Adsense

Rabu, 14 November 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Anugerah Skrin 2012 ‘Meletop’, Raih 4 Juta Penonton

Posted: 13 Nov 2012 10:45 PM PST

Bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini telah berlangsung salah satu acara paling berprestij di Malaysia yang memberi pengiktirafan kepada penggiat filem dan drama tanah air. Anugerah Skrin kali ini yang bertemakan "Selami Dunia Fantasi Kami 'Fairy Tale' " telah memberi ilham fesyen fantasi dari penggiat seni dan pereka fesyen tanah air.

Bahang kehangatan ASK 2012 yang berlangsung pada Jumaat  lalu, disiarkan oleh stesen televisyen swasta nombor satu negara, TV3 berjaya meraih jumlah penonton tertinggi 'peak' sebanyak 4 juta (17.1 TVR) atau 54% syer penonton.

Antara aplikasi menarik tahun ini, penonton boleh memilih skrin mana yang ingin ditonton untuk mengikuti suasana pada sebelum dan sewaktu Anugerah Skrin berlangsung sama ada 'Video Streaming di pintu masuk', 'Red Carpet', 'Malam Anugerah' atau 'Thank You Cam'.

Di laman sosial Twitter dengan #ASK2012 bukan sahaja menjadi 'trending' di Malaysia malah ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga berjaya mendapat tempat ke 8 secara global 'worldwide'.

Gandingan bersama Awal Ashaari dan pelakon wanita popular, Neelofa bersama Dato' Rahim Razali, Datin Paduka Umie Aida, Harun Salim Bachik dan Abon untuk mengacarakan majlis penganugerahan.

Pada acara karpet merah pula, gandingan Dynas dan Karl Shafek bersama Juara Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2, Muhammad Fadzil Ahmad Shukor turut memeriahkan lagi acara.

Persembahan teater yang mengisahkan cinta terlarang antara Puteri Anastasia (Rita Rudaini) dan Putera Arjuna (Adi Putra) yang disampaikan oleh Nenek Kebayan (Datin Paduka Umie Aida), mewarnai lagi malam anugerah ini.

Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012),  telah menyaksikan kemenangan besar drama 'Di Telapak Kaki Bonda' terbitan Filmscape Sdn Bhd di bawah arahan Kabir Bhatia yang telah menggondol 4 anugerah utama iaitu Drama Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon TV Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di samping meraikan Bunohan sebagai Filem Terbaik. Lihat foto menarik ASK.