidah Ika ni, entahlah..Jangan pergi jauh dah la..

 Dan berikut Biodata Artis ini <-- Click Je 2x
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Bogel Jennifer Lopez Kembali Hangatkan Laman Sesawang

Posted: 12 Feb 2012 09:24 PM PST

 Sekali lagi artis lama yang penuh konterversi ini tampil dengan isu panas dengan bergambar bogel dalam iklan minyak wangi jenama "Glowing".


Minyak wangi ini akan dipasarkan pada bulan Mei 2012 menurut Jennifer Lopez atau JLo yang mempromosikan produk minyak wangi ini.


Namun bagi ZoOM gambar tu macam bukan nak promosi minyak wangi je tapi promosi tubuh badan jer..Lantak la JLo asal ko bahagia dengan dunia seni yang ko cipta...




Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Whitney Houston Meninggal Dunia

Posted: 12 Feb 2012 09:15 PM PST



SABTU lalu, sepatutnya bintang terkenal Hollywood, Whitney Houston menyambut ulang tahun kelahiran ke-48. Bagaimanapun 11 Februari 2012 menjadi tarikh kematiannya.

Penyanyi kulit hitam yang telah menakluk dunia dengan vokal luar biasa dan kehebatan untaian lagu cinta seperti hit sepanjang zaman, I Will Always Love You itu meninggal dunia pada usia 48 tahun.

Ditemui mati di bilik Hotel Beverly Hilton di tingkat empat pada pukul 3.55 petang (waktu tempatan), Whitney sebenarnya sedang menunggu untuk sama-sama meraikan Grammy Awards.

Malah pada malam sebelum dia ditemui mati. Whitney dilaporkan telah berparti sakan dalam parti Pra Grammy Awards.

Menurut pihak polis Beverly Hills, punca kematian mantan isteri Bobby Brown itu belum dikenal pasti dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan.

Ironi, satu dunia tahu bahawa pemilik nama sebenar Whitney Elizabeth Houston itu menghadapi masalah ketagihan dadah yang kronik.

Memulakan karier nyanyian seawal usia 11 tahun dan menghabiskan usia remaja dengan bernyanyi di banyak kelab malam, Whitney mula meraih perhatian dunia saat debutnya yang menggunakan judul Whitney Houston dipasarkan pada tahun 1985.


Info : Mstar Online


ZoOM : Pernah juga ZoOM dengar lagu Whitney ni, tapi tak tahu pula dia ni ketagihan dadah kronik. Kalau duit dah banyak macam-macam benda boleh berlaku, dan apabila masalah besar maka jalan singkat juga yang dipilih. Namun punca kematian artis Hollywood ini masih belum dapat dipastikan.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Alkohol, dadah ragut nyawa Houston?

Posted:

Alkohol, dadah ragut nyawa Houston?

Alkohol, dadah ragut nyawa Houston?

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my.


SEGALA penderitaan Whitney Houston sepanjang hidupnya kini dibawa ke dunia barunya yang abadi.


PADA pukul 3.43 petang Sabtu lalu (Ahad pagi waktu Malaysia), polis Los Angeles yang menerima panggilan kecemasan telah bergegas ke bilik penginapan Whitney Houston di Hotel Hilton Beverly.

Malah pasukan paramedik yang kebetulan berada di hotel berkenaan turut bergegas ke bilik penginapannya. Tetapi mereka tidak dapat berbuat-buat apa untuk menyelamatkan nyawa penyanyi tersohor itu.

Ironinya, sesuai dengan taraf diva yang diterima, riwayat hidup Houston berakhir pada malam sebelum Anugerah Grammy - malam yang sentiasa ditunggu-tunggunya saban tahun.

Serentak dengan itu juga, berita kematiannya tersebar ke serata dunia. Orang ramai yang lalu lalang di Time Square, New York tergamam seketika seolah-olah tidak percaya akan berita kematian diva berusia 48 tahun ini.

Yang menjadi persoalan sekarang ialah apakah yang menjadi punca kematiannya? Lagi pula, berita mengenai Houston terutama yang kurang enak tentang dirinya agak jarang terpampang di media massa kebelakangan ini.

Sehingga artikel ini ditulis, punca kematian Houston masih lagi disiasat dan semuanya akan terjawab sebaik sahaja keputusan bedah siasat diumumkan.

Biar sebab-sebab kematiannya masih tidak pasti namun pemergian anak kelahiran New Jersey, AS ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi serta kurang enak didengar.

Sudah pasti, punca utama yang dikaitkan dengan Houston adalah dadah dan alkohol yang telah menjadi sebahagian hidup penyanyi itu sejak sekian lama.

Mungkin terlalu awal untuk mengaitkan kedua-dua faktor itu tetapi jika diselak kembali helaian diari hidup pemilik nama penuh Whitney Elizabeth Houston ini, memang tiada yang mustahil.

Kerana dadah dan alkohol jugalah, ia telah menjatuhkan prestij dan kedudukan Houston sebagai bintang termasyhur dunia yang disanjung jutaan peminatnya.

Malah menurut sumber, sewaktu Houston melatih penyanyi Brandy dan Monica ketika latihan persembahan untuk Grammy Khamis lalu, dia bukan sahaja kelihatan berpeluh tetapi nafasnya juga berbau arak dan rokok.

Dua hari lalu, penyanyi itu turut mengadakan persembahan pada malam parti pra-Grammy bersama-sama Kelly Price.

Kehidupan malap

Kehidupan malap Houston bermula apabila dia mendirikan rumah tangga bersama bekas anggota kumpulan pop, New Edition, Bobby Brown pada tahun 1992.

Sebelum itu, Houston pernah dikaitkan dengan beberapa orang lelaki termasuklah pemain American football, Randall Cunningham dan pelakon komedi terkenal, Eddie Murphy.

Ketika Houston membuat keputusan untuk berkahwin dengan Brown, ramai menganggap ia satu langkah yang kurang bijak ekoran reputasi dan rekod buruk lelaki itu.

Namun kerana cinta yang mendalam kepada Brown, Houston tidak mempedulikan kata-kata orang termasuk keluarganya yang tidak berkenan dengan pilihan hati Houston itu.

Ternyata cinta melangkaui segala-galanya buat Houston dan Brown dan mereka dikurniakan dengan satu-satuya anak perempuan, Bobbi Kristina Houston Brown yang kini berusia hampir 18 tahun.

Permulaan kehidupan mereka berjalan dengan baik sehinggalah beberapa tahun selepas itu apabila rumah tangga mereka berdepan dengan pelbagai masalah yang berpunca daripada Brown.

Lelaki itu bukan sahaja terlibat dalam kes-kes jenayah sehingga dipenjarakan, lebih malang lagi, Brown merupakan individu yang bertanggungjawab merosakkan reputasi dan prestij Houston dengan dadah dan alkohol.

