Adsense

Isnin, 21 November 2011

Celebrity News

Celebrity News


Cerita Sedih : Sebuah Perjuangan Yang Belum Selesai - Karya Qolyeen_Aaryan

Posted: 21 Nov 2011 07:30 AM PST

Aku kembali tersandar di sebuah kerusi usang bertemankan senaskah diari pemberian terakhir sebelum pemergiannya untuk selama-lamanya dari dunia ini. Fikiranku melayang. Aku melihat pemandangan malam dari jendela bilikku. Pandanganku kini jauh ke arah karenah unggas-unggas malam yang sedang bercengkerama di bawah sinaran purnama…sambil sayup-sayup kedengaran... suara sang unggas bertempikan bagaikan sebuah alunan muzik yang sempurna seolah-olah memanggil-manggil namaku. Semakin lama semakin jelas..

Panggilan tadi menyebabkan lamunanku tiba-tiba terhenti. Huh!! Rupa-rupanya ibu memanggilku untuk makan malam. Aku menyahut, mengatakan TIDAK dengan pelbagai alasan. Akhirnya, ibuku terpaksa mengalah..
Perutku sebenarnya masih kosong sejak dari tengah hari lagi, tetapi
seleraku menafikanku untuk menjamah walaupun sedikit makanan.


Lamunanku kembali. Aku merasakan unggas-ungas tadi cukup bertuah kerana berpeluang hidup bebas walaupun kitaran hidupnya amat singkat. Pemergian buat selama-lamanya Wan, satu-satunya sahabat karibku telah memberi satu tamparan hebat kepadaku. Dialah segala-galanya bagiku..dialah sahabat sejatiku satu dalam seribu..
Memori indah ketika membesar bersama-sama, melalui zaman persekolahan juga bersama-sama menguatkan lagi tali persahabatan kami. Pendek kata, segala pahit manis, suka dan duka dilalui bersama. Itulah kenangan yang amat sukar dilupakan malah acap kali bermain-main di benak fikiranku. Aku masih ingat lagi kata-kata terakhirnya yang masih terngiang-ngiang memalu gegendang telingaku.
"Az, ambil...ambil diariku ini. Bacalah apabila aku sudah tiada
lagi di dunia ini. Teruskan perjuangan yang telah kita lafazkan dahulu…
aku tahu kau boleh lakukannya tanpa aku, Az! Maafkan aku Az..
maafkan aku…"
Itulah kata-kata terakhirnya yang sentiasa bermain di kotak fikiranku sehingga kini. Namun, aku mengerti, menerima segala hukum alam bahawa setiap yang bernyawa pasti akan kembali menemui Sang Pencipta-nya.
Tapi…mengapa?.. MENGAPA? Mengapa Tuhan mengambilnya ketika usianya masih muda? Mengapa Tuhan mengambilnya ketika dia masih dahagakan kejayaan? Persoalan-persoalan itu seolah-olah mengusik naluriku yang ingin tahu.

Suasana malam yang tadinya disinari cahaya purnama, kini renyai-renyai hujan mula rebah seolah-olah mengerti perasaanku yang pilu dan syahdu ini. SEBAK. Semakin lama semakin lebat bagaikan alam turut menangisi pemergian sahabat karibku itu. Tanpa ku sedari, setitik demi setitik embun mataku mula mencurah-curah membasahi pipiku. Aku tidak dapat menahan sebak, lalu ku biarkan deraian embun mataku berlabuh. Dalam linangan air mata, aku terlena…

****************************************************************************************************

Mulai saat dan ketika ini, aku bertekad untuk meneruskan perjuanganku sendirian. Namun..aku serba salah. Patutkah aku membaca diari Wan, sahabat karibku sendiri? Aku mengerti bahawa perbuatan menceroboh diari orang lain adalah satu perbuatan yang amat keji dan hina. Akan tetapi, apabila aku teringat akan kata-kata arwah Wan ketika itu, aku memberanikan diri untuk membuang rasa bersalahku dan terpaksa menjengukkan mukaku ke helai-helai diarinya itu walaupun hatiku terasa amat berat untuk melakukannya.

Apabila difikirkan dan direnungkan kembali, aku begitu takut untuk meneruskan perjuangan hidup ini seorang diri. Tidak seperti dahulu, susah senang sentiasa bersama. Kami berdua ketika itu masih menuntut dalam tahun ke-3 dalam jurusan penyelidikan virus di sebuah institusi perubatan di Kanada. Dialah satu-satunya rakan sebangsa dan sebahasa denganku ketika menuntut di sana. Bangsa Melayu tulen..'takkan Melayu hilang di dunia'.
Masih kuingat lagi bagaimana dia begitu beria-ia mahu kembali ke kampung halamannya setelah tiga tahun di perantauan. Mengikut apa yang telah kami rancangkan, kami akan pulang ke Malaysia setelah tamatnya pengajian tahun yang ke-3 ini nanti. Tapi sayang..seribu kali sayang. Manusia cuma mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Hasrat Wan untuk kembali ke kampung halamannya tidak kesampaian. Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Apa yang kembali ke kampung halamannya hanyalah sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa lagi. Wan pergi buat selama-lamanya hanya seminggu sebelum menjelangnya cuti penghujung pengajian tahun yang ke-3.

Sebelum ini, aku tidak pernah menyangka bahawa penuntut yang seceria dan sebijak ini terpaksa bergelut dengan maut dan berhadapan dengan realiti antara hidup dan mati dalam usia yang begitu muda. Aku sebak tanda simpati..
Selama ini, aku memang tidak tahu-menahu tentang penyakit yang dihidapinya kerana dia sentiasa merahsiakan keadaannya yang sebenar dari pengetahuanku sehinggalah dia tiba-tiba rebah ketika mengikuti sesi kuliah di kampus. Patutlah..sejak akhir-akhir ini, mukanya sentiasa kelihatan pucat dan dia sering mengadu sakit kepala. Mula-mula, aku risau juga tentang keadaannya itu. Apabila ditanya, alasannya cuma sakit biasa dan kurang tidur sahaja,..dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Aku tidak memaksa. Dalam keadaannya yang sebegitu, dia tetap tabah dan meneruskan juga pengajiannya. Ketika menghadiri satu sesi kuliah,ketika itulah dia tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Dia terus dikejarkan ke hospital terdekat dan ditempatkan di unit rawatan rapi memandangkan keadaannya yang agak kritikal.

Namun, segala tindakan sudah terlambat..nasi sudah menjadi bubur. Doktor yang merawatnya memaklumkan kepadaku bahawa barah otak yang dihadapi Wan kini sudah berada pada tahap kritikal disebabkan sel barah tersebut lambat dikesan. Ketika itu jugalah doktor membenarkan aku untuk menemani sahabat karibku itu buat kali yang terakhirnya. Dan ketika itu jugalah Wan menyatakan hasratnya yang terakhir kepadaku.

****************************************************************************************************

Aku kembali ke kampung halamanku seminggu selepas peristiwa hitam itu berlalu. Aku pulang dengan perasaan yang penuh hiba dan jiwa yang kosong, tidak seperti sebelumnya. Peristiwa itu benar-benar meghiris hati dan perasaanku.
Aku memulakan langkah pertama jari-jemariku untuk membelek satu per-satu helaian diari itu. Aku membaca, dan terus membaca satu per-satu halaman dengan penuh teliti. Bola mataku umpama sedang mencari satu kepastian yang belum pasti terjawab. Setelah puas membelek-belek halaman demi halaman, aku menemui sekeping foto seorang gadis Inggeris terselit di dalam diari tersebut. Di bahagian belakang foto tersebut, tertulis sebuah catatan ringkas yang berbunyi;
"Nice to meet you, handsome guy! From Tianna Lynn Adams,
University of Regina, Canada."
Sekali lagi aku tertarik dengan satu catatan ringkas yang ditulis di halaman 22, halaman yang diselitkan dengan foto itu tadi.
- Tianna Lynn Adams, gadis pertama yang berjaya mencuri hatiku. Berumur 21 tahun dan dilahirkan pada 25 April 1984. Berasal dari Montreal, Kanada. Masih menuntut di University of Regina, Kanada dalam jurusan sains. Kali pertama berjumpa ketika menyertai program pertukaran pelajar di antara universiti-universiti di Kanada. –
Rupa-rupanya dalam diam, sahabat karibku ini berkenan dengan seorang gadis Inggeris. Aku sinis sendirian.

Aku meneruskan langkah kananku dengan membelek lagi halaman demi halaman. Jari-jemariku tekun membelek sambil bola mataku ligat meneliti setiap halaman. Takut pula nanti aku terlepas secebis daripada coretan kisah hidup nukilan dari hati dan sanubari sahabat karibku itu. Daripada apa yang aku perhatikan, dari lampiran pertama sehinggalah satu per-dua daripada 100 halaman diari tersebut, goresan penanya adalah berkisar tentang kisah suka dukanya ketika hidup di perantauan.

