Adsense

Rabu, 21 November 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Peraduan Parti 20 Yang Anggun & Disenangi 2012 Budiey.com

Posted: 21 Nov 2012 08:46 PM PST

Salam semua pembaca,

Budiey rasa ramai yang selalu baca Majalah EH; majalah muda mudi yang membicarakan pasal fesyen, kecantikan, acara event di Malaysia serta hiburan dan gaya hidup terkini. Betul tak? Ramai yang cakap, Party EH! memang happening sebab ada selebriti yang HOT!

Kalau korang adalah pembaca setia ! pasti korang tahu event tahunan yang happening anjuran EH! ni iaitu P & Disenangi ni, sila like entri ini jika korang tahu dan mahukan tiketnya.

logo-20-yg-anggun
 

Terbaru, Budiey dikhabarkan Majalah EH! akan mengadakan Parti 20 Yang Anggun & Disenangi 2012 di The Pool, Jalan Ampang Kuala Lumpur pada 24 November 2012 (Sabtu) bermula jam 7 malam hingga 10 malam.

Tahun ini party tahunan yang gempak ini kembali dengan jiwa yang ceria dan lebih hebat dari tahun sudah. Jadi, jangan lepaskan peluang ini kerana dapat berhibur dan beramah mesra dengan selebriti pujaan anda!

Party EH

Sebanyak 20 selebriti wanita cantik jelita lagi anggun akan diraikan bak bintang bergemerlapan pada parti tahunan majalah kegemaran ramai ini.

Antara bintang jelitawan dan selebriti kacak menawan bakal memperagakan keanggunan dengan fesyen dari pereka handalan. Antaranya, , , Pekin Ibrahim, Dayang Nurfaizah, Diana Danielle, Elfira Loy, Fahrin Ahmad, Nur Fathia Latiff, , , Hafiz Iedil Putra, Intan Ladyana, , Misha Omar, , , , dan ramai lagi.

Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan majalah EH! bulan ini sekarang!

Party EH

Jom Sertai Peraduan Parti 20 Yang Anggun & Disenangi 2012 Budiey.com

Sebagai hadiah untuk pembaca Sensasi Selebriti, Budiey akan memberikan 20 keping tiket percuma bernilai RM15 setiap satu kepada pembaca yang betul-betul ingin hadir ke Parti 20 Yang Anggun & Disenangi 2012  ini dengan menjawab slogan dibawah:

Saya ingin hadir ke Parti 20 Yang Anggun & Disenangi 2012  bersama Budiey kerana… (tidak lebih 20 patah perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Parti 20 Yang Anggun & Disenangi 2012 Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:
23 November 2012 jam 8 pagi

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih Majalah EH! atas kesudian menjemput pembaca budiey.com.

Jumpa di sana!

Party EH

Party EH

Facebook Komen

Facebook Komen

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

TV3 Tayang Merlin Musim Ke-5

Posted: 21 Nov 2012 08:05 PM PST

MERLIN 5: TAKDIR SEBENAR CAMELOT
Ikuti Pengembaraan Merlin & Arthur
Setiap Isnin Jam 10.00 malam Di

Kembali untuk musim ke-5, drama bersiri pengembaraan epik fantasi yang berdasarkan kisah lagenda Arthurian iaitu Merlin terus mempesonakan para peminatnya dengan mengetengahkan 'The Die Is Cast' sebagai tema utama pergolakan di Camelot.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2008, para penonton telah mengikuti perjalanan hidup seorang Putera Raja, Arthur bersama seorang pemuda kampung, Merlin yang mempunyai kuasa luar biasa. Di Camelot, penggunaan kuasa magis adalah satu larangan dan Merlin terpaksa menggunakan ilmu dan kuasa sihirnya secara rahsia untuk membantu Arthur. Sudah pasti para peminat Merlin tidak sabar untuk mengetahui sama ada identiti sebenar Merlin sebagai ahli sihir akan terbongkar dan seterusnya diterima oleh Raja Arthur?