Kendatipun begitu, Houston masih terus setia di samping suaminya walau dikecam dan dikritik oleh masyarakat yang melihatnya sebagai seorang yang kurang waras apabila terus bersama lelaki yang dianggap perosak itu.

Tetapi ketika itu, nasib masih menyebelahi Houston kerana lagu-lagu dan suaranya masih lagi bertenaga serta diterima baik oleh para peminat setianya.

Nama penyanyi yang cukup masyhur dengan lagu I Will Always Love You dan I Wanna Dance With Somebody (Who Loves Me) terus berada di puncak sehinggalah pada awal tahun 2000 apabila dengan perlahan-lahan kualitinya sebagai penyanyi termasyhur mula jatuh.

Suaranya yang dahulu dianggap sebagai suara emas berubah menjadi parau sehingga dia tidak mampu lagi menyanyi seperti asal. Nota tinggi yang sering dinanti-nantikan tidak lagi berupaya memukau peminat.

Semuanya berpunca daripada pengambilan dadah dan alkohol yang menjadi peneman setia Houston setiap masa terutama ketika dia berdepan dengan pelbagai masalah rumah tangga dan hidup.

Sehinggakan peminat setianya sendiri mengecam dan mengkritik Houston apabila dia muncul dengan album I Look To You pada tahun 2009 selepas kali terakhir hadir dengan album Just Whitney... pada 2002.

Suara yang mengubah dunia

Posted:

Suara yang mengubah dunia

Suara yang mengubah dunia

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


WHITNEY Houston (kanan) bersama, Elizabeth Taylor (kiri), Liza Minnelli dan Michael Jackson dalam salah satu majlis pada tahun 1988.


DILAHIRKAN pada 9 Ogos 1963 di New Jersey, Amerika Syarikat (AS), permulaan kerjaya seni Whitney Houston adalah dengan menyanyi di gereja dan kelab-kelab kecil bersama ibunya, Cissy Houston.

Houston boleh dikatakan agak bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga seni kerana sepupunya, Dionne Warwick juga merupakan seorang penyanyi terkenal.

Di zaman remajanya, Houston juga pernah menjadi penyanyi pengiring bagi artis-artis popular antaranya Chaka Khan dan Jermaine Jackson.

Bukan hanya berbakat besar dalam bidang nyanyian, Houston juga dikurniakan dengan wajah jelita yang jarang ada pada wanita kulit hitam yang lain.

Tidak hairanlah atas faktor itu, Houston mendapat peluang menjadi gadis penghias kulit majalah dengan salah satunya adalah majalah Seventeen dan dianggap sebagai salah seorang wanita kulit hitam untuk mendapat penghargaan setinggi itu.

Kehidupannya berubah pada tahun 1983 apabila mogul muzik, Clive Davis yang menjadi ketua syarikat rakaman, Artista Records di bawah syarikat BMG Music ketika itu hadir menonton persembahan Houston di salah sebuah kelab malam di New York, AS.

Terpukau dengan vokal Houston yang menakjubkan dan segar, Davis tidak menunggu lama untuk menjadikan Houston sebagai artis rakaman di bawah Arista.

Pada tahun 1985, Houston muncul dengan album perdananya, Whitney Houston yang serta-merta mendapat sambutan luar biasa dan kritikan positif daripada pengkritik muzik malah membolehkannya meraih anugerah Grammy pertamanya bagi Vokal Pop Wanta Terbaik .

Memuatkan lagu-lagu popular seperti How Will I Know, All At Once, Saving All My Love For You dan Greatest Love Of All, ia dengan pantas meletakkan nama Houston sebagai bintang baru yang wajar diberi perhatian ketika itu.

Perlahan-lahan dia mendaki puncak populariti sehingga menjadi bintang pop pujaan ramai dek kemantapan dan kehebatan vokal yang sukar ditandingi.

Sehinggakan Davis sendiri pernah memberitahu bahawa suara Houston telah mengubah dunia.

Meneruskan legasinya, Houston muncul dengan dua album selepas itu, Whitney (1987) dan I'm Your Baby Tonight (1990) yang menampilkan banyak lagu-lagu popular serta hits di seluruh dunia.

Antaranya I Wanna Dance with Somebody (Who Loves Me), Where Do Broken Hearts Go, So Emotional, Didn't We Almost Have It All, I'm Your Baby Tonight, All The Man That I Need dan Miracle telah meletakkan nama Houston di mercu kejayaan.

Menyedari popularitinya yang luar biasa itu, Houston mengorak langkah sebagai seorang pelakon dengan membintangi filem semi muzikal, The Bodyguard bersama Kevin Costner pada tahun 1992.

Impak yang terhasil daripada filem itu cukup besar apabila album runut bunyinya menjadi fenomena di seluruh dunia. Semuanya gara-gara lagu I Will Always Love You yang menjadi lagu tema filem tersebut.

Rata-rata pengkritik dan pencinta muzik dunia bersetuju bahawa nyanyian dan penyampaian Houston dalam lagu itu cukup memukau dan luar biasa sekali.

Penangan populariti lagu itu juga telah menjadikan album runut bunyi The Bodyguard sebagai album runut bunyi terlaris sepanjang zaman dengan penjualan sebanyak 17 juta unit di AS dan 44 juta salinan di seluruh dunia.

Malah album itu juga telah memenangi tiga anugerah Grammy termasuk Album Terbaik serta Rakaman Terbaik dan Persembahan Vokal Pop Terbaik untuk Houston bagi lagu I Will Always Love You.

Ekoran daripada kejayaan lagu itu juga, kontroversi mula tercetus apabila Houston telah mengeluarkan kenyataan yang telah menyinggung perasaan komposer dan penyanyi asal lagu itu, Dolly Parton.

Houston dikatakan telah membuat kenyataan yang menyatakan dia menyanyikan lagu itu jauh lebih baik daripada Parton di mana kebenaran itu memang jelas terbukti.

Namun Houston menafikan perkara itu dengan memuji Parton sambil menyatakan lagu itu telah ditulis begitu indah oleh Parton.

Begitu juga Parton yang berterima kasih kepada Houston yang telah memperkenalkan lagu itu kepada masyarakat dengan lebih meluas selain dapat meningkatkan royaltinya.

Selepas itu, Houston telah membintangi dua buah filem lagi iaitu Waiting To Exhale (1995) dan The Preacher's Wife (1996) dengan album runut bunyinya juga sukses biarpun tidak sehebat The Bodyguard.

Pada ketika dia berada di kemuncak kegemilangan itulah juga Houston mula terlibat dengan dadah dan alkohol.

