Adsense

Jumaat, 16 November 2012

Sensasi

Sensasi


Justin Dan Selena Gomez berbaik semula..Punca sebenar perpisahan..

Posted: 16 Nov 2012 09:00 AM PST

This couple is like a song from Katy Perry: Hot then cold, yes then no, in then out, up then down...

Minggu lepas putus cinta,habis havoc seantero dunia,rupanya minggu nie berbaik semula...

Terbaru Justin Bieber dikatakan menjemput Selena Gomez di Airport Los Angelos,kemudian menghabiskan masa bersama.

Selena dikatakan bersama Justin semalaman di biliknya,dan keesokkannya mereka dilihat berpegangan tangan...

Havoc di Internet katanya Barbara Palvin ,Model Victoria Secret ,yang menjadi punca cemburu Selena Gomez...Rupanya terbalikkk...

Justin Bieber sangat cemburu dan memarahi Selena Gomez yang melakonkan adegan cium dengan pelakon gandingannya Nat Wolff. Justin tidak dapat mengawal cemburunya walaupun ianya hanya adegan lakonan..
Mungkin lakonan "cium" Selena nampak hidup kot...hehe..



Selena pula tidak boleh terima sikap Justin yang mengongkong dan cemburu buta.Pastu break off lah derang...

Nampaknya Justin tidak boleh hidup tanpa Selena dan mereka kembali berbaik,...Awww so sweeettttt

Dulukan derang penah break and Jusin nangis2 pujuk Selena...Hopefully jangan Justin nak curang plak in d future..





Syamsul Yusof dekati Ulamak untuk mendalami Agama

Posted: 16 Nov 2012 08:57 AM PST





Alhamdulillah,Sebenarnye melalui perkembangan teknologi sekarang nie ,walaupun masih bayak memberi impak negatif namun boleh juga membuka hati menjadi insan yang lebih baik..

Dekat youtube bermacam ceramah agama dan forum agama yang boleh ditonton,Seronok sebenarnya...

Sensasi punye feveret of course Ustaz Kazim Elias,bukan apa,loghat UAI Sensasi kurang faham..maklumlah dari pantai Timur,bagi yang faham memang terhibur disamping mengisi ilmu didada..

Dari seorang ke seorang selebriti mula berubah,bertudung.Mungkin dulu artis takut bertudung maklumlah cari makan melalui layar perak takut di sisihkan pula,namun dengan suara orang ramai yang menyokong dan memberi  semangat kepada mereka yang berhijrah,maka ramailah yang mula terbuka hati..

Bagi "artis" yang masih seksa (Seksi) namun mempertikaikan kenapa orang ramai nak hentam sangat,well cubalah korang fahamkan,nowadays orang lebih sukakan yang sopan ,seksi dah serupa jahiliah dah..So why not ikut trend masa kini..iaitu trend sopan...Sejuk mata memandang dan orang tak kutuk...

Well bukan sahaja artis wanita yang sudah mula berhijrah,beberapa atis lelaki juga sudah mula menunjukkan minat mendalami agama...

Pengarah filem popular, Syamsul Yusof mahu menjadi insan yang mempunyai pengetahuan dalam ilmu keagamaan dengan lebih mendalam. 

Syamsul yang kini berusia 28 tahun berasa amat malu apabila merasakan dirinya masih cetek pengetahuan agama. 

Demi mencapai perubahan yang dituntut agama Islam, Syamsul mengambil inisiatif untuk mendekati para ilmuan agama untuk mempelajari dan menambah baik pengetahuan ilmu agamanya. 

"Saya merasakan diri ini masih cetek tentang ilmu agama dan disebabkan itulah apa yang saya pelajari dari tokoh agama yang saya berkesempatan jumpa akan dikongsi bersama para peminat di laman sosial seperti Twitter dan juga Facebook." 

Pemilik nama sebenar Mohd Syamsul Yusof turut memberitahu bersempena dengan tahun baru Islam, Maal Hijrah, dia mahu menjadi manusia yang mengejar dunia dan akhirat. 

"Bersempena dengan Maal Hijrah ini saya mahu menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan dapat sama-sama menyebarkan ilmu agama kepada semua agar ilmu yang saya perolehi dapat dimanfaatkan bersama, InsyaAllah," ujarnya. 

Tambah Syamsul yang juga anak kepada penerbit filem terkemuka, Datuk Yusof Haslam berkata, dia percaya anak-anak muda di luar sana pasti mengalami masalah yang sama dialaminya dan disebabkan itu dia berasa terpanggil untuk berkongsi dan menyebarkan mesej tersebut di pelbagai medium termasuk filem. 

Dalam pada itu, Syamsul turut menyuarakan hasratnya untuk menghasilkan sebuah filem bercorak keagamaan untuk golongan remaja suatu hari nanti.

Anne Ngasri sah bertunang dengan ahli politik berumur 40 tahun

Posted: 16 Nov 2012 08:29 AM PST



Tahniah Sensasi ucapkan kepada Anne yang telahpun bertunang bertunang dengan seorang ahli politik iaitu Mohd Samuli Reduan.

 Samuli merupakan seorang ahli politik Setiausaha Kerja Pemuda UMNO. Selepas putus cinta dengan Aliff Aziz nampaknya Anne bertemu dengan Samuli yang ikhlas untuk menjaganya dengan tiga orang anak yang masih kecil hasil perkahwinan dengan bekas suaminya Wafi.

 Ada desas desus mengatakan yang Samuli ni suami orang,namun Anne menegaskan bakal suaminya adalah seorang duda berusia 40 an..

 Hubungan Anne dan Aliff Aziz sebelum nie berkubur dikatakan kerana Aliff rapat dengan pelakon gandingan nya ,siapa lagi kalau bukan Adira AF. Perkahwinan Anne dengan Samuli bakal berlangsung pada Disember ini.

Menurut Anne,Samuli hadir dalam hidupnya tepat pada masanya:
Dia hadir pada waktu yang tepat dan kami saling melengkapi. Segala-galanya sudah dirancang Tuhan. Saya menginginkan pasangan yang mampu menyempurnakan hidup saya dan anak. Saya ingin membina keluarga sakinah yang menjadi idaman setiap suami isteri.

Kata Samuli pula,

Mula-mula, saya tiada perasaan terpaut kepadanya. Saya tahu dia ada teman lelaki, jadi saya tidak ganggu. Selepas saya tahu dia sudah putus, saya mula rapat dengannya. Saya akui saya sudah lama perhatikan Anne, bila sudah kenal, saya dapat rasakan kami serasi kerana banyak berkongsi persamaan. Saya selesa berkawan dengan dia. Malah, Anne faham saya ada seorang anak dan dia pula tiga anak.