Namun, apabila belekan jariku beralih dari halaman ke-50 ke halaman ke-51, mataku tiba-tiba tertumpu kepada sebuah catatan yang panjang lebar. Susunan frasa-frasa dan ayat-ayatnya seolah-olah menarik perhatianku untuk mendalami coretan tersebut. Alunan huruf-huruf yang begitu asyik bagaikan melambai-lambai kearah bola mataku agar membacanya seolah-olah ianya cuba menerangkan keadaannya yang sebenar. Pembacaanku terus tertumpu kepada catatan itu..
- 13 Mei 2007-
- Aku mendapat tahu bahawa aku menghidap penyakit barah otak ketika aku pergi mendapatkan rawatan di hospital setelah mengalami sakit kepala yang berlarutan.. Penyakit yang tiada penawarnya..penyakit yang hampir pasti membawa maut. Petunjuk awal menunjukkan aku sentiasa berasa sakit kepala yang tiada penghujungnya. Mula-mulanya aku ingatkan ianya sekadar sakit kepala biasa sahaja. Namun, dari sehari ke sehari, sakitnya semakin menyucuk-nyucuk. Kesakitan yang sukar digambarkan. Doktor memberitahuku bahawa barah yang ku alami sekarang berada pada tahap bahaya kerana sel barah tersebut telah merebak dan menjangkiti keseluruhan bahagian otak dan juga bahagian saraf di dalam otak. Harapan tinggal harapan. Aku hampir berputus asa, namun aku tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk meneruskan sisa-sisa hidupku. Malah, aku juga dimaklumkan bahawa aku cuma mempunyai tempoh enam bulan sahaja lagi untuk meneruskan sisa-sisa hidupku. Mahu tidak mahu, aku terpaksa menerima hakikat tersebut walaupun amat pahit untuk ditelan. PEDIH! Hatiku hancur berkecai.
- Kini aku berada dalam dilema. Aku serba salah. Patutkah aku berterus terang dengan Az, sahabat baikku tentang keadaanku yang sebenarnya? Sekali lagi aku dihantui dengan perasaan serba salah.. setelah difikirkan, demi untuk kebaikan semua, aku nekad dengan keputusanku untuk merahsiakan keadaanku yang sebenarnya daripada pengetahuan Az. Aku berharap keputusanku ini tepat dan bijak.
- Harapanku untuk menamatkan pengajianku lebur. Namun, setelah puas aku mencongak tempoh untuk menamatkan pengajian dalam tahun ke-3, aku mendapati baki tempoh hidupku kini sama dengan tempoh untuk aku menamatkan pengajianku dalam tahun ke-3..iaitu kurang dari tempoh enam bulan walaupun baki pengajian tahun yang terakhir mungkin tidak sempat aku jalani sekiranya jangkaan doktor itu tepat.
- Aku melalui hari-hari terakhirku seperti biasa, seperti orang yang sihat, terutamanya di hadapan sahabat baikku sendiri, Az. Sememangnya aku amat membenci diriku ini kerana terpaksa berpura-pura di hadapan sahabatku sendiri. Hipokrit! Bukannya aku pengecut, cuma aku terpaksa. Keadaan memaksaku bertindak sedemikian. Maafkan aku, Az…

Aku terharu. Terharu setelah membaca coretan itu. Rupa-rupanya dia telah mengetahui penyakitnya dari awal lagi..namum merahsiakannya daripada pengetahuanku. Aku hanya mampu membayangkan betapa bodohnya tindakannya itu. Tetapi, aku tidak pernah menyalahkannya semata-mata kerana
tindakannya itu. Dia juga manusia biasa..tidak lepas dari melakukan kesilapan. Aku mengerti perasaannya ketika itu..serba salah! Jikalau aku tahu lebih awal tentang keadaannya ketika itu, tidaklah aku sekali-kali mengabaikannya semata-mata kerana aku tidak mahu terlepas satu pun aktiviti di kampus. Tidak sekali-kali akan kutinggalkannya keseorangan dalam kesunyian.
Aku bagaikan menyalahkan diriku di atas segala yang telah berlaku. Terkilan..

Sekali-sekala, tanganku membelek-belek helaian diari itu bagaikan sebuah mesin yang bergerak secara automatik tanpa mengenal erti jemu dan penat lelah. Pada halaman yang terakhir, aku terkejut kerana aku mendapati sekeping sampul surat putih bersih yang tidak bersetem terselit di halaman tersebut. Muka hadapannya tertulis namaku yang agak jelas. Mula-mula aku sangkakan ianya hanya sampul kosong..tetapi jangkaanku ternyata jauh meleset. Tanganku pantas menyambar sampul tersebut..lalu sepantas kilat aku membukanya. Ternyata sepucuk surat terkandung di dalamnya. Aku membaca satu demi satu ayatnya dengan penuh teliti..
Tarikh surat itu ditulis memeranjatkan aku. Rupa-rupanya surat itu ditulis sehari sebelum pemergiannya. Bola mataku terlalu asyik tertumpu pada isi kandungan surat tersebut. Aku khusyuk..
"Kehadapan sahabatku, Azuddin. Semoga sentiasa sihat hendaknya.
Az, maafkan aku kerana tidak memaklumkan terlebih dahulu kepadamu tentang keadaanku yang sebenarnya. Segala persoalan mungkin akan terjawab setelah Az membaca diari dan juga suratku ini. Tidak ada apa yang Az perlu risaukan.. Yang sudah berlaku, biarkan ia berlalu. Aku cuma mampu berdoa untuk kejayaan Az. Tabahkan hati dan kuatkanlah semangat.
Kini, tatkala Az meratap warkahku ini, aku telah pun pergi ke tempat yang amat jauh dan pasti takkan kembali lagi untuk selama-lamanya. Keadaan kesihatanku yang semakin hari semakin terjejas memaksaku untuk menulis warkah ini di samping tempoh hayatku yang hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Itupun jika jangkaan doktor itu tepat. Jikalau jangkaannya meleset, mungkin esok ataupun malam ini aku akan dipanggil menemui ajalku. Siapa tahu?? Ajal dan maut di tangan Tuhan. Janganlah berduka wahai sahabatku.. mungkin Tuhan lebih menyayangi aku..mungkin juga ada hikmah disebalik apa yang bakal berlaku ini. Tiada siapa yang tahu. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.
Aku ingin memohon ampun dan maaf di atas kehadiran warkahku ini. Mungkin kehadiran warkahku ini akan menyentuh hatimu, Az. Sebenarnya, sewaktu aku menggagahkan penaku untuk menulis warkah ini, Az sedang mengikuti satu aktiviti ceramah di kampus. Aku mengambil kesempatan untuk mencoretkan sedikit kata pada malam ini adalah kerana esok aku akan menghadiri sesi kuliahku yang terakhir sebelum aku bertekad untuk berhenti dari meneruskan pengajianku. Aku tekad..
Sebelum mengundurkan diri, aku amat berharap harapanku yang terakhir ini akan menjadi satu kenyataan satu hari nanti. Impianku hanyalah ingin melihat Az berjaya menamatkan pengajian seterusnya dapat meneruskan perjuangan kita dalam bidang kajian virus. Aku amat berharap agar Az berjaya menemui penawar untuk mengawal virus dalam sel barah sekaligus dapat menyelamatkan lebih ramai nyawa manusia di bumi ini yang senasib denganku. Biarlah aku menjadi korbannya yang pertama dan terakhir. Teruskanlah perjuanganmu walaupun tanpa kelibatku di dunia ini lagi.
Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melawan takdir..namun aku berusaha agar tidak mudah berputus asa. Aku hanya mampu berdoa untuk setiap kejayaanmu.

 Terimalah sebuah puisi dariku khas untukmu yang bergelar seorang sahabat sejati. Sebagai kenangan PERSAHABATAN kita..



TEMAN
Teman…
Jika semalam aku terlalu bergembira..
Sedarkanlah aku
Hari-hari esok mungkin dipenuhi KESEDIHAN

Teman…
Jika tika itu aku bergelak ketawa
Ingatkanlah aku
Bahawa waktu mendatang mungkin dipenuhi TANGISAN

Teman…
Andai tika ini aku terlalu jahat
Pimpinlah aku...ajarilah aku
Nilai-nilai KEMANUSIAAN

Teman...
Jika dahulu aku terasa hina
Kau pujuklah aku
Dengan kehebatan SYURGA

Teman...
Jika hari ini aku tidak berdaya
Kau bisiklah kepadaku
Tentang kekuasaan MAHA PENCIPTA

Teman...
Andai selama ini aku menyakitimu
Luahkankah
Agar aku BERUBAH

Wahai teman-temanku...
Andai esok aku beradu tanpa jaga
Kau iringlah lenaku dengan
Kalungan DOA…

Baiklah Az, cukap setakat ini sahajalah coretanku untuk tatapanmu. Selamat tinggal Az.."
Ikhlas dripada sahabatmu,
Rizwan
5 November 2006

Tanpa ku sedari, air mata ku berlinang. Titis-titis embun mataku bagaikan merayu-rayu kepadaku minta dilepaskan. Aku tidak mampu menahan tangisan..lalu aku merelakannya. Aku terkedu..

****************************************************************************************************

Sinar mentari bersinar kembali. Aku berjaya menamatkan pengajianku dengan cemerlang. Aku kini berada di sebuah intitusi penyelidikan perubatan di England dan berkhidmat sebagai seorang penyelidik tetap yang mengkaji vaksin untuk tujuan mencari penawar bagi penyakit barah.
Telah dua tahun peristiwa hitam itu berlalu…tetapi ianya seakan-akan baru sahaja berlaku semalam. Peristiwa itu tetap segar di ingatanku sehingga ke hari ini. Terasa masa bagaikan semakin mencemburui aku…terasa masa cepat berlalu meninggalkanku. Aku meneruskan perjuangan semalam dengan bersungguh-sungguh dan dengan sedaya upayaku. Aku berjanji akan memerah segala keringatku demi untuk menunaikan hasrat terakhir Wan iaitu mencari penawar untuk penyakit barah.

Namun, hasratnya kini masih belum lagi tercapai. Beberapa kajian yang dijalankanku menemui jalan buntu. Hampa. Aku berjanji kepada diriku agar tidak mudah mengalah, sebaliknya akan terus berusaha dengan lebih gigih lagi selagi aku belum menemui penawar bagi penyakit itu. Aku tahu aku pasti akan menemui juga penawar itu satu hari nanti. Tidak mustahil! Aku tahu hasil daripada berkat kesabaran dan kesungguhan, aku yakin tiada perkara yang mustahil untuk dicapai di dunai ini. Cuma masa sahaja yang akan menentukannya.

