Adsense

Isnin, 16 Mei 2011

borak kosong

borak kosong


Posted: 16 May 2011 09:25 PM PDT

OSLO - Seorang warga negara Jerman dinyatakan sebagai pemilik janggut terbagus di dunia setelah membuat takjub masyarakat pada sebuah pertandingan yang diadakan di Norway. Janggut unik tersebut dibentuk seperti seekor rusa dan bendera Norway.

Elmar Weisser, seorang penata rambut yang berusia 47 tahun mengalahkan 160 pesaing dari 15 negara dan mendapatkan peringkat pertama Kejuaraan Misai dan Janggut yang diadakan di Trondheim, Norway.
Hebatnya, Weisser sebelumnya juga sudah pernah mengikuti pertandingan ini dan telah menang beberapa kali. Dirinya mengaku bahawa saudara perempuannya telah membantunya dan mereka berusaha seharian untuk membentuk janggut ini.

"Ketika janggutku tidak tertata, janggutku sampai ke pinggang. Ini harus dilipat," ucap Weisser seperti dikutipAFP.
Weisser juga mendapatkan juara serupa tahun 2005 di Berlin, Jerman dengan jenggotnya yang membentuk gerbang Brandenburg. Bahkan, dua tahun yang lalu dia menang di Britain dengan rekaan uniknya iaitu Menara London.
Sumber :http://www.okezone.com/

Kerana rambut 'cornrows' pelajar diusir dari kelas

Posted: 16 May 2011 08:41 PM PDT

SEORANG pelajar di Britain berjuang di pengadilan kerana dilarang memiliki gaya rambut 'cornrows', gaya rambut Afrika Barat. Pelajar yang namanya dirahsiakan kerana alasan hukum itu menilai, sekolah memperlakukannya secara rasis.


Pelajar berusia 13 tahun itu ditolak St Gregory Catholic Science College di Kenton, Harrow, London Utara, kerana gaya rambutnya. Akibat penolakan, remaja yang disebut sebagi G, mengalami 'pukulan' yang sangat keras atas harga dirinya kerana dikeluarkan pada hari pertama di kelas.

Para pelajar di sekolah elite ini dilarang mengenakan gaya rambut Afrika Barat yang berbentuk kepangan di sepanjang kulit kepala. Pejabat sekolah berpendapat, model rambut seperti ini boleh digunakan para pelajar sebagai 'lambang' keanggotaan geng. Seperti dikutip dari Telegraph.


Dalam persidangan yang berlangsung di Pengadilan Tinggi London, dinyatakan bahawa sekolah melanggar hukum dan melakukan diskriminasi ras dan jenis kelamin kerana, para pelajar yang ada di sekolah tersebut diizinkan memiliki gaya rambut cornrows.

Sang pelajar, yang keturunan Afrika Karibia ini bersama dengan ibunya meminta sang hakim agar membatalkan keputusan sekolah, yang dibuat pada September 2009. Kuasa hukum siswa, David Wolfe mengatakan gaya rambut cornrows merupakan sebahagian dari tradisi keluarga sang anak.

Dalam persidangan, ibu sang anak mengatakan gaya rambut itu adalah hal sangat penting sebagai identiti budaya dan ras. Sementara Wolfe menuduh pihak sekolah rasisme dan melanggar Undang-Undang diskriminasi ras dan jenis kelamin.


Pihak sekolah menolak tuduhan ini dan mengatakan kebijakan soal larangan adalah rasional dan legal. Kuasa hukum sekolah, Peter Oldham menyatakan, jika guru besar sekolah membuat pengecualian kepada G, maka akan timbul kesulitan serius. Akan ada tekanan dari siswa lainnya yang meminta pengecualian, sehingga sekolah sulit untuk mempertahankan peraturan atas seragam dan potongan rambut.

Hebat..Sekolah di Texas guna kamera untuk ukur kadar kalori yang diambil pelajar

Posted: 16 May 2011 07:45 PM PDT

SAN ANTONIO – Sebuah sekolah di Texas, Amerika Syarikat melakukan inovasi untuk memantau pelajarnya. Projek memantau makan tengahari bernilai USD2 juta ini dilakukan dengan cara memasang kamera berteknologi tinggi. Sekolah akan memantau makanan apa yang dimasukkan para pelajar ke pinggan makan tengahari mereka dan melihat makanan apa yang tidak dihabiskan.

Kemudian, foto akan menganalisa dengan cara menghitung berapa banyak kalori yang dimakan tiap pelajar. Pejabat kesihatan setempat mengatakan program yang didanai dari hibah Jabatan Pertanian AS ini, merupakan yang pertama diterapkan di sekolah AS, seperti dikutip dari Straits Times.

Peneliti berharap melalui hasil analisa, para orang tua akan mengubah kebiasaan makan anak mereka di rumah. Data tersebut juga akan digunakan untuk memelajari makanan apa yang cenderung dipilih anak dan berapa banyak yang mereka makan jika memilih makanan itu.

"Hal ini sangat canggih," kata Direktur Pusat Penelitian Sosial dan Kesihatan San Antonio, Dr Roberto Trevino. Dia yang merupakan pengawas program ini menyatakan, orang tua akan diminta untuk menyetujui agar anak mereka ikut program ini. Secara berkala, orang tua akan menerima laporan makanan apa yang dipilih anak saat makan tengahari. Trevino mengatakan yang difoto hanya pinggannya dan bukan wajah sang pelajar.

Berikut adalah cara kerjanya: para siswa akan membawa pinggan makan tengahari dengan kode bar yang unik. Setelah siswa mengisi piring mereka ke bawah garis dan memilih makanan, kamera di atas juruwang akan mengambil gambar setiap pinggan.

Ketika makan siang selesai dan pelajar mengembalikan piring ke dapur, kamera lain akan mengambil gambar apa yang tersisa di pinggan. Software kemudian akan menganalisa sebelum dan sesudah foto, untuk menghitung kalori yang dimakan dan membuat laporan nutrisi dalam makanan.
(rhs)

Gila...Menantu acu pisau rampas anak dari mentuanya

Posted: 16 May 2011 06:00 PM PDT

Kenapa boleh jadi begini?
saya petik dari myMetro

SUNGAI PETANI: Bagi 'merampas' anaknya, seorang lelaki sanggup mengacu pisau terhadap ibu mentuanya sebelum melarikan bayi lelaki berusia lapan bulan itu daripada rumah ibu kepada isterinya di Kampung Permai.

 Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Khamis lalu, lelaki terbabit, Zulkipli Mohamad, 31, dikatakan bertindak demikian ketika isterinya, Siti Fairuz Abd Wahab, 24, tiada di rumah kerana ke kedai berhampiran.

 Selepas beredar bersama anaknya, Muhammad Darwis Ikhram Abdullah, lelaki itu menghantar SMS dengan menyatakan 'jangan harap hang (awak) nak tengok anak lagi, dia ada dengan aku' kepada Siti Fairuz.

 Siti Fairuz ketika ditemui berkata, sebaik pulang ke rumah, ibunya memberitahu Muhammad Darwis dilarikan suaminya, lalu dia segera berusaha menghubungi Zulkipli melalui telefon bimbit, namun tetapi tidak dijawab lelaki itu.

 "Saya meminta bantuan beberapa penduduk dan cuba mencari suami di sekitar kawasan taman perumahan berdekatan, namun gagal. Saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani.

