Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Dari Buku Ke Layar Perak

Posted: 09 Jun 2013 04:08 PM PDT

ADVERTORIALFilem 'World War Z' diadaptasi dari sebuah novel seram pasca kemusnahan dunia ('post apocalyptic') tulisan Max Brooks yang berjudul 'World War Z: An Oral History of the Zombie War'. Buku yang dikeluarkan pada tahun 2006 itu adalah kesinambungan kepada 'The Zombie Survival Guide' (2003) dan mendapat sambutan hangat daripada pengkritik yang melihat usaha Brooks sebagai berjaya membawa nafas baru kepada genre zombie.

Ekoran itu, bermulalah perang bidaan di antara syarikat produksi Leonardo DiCaprio, Appian Way and Plan B Entertainment milik Brad Pitt pada tahun 2007, yang akhirnya melihat hak tayangan jatuh kepada Plan B.

Tetapi bukan mudah untuk membawa cerita Brooks ke layar perak, lebih-lebih lagi bila karyanya itu dipersembahkan sebagai satu siri temu bual lisan yang menceritakan sejarah World War Z daripada pelbagai sumber. Pihak penerbit kemudiannya memutuskan untuk menyampaikan kisah World War Z melalui seorang protagonis berbanding ramai pihak tetapi pada masa yang sama mengekalkan tema dan plot cerita.

Mereka yang bertanggungjawab untuk mengadaptasikan tulisan Brooks kepada sebuah skrip terdiri daripada Matthew Michael Carnahan ('The Kingdom', 'State of Play'), Drew Goddard ('Lost', 'The Cabin in the Woods') dan Damon Lindelof ('Lost', 'Star Trek Into Darkness').

Filem 'World War Z' bermula pada satu hari yang biasa, seperti hari-hari yang lain. Seperti biasa, Gerry Lane dan keluarganya mendapati diri mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Namun, sebagai seorang bekas penyiasat United Nations, Lane dapat merasakan ini bukan kesesakan jalan biasa. Kedengaran bunyi helikopter berterbangan di udara ditambah pula dengan bunyi bingit siren polis. Ia sebenarnya petanda bahawa keadaan sudah mula huru-hara.

Satu virus sedang pantas merebak. Mangsa yang digigit akan bertukar dari manusia biasa kepada sesuatu yang liar dan tidak dikenali. Mereka ini kemudiannya akan bertindak menyerang orang lain.
Asal usul virus berkenaan tidak diketahui tetapi bilangan yang dijangkiti dengan virus ini bertambah pada kadar yang membimbangkan. Sehinggakan mengatasi pihak tentera di serata dunia dan membawa kepada kemusnahan kerajaan.

Lane terpaksa kembali kepada kehidupan lalunya untuk memastikan keselamatan keluarganya. Dia perlu mencari punca wabak itu dan cara menghentikan penyebarannya.

'World War Z' akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 20 Jun 2013.

Lihat sedutan filem 'World War Z'

Hampir putus tunang

Posted: 09 Jun 2013 04:05 PM PDT

Black perjelas alasan enggan dedahkan insan istimewa kepada umum

Black mempunyai alasan tersendiri apabila enggan mendedahkan tunangnya, wanita yang dikenali sebagai Cira Khairi, kepada umum. Begitupun, sekali-sekala terpampang juga wajah wanita ini di laman sosial Instagram penyanyi terbabit.

Bukan sekadar tidak mahu mendedahkan insan tersayang, malah Black turut merahsiakan majlis pertunangannya yang diadakan 26 Januari lalu.
Agak tidak adil kalau saya beritahu sekarang kerana ramai rakan media yang ingin mengetahuinya. Jadi, pada sidang media itu nanti, saya akan umumkan tarikh, tema dan lokasi majlis" Black, Penyanyi

Mengakui dugaan bertunang amat berat, ditambah pula dirinya seorang artis, Black bimbang berdepan ujian yang boleh menyebabkan ikatan mereka terlerai.

Namun, saat dirinya berhati-hati menjaga hubungan, Black tetap tidak dapat lari daripada dugaan amat hebat, sehingga hampir memutuskan tali pertunangan.

Sebulan selepas termeterai ikatan itu, perasaan bercampur-baur mula menyelubungi diri masing-masing. Waktu itu, pergaduhan dan pertikaman lidah mudah saja tercetus, walaupun dek kesilapan kecil.

Tidak tahu punca sebenar sehingga berlaku 'perang besar', Black bertindak menemui pakar rawatan alternatif. Dari situ dia menyedari, mereka terkena buatan orang.
"Sebab itu saya tidak mahu menonjolkan dirinya kepada umum. Kami bergaduh sampai ke tahap masing-masing sudah tiada perasaan dan hampir saja memutuskan pertunangan. Saya tidak tahu siapa yang lakukan? Tetapi saya diberi tahu, orang yang melakukannya ialah orang yang dikenali.

"Saya tidak pernah berdendam atau bermusuh dengan sesiapa. Namun apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya," katanya.

Umum tarikh nikah 3 Julai

Sudah memperlengkapkan diri untuk bergelar suami, persiapan majlis perkahwinan yang dijangkakan berlangsung selepas Aidilfitri nanti juga kini mencapai 70 peratus.

Namun, penyanyi berusia 26 tahun ini tetap merahsiakan tarikh sebenar hari bahagianya. Black hanya akan mengumumkan tarikh bersejarah itu pada sidang media yang akan diadakan 3 Julai nanti.

"Agak tidak adil kalau saya beritahu sekarang kerana ramai rakan media yang ingin mengetahuinya. Jadi, pada sidang media itu nanti, saya akan umumkan tarikh, tema dan lokasi majlis.

"Apa yang penting bagi saya, selesai yang wajib (akad nikah) dulu. Sebelum puasa, saya akan menghadiri kursus kahwin dan menyudahkan beberapa lagi urusan termasuk hantaran kerana masa semakin suntuk," katanya yang akan keluar dengan dua single baru berjudul Puisi Sang Dewi dan Takkan Terpisah, yang dijadikan runut bunyi masing-masing untuk filem Lemak Kampung Santan dan drama siaran Astro.

Nafi larikan diri daripada media

Sejak berita pertunangannya dapat dihidu media, juara Mentor 3 ini dilihat seperti melarikan diri serta sukar menjawab panggilan telefon.

Namun, Black yang ditemui selepas rakaman program Rockestra bersama Amy Search dan Azlan untuk TV9 di Shah Alam, baru-baru ini, menyangkal dakwaan itu. Tegasnya, dia sibuk dengan persembahan serta aktiviti berkempen pada pilihan raya lalu.

"Memang masa itu saya tiada masa untuk bertemu media sebab terlalu sibuk. Itulah masanya untuk saya cari duit lebih bagi menampung perbelanjaan majlis kahwin," katanya yang akan membintangi telefilem berjudul Awesome Music Group, untuk siaran Hari Raya nanti.

Bercerita mengenai aktiviti kempen, pada 3 Mei lalu, Black terbabit dalam kemalangan ngeri berhampiran Behrang, Perak, ketika pulang daripada menjayakan acara di Kulim, Kedah, kira-kira jam 1.30 pagi.

Kereta dinaiki bersama abangnya terbalik, menyebabkan kerosakan teruk. Namun, dia bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan