Adsense

Ahad, 4 November 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Di Majlis Pernikahan Farid Kamil Dan Diana Danielle

Posted: 03 Nov 2012 05:15 AM PDT

Gambar Di Majlis Pernikahan Farid Kamil Dan Diana Danielle
Tahniah MyGosip ucapkan buat Farid Kamil dan Diana Danielle kerana dengan hanya sekali lafaz, mereka berdua telah selamat di'ijabkabulkan pada 9.12 pagi tadi di Hotel Flamingo,Ampang, Kuala Lumpur.. Mereka berdua telah dinikahkan oleh Pegawai Takbir Agama Daerah Gombak iaitu, Ustaz Haji Daim Jajuli dan disaksikan oleh dua orang adik Farid Kamil.. Majlis pernikahan yang berlansung di tepi tasik ruang legar hotel tersebut telah disaksikan hampir 300 orang tetamu yang hadir..

Dalam majlis pernikahan ini, Diana Danielle telah menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa senaskhah Al-Quran dan telekung, sirih junjung, mas kahwin dan cincin, sepasang persalinan, manisan, kek serta kasut dan bag.

Manakala Farid Kamil pula menerima tujuh dulang hantaran daripada pengantin perempuan iaitu mini bike Kawasaki, sirih junjung dan Bubble Gum Towel, set pewangi Hugo Boss, sebentuk cincin dan wallet, majalah Polo,manisan dan foto album daripada pihak pengantin.

Selepas ini, Majlis resepsi bagi pihak perempuan bagi meraikan kedua-dua pengantin baru ini akan diadakan pada 30 november ini.. manakala majlis sambut menantu belah pengantin lelaki pula akan berlangsung pada 12 Disember di Jitra, Kedah.

Tahniah! sekali lagi MyGosip ucapkan buat Farid Kamil dan Diana Danielle, semoga perkahwinan mereka berdua akan berkekalan sehingga ke akhir hayat hendaknya.. Apa-apa pun jom kita layan beberapa keping gambar disekitar majlis pernikahan mereka berdua kat bawah ni…