Adsense

Ahad, 15 Mei 2011

borak kosong

borak kosong


Pihak berkuasa siasat emak berikan suntikan botox kepada anaknya 8 tahun

Posted: 15 May 2011 09:00 PM PDT

Hancur masa depan budak ni..
saya petik dari kosmo online

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) – Pihak berkuasa San Francisco sedang menyiasat seorang ibu yang mengakui memberikan suntikan botox antikedutan kepada seorang anak perempuannya yang berusia lapan tahun yang menyertai pertandingan kecantikan, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang ahli kecantikan sambilan, Kerry Campbell mendapat kecaman ramai setelah dia menyuntik wajah anaknya, Britney dengan botox bagi menghilangkan kedutan yang muncul di wajah gadis itu ketika dia tersenyum.

Kerry mendakwa dia hanya memberikan rawatan itu ketika anaknya menyertai pertandingan kecantikan.

Wanita itu menegaskan bahawa anaknya itu meminta dia disuntik dengan botox.

Bagaimanapun, seorang pakar psikiatri, Dr. Charles Sophy berkata, ibu kanak-kanak berkenaan menghadapi risiko serius kerana merosakkan kehidupan anaknya berdasarkan aspek fizikal dan psikologi.

Suntikan botox amat menyakitkan dan tidak disyorkan untuk dilakukan ke atas perempuan di bawah umur 18 tahun. – Agensi

Wow..ada alat kesan kecurangan

Posted: 15 May 2011 08:51 PM PDT

Bagus ni...
saya petik dari Sinar Harian

WASHINGTON - Sesuai untuk mereka yang tidak mempercayai pasangan masing-masing, ciptaan terbaru ini dipercayai boleh mendapatkan semula pesanan ringkas dan mesej yang telah dibuang daripada telefon bimbit seseorang.

Pemacu simpanan data mudah alih (USB) yang digelar iRecovery Stick ini direka untuk mendapatkan semula maklumat yang telah dipadam daripada telefon bimbit iPhone keluaran syarikat Apple.

Ia juga mampu mengesan maklumat panggilan, buku telefon dan pemetaan, yang akan menunjukkan destinasi dilawati pengguna telefon itu.

Tdak hairan, alat kecil itu begitu diminati individu yang mengesyaki pasangan mereka mempunyai hubungan dengan orang lain.

"Pemacu USB ini sesuai untuk semua orang termasuk isteri dan suami yang mengesyaki pasangan masing-masing dan kekasih," kata jurucakap syarikat pengeluar Paraben, Ray Couch.

"Ia juga disasarkan kepada majikan dan polis," katanya.



Gila..peserta mirip Britney Spears buat kejutan berbogel

Posted: 15 May 2011 07:00 PM PDT

Gila betul perempuan ni...
saya petik dari kosmo online

LONDON - Seorang peserta program pencarian bakat Britain's Got Talent, Lorna Bliss yang memiliki wajah mirip penyanyi Britney Spears beraksi dalam keadaan separuh bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Bliss memakai seluar dalam dan sehelai kain kecil yang menutup payu daranya semasa membuat persembahan di hadapan juri dan penonton.

Bagaimanapun, salah seorang hakim yang juga pelakon terkenal, David Hasselhoff tidak terpikat dengan aksi Bliss itu.

Pada satu ketika, Bliss duduk di atas meja hakim pertandingan.

Ketika-tiga hakim pertandingan tidak memilih Bliss sebagai peserta yang menunjukkan persembahan yang menarik.

Kesemua hakim itu tidak memberikan sebarang undi untuk Bliss yang berusia 32 tahun. - Agensi

Keluarga berlagak alim samun stesen minyak

Posted: 15 May 2011 06:45 PM PDT

Biar betul...
saya petik dari myMetro

JOHOR BAHRU: Empat beranak yang berperwatakan alim dengan berjubah dan memakai kopiah serta bertakbir, tiba-tiba bertukar menjadi 'syaitan' apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

Dalam kejadian itu, empat beranak yang pernah menyamun di premis sama sebanyak dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan ketika menghalang perbuatan mereka.

Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.

Menceritakan detik mencemaskan itu, pemilik stesen minyak berkenaan, Sulaiman Che Kutty, 45, berkata, dia yang berada di masjid bergegas ke stesen minyak selepas isterinya yang berada di rumah, dihubungi seorang pekerja memaklumkan kejadian itu.

"Akibat bimbangkan keselamatan pekerja, saya ke stesen sebelum melihat tiga individu berparang menetak meja kaunter dan kotak gula-gula.

Beginilah Keadaan Stesen Bas di Beijing

Posted: 15 May 2011 05:46 PM PDT

Beginilah keadaan stesen bas di China,khususnya di Beijing setiap hari.Keramaian ini merupakan sebuah bukti bahawa kepadatan penduduk di China sudah sangat mengerikan.Bayangkan,untuk menaiki bas saja,anda harus bersesak dan berhimpit dengan ribuan orang.

Kalau macamnilah gaya orang buat tahu,tak naklah makan

Posted: 15 May 2011 11:01 AM PDT

dahsyat betul pakcik ni buat tahu...sampai bogel..
keluar semua peluh jantan...

Jennifer Aniston Beli Penthouse US$ 4.95 JUTA untuk Anjingnya

Posted: 15 May 2011 10:21 AM PDT

BERUNTUNGNYA Norman. Si anjing jantan campuran corgi-terrier ini telah dibelikan sebuah penthouse oleh pemiliknya artis Hollywood Jennifer Aniston. Ya, penthouse tersebut sepenuhnya atas nama Norman, anjing yang kini berumur 15 tahun.

Jennifer Aniston bahkan memborong penthouse yang terletak di West 12th Street sebanyak 3 unit seharga US$4.950 juta .Manager Jennifer, Bruce Lagnese dikhabarkan telah menandatangani dokumen tersebut.

Kecintaan Aniston pada Norman tidak perlu dihairankan, haiwan paling setia nombor satu ini bahkan selalu dipuji Aniston sebagai anjing yang besar dan menggemaskan. Ia bahkan mengatakan Norman adalah manusia dalam cetakan anjing.

Anistonmerancang membawa Norman dalam sebuah sebuah acara televisyen drama komedi Horrible Bosses yang disutradarai oleh Seth Gordon.

Hubungan Aniston dengan si Norman ini tergolong istimewa. Saat ia patah hati kerana perceraiannya dengan Brad Pitt yang jadi bulan-bulanan media dan beberapa kali hubungannya kandas dengan beberapa lelaki setelah itu, ia pun menjalani terapi anjing. Caranya mengadopsi anjing untuk mengalihkan kesedihan dan depresinya.

Ia bahkan pernah dikhabarkan lebih memilih anjing daripada lelaki ."Lelaki datang dan pergi tapi tak ada hubungan yang benar-benar seperti saat kamu punya anjing dan anjing melakukannya seumur hidupnya, sayang ia tak hidup lama," ujar Jennifer yang dikutip dari Contactmusic.

