Adsense

Ahad, 2 Disember 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Di Majlis Perkahwinan Ella Dan Azhar Ghazali

Posted: 01 Dec 2012 03:21 PM PST


Selain pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle, Ratu Rock Ella dan Azhar Ghazali juga turut diraikan dalam satu majlis resepsi semalam.. pasangan pengantin baru Ella dan Azhar Ghazali ni telah melangsungkan majlis resepsi mereka di kelab Darul Ehsan, Ampang.. Majlis resepsi yang berlangsung dengan penuh meriah ni boleh disaksikan oleh peminat pada 5 december ini di Astro..

Tapi sebelum itu, apa kata kita layan dulu beberapa keping gambar disekitar majlis perkahwinan Ratu Rock Ella dan Azhar Ghazali kat bawah ni…

Untuk pengetahuan anda, Pasangan ini telah diijabkabulkan di kediaman ibu Ella di Teluk Gadong, Klang Selangor pada 7 Julai 2012 yang lalu.

Gambar Di Majlis Perkahwinan Farid Kamil Dan Diana Danielle

Posted: 01 Dec 2012 03:08 PM PST

majlis resepsi Farid Kamil Dan Diana Danielle
Pasangan pengantin baru yang dikejutkan dengan berita kehamilan Diana Danielle baru-baru ini telah pun selamat melangsungkan Majlis resepsi mereka semalam.. Majlis resepsi Farid Kamil dan Diana Danielle yang berlangsung dalam suasana penuh meriah itu telah diadakan di Taman Ekuestrian Putrajaya dengan bertemakan "garden wedding".

Untuk pengetahuan anda, pasangan ini telah diijabkabulkan di Hotel Flamingo, Ampang pada 3 November 2012 yang lalu.

Tanpa membuang masa lagi, jom kita layan beberapa keping gambar disekitar majlis perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle kat bawah ni..


Kredit foto Instagram Annas Easkey.