Adsense

Selasa, 14 Ogos 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Neelofa Anggap Teguran Yusof Haslam Bukan Satu Isu Besar

Posted: 13 Aug 2012 08:02 PM PDT

Neelofa Anggap Teguran Yusof Haslam Bukan Satu Isu Besar
Teguran Datuk Yusof Haslam terhadap Neelofa supaya jangan lupa diri disambut baik oleh Neelofa.. Menurut Neelofa, teguran yang disiarkan sebuah akhbar pada Ahad lalu bukanlah satu isu besar malah Neelofa menganggap itu adalah nasihat daripada bapa kepada seorang anak.. Neelofa juga menggangap isu itu sengaja diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu..

"Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat."

"Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle."

"Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan Ahad lalu sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga," (Mstar)

Tambah Neelofa lagi, beliau bukan sengaja untuk tidak memberi kerjasama bagi mempromosikan filem S.A.M tempoh hari.. Tetapi ketika itu dia berada di tanah suci Mekah untuk menjalani penggambaran drama Kau Yang Terindah.

Gambar Anak Ashraf Sinclair belajar solat

Posted: 13 Aug 2012 07:11 PM PDT

Gambar Anak Ashraf Sinclair dan bcl
Diawal bulan ramadan yang lalu, Ashraf Sinclair telah memuat naik gambar beliau yang mengajar anak lelakinya, Noah Sinclair bersolat.. Noah yang kini hampir mencecah usia 2 tahun nampaknya sudah mula di didik untuk mendirikan sembahyang pada usia yang muda lagi.. Pendedahan yang dilakukan di peringkat awal ni seharusnya diberi pujian..

MyGosip harap, usaha Ashraf Sinclair dan Bunga Cinta Lestari untuk membimbing anaknya menjadi anak yang soleh berterusan hendaknya.. Apa-apa pun jom kita layan gambar telatah anak lelaki mereka yang belajar melakukan solat kat bawah ni…