Adsense

Ahad, 21 November 2010

Celebrity News

Celebrity News


Cerita Lawak : Latip Dan Pakcik Di Hospital

Posted: 21 Nov 2010 08:54 AM PST

Latip yang kurang pendengaran ingin meminta nasihat dari kawannyadengan meminta skrip yang sesuai semasa melawat Pakciknya di hospital.Kawannya pun memberikan skrip yang sesuai untuk di hafal oleh beliau.

Skrip asal..

Latip: Apa khabar pakcik?
Pakcik: Sudah semakin sembuh. Dua tiga hari lagi baiklah ni.
Latip: Syukur alhamdulillah.. semoga dipercepatkan hajatnya. Bagaimana makanan di sini?
Pakcik: Boleh tahan juga. Berselera Pakcik makan.


Latip: Bagusss.. Makanan begitu memang sesuai untuk Pakcik. Enak sekali! Bagaimana layanan yang Pakcik terima di sini?
Pakcik: Sungguh berpuas hati. Kerana pakcik dilayan seperti VIP.
Latip: Hebat sekali! Pakcik sungguh beruntung kerana memang pakcik begitu orangnya kalau di luar.

Tiba di hospital..

Latip: Apa khabar pakcik?
Pakcik: Aku terasa seperti mau mati. Lebih baik mati dari sakit seperti ini!
Latip: Syukur alhamdulillah.. semoga dipercepatkan hajatnya. Bagaimana makanan di sini?
Pakcik: Makanan yang aku dapat macam makanan kuda!
Latip: Bagusss.. Makanan begitu memang sesuai untuk Pakcik. Enak sekali! Bagaimana layanan yang Pakcik terima di sini?
Pakcik: Aku dilayan seperti bangkai bernyawa!
Latip: Hebat sekali! Pakcik sungguh beruntung kerana memang pakcik begitu orangnya kalau di luar.

Pakcik terus meninggal selepas bual bicara ini

[Cerita Keluarga] Menantu Baru Kahwin Yang Luarbiasa

Posted: 21 Nov 2010 08:41 AM PST

Sekadar Hiasan :)

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nieboleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya.Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollahbukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamatini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi,berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar jejawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikitkeluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepaskenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuktidurnya. 


Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyaktidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumahuntuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minahpun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dekkerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan PakHaji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah. 

Maka,Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahlikeluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlahsolat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak HajiDollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solatsubuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat?rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..." 

Masya Allah..mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengangelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh!Kantoi..kantoi...

Mr Bean Indonesia 2010

Posted: 21 Nov 2010 08:30 AM PST

Lawak nyer gambar abang indonesia kita ni, tapi sekali pandang memang macam Mr Bean yang suka melawak dengan memek muka macam ni.


Tapi kalau tak buat muka macam ni sudah tentu hendsome macam si GALANG cerita indon tu :)

Gambar Nora Danish Macam Kena Saman Polis

Posted: 21 Nov 2010 08:24 AM PST

Boleh tahan juga abang polis ni senyum bukan main sebab dapat bergambar dengan Artis glamour Nora Danish. Tapi saman tetap saman ye bang walaupun Nora berstatus single sekarang ni :). Tapi kalau nampak gaya macam nak tulis dah sebab pen dan buku dah buka.


Bukan main rapat abang polis kita ni ambil gambar nasib baik la bukan milik je
jai lagi..Tapi Nora Danish nampak cantiklah tanpa make up..


Apa kata anda mengenai gambar ni.?

Filem Harry Potter and The Deathly Hallows

Posted: 21 Nov 2010 07:36 AM PST

Harry Potter. siapa yang tak pernah dengar tentang nama tersebut. berasal dari novel yang dutulis oleh J.K.Rowling sehingga ke layar perak. filem ke 7 Harry Potter ini akan dibahagikan kepada 2 part. part 1 akan ditayangkan pada tahun ini. dan part 2 pada tahun depan. filem Harry Potter and The Deathly Hallows ini akan memaparkan cerita tentang Harry Potter, Hermione Granger, Ron Weasley dan rakan-rakan di
sekolah magic Hogwarts menentang kejahatan Lord Voldemoth. adakah Harry Potter akan mati dalam filem ini? filem kali ini merupakan filem terakhir dari novel Harry Potter. kita sama-sama tunggu ok. dengar cerita ada adegan 'kissing' antara Harry Potter dengan adik Ron, Ginny Weasley. menarik?. haha. *siapa yang tonton Oprah, J.K.Rowling ada menyebut tentang novel susulan untuk Harry Potter. novel apakah?* jom usha trailer untuk 2 Alam dan Harry Potter and The Deathly Hallows

Komen Seorang Penonton Filem 2 Alam !!!