Dua kali memasuki pusat pemulihan, Houston membuat pengakuan terbuka kepada Oprah Winfrey mengenai keadaan dirinya yang sudah bebas pengaruh tersebut pada 2010.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tiada lagi Whitney

Posted: 12 Feb 2012 02:57 PM PST

Hip

Kehilangan secara mengejut diratapi rakan seperjuangan

TIADA lagi penyanyi yang mampu mengubah sebuah lirik menjadi melodi yang cukup indah, apabila penyanyi kulit hitam, Whitney Houston, 48, menghembuskan nafas terakhirnya, kelmarin.

Kehilangan Whitney cukup mengejutkan bukan saja buat peminat lagu I Will Always Love You, tetapi turut diratapi rakan seperjuangannya. Penyanyi Aretha Fraklin, tidak mampu berkata-kata akibat terlalu sedih dengan pemergian sahabatnya itu.

"Saya tidak mampu untuk bercakap sekarang. Kehilangan Whitney cukup mengejutkan, saya tidak percaya dengan berita yang saya lihat di kaca televisyen.

Berita menyedihkan ini membuatkan saya teringat kepada ibunya Cissy serta anaknya Bobbi Kriss, keluarga dan Bobby (Brown)," katanya.

Penyanyi legenda yang dilahirkan tanggal 9 Ogos 1963 di Newark, New Jersey, ditemui mati oleh pengawal peribadinya di dalam bilik Hotel Hilton di Beverly Hills California kira-kira jam 3.55 petang.
Punca kematiannya masih lagi disiasat, tetapi menurut pihak polis, tiada unsur jenayah.

Houston yang memulakan kerjaya dalam dunia nyanyian sejak muda, berada di Beverly Hills kerana terbabit dengan persembahan sempena sambutan majlis pra-Anugerah Grammy.

Kali terakhir penyanyi itu ditemui pada Khamis lalu. Anugerah Grammy berlangsung hari ini di Staples Center, Los Angeles.

Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

Dengarnya... Ada kes pilih kasih di Istana Budaya?

Posted: 12 Feb 2012 02:04 PM PST

Hip

CIK Normah sebenarnya bangga apabila industri komedi kita semakin mendapat tempat. Buatlah apa saja program yang membabitkan artis komedi, pasti meletup! Filem kita juga banyak diselitkan dengan kemunculan pelawak untuk memancing perhatian, tidak kiralah dalam genre seram mahu pun romantik.

Cik Normah akui, komedi kembali semarak selepas Astro memperkenalkan program realiti Raja Lawak, diikuti Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega. Sejak itu pelawak tanah air yang dulunya ala-ala sudah tidak mendapat tempat di stesen TV, kini kembali bernafas, sekali gus menjana pendapatan. Malah, sebahagiannya siap muncul sebagai nama paling popular.

Apabila Cik Normah baru-baru ini menyaksikan program komedi yang buat julung kali diangkat ke pentas bertaraf antarabangsa, iaitu Lawak Ke? Der, sambutannya sungguh di luar dugaan. Tahniah buat Istana Budaya serta semua yang menjayakannya. Bercerita mengenai pementasan ini, Cik Normah yang berkesempatan menjenguk majlis pengumuman program Istana Budaya 2012 tidak lama dulu tumpang teruja apabila dimaklumkan akan diwujudkan slot Bila Hati Di Geletek, dengan memberi tanggungjawab kepada Global Network Entertaiment (GNE), milik penerbit dan pelakon, Den Wahab.

Peliknya, tatkala pengumuman susulan dilakukan, alih-alih nama Tall Order Productions milik Hans Isaac pula yang naik. Bukanlah Cik Normah nak berpandangan serong, cuma pelik apabila ia benar-benar direalisasikan, syarikat Harith Iskander, NRG Enterprise, pula yang bekerjasama dengan Istana Budaya.

Mana satu yang betul ni? Ini idea asal siapa, sebab dalam setiap sidang media ada saja perubahan? Apa jadi pula dengan nasib individu yang mula-mula tampil dengan idea berkenaan, siapa lagi kalau bukan Den Wahab?

Kenapa tiba-tiba pihak Istana Budaya membuat pengakuan mereka sudah merancang persembahan genre berkenaan sejak lama dulu, cuma kalendar panggung terbabit sudah penuh.
Pihak lain yang mengajukan persoalan itu kepada Cik Normah mengakui bukan tertanya-tanya mengapa Lawak Ke? Der dapat 'masuk', cuma kenapa syarikat teman rapat Hans yang juga diketahui sudah dapat empat slot tahun ini berganding bahu dengan Istana Budaya mengendalikan pementasan ini. Walau bukan di bawah Tall Order, orang masih mengaitkannya dengan Hans, apatah lagi dia dipertanggungjawabkan sebagai penasihat produksi.

Cik Normah harap orang kuat Istana Budaya dapat memberi penerangan, bimbang nanti makin ramai orang tersalah sangka. Iyalah, reputasi panggung berprestij itu cukup gah. Kita tak mahu nanti ada pihak ambil kesempatan, nama Istana Budaya pula yang tercalar. Mana taknya, terkial-kial produksi lain menghantar kertas cadangan, tapi masih tak sangkut-sangkut.

Tak naklah nanti orang kata, Istana Budaya tu hanya untuk sesetengah orang atau produksi saja.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Juruterbang AirAsia X langgar aspek keselamatan Australia

Posted: 12 Feb 2012 04:12 PM PST

MELBOURNE – Penyiasat keselamatan udara Australia mendapati bahawa juruterbang-juruterbang AirAsia X telah dua kali menerbangkan pesawat begitu rendah di Lapangan Terbang Gold Coast hingga melanggar sempadan keselamatan antara daratan dan kapal terbang lain.

image Juruterbang AirAsia X langgar aspek keselamatan Australia

Kapal terbang Airbus A330 itu membuat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Gold Coast apabila kejadian itu berlaku pada 4 Mei dan 29 Mei 2010.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, dalam satu laporan yang mengklasifikasi kejadian itu sebagai 'serius', berkata pesawat-pesawat itu turun ke ketinggian yang tidak lagi terdapat jaminan pemisahan dari daratan dan dari kapal terbang yang beroperasi di luar ruang udara terkawal.

Ketika itu awan berada pada paras rendah dan penglihatan kurang jelas, tetapi sebab kenapa juruterbang-juruterbang itu melangkaui jarak selamat itu tidak diberikan.

Bagaimanapun, penyiasat-penyiasat berkata anak kapal "barangkali tidak dilengkapi secukupnya untuk mengendalikan jalan tuju dengan kaedah selain kaedah terurus auto juruterbang".