Hebat…Kehilangan Dua Kaki akibat Gempa Bumi tak Surutkan Guohong Jadi Perenang

Posted: 16 May 2011 05:45 PM PDT

REPUBLIKA.CO.ID, BEIJING – Namanya Dai Guohong. Pemuda 18 tahun ini memiliki banyak impian untuk masa depannya. Apa daya, gempa bumi hebat di Sinchuan "memenggal" hampir habis seluruh kakinya.

Surutkah tekad Guohong? Tidak. Ia terus berlatih. Kini, ia menjadi salah satu perenang andal negeri itu.

Bencana datang tiga tahun lalu saat gempa hebat meruntuhkan sekolahnya di Beichuan. Dia selamat dengan kedua kali harus dipotong. Sedang 26 teman sekelasnya, tewas dalam bencana itu.

Dinyatakan setelah melakukan serangkaian pembedahan Guohong kembali berlatih. Kini, dia disiapkan untuk mewakili China dalam Paralympics di London tahun depan.

"Doktor berkata, renang bagus untuk tubuhku, maka aku gigih berlatih," ujarnya. Ia berjanji akan melakukan yang terbaik di London.

Hebat cara kakak iniduduk dalam bas

Posted: 16 May 2011 11:01 AM PDT

hebat cara dia duduk...

Kulit Tangan dan Kaki Lelaki China Ini Mendadak Berubah Seperti Kulit Limau

Posted: 16 May 2011 10:01 AM PDT

REPUBLIKA.CO.ID, BEIJING – Doktor di China sedang mencuba untuk mengubati seorang lelaki 51 tahun yang tangan dan kaki tiba-tiba membengkak. Tak hanya itu, empat anggota tubuh itu juga berubah tekstur menjadi serupa  kulit limau.

Gejala yang dialami Yang Bing, nama lelaki itu, menurut doktor adalah contoh ekstrim namun klasik myxedema pretibial, komplikasi jarang penyakit Graves.

Dia didiagnosis dengan penyakit Graves enam tahun yang lalu dan memakai ubat-ubatan tanpa batas.

Namun, Yang mengeluh ubat tidak meredakan gejala aslinya dan berhenti memakannya setelah dua tahun.

Saat itulah tangan dan kaki mulai membengkak dan – akhirnya – ia pergi ke Hospital  Xin Qiao di Chongqing untuk mencari bantuan.

Yang berkata penyakitnya itu dimulai dengan ruam berair yang muncul di bahagian belakang tangan dan kaki. Makin hari, ruam itu berubah menjadi lepuhan yang kain membesar.

"Mereka akhirnya membentuk cengkerang keras dan sekarang saya tidak dapat berbuat apa-apa dengan tangan kiriku, tidak bahkan membuat kepalan," katanya.

"Dan aku harus memakai kasut terbesar yang ketika membukanya, harus digunting."

Ibu Cekik Anak Kandung Hingga Mati Kerana Kahwin Pemuda Hindu

Posted: 16 May 2011 09:46 AM PDT

TRIBUNNEWS.COM - Dua perempuan Muslim membunuh anak perempuan mereka kerana menikahi pemuda beragama Hindu. Keduanya membunuh anak mereka dengan mencekiknya hingga tewas. Demikian diberitakan Daily Mail, Isnin (16/5/2011).

Pengantin baru bernama Zahida (19) dan Husna (26) dicekik hingga meninggal dunia ketika kembali ke rumah setelah menikahi pemuda pilihan mereka. Demikian ujar Anil Kumar Kusan, seorang polis yang bertugas di wilayah Baghpat,negara bahagian Uttar Pradesh, India, tempat kejadian itu berlangsung.

Zahida dan Husna bertetangga dan jatuh cinta dengan dua pekerja kontrak. Mereka berdua memilih kahwin lari dan kembali ke rumah masing-masing dengan harapan boleh berdamai dengan keluarga. Ibu mereka yang masing-masing bernama Khatun dan Subrato menolong satu sama lain mencekik anak kandung sendiri.

"Kami membunuh mereka kerana membuat malu komuniti. Bagaimana boleh mereka kahwin lari dengan (pemuda) Hindu? Mereka pantas mati dan kami tak punya rasa sesal," kata Khatun setelah ditangkap pada Jumaat, minggu lalu

Suami Sebut Nama perempuan Lain di Malam Pertama

Posted: 16 May 2011 08:33 AM PDT

TRIBUNNEWS.COM - Pasangan pengantin baru memutuskan berpisah setelah pengantin lelaki menyebut nama perempuan lain di malam pertama.

Sun Qiang (24) bertemu pengantin perempuan, Hu Yan, di kampung halamannya, Suiqian di Daerah Jiangsu, China, pada Oktober tahun lalu. Dua bulan kemudian, mereka menikah secara tradisional dan tak mendaftarkannya di catatan sivil.

Sun memberikan keluarga Hu berupa emas, motosikal, dan wang sebanyak 20 ribu yuan , sebagai mas kahwin. Setelah pesta, Sun dan Hu kembali ke bilik mereka. Ketika melihat Hu, Sun menyebut nama perempuan lain dalam keadaan mabuk.

Sang pengantin perempuan marah dan kembali ke rumah orangtuanya, esok harinya. Ia menolak menerima suaminya kembali meski berulang kali meminta maaf.

Pada Februari tahun ini, Sun meminta pernikahan dibatalkan dan memaksa agar Hu mengembalikan mas kahwin yang kemudian ditolak Hu.

Perkara kemudian bergulir di pengadilan. Hasilnya, pihak pengadilan meminta agar semua perhiasan, motor, dan sebahagian wang sebagai mas kahwin dikembalikan ke Sun.

Sumber: AsiaOne

Pilot Bunuh Isterinya Yang Kaya Gunakan Alat Bantu Seks Milik Kekasih

Posted: 16 May 2011 07:00 AM PDT

TRIBUNNEWS.COM - Seorang pilot dituduh membunuh isterinya yang kaya dengan menggunkan alat bantu seks yang sering digunakannya bersama kekasih barunya. Alat bantu seks itu ditemukan bersama dengan mayat sang isteri. Demikian diberitakan Daily Mail.

Robert Brown (47),  pilot di Syarikat Penerbangan British Airways, bertengkar dengan isteri yang telah memberikannya dua anak, Joanna Brown (46) di mansion sang isteri yang bernilai 3 juta poundsterling di Windsor Great Park, Windsor, Britain. Dia kemudian menggunakan alat bantu seks untuk mengikat leher isterinya hingga tewas.

Di dalam plastik pembungkus mayat isterinya ditemukan plaster, pengikat taman, sarung tangan getah, kasut plastik, dan tukul kayu yang memilik getah.

Ketika kekasihnya, Stephanie Bellemere (41), memberikan kesaksian di pengadilan, dia mengatakan jika pengikat taman itu digunakan saat bercinta. Sementara, beberapa item yang ditemukan dari lokasi penggalian mayat, Bellemere menyatakan itu hanya alat-alat rumah tangga biasa.

Bellemere adalah pramugari British Airways yang berasal dari Oise, sekitar 80 kilometer arah utara Paris dan bertemu Brown ketika bekerja sama dan berkasih pada tahun 2007. Bellemere hamil lima bulan ketika isteri Brown tewas dibunuh pada 31 Oktober tahun lalu.