Posted: 21 Nov 2010 07:16 AM PST

Sedih dan hampa itu yang ZoOm dapat gambarkan bertapa kecewanya seorang penyokong filem Malaysia, semoga DDR akan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku..ZoOm ada fakta yang menunjukkan filem ini tidak mencapai tahap yang digembar gemburkan..biarlah masyarakat diluar sana yang menilainya..ikuti luahan seorang peminat filem Malaysia 



salam buat semua..aku mmg mnunggu filem 2 alam.aku mmg mau pembharuan.aku mlayu.pemnat filem mlayu.aku org seni.bla aku bc komen ddr,aku rsa ddr ni riak dn over cnfident.ya la.org baru dlm industri.bila aku tngk preview,aku bangga ngan ddr.aku tunggu 4 buln dngn hari2 leps rindu d treler 2 alm.bila aku tonton d hri prtma tyangn,aku teruja dn tdk sbar. d permulaan,tulisn tnpa suara, mcm ok jer...bla dh main, lucah ssngatnye! hambar,tergantung dn menyedihkan! aku mmg MARAh GILA! ddr blum blajar apa itu riak dan takbur.ikut conth dtuk yusof haslam,mohd idham,david teo dn bnyak lg insan yg dh lma bertapak dlm industri.jgn sedap tekak ja.bukn awak sorang ada duit.hati2! org akn gelak dan tepuk tangn sekarang.filem 2 alam hanya sethap drama! belm layak masuk panggung. Allah dn Rasul kita melarang dr brsikap RIAK DN TAKBUR sperti ddr! dn sekarang,hasilnya dh kta lihat.bila ddr menghina dn memalukan dirinya sendiri.........aku komen ikhlas.sebb aku bnar2 kecewa ngn filem yg hang sana hang sini.flashback tk sesuai ntk kutipn 40 juta! buat cerita selari trus je.dr mula smpai akibat.mungkn berkesan.azab pn tk tunjuk betul2. yg d fokuskan,hanya adegan RANJANG yg kterlaluan. finas mmg bijak.biar pnontn sj yg blh menilai...nilainy,..0.01*! tk insaf pun! tp yg ngeri dn dosa, bab lucah! buat filem X la lg bgus! jgn rosakkan industri dn masyarakat dgn filem BODOH sperti ini. N STOP FOOLING YRSELF.

Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com

Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com


Juliana Evans Bercinta Dengan “Jay Sean”

Posted: 21 Nov 2010 06:41 AM PST

Wooohhsaaa! Ini gambar Juliana Evans bersama Jay Sean Malaysia, Zizan Raja Lawak semasa malam Shout Awards semalam. Sempat lagi amik gambar sama-sama yea.

Ni memang plan nak duduk sebelah-sebelah ke? Atau Juliana Evans merayu nak duduk sebelah Zizan ni. Miahaha! Mungkin hati Juliana senang bila Zizan buat dia tergelak.

Ehehehe.. Sama tak muka Zizan dengan Jay Sean?

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , ,

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Gambar Bercium Nabil, Betul Ke?

Posted: 20 Nov 2010 11:29 PM PST

Berita pasal gambar kontroversi Nabil ni dah lama Mat Kepoh tahu dah. Bukan taknak kepoh awal-awal tapi diri ini sedikit terkejut. Tengah hari tadi Mat Kepoh dah tengok dalam Melodi dah.

Zuan Bikin Panas cari Nabil dan tanya Nabil pasal gambar bercium dengan Qasha. Nabil menafikan individu dalam gambar tu adalah dia. Kemungkinan superimpose daripada orang-orang yang mendengki.Mat Kepoh harap-harap Nabil memang tak buat perkara macam ni sampai bercium pun amik gambar. Dunia artis ni memang tak disangka-sangka, tapi kita bersangka baik sajalah.