Sebagai tindak balas kepada kejadian itu AirAsia X telah mengubah prosedur bagi anak kapal semasa melaksanakan pendaratan serta mengubah suai program latihan simulator. – Bernama

///sinarharian///

Nikita belum puas tatu dada

Posted: 11 Feb 2012 05:00 PM PST

JAKARTA: Artis Nikita Mirzani mengaku kurang berpuas hati dengan tatu yang ada di dadanya sekarang. Dia merancang untuk menambah koleksi tatu bagi memenuhi bahagian dadanya.

foto%2BNikita%2BMirzani Nikita belum puas tatu dada

sumber

"Sebenarnya tatu yang ada sekarang belum lengkap, tetapi kalau ditambah lagi akan memenuhi seluruh dada," katanya yang menunjukkan tatu besar bertulis namanya di dada, di Studio ANTV, semalam. Menurut wanita yang mendapat teguran daripada Komisi Penyiaran Indonesia (KPI) kerana tampil keterlaluan dia menggemari tatu sejak 2007. "Saya menggemari tatu sejak 2007. Pada awalnya mahu mencuba imej yang kecil tetapi kelihatan lucu, jadi saya buat yang besar saja sampai sekarang," katanya.

Nikita+Mirzani sexy Nikita belum puas tatu dada

sumber

Kini Nikita memiliki 17 tatu di seluruh tubuhnya. Namun, hanya satu yang menjadi kegemaran kerana dirasa menambah keseksiannya.

"Sekarang saya ada 17 tatu dan yang menjadi kegemaran adalah tatu di bawah pusat dengan imej bunga. Kalau memakai bikini, saya akan berasa seksi," katanya.

///hmetro///

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Elyana lupakan kontroversi

Posted:

Elyana lupakan kontroversi

Elyana lupakan kontroversi

PENYANYI yang seorang ini memang cukup unik dan punya identiti tersendiri. Tentunya ramai yang mengenali Elyana sebagai seorang penyanyi yang gemar berkaki ayam ketika beraksi di pentas.

Erneelya Elyana Emrizal memulakan karier nyanyian sejak berusia 14 tahun sekitar tahun 2001, Elyana merupakan antara penyanyi remaja yang cukup popular dan mendapat tempat di hati peminat menerusi beberapa buah lagu seperti Niat dan Tak Tercapai Akalmu.

Namun, karier seninya tidak hanya terhad kepada bidang nyanyian apabila turut membuat kemunculan dalam bidang lakonan setelah muncul dalam beberapa buah drama dan filem.

Meskipun sudah bergelar seorang isteri kepada Khairul Anuar Hussin dan kini bergelar ibu kepada cahaya mata yang dinamakan Cinta Sumayyah sejak bulan Ogos lalu, ia langsung tidak menghalangnya untuk kembali aktif semula dalam dunia seni.

"Tidak semestinya sudah memiliki seorang anak saya perlu mengehadkan pembabitan saya dalam bidang seni. Kini sudah tiba masanya untuk saya kembali aktif semula menyanyi dan berlakon.

"Lagipun anak saya sekarang sudah mencecah usia lima bulan, jadi tiada masalah untuk saya meninggalkannya buat seketika. Suami juga tidak pernah menghalang kalau saya ingin meneruskan kerjaya dalam bidang seni," ujarnya ketika ditemui semasa penggambaran drama bersiri Menantu 3 Rasa baru-baru ini.

Menariknya, biarpun dia dan suami mempunyai kerjaya masing-masing, Elyana memberitahu mereka telah mengambil keputusan untuk tidak menghantar Cinta Sumayyah ke rumah pengasuh.

Jelasnya, keputusan yang dibuat itu bukanlah disebabkan terpengaruh dengan kisah-kisah kejadian di rumah pengasuh yang kerap tersebar di media, sebaliknya dia lebih gemar membesarkan anaknya sendiri.


ELYANA tidak mahu mengulas tentang kontroversi yang pernah dicetuskannya pada tahun lalu, namun dia mengaku kesilapan dan berharap hal yang sama tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.


"Sebagai seorang pemilik sebuah restoran Jepun di Bangsar, suami saya tidak mempunyai waktu kerja yang fleksibel. Jadi, kalau saya ada membuat persembahan atau penggambaran dia yang akan menjaga anak kami.

"Sekiranya saya dan suami mempunyai sebarang urusan atau kerja pada masa yang serentak, saya hanya perlu menghantar anak untuk dijaga oleh ibu yang tinggal berdekatan dengan rumah kami," ujarnya yang masih menetap di Shah Alam, Selangor.

Ditanya mengenai perjalanan karier seninya, Elyana meluahkan dia memang mempunyai keinginan untuk melahirkan sebuah album baharu setelah kali terakhir melakukannya pada tahun 2007 menerusi album berjudul Jadi Diriku.

"Buat masa ini semua lagu untuk rakaman album baharu sudah pun ada, cuma saya masih belum berkesempatan untuk membuat rakaman di studio memandangkan baru sahaja lepas melahirkan anak.

"Untuk album baharu ini, saya juga masih lagi mengekalkan elemen Pop Rock seperti sebelumnya dan saya memang sangat berharap agar ia dapat disiapkan dalam tahun ini," ujar nya yang sudah bernaung di bawah syarikat rakaman FMC sejak berusia 15 tahun.

Bukan anak emas

Bercerita mengenai kontroversi yang pernah melanda dirinya apabila tidak hadir pada majlis pelancaran single baharu, Elyana seperti cuba untuk tidak mengulas lanjut mengenainya.

Menurut Elyana, dia mahu melupakan segala yang telah berlaku sebelum ini memandangkan perkara tersebut sudah lama berlalu dan mengakui kesilapannya kerana tidak hadir pada acara berkenaan.

"Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak terhadap masalah yang timbul dahulu kerana saya menganggap ia adalah berpunca daripada masalah komunikasi. Kalau boleh biarlah isu ini tidak lagi dibangkitkan dan saya percaya semua orang sudah melupakannya.

"Segala yang terjadi itu saya anggap sebagai satu pengajaran berguna buat diri saya dalam bidang nyanyian dan bertekad kejadian yang sebegitu tidak akan berulang lagi selepas ini," ujarnya.

Pada masa yang sama, penyanyi berkenaan turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menganggap bahawa dia adalah merupakan anak emas kepada syarikat rakaman di bawah naungannya iaitu FMC.

"Selepas kejadian yang berlaku itu memang ramai yang membuat tanggapan sendiri sehingga melabelkan saya sebegitu. Biarlah apa orang hendak kata, tetapi sehingga kini saya memang selesa bekerjasama dengan FMC Music.


ELYANA terbuka untuk menerima tawaran berlakon asal ia bersesuaian dengan status dirinya sebagai isteri dan ibu kepada seorang anak.


"Sudah hampir 12 tahun kami bekerjasama serta melahirkan empat buah album setakat ini. Malah, saya sebenarnya rasa cukup beruntung kerana memiliki seorang bos yang baik dan mampu memenuhi kehendak saya sebagai penyanyi," ujarnya. lagi

Dua watak

Setelah beberapa bulan berehat daripada sebarang aktiviti seni, Elyana telah kembali bergiat aktif semula dalam dunia lakonan dengan membintangi drama bersiri berjudul Menantu 3 Rasa.

Sudah memulakan penggambaran sejak bulan Januari lalu di beberapa buah lokasi seperti Shah Alam dan Hulu Langat, dia berhadapan dengan tugas yang mencabar apabila membawakan dua watak dalam drama berkenaan.

"Menerusi drama ini saya membawakan dua watak iaitu sebagai Anis dan Nisa. Saya merasakan ia memang cukup mencabar kerana kedua-dua watak tersebut memiliki karakter yang berlainan.

"Anis merupakan gadis yang berasal dari kampung, manakala Nisa pula seorang model yang agak urban. Jadi, semasa menjalani penggambaran saya perlu sering bertukar karakter setiap masa agar lakonan yang ditampilkan lebih baik," jelasnya mengenai watak yang dibawakannya itu.

Menurut pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri Renjis dan Dunia Baru itu lagi, kini dia juga sedang menanti tawaran untuk kembali muncul di layar perak semula.

"Walaupun sekarang ini saya sudah memiliki seorang cahaya mata, saya akan tetap bersedia untuk menerima apa sahaja tawaran berlakon filem asalkan mendapat watak atau cerita yang bersesuian," ujarnya.

Rekod rating Tanah Kubur

Posted:

Rekod rating Tanah Kubur

Rekod rating Tanah Kubur

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


MANTAP. Dari kiri, aktor Nasir Bilal Khan, Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar dan sutradara Rashid Sibir bekerjasama dalam drama bersiri Tanah Kubur.


SEBAGAI salah sebuah saluran yang khusus untuk rancangan yang berbentuk keislaman, Astro Oasis menerusi saluran 106 sememangnya banyak menyiarkan pelbagai rancangan yang menarik untuk tatapan penonton.

Salah satu rancangan yang telah berjaya menambat hati para penonton adalah drama bersiri Tanah Kubur yang memaparkan kisah mengenai pengalaman seorang penggali kubur yang telah disiarkan selama dua musim.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, sejak mula disiarkan pada tahun lalu ternyata drama berkenaan adalah antara rancangan yang paling banyak mendapat sambutan penonton.

"Pihak kami mulanya memang tidak menjangkakan drama berbentuk keagamaan sebegini akan menarik minat penonton, tetapi dengan rating sebanyak 4.5 juta penonton tentunya ia adalah drama yang paling tinggi ditonton di saluran ini.

"Menerusi pemerhatian yang dibuat kami mendapati antara golongan yang menjadi penonton setia drama Tanah Kubur ini terdiri daripada suri rumah, pelajar dan pesara," ujarnya dalam satu acara pertemuan dengan pihak media baru-baru ini.

Menurut Izelan, berdasarkan penerimaan penonton Astro Oasis bakal menyiarkan drama berkenaan untuk musim ketiga bermula pada 24 Februari ini pada pukul 7.30 malam sebanyak 13 episod.

Ujarnya, untuk musim yang terbaharu ini pengolahan, jalan cerita dan sinematografi akan lebih dipertingkatkan lagi bagi memberi kesan kepada penghayatan penonton untuk setiap mesej yang ingin disampaikan.

"Astro Oasis sentiasa komited dalam menyiarkan rancangan-rancangan yang berbentuk dakwah dengan setiap pengajaran yang ingin dikongsi dan disampaikan adalah menerusi cara yang santai untuk menarik minat para penonton," ujarnya.

Sementara itu, pengarah Tanah Kubur, Rashid Sibir memberitahu untuk musim terbaharu ini dia masih mengekalkan konsep penceritaan yang sama iaitu setiap episod akan memaparkan kisah-kisah yang berlainan.

Jelasnya, setiap kisah yang dipaparkan adalah realiti yang berlaku kepada masyarakat sekarang seperti mempersiakan anak-anak yatim, menipu dalam perniagaan, bermain nombor ekor, kehidupan gigolo dan isu murtad.

"Mengenai pengolahan setiap kisah yang dipaparkan, saya juga banyak merujuk kepada hadis-hadis dan buku-buku agama sebagai panduan dan sehingga kini tiada masalah yang timbul terhadap jalan cerita drama ini.

"Bagi saya apa yang lebih penting adalah pengajaran yang mahu disampaikan iaitu pembalasan yang diterima oleh seseorang individu yang meninggal dunia terutama ketika jenazah hendak dikebumikan," ujarnya.

Sepanjang menjalani penggambaran selama 40 hari di beberapa lokasi seperti Hulu Langat, Kuang dan Paya Jaras, Selangor, Rashid mengakui dia dan kru produksi turut berdepan dengan beberapa halangan.

Antaranya, mereka telah dihalang untuk meneruskan penggambaran di sebuah kawasan tanah perkuburan oleh seorang penduduk kampung sehingga menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke lokasi lain.

"Bagaimanapun, kami tetap mendapat kerjasama yang baik daripada orang ramai semasa menjalani penggambaran. Ada juga yang menyatakan mereka sangat sukakan drama ini terutamanya kisah-kisah yang dipaparkan sangat dekat dengan masyarakat," ujarnya.

Melihatkan kepada sambutan hangat terhadap drama berkenaan, Rashid tidak menolak kemungkinan bahawa Tanah Kubur akan diangkat ke layar perak dan perkara tersebut sudah ada dalam perancangannya.

Tok Adi

Bagi mereka yang sering mengikuti drama bersiri Tanah Kubur selama dua musim pastinya sudah cukup sinonim dengan watak Tok Adi yang dibawakan oleh seorang pelakon hebat iaitu Nasir Bilal Khan.

Ditemui pada acara yang sama, Nasir menyatakan sudah lama dia ingin berlakon dalam drama-drama yang berbentuk keagamaan dan gembira kerana drama lakonannya itu mendapat sambutan baik.

"Sebelum ini saya pernah juga memegang watak sebagai penggali kubur, namun watak saya dalam drama ini sebagai Tok Adi lebih memberi impak kepada penonton dah tidak kisah membawakan watak sebegini.

"Dalam usaha untuk menghayati watak Tok Adi yang saya bawakan ini, saya banyak bergaul dengan penggali kubur sebenar dan mendengar sendiri cerita tentang pengalaman yang dilalui mengenai pekerjaan mereka itu," ujarnya dalam usaha memantapkan watak yang dibawakannya itu.

Menurut Nasir, pada masa ini juga dia telah mengambil keputusan untuk lebih selektif untuk memilih sebarang tawaran lakonan yang diterima dan akan menolak sekiranya watak atau cerita yang kurang sesuai buat dirinya.

