Adsense

Isnin, 3 September 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Zed Zaidi Menuduh Tanpa Usul Periksa?

Posted: 03 Sep 2012 09:12 PM PDT

Menerusi laporan pihak media mStar Online hari ini, seorang pengarah drama Michael Ang telah melahirkan rasa kecil hatinya terhadap Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi. Perkara ini timbul apabila Zed Zaidi telah mempersoalkan kemunculan pelakon dari negara seberang, Randy Pangalila yang didakwa bekerja tanpa permit, termasuklah ketika dia muncul dalam rancangan Randy! Oh My Raya di saluran Astro Ria baru-baru ini.

Menurut Michael Ang, Zed Zaidi seharusnya menghubungi dirinya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan media dan menuduh Randy yang bukan-bukan. "Zed sepatutnya berjumpa atau menghubungi saya untuk bertanyakan tentang isu ini. Bukannya "main redah" saja nak buat kenyataan kepada media. Ia dilihat seolah-olah Zed terlalu mengejar publisiti."

"Bukankah lebih mudah jika dia bertanya kepada saya terus tentang status Randy. Boleh saja saya jelaskan kerana saya yang membawanya ke sini (Malaysia) untuk drama Biar Bintang Sampai Ke Bulan (disiarkan di Astro Ria pada tahun lalu)." ujar Michael Ang.

Pada minggu lalu, menerusi akaun Twitter Zed Zaidi, beliau telah mempersoalkan tentang kehadiran Randy sebagai rakyat Indonesia yang diberikan satu program khas Hari Raya berjudul Randy! Oh My Raya. Selain itu, Zed turut mempertikaikan keahlian Randy dalam Persatuan Seniman. Di mana seorang individu tersebut wajib menyertai Persatuan Seniman sekiranya ingin terlibat dalam produksi di negara ini.

Apabila perkara sebegini timbul, ia membuatkan Zed Zaidi menganggap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), telah terlepas pandang mengenai prosedur wajib yang dikenakan bagi pelakon luar negara yang ingin bekerja di Malaysia, begitu juga dengan pihak produksi yang mengambil mudah tentang isu berkenaan.

Bagi Michael Ang, Zed Zaidi berhak untuk mempertikaikan sebarang perkara yang dilihat boleh merosakkan industri hiburan tempatan, namun begitu beliau seharusnya selidik atau bertanya dahulu  kepada orang yang bekenaan sebelum membuat sebarang tindakan.

Menerusi isu yang ditimbulkan oleh Zed Zaidi ini, ia langsung tidak menghalang Michael Ang untuk terus mengambil pelakon dari luar negara untuk berlakon dalam dramanya, sekiranya perlu pada masa akan datang.

Michael Ang kini baru selesai mengarahkan sebuah lagi telefilem yang membabitkan Randy dan Elfira Loy yang berjudul Dalam Hati Ada Taman. Telefilem ini akan disiarkan pada Oktober depan di saluran Astro Ria.

PSY Kini Sebaris Justin Bieber, Ikat Kontrak Bersama Island Agency

Posted: 03 Sep 2012 08:06 PM PDT

Hampir 2 bulan yang lepas, Psy hanyalah artis yang berasal dari Korea. Kemunculan muzik video Oppa Gangnam Style telah merubah segalanya.

Tarian "kuda" ini telah menjadi ikutan ramai dan mencatat lebih 90 juta jumlah tontonan selepas hampir 2 bulan dimuat-naik ke laman Youtube. Hari ini (4 September), Psy secara rasminya telah mengikat kontrak bersama Island Agency, sebuah label yang turut mengikat Justin Bieber dan Jennifer Lopez dibawah mereka.

Menurut wakil Psy, "Psy telah menandatangani kontrak bersama Island Record untuk mengurus perjalanan Psy diseluruh dunia."

Menerusi laporan AllKpop lagi, Psy akan turut membuat persembahan di MTV VMA (Video Music Awards) yang akan berlangsung pada 6 September ini.