Kredit Gambar: Ieyra 
Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(Gambar) Erra Fazira di hari Raya Haji

Posted: 20 Nov 2010 08:19 PM PST




Memang sungguh tidak diduga apabila khabar angin rumahtangga Erra dan suaminya, Engku Emran semakin kencang bertiup. Namun Erra tetap bersahaja dan tidak menunjukkan tanda-tanda mahu meletup yakni mahu ambil tindakan. Baguslah jika begitu, kenapa mahu marah jika perkahwinan yang dibina berjalan tenang dan bahagia tambahan pula selepas kehadiran Engku Aleesya. Jadi Erra tetap dengan pendiriannya agar jangan percaya dengan sesiapa kerana percayalah cerita yang datang daripada empunya diri dan tidak kah wajar jika orang lain lebih tahu mengenai kehidupan kita. ;)


(PELIK) Gambar Hitam Putih Tapi Nampak Berwarna

Posted: 20 Nov 2010 03:47 PM PST

Cuba tengok pada gambar dibawah.Perhatikan pada titik ditengah-tengah tanpa mengelipkan mata.Dapatkah korang melihat gambar hitam putih tetapi berwarna?Jangan risau.hantu tak keluar.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Pakaian Miley Cyrus jadi isu

Posted: 20 Nov 2010 12:00 PM PST

du 05.1 Pakaian Miley Cyrus jadi isu

MILEY CYRUS membuat persembahan dalam satu program televisyen Jerman, Wetten di Berlin pada Sabtu lalu.


BERLIN – Penyanyi terkenal, Miley Cyrus mencetuskan kontroversi lagi kerana dia memakai pakaian yang dianggap lebih dewasa daripadanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Miley yang akan berumur 18 tahun tidak lama lagi memakai pakaian seperti bikini yang ketat semasa membuat persembahan untuk satu program televisyen di Jerman, Wetten pada Sabtu lalu.

Pelakon siri The Hannah Montana itu turut mendedahkan sebahagian besar tubuhnya di hadapan penonton sedangkan dia terkenal dengan imej bersihnya daripada sebarang skandal.

Baru-baru ini, ibu dan bapanya bercerai menyebabkan dia berhasrat untuk menghabiskan masa berkualiti bersama mereka semasa meraikan hari jadinya.

"Saya tidak akan menjadi gila-gila. Cuma berseronok dan mungkin bercuti bersama dengan keluarga," kata Miley. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Erra tidak terhimpit gosip kosong

Posted:

Erra tidak terhimpit gosip kosong

Erra tidak terhimpit gosip kosong



ANDAI hujan itu berisi percikan bara, jatuh ke tanah sekalipun, ia tetap menjadi abu yang menyuburkan kembali laman hatinya. Perumpamaannya begitulah makanan hakiki yang harus dilalui sang primadona bernama Erra Fazira.

Adakala, pedih hatinya terbakar dek kata nista orang, namun sedetik kemudian, jiwanya harus kembali bugar. Senyum di wajah harus kembali terukir demi membahagiakan hati insan-insan sekeliling. Ada ketikanya juga, secangkir daripada rasa yang terdalam harus disingkirkan demi kelangsungan hidup atas jalan seni dan populariti yang menyuluhkan hari-harinya.

Bohonglah jika hatinya tidak tercuit apabila rumah tangga yang baru dibina tiga tahun itu kembali diperkatakan orang. Didakwa sudah menjalani kaunseling gara-gara krisis sedang melanda. Suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin pula kembali menjadi buah mulut khalayak, kononnya sudah tidak bersama Erra, ibu kepada satu-satunya permata hati mereka, Engku Aleesya, 2.

Berbunyi sedikit klise, tetapi bagi bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu, gelaran bintang yang masih diraihnya sehingga ke hari ini menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

"Ya, bayaran menjadi popular itu sangat tinggi nilainya. Sebenarnya, sejak saya melangkah untuk menjadi artis lagi, ibu saya sudah berpesan, bersediakah saya dengan segala macam onar bidang ini.

"Untuk berada di tahap sekarang, saya sudah tidak terkejut dengan segala fitnah dan khabar angin yang berlaku. Cuma saya kasihankan orang-orang di sekeliling tidak faham apa itu gosip. Hati merekalah yang harus saya jaga," sedikit lelah untuk Erra berkongsi isu yang dianggapnya sudah selesai.

Penulis mahukan sebuah jawapan daripada Erra, separah mana hatinya ketika harmonis rumah tangga berdepan fitnah. Menjawab persoalan yang dianggapnya bukan isu yang harus diulang-ulang, Erra sedikitpun tidak melatah. Dia tertawa kecil membiaskan hatinya langsung tidak terusik.


ERRA membantu Aleesya menggunakan iPad.


Ditembak fitnah

"Sudah saya katakan, khabar angin itu tidak benar, jadi ia tidak memberi apa-apa impak kepada saya. Ada yang mendakwa kami ke mahkamah untuk kaunseling, itu tidak benar. Ada juga yang 'tembak', kononnya Emran tidak hadir menonton teater Muzikal Tun Mahathir di Istana Budaya, pun tidak benar. Tiada satu pun 'tembakan' yang dilepaskan itu benar, jadi untuk apa saya terkesan dengan khabar angin sebegitu," perincian Erra terhadap dakwaan palsu yang harus ditelan sedangkan hubungan bersama Emran masih harmonis bersulam kasih.

Dari satu sudut yang lain, aktres berusia 36 tahun itu harus akur. Biarpun tidak terjejas ke atas tubuh sendiri, jelas isu keretakan rumah tangga yang enak diperkatakan ramai itu, tempias impaknya sampai kepada sanak saudaranya sendiri.

"Bagi sesetengah mereka, gosip itu sungguh memalukan. Mereka tak salah sebab mereka tidak faham 'permainan' dunia hiburan. Respons mereka itulah yang kadang-kadang menyakitkan dan menyedihkan saya. Mereka lebih percayakan cerita negatif walhal itu sekadar gosip kosong," luah Erra sedikit terkesan.

Kata Erra, beroleh kebahagiaan untuk diri sendiri bukan sesuatu perkara sukar sebaliknya membahagiakan orang di sekeliling mendesak sisi-sisi rasanya.

"Saya seorang yang praktikal, apa sahaja keputusan hidup saya haruslah dilakukan dengan ikhlas dan membahagiakan saya sepenuhnya.

"Tetapi, adakah kita akan bahagia jika kebahagiaan itu dibina atas kesedihan orang lain. Sebab itulah ada masanya kita akan mendapat kebahagiaan sebenar apabila orang-orang di sekeliling kita juga bahagia. Di situlah letakkan pengorbanan," bicaranya terarah mengisi konsep pengorbanan.

Melihat Erra di samping Aleesya yang sedang membesar, ternyata ibu yang kekal jelita itu sedang menjalani transformasi yang bukan sedikit. Keibuannya terserlah saat mengajar Aleesya mengira dan membaca. Bertuahnya Aleesya yang beribukan Erra, mainan kegemaran bahkan alat bantu belajarnya bukan lagi bongkah huruf atau kertas bergambar, sebaliknya iPad yang penuh aplikasi khas untuk kanak-kanak seusianya.


MISI baru Erra Fazira kini cenderung kepada anak-anak. Kreativiti anak kebahagiaan buatnya.


"Budak-budak sekarang sudah terlebih emosinya, apa yang kita guna, itulah yang dia mahukan," katanya berselang tawa.

Tidak seperti di awal kelahiran, tempoh ini membuatkan sifat keibuan Erra semakin berdetik.

"Bila hendak keluar bekerja, wajahnya masam dan bila pulang, bukan main girang lagi dia tengok kita balik. Tetapi ini pilihan saya, seni adalah minat dan karier saya, jadi banyak pengorbanan yang harus dibuat, ada perkara yang perlu dihadkan jika saya mahu segala-galanya seimbang," katanya.

