Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Sembunyi identiti

Posted: 28 Sep 2012 03:56 PM PDT

Berjauhan daripada keluarga dan menjalani hidup sendirian di rantau orang membawa banyak perubahan dalam kehidupan penyanyi remaja, Gita Gutawa. Anak kepada pemuzik, Erwin Gutawa berusia 19 tahun ini hidup berdikari sejak setahun lalu apabila memilih untuk melanjutkan pelajaran di Birmingham, United Kingdom.

Sudah pandai berdikari

"Banyak yang baru, dulu saya tidak pandai menguruskan diri apatah lagi memasak dan mencuci baju sendiri tetapi sekarang saya sudah boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Berjauhan daripada keluarga juga mendidik saya supaya berhemat. Dulu, saya bebas berbelanja, boros membeli apa saja yang dimahukan namun kebelakangan ini, kegilaan itu saya cuba batasi.
"Saya punya keinginan untuk mencari wang poket di samping kuliah, cuma belum dicuba," kata pemilik nama lengkap, Aluna Sagita Gutawa yang begitu sinonim dengan lagu Kembang Perawan, Sempurna dan duet bersama Dafi, Dua Hati Menjadi Satu.

Menuntut di University of Birmingham yang mengambil masa satu setengah jam perjalanan ke London, Gita akui apabila hidup bersendirian, ia menguji kekuatan jati dirinya. Paling utama menjaga kepercayaan kedua-dua orang tua meskipun sering dibelenggu kerinduan. Selain keluarga, paling dirinduinya makanan kegemaran, lumpia Semarang. Sejurus sampai di lapangan terbang, hidangan itu segera dicarinya

Rindu masakan mama

"Banyak hal membuatkan saya rindu kepada tanah air, terutama lumpia Semarang yang dimasak mama. Setiap kali kalau menjemput saya pulang bercuti, mama pasti akan membawa hidangan itu," katanya yang kini pulang bercuti di Jakarta, turut memanfaatkan kesempatan itu belajar memasak makanan kegemarannya untuk dipraktikkan apabila kembali ke Birmingham.
Setahun di bumi Inggeris dan memfokus kepada pendidikan, pemain watak Lola dalam filem, Love In Perth ini belum bersedia meninggalkan dunia hiburan.

Sering waktu cutinya diisi pelbagai acara hiburan di Jakarta, apatah lagi dia masih terikat kontrak sebagai duta produk syampu.

Meskipun pada awalnya berkeinginan mendalami jurusan muzik, namun memikirkan masa depan, dia beralih memilih subjek ekonomi.

"Terus terang saya belum punya rencana masa depan cuma dengan mendalami ilmu ekonomi, saya berhasrat menceburi bisnes muzik.

Saya sudah punya latar dalam bidang muzik, jadi jika ingin mendalami bisnes ini saya perlu mendalami ilmunya dulu," katanya yang mengakui semakin selesa di sana kerana sudah mempunyai ramai teman.

Lari daripada populariti Membawa diri jauh daripada limpahan populariti, Gita bersyukur kerana tidak ramai mengenali dirinya sebagai seorang penyanyi.

Ia bertepatan dengan niat asalnya yang ke sana untuk bergelar mahasiswa dan bukan membawa gelaran penyanyi popular.

"Ada juga beberapa orang yang tahu, tidak kurang yang sengaja melayari internet untuk mencari informasi mengenai kegiatan seni saya di tanah air. Ia tidak pernah menimbulkan masalah besar kerana saya cuba menikmati keseronokan bergelar pelajar, tanpa perlu terlalu memikirkan aktiviti seni," katanya mengakui biarpun kerap pulang ke Jakarta untuk memenuhi undangan persembahan tetapi dia tidak mahu aktiviti nyanyiannya terlalu diperkatakan teman sekampus.

Tunda album baru

Kesibukan kuliah juga mendesak penerima Album Terbaik, Anugerah Muzik Indonesia (AMI) 2008 ini menunda perancangan menerbitkan album terbaru.

Sempat menulis lirik hingga terhasilnya lagu, Ayo Come On, Gita berkata, melahirkan album baru bukan keutamaannya.

"Sementara kuliah, saya cuba cari kesempatan untuk bekerja di balik tabir bersama papa. Saya juga masih dalam proses mengumpul material, cuma kali ini saya memilih mencipta lagu bertemakan persahabatan dan punya nilai positif," kata bekas kekasih Derby Romero ini.