"Saya akui ada menyenarai hitam beberapa orang pengarah sekarang ini kerana agak mustahil untuk kami bekerjasama memandangkan pemikiran yang berbeza serta pendirian saya lebih terarah kepada drama yang berunsur positif dan memberikan pengajaran," jelasnya.

Kahwin, Iqram cari RM100,000

Posted:

Kahwin, Iqram cari RM100,000

Kahwin, Iqram cari RM100,000

Oleh HARYATI KARIM


IQRAM DINZLY mengaku dia kini lebih banyak mendekatkan diri kepada Allah.


SEPANJANG bergelar aktor pelbagai pahit manis anak seni telah dilalui oleh Iqram Dinzly atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin.

Pernah dua kali terlintas di fikirannya untuk meninggalkan dunia seni kerana enggan terus hanyut dalam syurga dunia serta beralih angin ke bidang perniagaan.

Bagaimanapun jiwa seninya mahu dia meneruskan kerjaya sebagai aktor. Kini, Iqram menjadi seorang lelaki yang lebih matang, malah, dia turut terfikir untuk berumah tangga namun, akui Iqram dia masih mengumpul duit untuk berkahwin.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Iqram yang ditemui pada majlis pelancaran produk dan pelantikannya sebagai duta produk Ayamazz Roti Impit baru-baru ini.

Kosmo!: Tahun lepas Iqram pernah berkata ingin menamatkan zaman bujang pada tahun ini, jadi perkahwinan Iqram akan berlangsung tahun ini?

Iqram: Sebenarnya diri saya telah bersedia untuk berkahwin tetapi untuk berkahwin bukan perkara yang mudah. Jika saya ingin berkahwin saya akan pastikan saya mempunyai wang sebanyak RM100,000.

Maknanya, Iqram belum bersedia daripada segi kewangan?

Saya ada duit tetapi untuk meminang anak dara orang perlu pakai banyak duit, kalau orang biasa perbelanjaan mencecah RM50,000. Saya artis, jika saya kahwin saya merancang untuk buat tiga majlis, satu untuk keluarga di Ipoh, Perak, rakan-rakan dan pihak media di Kuala Lumpur serta sebelah pihak perempuan. Jadi bajet perkahwinan saya adalah RM100,000, selagi saya tidak dapat kumpul RM100,000 saya tidak akan berkahwin.

Bukankah perkahwinan artis selalu mendapat tajaan daripada pelbagai pihak?

Ya, memang benar tetapi saya juga harus mengeluarkan wang sendiri. Rasa tidak seronok kalau semuanya ditaja sedangkan majlis perkahwinan itu majlis saya.

Bercakap mengenai perkahwinan, adakah Iqram sudah mempunyai kekasih hati?

Memang saya ingin berkahwin kerana usia pun sudah masuk angka 31 tahun, tetapi saya masih belum bertemu dengan gadis pilihan hati. Berkasih, bersayang itu senang tetapi untuk bercinta itu satu perkara yang sukar.

Sebelum ini Iqram pernah berkata, jika tidak bertemu gadis pilihan, Iqram akan melepaskan tanggungjawab itu kepada ibu untuk mencari calon isteri. Benarkah?

(Ketawa) Saya rasa lebih baik saya cari sendiri, kalau jadi lelaki kasanova senang sahaja tetapi untuk menjadi lelaki yang mencintai hanya seorang wanita dalam hidupnya, bagi saya susah. Senang cakap saya belum bertemu orang yang sesuai.

Wanita yang jadi pilihan hati Iqram?

Saya ingin wanita yang memahami saya, kalau boleh bila saya kahwin saya mahu isteri saya berkahwin bukan sahaja dengan saya tetapi keluarga dan rakan-rakan saya. Saya tidak mahulah bila saya berkahwin, saya berubah terlalu drastik seperti tidak boleh keluar jumpa rakan-rakan.

Kenapa Iqram pernah terfikir untuk meninggalkan dunia seni sebanyak dua kali?

Sepanjang lima tahun saya berkecimpung dalam dunia seni, saya akui yang kadangkala saya hanyut dengan syurga dunia. Pertama kali perasaan untuk berhenti berlakon datang ketika saya menunaikan umrah pada tahun 2006, kali kedua perasaan itu datang apabila saya balik daripada lawatan ke Turki baru-baru ini. Saya terfikir untuk berhenti dan lakukan perniagaan tetapi jiwa saya mahu terus dekat dengan dunia seni. Alhamdulillah, walaupun masih berlakon, sekarang ada perubahan positif mendekatkan diri dengan Allah.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Popular cuma bonus

Posted: 12 Feb 2012 06:29 AM PST

BUKAN baru sehari usaha menjadi pelakon, Beto Kusyairy cuba memperkenalkan bakat namun ramai yang belum percaya untuk membawanya ke pentas komersial. Sejak hampir sedekad lalu, wajahnya mula mewarnai beberapa drama dan telefilem tetapi hanya membantu si teraju utama.

Namun benar kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki dan tuah manusia tiada siapa yang menduga. Nama Beto lekas meniti di bibir penonton. Hanya bersandar pada satu watak dalam drama siri Juvana, bakat yang dulunya jauh tersembunyi kini tinggi melangit disanjung.

Peminat mula bertanya dan mencari, teman media sendiri ramai yang memuji.
Lebih indahnya, banyak pelakon dan penerbit sudah mula menghargai bakat dan pesona yang ada dalam dirinya.

Percaya atau tidak, ada segelintir pelakon wanita yang sibuk ingin bergandingan dengannya atas alasan kagum dengan bakatnya. Begitulah besarnya impak yang diberi.

Bagaimanapun tatkala kesemua ini dibentangkan di depannya ketika bertemu dengannya minggu lalu, anak seni berusia 32 tahun ini hanya mengukir senyum.

Jelasnya, itu semua rezeki dan hadiah di atas kerja kerasnya selama ini.

"Apabila ramai sudah nampak dengan apa yang saya tampilkan, itu sudah cukup membuatkan saya gembira kerana laluan saya untuk ke tahap ini tidak semudah dilihat. Mungkin inilah ketentuan yang sudah tertulis untuk saya. Berusaha lebih sedekad dan menimba pengalaman dan ilmu terlebih dulu sebelum merasa apa yang dikatakan populariti seorang anak seni.

"Bagaimanapun tidak sesaat saya merasakan diri ini popular atau menjadi pilihan utama. Mungkin kerana sudah lali dengan hidup bersederhana dan menjadi orang yang tersorok jauh ke belakang membuatkan saya tidak lekas ketawa dengan apa yang ada hari ini. Namun inilah rezeki yang impian yang sudah lama saya inginkan.