Bertitik-tolak daripada Aleesya, Erra bersama teman-teman terutama Richie Rachman menzahirkan penubuhan Erra Fazira Art Club. Mendapat sokongan daripada badan korporat Staedler sebagai penaja utama, Art Club itu sebagai satu program sosial yang boleh dikongsikan ibu bapa bersama anak yang masih kecil memupuk minda kreatif sesuai dengan perkembangan mereka.

"Seperti ibu-ibu lain, saya mahukan yang terbaik untuk anak perempuan saya. Untuk hantar anak-anak ke kelas seni, bayarannya sangat mahal dan tidak semua ibu bapa mampu berbuat demikian, dengan Erra Art Club, saya mahu menyumbang sesuatu kepada masyarakat," katanya yang baru sahaja melancarkan Erra Fazira Art Club bertempat di My Favorite Art House di Tropicana City Mall, kelmarin.



Menyentuh sedikit kerja seninya, Erra kini sedang muncul sebagai juri tetap program Mari Menari di Astro Ria serta mengacarakan program kanak-kanak Tiger Foorball Starz musim kedua.

Kali terakhir muncul menerusi filem Anak sebagai pelakon utama, primadona filem Melayu itu bakal meluahkan kerinduannya untuk kembali beraksi di layar lebar.

"Saya ada ditawarkan satu watak yang menarik. Kali ini bukan jahat-jahat manja lagi, tetapi sebagai pembunuh bersiri, menariknya ia sebuah filem aksi tetapi pembunuh bersiri itu seorang yang pekak dan bisu. Mungkin awal tahun depan tetapi setakat ini ada beberapa jadual sedang bertindih. Kita tengoklah apa yang bakal saya korbankan nanti," katanya yang masih berstatus Bintang Eksklusif milik Astro.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Noh, Nina cinta dua darjat

Posted:

Noh, Nina cinta dua darjat

Noh, Nina cinta dua darjat


PASANGAN 'darah manis', Noh dan Mizz Nina.


HILANG sudah segala ayat klise. Sehari sebelum Hari Raya Aidiladha, penyanyi band indie Hujan, Noh serta bintang baru yang hangat dengan irama hip hop, Mizz Nina membuka ruang personal yang mereka tutup kemas sejak hampir tiga minggu lalu.

Faktanya, Noh, 26, dan Nina, 30, sudah selamat mengikat tali pertunangan dalam satu majlis tertutup di teratak keluarga Mizz Nina di Ampang pada 6 November lalu. Permintaan keluarga menjadi alasan kepada Noh dan Nina untuk merahsiakan majlis itu kepada media.

Bab pertunangan sudah selesai, tanggal 1 Julai 2011 yang kebetulan jatuh pada hari ulang tahun kelahiran ke-31 Nina dipilih sebagai tarikh akad nikah mereka berdua. Dua majlis resepsi persandingan dijadualkan, pada 3 Julai di Hotel Shangri-La khusus buat keluarga manakala 6 Julai di Hotel Doubletree by Hilton khas untuk teman-teman rapat dan media.

Ketika ditemui, Mohammad Noh Salleh dan Shazrina Azman itu masih orang yang sama. Tiada perubahan waima sedikitpun. Noh masih dengan sifat humor manakala Mizz Nina terus pemalu. Begitupun, ketenangan hubungan mereka tercalar dengan khabar angin.

Noh didakwa tidak tahu mengukur baju di badan sendiri kerana memilih keluarga tokoh korporat terkemuka terkenal iaitu Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad, Tan Sri Azman Hashim sebagai mertua.

Noh mengaku sedih mengenangkan isu tersebut bagaimanapun dia semakin optimis berikutan hubungan mereka direstui keluarga Mizz Nina.


MIZZ NINA selamat bergelar tunangan Noh Hujan. Kini menanti hari pernikahan mereka.


"Saya sayang Nina sebagai Shazrina Azman dan bukan Mizz Nina. Ada orang tidak faham benda ini. Namun, selepas bertemu keluarga Mizz Nina pada Hari Raya Aidilfitri lalu, saya akui keluarganya merupakan seorang yang hebat dan cukup menghormati sikap rendah dirinya (Azman).

"Awal-awal lagi, saya beritahu beliau, saya bukan anak orang kenamaan. Sebagai anak seni dan suami, saya akan menjalankan tanggungjawab asas seperti menyediakan tempat tinggal, makan minum dan pakaian buat anaknya. Itu janji saya."