Surat khabar Unik, Selesai Dibaca Boleh Terus Di makan

Posted: 16 May 2011 06:30 AM PDT

Begitu isinya habis dibaca, biasanya surat khabar terus disimpan atau dibuang dan kalau sudah banyak dijual . Namun, idea redaksi Metro, sebuah surat khabar yang terbit di Britain, dan sejumlah ahli makanan membuat seauatu yang unik.


Mungkin terinspirasi Willy Wonka, tokoh dalam film Chocolate Factory, yang membuat segala sesuatu di sekitar kita boleh dimakan, mereka menciptakan bentuk surat khabar Metro yang boleh dimakan.

Seperti dilapor web Metro.co.uk, kerja sama itu menghasilkan suratkhabar yang boleh dimakan. Jadi begitu selesai dibaca, suiratkhabar tak perlu dibuang, tetapi lboleh terus dimakan saja.


Heston Blumenthal,seorang pakar masak, punya peranan besar dalam mewujudkan idea unik ini. "Suratkhabar yang boleh dimakan ini sedikit banyak merupakan obsesi saya," katanya.

Soal rasa bagaimana? Para sukarelawan sudah mencabik-cabiknya dengan gigi mereka dan menelannya. Mereka pun menganggukkan kepala dan menilainya sangat lazat.


Tentu saja produksi suratkhabar itu tidak hanya memerlukankan editing yang ketat, tetapi pengolahan adunan yang cermat pula. Adunan itu sendiri terdiri atas tepung maizena, minyak sayur, permen arab, air dan asam sitrat yang dimasak hingga menjadi pasta liat dan dibentuk menjadi lembaran.

Pasta itu kemudian ditaburkan ke lembaran tipis itu melalui kasa sutra yang diatur sedemikian rupa menjadi headline, foto dan artikel.


Proses pembuatan dan pencetakan suratkhabar lazat ini memerlukan beberapa jam. Untuk mengeringkannya perlu waktu sedikit lama. Untuk polesan terakhir, suratkhabar itu diberi aroma vanila yang baunya lembut.

Charles Bouquet, dari Edible Paper Company, mengatakan projek itu akan mendorong kebiasaan daur ulang dalam masyarakat. "Kami berharap ini memberikan tambahan aroma pada berita dan menyajikan menu isu-isu terkini yang lebih berwarna."

sumber :http://bayusp.blogspot.com

Inilah ambulan yang boleh membuat pembedahan didalamnya

Posted: 16 May 2011 05:00 AM PDT

Dubai, negara kosmopolitan di kawasan Arab, sudah memiliki gedung tertinggi, apartment tertinggi dan aquarium terbesar di seluruh dunia. Kali ini, Dubai lagi-lagi bikin sensasi dengan memiliki ambulan terpanjang di dunia.

 Ketua Dubai Ambulance Center (DAC), Khalifa bin Darri, panjang ambulan itu sekitar 18 meter dan boleh membawa 44 pesakit sekaligus. Ambulan terpanjang itu, dilengkapi dengan tempat pendaratan helikopter di bahagian atapnya termasuk fasiliti satelit dan internet untuk para doktor yang bertugas.

 Selain itu, terdapat ruang-ruang operasi, ruang perawatan intensif (ICU), ruang radiografi dan apotik yang saling terintegrasi. Pendek kata, ambulan terpanjang itu sudah mirip hospital berjalan. "Ambulan ini akan menjadi hospital berjalan yang akan dikerahkan jika terjadi kecelakaan dan operasi penyelamatan dengan jumlah korban yang banyak, sehingga para korban boleh langsung mendapatkan perawatan sebelum dipindahkan ke wad," papar Darri.

 Ambulan yang direka oleh orang Dubai sendiri itu, diharapkan sudah boleh dioperasikan dalam tiga bulan ini. Menurut Darri, mereka sengaja membuat ambulan super besar itu kerana tingkat kecelakaan lalu lintas di Uni Emirat Arab terbilang cukup tinggi. Kecelakaan paling buruk terjadi tahun 2008 lalu yang melibatkan lebih dari 200 kereta dalam pelanggaran.

 "Kami perlu ambulan yang boleh membawa pesakit sebanyak mungkin dan memberikan perawatan secepat mungkin. Oleh sebab itu, satu pasukan dari Emirat mereka ambulan ini dan mengirimnya ke sebuah perusahaan otomotif Jerman untuk pembuatannya," ujar Darri.

 "Ambulan ini merupakan lompatan besar dari sejarah pelayanan ambulan. Ini bukan sekadar ambulan biasa yang digunakan untuk membawa pesakit tapi ambulan yang memberikan layanan medik yang lengkap sehingga korban mungkin tidak perlu ke hospital lagi setelah menjalani perawatan di ambulan ini," sambung Darri, yang menilai bahawa ambulan terpanjang itu lebih efektif dari sisi waktu dan biaya jika dibandingkan menggunakan ambulan-ambulan kecil.

 Darri mengatakan, pihaknya juga sudah menhubungi pihak Guinness Book of World Record agar ambulan ini boleh dimasukkan dalam buku rekod dunia sebagai ambulan terpanjang di dunia. Namun belum ada jawaban dari pihak Guinness.

Akibat kata tidak pada panda

Posted: 16 May 2011 04:00 AM PDT



Brutal betul iklan ni......

Lidah hampir putus kerana sukarela cuba ubat ilmu kebal

Posted: 16 May 2011 03:00 AM PDT

Hampir saja lidah Hayatu, warga Malihut, Ternate, Maluku Utara putus kerana hirisan parang. Hayatu memberanikan diri menjadi sukarela untuk menguji ubat kebal yang dijual di pasar malam Swering.

Ceritanya bermula ketika Hayatu hendak kembali ke Hospital Medika tempat isterinya dirawat. Sehabis membeli makan malam, Hayatu singgah di tempat penjaja ubat kebal ..

 Penjual ubat kebal terus menarik Hayatu untuk mencuba ubat yang dijualnya. Mulanya kepala Hayatu digesekkan dengan parang kemudian leher dan tangan juga diuji kekebalannya.

 Untuk meyakinkan calon pembeli, rupanya penjual ubat meminta Hayatu menjulurkan lidah untuk disayat dengan parang. Baru satu kali irisan, lidah Hayatu pun berdarah.  Hayatu memberontak kesakitan.

 "Saya terkejut kerana terasa sakit. Ternyata ada darahnya. Untung saja saya cepat menahan tangannya untuk tidak lagi menghiris. Jika tidak, pasti lidah saya dibuat putus," tkata Hayatu pada okezone, ketika ditemui selepas memberikan keterangan di Mapolres Ternate.

 Melihat korbannya berdarah, penjual ubat pun kata Hayatu langsung melarikan diri. Satu unit patroli polis yang tiba di lokasi kejadian, gagal menangkap pelaku. Namun, polis berhasil mengambil barang bukti pelaku berupa sejumlah ubat yang dicurigai  dan menyita sebilah parang milik pelaku.

 Kerana gagal meringkus pelaku yang sudah melarikan diri, polis lantas menahan beberapa rakan pelaku untuk disiasat di Mapolres Ternate. Dari data yang dihimpun, pelaku yang bernama Dayat baru tiba beberapa hari di Ternate. Dayat dan temannya tinggal di sebuah krumah di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah.