Tetapi setakat ini, penawar tersebut masih belum ditemui. Pelbagai kajian masih dijalankan untuk mencari penawar tersebut.
Wan, maafkan aku. Aku masih belum mampu untuk menunaikan hasratmu lagi. Aku hanya mampu berdoa kepada Yang Maha Kuasa agar rohmu sentiasa diberkati dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Dan aku,..aku masih di sini, menanti penghujung perjuanganku! Aku menjadi lebih berani dan bersemangat untuk meneruskan perjuanganku yang masih belum selesai ini.. Bilakah dilema ini akan berakhir? Aku termenung sendirian..

Kini, aku hanya mampu menanti pasti sebuah PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI…

******************************************* TAMAT **********************************************

* Karya ini didedikasikan khas buat mendiang Stephen Jabar ak Joseph Sandau (my youngest uncle) yang terlebih dahulu meninggalkan kami sekeluarga akibat radang otak (brain meningitis). 28.07.1978 - 25.06.2010. May U rest in peace. Kehadiranmu dalam hidup kami walaupun hanya seketika tetap menjadi kenangan manis buat kami semua.

Hasil Karya,
Qolyeen_Aaryan
 

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Malaysia Vs Indonesia di Sukan Sea 2011

Posted: 20 Nov 2011 10:56 PM PST

Malam ini sudah pasti ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysiai khasnya. Setelah kita berhempas pulas sehingga berjaya ke FINAL, dan sering kali dicemuh dan di kritik, namun semua itu tidak bermakna jika kita berjaya mengalahkan pasukan yang menjadi pilihan dan sebagai tuan rumah.

Malam ini pukul 8.00 berjuta mata akan menyaksikan sejarah yang sudah pasti membuatkan ramai insan diluar sana tersenyum dan mempunyai modal perbualan setiap kali berjumpa dengan rakan-rakan atau sanak saudara.

Sekali lagi kita hanya mampu melihat jeritan sang merah putih yang mengemparkan satu stadium, namun doa dan sokongan anda sudah pasti akan menaikkan semangat pejuang negara.


ZoOM : Apa kata anda  mengenai perlawanan bola sepak diantara Malaysia dan Indonesia Malam ini ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Persatuan tunggal – Realiti atau khayalan?

Posted:

Persatuan tunggal – Realiti atau khayalan?

Persatuan tunggal – Realiti atau khayalan?

Oleh HASNURUL MOHAMED
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

INDUSTRI hiburan tanah air dilihat memerlukan sebuah persatuan yang proaktif bagi membela nasib lebih 3,000 artis yang mencari rezeki dalam industri tersebut.

Walaupun terdapat banyak persatuan termasuk Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) yang menaungi 12 persatuan di bawahnya seperti Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dan Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (Penyiar), tetapi fungsi setiap persatuan yang sedia ada itu dikatakan belum benar-benar memuaskan.

Justeru, ada yang mencadangkan, ditubuhkan sahaja sebuah persatuan baru dan mewajibkan semua artis menjadi ahli.

Cadangan untuk menubuhkan sebuah persatuan baru bagi semua artis di Malaysia diilhamkan oleh Presiden Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dan idea itu bukanlah satu perkara yang baru tetapi telah lama bermain dalam benak insan seni berkenaan.

Jika persatuan baru itu diwujudkan dan seluruh warga dalam industri diwajibkan menjadi ahlinya, itu akan memudahkan dan melancarkan pengurusan artis terutamanya berkaitan dengan kebajikan.

Persoalannya, apakah akan ada perbezaan jika persatuan bayang-bayang itu direalisasikan? Apakah kebaikan-kebaikan yang boleh dinikmati oleh ahlinya?

Jawapan Freddie mudah iaitu masalah artis yang menjadi mangsa ditipu penganjur pertunjukkan pentas dapat diselesaikan.

Pada hakikatnya, bukan semua artis di Malaysia menjadi ahli kepada persatuan. Alasan mereka, tidak nampak faedah ataupun kebaikan yang boleh diperoleh sekiranya menjadi ahli kepada mana-mana persatuan.

Justeru, sehingga ke hari ini, hasrat untuk menubuhkan satu persatuan sahaja untuk semua yang terbabit dalam industri hiburan tanah air masih belum kesampaian.

Sebenarnya, cadangan penubuhan satu persatuan itu mungkin boleh dicapai jika semua pihak bersatu hati.

Tetapi sekiranya tiga persatuan artis iaitu Karyawan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lirik (Papita) enggan mencapai kata sepakat, mungkin idea penubuhan satu persatuan sekadar cakap kosong pihak yang mencadangkan.

Demi kebaikan semua artis dan karyawan tanah air, apakah caranya untuk tiga presiden persatuan, Freddie Fernandez, Harun Salim Bachik dan Datuk M. Daud Wahid, duduk semeja bagi membincangkan tentang isu penubuhan satu persatuan baru tanpa mengheret persoalan agenda peribadi.

Bukan memaksa secara semberono – Freddie

MENGULAS mengenai cadangan untuk mewujudkan hanya satu persatuan untuk artis di negara ini, Freddie mengajak semua pihak melihatnya secara objektif.

Katanya, dia bukan memaksa untuk menerima idea itu secara semberono.

Katanya, objektif penubuhan persatuan yang baru itu juga bukan bertujuan memecah belahkan artis tanah air atau pun mematikan sahaja persatuan-persatuan sedia ada.

Sebaliknya, di dalam persatuan baru itu kelak, akan diwujudkan biro-biro bagi menggerakkan semua agenda yang selama ini, dilakukan secara berasingan oleh persatuan.

"Yang baru ini bersifat menyatukan semua pihak yang terbabit dalam industri hiburan. Saya tahu ada yang terfikir, cadangan datang daripada saya sebab saya mahu menduduk kerusi presiden.

"Soal pemimpin atau presiden persatuan baru itu nanti, biarlah diisi oleh orang lain di kalangan artis sendiri kerana hanya seorang artis sahaja yang memahami masalah yang dihadapi oleh artis lain," ujarnya.

Beliau berkata, melalui satu persatuan, ia akan memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan di samping memudahkan persatuan berurusan dengan kerajaan.

Merenung lebih jauh kebaikan bernaung di bawah satu persatuan, Freddie berkata, ia boleh menjimatkan kos operasi dan sekali gus, kedudukan kewangan persatuan menjadi lebih kukuh.

"Apabila berlaku penjimatan kos operasi, kedudukan dari segi kewangan persatuan akan menjadi lebih kukuh. Dari situ, duit yang ada dalam persatuan boleh digunakan ke arah pengurusan pentadbiran yang lebih cekap.

"Selain itu, persatuan yang ada pejabat, boleh mengupah khidmat kalangan profesional untuk melaksanakan segala program yang diatur oleh persatuan untuk ahli-ahlinya.

"Bukannya ada persatuan tetapi tiada pejabat. Mana mungkin artis meletakkan kepercayaan kepada apa yang dinamakan sebagai persatuan tetapi lebih kepada istilah 'ada macam tiada," katanya.

Di bawah persatuan yang baru itu kelak, Freddie yakin kebajikan ahli akan lebih terjamin kerana akan diwujudkan skim pencen dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), seperti mana yang dinikmati oleh kakitangan sektor swasta lain.

"Artis tiada pencen tetapi mereka juga membayar cukai pendapatan. Poin saya di sini ialah, di bawah persatuan baru nanti, kita wujudkan skim pencen atau skim KWSP.

"Semua ahli diwajibkan mencarum kepada KWSP dan mereka juga akan diberikan insurans perlindungan selain daripada hak-hak untuk mendapatkan royalti hasil karya seni mereka dipelihara.

"Saya percaya, artis yang berhadapan dengan masalah undang-undang mahu nasib mereka dibela. Justeru, khidmat guaman juga diwujudkan andai kata persatuan baru ini menjadi realiti," katanya.

Daud tolak bubar persatuan

Persatuan-persatuan artis sedia ada tidak berpecah, jadi tidak perlu ada satu persatuan baharu, kata Presiden Papita, Datuk M. Daud.

Beliau dengan lantangnya tidak setuju jika penubuhan persatuan yang baru menuntut pembubaran persatuan sedia ada.

Katanya, walaupun perlu ada anjakan dan sifat kerjasama antara persatuan namun menubuhkan satu persatuan yang baru bukan satu jaminan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.

Daud berkata, persatuan-persatuan yang ada tidak berpecah sebaliknya ada gabungan.

"Kita tidak pernah berpecah tetapi salah pendapat sahaja. Tidak perlu ada satu persatuan yang baru. Persatuan yang ada, kita perbaiki.

"Maka itulah, apabila kita mahu menubuhkan satu persatuan yang baru, perlukah persatuan yang lama dibubarkan? Itu saya tidak setuju.

"Kita tidak boleh ubah sejarah penubuhan sesuatu persatuan dan sayang jika persatuan yang paling tua seperti Seniman, dibubarkan," katanya yang hanya bersetuju untuk wujudkan gabungan demi menaikkan semula martabat industri.

Daud berkata, semua persatuan menjaga kebajikan ahli-ahlinya kerana persatuan yang sedia ada hari ini, mempunyai pengkhususan keahlian.

"Pada pandangan saya, biarlah persatuan sedia ada menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Tidak perlu mengusutkan keadaan dengan cadangan penubuhan satu persatuan yang baru.

"Kalau penubuhan persatuan baru disebabkan persatuan yang ada berada dalam keadaan pecah belah, saya tidak setuju dengan kenyataan itu.

"Sebab kita sememangnya sudah bersatu cuma dari segi pengurusan sahaja yang berbeza," katanya.

Pada hemat Daud, sukar untuk meletakkan semua persatuan di bawah satu bumbung kerana setiap persatuan mempunyai pengkhususan.

"Sama seperti Papita, keahlian kita berbeza. Pengkhususan Papita kepada ahli muzik, penyanyi, penggubah lagu dan lirik.