Tahun lalu, saat Norman didiagnosa mengalami depresi, Aniston pun sedih. Apalagi anjing ini bahkan tidak bolehmengenali majikannya. "Norman tertekan dan itu yang menyebabkannya bertindak aneh," ucapnya.

Ia pun lantas memberikan ubat untuk Norman sesuai reseip yang dianjurkan terapis dan rela mengeluarkan US$250 seminggu untuk biaya perubatan dan periksa kesihatan.

Video...lelaki dibelasah perempuan kerana tak nak buat 'projek'

Posted: 15 May 2011 09:35 AM PDT


Dahsyat betul perempuan ni...samapi macam tu sekali....

Kucing jaga dan susui seekor tikus bersama anak-anaknya

Posted: 15 May 2011 08:41 AM PDT

CHINA - Seekor kucing peliharaan di China menjaga seekor tikus ssambil menyusui keempat anak kucingnya. Pemilik kucing tersebut, Sun Shunjun (81 tahun), menyatakan bahawa tikus tersebut telah tinggal bersama kucingnya sejak kucing itu melahirkan keempat anaknya sebulan yang lalu.


Sun juga mengatakan, seorang tetangga sempat menengok anak-anak kucing tersebut pada hari di mana mereka dilahirkan, dan ia merasa tercengang melihat seekor tikus ikut menyusu bersama anak-anak kucing itu.

"Awalnya saya pikir saya pasti salah lihat. Jadi saya mengambil lampu picit dan memperhatikan dengan lebih jelas" sahut tetangga Sun Shunjun seperti dikutip dari Ananova.com.

Menurut surat khabar setempat, Qilu Evening Post, tikus tersebut tidak hanya ikut menyusui pada kucing tersebut, tapi juga bermain dengan anak-anak kucing itu seperti layaknya saudara sekandung.

Ibu kucing itu pun memperlakukan tikus tersebut sama seperti anak-anaknya sendiri, sehingga tikus itu akhirnya menjadi sebahagian dari keluarga kucing tersebut.

Sun meyakini bahawa insting keibuan kucing peliharaannya itu lebih besar daripada insting predatornya, sehingga ia mahu menerima tikus tersebut sebagai anak angkatnya daripada menjadi mangsa seperti yang terjadi pada kucing normal lainnya.

Aneh,awek Ini Mandi Pakai Minuman Bersoda

Posted: 15 May 2011 07:00 AM PDT

Kmalangan trak yang mengangkut minuman soda ternyata telah membuat warga sekitar mendapatkan keuntungan.Keuntungan mereka adalah angkutan minuman soda yang dibawa trak terjatuh disamping jalan.Para warga yang berada disekitar sana berbondong-bondong mengangkut pulang minuman soda  itu.Ada juga yang malah menghabiskan minuman mahal itu dengan mandi.




Josefine Villaverde Umur 101 Tahun, Calonkan Diri Ketua Parti

Posted: 15 May 2011 06:00 AM PDT

Usia bukan menjadi penghalang bagi wanita ini. Umur seabad,  atau tepatnya usia 101 tahun, Josefine Villaverde melancarkan karier politiknya. Ia akan bertarung sebagai calon dari Parti Sosialis di Cuntis, Desa Galicia, bahagian barat laut Sepanyol, dalam pemilihan tingkat kotapraja pada 22 Mei.  

Villaverde, yang dilahirkan pada 19 November 1909. Ia mencari dukungan di jalan-jalan di kota kecil tempat tinggalnya itu dan membuat janji kempenye "Menang buat Cuntis".  

Dengan wajah yang dihiasi senyum dan rambut pendek warna putih, ia mengenangketika ia memberikan suara dalam usia 24 tahun di sekolah setempat pada 19 November 1933, pemilihan umum pertama yang dibuka untuk perempuan setelah parlimen memberikan persetujuannya dua tahun sebelumnya.  

Suaminya telah memberi dia kertas suara di pintu sekolah itu sebagai hadiah ulang tahun. "Ia memberikan kertas suara itu kepada saya, saya masuk dan menaruhnya di tempat kertas suara. Itulah untuk pertama kali perempuan memberikan suara di Sepanyol. Dan saya ada di sana," kata Villaverde kepada harian El Mundo, sebagaimana dikutip AFP.

Di antara politik saat ini, ia mendukung Menteri Pertahanan Carme Chacon sebab ia seorang perempuan. "Perempuan memangku jabatan," katanya.  

Chacon dapat menjadi calon untuk mengambil alih pimpinan Parti Sosialis dari Perdana Menteri Jose Luis Rodriguez Zapatero, yang telah memutuskan tidak mencalonkan diri lagi dalam pemilihan umum 2012.

Villaverde mengakui, ia suka memilih Zapatero. "Ia tampan dan ia adalah orang baik. Yang paling buruk ialah ia pencen." katanya.  

Villaverde, janda sejak 1973, dengan tiga cicit dan seorang buyut, mengatakan, ia telah menjadi "seorang sosialis sejak dilahirkan" dan sangat "suka bercerita politik". "Kamu mesti memberikan suara bukan untuk temanmu, tapi buat prinsip kamu," kata Villaverde kepada El Mundo.

ApriPoko, Robot Remote Control Yang Pintar

Posted: 15 May 2011 05:00 AM PDT

ApriPoko, robot keluaran dari Toshiba ini adalah sebuah universal Remote Control yang dapat mengontrol semua remote baik TV, video dan lainnya.


Kelebihan robot ini adalah dapat berbicara dan diperintahkan melalui suara (voice operated).


Robot ini akan mempelajari segala kebiasaan anda dalam menggunakan remote untuk setiap alat bahkan bertanya segala hal untuk memudahkan anda menggunakan remote di kemudian hari.


AproPoko akan mendeteksi semua remote melalui koneksi InfraRed (IR) dan bertanya kepada anda, apa yang harus dia (ApriPoko) lakukan.

Budak sekolah perempuan bukak tudung main poker

Posted: 15 May 2011 04:00 AM PDT





Remaja beli buku bawak pedang samurai?

Posted: 15 May 2011 03:00 AM PDT



sumber : stomp.com.sg

STOMPer Jerome spotted this youth with what looked like a samurai sword or 'katana' strapped to his back at Borders. He appeared to be browsing the shelves there as if nothing was out of the ordinary.

STOMPer Jerome wrote:

"I saw this samurai at Borders.

"So samurai read too?"

10 Tahun Pilih Atheis, Dia Kini Tertunduk Pada Islam

Posted: 15 May 2011 02:00 AM PDT

 (foto: photobucket.com)
Sejak kecil Dr Jeffrey Lang dikenal dengan sifat ingin  tahu. Dia kerap menanyakan logika sesuatu dan mengkaji apa pun berdasarkan perspektif rasional. "Ayah, syurga itu ada?" tanya Jeffrey kecil suatu kali kepada ayahnya tentang keberadaan syurga, saat keduanya berjalan bersama anjing peliharaan mereka di pantai. Bukan suatu kejutan jika kelak Jeffrey Lang menjadi profesor matematik, sebuah wilayah dimana tak ada tempat selain logika.