Komen apabila Mizz Nina dikatakan mula mengongkong hidup Noh?

NOH (N): Merepeklah. Apa yang saya lakukan sekarang datang daripada diri sendiri tanpa ada paksaan oleh sesiapa termasuk Nina. Cuma, Nina sedikit garang kepada saya.

Mizz Nina (MN): Sejujurnya, saya tidak pernah sesekali mengawal Noh baik dalam karier atau corak kehidupan. Tanggungjawab saya sekadar menasihati dia jika perlu. Saya tidak pernah cakap apa Noh perlu lakukan. Saya nampak perubahan dirinya sejak kebelakangan ini. Mungkin Noh mahu membahagiakan saya sehingga dia mengambil keputusan melakukan perubahan tertentu.

Apakah jarak umur berbeza bakal memberi masalah?

N: Umur bukan penghalang. Bahkan, umur saya meningkat dari semasa ke semasa. Lagipun, tiada salahnya kalau saya kutip pengalaman terlebih dahulu tambahan pula proses pembelajaran akan berterusan sehingga kita meninggal dunia.

MN: Umur sekadar angka. Saya tidak kisah tentang jarak usia kerana ada waktunya saya rasa lebih muda daripada Noh. Ada waktunya, saya juga berperangai kebudak-budakan.


NOH dan Nina mengaminkan doa selepas selepas acara pertunangan mereka.


Signifikan Kurnia pada kalian?

N: Kami sebenarnya bercinta selepas lagu ini disiapkan. Sewaktu menjalani proses rakaman, saya dan Nina tidak menjangkakan sama sekali hubungan kami akan sejauh ini. Beberapa hari selepas Kurnia dihasilkan, baru hubungan ini mencapai tahap serius.

MN: Kalau orang cakap bahawa Kurnia sebagai lagu lambang cinta kami, saya katakan ia benar.

Sisi buruk yang diketahui selepas menjalin cinta?

N: Nina suka sepah barang terutama dalam kenderaan. Lihat saja keretanya yang dipenuhi itu dan ini. Tetapi, saya belajar banyak perkara positif daripada dia selama ini. Justeru, saya tidak nampak kekurangan pada diri Nina selepas kami menjalin hubungan serius.

MN: Noh gemar melepaskan perangai marahnya terutama dalam laman sosial, Twitter. Saya akan menasihati dia agar lebih tenang dan sentiasa bersabar apabila berdepan sebarang masalah.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sabtu, 20 November 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Keputusan Penuh Pemenang Shout! Awards 2010

Posted: 20 Nov 2010 11:10 AM PST

Shout! Award 2010 sudah pun tamat. Keputusan pun sudah kita ketahui. Kepada pembaca yang masih tak tahu keputusan Shout Awards 2010, sila lihat kat bawah ni. Buat kiraan sendiri, artis mana yang banyak menjulang piala kali ini.

Dihoskan dengan jayanya oleh Hafiz Hatim, Sarah Lian dan Henry Golding, Shout! Awards memang selamba habis! Mana-mana yang dah rasa diri dia tua, akan rasa muda kalau menonton anugerah ni sebab sebenarnya, anugerah ni memang untuk golongan urban. Mungkin sebab itu jugalah kot penyanyi kegemaran Budiey tu tak menang. Huhu, dah dua kali bertanding tapi tak menang juga. Ni semua urban punya pasal. Makcik makcik tak undi ni.

Yang pasti, Budiey nak ucapkan tahniah buat Yuna atas kemenangan berganda di anugerah paling hot dan cool ni. Macam tak percaya pun ada Yuna boleh menang sebanyak itu. Gambar kat bawah ni Yuna cuma pegang 2 trofi tapi sebenarnya, Yuna menang dalam 3 kategori termasuklah Ultimate Shout! Award. So, yang lain jangan jeles sebab muzik Yuna sekarang kan tengah IN.

DSC_0409

Yuna – Pale beige harem pants & tops bright scarf and hood by Shamir Izwa. Nice dan sangat berfashionla adanya Yuna masa ni.