"Alhamdulillah penerbit sudah percaya, teman artis mula rasa selesa dan ada pula peminat yang memberi sokongan. Akhirnya saya berjaya memimpin diri ke peringkat ini," katanya.

Bercerita soal popular yang datang melekat dengan bakat lakonannya yang tiba-tiba mendadak diperkata, Beto hanya menyifatkan semua itu satu musim bertuah yang datang untuknya.

Jika salah percaturan atau silap cara menerimanya, ia akan menjadi lebih teruk hingga mampu menjerumuskan namanya tertinggal ke belakang.

"Saya hanya mahu menjadi pelakon. Itulah yang saya impi dan lakukan. Sejak awal pembabitan lagi sekitar 2003 menerusi drama Rel Waktu arahan Zulkifli M.
Osman, apa yang saya inginkan adalah peluang untuk menjadi pelakon dan memperkenalkan bakat yang ada. Lantas walaupun kini ramai sudah melabelkan saya popular, mustahil tiba-tiba wujud pula satu perasaan lain yang akan mendorong sikap dan tindakan saya.

"Soal popular adalah satu bonus buat seseorang selebriti. Ia memang penting dan menentukan sejauh mana seseorang pelakon itu boleh pergi, namun jika tanpa disiplin dan rasa tanggungjawab atas kerjaya itu, ia juga tidak akan membawa ke mana. Lantas saya percaya, apa yang perlu dilakukan hanya kekal dengan apa yang ada.

"Teruskan bekerja, sentiasa bersyukur, ikhlas dan jujur dengan apa yang kita lakukan," katanya tersenyum.

Terbaru, jelas Beto yang tampil bersahaja menerusi drama Runtuhnya Sebuah Dosa dan Jujur Aku Daus sebelum ini, drama siri terkini lakonannya berjudul Pelangi Kasih yang sedang ditayangkan di TV3 adalah sebuah perjalanan cerita yang menarik dengan lakonan ramai pelakon hebat.

Bergandingan dengan Nabila Huda, Puteri Sarah, Johan Ariff Asa'ri dan Watie Sadali, drama 25 episod terbitan Global Station ini membuka ruang buat Beto menghidupkan watak Zafrul yang misteri.

"Pelangi Kasih adalah satu cabaran besar buat saya sebagai pelakon. Lihat secara kasar, perwatakannya memang biasa namun sebaik saya meneliti skripnya dan mendengar kehendak pengarahnya, Mohamed Feroz Kader, ia bukan mudah dan memerlukan fokus yang besar. Saya sendiri merasai tekanan daripada karakter yang dibentuk itu.

"Mana tidaknya, mulanya penonton akan melihat sikap Zafrul yang baik namun lama-kelamaan sikapnya berubah hingga mampu mengundang rasa meluat kerana tindakannya yang pentingkan diri sendiri dan hanya menggunakan perasaan dua wanita, Sofea dan Azlin untuk kepentingan peribadinya.

"Cintanya untuk Sofea namun Zafrul terpaksa mengahwini Azlin kerana duit. Justeru saya percaya penonton akan benci dengan apa yang saya terjemahkan," katanya.

Pastikan anda tidak melepaskan peluang mengikuti kemelut tiga jiwa ini dengan seorang lagi lelaki yang akan muncul, Omar lakonan Johan menerusi Pelangi Kasih setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam di TV3.

Beto akan turut tampil di layar perak tahun ini menerusi Bara Jiwa yang kini sudah pun dilabelkan judul baru, Jiwa Taiko, Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly dan Chow Kit sentuhan pengarah, Brandon Lee.

Beto suami bertuah

MENGENALI Beto secara dekat, jelas graduan jurusan Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara ini seorang yang perahsia. Bukan sekadar memegang rahsia diri, malah Beto berat menyusun bicara setiap kali ditanya soal lain yang tersasar dari episod kerjayanya.

Petang itu, Beto ditemani isterinya yang kini menjadi pengurusnya, Tisha Shahar. Kesemua persiapan dilakukan isterinya yang juga seusia dengannya.

Terlanjur bercerita mengenai populariti dan wajahnya yang kini menjadi pilihan ramai penerbit dan pelakon wanita yang ingin menjadi heroinnya, timbul pula idea untuk bertanya bagaimana impak yang ada kepada hubungan mereka suami isteri.

Jelas Beto yang menyifatkan isterinya seorang yang memahami dan penyokong nombor satunya, apa yang menjadi keutamaan dan penting dalam sebuah perkahwinan adalah percaya dan yakin.

"Saya mengenali Tisha sejak di UiTM lagi. Kami bercinta dan mengenali antara satu sama lain hinggalah berkahwin pada 1 Februari empat tahun lalu. Justeru keserasian dan persefahaman yang ada antara kami begitu kuat dan utuh. Tisha sentiasa menyokong saya dan percaya dengan apa yang saya ada.

"Kini walaupun sudah mula dikenali, tiada apa yang berubah. Cuma sebagai seorang suami, rasa tanggungjawab perlu sentiasa ada. Umpamanya kini saya sudah banyak menerima tawaran berlakon dan digandingkan dengan ramai pelakon wanita lain, apa yang perlu dilakukan adalah melihat perwatakan dan skripnya terlebih dulu.

"Saya tidak buat apa saja kerana ada hati yang perlu dijaga. Walaupun isteri faham dan tidak pernah mempersoalkan perkara itu, namun saya sendiri sedar pasti terbit juga rasa cemburu. Lantas saya fikir tidak manis jika saya tidak meletak garis panduan dalam setiap lakonan kerana status suami itu terlalu besar tanggungjawabnya.

"Mujur Tisha menemani saya dan menguruskan jadual lakonan. Saya bertuah. Lihat saja sekarang, saya selesa apabila semua urusan kerja dipikul sepenuhnya isteri," katanya.

Tambah Beto, status selebriti hanya satu kerjaya namun jiwanya masih sama seperti orang lain.

Lantas jelasnya, jika tidak terikat dengan mana-mana lakonan, Beto dan isteri akan meluangkan masa makan dan menonton wayang bersama.

"Kerja sebagai pelakon memang sibuk dan ada kalanya membataskan aktiviti menarik seperti mana pasangan lain. Mana tidaknya, hari cuti atau hujung minggu pun selalunya saya duduk di lokasi penggambaran.

"Justeru jika ada saja kelapangan, saya akan membawa isteri untuk makan malam bersama atau bersiar-siar menenangkan fikiran," katanya.

Walaupun sudah menjengah usia empat tahun perkahwinan, Beto bersama isterinya masih menanti rezeki menimang cahaya mata.

Jelasnya, siapa pula yang tidak mahu anak cuma rezeki itu saja yang belum sampai buat mereka berdua.

