Adsense

Isnin, 27 Ogos 2012

Zon Artis

Zon Artis


Amyza Aznan Keguguran

Posted: 27 Aug 2012 07:53 PM PDT

AMYZA AZNAN

Amyza Aznan, pelakon yang kami kenali dengan karakter 'gila-gila' melalui Twitternya memberi tahu yang dia keguguran kandungan ketiganya yang baru berusia tiga minggu. Walau bagaimanapun, Amyza Aznan tidak menyatakan bila dia mengalami keguguran tersebut.

Berikut Twitter update daripada Amyza Aznan itu:-

AMYZA AZNAN

Zon Artis: Takziah buat Amyza Aznan dan suami.

Related Posts with Thumbnails

Tauke & Isteri Kedua, Meera Sah Bercerai

Posted: 27 Aug 2012 03:21 AM PDT

Susulan khabar angin yang bertebaran mengenai perkahwinan kedua Tauke yang dikatakan sedang retak menanti belah (kami ada kongsikannya di artikel ini), akhirnya Tauke melalui Sinar Harian mengesahkan perkara tersebut malah turut memberi tahu bahawa dia dan isteri kedua'nya yang dikenali dengan nama Meera itu sudah sah bercerai.

TAUKE DAN MEERA SAH BERCERAI
Saat bahagia Tauke dan Meera

Tauke atau nama sebenarnya, Zamatul Amri Zakaria, 36, menjelaskan yang dia sudah melafazkan cerai talak satu ke atas Meera yang kini berusia 23 tahun pada 12 Ogos lalu. Jika dihitung secara kasar, sudah dua minggu mereka tidak mempunyai sebarang ikatan. Seperti kata Tauke:-

"Sekarang saya sudah tiada apa-apa hubungan dengan dia dan memang saya sudah kembali solo sejak dua minggu yang lalu,"

Sebelum ini kecoh mengatakan rumah tangga yang dibina Tauke dan Meera yang baru berusia beberapa bulan berdepan masalah besar. Mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dan khabarnya Tauke juga sudah lama tidak bertemu Meera. Menjawab dakwaan itu, Tauke menjelaskan:-

"Memang benar sebelum ini rumah tangga kami dilanda krisis agak besar apabila dia keluar dengan membawa semua pakaiannya, pada bulan Julai lalu dan puncanya biarlah saya rahsiakan saja."

Jika ada yang masih tak tahu, Tauke sudahpun berkahwin buat kali ketiga dengan model sambilan yang masih dirahsikan identitinya pada April lalu. Perkahwinan tersebut dilangsungkan secara rahsia sehinggalah ianya dapat dihidu oleh ramai pihak termasuklah kami.

Psstt: Jom lihat ritual menukar pakaian baru buat Mumia di Indonesia ini~

Related Posts with Thumbnails