Jennifer Mills-Westley, Wanita Yang Dipenggal Tanpa Alasan Oleh Orang Tak Dikenal

Posted: 16 May 2011 02:45 AM PDT

Seorang wanita Inggris dipenggal kepalanya dalam serangan di sebuah supermarket di pulau resort Sepanyol Tenerife di Kepulauan Canary pagi ini (15/5/2011) telah diidentifikasi sebagai nenek dari lima orang cucu.

Jennifer Mills-Westley, 60 tahun, dari Norfolk di Inggris timur, dibunuh pada hari Jumat 13 Mei 2011 lalu, di resort pantai Los Cristianos, dalam rangka menghadiri acara amal bertajuk "Trust & Missing Abroad" yang diselenggarakan oleh Lucie Blackman.

Wanita ini sudah pencen dan seringkali menghabiskan waktu dengan melakukan perjalanan antara Tenerife dan Perancis.

Seorang lelaki 28 tahun, dari Bulgaria yang identitinya belum diungkap ditangkap polisi tak lama kemudian, setelah ia terlihat lari keluar dari supermarket dengan menggenggam sebilah pisau dan membawa kepala korban yang masih berdarah-darah.

"Ibu saya pencen beberapa tahun yang lalu dan telah sepenuhnya pencen dari pekerjaan, ia menikmati perjalanan antara Tenerife dan Perancis, di mana dia menghabiskan waktu untuk mengunjungi puterinya dan cucu-cucu, dan anak perempuannya yang lain di Norfolk," kata keluarganya.


Melalui badan amal, ia meluangkan waktu dan tenaga dengan bekerja sukarela untuk membantu keluarga mereka yang tewas atau hilang di luar negeri.

"Ia adalah ibu yang penuh ghairah hidup, murah hati, dan akan melakukan apa pun untuk siapa pun. Kami sekarang harus menemukan cara hidup tanpa cinta dan cahaya, kami memohon untuk diberikan privasi disaat yang sulit ini untuk mengatasi rasa kehilangan"

Bekas majikan wanita itu, di Norfolk County Council mengatakan dia telah bekerja di jalanan dengan memberikan pelatihan keselamatan berbasikal kepada anak-anak.

"Simpati kami yang terdalam Jenny kami berikan kepada keluarga dan teman-teman dekatnya. Ini adalah berita yang mengerikan," kata otoritas itu dalam sebuah pernyataan.

"Jenny adalah anggota popular dan dihormati oleh para staf, yang selama bersama Norfolk County Council bekerja sebagai petugas keamanan jalan. Bekerja sama dengan banyak sekolah dan anak-anak untuk mengajar pelatihan keselamatan berbasikal"

Laporan media setempat mengatakan tersangka meninggalkan kedai sambil berteriak "Saya pembalas yang dikirim Tuhan dan aku datang untuk keadilan."

Gila..seniman 57 tahun lakukan hubungan seks depan orang ramai kerana seni

Posted: 16 May 2011 01:33 AM PDT

TRIBUNNEWS.COM - Seorang seniman berusia 57 tahun melakukan adegan hubungan seks di depan umum sebagai sebagian dari eksebisi seni. Namun, tindakannya ini membuat dirinya ditangkap dan dijatuhi hukuman satu tahun penjara.

Seperti dilapor ChinaSmack, minggun lalu, seniman bernama Cheng Li ini melakukan aksinya di daerah seni,Songzhuang, Beijing, China. Setelah melakukan adegan itu, ia kemudian dibawa oleh polis dan dihukum setahun bekerja sebagai bentuk pembelajaran.

Dalam dokumen Komite Administrasi Pembelajaran Tenaga Kerja China, Cheng Li dituduh melakukan kegiatan tak senonoh di depan umum, telanjang, menarik banyak orang dan menganggu ketenteraman awam. Kini pengacara Li berusaha merayu agar hukuman itu dipertimbangankan kembali.

Batu nisan dari mendiang bintang porno Sexy Cora dinilai terlalu seksi.

Posted: 16 May 2011 12:46 AM PDT

Batu nisan dari mendiang bintang porno Sexy Cora dinilai terlalu seksi. Kerana itu pihak pengelola pemakaman memutuskan untuk memindahkan nisan yang dihiasi sebuah patung marmar berbentuk malaikat wanita setinggi empat kaki itu.

Patung seharga 15.000 poundsterling itu dianggap terlalu ofensif dan tidak patut untuk ditempatkan di kawasan pemakaman. Pihak pengelola pemakaman khuatir patung tersebut akan mengganggu kesucian tempat itu.

Suami Cora, Tim Wosnitza menolak untuk menandatangani persetujuan pemindahan patung tersebut. Untuk melindungi patung itu Wosnitza menyewa sekelompok orang untuk menjaga patung yang menghiasi makam isterinya itu.

Sedih,,mesti baca..Kisah Seorang Gadis Kecil Bernama Bar’ah (True Story)

Posted: 15 May 2011 11:25 PM PDT


Ini adalah kisah gadis berumur 10 tahun bernama Bar`ah, yang orangtuanya doktor dan telah pindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Pada usia ini, Bar `ah menghafal seluruh Al Qur'an dengan tajweed, dia sangat cerdas dan gurunya mengatakan bahawa dia sudah maju untuk anak seusianya. Keluarganya kecil dan berkomitmen untuk Islam dan ajaran-ajarannya. hingga suatu hari ibunya mulai merasa sakit perut yang parah dan setelah beberapa kali diperiksakan diketahuilah ibu bar'ah menderita kanser, dan kanser ini sudah dalam keadaan kriktikal.

Ibu bar'ah berfikir untuk memberitahu puterinya, terutama jika dia terbangun suatu hari dan tidak menemukan ibunya di sampingnya dan inilah ucapan ibu bar'ah kepadanya

"Bar`ah aku akan pergi ke syurga di depan anda, tapi aku ingin kamu selalu membaca Al-Quran dan menghafalkannya setiap hari kerana Ia akan menjadi pelindungmu kelak.."

Gadis kecil itu tidak benar-benar mengerti apa yang ibunya berusaha beritahukan, Tapi dia mulai merasakan perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ia mulai dipindahkan ke hospital untuk waktu yang lama. Gadis kecil ini menggunakan waktu sepulang sekolahnya untuk menjenguk ibunya ke sana dan membaca Quran untuk ibunya sampai malam sampai ayahnya datang dan membawanya pulang.

Suatu hari pihak rumah sakit memberitahu ayah bar'ah bahawa keadaan isterinya itu sangat buruk dan dia perlu datang secepat melalui telefon, sehingga ayah bar'ah menjemput Bar `ah dari sekolah dan menuju ke hospital. Ketika mereka tiba di depan hospital dia memintanya untuk tinggal di kereta sehingga dia tidak akan terkejut jika ibunya meninggal dunia.

Ayah keluar dari keretanya, dengan penuh air mata di matanya, ia menyeberang jalan untuk masukhospital, tapi tiba-tiba datang sebuah kereta dengan laju dan melanggar ayah bar'ah dan dia meninggal di depan puterinya itu, tak terbayangkan tangis gadis kecil ini pada saat itu…!

