Adsense

Khamis, 9 Ogos 2012

Celebrity News

Celebrity News


Gambar : Penangan Baskin Robbins Pada 8 August 2012

Posted: 09 Aug 2012 12:09 AM PDT

 Wow boleh tahan penangan aiskrim free daripada Baskin Robbins ni, penuh dan berpusu-pusu warga Malaysia yang ingin merasai aiskrim ini secara percuma.Tepat pukul 10 malam semalam anda disajikan secara percuma, jangan pandai-pandai nak pergi kedai ni dan minta free jer....

Kalau nak kena beli tau !!!...Lepas tu beli selepas waktu berbuka puasa yer adik2 dan kakak2.

Lagi gambar di bawah :




Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Sinopsis Filem Aji Noh Motor

Posted: 08 Aug 2012 05:32 PM PDT

Filem Aji Noh Motor mengisahkan seorang abang, Aji yang sanggup melakukan apa saja demi adiknya, Noh.


Aji seorang lelaki yang suka merempit dan berlumba namun setiap kali Aji menang, dia hanya akan mengambil keseluruhan atau alat ganti mereka yang kalah saja. Noh pula sebaliknya apabila dia disifatkan sebagai insan yang taat dalam mengerjakan tuntutan agama meskipun dalam keadaan buta.



Aji sangat sayangkan Noh dan sanggup melakukan apa saja bagi memastikan permintaan Noh tercapai meskipun dia tidak mampu.



Setiap kali Aji keluar rumah untuk berlumba, Noh pula akan pergi ke surau. Di sana, Noh bertemu dengan Sutra yang berjaya menambat hatinya. Atas kekurangan diri Noh, percintaan itu tidak diterima ayah Sutra. Selain itu, Noh meminta abangnya untuk membawanya menunaikan haji sebagai hadiah hari lahirnya. Aji yang sedia maklum bahawa perbelanjaan ke Mekah melebihi apa yang dia mampu, mula mencuba pelbagai usaha untuk mengumpul duit meskipun ada antara caranya menyalahi undang-undang dan agama.



Pelakon Filem Aji Noh Motor: Alex Yan, Zalif Sidek, Wawa Zainal, Epy Raja Lawak, Azrul Anwar, Eizlan Yusof dan Nadia Mustafa.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!