Adsense

Isnin, 24 September 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Sepatu Tinggi Terhangat Musim Ini

Posted: 24 Sep 2012 11:04 PM PDT

Warna-warni lambang personaliti diri. Pemilihan warna mampu mempengaruhi emosi jiwa si pemakai. Lebih-lebih lagi jika rona warna tersebut terdapat pada gaya aksesori di tubuh badan anda. Kini, Ohbulan! membawakan corak terbaik dengan rona warna menarik yang merupakan stail terkini dalam bergaya iaitu kasut tumit tinggi bertapak rata dimana corak reka bentuknya dan rona warna yang menarik tersebut mampu menghasilkan imej yang ceria.

Bagi si gadis yang inginkan kelainan, sepatu tinggi bertapak rata ini mampu menyerlahkan personaliti si cantik dengan corak reka bentuknya serta permainan warna yang digunakan mampu menyerlahkan kejelitaan si pemakai.

Hasil gabungan warna yang menarik, mampu menonjolkan sifat ceria diri si pemakai tatkala menggayakannya. Gabungan berperincian 'studs shoes' dibelakang tapak, mampu mencipta aura si cantik dalam ketegasan.

Tali-tali terbaik dengan cengkaman kuat pada ibu jari kaki hadapan memberi tahap kestabilan yang tinggi apabila menggayakan tumit tinggi bertapak rata berwarna menarik ini.

Selain memberikan ciri-ciri keselesaan kepada si pemakai, ianya juga mampu menaikan aura seri keceriaan kepada si pemakai tatkala menggayakannya.

Berikut foto-foto sepatu tinggi bercorak menarik terhangat musim ini:

Sumber : Boutique HOB!

Psy Puji Malaysia, Kentang Goreng McShaker Ala “Gangnam Style”

Posted: 24 Sep 2012 10:40 PM PDT

Kami sedikit terlambat? Ouh mana mungkin terlambat. Jika ianya berkenaan Psy, tiada apa yang cepat dan tiada apa yang lambat, kerana fenomena 'Gangnam Style' masih lagi hangat jika dibandingkan gosip 'sisipan' selebriti Malaysia.

Satu pujian yang menggunung harus diberikan pada individu yang telah menghasilkan idea sebegini. Kentang goreng McShaker ala 'Gangnam Style' sememangnya menarik perhatian pelbagai pihak. Bukan itu saja, OHBULAN! juga masih tidak berhenti ketawa apabila melihat foto yang dimuat-naik di laman Twitter itu.

Dalam tulisan Psy di laman Twitter rasminya, Psy memuji dengan idea kreatif Malaysia.

They know how to do it Malaysia~!!!!! LOL

Kami masih lagi terbayang, beli kentang, tuang McShaker, kemudian 'Gangnam Style' di dalam McDonald dan buka, makan. LOL.