Tragedi Bar `ah belum selesai sampai di sini. Berita kematian ayahnya yang disembunyikan dari ibu bar'ah yang masih dirawat di hospital, namun setelah lima hari semenjak kematian suaminya akhirnya ibu bar'ah meninggal dunia juga. Dan kini gadis kecil ini sendirian tanpa kedua orangtuanya dan oleh orangtua teman-teman sekolah bar'ah memutuskan untuk mencarikan kerabatnya di Mesir, sehingga kerabatnya boleh merawatnya.

Tak berapa lama tinggal di Mesir gadis kecil Bar `ah mulai mengalami nasib yang sama dengan ibunya dan oleh keluarganya ia lalu diperiksakan dan setelah beberapa kali ujian didapati bar'ah juga mengidap kanser, tapi sungguh mengejutkan kala dia diberitahu kalau ia menderita kanser. Inilah perkataan bar'ah kala itu:

"Alhamdulillah, sekarang aku akan bertemu dengan kedua orang tua saya."

Semua teman-teman dan keluarga terkejut. Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi dan dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang ditetapkan Allah untuknya! Subhanallah ...

Orang ramai mula mendengar tentang Bar `ah dan ceritanya dan Kerajaan Saudi memutuskan untuk mengurusnya, ia mengirimnya ke Britain untuk pengobatan penyakit ini. Salah satu saluran TV Islam (Al Hafiz – The pelindung) dapat menghubungi gadis kecil ini dan memintanya untuk membaca Quran dan ini adalah suara yang indah yang di lantunkan oleh bar'ah …




Mereka menghubungi lagi Bar'ah sebelum ia pergi ke Coma(nama kota) dan dia berdoa untuk kedua orangtuanya dan dia menyanyikan nasyid..







Hari-hari terlewati dan kanser mulai menyebar di seluruh tubuhnya, para doktor memutuskan untuk memotong kakinya, dan ia telah bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah baginya tapi beberapa hari setelah operasi kakinya kanser sekarang menyebar ke otaknya, lalu oleh doktor memutuskan untuk melakukan operasi otak dan sekarang bar'ah berada di sebuah hospital di Inggris menjalani perawatan.

Silakan berdoa untuk Bar'ah, dan bagi saudara-saudara kita di seluruh dunia.


Jadikanlah Sabar dan Shalat Sebagai Penolongmu. Dan Sesungguhnya Yang Demikian itu Sungguh Berat, Kecuali Bagi Orang-Orang yang Khusyu
[Al-Baqarah:45].

Kisah terjadi di tahun 2009 dan Bar'ah kini telah kembali pada sang khalik dia menemui orang-orang yang dicintainya. Ketika kisah Bar'ah ditampilkan di TV2 Timur tengah ribuan orang menamakan bayi perempuannya dgn nama Bar'ah.

Sepasang Pelajar Kolej Tertangkap Kamera Berhubungan seks di Ruang Kuliah

Posted: 15 May 2011 10:20 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Sebuah video berdurasi 15 minit memperlihatkan sepasang mahasiswa dan mahasiswi asyik berhubunganseks di dalam ruang kuliah. Demikian dilapor The Straits Times, Isnin (16/5/2011).

Pasangan ini dilaporkan merupakan mahasiswa dari Hebei Polytechnic College of Light Industry, China, yang memilih melakukan kerja itu pada waktu makan tengahari..

Video dengan kualitas HD ini dirakam menggunakan kamera tersembunyi. Video ini dirakam pada tahun lalu namun baru-baru ini muncul di dunia maya.

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Natasha tidak serik berkahwin

Posted:

Natasha tidak serik berkahwin

Natasha tidak serik berkahwin

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar FARIZWAN HASBULLAH


ANAK menjadi keutamaan dalam hidup Natasha kini.


IKATAN perkahwinan yang putus di tengah jalan pasti meninggalkan detik hitam yang gerun untuk diingati apatah lagi dikenang.

Pastinya peristiwa yang merobek jiwa itu menjadi satu igauan ngeri yang ingin dilenyapkan agar kesakitan akibat dirodok kalimah 'cerai' tidak akan terus membelenggu jiwa.

Sebagai seorang hamba dimuka bumi ini tiada apa yang boleh kita lakukan selain dari reda dan menerima ketentuan yang telah tertulis itu sebagai satu cabaran bagi mematangkan diri dalam meniti kehidupan yang penuh dengan pancaroba.

Bagi sesetengah orang penceraian yang berlaku pasti membuatkan diri berasa serik dan tawar hati untuk terus menyulam cinta sekaligus menempuh alam perkahwinan buat kali berikutnya.

Bertemu dengan aktres jelita tanah air, Natasha Liana Mohd. Redzuan Hudson atau mesra dengan nama Natasha Hudson menyangkal dakwaan berkenaan dan sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri sekiranya bertemu dengan jodoh yang telah ditentukan.

Ujar teraju filem Cermin itu, tidak pernah sekali pun hati wanitanya menyatakan serik untuk berkahwin lagi biarpun dua mahligai yang pernah dibinanya sebelum ini runtuh dalam tempoh yang singkat.

"Tidak pernah sama sekali perkataan serik itu muncul dalam kamus hidup saya. Biarpun kesannya ada, apa yang penting adalah belajar dari kesilapan lalu.

"Kita hanya merancang dan selebihnya, Dia yang menentukan. Andai sampai jodoh saya, insya-Allah saya akan bergelar isteri lagi selepas ini," jelasnya ketika ditemui pada pelancaran drama Bait Cinta di Sri Pentas baru-baru ini.

Namun ibu kepada Nessa Helena itu mengakui dalam meniti kehidupannya kini, kerjaya membuatkannya lebih gembira selain kehadiran puteri tunggalnya yang akan menginjak usia tiga tahun pada 4 Jun ini.

Baginya, sebagai seorang ibu, keutamaannya kini lebih tertumpu kepada puteri tunggalnya itu biarpun sibuk dengan dunia seni.

"Kini saya senang dengan kerjaya, ia membuatkan saya rasa lebih gembira di samping kehadiran anak yang sentiasa menjadi peneman saya.

"Hari-hari saya kini banyak dihabiskan bersama keluarga terutama satu-satunya anak kesayangan saya ini," ujar aktres berusia 29 tahun itu disusuli dengan senyum yang terukir di bibir.

Diusik dengan gosip yang mengaitkan namanya dengan peserta Maharaja Lawak, Zizan, deraian tawa terus terkeluar dari bibir mulusnya.

Seakan dapat menghidu pertanyaan itu pasti menjadi agenda yang akan diutarakan pihak media, dengan tenang Natasha membalas, itu hanyalah usik manja yang dimulakan oleh sebuah stesen radio.

"Tiada apa yang istimewa antara saya dengan Zizan. Kehadiran saya pada rancangan realiti itu hanya sebagai penonton setelah dijemput oleh Astro sendiri.

"Mungkin ramai tidak mengetahui, Zizan dan saya berkongsi pengurus. Jadi, apabila pengurus menghubungi saya mengatakan Astro memempelawa saya untuk menonton program itu, rasanya tidak salah pelawaan itu dipenuhi.

"Lagi pun raja lawak merupakan salah satu rancangan kegemaran saya," jelasnya yang meminati kumpulan Jambu dalam program berkenaan.

Cari Teman Hidup

Berkisah pada rahsia hatinya, Nastasha mengakui tembok hatinya masih lagi belum berjaya diruntuhkan oleh mana-mana lelaki.

Jelasnya, buat masa ini, persoalan jodoh bukanlah agenda utama yang hendak difikirkan.

