Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Faktor X Nazim + Soo Winci

Posted: 15 Sep 2012 04:04 PM PDT

MEMINJAM semangat sekali gus memperingati detik bersejarah memperingati tarikh penubuhan persekutuan Malaysia yang jatuh hari ini, dua bintang yang semakin mekar nama di persada seni, Nazim Othman, 28, dan Soo Wincci, 26, disatukan dengan cerita tersendiri.

Premis hiburan terkemuka di Kuala Lumpur, Istana Budaya menjadi saksi melihat keserasian kedua-duanya yang pertama kali digandingkan mewakili dua kaum di negara kita yakni Melayu dan Cina. Lebih istimewa hari ini juga menjadi ulang tahun ke-28 jejaka yang dilahirkan di Sabah tetapi membesar di Johor Bahru itu.

Secara kebetulan juga Nazim dan Soo mempunyai persamaan nyata. Kedua-duanya yang memulakan kembara seni sekitar 2008 dan pernah bergelut untuk membuktikan bakat mereka diterima dan diperhatikan. Malah semangat tidak pernah kenal putus asa antara kekuatan yang meneruskan survivor mereka hingga saat ini.
Nama Nazim mula meledak selepas membintangi drama Dejavu Di Kinabalu terbitan Global Station Sdn Bhd arahan Erma Fatima menghiasi slot Akasia TV3 menerusi watak Bazli. Menerusi slot yang sama juga dengan judul Kau Yang Terindah arahan Erma juga, wajah Nazim boleh ditonton lagi di TV3.

Nazim bertuah dan beruntung kerana Erma yang dikatakan sedang menggilap bakatnya memberi kepercayaan kepadanya lagi untuk melangkah ke pentas teater Tun Hasmah buat julung kali. Teater arahan Erma dan diterbitkan World Islamic Network Television Sdn Bhd itu menyerahkan watak Tun Dr Mahathir di usia muda kepadanya.

"Dua tahun lalu, saya pernah mendapat panggilan peribadi daripada Kak Erma yang menawarkan watak. Tetapi saya tidak dapat memenuhinya. Hakikatnya saya memang sudah lama memasang angan untuk berlakon di bawah arahannya. Hujung tahun lalu saya ada berlakon drama muzikal Inspirasi Varsiti di RTM di bawah syarikat milik Kak Erma.

"Tetapi masa itu bukan Kak Erma yang duduk di kerusi pengarah. Akhirnya impian saya jadi kenyataan dapat berlakon di bawah arahannya tahun ini. Selepas Dejavu di Kinabalu dan Kau Yang Terindah, saya akan membintangi sebuah drama lagi dengannya untuk TV9 di sisi Aqasha dan Siti Saleha.
"Insya-Allah saya juga akan berlakon telefilem Oh Haram 2 dengan Kak Erma selepas itu. Ketika ini juga saya sedang menunggu lampu hijau daripada Kak Erma untuk ke set teater Tun Hasmah. Saat tawaran datang, saya sendiri macam pelik, seriuskah Kak Erma menawarkan saya berlakon teater? Saya sahut peluang dan cabaran ini," katanya yang tidak menidakkan watak Bazli dalam drama Dejavu di Kinabalu cukup meninggalkan impak buat kerjaya seninya hingga ada yang sudah terbiasa memanggil Bazli berbanding namanya sendiri.

"Sebelum bergerak menguruskan kerjaya sendiri saya pernah menyertai pengurusan Aquila Emas hujung 2008. Selepas setahun bersama termasuk belajar memantau kerja pihak pengurusan seperti berurusan dengan wartawan dan mempraktikkan perhubungan awam, saya praktikkannya sendiri.

"Hingga saat ini juga saya memilih untuk mengawal publisiti. Maksudnya saya lebih suka publisiti itu diberikan apabila ada produk untuk diperkatakan. Jika tiada saya selesa mendiamkan diri. Bukan menolak publisiti tetapi selalunya saya akan tanyakan wartawan skop apa sesebuah fotografi itu dijalankan," katanya yang juga kekasih pelakon Bella Dally.

"Sejujurnya, saya lebih selesa fokus diberikan kepada bidang seni berbanding hal lain. Tetapi kalau ada yang bertanya mengenai peribadi, saya tak berselindung. Benar artis milik masyarakat hingga semua sisi mengenainya ingin diambil tahu tetapi akhirnya artis juga manusia," katanya.

"Terima jodoh lelaki Melayu"

Sementara itu bagi Soo yang juga penyandang gelaran Ratu Malaysia Dunia 2008/2009, percaturan menolak tawaran berlakon drama Singapura yang membabitkan kerjasama Malaysia dengan menyertai program realiti masakan Masterchef Selebriti di Astro ternyata cukup berbaloi.

Popularitinya selepas pertandingan masakan itu di kalangan peminat Melayu cukup luas dan sekali gus menambah kelompok peminatnya yang selama ini hanya di kalangan masyarakat Tionghua. Malah Soo memberitahu pertandingan ratu cantik pun tidak membantu untuk melonjakkan namanya.

"Saya pernah belajar di United Kingdom selama dua tahun dalam bidang Undang-Undang. Sekembalinya di Malaysia, saya tidak terus mempraktikkan apa yang dipelajari sebaliknya memberi tempoh setahun untuk mencuba nasib dalam apa saja bidang dan pertandingan. Ia termasuklah menyertai pertandingan ratu cantik.

"Selain itu dek minat mendalam dalam dunia seni, saya memasarkan diri dalam pasaran kaum Cina di negara kita tiga tahun. Ketika itu, saya melakukan apa saja untuk menyerlahkan diri tetapi masih gagal memberi impak seperti mana MasterChef Selebriti. Saya pernah hasilkan tiga album dan drama berbahasa Mandarin," kata Soo yang turut mengambil PhD dalam jurusan Perniagaan di Open University itu.

Mengenali Soo, selain tebal dengan sikap lemah lembut dan merendah diri, si tinggi lampai ini juga fasih berbahasa Melayu. Bahkan selepas bercampur dengan kru dan peserta MasterChef yang kebanyakannya orang Melayu, Soo turut memberi penghargaan dan bernazar dengan berpuasa selama sebulan.

"Bahasa Melayu seakan tidak dapat dipisahkan dengan saya. Saya menuntut di sekolah menengah yang kebanyakannya adalah pelajar Melayu. Dek menggemari subjek Bahasa Melayu saya mengambil tiga kelas tuisyen membabitkan karangan, pertuturan dan tatabahasa.

"Saya tak segan memberitahu jika peminat Melayu lebih mengenali saya berbanding peminat Cina. Peminat Melayu lebih berani menegur saya di khalayak ramai. Malah kalau ditakdirkan bertemu jodoh dengan orang Melayu pun saya terima. Tetapi kenalah tunggu umur saya 30 tahun," kata Soo yang bercinta sebelum ini tetapi putus kerana faktor masa.

Artis di bawah pengurusan Beyond DDB dan label serta promosi Wake The Baby ini baru saja muncul dengan single Terus Teranglah menampilkan Joe Flizzow dijangka menghasilkan album penuh sekitar Oktober depan. Album penuh berbahasa Melayu itu menggunakan khidmat Ajai sebagai penerbit.

"Oktober ini juga saya akan melebarkan sayap ke Taiwan. Saya akan merakamkan album dan berlakon di sana. Perbincangan dengan pihak di sana berlangsung sejak setahun lebih. Sepatutnya saya sudah ke Taiwan sebelum MasterChef Selebriti berlangsung tetapi pihak di sana sanggup menunggu," katanya yang berhasrat mempromosikan M-Pop (malaysia Pop).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen