Adsense

Ahad, 7 Oktober 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto Khairul Fahmi & Leuniey Dating Tepi Pantai

Posted: 07 Oct 2012 10:22 PM PDT

Minggu lalu foto mesra Khairul Fahmi dan kekasihnya, Leuniey Natasha hangat diperkatakan oleh peminat-peminat industri tempatan, sehingga Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apex mengakui sendiri kepada pihak media bahawa statusnya bersama Leuniey adalah bukan sekadar kawan biasa.

Terbaru foto mereka di muat naik sekali lagi menerusi laman Istagram masing-masing dan kali ini mereka kelihatan sungguh mesra dan seolah-olah sedang bercuti di sebuah pusat peranginan di tepi pantai.

Jom lihat foto 'dating' mereka selepas ini. So sweett!!

“Saya Bukan Simbol Seks” – Fathia Jawab Isu Pakaian Seksi

Posted: 07 Oct 2012 09:27 PM PDT

Terbaru, menerusi laporan Kosmo Online hari ini, Nur Fathia dikatakan telah menetapkan garis panduan untuk dirinya berpakaian kerana tidak mahu mengulangi kesilapan lalu sehingga dilabelkan sebagai pelakon seksi.

"Saya bukan simbol seks dan saya enggan memakai pakaian yang terlalu menjolok mata. Saya akui berlaku sedikit pertengkaran ketika sedang menjayakan sebuah babak sebagai pelacur dalam filem 'Darah Panas' kerana saya dipaksa memakai pakaian ketat dan menjolok mata."

"Pada hari kejadian juga saya berkeras untuk menukar pakaian lain yang kurang seksi berbanding baju dan skirt paras paha yang diberi oleh produksi. Setakat itu had saya dalam berpakaian!" tegas pelakon jelita ini.

Fathia turut menegaskan bahawa untuk masa akan datang dia akan lebih berhati-hati dalam aspek pemilih pakaian dan sekiranya dikehendaki untuk tampil seksi, dia akan pastikan pakaian tersebut tidak keterlaluan.