Adsense

Rabu, 10 Oktober 2012

Zon Artis

Zon Artis


Jimmy Shanley & Suhaila Sah Bercerai Dengan Tebus Talak RM1

Posted: 10 Oct 2012 08:35 PM PDT

JIMMY SHANLEY DAN SUHAILA BERCERAI

Setelah sekian lama mengharungi konflik rumah tangga, akhirnya pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy bercerai talak satu secara khuluk atau tebus talak dengan bayaran RM1.

Lafaz cerai (khuluk) itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya pada Rabu (10 Oktober 2012) selepas masing-masing bersetuju untuk menamatkan rumah tangga yang dibina dua tahun lalu.

Abd Halim yang mendengar lafaz itu kemudian membenarkan jatuh talak satu. Tebus talak itu dibuat mengikut Seksyen 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 yang difailkan oleh Nursuhaila.

JIMMY SHANLEY DAN SUHAILA CERAI

Dalam prosiding itu, Nursuhaila yang merupakan plaintif bersetuju untuk menggugurkan tuntutan nafkah edah, mutaah serta hutang sementara Jimmy pula bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan berkaitan hutang di antara mereka. Good!

Related Posts with Thumbnails