"Saya tidak mahu hilangkan sejarah penubuhan Papita atau Seniman. Kalau jangan dibubarkan, itu saya setuju. Kita bukan hendak berlawan.

"Kalau ada yang tampil dengan kertas kerja mengenai penubuhan satu persatuan baru, mungkin saya akan duduk untuk sama-sama melihatnya," kata Daud mengakhiri perbualan.

Satu matlamat sama landasan – Harun

Bagi Presiden persatuan artis tertua dalam negara, Seniman, Harun Salim Bachik berpendapat, penyatuan semua artis di bawah satu persatuan adalah baik jika matlamat perjuangan adalah atas landasan yang sama.

Namun katanya, itu agak sukar untuk dicapai kerana akan wujud unsur kepentingan peribadi atau pun bercanggah pandangan dengan apa yang ingin diperjuangkan untuk ahli.

"Apakah perlu ada satu lagi persatuan baru sedangkan persatuan sedia ada pun ini pun tidak diendahkan?

"Apabila satu persatuan menganjurkan sesuatu acara, persatuan-persatuan lain tidak memberi sokongan. Itulah keadaan yang berlarutan melanda persatuan-persatuan di negara kita.

"Jadi, saya tidak berapa hendak nampak apakah kebaikan yang ada jika persatuan baru diwujudkan.

"Setakat nak buat persatuan sahaja, rasanya kita fokus kepada menambah ahli dalam persatuan sedia wujud," kata Harun secara jujur.

Sama ada sukar diterima atau tidak, Harun berkata, tiada sesiapa pun yang dapat memberi jaminan jika penubuhan satu persatuan yang baru itu dapat menyelesaikan segala masalah yang melanda industri dan warganya.

"Lainlah kalau persatuan itu dapat melakukan aktiviti bersama-sama dengan seluruh warga artis dan pengkarya tanah air tetapi ini akan timbul masalah kerana dalam industri, ada penyanyi, pelakon dan senang cakap, ada pekerja belakang tabir dan sebagainya.

"Mungkin cadangan itu relevan tetapi kalau nak dibubarkan semua persatuan yang telah wujud sebelum ini hanya semata-mata untuk tubuhkan satu persatuan yang baru, apakah itu langkah yang cerdik?" soal Harun.

Katanya lagi, jika alasan untuk menubuhkan satu persatuan yang baru adalah atas nama perjuangan, dia juga tidak nampak apakah yang mahu diperjuangkan kerana persatuan sedia ada hari ini, masih memperjuangkan kebajikan ahli-ahlinya.

"Melainkan berjuang untuk menduduki kerusi dalam persatuan. Lain-lain, saya tidak nampak," kias Harun dengan makna yang cukup dalam.

Harun mencadangkan, jika perlu untuk menarik golongan artis berpersatuan, ia mungkin boleh dilakukan jika persatuan-persatuan digabungkan, bukan dibubarkan.

Full content generated by Get Full RSS.

Satu bumbung bukan mudah

Posted:

Satu bumbung bukan mudah

Satu bumbung bukan mudah


Rosyam Nor


HASRAT untuk mewujudkan satu persatuan sahaja bagi dianggotai oleh seluruh warga artis tempatan merupakan satu cadangan yang bagus.

Namun, ia bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana untuk menubuhkan sesebuah persatuan itu, ia banyak 'politik'.

Begitulah pandangan peribadi penulis lirik yang tidak asing lagi, Habsah Hassan ketika diminta mengutarakan pendapatnya tentang cadangan mewajibkan semua artis termasuk komposer dan penulis lirik menjadi ahli kepada satu persatuan baru yang akan ditubuhkan kelak.

"Seperti yang saya katakan, ia satu idea yang bagus tetapi bukan mudah untuk dilaksanakan sebab banyak 'politik'.

"Lagipun, susah untuk mencari pemimpin yang tidak memikirkan tentang imbuhan sahaja, sebaliknya melakukan kerja secara ikhlas," katanya secara terus terang.

Habsah berkata, sesetengah persatuan yang ada hari ini berfungsi dengan baik.

Bagaimanapun katanya, masih ada persatuan yang bercakaran sesama sendiri kerana masing-masing dengan matlamat yang berbeza.

Justeru katanya, perlu direnung kembali, apakah fungsi persatuan kepada artis jika persatuan yang sepatutnya memudahkan artis bersatu tetapi gagal berbuat demikian.

"Kalau persatuan itu boleh memudahkan artis di Malaysia bersatu dengan satu agenda supaya suara mereka semua mudah didengari, maka idea penubuhan persatuan baru ini jangan ditolak.

"Malangnya, tiada siapa pun yang mahu berbuat sesuatu tentang masalah persatuan-persatuan yang kini tujuan dan kehendaknya tidak seiring.

"Itu yang menyebabkan ahlinya bertelagah dan mereka kurang yakin dengan persatuan tersebut. Jadi, ini yang menyebabkan mereka kurang aktif," katanya.

Rosyam Nor tolak cadangan

Sebagai ahli Seniman, aktor Rosyam Nor berkata, dia tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan persatuan baru.

Jelasnya, persatuan tidak diperlukan kerana persatuan yang sedia ada pun masih belum berfungsi dengan sepenuhnya.

"Saya rasa tidak perlu ada satu persatuan yang baru sedangkan persatuan yang ada hari ini pun tidak menarik untuk dianggotai oleh artis-artis baru.

"Pada pandangan saya, persatuan yang ada ini, buatlah kerja masing-masing dan mereka yang menjawat jawatan sebagai ahli jawatankuasa, jalankanlah kerja.

"Cari artis-artis baru untuk tambah keahlian dan itu lebih bagus daripada wujudkan satu lagi persatuan baru," cadang Rosyam.

Bawa perubahan - Zed

Walaupun menjawat jawatan sebagai ahli jawatan kuasa Seniman, Zed Zaidi mempunyai pendiriannya tersendiri dalam isu penubuhan persatuan baru.

"Kalau persatuan baru itu nanti boleh menjadi payung kepada semua artis, mengapa tidak ia diberikan sokongan?

"Apa yang kita tengok pada persatuan hari ini ialah ketidakseimbangan yang berlaku. Artis-artis senior sahaja yang menjadi ahli kepada satu-satu persatuan manakala artis baru atau muda, menjauhkan diri.

"Artis muda juga artis dan boleh masuk menjadi ahli tetapi kalau tidak ditekankan panduan kepada artis muda ini tentang hala tuju persatuan berkenaan, macam mana mahu menarik golongan itu berpersatuan?

"Maka itulah, jika persatuan-persatuan sedia ada boleh menerima cadangan dan teguran daripada golongan artis muda, mungkin kita tidak perlukan satu persatuan baru," katanya.

Lindung artis - Jehan

Jehan Miskin bersetuju jika seluruh warga kerja dalam industri hiburan bersatu di bawah satu bumbung.

Katanya, cadangan menubuhkan satu persatuan yang baru boleh diterimanya tetapi dengan syarat, persatuan berkenaan perlu jelas hala tuju .

"Lagi banyak persatuan yang wujud dalam industri, lagi banyak berlaku perpecahan di kalangan artis atau pengkarya seni.

"Elok jika semua bernaung di bawah satu persatuan sahaja tetapi matlamat, persatuan itu pula, mesti jelas dan telus," katanya.

Beliau berkata, sudah tiba masanya kebajikan artis di Malaysia dibela dengan adil dan saksama, bukan pilih kasih.

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Rezeki berganda

Posted: 20 Nov 2011 03:01 PM PST

Hip

Nadiya Nisaa julang dua trofi dalam masa dua minggu

KETIKA wanita ini hadir ke Balai Berita untuk memenuhi undangan fotografi dan temubual bersama Hip, dia baru saja beberapa hari habis berpantang selepas melahirkan anak sulung, Omar Saiful Razman.

Saat bertemunya, pelakon Nadiya Nisaa masih kelihatan seperti mengawal pergerakannya. Wajahnya juga kelihatan sedikit pucat, sewaktu menjengah ke studio. Baru beberapa minggu melahirkan cahaya mata sulung, keadaan itu amat difahami. Begitupun, atas dasar kerja dan menghargai undangan akhbar ini untuk merakamkan foto serta cerita terbarunya, Nadiya gagahkan juga diri untuk hadir. Waktu itu, dia baru saja dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Anugerah Skrin (ASK) 2011, menerusi filem Cun arahan Osman Ali. Ketika hadir ke studio NSTP, dia juga sedang berdebar menunggu keputusan kategori Pelakon Harapan Wanita Terbaik yang turut menyenaraikan namanya sebagai calon akhir, pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24.

Pada 16 November lalu, dia sekali lagi menaiki pentas menerima trofi yang mengiktiraf lakonannya dalam filem komedi cinta itu. Dua trofi dalam masa sebulan tentu saja memperkenalkan lagi nama wanita berbakat ini kepada peminat dunia seni tanah air.

Sepanjang dua jam lebih bersama dengannya petang itu, Nadiya nyata seorang yang penuh kelembutan dan menjaga pertuturannya dengan cukup baik. Wajahnya cukup manis setiap kali melemparkan senyuman. Apatah lagi dengan wajah yang kembali berseri, hasil sentuhan solekan Syafieq Ayman.

Pada awalnya, sesi temubual sedikit kaku kerana tidak dinafikan wanita ini agak pendiam. Namun, sebaik enjin bicara dihangatkan dengan pelbagai soalan, sifat ramahnya mula terserlah, sehingga suasana kembali ceria.
"Sudah rezeki anak sulung saya, Omar. Kemenangan saya pada ASK baru-baru ini mungkin berkait rapat dengan rezeki untuk anak saya yang lahir pada 28 September lalu itu.

"Selepas kemenangan itu, saya dicalonkan pula sebagai Pelakon Harapan untuk FFM24. Saya sungguh bertuah kerana selamat melahirkan anak dan pada masa yang sama dilimpahi rezeki," kata Nadiya.