Dia beruntung kerana dipertemukan teman sekampus yang sama mempunyai minat terhadap muzik. Bersama mereka, Gita sering berkongsi maklumat mengenai muzik dan bertukar idea bagi memantapkan lagi kemunculannya dalam seni nyanyian.

3 pasangan putus cinta

Posted: 28 Sep 2012 03:52 PM PDT

Kisah tiga pasangan artis putus cinta nyata menjadi bualan hangat di kalangan peminat dunia hiburan sejak minggu lalu. Kisah artis putus cinta memang menarik untuk diperkatakan kerana ketika mereka bercinta, segala-galanya bagaikan serba indah tetapi dek sesuatu yang tidak dijangka cepatnya mereka memutuskan kasih yang terjalin.

Ia membabitkan Yuna dan Qi Razali, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah serta Anne Ngasri dan Aliff Aziz menghangatkan termometer dunia hiburan. Mahu atau tidak, kisah peribadi seumpama ini yang ada kalanya jarang mahu dikongsi golongan selebriti tetap menjadi perhatian ramai.

Komen Remy Ishak baru-baru ini di laman Twitter miliknya antara bukti dia dengan Tiz sudah tidak lagi memadu kasih. Difahamkan sudah tiga bulan, mereka tidak sehaluan. Bagaimanapun keduaduanya masih profesional kerana saat ini sedang melunaskan baki penggambaran drama Cinta Jangan Pergi arahan Kabir Bhatia sebagai pasangan kekasih.
Kawan baik

Alasan putus cinta mereka masih kabur. Namun Remy berkata, ia tiada langsung dengan orang ketiga dan perpisahan terjadi dengan baik.

Alasan yang lebih kurang sama dinyatakan Yuna terhadap perpisahannya dengan Qi. Yuna memberitahu mereka mengambil keputusan bersama untuk berpisah dan memilih untuk menumpukan perhatian pada kerjaya seni.

Tetapi, kedua-duanya masih mengambil berat sebagai kawan baik. Akui Yuna sebelum ini, selepas tiada komitmen cinta dia bebas untuk melakukan apa saja. Qi juga akui bebas untuk menjalinkan hubungan dengan wanita lain.
Cinta Anne dan Aliff yang terjalin sejak awal tahun ini juga berakhir tidak seperti diharapkan mereka berdua untuk ke gerbang perkahwinan.

Hubungan mereka putus tidak membabitkan tekanan keluarga Anne mahupun kenyataan umum yang pernah dikeluarkan Darling Ngasri sebelum ini berkaitan hubungan cinta pasangan terbabit. Puncanya masih kekal rahsia. Anne dalam kenyataannya percaya apa yang sudah terjadi memberi hikmah tersendiri.

Kejayaan Shila

Kisah kejayaan Shila Amzah menjuarai pertandingan nyanyian Asian Wave 2012 pada 20 September lalu di Shanghai, China turut menjadi bualan ramai. Ia meninggalkan impak cukup hebat kerana anak jati Malaysia berjaya menewaskan bakat lain serata Asia. Lebih manis kemenangannya itu melayakkan Shila berkongsi dana mengembangkan kerjaya seninya di peringkat Asia bernilai RM5 juta bersama pemenang kedua dan ketiga. Shila unggul dengan memenangi tiga kali battle di final dengan saingan daripada peserta Thailand dan dua peserta China.

Kekasih hati Sharnaaz Basir Ahmad itu mempertaruhkan lagu Gemilang (dendangan asal Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan lagu Mandarin, Zheng Fu (Na Ying) ketika bertarung dengan sembilan peserta dari Asia. Shila juga akan berulang alik ke China kerana jadualnya sudah padat hingga hujung tahun ini. Tahniah Shila!

Isu Rashidi, Vanidah Turut menjadi perhatian ialah mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kepada sebuah akhbar yang menggesa pasangan suami isteri yang juga pelakon filem Untuk Tiga Hari, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak supaya segera merujuk Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah dalam filem arahan Afdlin Shauki itu.

Bagi memperbetulkan keadaan dan bimbang wujud salah sangka serta fitnah mengenai status suami isteri sejak berkahwin pada 1 Oktober 2000, Vanidah dan Rashidi bangkit mempersoalkan tindakan pihak yang meragui status perkahwinan mereka hanya berdasarkan dialog dalam filem itu.

Vanidah memberitahu, setiap kali ada tawaran memerlukan mereka berlakon sebagai pasangan suami isteri, keduaduanya akan mengkaji dulu skrip.

Rashidi juga sudah berjumpa peguam untuk mendapatkan keterangan lanjut dan penerangan lebih jelas mengenai isu berbangkit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan