Adsense

Khamis, 15 November 2012

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Sudah Mula Beroperasi

Posted: 14 Nov 2012 10:31 AM PST

Sistem menangkap had laju dan melanggar lampu isyarat, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudah mula beroperasi malam tadi (Sabtu). Sistem ini telah diletakkan di 14 kawasan 'panas' untuk fasa pertama.

gambar kamera AES

14 kawasan yang terlibat yang telah dipasang termasuklah beberapa kawasan di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan 10 daripada kamera tersebut dengan tujuan menangkap had laju manakala selebihnya untuk tujuan mengesan mereka yang melanggar lampu isyarat.

Sebanyak 817 lokasi baru akan dibekalkan dengan sistem AES untuk fasa kedua meliputi seluruh negara. Perlaksanaan AES adalah tindakan drastik yang tegas dari kerajaan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ ) dalam usaha mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.

Kebanyakan lokasi kamera AES yang dipasang merupakan lokasi yang dikenalpasti sebagai lokasi maut yang mencatatkan jumlah kematian yang tinggi. Untuk lebih berwaspada, JPJ telah menyenaraikan lokasi-lokasi tersebut di laman web mereka iaitu www.jpj.gov.my

Papan tanda amaran bagi AES ini juga telah diletakkan sebelum lokasi kamera tersebut. Bagi kawasan yang melibatkan had laju, papan tanda ini boleh dilihat sekitar 1 hingga 2 kilometer sebelum kamera tersebut. Manakala bagi kawasan berlampu isyarat, papan tanda ini diletakkan 50 hingga 500 meter sebelum kawasan tersebut.

Imej yang ditangkap oleh kamera AES akan terus dihantar ke pusat kawalan AES secara automatik dan nombor plat kenderaan yang melanggar peraturan tersebut akan dikesan dan dihantar kepada pemilik kenderaan tersebut.

Kepada pemilik kenderaan yang menerima notis saman AES yang direkodkan di Perak, mereka boleh menghubungi pusat kawalan AES untuk mengetahui butiran lanjut mengenainya ditalian 03-78464400. Sementara bagi kesalahan yang direkodkan di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur mereka boleh menghubungi talian 03-7628 8268.

NGERI…Mayat melekat di belakang lori

Posted: 14 Nov 2012 06:27 AM PST

Ini gambar kemalangan yang membabitkan seorang pemuda yang melekat di belakang lori…. berhati-hati lah..jadikan ini sebagai teladang, jangan pandu laju, sayangilah nyawa anda dan ingatlah orang tersayang menanti kepulangan anda..lihat lagi gambar2 ngeri ini