Mengimbas kembali kemenangan lalu, anak kelahiran Kuala Lumpur ini memberitahu, ketika hadir ke majlis ASK2011 lalu, dia sebenarnya masih dalam pantang. Maka tidak hairanlah apabila langkahnya di dalam dewan, ketika menuju ke pentas menerima trofi, begitu juga ketika mengatur jejak ke majlis keraian selepas itu disusun seelok mungkin.

"Ketika mengandung sehingga bersalin, boleh dikatakan saya terputus sementara daripada dunia seni. Jadi tidak banyak perkembangan hiburan saya dapat ketahui. Pencalonan saya sendiri pun hanya diketahui pada kira-kira jam 2 petang, pada hari majlis itu berlangsung, apabila dihubungi penganjur yang meminta saya menghadirkan diri memberi sokongan kepada majlis terbabit.

"Apa lagi, kelam kabutlah saya mencari jurusolek dan pakaian yang sesuai untuk ke majlis seperti itu. Setelah rasa bersedia, saya menghubungi kembali penganjur mengesahkan kehadiran.

"Memang sangat tidak bersedia pada masa itu sehinggalah ketika nama diumumkan, saya masih tidak percaya, terpinga-pinga dan masa ambil trofi itu pun saya rasa terawang-awang," katanya ketawa kecil sambil memberitahu, dia menjangkakan Sherry Merlis yang akan memenangi anugerah itu, menerusi filem Janin.

Sementara itu, ketika ditemui selepas menerima trofi pelakon harapan FFM24 pula dia berkata, kemenangan yang diraih dua kali berturut-turut sememangnya menyuntik semangat dirinya untuk lebih mendalami bidang lakonan.

"Sebagai orang baru, sudah tentu saya terharu apabila juri nampak potensi dan kesungguhan saya. Awal-awal dulu, saya menceburi bidang lakonan hanya untuk mencuba. Namun dengan kemenangan ini sudah pasti saya melipatgandakan usaha.

"Sedikit sebanyak tentu ada tekanan kerana hasil kerja selepas ini sudah pasti dinilai penonton dengan lebih teliti. Apa pun saya melihat semua ini dari sudut positif terutama dalam meningkatkan mutu lakonan," katanya.

Kenang jasa Osman Ali

MENYELAK semula lembaran perjalanan kerjayanya, Nadiya yang membawakan watak gadis lembam, Manis, dalam Cun, mungkin dilihat begitu dekat dengan Osman, sutradara yang pernah menghasilkan Puaka Tebing Biru, Anak Halal dan Malaikat Di Jendela.

Ia diakui pelakon filem Dukun dan Karaoke ini sendiri, yang memberitahu, pengarah itu ialah insan seni yang mencungkil bakatnya dan sentiasa menggalakkan dia menjadi pelakon.

"Saya memang minat berlakon. Ketika menghadiri sesi uji bakat untuk Spanar Jaya, saya bertemu Osman yang ketika itu turut berada di lokasi berkenaan. Dari situlah titik perkenalan kami dan selepas itu dia ada menghubungi saya untuk tawaran berlakon filem Cun.

"Pada awalnya saya hampir menolak kerana berasa tidak yakin untuk berlakon filem, apatah lagi membawakan watak Manis. Osman memberikan kata-kata semangat untuk menerima tawaran itu. Jadi, saya meminta sedikit masa untuk berfikir, melakukan kajian dan seterusnya membuat keputusan," katanya yang memberitahu, dia menjayakan watak Manis dengan menonton filem luar negara seperti What's Eating Gilbert Grape (1993) dan I Am Sam (2001).

Katanya, walaupun watak kebudak-budakan dalam kedua filem itu dimainkan pelakon lelaki, dia cuba mengadun perwatakan itu ke dalam watak Manis.

Nadiya yang sebelum ini pernah berlakon dalam drama Donut berkata, dia berharap selepas memenangi anugerah, peminat seni akan lebih mengenali dirinya dan mendapat tawaran watak yang mencabar.

"Jika ditanya watak impian, saya mahukan watak seperti Manis yang tidak perlu berpakaian cantik, tetapi hidup dalam wataknya sendiri untuk menguatkan jalan cerita.

"Lagipun saya seorang yang terlalu mahukan kesempurnaan. Jadi, dalam menerima sebarang tawaran saya sangat berharap dapat memberikan yang terbaik dalam lakonan. Jika tidak saya rasa bersalah memikul tanggungjawab itu," kata pemilik nama sebenar Nadiyatul Nisaa Kamaruddin ini.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Penyiaran, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini turut menegaskan, langkah seninya selepas ini mungkin lebih ligat memandangkan bakatnya sudah membuka sebahagian mata penggiat seni. Sebelum ini, dia tidak begitu aktif kerana sudah mempunyai pekerjaan tetap sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah agensi kerajaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Zee Avi buktikan serba boleh

Posted: 20 Nov 2011 02:53 PM PST

Hip

Gadis kelahiran Sarawak bersahaja nyanyikan lagu pelbagai bahasa

TIDAK melampau jika dikatakan persembahannya setaraf penyanyi antarabangsa lain, kerana sememangnya ramai yang mengakui penampilannya di KL Live, Jalan Sultan Ismail, pada Khamis lalu itu begitu menghiburkan serta memuaskan hati segenap penonton yang hadir.

Bukan sekadar menghiburkan penonton dengan kemerduan suara, bahkan anak jati Sarawak, Izyan Alirahman, 25, atau lebih dikenali dengan panggilan Zee Avi ini cukup berbakat dalam bermain pelbagai alatan muzik tidak kira moden atau pun tradisional. Sebelum ini kita hanya melihat gadis kecil molek ini bermain ukelele, istimewanya malam itu, Zee turut tampil mendendangkan lagu sambil bermain gitar, serunai, gendang dan synthesizer secara bergilir-gilir.

Tambah menarik apabila persembahan ini juga diiringi gabungan alatan muzik tradisional dan moden, iaitu sape, alat muzik tradisional masyarakat Sarawak, serta biola dan dram, lantas membuatkan muziknya kedengaran lebih segar dan berbeza dari yang sedia ada.

Membuka tirai persembahan, Zee Avi memilih lagu Milestone Moon, lagu yang dipetik daripada album terbarunya, Ghostbird yang diterbitkan di bawah label Amerika Syarikat, Brushfire Records.

Kemudian Zee memanaskan persembahan dengan lagu yang jelas menjadi kegemaran peminatnya walaupun lagu itu masih dikira baru, iaitu 31 Days, Swell Window, Just You And Me, Madness dan single terbarunya, The Book Of Morris Johnson, yang membuatkan penonton turut menari bersama.
Liuk lentok tubuhnya menari di atas pentas secara bersahaja membuatkan penonton turut sama menari sambil menghayati lagu-lagunya. Ternyata Zee mempunyai aura dan tarikan yang tersendiri dalam penyampaian irama jazz yang dialunkan.

Selain itu, dia sempat meluahkan perasaan bangganya menjadi anak Malaysia dan tidak pernah lupa tempat kelahirannya walaupun sedang mencipta nama di luar negara, serta Zee terus menghiburkan peminatnya dengan lagu Siboh Kitak Nangis, lagu yang disampaikan dalam dialek Sarawak.

Lagu yang menyelitkan unsur etnik bumi kelahirannya ini adalah lagu dialek tempatan yang pertama diselitkan di dalam album antarabangsanya.

Idea serta usahanya ini secara tidak langsung mempromosikan keunikan tanah airnya di mata dunia, bukan saja tampil berlainan dengan alatan muzik tradisional bahkan dialek Sarawak turut mampu mencipta keunikan dalam penyampaian muziknya.

Seterusnya, peminat bertambah teruja apabila Zee mengalunkan lagu popular yang mengangkat namanya di persada seni, Kantoi, yang mana segenap penonton yang hadir turut bersama-sama menyanyikannya.

Malah lagu daripada album pertama yang dialunkan, iaitu Bitter Heart dan Honey Bee, juga mendapat sambutan gemuruh kerana rata-rata ia adalah lagu yang dinanti-nantikan peminat.

Tidak sekadar bertutur dalam dialek Sarawak, bahasa Inggeris dan Melayu, Zee juga mempunyai kebolehan bertutur dalam bahasa Cina, seperti yang diperdengarkan menerusi lagu Mama De Yen Ging (Mothers' Eyes). Kemudian, persembahan dilanjutkan dengan lagu Stay In The Clouds dan diakhiri dengan lagu Roll You Head In The Sun.

Dengan petikan gitar, sepu, biola dan pemain dram profesional mengiringi persembahannya, Zee menyampaikan lagu balada yang benar-benar mempamerkan kekuatan vokal, seterusnya menghadiahkan sebuah persembahan yang menghiburkan, tambah lagi dengan kelunakan suara dan melodi romantisnya.

Sejurus selesai persembahan di Kuala Lumpur yang dihadiri kira-kira 2,000 peminat itu, Zee Avi ke Pulau Pinang, untuk menghiburkan peminat di sana pada keesokan harinya dan kembali ke tanah air kelahirannya iaitu di Former Dewan Undangan Negeri, Kuching, Sarawak pada 26 November.

Full content generated by Get Full RSS.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Penari bogel laris di Singapura

Posted: 20 Nov 2011 12:39 PM PST

PENARI bogel separuh masa, Bryan Tan menunjukkan kostumnya di sebuah apartmen di Singapura kelmarin.

SINGAPURA – Khidmat penari bogel mendapat permintaan tinggi di Singapura walaupun aktiviti tersebut menyalahi undang-undang negara.

Sungguhpun polis mempunyai kuasa menyerbu mana-mana tempat termasuk kediaman persendirian yang disyaki menjalankan aktiviti tidak senonoh itu, ia gagal menghalang penari-penari bogel Singapura daripada mengiklankan perkhidmatan mereka.

