Adsense

Ahad, 21 November 2010

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Pakaian Miley Cyrus jadi isu

Posted: 20 Nov 2010 12:00 PM PST

du 05.1 Pakaian Miley Cyrus jadi isu

MILEY CYRUS membuat persembahan dalam satu program televisyen Jerman, Wetten di Berlin pada Sabtu lalu.


BERLIN – Penyanyi terkenal, Miley Cyrus mencetuskan kontroversi lagi kerana dia memakai pakaian yang dianggap lebih dewasa daripadanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Miley yang akan berumur 18 tahun tidak lama lagi memakai pakaian seperti bikini yang ketat semasa membuat persembahan untuk satu program televisyen di Jerman, Wetten pada Sabtu lalu.

Pelakon siri The Hannah Montana itu turut mendedahkan sebahagian besar tubuhnya di hadapan penonton sedangkan dia terkenal dengan imej bersihnya daripada sebarang skandal.

Baru-baru ini, ibu dan bapanya bercerai menyebabkan dia berhasrat untuk menghabiskan masa berkualiti bersama mereka semasa meraikan hari jadinya.

"Saya tidak akan menjadi gila-gila. Cuma berseronok dan mungkin bercuti bersama dengan keluarga," kata Miley. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.