Ketika menjadi siswa tahun terakhir di Notre Dam Boys High, sebuah SMA Katholik, Jeffrey Lang memiliki keberatan rasional terhadap keyakinan akan kewujudan Tuhan. Diskusi dengan pendeta sekolah, orangtuanya, dan rakan sekelasnya tak juga boleh memuaskannya tentang kewujudan Tuhan. "Tuhan akan membuatmu tertunduk, Jeffrey!" kata ayahnya ketika ia membantah kewujudan Tuhan di usia 18 tahun.

Ia akhirnya memutuskan menjadi atheis pada usia 18 tahun, yang berlangsung selama 10 tahun semasa menjalani kuliah S1, S2, dan S3, hingga akhirnya memeluk Islam.

Adalah beberapa ketika sebelum atau sesudah memutuskan menjadi atheis, Jeffrey Lang mengalami sebuah mimpi. Berikut penuturan Jeffrey Lang tentang mimpinya itu:

Kami berada dalam sebuah ruangan tanpa perabot. Tak ada apa pun di tembok ruangan itu yang berwarna putih agak abu-abu.

Satu-satunya 'hiasan' adalah karpet berpola dominan merah-putih yang menutupi lantai. Ada sebuah jendela kecil, seperti jendela ruang bawah tanah, yang terletak di atas dan menghadap ke kami. Cahaya terang mengisi ruangan melalui jendela itu.

Kami membentuk deretan. Saya berada di deret ketiga. Semuanya lelaki, tak ada wanita, dan kami semua duduk di lantai di atas tumit kami, menghadap arah jendela.

Terasa asing. Saya tak mengenal seorang pun. Mungkin, saya berada di Negara lain. Kami menunduk serentak, muka kami menghadap lantai. Semuanya tenang dan hening, bagaikan semua suara dimatikan. Kami serentak kembali duduk di atas tumit kami. Saat saya melihat ke depan, saya sadar kami dipimpin oleh seseorang di depan yang berada di sisi kiri saya, di tengah kami, di bawah jendela. Ia berdiri sendiri. Saya hanya boleh melihat singkat punggungnya. Ia memakai jubah putih panjang. Ia mengenakan selendang putih di kepalanya, dengan desain merah. Saat itulah saya terbangun.

Sepanjang sepuluh tahun menjadi atheis, Jeffrey Lang beberapa kali mengalami mimpi yang sama. Bagaimanapun, ia tak terganggu dengan mimpi itu. Ia hanya merasa nyaman saat terbangun. Sebuah perasaan nyaman yang aneh. Ia tak tahu apa itu. Tak ada logika di balik itu, dan  ia tak peduli walaupun mimpi itu berulang.

Sepuluh tahun kemudian, ketika pertama kali memberi kuliah di University of San Fransisco, dia bertemu murid Muslim yang mengikuti kelasnya. Tak hanya dengan sang murid, Jeffrey pun tak lama kemudian menjalin persahabatan dengan keluarga sang murid. Agama bukan menjadi topik bahasan saat Jeffrey menghabiskan waktu dengan keluarga sang murid. Hingga setelah beberapa waktu salah satu anggota keluarga sang murid memberikan Alquran kepada Jeffrey.

Walaupun tak berniat mengetahui Islam, Jeffrey mulai membuka-buka Alquran dan membacanya. Ketika itu kepalanya dipenuhi berbagai prasangka.

"Anda tak boleh hanya membaca Alquran, tidak boleh jika Anda tidak menganggapnya serius. Anda harus, pertama, memang benar-benar telah menyerah kepada Alquran, atau kedua, 'menantangnya'," ungkap Jeffrey.

Ia kemudian mendapati dirinya berada di tengah-tengah pergulatan yang sangat menarik. "Ia (Alquran) 'menyerang' Anda, secara langsung, personal. Ia (Alquran) mendebat, mengkritik, membuat (Anda) malu, dan menantang. Sejak awal ia (Alquran) menorehkan garis perang, dan saya berada di wilayah yang berseberangan."

"Saya menderita kekalahan parah (dalam pergelutan). Dari situ menjadi jelas bahwa Sang Penulis (Alquran) mengetahui saya lebih baik ketimbang diri saya sendiri," kata Jeffrey. Ia mengatakan seakan Sang Penulis membaca fikirannya. Setiap malam ia menyiapkan sejumlah pertanyaan dan keberatan, namun selalu mendapati jawabannya pada bacaan berikutnya, seiring dia membaca halaman demi halaman Alquran secara berurutan.

"Alquran selalu jauh di depan pemikiran saya. Ia menghapus aral yang telah saya bangun bertahun-tahun lalu dan menjawab pertanyaan saya." Jeffrey mencuba melawan dengan keras dengan keberatan dan pertanyaan, namun semakin jelas ia kalah dalam pergelutan. "Saya dipimpin ke sudut di mana tak ada lain selain satu pilihan."

Ketika itu awal 1980-an dan tak banyak Muslim di kampusnya, University of San Fransisco. Jeffrey mendapati sebuah ruangan kecil di basement sebuah gereja di mana sejumlah mahasiswa Muslim melakukan sholat. Selesai pergelutan panjang di benaknya, ia memberanikan diri untuk mengunjungi tempat itu.

Beberapa jam mengunjungi di tempat itu, ia mendapati dirinya mengucap syahadat. Setelah bersyahadat, waktu shalat dzuhur tiba dan ia pun diundang untuk berjemaah. Ia berdiri dalam deretan dengan para mahasiswa lainnya, dipimpin imam yang bernama Ghassan. Jeffrey mulai mengikuti mereka shalat berjamaah.

Jeffrey ikut bersujud. Kepalanya menempel di karpet merah-putih. Suasananya tenang dan hening, bagaikan semua suara dimatikan. Ia lalu kembali duduk di antara dua sujud.

"Saat saya melihat ke depan, saya boleh melihat Ghassan, di sisi kiri saya, di tengah-tengah, di bawah jendela yang menerangi ruangan dengan cahaya. Dia sendirian, tanpa barisan. Dia mengenakan jubah putih panjang. Selendang (scarf) putih menutupi kepalanya, dengan desain merah."

"Mimpi itu! Saya berteriak dalam hati. Mimpi itu, sama! Saya telah benar-benar melupakannya, dan sekarang saya tertegun dan takut. Apakah ini mimpi? Apakah saya akan terbangun? Saya cuba fokus apa yang terjadi untuk memastikan apakah saya tidur. Rasa dingin mengalir cepat ke seluruh tubuh saya. Ya Tuhan, ini nyata! Lalu rasa dingin itu hilang, berganti rasa hangat yang berasal dari dalam. Air mata saya bercucuran."

Ucapan ayahnya sepuluh tahun silam terbukti. Ia kini berlutut, dan wajahnya menempel di lantai. Bahagian tertinggi otaknya yang selama ini berisi seluruh pengetahuan dan intelektualitasnya kini berada di titik terendah, dalam sebuah penyerahan total kepada Allah SWT.

Jeffrey Lang merasa Tuhan sendiri yang menuntunnya kepada Islam. "Saya tahu Tuhan itu selalu dekat, mengarahkan hidup saya, menciptakan lingkungan dan kesempatan untuk memilih, namun tetap meninggalkan pilihan krusial kepada saya," ujar Jeffrey kini.

Jeffrey kini professor jurusan matematik University of Kansas dan memiliki tiga anak. Ia menulis tiga buku yang banyak dibaca oleh Muslim AS:  Struggling to Surrender (Beltsville, 1994); Even Angels Ask (Beltsville, 1997); dan Losing My Religion: A Call for Help (Beltsville, 2004). Ia memberi kuliah di banyak kampus dan menjadi pembicara di banyak konferensi Islam.

Ia memiliki tiga anak, dan bukan sebuah kejutan anaknya memiliki rasa keingintahuan yang sama. Jeffrey kini harus menghadapi pertanyaan-pertanyaan yang sama yang dulu dia lontarkan kepada ayahnya. Suatu hari ia ditanya oleh anak perempuannya yang berusia lapan tahun, Jameelah, usai mereka shalat Ashar berjamaah. "Ayah, mengapa kita shalat?"

"Pertanyaannya mengejutkan saya. Tak sangka berasal dari anak usia lapan tahun. Saya tahu memang jawaban yang paling jelas, bahwa Muslim diwajibkan shalat. Tapi, saya tak ingin membuang kesempatan untuk berbagi pengalaman dan keuntungan dari shalat. Bagaimana pun, usai menyusun jawaban di kepala, saya memulai dengan, 'Kita shalat kerana Tuhan ingin kita melakukannya',"

"Tapi kenapa, ayah, apa akibat dari shalat?" Jameela kembali bertanya. "Sulit menjelaskan kepada anak kecil, sayang. Suatu hari, jika kamu melakukan shalat lima waktu tiap hari, saya yakin kami akan mengerti, namun ayah akan cuba yang terbaik untuk menjawab pertanyaan kamu."

[SUBHANALLAH] Gambar seorang sedang sholat menghadap Kaabah di peta dunia

Posted: 15 May 2011 01:40 AM PDT

image

image

image

Cuba di perhatikan dan Lihatlah muka manusia di Jordan, Badannya di Iraq, Jari telunjuknya kanan di Kuwait. Tangan sebelah kiri di Sungai Tigris dan Furat. Mereka sedang solat berzikir kepada Allah swt. setiap masa dan sedang mengucapkan kalimah La ilaha Illallah dan menghadap kiblat di Makkah. Itulah antara bukti Zikir-zikir semua makhluk Allah kepada Allah swt. Dan bukti kebenaran Islam. Subhanallah.
Gambarnya cuba dilihat dan dicernakan,, terutama gambar pertama, coba perhatikan baik-baik yang dilingkari tu . Bentuknya mirip orang sedang tahiyat, kalau masih bingung lihat gambar berikutnya gan
Baca:
memang ni peta/batas negara dibuat oleh Manusia tapi kita sebagai Makhluk Allah patut mengucapkan tasbih atas apa yang sudah Allah tetapkan seperti gambar diatas .SEMOGA DAPAT BERMANFAAT DAN LEBIH MENDEKATKAN DIRI KITA KEPADA ALLAH SWT.

sumber :http://www.kaskus.us/showthread.php?t=8504694

Pemuda ini Kirim SMS ke Ibunya agar Melihat Jenazahnya

Posted: 15 May 2011 12:00 AM PDT

Dering telefon tangan membuat Emy Mewengkang, warga Paal IV lingkungan 6, Tikala  terjaga. Waktu menunjukan pukul 02.00 pagi. Rupanya ada pesan ringkas masuk ke telefon yang dikirim anaknya bernama Christo Kaunang alias Ito (22).

 Matanya terbeliak ketika menatap SMS itu. Tertulis "Ma' jangan lupa liat mayat di kamar.".Mengantuk Emy langsung hilang dan berganti panik. Sang ibu langsung menyambangi bilik anaknya. Bilik itu terkunci rapat, terdengar keras lagu Taxi Band mengalun lewat teleefon yang disambung ke speaker.

 Saat mengintip di jendala bilik Emy menyaksikan tubuh Christo tergantung seutas tali nilon hijau, menjerat lehernya. Tak pelak,tangisan Emy memecah kesunyian pagi hari itu "Kiapa so ba bodok bagini, ampun akang Tuhan, nyanda sangka Ito, jadi bagini," ujar ibu tiga anak ini.

 Tangis Emy membuat, tetangga terjaga, cerita pilu pun segera tersebar, rumah keluarga Kaunang Mewengkang yang terletak di dalam gang itu pun penuh dengan kehadiran tetangga.

 Setelah melaporkan ke Polis, Tubuh Christo pun diturunkan, tali yang terikat di atas balok langit-langit rumah di potong. Tubuh yang mengenakan baju merah itu kemudian dibaringkan di tempat tidur.

 Korban meninggalkan dua saudari, tertua bernama Stela dan si bungsu Angel. Personel identifikasi Polresta kemudian mengambil cap jari korban. Emy dan Angel terlihat menangisi jenazah abangnya. Sedangkan Stela, berdiri menatap di depan bilik dengan cucuran air mata.

 Penyelidikan lanjut menemukan, ada indikasi korban bunuh diri dari pesan-pesan singkat di telefonnya. Dari isi pesan - pesan tersebut, korban berhubung dengan kekasihnya hingga akhirnya hubungan kedua insan itu berakhir, satu pesan mengungkapkan, disyaki bahawa kekasih korban punya lelaki idaman lain. Pesan ringkas terakhir, dikirimkan korban ke ibunya, sebelum mengakhiri hidupnya.

 Kematian Christo membuat keluarga terkejut. Stela, kakak korban tak menyangka, adiknya nekad mengakhiri hidup. Setahu dia, memang adiknya itu punya masalah dengan kekasihnya. Sehari sebelum mengakhiri hidup, Chrsito dan kekasihnya terlihat bertengkar di dalam bilik rumah korban.
 Bahkan kata Stela, Christo sempat melukai diri. "Dia lukakan badan,kita nintau bakalae apa, mama ada marah pa dia (korban), lantaran iris-iris," tuturnya terisak.

 Kata Stela, ia tak mengenal kekasih adiknya, walaupun, kekasihnya itu sering datang menginap di rumah "Soalnya jarang dia komunikasi, kita tahu dia jururawat di Rumah sakit Malalayang," ucapnya.

 Dari pesan singkat di telefon, korban sering menyebut nama Rhini. Soal Asmara, Stela mengaku, adiknya jarang bercakap kepadanya.

 Sebelum ditemukan tak bernyawa, korban sempat memasang lagu Taxi Band lagu itu terdengar warga sejak pukul 22.00. Dibunyikan berulang-ulang secara automatik, di bilik korban ditemukan, sebuah kerusi plastik biru tanpa sandaran di atas meja kayu, diduga kerusi itu di jadikan pijakan untuk mengikat tali, sebelum akhirnya mengakhiri hidup.

Lembu masuk dan tawan kedai baju

Posted: 14 May 2011 11:00 PM PDT

VIVAnews - Sejumlah pejalan kaki di sebuah jalan di Brazil kecoh ketika melihat seekor lembu di dalam sebuah kedai baju. Mereka mengira, lembu itu sengaja ditaruh di balik kaca bersama baju-baju yang hendak dijual sebagai bentuk seni.

Ternyata,lembu ini masuk kedai tanpa izin, sama sekali di luar kemahuan pemilik kedai, dan sempat 'membuat para pekerja kedai menyembunyikan diri selama satu jam. Pekerja yang ketakutan dengan keberadaan lembu ini  mengurung diri di toilet. Kemudian petugas polis dan warga menangkap lembu yang tiba-tiba keluar dan memecahkan kaca pintu.

Menggunakan beberapa utas tali, polis dan orang ramai menggiring lembu ke dalam trak yang sudah disediakan. Diketahui, lembu ini lari dari trak yang mengangkutnya.


Gila..isteri bersuami dua

Posted: 14 May 2011 10:00 PM PDT

Suami beristeri dua, itu wajar. Tapi jika isteri bersuami dua, ini namanya kurang ajar! Dan wanita paling kurang ajar ini bernama Umi, 29. Gara-gara dia nikah siri dengan bekas suami pertama, terpaksa Margi, 36, suaminya kini melaporkan kes ini ke Polres Lamongan.

 Islam membolehkan lelaki menikahi 4 wanita. Tapi jika wanita bersuami dua, agama manapun tak pernah ada aturannya. Kerana perilaku ini menjadikan wanita seperti haiwan saja. Kucing misalnya, dia biasa habis "meong-meongan" dengan si kembang asem, beberapa jam berikutnya sudah "meong-meongan" lagi dengan si kembang benguk. Namanya juga kucing.

 Tapi manusia berbudaya dan beragama, sangat dilarang wanita bersuami dua. Tapi agaknya Umi, warga Desa Dati Kecamatan Pucuk, tak peduli dengan semua itu. Meski masih jadi isteri sah Margi, bahkan sudah punya anak satu, dipujuk untuk dinikah dengan suami pertama dulu, mahu sahaja. .

 Sekitar 4 tahun lalu Umi masih isteri Darmo, 38, warga Sidatapa Surabaya. Kerana persoalan ekonomi, rumahtangga itu kemudian pecah  meski sudah memiliki tiga anak. Tapi kerana tubuh dan wajah Umi memang mengasyikkan, hanya nganggur setengah tahun dia sudah dapat pasangan baru. Dia lalu menikah dengan suaminya kini, Margi, warga Dati Kecamatan Pucuk. Dari perkahwinan gelombang kedua ini, telah lahir anak berusia 2 tahun.

 Sewaktu  suami tak di rumah, Umi diminta pulang oleh orangtuanya di Gresik. Ternyata, di sana telah menunggu Darmo bekas suaminya dulu. Kini dia sudah mempunyai kekuatan ekonomi. Dan dengan alasan untuk rujuk kembali, pihak keluarga sangat merestui meski Umi sekarang sudah jadi milik orang.

 Maka dalam perkahwinan siri yang baru berlangsung 4 bulan ini, Umi sudah hamil lagi dengan suami pertama dulu.

 Enak bagi pasangan Darmo – Umi, sangat menyakitkan bagi Margi yang haknya diambil orang lain. Setelah sekian bulan kehilangan tanpa istri, dia terkejut sekali menemukan fakta bahawa isteri sahnya sudah dikahwini lagi oleh bekas suami terdahulu. Ini peraturan dari mana? Masih punya suami ,masih menerima suami yang lain lagi.

 Sudah barang tentu Margi tidak terima. Dia melaporkan isteri sekaligus dua mertuanya dan suami Umi yang baru. Tapi sebelum diproses secara hukum, keduanya telah menemukan titik temu. Artinya, Umi siap kembali ke Margi dan bercerai dengan Darmo. Tapi bagaimana dengan "anak" hasil genetik suami pertama?

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Mahu terus mencabar diri

Posted:

Mahu terus mencabar diri

Mahu terus mencabar diri

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM dan ihsan ASTRO


TIGA bintang utama Awan Dania musim ketiga iaitu (dari kiri) Gambit Saifullah, Jehan Miskin dan Scha AlYahya yang mempunyai pengikut tersendiri.


BERILAH apa sahaja watak kepada pelakon kacak ini. Jarang sekali dia gagal melunaskan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Lakonannya boleh membuatkan penonton dan peminat merasa benci dan dalam masa yang sama, sayang kepadanya.

Walaupun ada yang berfikiran skeptikal terhadap bakat yang dimiliki oleh Jehan Miskin, namun, bagi empunya diri, dia tidak ambil pusing dengan kata-kata orang.

"Saya tahu apa yang saya lakukan kerana saya sendiri tentukan kemahuan saya dalam bidang ini.

"Orang boleh bercakap apa sahaja tentang saya tetapi saya lebih selesa untuk bersikap positif dan memperbaiki diri untuk menjadi pelakon yang lebih baik," ungkap Jehan sewaktu dihubungi Hits, baru-baru ini.

Selama sedekad melayari lautan seni, matlamat Jehan hanyalah untuk memberikan yang terbaik dalam bidang seni yang amat dicintainya ini.

Jauh sekali hendak mengejar populariti, apa yang dimahukan oleh Jehan adalah untuk peminat mengiktiraf hasil kerjanya.

"Bagi saya kalau peminat suka dengan lakonan saya, ia adalah satu kejayaan untuk saya sekali gus membuktikan ia telah memberikan impak kepada mereka.

"Saya masih ingat lagi akan kata-kata seorang teman sewaktu saya mula-mula menceburi bidang seni. Katanya, hasil kerja adalah utama, kemudiann barulah wang dan populariti akan bergerak seiring.

"Itulah pegangan saya sehingga ke hari ini dan saya dapat melihat peminat telah dapat menerima kehadiran saya sebagai seorang aktor.

"Walaupun saya sedar populariti saya tidak sehebat pelakon lain, tetapi setidak-tidaknya saya konsisten di mana saya tidak berada di tangga teratas dan tidak juga di kedudukan tercorot.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dan berpuas hati dengan apa yang saya miliki hari ini. Apa yang penting masyarakat nampak bakat saya lalu membuatkan saya lebih dikenali," kata Jehan yang dilahirkan dan dibesarkan di Gelugor, Pulau Pinang dalam nada yang penuh optimis.

Tidak pernah kesal dengan jalan yang dipilihnya ini, bagi Jehan, sepanjang 10 tahun menjadi aktor, dia telah diberikan peluang yang barangkali sukar dimiliki oleh pelakon seangkatannya.

Sebagai contoh, berpeluang membintangi bangsawan Tun Fatimah dan Naga Chini yang pernah dipentaskan di Istana Budaya beberapa tahun lalu antara pengalaman manis yang tidak akan dilupakan Jehan.

Aktor berusia 31 tahun yang pernah membintangi drama-drama popular seperti Manjalara, Frontpage, Mertua vs Menantu, dan Miftahul Jamilah ini juga mengakui dia kini menjadi semakin selektif dalam setiap tawaran yang diterimanya.

Seiring dengan usianya yang sudah mencecah awal 30, Jehan berkata, dia mahu melakonkan watak-watak yang lebih mencabar dan dapat memberikan kepuasan untuk dirinya sebagai seorang aktor.

Dalam hal ini, Jehan memberikan contoh filem Apokalips arahan Mamat Khalid yang disifatkannya sebagai sesuatu yang luar biasa.

"Membintangi filem Apokalips memberikan pengalaman dan kepuasan yang belum pernah saya rasai sebelum ini.

"Ia adalah sesuatu yang benar-benar mencabar kredibiliti saya sebagai pelakon dan saya amat berpuas hati dengan lakonan saya dalam filem itu," katanya yang pernah membintangi filem Qaisy & Laila, Gong dan Anak Halal ini penuh optimis.

Namun, dalam masa yang sama juga, dia tidak mahu melupakan peminatnya dan atas alasan itu, kadang-kala dia akan menerima tawaran berlakon demi memuaskan hati mereka.

Ujar Jehan atau nama sebenarnya, Mohd. Jehan Miskin ini, ada kala peminat mahu melihatnya membawakan watak-watak yang dapat menghiburkan mereka.

"Dalam mengejar kepuasan untuk diri sendiri, saya juga perlu memikirkan tentang apa yang peminat mahukan daripada saya.

"Walaupun ada ketikanya tawaran yang saya terima itu adalah klise dan pernah saya bawakan sebelum ini, tetapi, saya akan cuba pelbagaikan rentak lakonan saya agar ia kelihatan berbeza," jelas anak bongsu daripada tiga beradik ini panjang lebar.

Demi masa depan, Jehan telah menubuhkan syarikat produksinya sendiri iaitu Mastermind Group sejak tahun 2009.

Katanya, menduduki kerusi penerbit juga memberikan kepuasan yang berbeza kerana dia berpeluang mencipta watak dan menghasilkan drama dengan pendekatan yang berbeza.

Pernah menerbitkan drama Buta Warna yang menampilkan penyanyi rock unggul, Awie sebagai teraju utama dan ditayangkan di saluran Astro Prima tidak lama dulu, Jehan mahu terus mencari peluang melebarkan empayar seninya menerusi syarikatnya itu.

"Apabila menulis sinopsis untuk sesebuah drama, semangatnya begitu berbeza kerana ia memberikan inspirasi kepada saya untuk menghasilkan sesuatu yang menarik.

"Saya juga dapat mencipta watak untuk diri saya sendiri. Apabila sudah mencecah usia 30-an ini, cita rasa saya terhadap kerjaya sendiri sudah mula berubah dan tidak sama seperti mana ketika usia 20-an.

"Ini adalah evolusi hidup saya sebagai seorang anak seni dan saya terus mahukan yang terbaik buat diri saya," kata adik kepada bekas gimnas negara, Faiznur Miskin ini memberikan pendapatnya.

Menerusi syarikatnya itu juga, Jehan tidak hanya terikat kepada penerbitan drama sahaja. Sebaliknya, dia juga terlibat sebagai penganjur acara yang juga disifatkannya telah membuka lembaran baru dalam diari hidupnya.

Malah, Jehan kini melebarkan sayap seninya sebagai seorang pengacara untuk acara yang dianjurkan.

Kalau disingkap diari seni Jehan, bidang pengacaraan bukanlah sesuatu yang asing kerana dia pernah mengacarakan program realiti, So You Think You Can Dance yang pernah ditayangkan di 8TV tidak berapa lama dulu.

"Saya berasa puas apabila dapat mencabar diri sendiri dengan benda-benda baru. Sebagai contoh, saya bukan seorang penggemar bola sepak tetapi saya telah menjadi pengacara untuk sebuah acara secara langsung sempena perlawanan bola sepak antara Manchester United dan Arsenal di Pulau Pinang, baru-baru ini.

"Acara yang dihadiri lebih 1,000 orang peminat itu membuatkan saya benar-benar teruja kerana dapat bersama-sama dengan mereka.

"Secara tidak langsung, ia melonjakkan adrenalin saya untuk menjadikan saya lebih bersemangat sewaktu bekerja," cerita Jehan yang dilahirkan pada 4 Disember 1979 ini sambil ketawa kecil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kejutan buat Seniwati Sarimah

Posted:

Kejutan buat Seniwati Sarimah

Kejutan buat Seniwati Sarimah

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar MUHAMAD IQBAL ROSLI


SELAMAT ULANG TAHUN... Sarimah memotong kek ulang tahun kelahirannya ke-69 di Restoran Warisan Kuala Lumpur sambil diperhatikan oleh rakan-rakan artis.


TANPA mengetahui agenda sebenar Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez yang mengundangnya ke satu mesyuarat tergempar, Seniwati Datuk Sarimah Ahmad terus bersiap menunggu kenderaan yang akan menjemputnya seperti mana yang dijanjikan oleh Freddie.

Apabila kenderaan tersebut tiba, tanpa berlengah, seniwati kesayangan ramai ini terus menaikinya untuk menuju ke destinasi yang telah diberitahu oleh Freddi iaitu di Restoran Warisan yang terletak berhampiran Dataran Merdeka.

Setibanya di restoran itu, aktres filem Madu Tiga dan Ibu Mertuaku itu agak terkejut apabila melihat kelibat ahli keluarga termasuk anaknya, Yusarima Puteri Yusof.

Tambahan pula, apabila ketibaannya disambut penuh meriah oleh Freddie dan bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Mohammed Mohd. Daud serta beberapa rakan artis yang lain.

Barulah seniwati itu sedar, rupa-rupanya Freddie telah mempermainkannya. Mesyuarat tergempar yang dinyatakan Freddie itu sebenarnya adalah sambutan ulang tahun kelahirannya ke-69 yang jatuh pada tanggal 28 April lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Celebrity News

Celebrity News


Gambar Perkahwinan Yassin Dan Farah !!!