Kebiasaannya para penari bogel di Singapura terdiri daripada pekerja kolar putih berusia dalam lingkungan 20-an.

Mereka menjadi penari eksotik selepas waktu pejabat untuk memenuhi permintaan golongan heteroseksual dan juga gay di pulau berkenaan.

Pemilik agensi hiburan tempatan 2niteok Entertainment, Bryan Tan yang menjadi penari bogel selama lapan tahun berkata, perkhidmatan tarian itu mendapat permintaan tinggi kalangan penduduk pulau berkenaan.

"Tarian bogel adalah biasa di Barat tetapi kini ia semakin digemari di Singapura," kata Tan yang bekerja sebagai pegawai pentadbiran pada waktu siang.

Menurut laman web syarikatnya, caj untuk melanggani tarian separa bogel ialah Sg$300 (RM736) untuk persembahan selama 20 minit manakala bayaran Sg$400 (RM981) dikenakan untuk tarian bogel sepenuhnya.

Bagi penari bogel wanita pula, mereka biasanya memakai coli dan seluar dalam semasa melakukan persembahan.

"Lelaki lebih gemar melihat wanita memakai pakaian berbanding berbogel sepenuhnya," kata seorang eksekutif wanita, Jasmine Tan, 28, yang menjadi penari bogel untuk tiga atau empat kali sebulan.

Rata-rata penari bogel di sini merahsiakan pekerjaan sampingan mereka daripada keluarga kerana budaya masyarakat Singapura yang masih konservatif. – AFP

/// kosmo ///

Full content generated by Get Full RSS.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Shera Sah Bergelar Isteri Zahiril Adzim

Posted: 20 Nov 2011 06:41 PM PST



PERAK: Dengan sekali lafaz, pelakon Zahiril Adzim, 27, sah bergelar suami kepada pengacara Shera Aiyob, 25, di rumah pengantin perempuan di Ipoh, Perak.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Aiyob Shaharuddin kira-kira pukul 1.30 pagi dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Shera menerima wang hantaran berjumlah RM18,000 dengan 11 dulang hantaran, manakala, pihak Zahiril menerima 13 dulang.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Hatta Dolmat, manakala solekan Nadiya Ipoh dengan tema perkahwinan dalam taman.

Pasangan ini akan disandingkan di Kinding Hills Grand Ballroom, Ipoh selepas selesai majlis pernikahan.

Sebuah lagi resepsi iaitu majlis sambut menantu sebelah pihak lelaki akan diadakan di Shah Alam yang hanya dihadiri oleh keluarga dan saudara-mara terdekat.

Pasangan ini bertunang pada 1 Mei lalu.

Bob (Kuman) Jatuh Dalam Bilik Air

Posted: 20 Nov 2011 06:40 PM PST



SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak, Husni Rawi, 39 atau nama gelarannya Bob (Kuman) kini ditahan di Hospital Tawakal Kuala Lumpur selepas terjatuh dalam bilik air di kediamannya di Kota Damansara pada Jumaat.

Menurut ahli kumpulan Bawal Power (BP), Mohd Sobri Anuar Mohd Tarmizi atau lebih dikenali sebagai Sobri, Bob terjatuh semasa sedang mandi untuk bersiap-siap untuk mengadakan persembahan di pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) pada malam Jumaat.

"Semasa jatuh bahagian muka Bob telah terkena pada mangkuk tandas dan telah menyebabkan mukanya cedera akibat hentakan kuat," ujarnya ketika ditemui selepas konsert MLM di sini.

Ujarnya, Bob telah dikejarkan ke Hospital Tawakal dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibantu oleh ahli keluarga terdekatnya.

"Selepas Bob sedar dia menghubungi saya memberitahu mengenai keadaannya kepada saya dan memaklumkan tidak dapat menghadiri persembahan pada malam ini (Jumaat) kerana kecederaan dialami agak serius," katanya.

Sobri memberitahu, Bob dilaporkan menerima beberapa jahitan dimukanya akibat hentakan kuat pada mangkuk tandas berkenaan.

Ekoran kejadian tersebut, Sobri tampil bersendirian ketika menyertai konsert minggu ke empat MLM.

"Saya perlu teruskan atas nasihat Bob sendiri dan beberapa rakan-rakan lain seperti Raja Azmi, Mamat Khalid, Afdlin Shauki dan AC Mizal.

"Berdirinya saya pada malam ini tanpa Bob adalah untuknya dan perjuangan kami dalam pertandingan tersebut," katanya.

Pada konsert MLM minggu ke empat, Jalil Hamid telah disingkirkan dengan peratusan paling rendah iaitu 46 peratus manakala persembahan solo Sobri untuk kumpulannya BP telah melayakkan menduduki tempat ke empat dengan 62 peratus.

"Saya harap minggu depan Bob dapat kembali bersama saya di pentas MLM tetapi walauapapun saya mahu dia berehat dengan secukupnya," ujarnya.

Zed Zaidi Jadi Penerbit Filem

Posted: 20 Nov 2011 06:39 PM PST



KUALA LUMPUR: Pelakon, Zed Zaidi, 31, memberitahu bakal bertindak sebagai penerbit untuk sebuah filem bergenre drama gangster berjudul, Taiko terbitan syarikat miliknya Dzed Resources Sdn Bhd.

Zed berkata, dia mengambil keputusan untuk menjadi seorang penerbit filem kerana tiba masa dia mencuba sesuatu yang baru dalam perjalanan karier seninya.

"Sebagai seorang pelakon saya perlu memikirkan cara untuk menaikkan karier saya ke satu tahap lain.

"Saya memilih untuk menjadi penerbit filem Taiko dan berlakon adalah kerana saya tidak minat untuk menjadi pengarah kerana ia bukan kerja yang senang," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Zed memberitahu filem berkenaan akan memulakan penggambaran pada Disember ini disekitar Kuala Lumpur.

Ujarnya, filem arahan Shariman Yaakup itu bakal mengandingkan dirinya sebagai pelakon bersama Neelofa, Faizal Hussien, Beto Khusyairi dan Namron.

Menelan kos sebanyak RM2 juta, Zed memberitahu pihaknya akan menggunakan khidmat pengarah aksi dari luar negara, John Laldanski bagi memantapkan mutu filem itu nanti.

"Dia pernah terlibat sebagai pengarah aksi untuk filem Ong Bak dan Tom-Yum-Goong," ujarnya.

Sementara itu, Zed memberitahu idea untuk menghasilkan filem berkenaan telah lama dilakukan tetapi terpaksa menunggu masa sesuai kerana perlu melalui banyak proses dan mencari dana.

"Banyak perkara perlu diambil kira sebelum boleh menghasilkan sebuah filem dapat dihasilkan tetapi akhirnya ia dapat dilaksanakan," katanya.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Berbogel jiwai roh haiwan

Posted:

Berbogel jiwai roh haiwan

Berbogel jiwai roh haiwan

DIA dinobatkan oleh majalah People sebagai jejaka paling seksi pada tahun 2010. Majalah Men's Health pula menjulang aktor kelahiran Pennsylvania itu sebagai pemilik tubuh paling menggiurkan sepanjang musim panas pada tahun ini. Selain itu, dia juga dilabel antara 25 jejaka paling kekar oleh majalah Men's Fittest, Lelaki Luar Biasa Terhangat 2011 oleh majalah Entertainment Weekly dan Anugerah Sharp Dressed Man 2011 oleh majalah US Weekly.

Tidak hairan figura bernama Joseph Michael 'Joe' Manganiello atau Joe Manganiello, 34, yang melakonkan peranan Alcide Herveaux dalam drama bersiri hebat eksklusif di saluran HBO, True Blood itu kian membuka mata ramai. Tidak terkecuali dia kini muncul sebagai simbol seks era masa kini, sesuai dengan sosok kekarnya setinggi 1.96 meter.

"Siapa saya dan bagaimana rupa saya bergantung pada tafsiran peminat, jika mereka melihat saya ikon positif maka itulah saya.

"Tapi buat masa sekarang, setiap hari bagaikan Halloween bagi saya, ke mana saya pergi orang akan panggil saya serigala jadian," katanya menjelaskan imej yang dinilai peminat menerusi drama bersiri True Blood musim keempat yang kini bersiaran pada setiap hari Khamis pukul 10.30 malam di saluran Astro 411 (HBO).

Sebagai Alcide Herveaux yang berkebolehan menjelma menjadi serigala jadian menyaksikan karakter lakonan Manganiello yang mula diperkenalkan pada musim ketiga itu kini mula berkembang peranannya dalam musim keempat.

True Blood yang berkisar dunia moden yang kini dihuni secara berkongsi oleh puak manusia normal dan puntianak itu membariskan tiga pelakon hebat untuk karakter utamanya iaitu pemenang Oscar Anna Paquin, Alexander Skarsgard dan Stephen Moyer.

Badan hangat


BAKAL muncul menerusi filem lakonannya di samping Jennifer Lopez dan Cameron Diaz yang berjudul What To Expect When You're Expecting.


Seronok melakonkan watak serigala jadian kata Manganiello, watak itu juga turut menuntutnya berkelakuan seperti haiwan.

"Saya perlu pastikan badan sentiasa hangat terutama pada waktu malam, oleh itu lebih banyak daging yang perlu saya makan setiap hari.

"Dalam pada masa yang sama, pada mulanya saya harus belajar menghasilkan bunyi mengeram dan menyalak seperti kelakuan seekor serigala," ujarnya yang ditemui ketika sesi temuramah eksklusif bersama media dari Asia di Hong Kong baru-baru ini.

Malah, dalam musim keempat True Blood, Manganiello lebih banyak terbabit dalam babak yang memerlukannya menanggalkan pakaiannya dan beraksi tanpa seurat benang.