"Memang saya ingin menjadi seorang ayah kerana itulah yang kami berdua impikan sejak awal bercinta lagi. Namun hingga kini belum ada rezeki. Bagaimanapun saya dan isteri tidak mengeluh kerana setidak-tidaknya dalam usia perkahwinan yang masih baru seperti ini, dapat juga kami meluangkan masa bersama.

"Insya-Allah jika sampai waktunya nanti, kami berdua menerima dengan hati yang terbuka," katanya.



Diva tiada tara

Posted: 12 Feb 2012 06:08 AM PST

IRONI saat mendengar khabar penyanyi terkenal dunia, Whitney Elizabeth Houston meninggal dunia jam 3.55 petang Sabtu lalu (waktu tempatan) di Hotel Beverly Hilton, Los Angeles. Mana tidaknya, penghibur tersohor itu pernah mencetus fenomena dengan meraih enam anugerah Grammy selain menjadi ikon kepada dunia muzik antarabangsa, menghembus nafas terakhir beberapa jam sebelum Anugerah Grammy ke-54 berlangsung.

Whitney yang popular menerusi lagu I Will Always Love You dilaporkan meninggal dunia dan dijumpai terbaring di dalam bilik hotelnya di tingkat empat di Beverly Hilton selepas pihak polis menerima panggilan daripada salah seorang pembantu peribadinya yang dilihat cuba membantu menyelamatkan penyanyi itu yang sudah terbujur kaku.

Pihak polis dan bantuan kecemasan bergegas ke bilik hotelnya sebaik menerima panggilan dan cuba memberi bantuan namun usaha itu gagal selepas Whitney disahkan meninggal dunia tepat jam 3.55 petang.

Berita kematian yang cukup mengejutkan selepas ikon pop dunia, Michael Jackson pada Jun 2009 ini bagaimanapun tidak dikaitkan dengan sebarang unsur jenayah dan siasatan masih dijalankan kerana punca sebenar kematian belum disahkan.


Anugerah Grammy yang dijadualkan berlangsung semalam (pagi ini waktu Malaysia) bertempat di Staples Center akan menjadi sebuah majlis yang sugul kerana pemergian Whitney juga seorang penyanyi yang sudah sinonim dengan pentas majlis pengiktirafan itu pergi lebih awal sebelum karpet merahnya dibentangkan.


Malah memetik beberapa kenyataan menerusi laman sosial Twitter yang
menghimpunkan lebih 10 juta ucapan takziah daripada peminat dan rakan artis, ada menyebut yang Whitney berada di Beverly Hilton kerana dijadualkan akan membuat persembahan sempena makan malam perhimpunan bintang Grammy yang berlangsung di hotel yang sama malam semalam.

Jelas Mariah Carey yang sebelum ini pernah menyanyi bersama dengan Whitney menerusi lagu When We Believe menyifatkan pemergian idolanya itu adalah satu kehilangan yang tiada gantinya.

"Tiada lagi yang mampu menggantikannya dan perginya Whitney terus membawa segala apa yang dimilikinya. Selepas ini, tidak lagi kita berpeluang mendengar vokal terbaik yang pernah ada di muka bumi ini," katanya menerusi laman sosial Twitternya.

Kronologi perjalanan penyanyi yang pergi di usia 48 tahun ini memang begitu mengerikan apabila terjerat dengan penyalahgunaan dadah lebih 10 tahun selepas berkahwin dengan Bobby Brown pada 18 Julai 1992.

14 tahun perkahwinan bersama Bobby dan dikurniakan seorang cahaya mata, Bobbi Kristina Houston Brown, penyanyi bersuara emas ini bagaimanapun berdepan dengan pelbagai kemelut termasuk pernah dipukul dan berterusan menerima rawatan kerana mengambil dadah yang berlebihan.

Bintang terkenal yang turut pernah membintangi filem The Bodyguard bersama Kevin Costner ini bagaimanapun berjaya melepaskan dirinya daripada cengkaman Bobby yang banyak menghancurkan hidup dan kerjayanya selepas memfailkan perceraian pada September 2006.

Malah dalam satu temubual pada tahun 2002, penyanyi kelahiran Newark, New Jersey ini pernah membuat kenyataan yang dirinya terikat dengan masalah dadah termasuk kokain, marijuana serta alkohol dan sukar untuknya melepaskan diri.

Walaupun punca kematiannya belum disahkan pihak penyiasat, namun spekulasi kononnya Whitney mati disebabkan kandungan dadah berlebihan sudah pun bertiup kencang diperkatakan.

Menurut penerbit album dan televisyen yang juga teman rapat mendiang, Simon Cowell, kehilangan Whitney adalah sesuatu yang cukup mengecewakan.

"Saya amat terkejut dengan berita ini dan apa yang boleh saya katakan, ia adalah sesuatu yang sangat mengecewakan. Bakat dan kehebatan vokalnya adalah sesuatu yang tidak akan ada gantinya. Namun sayang, semua itu sia-sia kerana percaturan dirinya sendiri. Saya sangat kecewa dan terlalu sedih dengan pemergiannya," jelas Cowell.

Tambah Cowell lagi, peminat dan semua rakan artis sudah bersedia menantikan kemunculannya semula untuk mengadakan konsert jelajah namun semua itu tinggal sejarah apabila Whitney lebih awal meninggalkan industri.

"Whitney layak untuk diiktiraf sebagai diva kerana bakatnya yang terlalu besar sebagai penyanyi. Setiap lagu nyanyiannya menjadi emas dan sudah pasti saya tidak akan lagi berpeluang menyaksikan penggantinya," katanya.

Mendiang pernah menghasilkan tujuh album termasuk Whitney Houston pada 1985, Whitney (1987), I'm Your Baby Tonight (1990), My Love Is Your Love (1998), Just Whitney (2002), One Wish: The Holiday Album (2003) dan I Look to You tiga tahun lalu.

Selain The Bodyguard pada 1992, bintang pop dan R&B popular ini pernah membintangi filem Waiting to Exhale pada 1995 dan The Preacher's Wife memegang watak sebagai Julia Biggs setahun kemudian.

Lebih menyedihkan, penyanyi yang berjaya meruntun jiwa peminat seluruh dunia menerusi lagu How Will I Know dan Saving All My Love For You baru saja selesai penggambaran filem terbarunya, Sparkle yang mana mendiang memegang watak utama sebagai Emma. Sparkle dijadualkan akan ditayangkan tahun ini.

Mendiang yang tersenarai sebagai penyanyi wanita paling berjaya dan berpengaruh sebelum ini dengan rekod jualan album melebihi 170 juta unit di seluruh dunia turut dinobatkan sebagai pemilik anugerah paling banyak iaitu sebanyak 415 pengiktirafan termasuk 30 trofi anugerah Billboard dan 22 trofi American Music Awards.