Adsense

Sabtu, 8 September 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Acha trauma

Posted: 07 Sep 2012 04:38 PM PDT

Fokusnya masih lagi terarah untuk membina karier, malah terlalu banyak keinginan yang bermain di sudut minda membuatkan Acha Septriasa mengenepikan dulu kemahuan peribadinya.

Pada usia 23 tahun, gadis yang melonjak populariti selepas membintangi filem, Heart itu mengungkap, terlalu banyak yang ingin terlebih dulu dicapai sebelum memilih untuk bernikah.

Saya tidak perlu terburuburu (untuk bernikah). Lebih baik saya manfaatkan usia muda ini dengan berkarya dulu. Saya percaya apabila tiba masanya (bernikah), ia akan terjadi sendiri. Masih banyak yang mahu saya capai kerana selain berlakon, saya punya keinginan bekerja di pejabat.
Belum sedia

Jadi pernikahan bukan perkara utama dalam rencana hidup saya ketika ini,h kata gadis kelahiran 1 September 1989 yang matang dalam menyusun bicara itu.

Pernah empat tahun menjalin cinta dengan gandingannya dalam Heart, Irwansyah namun hubungan itu berakhir di pertengahan jalan membawa Acha ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran.

Acha berkata, selepas Irwansyah dia sempat menjalin cinta dengan seorang jejaka namun percintaan itu juga tidak bertahan lama. Bekas kekasih saya itu sudah mahu menikah.
Tidak perlu saya jelaskan identiti jejaka itu, lagipun tidak enak kerana dia sedang menanti hari bahagianya.

Jodohnya sudah sampai tetapi saya tidak kecewa. Saya tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu. Saya senang begini, lebih dekat dengan keluarga, katanya.

Trauma putus cinta dengan Irwansyah masih dirasai Acha membuatkan dia sering untuk kembali menjalin percintaan sesama artis.

Berbeza bidang

Turut menggeluti dunia nyanyian, Acha tidak menafikan hatinya sudah dimiliki malah hubungannya dengan jejaka yang masih dirahsiakan identiti itu direstui keluarga.

Mempunyai teman lelaki sama kerjaya, sepanjang masa pasti akan bertemu. Begitu juga apabila putus, pasti bertemu semula. Situasi itu membuatkan saya kurang selesa.

Jika diizinkan Tuhan, saya berharap dipertemukan jejaka berbeza bidang.

Dunia ini masih ramai lelaki, bukan hanya yang bergelar artis. Apa yang penting, kami boleh bertukar-tukar fikiran, jelas Acha.

Biarpun mengakui sudah mempunyai pacar namun kenyataan itu belum membebaskan Acha daripada terus dihimpit gosip panas.

Terbaru dia yang ditemani anak Duta Besar Indonesia di Greek ketika menghadiri Festival Filem Antarabangsa Untuk Keamanan, Inspirasi dan Persamaan di Grand Indonesia, Jakarta, akhir minggu lalu mengundang spekulasi ramai.

Acha bagaimanapun membantah gosip berkenaan, malah tegas menyatakan jejaka bernama Josie itu tidak lebih sekadar sahabat yang dianggapnya seperti abang kandung.

Dia abang saya, kebetulan dia rapat dengan Duta Besar Indonesia di sana lalu turut menerima undangan ini. Saya sudah punya kekasih, tetapi tidak dapat bersama, katanya.

Harap pemerintah bantu anak seni

Mendapat tempat di hati peminat filem lewat lakonannya dalam Heart, Love Is Cinta dan Menebus Impian, Acha yang kembali aktif selepas tamat pengajian berbangga menjadi sebahagian daripada penggiat filem Indonesia. Dia yang bakal muncul dalam filem Rectoverso dan Test Pack mengharapkan produksi tempatan mendapat sokongan pemerintah untuk maju serta diterima di pentas antarabangsa.

Acha juga berharap, kerajaan Indonesia memberikan keadilan sosial kepada seluruh lapisan masyarakat kerana anak seni turut memiliki tanggung jawab tersendiri.

Artis antara kelompok yang tidak pernah culas membayar cukai, malah bayaran hanya diterima selepas pemotongan cukai dibuat.

Saya berharap cukai diterima itu dimanfaatkan untuk masyarakat, meskipun saya belum melihat impak secara langsung daripada pembaharuan dibuat, katanya.

Dalam keg ha irahan pelakon muda mencuba nasib menduduki kerusi pengarah, Acha akui, dia belum yakin untuk bergelar sutradara sekalipun sudah banyak filem dibintanginya.

Memiliki keinginan untuk memegang teraju penting itu, Acha ketika ini mahu terlebih dulu menimba pengalaman daripada pelakon senior.