"Saya nilaikan berbogel dari sudut artistik dan tidak salah selagi saya masih memiliki badan yang sempurna untuk ditayang kepada peminat dan penonton," tegasnya yang mengakui bahawa keluarganya kini menerima secara terbuka hakikat bahawa dia berlakon bogel dalam True Blood.

Demi mendapatkan sosok tubuh yang sasa dan kekar, Manganiello mengupah jurulatih khas yang pernah terlibat dalam filem X-Men, Ron Matthew untuk melatih tubi dirinya setiap hari.

"Ia umpama satu latihan intensif untuk mendapatkan otot bisep yang lebih bergaya, saya yang dapatkan Ron untuk melatih saya dan membayarnya untuk memukul saya ketika sesi latihan," kata figura berdarah kacukan Austria, German dan Armenia itu.

Tambahnya, sistem pemakanan yang diamalkannya kini dilipatgandakan untuk mentransformasikan tubuhnya agar kelihatan lebih besar dan 'kehaiwanan'.

Menerusi musim keempat True Blood juga ujar Manganiello menampilkan lebih banyak kejutan dan konflik antara watak terutama Alcide dan Eric Northman (yang dilakonkan oleh Alexander Skarsgard).

"Babak paling mencabar dalam musim keempat ini adalah pada episod keempat. Setelah membaca skrip saya menggeletar.

"Dalam episod itu saya diperlukan untuk bertumbuk dengan Eric di kawasan lapang dalam keadaan berbogel dan Sookie Stackhouse (lakonan Anna Paquin) berada di tengah-tengahnya," bicaranya diiringi ketawa kecil.

Doa termakbul


JOE MANGANIELLO bersama tiga pelakon utama siri True Blood (dari kiri), Alexander Skarsgard, Anna Paquin dan Stephen Moyer.


Pemilik personaliti yang sangat menyenangkan itu turut berkongsi kisah ajaibnya ketika zaman kanak-kanak.

"Ketika di bangku sekolah saya sering dibuli sebenarnya kerana saiz badan yang pelik, maka setiap hari saya akan ke gereja dan berdoa untuk dijadikan seekor serigala jadian.

"Dan ia seolah-olah satu keajaiban apabila sekarang doa saya itu termakbul walau cuma beraksi dalam drama," ceritanya yang dahulunya pernah mengalami kecederaan teruk pada lutut, siku dan pergelangan kaki akibat bersukan.

Pada mulanya, karier sebagai seorang pelakon kurang disenangi oleh keluarga terutama bapanya, Charles.

Namun, mungkin kerana bakat dan keserasiannya muncul di kaca TV dan layar perak, bapanya sendiri sanggup menulis sebuah sajak mengenai serigala jadian dan dihadiahkan kepadanya.

"Sebaik meraih hadiah itu saya menangis dan saya lalu bingkaikan sajak itu untuk diabadikan di dinding rumah," maklum anak sulung daripada dua beradik itu.

Kawan rapat Thunder

Manganiello yang telah pun menandatangani kontrak enam tahun untuk True Blood itu sempat berkongsi kisah menariknya dengan serigala terlatih yang digunakan dalam setiap babak penjelmaannya.

"Nama serigala itu ialah Thunder, kalau dulu saya takut untuk menghampirinya tapi sekarang kami seperti kawan rapat.

"Ia pun nampaknya sudah mula sukakan saya, ada juga kadangkala saya membawanya bersiar-siar dan bagi saya Thunder adalah seekor serigala yang luar biasa!" tutur aktor yang terpaksa menolak tawaran menjadi Superman dalam filem francais akan datang Superman: Man Of Steel akibat pertindihan jadual.

Full content generated by Get Full RSS.

Penghijrahan Rahmat

Posted:

Penghijrahan Rahmat

Penghijrahan Rahmat

Oleh HARYATI KARIM


RAHMAT bersyukur kerana diberi peluang untuk terus berkarya.


LELAKI bernama Engku Rahmat Engku Ismail atau nama komersialnya Rahmat Ekamatra cukup popular bersama band rock, Ekamatra sekitar penghujung tahun 1980-an dan 1990-an.

Lagu Sentuhan Kecundang, Pusara Di Lebuhraya dan Hanya Satu Persinggahan antara lagu sinonim dengan Rahmat meskipun selepas dia keluar daripada band Ekamatra dan muncul bersama band yang diberi nama RAHMAT. Band RAHMAT tidak bertahan lama, akhirnya, Rahmat bergerak secara solo pada tahun 1993.

Rahmat muncul kali terakhir bersama album adalah pada tahun 2006 menerusi album Antologi. Sejak zaman band Ekamatra sehingga bergerak solo, imej Rahmat tidak banyak berubah.

Dia masih setia dengan berkemeja-T dan seluar jeans koyak serta rambut panjang mengurai yang menjadi identiti wajib setiap penyanyi rock ketika itu.

Bagaimanapun bertemu dengannya baru-baru ini, ramai yang terkejut dengan perubahan 360 darjah bapa kepada tiga orang anak itu.

"Saya sedar ramai yang terkejut dengan penghijrahan imej serta diri saya termasuk rakan terdekat serta peminat tetapi penghijrahan ini ke arah kebaikan.

"Sejak berubah dan mendalami ilmu agama, jiwa saya lebih tenang dan tenteram," ujar Rahmat.

Ditanya, bagaimana boleh berlaku penghijrahan terhadap dirinya, jawabnya, semuanya berlaku secara kebetulan dan tidak dirancang.

"Semuanya bermula di sebuah kedai buku pada tahun lepas. Saya terpandang sebuah buku yang menceritakan kisah Rasullullah S.A.W.

"Ketika itu saya tidak ambil kisah, tetapi apabila pulang ke rumah, fikiran saya asyik teringatkan buku itu sahaja. Dalam hati saya terdetik yang saya mesti dapatkan buku itu. Setelah membeli buku itu, timbul perasaan kagum terhadap Rasullullah S.A.W.

"Orang di kedai buku itu juga ada memberitahu saya, bahawa Yayasan Sofa ada menganjurkan kelas agama setiap hujung minggu jika saya berminat," katanya.

Sambung Rahmat lagi, bermula dengan sebuah buku, kemudian hatinya terus terpaut untuk mendalami agama selepas menghadiri kelas agama yang diadakan oleh Yayasan Sofa.

"Pengalaman pertama saya mengikuti kelas agama Yayasan Sofa telah membuka pintu hati saya untuk mempelajari lebih lagi tentang ilmu agama .

"Selain menimba ilmu, apa yang saya sedar, jiwa saya lebih tenang. Pertuturan saya menjadi lebih lembut dan terkawal. Alhamdulillah, seluruh keluarga termasuk anak-anak menyambut baik penghijrahan saya.

"Anak-anak saya juga sering bertanya bermacam perkara mengenai Rasulullah S.A.W. Bila saya sudah ada ilmu, saya juga jadi seronok untuk berkongsi kehebatan Rasulullah S.A.W bersama mereka," balas Rahmat.

Meskipun tampil dengan imej yang berbeza, tegas Rahmat dia masih lagi Rahmat yang sama, cuma yang berbeza adalah penampilan luaran serta pertuturan.

"Walaupun saya berjubah, tetapi hari-hari biasa, saya masih Rahmat yang sama. Jika ada permintaan untuk saya nyanyikan kembali lagu-lagu rock Ekamatra, saya masih boleh memenuhi permintaan itu.

"Tetapi dalam masa yang sama saya akan turut menyelitkan karya terbaru saya yang ke arah Islamik," jawabnya.

Rahmat kini muncul dengan album solo terbaharu berjudul Semarak Cinta Rasullullah yang kini telah terjual sebanyak 10,000 unit meskipun tanpa publisiti yang meluas.

Album yang dirakam pada bulan Jun tahun ini mengandungi lima qasidah yang memuji Rasulullah S.A.W dan diterbitkan sendiri oleh Rahmat.

"Saya benar-benar merasakan ini adalah buah tangan yang bakal menyentuh hati dan jiwa pendengar.

"Respon yang diterima juga memberansangkan. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk berkarya kerana Allah," kata Rahmat .

Walaupun sudah bertukar arah daripada rock ke Islamik tidak mustahil buat Rahmat untuk muncul dalam sebuah album rock Islamik atau bergandingan dengan mana-mana kumpulan nasyid popular tanah air.

"Perancangan itu ada, tetapi belum dapat direalisasikan lagi. Saya tidak menolak sebarang cadangan, walaupun menyanyi lagu rock tetapi kalau isi lagunya mengajak pendengar ke arah kebaikan, apa salahnya untuk saya mencuba.

"Inilah masa dan peluang saya untuk berbakti dan memberi sesuatu yang bermanfaat kepada peminat saya," ujarnya yang kini berusia 43 tahun.

Sebahagian wang yang dikutip daripada album yang dijual pada harga RM25 seunit itu akan disalurkan kepada Tabung Yayasan Sofa untuk tujuan dakwah, pendidikan, penyelidikan dan kebajikan Islam.

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Tiz cerewet pilih watak

Posted: 20 Nov 2011 05:38 AM PST

ULANGTAHUN kelahirannya yang ke-23 sudah berlalu pada 25 Oktober lalu. Namun, disebabkan aktiviti lakonan yang padat, Tiz Zaqyah terpaksa melupakan seketika majlis keraiannya. Jika adapun mungkin hanya sekadar meraikan dengan insan tersayang ataupun bersama keluarga.

Bagaimanapun, pelakon pemilik nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak ini
beruntung kerana penyokongnya dari Kelab Peminat Tiz Zaqyah Razak (TZRFC) tidak pernah melupakan dirinya. Mereka sentiasa mencari tarikh yang sesuai untuk meraikan artis pujaan yang mula diminati menerusi siri drama Nur Kasih ini.


Biarpun terpaksa bergelut dengan masa, tarikh yang sesuai dicari dan akhirnya satu ketetapan dibuat bagi meraikan pelakon yang kembali menjentik naluri peminat menerusi siri Soffiya yang melabuhkan tirai baru-baru ini. Akhirnya Sabtu lalu, dia diraikan oleh 30 peminat dalam majlis dinamakan Tiz Purple Belated Birthday Bash.

Hadir dengan penampilan yang ringkas, ketibaan Tiz dalam majlis yang diadakan
di sebuah pusat karaoke di USJ 19 itu disambut dengan reaksi gembira ahli kelab peminatnya. Mereka sudah tidak sabar menanti untuk berjumpanya serta mengambil bahagian dalam acara yang sudah disediakan.


Membiarkan seketika Tiz mengisi perut dengan makanan enak disajikan, acara permainan bermula selepas itu antaranya menari berpasangan diatas kertas yang turut membabitkan dia. Pelbagai keletah lucu dan menarik dapat disaksikan sekali gus menunjukkan tiada jurang antara Tiz dengan peminat.

Tidak sah, jika orang yang diraikan tidak diduga. Suara ramai meminta Tiz menyanyi. Awalnya dia malu-malu. Namun disebabkan desakan makin kuat, dia akhirnya mengalah dan 'sporting' apabila menyanyikan lagu Tak Ada Logika nyanyian Agnes Monica bersama peminat.

Mungkin kerana tidak puas, Tiz akhirnya 'pecah lubang' yang dia sebenarnya suka menyanyi apabila memilih lagu kegemarannya, Mengapa nyanyian Nicky Astria.
Semua yang hadir bersetuju dia mempunyai suara yang bagus dan mampu popular sekiranya menghasilkan album atau single.

Pelbagai aktiviti dijalankan dan tibalah saat untuk memotong kek. Tanpa disedari oleh Tiz, pembawa kek itu ialah penyampai Hot FM, Fara Fauzana atau Fafau. Secara berterus terang, Fafau mengakui sangat meminati Tiz dan gembira apabila dijemput hadir ke majlis ini.

Bahkan, mereka sempat juga berduet menyampaikan lagu Madah Berhelah nyanyian penyanyi pujaan Fafau, Ziana Zain serta bergabung beramai-ramai menyanyikan lagu Di Akhir Garisan.

Ditemui selepas itu, Tiz mengucapkan terima kasih dengan kejutan daripada Fafau. Biarpun tidak kenal rapat dengan Fafau, dia mengagumi kepetahan Fafau sebagai penyampai radio. Dia juga memberitahu perasaannya begitu terharu apabila diraikan oleh peminat yang sentiasa teguh di belakangnya saat jatuh dan bangun.

"Dah lama kami tak berjumpa dan berkumpul dalam suasana santai begini. Jadi, apabila mereka beritahu nak adakan majlis ini saya sangat teruja dan sanggup berikan komitmen. Saya berterima kasih buat presiden TZRFC, Kim dan naib presidennya Lynda kerana bertungkus lumus menganjurkan majlis ini. Terima kasih buat mereka kerana tak jemu menyokong karier saya sejak dulu sehinggalah sekarang.

"Mereka (ahli TZRFC) juga tak mudah percayakan cerita tak elok mengenai saya dan lebih suka mendapatkan terus kenyataan sebenar daripada mulut saya. Kalau sesetengah pihak sengaja nak jatuhkan saya dengan cerita tak betul, mereka pasti akan pertahankan saya. Terima kasih buat semua," katanya.

Beralih kepada kariernya, Tiz memberitahu rezekinya semakin murah dengan tawaran yang tidak henti-henti datang. Terbaru, dia baru saja habis penggambaran telemovie berjudul Pencari Jalan Lurus arahan Ismail Yaakob untuk TV Alhijrah.

"Pelakon lain yang berlakon ialah Beto Kusyairy, Ramona Zam Zam, Daniel Naim dan Mak Engku. Selepas ini saya akan terbabit dengan telemovie untuk Hari Aids Sedunia arahan Joeza Rasidi. Buat masa ini saya mahu berehat sekejap daripada berlakon drama bersiri kerana sangat penat.

"Bayangkan untuk Soffiya saja penggambarannya ambil masa selama dua bulan setengah. Ada tawaran yang datang tapi saya masih pertimbangkan lagi. Sebenarnya saya tak nak drama lakonan saya terpaksa bersaing sesama sendiri apabila ditayangkan serentak di stesen TV. Kalau secara kebetulan tak mengapalah.

"Tak dinafikan saya memang cerewet juga pilih watak. Jadi sementara menunggu yang sesuai, saya nak berehat sehingga hujung tahun ini. Tahun depan barulah saya ambil tawaran berlakon untuk drama bersiri," kata Tiz.

Dalam masa sama, Tiz mengakui lakonannya dalam watak berat sering kali diterima peminat berbanding karakter yang ringan.

"Saya tak kisah ambil watak emosi. Bagaimanapun emosi itu menjadi berbeza kalau watak itu dicorakkan dengan jalan cerita dan skrip berlainan. Peminat sukakan saya dalam drama Nur Kasih dn Soffiya. Namun mereka lihat lakonan saya lain dalam Gemilang.

"Bagaimanapun peminat boleh lihat saya dalam karakter berbeza menerusi
filem Cinta Kura-Kura terbitan KRU Studios yang akan menemui peminat pada Februari tahun depan. Saya beruntung dapat berlakon filem animasi begini.
Memang sukar berlakon guna imaginasi kerana saya kena bayangkan objek yang sebenarnya kosong," katanya.

Tidak sah bertemu Tiz tanpa ditanyakan mengenai hubungan percintaannya dengan Remy Ishak. Mengambil jalan selamat, Tiz mengakui mereka berkawan rapat dan lebih senang mengikut arus.

"Saya tak berani nak komen lebih-lebih kerana belum ada perancangan untuk ke gerbang perkahwinan. Jadi, saya minta semua pihak mendoakan yang terbaik dalam hubungan kami," katanya yang mengakui mereka banyak memberi nasihat dan pandangan masing-masing dalam soal karier.

Ditanya apakah 'perang dingin' Remy dengan segelintir pihak media akan turut terkena tempiasnya kepada dia sekali gus menjejaskan publisitinya, Tiz meminta mereka tidak membabitkan dirinya dalam persoalan itu.

"Saya minta jangan dibabitkan nama saya dalam hal peribadi Remy. Jika ada yang berbuat begitu, tandanya mereka tak profesional. Biasalah dalam bekerja kadangkala ada rasa tak selesa. Sama juga seperti berlakon kadangkala kita tak suka dengan mana-mana individu tapi tak payahlah ambil serius," katanya meminta pengertian.

Full content generated by Get Full RSS.

Inspirasi wanita

Posted: 20 Nov 2011 05:24 AM PST

SUATU ketika dulu, seorang wanita hebat yang menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini pernah meng–ungkapkan kehidupan tidak dinilai berdasarkan kelulusan atau wang y atau sekerap mana kita melakukan perkara hebat.

Sebaliknya kita akan diadili oleh mereka yang menerima bantuan ikhlas yang datang dari tangan kita. Di Barat, kisah Ibu Teresa yang penuh kasih sayang dan nilai murni kerana dia adalah wanita yang banyak mengubah dunia. Malah, ramai wanita kini menjadikan itu sebagai sumber inspirasi untuk membantu mereka yang memerlukan.

Mereka mengikut jejak Teresa dan mencontohi beliau dalam melakukan keajaiban dan memberi sinar harapan baru buat yang tidak berkemampuan.

Bermula pada 27 November ini, saluran ntv7 dengan usaha sama SK-II, membawa penonton Malaysia menghayati siri baru yang segar dan penuh inspirasi, SK-II Miracle Makers yang bertujuan mencipta keajaiban dan membuat perubahan untuk masyarakat.


Rancangan bersiri enam episod selama 30 minit setiap Ahad, jam 10.30 malam dihoskan gadis jelita berbakat, Chermaine Poo.


Selama lima minggu, Chermaine diberikan tugas menemuramah dan berbicara bersama lima wanita yang banyak memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia melalui sumbangan mereka kepada masyarakat. Kisah dermawan yang mencipta banyak keajaiban dalam kehidupan mereka ini bakal diceritakan pada setiap episod.

Chermaine ini ingin mencipta keajaibannya sendiri setelah mendengar dan memahami kisah mengagumkan wanita-wanita ini.

Pada penghujung episod nanti, penonton akan melihat usaha Chermaine merealisasikan impiannya dengan mengutip dana untuk sebuah organisasi serta menguruskan acara amal sebagai langkah pertama.

"Sebelum menerima tawaran untuk menjadi hos program ini, saya pernah menyertai satu larian amal di Kota Kinablau, Sabah. Pada ketika itulah, saya terfikir untuk menganjurkan program amal tetapi tidak tahu bagaimana caranya.

"Apabila ditawarkan menjadi hos bagi program ini, saya sangat bertuah kerana menjadi pilihan ntv7. Pada masa sama, saya mempunyai peluang melihat bagaimana figura itu menjalankan program amal untuk membantu insan yang susah.

"Pengalaman mereka memberikan inspirasi dan semangat agar saya meneruskan impian ini. Sebagai seorang yang bergiat dalam industri seni, saya sepatutnya saya menolong mereka," katanya ketika sidang media SK-II Miracle Makers, baru-baru ini.

Program ini bukan saja akan memberikan pengaruh besar buat wanita tetapi juga memberikan faedah buat mereka yang datang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza.

Program ini adalah satu cara memberikan penghargaan kepada mereka dan memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia tampil memberikan pertolongan.

Lima wanita yang dipilih ialah Dr Hartini Zainuin, Datuk Ruby Khong, Datin Paduka Ibu A Mangalam dan Tengku Rozidar. Berasal daripada latar belakang berbeza, mereka akan menceritakan perjalanan membantu komuniti seterus–nya memberikan panduan dan inspirasi kepada insan lain.

Full content generated by Get Full RSS.