"Biarlah masa yang menentukan segalanya. Buat masa ini saya lebih fokus kepada anak dan kerjaya.

"Saya akui memang ada ramai kawan tetapi sekadar berkawan dan tiada yang lebih dari itu," ujar kakak kepada Tania Hudson.

Dikorek tentang ciri-ciri lelaki yang diidamkan, pantas Natasha menyatakan lelaki yang ingin bergelar suaminya mestilah mampu melindungi dirinya.

Selain itu lelaki berkenaan mestilah seorang yang boleh berdiri atas kaki sendiri dan menghormati kaum hawa sepertinya.

"Saya kalau boleh inginkan seorang lelaki yang mampu untuk menjaga dan melindungi saya, bertanggungjawab serta seorang yang kuat bekerja.

"Namun apa yang lebih penting adalah lelaki itu tahu bagaimana untuk menghormati wanita dan menyayangi ibunya kerana dari situlah kita dapat melihat sejauh mana seorang lelaki menghargai seorang wanita.

"Selain itu, lelaki itu mestilah seorang yang kelakar agar dia boleh menceriakan hari-hari saya dalam menjalani kehidupan bersamanya," ujarnya.

Tidak gentar adik berlakon

Natasha sedikit pun tidak rasa tercabar dengan kehadiran adiknya yang juga seorang pelakon.

Baginya, karakter mereka berdua jauh berbeza dan itu membuatkannya tidak merasa tercabar.

"Adik saya agak lembut dan saya lebih agresif serta matang. Jadi karakter kami sendiri telah membezakan antara kami berdua.

"Selain itu watak-watak yang diberikan juga jauh berbeza di mana adik saya lebih diberi watak yang ringan dan berkisah remaja sementara saya diberi watak yang agak berat," jelas pelakon filem Tipu Kanan Tipu Kiri itu.

Bagaimana pun, ujar Natasha, sebagai kakak, dia selalu menasihati adiknya dalam mengharungi dunia lakonan.

"Saya ada berikan panduan kepadanya selain petua dalam lakonan supaya dia boleh jadi pelakon yang hebat.

"Sebagai kakak sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuknya," ujar pemegang watak Shahnaz dalam drama Bait Cinta yang bersiaran malam ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mesej Bob Marley terus hidup

Posted:

Mesej Bob Marley terus hidup

Mesej Bob Marley terus hidup

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my


LUAHAN hati dan pandangan Bob Marley tentang soal kemanusiaan dan kebebasan menerusi muzik reggae menyebabkan dia disanjung di seluruh dunia.


TANGGAL 11 Mei 1981 merupakan saat paling sedih buat penggemar irama reggae di seluruh dunia. Ini kerana, pada tarikh tersebut, pelopor muzik yang berasal dari Kepulauan Caribbean, Bob Marley meninggal dunia menderita penyakit barah selama lebih lapan bulan.

Tahun ini genap 30 tahun Marley atau nama sebenarnya, Robert Nesta Marley meninggal dunia. Nama mendiang dengan irama reggae tidak mungkin luput sampai bila-bila. Suara lemak merdu dan serak-serak basahnya yang begitu bersahaja terus diminati sehingga kini.

Tiada siapa menduga semuanya bermula pada 1963. Marley bersama rakan-rakannya, Bunny Wailer, Peter Tosh, Junior Braithwaite, Beverly Kelso dan Cherry Smith menubuhkan kumpulan yang dinamakan The Teenagers. Ketika itu, muzik ska dan rocksteady menjadi kegilaan mereka.

Itulah permulaan langkah buat Bapa Reggea dunia yang dilahirkan pada 6 Februari 1945 di Saint Ann Parish, Jamaica dalam dunia muzik. Siapa sangka keghairahannya pada muzik yang dicambahkan daripada elemen muzik ska telah membawanya meneroka ke jalur genre reggae.

Marley bukan setakat mengalunkan lagu-lagu yang bersadurkan gaya penyampaian vokalnya yang penuh penghayatan. Malah, ia turut diperkuatkan dengan mesej di sebalik lirik-lirik hasil nukilannya. Ia kebanyakannya tentang nilai kemanusiaan, keadilan sejagat serta kebebasan.

Elemen-elemen itulah yang menjadikan lagu-lagu Marley mempunyai nadi serta kekuatannya sendiri dalam menerjah ke corong halwa telinga dan jiwa para pendengarnya. Reggae yang diperkenalkan oleh beliau berjaya melangkaui batas warna kulit, bangsa, agama dan sempadan negara.

Sejak kelahiran album pertama Marley bersama kumpulannya, The Wailers berjudul The Wailing Wailers pada tahun 1965 irama reggae ibarat barah yang cepat merebak. Iramanya yang menusuk kalbu turut menerawang di seluruh dunia termasuklah persada muzik tanah air.

Selepas 46 tahun kemunculan album itu, muzik reggae turut menjadi pilihan ramai pemuzik tempatan yang ingin meneruskan perjuangan Marley. Isu-isu kemanusiaan yang diperjuangkan oleh penyanyi berambut simpul mati itu seolah-olah tidak mempunyai tarikh luput.

Kumpulan reggae tempatan seperti Republic of Brickfields yang mengetengahkan genre itu sejak lebih 10 tahun lalu misalnya, masih utuh. Muzik itu terus kuat bergema setiap kali mereka mengadakan persembahan. Malah, para peminat mereka juga tidak pernah jemu mendengarnya.

Penyanyi dan gitaris Republic of Brickfields, Aru berkata, lagu-lagu Marley adalah tentang kebebasan dan kemanusiaan yang sesuai diperdengarkan sepanjang zaman. Selagi dunia belum kiamat katanya, maka selagi itulah lirik-lirik dalam lagu-lagunya sesuai untuk dihayati.

"Tidak keterlaluan kalau dikatakan Marley merupakan pelopor irama reggae. Beliau ditakdirkan muncul dalam genre muzik ini untuk menyampaikan mesej-mesejnya yang tersendiri. Ia datang daripada ketulusan hatinya yang ikhlas," katanya sewaktu dihubungi Hits baru-baru ini.

Republic of Brickfields yang pernah menghasilkan sebuah album berjudul Ganjaran kira-kira lima tahun lalu tidak terkecuali meneruskan jalur muzik reggae. Malah, intipati lirik lagu-lagu yang mereka ketengahkan juga meneruskan semangat dan aspirasi yang pernah diperjuangkan oleh Marley.

Aru dan kumpulannya bukanlah satu-satunya kumpulan reggae tanah air yang mengetengahkan genre muzik itu. Sebaliknya, pengaruh muzik Marley dan The Wailers pernah ditampilkan oleh kumpulan duo, Rampa yang dianggotai oleh Zainal dan Poe pada awal tahun-tahun 1980-an.

Kumpulan yang pernah popular menerusi lagu seperti Jelaskan Hutang dan Jemputan Kahwin itu contohnya, sarat menampilkan lirik-lirik lagu yang berunsur sindiran terhadap isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat. Ia disampaikan secara bersahaja melalui irama reggae mereka.

Sepanjang 16 tahun pembabitan Marley dalam bidang muzik, mendiang telah menghasilkan lebih 10 buah album bersama kumpulannya, The Wailers. Album-album dan lagu-lagunya kini bukan setakat bertaraf malar segar tetapi ia juga terus dirakamkan semula dalam banyak versi.