Juga syabas buat 8TV yang telah berjaya menganjurkan anugerah ini pada tahun kedua. Memang happening sekali. Sekitar dewan Stadium Putra Bukit Jalil dibingitkan dengan sorakan dari lebih 20,000 orang penonton.

Ya, Shout Awards adalah satu-satunya anugerah kat Malaysia yang meraikan artis, penggiat dan krew dalam industri muzik, filem, TV dan radio sekaligus! Mana nak cari anugerah seperti ini kat Malaysia. FFM pun boleh kalah!

DSC_0418

Zizan pula lagilah ramai yang tak percaya sebab dapat menang Favourite TV Personality Award. Yelah, tengoklah sape barisan artis yang tercalon. Semua hebat-hebat. Tapi kali ini, rezeki berpihak buat Zizan. Tahniah Zizan! Kau memang pelawak Melayu Sejati!

Bermula jam 8.30 malam dengan siaran tertunda Purple Carpet, diikuti dengan siaran langsung yang dipancarkan secara eksklusif di 8TV dan siaran di website rasmi. Sebanyak 17 kategori dipertandingkan termasuk anugerah utama, The Ultimate Shout! Award yang pernah dimenangi oleh Bunkface pada tahun lalu.

Pentas Shout! Award diledakkan dengan persembahan bertenaga serta kolaborasi menarik dari Wakaka Crew, Famous Crew & Maple Loo menerusi tarian dari lagu When I Grow Up, Confusion, Deja Voodoo Spells dan Faizal Tahir (Thunder Struck, Superhero, Rock & Roll, Beat It), Mizz Nina (Let Me C U Get It,What You Waiting For), Hujan (Inspektor Remos), They Will Kill Us All (The Great Glass City, Bittersweet (Knights of The Round Table) dan Love Me Butch (Come On…Come On..).

Tidak ketinggalan gandingan mantap dari Yuna & Najwa dengan lagu Decorate & Got To Go, Reshmonu (Oh Anok Anok), James Baum & Floor Fever (One Night), Monoloque & Atilia (Kekanda Adinda), Altimet & Noh (Kotarayaku), A.P.I (Pelita), Arabyrd, Kuhan, Shawn Lee, Shazet, Giller Battle Crew & Wakaka Crew (Birdkick) dan Cuci The Musical (Cuci).

Apa yang lebih mengujakan, kemunculan penyanyi pop sensasi antarabangsa, Iyaz buat julung-julung kalinya di Malaysia menghangatkan lagi pentas Shout! Award menerusi lagu popularnya, Replay, Solo dan So Big secara eksklusif untuk peminat-peminat di sini.

Berikut merupakan senarai pemenang Shout! Award 2010 :

Rockstar Award (Rock Award) – Bunkface

Favourite TV Personality Award – Zizan Raja Lawak

Breakthrough Feature Award – Lagenda Budak Setan (Sharad Sharan)

Popstar Award (Pop Award) – Yuna

Power Vocal Award (Powerful Vocal Award) – Faizal Tahir

Fresh TV Series Award – Nur Kasih (Filmscape)

Favourite TV Program (Non Drama) – Showdown 2010

Music Video Award – Prom Queen (Bunkface)

Flava Award (Hip Hop/R&B Awards) – Mizz Nina

Hot Guy Award – Henry Golding

Hot Chick Award – Scha Al-Yahya

Coolest Radio Announcer Award – Phat Fabes (Fly FM Pagi Show)

Favourite Radio Show – HotFM AM Krew (Fara, Faizal & A.G)

Best On-Screen Chemistry Award – Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)

Mobile Artist Of The Year – 6ixth Sense (Tanpa)

Break Out Award (Best New Act) – Yuna

Ultimate Shout! Award – Yuna

Budiey ucapkan tahniah buat semua pemenang!

DSC_0422

Afdlin Shauki pemenang Best On-Screen Chemistry Award

DSC_0436

Kami happy!

DSC_0451

DSC_0468

Henry Golding. Paling HOT, Paling PANAS!

DSC_0477

Bunkface menang lagi!

DSC_0488

Nah ambik! Tunang Noh Hujan ni memang seksi dan meletop. Semua baju dia, tak silap 3 baju semuanya memang lawa-lawa.