Posted: 15 May 2011 07:19 AM PDT


Inilah gambar yang ZoOM jumpa di salah satu Facebook rakan ZoOM, thanks rodh sebab bagi ZoOM tengok gambar yang sudah pasti masih belum ada di pasaran ( blog dll ). Tahniah ZoOM ucapkan kepada Yassin Dan Farrah kerana telah menyempurnakan salah satu perkara yang perlu kita laksanakan sebagai umatnya.

Bertuahnya Yassin kerana menjadi suami kepada Farrah ( nama isteri Yassin ) menurut kawan kita di Facebook yang berkongsi dengan teman-temannya. Semoga perkahwinan yang dibina ini akan kekal sehingga akhir hayat.

Kalau anda rasa cerita ini belum ada diluar sana, SHARElah dengan rakan-rakan anda di Facebook @ blog anda..
Apa-apa pun ZoOM minta maaf sebab beberapa hari ini ZoOM berada di Penang menunaikan tanggungjawap besar yang telah diamanakan oleh majikan. Namun pengalaman yang ZoOM dapat semasa disana akan diingati sampai bila-bila.
ZOoM : Apa Kata anda ? Share atau komen yer !!

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Emosi Remy, Tiz semakin bergelojak

Posted:

Emosi Remy, Tiz semakin bergelojak

Emosi Remy, Tiz semakin bergelojak


SEPERTI ada cinta yang sedang berputik di hati Remy dan Tiz, namun pasangan merpati dua sejoli 'Nur Kasih' ini tidak berminat soal peribadi mereka menjadi bahan cerita.


MASIH ada kepanasan yang meruap-ruap terhadapnya. Kepada jiwa-jiwa yang terluka oleh sikapnya, menyebut namanya sahaja seperti menyimbah cuka ke hirisan luka.

Ya, virus kebencian itu bercambah dan bugarnya cepat menjalar. Dalam permintaan nakal dan kolot, barangkali sudah tiba masanya, pemain watak Adam dalam siri dan filem Nur Kasih itu bersiram mandian air bunga.

Biar bersih kelibatnya daripada bayangan hitam yang meruntuhkan pandangan. Itulah Remy Ishak, sang aktor yang baru-baru ini membikin panas pada pandangan segelintir teman media.

Kalau tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah dan kalau tiada sebab musababnya, masakan seseorang itu bertindak di luar kawalan.

Pegang pepatah itu, sebagai orang yang di luar situasi, tidak semua perkara mampu dijustifikasi. Jalan tengahnya, baiklah persengketaan itu ditolak ke tepi sebelum onar semakin bernanah.

Cuma, sayang sekali situasi tepat berselindung di balik 'cinta' karakter itu tidak dimanipulasikan oleh pemeran, baik Tiz mahupun Remy. Mungkin, mereka terasa canggung lantaran ada bunga-bunga hati yang mahu dibaja tanpa perlu ada limpahan angin luar yang boleh menebar cerita.

Bagaimanapun, elok dilupakan seketika 'tragedi' di luar kisah Nur Kasih itu, kerana kini nama mereka masih likat dalam ingatan peminat sebagai Adam dan Nur Amina yang membawa 'cinta paling suci' abad ini.

Kalaulah diberi pilihan, lelaki persis Adam dan wanita seperti Nur Amina juga menjadi keinginan Tiz dan Remy. Sebenarnya, sengaja persoalan itu diusik, sementelah aktor dan aktres ini dilihat sebagai merpati dua sejoli.

"Siapa yang tidak mahu, sudah tentu saya juga mahukan wanita seperti Nur Amina," ujar Remy bersambung ketawa.

Kata Tiz pula: "Wow! Kalaulah wujud 'Adam' seperti Adam dalam Nur Kasih itu kan? Pernah jugalah saya berharap sebegitu."

Adam matang, Nur tegas


ITEM cinta Melayu baru, Nur Amina dan Adam di bahu Tiz dan Remy.


Kembali terheret emosi Adam dan Nur Amina yang bakal disaksikan di layar perak pada Khamis ini, Remy dan Tiz ditakluk debar dan rindu yang sama.

Jika sebelum ini mereka berharapkan siri menjadi filem namun selepas Nur Kasih the Movie (NKTM), tidak akan ada lagi Nur Kasih selepas ini.

"Filem NKTM adalah penamat kepada siri drama. Di hujung siri, Adam menjadi lelaki yang semakin matang dalam segala segi. Tapi pada masa yang sama, masih ada sikap memberontak dalam dirinya. Itulah Adam. Bagi saya, Mira (penulis skrip) mahu bercerita tentang karma dan membesarkan tentang ketentuan Ilahi.

"Secara peribadi, semasa kembali ke lokasi Nur Kasih dulu, kami semua sangat seronok sebab dapat kembali dalam sebuah keluarga yang sama," cerita Remy menyimpan debar terhadap respons khalayak.

Masih bersuamikan lelaki yang sama, berumah dan beribukan ibu mertua yang sama, begitu juga dengan prinsip yang sama, Nur Amina versi filem kembali menghidupkan impak yang dicipta Tiz pada awal kemunculannya.

"Saya anggap impak Nur Amina itu satu pencapaian. Cuma saya agak takut untuk membawa watak Nur Amina di layar lebar. Peminat mahukan kesinambungan, itu yang kami semua kena fokus. Saya takut dengan jangkaan penonton, takut impaknya tidak seperti versi drama," katanya berhati-hati.

Tidak terlebih dan tidak juga terkurang, Tiz mahu berkongsi perkembangan karakter Nur Amina dengan pembaca.

"Ombak hidup Nur Amina semakin besar. Dalam drama, dia seorang yang reda, tapi dalam filem, dia menjadi lebih tegas mempertahankan miliknya, keluarga dan suaminya," ujar Tiz, menyimpan memori lokasi NKTM sebagai kenangan terbaik yang pernah berlaku sepanjang bergelar pelakon.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nur Kasih popularkan Mira

Posted:

Nur Kasih popularkan Mira

Nur Kasih popularkan Mira


MIRA MUSTAFFA


TANGGAL 19 Mei ini akan menemukan khalayak dengan jalan cerita yang dibikin indah oleh seorang penulis skrip dengan nama Mira Mustaffa. Bukan sehari dua dia menulis tetapi kata-kata tulisannya berjaya menambat hati ribuan peminat.

Tiada kejutan jika khalayak bakal berendam air mata dan memberontak jiwa dek kerana penangan air tangan Mira.

Mira memberikan tragedi demi tragedi untuk tatapan ramai sebagai bahan cerna dalam sebuah filem kesinambungan drama popular Nur Kasih yang mencapai bilangan penonton 19 juta di kaca televisyen.

"Tragedi demi tragedi ini penting dan menjadi kemestian untuk mempamerkan evolusi perjalanan dalam Nur Kasih. Contohnya, Adam yang dahulu, dia seorang pemberontak dan kali ini dia perlu berhadapan dengan dugaan yang lebih besar.

