Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Didakwa Sebar Gosip, Rita Rudaini Cabar Jue Aziz Kemuka Bukti

Posted: 31 Aug 2012 08:38 AM PDT

RITA RUDAINI BERTUDUNG

Straight to the point. Jika anda masih ingat pada post sebelum ini, Jue Aziz ada menyebut Rita Rudaini sebagai orang yang mengaitkannya bercinta dengan Aidil Zafuan. Mungkin anda belum membaca atau malas nak baca post tu, ini kami highlight'kan sedikit:-

"Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula. Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya yang dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya ada hubungan dengan suaminya untuk meraihkan simpati masyarakat.

Ekoran dakwaan yang dibuat oleh Jue Aziz itu, Rita Rudaini tidak menunggu lama meminta Jue Aziz untuk mengemukakan bukti kerana bagi Rita dakwaan yang dibuat oleh Jue Aziz itu dengan jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua. Kata Rita:-

"Saya cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya. Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhan itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka.

Rita turut menyatakan yang dia sendiri mengetahui tentang gosip tersebut menerusi rakan media yang menghubungi untuk mendapatkan reaksinya berkaitan isu tersebut. Rita telah mengetahui tentang hal tersebut semenjak Mac lalu dan tidak pernah menyebarkannya.

Pertanyaan itu datang daripada seorang wartawan sebuah majalah sekitar Mac lalu dan sebaik mendengar hal berkenaan, saya terus bertanyakan kepada Aidil, tetapi dia kata langsung tidak mengenali Jue. Saya bertanya kepada Aidil bukan sebab saya cemburu atau tidak senang dengan hubungan mereka berdua seperti dimaklumkan wartawan berkenaan. Sebaliknya berkata kepada Aidil jika mahu mempunyai skandal sekalipun jangan sampai menyusahkan saya.</>

Gosip mereka berdua membuatkan wartawan mencari saya untuk mendapatkan komen. Kalau saya jahat sangat sampai ingin menyebarkan hal ini, dari Mac lalu hal ini sudah sampai ke pengetahuan umum. Tetapi kerana saya sudah tidak mahu ambil tahu apa yang Aidil ingin lakukan, saya biarkan saja gosip itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Jika kami berada di pihak Rita dan tuduhan yang dibuat oleh Jue Aziz sememangnya tidak benar, pastinya kami akan melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh Rita ini. Kebenaran harus ditegakkan. Kepada Jue Aziz, bukti please. Kami sedia kongsikannya.

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan