Adsense

Jumaat, 21 September 2012

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


Gambar Kereta Mitsubishi Evolution-M7 Zizan Raja Lawak

Posted: 20 Sep 2012 07:53 PM PDT

Mak oii..bergaya sakan kou ye.. Zizan. Zizan Raja lawak dengan kereta barunya iaitu Mitsubishi Evolution yang dibeli pada 10 pada 28 Mac 2012 di Mutiara Motors, Larkin, Johor Bharu. Namun kereta Mitsubishi Evolution 10 milik Zizan ini bukannya model yang biasa kerana ianya telah diubahsuai oleh M7. Harga kereta ini adalah sekitar RM280,000.

Lihat lagi gambar2 zizan dan keretanye dengan

Spesifikasi Evolution 10 (Evo X) Tuned by M7

Gambar terkini Ning Baizura Hamil 5 Bulan

Posted: 20 Sep 2012 07:40 PM PDT

Dalam sidang media lepas, penyanyi Ning Baizura, 37 ,  memberitahu media secara rasmi bahawa dia telah mengandung 5 bulan. Di sidang media khas itu, Ning begitu gembira berkongsi cerita tentang kehamilannya sejak berkahwin 4 tahun lalu, Ning dan suaminya Omar,mereka bersyukur kerana doa telah dimakbulkan setelah sekian lama menanti

"Saya dan suami, Omar Sharif gembira dengan kehamilan sulung saya ini. Alhamdulillah saya tidak mengidam apa-apa seperti ibu-ibu mengandung lain,"

"Tidak kisahlah jantina apa pun anak kami nanti. Tapi, saya suka kalau dapat anak perempuan. Kalau suami pula, dia nakkan anak lelaki,"

Ning kongsi cerita pengalaman mengandung

"Sepanjang saya hamil, saya tidak berasa mual, muntah atau pening dan saya pasti bayi dalam kandungan ini sangat memahami serta bijak kerana tidak mahu melihat ibunya sakit. Selain itu, saya juga tidak mengidam sebarang makanan. Disebabkan tidak mengalami sebarang alahan atau mengidam seperti wanita hamil yang lain, saya masih tidak percaya yang saya dah hamil.

"Tiga bulan pertama kehamilan, saya obses dengan makanan berasaskan sayuran seperti tempe, tofu dan juga minum air kacang soya. Saya juga mengamalkan makanan yang sihat seperti makan buah-buahan, oat, ikan serta makan dua biji kurma setiap hari."