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • The SHOUT! Awards Gather Music, Radio, Television and Film
  • Gambar Selebriti di Karpet Ungu Shout! Awards 2010
  • Keputusan Pemenang Shout! Awards 2009
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Shout! Awards
  • Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards 2010 Sensasi Selebriti
  • Britney Spears join Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Emmy Awards, Britney Spears Crap!
  • Twelve Hotlink customers enjoy Star Treatment at the Shout! Awards
  • Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards di Sensasi Selebriti
  • SHOUT! Awards New Nomination
  • Cara Nak Dapatkan Tiket Shout! Awards 2010
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Selebriti di Karpet Ungu Shout! Awards 2010

    Posted: 20 Nov 2010 10:37 AM PST

    Anugerah paling gempak dan happening, Shout! Awards 2010 dah pun menutup tirai. Sekejap je masa berlalu. Dua tahun anugerah ini meniti bibir rakyat urban yang suka muzik yang cool dan keras. Dua tahun itu juga banyak mematangkan Shout! Awards. Tahun 2010 adalah tahun yang sangat bermakna kerana anugerah kali ini lebih meriah dan happening berbanding tahun 2009. Budiey mahu sekali ucapkan tahniah buat produksi kerana telah berjaya menamatkan misi mereka kali.

    Anugerah Jerit anjuran 8TV ini bukan sahaja ditunggu oleh pemerhati muzik, malah dijeling-jeling juga oleh pemerhati fesyen juga. Kalau tahun lepas ada red carpet, tahun ini ada purple carpet pulak. Oh ya tak ya, tengoklah sapa yang support dan taja anugerah ni. Celcom X-pax tu!

    Jadi untuk part pertama ini, Budiey nak letak dulu gambar karpet ungu yang bermula lebih awal dari sebelum ini. Budiey diberitahu serombongan artis bergaya dan melaram seawal jam 6.30 petang lagi. Awal kan? Sehingga ada jurugambar yang merungut kerana ketinggalan. Mmm… sape suruh datang lewat. Oh ya, diorang pun macam Budiey, lupa nak tengok jemputan.

    So, masa Budiey sampai di karpet ungu, kelihatan dah banyak artis yang lalu. Jadi ini saje yang ada.

    Shout Awards 2010

    Iz OIAM dan Ainul Aishah. Ainul menggayakan rekaan dari Khairi Sufi.

    Shout Awards 2010

    IZ dalam persalinan fabrik mesra alam jenama Mazegallery Agharta khas dari Jepun tajaan butik MUSA Kuala Lumpur

    Shout Awards 2010

    Phat Fabes dari Fly FM Pagi Show

    Shout Awards 2010

    Jeremy & Rudy Red FM

    Shout Awards 2010

    DJ Iman, Altimet dan Joe Flizzow

    Shout Awards 2010

    Shout Awards 2010

    Shout Awards 2010

    Bunkface

    Shout Awards 2010

    Sazzy Falak yang dah hamil 3 bulan

    Shout Awards 2010

    Aishah Sinclair

    Shout Awards 2010

    Arabyrd

    Shout Awards 2010

    Shout Awards 2010

    Shout Awards 2010

    Shout Awards 2010

    Julie

    Shout Awards 2010

    Hans Isac, Afdlin Shauki dan Nabil Raja Lawak dari geng Cuci Cuci The Musical

    Shout Awards 2010

    Hunny Madu

    Shout Awards 2010

    AG & the Gang

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • The SHOUT! Awards Gather Music, Radio, Television and Film
  • Gambar Selebriti di Karpet Ungu Anugerah Juara Lagu 22
  • Gambar Selebriti di Sidang Media Shout! Awards
  • Photo Red Carpet Shout! Awards 2009: Part 2
  • Photo Red Carpet Shout! Awards 2009: Part 1
  • Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards 2010 Sensasi Selebriti
  • Peraduan Menangi Tiket Shout! Awards di Sensasi Selebriti
  • Gambar Karpet Ungu di One In A Million 2 Grand Finale
  • Cara Nak Dapatkan Tiket Shout! Awards 2010
  • SHOUT! Awards New Nomination
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.