Diterbitkan oleh Shine TV dan , siri pengembaraan ini berjaya menambat hati penonton melebihi 180 buah negara dari seluruh dunia. Merlin musim ke-5 masih mengekalkan barisan pelakon yang asal iaitu Colin Morgan (Merlin), Bradley James (Raja Arthur), Angel Coulby (Pemaisuri Guinevere / Gwen), Katie McGrath (Morgana), Richard Wilson (Gaius), Adetomiwa Edun (Sir Elyan), Eoin Macken (Sir Gwaine), Tom Hopper (Sir Percival), Rupert Young (Sir Leon), John Hurt (suara latar sang Naga Hikmat) dan memperkenalkan watak baru, Alexander Vlahos (Mordred).

Merlin 5 kini bersiaran pada setiap hari Isnin jam 10.00 malam, penonton TV3 boleh menyaksikan 2 episod berturut-turut selepas tayangan perdana episod pertama dan kedua pada 16 November 2012. Babak baru bermula dengan zaman kegemilangan kerajaan Camelot di bawah pemerintahan Raja Arthur yang baru mewarisi takhta selama 4 tahun. Kini, Arthur sudah semakin matang dan menjalankan tugasnya sebagai seorang raja yang berwibawa di sisi Pemaisuri Guinevere, para satria yang setia dan juga Merlin yang merupakan kawan karibnya.

Morgana, sebuah nama yang ditakuti oleh rakyat Camelot sudah tidak kedengaran selama 3 tahun. Walaupun begitu, ia tidak bermaksud bahawa Raja Arthur boleh menarik nafas lega kerana kejadian misteri mula berlaku di sempadan utara. Kesemua satria yang ditugaskan ke sana telah hilang. Justeru, Arthur berangkat ke sana untuk menyiasat apakah yang berlaku sebenarnya.

Bersama Merlin dan rakan-rakan seperjuangannya (knights of the round table), Arthur menuju ke destinasi yang penuh dengan cabaran dan tipu muslihat. Kuasa Morgana semakin kuat dan bijak mengaturkan rancangannya untuk menghancurkan Arthur dan Merlin. Kemunculan Mordred, seorang ahli sihir muda yang kesetiaannya tidak diketahui sama ada kepada Arthur ataupun Morgana mampu membawa maut kepada Arthur.

Kemahiran Mordred dalam penguasaan pedang telah mendapat kepercayaan daripada Arthur dalam masa yang singkat sehingga Mordred dilantik sebagai satria. Merlin yang tahu tentang latar belakang Mordred meragui kesetiaan Mordred terhadap Arthur. Malah, Merlin rasa kurang senang hati dengan keakraban Arthur dan Mordred.

Bakal memasuki episod ke-5 & ke -6 pada 26 November 2012, kewibaaan Raja Arthur sebagai seorang pemerintah diuji dengan desakan daripada The Disir untuk kembali kepada cara pemerintahan lama. Sekiranya Arthur inginkan keamanan untuk Camelot, baginda perlu akur dengan permintaan Osgar dan The Disir. Arthur yang mahu membuktikan kemampuan baginda enggan menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh The Disir.

Justeru, tindakan Arthur telah membangkitkan kemarahan The Disir sehingga meletakkan Camelot dalam keadaan yang bahaya. Hanya pengorbanan nyawa yang mampu menyelamatkan keadaan. Apakah Arthur sudah sedia untuk menandatangani konflik ini?

Mampukah Merlin menghalang malapetaka yang akan menimpa Camelot kerana maut sudah semakin hampir dan mengatasi kuasa gelap yang semakin meluas di Camelot? Apakah takdir yang tertulis buat Camelot? Saksikan Merlin musim ke-5 di TV3, setiap hari Isnin jam 10.00 malam. Layari Facebook & Twitter TV3MALAYSIA untuk mendapatkan berita terkini.

Poster Merlin

Merlin

Merlin

Merlin

Merlin

Merlin

Merlin

Merlin

Facebook Komen

Facebook Komen

Tags: , , ,