"Tragedi ini juga penting sebagai penggabungan kepada cerita-cerita yang pernah mereka lalui," terang Mira saat ditanya sebab pelbagai tragedi disuapkan ke dalam emosi penonton filem ini.

Mira tersenyum manis dalam persalinan kurung hitamnya ketika ditanya kemunculan item cinta baru zaman moden selepas dia mewujudkan Adam dan Nur Amina yang memberi nafas pasangan cinta buat khalayak.

"Saya tidak ada niat untuk mewujudkan satu item atau pasangan baru zaman moden ketika saya menulis kisah mereka.

"Bagi saya para pelakon menghidupkan watak mereka dengan berjaya.

"Watak ibu Adam iaitu Hajah Khatijah juga adalah tunjang kepada kisah Nur Kasih ini," tegas Mira yang mengaku sukar menulis pengakhiran kisah ini.

"Harus diingat bahawa kisah cinta dalam Nur Kasih baik drama ataupun filem ada tiga penjuru.

"Mereka tidak boleh berdiri tanpa Aidil yang melengkapkan persamaan hubungan mereka," senyum Mira mengakhiri cerita seraya meletakkan tugasan untuk menilai filem tersebut kepada penonton.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Salih tinggalkan Sinar FM

Posted:

Salih tinggalkan Sinar FM

Salih tinggalkan Sinar FM


GAMBAR keluarga Salih Yaacob bersama ketiga-tiga isterinya (dari kiri) Norlizah, Norraha dan Norfara Wahida bersama lapan daripada sebelas anak-anaknya.


ADA yang tersenyum sumbing apabila penyampai radio popular, Salih Yaacob diberitakan bakal mencukupkan kuota empat orang isteri. Ia sekali gus menjadikan perkahwinan yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat sebagai perkahwinan kelima dalam hidup Salih.

Lebih dikenali dengan panggilan SY, Salih kini hidup berpoligami dengan tiga orang isteri iaitu Norlizah, Norraha dan Norfara. Perkahwinan pertama Salih pada 1980 berakhir dengan perceraian pada 1989.

Bisik-bisik tentang perkhabaran perkahwinan terbaru Salih diketahui umum apabila gambar dan artikel Salih bersama calon isteri keempat yang hanya dikenali sebagai Ermi tersiar di dada akhbar beberapa hari lalu.


INILAH EMI, calon baru Salih Yaacob.


Masih berahsia tentang nama penuh bakal isteri barunya, Salih yang hanya mahu memperkenal wanita itu sebagai Ermi menjelaskan, perkahwinan bukanlah satu pelacuran.

"Saya mengambil untuk berkahwin bukan atas dasar nafsu tetapi kerana ketentuan Ilahi. Jadi, ia adalah tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya," katanya yang berdepan bermacam skeptikal sebaik sahaja berita berkenaan tersebar luas.

Bakal berkahwin lagi dengan wanita muda berusia 24 tahun sedangkan Salih, 50, sudah ada tiga orang isteri yang setia, itu satu situasi yang jarang-jarang berlaku dalam kehidupan seorang selebriti. Sedar perkara itu, Salih sendiri mengakui, selain ucapan tahniah, banyak juga kecaman yang terpaksa dihadapinya.

Salih mengakui kepada Sensasi Bintang bahawa dia juga sudah penat berdepan rutin hidup sebagai selebriti dalam industri.

Kontrak tahunannya bersama Sinar FM juga bakal berakhir Julai 2011 dan sehingga kini Salih masih berkira-kira untuk meneruskan kerjaya celoteh seawal 6 pagi itu.

Jika tawaran kontrak akan datang dirasakan tidak berbaloi dengan penat lelah, dia rela berundur untuk memberi perhatian kepada keperluan hidup sisi lain, mahu fokus kepada bisnes.


KEMESRAAN antara Salih dan Emi jelas kelihatan dalam satu sesi temubual bersama wartawan dan jurugambar.


Sensasi Bintang: Kenapa masih berahsia tentang nama sedangkan gambarnya sudah tersiar dalam surat khabar?

SALIH YAACOB: Kalau boleh saya tak mahu kecoh-kecoh, ini pun sudah kecoh jadinya. Saya hanya boleh katakan, Ermi seorang wanita terpelajar. Dia lulusan pengajian perniagaan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana. Dia berasal dari Johor, anak bongsu dari lima orang adik-beradik dan berketurunan Syeikh daripada sebelah bapanya. Setakat ini, biarlah namanya saya simpan sebagai kejutan.

Jadi sudah ada tarikh bilakah perkahwinan itu akan berlangsung?

Belum ada, tapi kalau boleh ia akan diadakan apabila saya dapat sempurnakan apa yang wajib dilakukan terlebih dahulu. Lagi cepat lagi baik.

Bagaimana dengan skeptikal orang, misalnya bakal isteri sebaya dengan anak?

Majoritinya masyarakat kita memang begitu, mungkin disebabkan saya ini bukan ahli ulama. Usia bukan penentu, ada orang yang lebih muda tetapi lebih celik akal daripada orang yang berusia. Saya ambil perkahwinan itu sebagai satu ujian, apabila ia diamanahkan kepada saya, maka wajib ke atas saya menunaikan amanah itu.

Ada disebutkan tentang kecaman, kecaman bagaimana yang diterima setakat ini?

Biasalah, dalam masyarakat Islam sendiri ada yang tidak faham tentang agama. Banyak juga tentangan yang harus saya tempuhi, bukan sahaja daripada orang luar, sanak saudara sendiri ada yang tidak setuju.


KETIGA-TIGA isteri Salih telah memberi kata sepakat untuk menerima Emi sebagai madu baru mereka.


Teruja tak, menanti hari perkahwinan nanti? Dengarnya mahu bersanding beramai-ramai termasuk dengan isteri-isteri terdahulu?

Saya biasa sahaja sebab sudah banyak kali melaluinya, mungkin perasaan itu berbeza dengan pihak wanita. Tentang persandingan itu, saya akan tengok bagaimana keadaannya nanti. Kalau perlu saya buat, itu sebagai tanda kemenangan mereka (isteri) bukan untuk saya. Kalau boleh saya hanya mahu bersederhana.

Kalau ada yang kata, hebatlah Salih Yaacob, nak kahwin lagi, dapat pikat anak dara pula, apa komen?

Saya boleh katakan, orang yang terpikat dengan cara saya. Macam dengan Emi, mungkin dia tertarik dengan amalan hidup saya atau mungkin merasakan saya mampu menjadi teman, pemimpin dan guru yang boleh mendidik dan membawanya ke jalan yang benar.

Tentang kontrak dengan Sinar FM, betulkah mahu berundur dari dunia seni?

Saya nak tengok keadaan dulu sebab saya penat dengan kesibukan ini, sekarang sibuk dengan penggambaran program, SY I Follow untuk Astro Ria, kalau boleh nak fokus dengan bisnes saya dan memperkemaskan kehidupan, itu sahaja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.