Adsense

Rabu, 26 September 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Mrs. Bieber Meninggal Dunia

Posted: 26 Sep 2012 10:54 PM PDT

Berita sedih! Justin Bieber mendapat khabaran sedih apabila Avalanna Routh atau dikenali sebagai Mrs. Bieber telahpun meninggal dunia.

Perkenalan bermula ketika Justin Bieber bertemu Avalanna dan bermain permainan papan, gula-gula dan sebagainya yang menyebabkan sedikit sebanyak sikap Avalanna telahpun mencuri hati Justin Bieber.

Dalam kenyataan Justin bieber di laman Twitternya, Mrs. Bieber merupakan semangat besar kepadanya dan mengatakan bahawa beliau telah kehilangan semangat terbesar yang pernah beliau kenali.

Justin Bieber dan Avalanna saling berkenalan pada awal tarikh hari kekasih ataupun Valentines Day pada bulan Februari.

Pada laman twitternya, Justin Bieber melaraskan sekeping gambar bersama Avalanna dan meminta para peminatnya untuk mendoakan keluarga dan juga Avalanna.

Antara yang diperkatakan oleh Justin Bieber adalah "Please pray for her family and for her. RIP Avalanna. I love you".

Saya Tahu Obama Bukan Muslim- Madonna

Posted: 26 Sep 2012 10:49 PM PDT

Penyanyi berusia  54 tahun itu mengeluarkan kenyataan maklum balas untuk mempertahankan ucapan yang telah beliau lakukan dengan mendakwa beliau telah membuat kenyataan yang salah dengan mempercayai bahawa Obama adalah seorang muslim.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau sedang ironis di atas pentas dan mengetahui bahawa Obama bukan seorang muslim walaupun sesetengah rakyat beranggapan bahawa Obama merupakan seorang muslim.

Sambung beliau, paling utama beliau ingin menegakkan kenyataan bahawa Obama merupakan seseorang yang baik. Beliau tidak peduli agama apa yang dianuti oleh Obama malah siapa yang disembah, beliau hanya ingin menumpukan kenyataan bahawa Obama seorang yang baik .

Pada konsert baru-baru ini, Madonna telah mencetuskan kontroversi baru dengan menanggalkan pakaian dan mendedahkan tulisan perkataan Obama di belakang badannya.