Adsense

Ahad, 11 November 2012

Zon Artis

Zon Artis


(Gambar) Anne Ngasri Selamat Bertunang Dengan Ahli Politik

Posted: 11 Nov 2012 07:44 PM PST

GAMBAR PERTUNANGAN ANNE NGASRI

Patah tumbuh hilang berganti. Setelah percintaan antara Anne Ngasri dan Aliff Aziz berakhir pada September lalu, tiba-tiba kami dikejutkan dengan berita yang mengatakan bahawa Anne Ngasri telah selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli politik berstatus duda.

Sedihnya, Anne Ngasri enggan mendedahkan siapakah gerangan jejaka yang menjadi tunangannya itu. Walau bagaimanapun, dengan tersebarnya beberapa gambar sekitar majlis pertunangan Anne Ngasri yang berlangsung di kediaman keluarganya di Taman Bukit Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur semalam, segala-galanya terbongkar dimana lelaki yang menjadi tunangan Anne Ngasri itu dikenali sebagai Mohd Sumali Reduan, berusia 40 tahun dan kini merupakan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO.

Menurut Anne Ngasri, beliau dan lelaki berstatus duda beranak satu ini berkenalan dan berkawan atas dasar kawan sejak setahun yang lalu namun kesungguhan lelaki itu mula tercetus sejak sebulan yang lalu, selepas Anne Ngasri mengakui yang hubungannya dengan Aliff Aziz sudah berakhir.

GAMBAR PERTUNANGAN ANNE NGASRI
+ Kredit: Beautifulnara.com

Memberi tahu kepada pihak media sejurus berita pertunangannya tersebar, Anne Ngasri menyatakan yang mereka akan melangsungkan majlis pernikahan pada bulan Disember nanti. Walau bagaimanapun, Anne Ngasri tidak menyatakan secara terperinci tarikh tepat ianya dilangsungkan.

Psstt: Sanggupkah anda tinggal di apartment ini?

Related Posts with Thumbnails