Selain album The Wailing Wailers, Marley turut menghasilkan album berjudul Soul Rebel (1970), Soul Revolution (1971), Catch A Fire (1973), Burnin (1973), Natty Dread (1974), Rastaman Vibration (1976), Exodus (1977), Kaya (1978), Survival (1979) dan Uprising (1980).

Sementara album Confrontation pula diedarkan pada 1983 selepas kematian mendiang. Semua material itu banyak mempengaruhi para pemuzik dan penggemar irama reggae di seluruh dunia. Genre muzik itu diiktiraf sebagai salah satu genre penting selain klasikal, jazz, blues dan rock.

Sebuah lagi kumpulan reggae tempatan, Pure Vibracion yang ditubuhkan pada 2003 turut sering menyanyikan semula lagu-lagu Marley. Kata vokalisnya, Joe ia bukan sahaja sebagai suatu apresiasi tetapi juga pengiktirafan terhadap lagu-lagu mendiang yang bersifat sejagat.

"Lagu One Love contohnya, adalah sebuah lagu berunsur penyatuan semua manusia tanpa mengira warna kulit. Kami sering menyampaikan lagu itu selain Waiting In Vein yang juga mempunyai nilai-nilai murni dalam liriknya pada persembahan-persembahan kami," ujarnya.

I Shot The Sheriff, No Woman No Cry, Could You Be Loved, Stir It Up, Three Little Birds dan Buffalo Soldiers antara lagu popular Marley. Banyak pemuzik popular masakini seperti kumpulan U2 sering menyanyikan lagu Redemption Song yang juga pernah dipopularkan oleh Marley.

Ternyata ledakan muzik reggae yang dipelopori Marley cukup membanggakan negaranya, Jamaica. Reggae, Marley dan Jamaica seakan-akan sebati dalam sebuah acuan. Bekas Perdana Menteri Jamaica, Edward Seaga cukup bangga dengan pencapaian Marley.

Pada 21 Mei 1981 iaitu tidak lama selepas kematian Marley, pemimpin negara itu meluahkan pengiktirafannya terhadap ikon terbabit.

"Suara Marley adalah mewakili tangisan dunia. Dia tidak mungkin terpadam dalam minda kita dan sejarah negara ini," katanya pada suatu ucapan.

Marley yang meninggal dunia di Miami, Florida, Amerika Syarikat bukan setakat mempunyai bakat besar sebagai penyanyi dan penggubah lagu serta lirik. Malah, mendiang juga boleh bermain alat-alat muzik termasuklah gitar, piano, saksofon, harmonika dan percussions.

Sambutan terhadap lagu-lagu beliau cukup ketara apabila album kompilasi bertajuk Legend yang diterbitkan pada 1984 iaitu tiga tahun selepas kematiannya mencecah jualan 25 juta unit di seluruh dunia. Tidak setakat itu, jualan album tersebut masih berjalan sehingga kini!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Segala-galanya dimiliki

Posted: 15 May 2011 04:23 PM PDT

Hip

pix_gal0
Tubuh langsing, wajah menarik, namun hanya bakat tentukan perjalanan seninya

PAKEJ yang lengkap dari segi bakat, rupa dan penampilan yang menarik adalah cukup sinonim dengan kelayakan seseorang pelakon wanita untuk berjaya di persada seni tanah air.

Hanya masa saja untuk menentukan sejauh mana boleh bertahan di persada hiburan ini.

Nama Izreen Azminda mungkin jarang atau tidak pernah didengar seperti beberapa pelakon popular sedia ada. Namun, percayalah kalau bakatnya digilap dengan baik dan dia sendiri sentiasa berusaha memperbaiki kekurangan, Izreen boleh menjadi muka baru yang sudah bersedia menggantikan pelakon sekarang pada bila-bila masa sahaja. Dicabar kuruskan badan

IZREEN Azminda, 26, sedar saingan yang wujud di dalam dunia lakonan bukanlah calang-calang, tetapi di atas minat yang menebal, pelakon yang sudah menceburi dunia lakonan sejak empat tahun lalu ini berusaha gigih untuk tampil lebih menarik.

Demi minat yang mendalam di dalam dunia lakonan, gadis ini tekad untuk menurunkan berat badannya yang agak gempal, kerana menurut Izreen, badannya sebegitu rupa membuatkan kurangnya tawaran berlakon yang diterima.

Mengimbas kembali, atas desakan dan kritikan dari pengarah terkenal, Rosyam Nor, yang dianggap sebagai pembakar semangatnya itu, Izreen menguatkan tekadnya untuk mengawal pemakanannya secara serius.
Seperti kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, macam mana nak dapat sagunya. Ternyata usaha gadis ini membuahkan hasil apabila mana kini dia tampil lebih langsing dan menyerlah berbanding dulu.

"Mungkin dulu saya agak berisi dan tampak kasar. Namun sejak 2009, saya sudah mulai kurus serta tampil feminin dan dari situ saya dapat merasai kelainannya dengan lebih banyak watak yang ditawarkan.

"Rosyam Nor adalah insan yang banyak menolong saya dan disebabkan kata-katanya, saya mengambil langkah untuk diet. Katanya, jika saya berjaya menguruskan badan, dia akan mengambil saya berlakon dalam dramanya.

"Ternyata di atas usaha gigih saya, dalam masa setahun lebih, saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 12 kilogram, iaitu dari 65 kilogram kepada 53 kilogram. Juga, abang Rosyam mengotakan janjinya dengan mengambil saya berlakon di dalam drama berjudul Isabella.

"Saya mengamalkan pemakanan yang sihat di mana saya mengurangkan pengambilan nasi yang berlebihan dan makan malam dielakkan serta senaman juga tidak dilupakan," katanya yang ditemui di Studio Hip baru-baru ini.

Kesan positif Cikgu Zakiah

MENURUT Izreen lagi, kejayaannya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 menjadi titik mula buatnya menceburi bidang lakonan secara lebih serius.

Namun, melihat pencapaian rakan seangkatan dengannya, Scha Al Yahya yang lebih berjaya darinya, sedikit pun tidak terlintas perasaan cemburu kerana berpendapat rezeki terletak di tangan Tuhan.

Walaupun namanya dikatakan lambat dikenali oleh orang ramai, itu tidak melemahkan semangatnya, malah ia memangkin usahanya supaya lebih kuat bekerja bagi mencapai kejayaan.

Selain itu, sebelum ini gadis kelahiran Kangar, Perlis ini banyak menjayakan watak antagonis dan wataknya di dalam drama bersiri Juvana, sebagai Cikgu Zakiah adalah watak baik pertama baginya sepanjang empat tahun terbabit di dalam dunia lakonan.

Katana, watak Cikgu Zakiah agak sukar untuk dibawa kerana watak berkenaan amat berlainan dengan watak yang pernah dibawanya sebelum ini, namun di atas dorongan dan tunjuk ajar dari keluarga, kawan-kawan serta krew produksi, dia berjaya mengatasi kelemahannya.

"Dan saya juga amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang terbabit, kerana di atas sokongan mereka watak Cikgu Zakiah mendapat banyak komen positif serta drama Juvana juga mendapat rating yang cukup tinggi pada awal tayangan.

"Selain itu, saya lihat ada peningkatan dalam diri saya dari segi lakonan di mana orang ramai sudah mulai mengenali saya secara tidak langsung tawaran lakonan yang diterima juga semakin bertambah. Diakui tahun ini memang murah rezeki saya," ujar Izreen yang lebih menggemari melakonkan watak antagonis ini.

Sepanjang empat tahun terbabit dalam bidang seni, Izreen sudah beraksi dalam beberapa drama antaranya Nenek Kebaya, Gelora Di Hati Sarah 2 serta Samson dan Delaila. Selain itu, dia juga pernah muncul dalam dua filem iaitu Otai dan Nana Tanjung 2.

Ketika ini, Izreen baru saja selesai dengan penggambaran telefilem bersama pengarah Micheal Ang berjudul Mendongak Ke Langit.

Melihat ke hadapan, graduan Jurusan Kewartawanan Malaysian Institute of Integratif Media (MIIM) ini juga tidak mahu hanya bergantung pada karier seninya, Izreen bercita-cita untuk menjalankan perniagaan dengan membuka salon apabila kedudukan ekonominya sudah kukuh.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perjalanan ajaib

Posted: 15 May 2011 04:18 PM PDT

Hip

pix_gal0
Perjuangan empat dekad Sweet Charity dirakam dalam buku

SEPANJANG 40 tahun memperjuangkan muzik, kumpulan rock legenda Sweet Charity tidak pernah terkecuali melalui episod pasang surut dalam perjuangan seni mereka. Sejak ditubuhkan pada 1967, kumpulan yang berasal dari Singapura itu pernah beberapa kali bersilih ganti anggota, tetapi perkara itu tidak pernah menjejaskan kewujudan kumpulan terbabit.

Aktif mengadakan persembahan di tapak pesta sekitar Singapura, Sweet Charity kini hanya tinggal berempat iaitu Ramli Sarip, Rosli Mohalim, Rahman Sarbani dan Ahmad Jaafar Jawahir, setelah Syed Hassan Al Attas dan Masrom Hamid terlebih dulu kembali ke pangkuan Yang Maha Esa.

Biar cuma berempat, mereka terus berjuang demi kelangsungan Sweet Charity. Dedah Ramli Sarip yang mewakili temannya pada majlis pelancaran Buku Bergambar, DVD dan CD eksklusif Konsert Sweet Charity di Esplanade, Singapura pada 2009, lambang perjalanan seni mereka kekal sehingga 40 tahun apabila sentiasa menganggap kesusahan sebagai cabaran. "Kerja seni tidak boleh ada kekecewaan. Saya tidak pernah anggap kepayahan sebagai musibah, sebaliknya kesusahan itu mengajar siapa diri kita. Kesusahan itu juga yang mengajar kami mengenai pengorbanan, pasrah dan membantu kami menjadi lebih yakin.

"Dalam muzik, jika berasa penat, maka berehatlah sekejap. Jangan berhenti kerana kerja seni tidak boleh habis. Saya sendiri tidak pernah terfikir untuk berhenti kerana ini saja kerja yang saya rasa sesuai dan tahu," kata Ramli yang ditemui selepas pelancaran buku terbabit.

Buku berjudul Sweet Charity 40 Tahun Bagaikan Bermimpi itu hanya dicetak kira-kira 3,000 naskhah. Justeru peminat Sweet Charity harus segera mendapatkannya kerana ia tidak akan diulang cetak.

Buku setebal 64 muka itu memuatkan rakaman, catatan serta foto belakang pentas yang unik dijual pada harga RM99.90. Buku terbitan Rasamusic itu ialah hadiah istimewa kumpulan berkenaan buat peminat mereka sempena sambutan empat dekad kumpulan rock & roll.
Ramli yang turut ditemani Rosli berkata, mereka tidak pernah bermimpi akan berada sehingga ke tahap ini, seperti mana yang diluahkan sebagai judul buku itu. Mereka juga tidak pernah merancang Sweet Charity akan hadir dengan buah tangan yang amat bermakna dan boleh dijadikan koleksi peribadi oleh peminat.

"Perjalanan selama 40 tahun cukup mematangkan dan ia satu perjalanan yang ajaib. Kami tidak pernah merancang untuk menghasilkan sebuah buku sehinggalah ia menjadi kenyataan. Mungkin kehadiran buku ini dapat memberi idea kepada artis tempatan lain untuk menghasilkan buku serupa.

"Idea untuk menerbitkan buku ini terbit selepas menjayakan konsert di Singapura, dua tahun lalu. Juriah Banding dari Rasamusic mencadangkan supaya kami menghasilkan buku yang memaparkan perjalanan seni muzik kami. Buku itu tidak perlu panjang tetapi padat. Semua yang terkandung dalam buku ini dipilih oleh Juriah sendiri," kata Ramli.

Bergabung dengan Blues Gang dalam Konsert Raksasa 2

BAGI Ramli, tidak ada yang menggembirakan hati apabila melihat golongan muda masih meminati dan membeli tiket untuk menyaksikan persembahan mereka. Lebih menggembirakan lagi apabila menyaksikan anak muda yang belum lahir ketika kumpulan itu ditubuhkan, mampu mengikut Sweet Charity menyanyi.

Sesungguhnya tidak pernah terlintas di fikiran mereka untuk berada sejauh ini. Hanya ungkapan terima kasih mampu diluahkan atas sokongan berterusan daripada peminat. Katanya, kumpulan lama mampu bertahan kerana mereka mempunyai banyak karya yang hendak dipersembahkan.

"Kenapa artis sekarang tidak mampu bertahan dan dikenali generasi muda kerana kebanyakannya berpecah selepas hanya memiliki sebuah album. Mereka tidak mempunyai banyak lagu, itulah sebabnya kenapa artis baru tidak mampu bertahan. Berbeza dengan artis dulu, kebanyakannya memiliki berbelas-belas album dengan puluhan lagu, jadi karya kita terus hidup.

"Ada juga kalangan artis masa kini yang tidak bersedia untuk menjadi artis. Mereka fikir dunia muzik boleh main-main, jadi apabila tidak mampu menerima sepak terajang dunia seni, mereka mengambil keputusan untuk mengalah," katanya.

Bercerita mengenai perkembangan terkini, penyanyi berusia 59 tahun itu akan mengadakan persembahan bertemakan Tenaga, Semangat dan Bunyi di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 19 Jun ini. Pada persembahan selama dua jam itu, dia berjanji akan menyanyikan seberapa banyak lagu tanpa batasan.

Selain itu, Sweet Charity akan kembali bekerjasama dengan kumpulan Blues Gang selepas kali terakhir bergabung kira-kira 28 tahun lalu. Konsert yang diberi nama Konsert Raksasa 2 itu dirancang diadakan pada 9 Julai nanti.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

:: MYARTIS.COM ::

:: MYARTIS.COM ::


PARTI PURPLE BERSAMA ZIANA ZAIN...

Posted: 15 May 2011 03:46 PM PDT

Dah lama Kak Ziana kita tak buat parti bagi meraikan rakan rapat dan rakan media. Rasa rindu pula dengan keletah Kak Ziana kita ni yang mudah mesra.

Malah baru-baru ini apabila Kak Ziana kita hadir dalam sebuah parti warna purple, habis riuh-rendah dibuatnya. Lebih menarik, kek yang disediakanpun cukup istimewa..!


Klik untuk imej besar...







(\__/)
(='.'=)
(")_(")
www.myartis.com 2011