Adsense

Ahad, 15 Julai 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Lisa Surihani Tampil dalam Oh My English

Posted: 15 Jul 2012 10:04 PM PDT

SIARAN ISTIMEWA UNTUK PEMINAT-PEMINAT 'OH MY ENGLISH!' PADA HUJUNG MINGGU INI!

Terima Kasih kepada semua peminat Oh My English! atas sokongan anda!

Para peminat dari seluruh negara. Astro TVIQ berterima kasih atas sokongan anda dan menjemput anda semua meraihkan kejayaan rancangan ini.

Pada hujung minggu ini setiap hari dari Julai 20 – 22 (Jumaat – Ahad), pastikan anda menyaksikan Siaran Istimewa 'Oh My English', khas untuk peminat setia 'Oh My English!' dari pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam di Astro TVIQ (saluran 610).

Sepanjang Siaran Istimewa 'Oh My English!' pada hujung minggu ini, peminat-peminat boleh menyaksikan Siaran Maraton Khas 'Oh My English!' daripada episod 1 hingga 10 yang akan diacarakan oleh pelakon-pelakon 'Oh My English!'. Peminat-peminat 'Oh My English!' turut boleh menyaksikan klip-klip video pendek dan detik-detik kegemaran mereka ('Top 10') seperti yang diundi oleh mereka, bersama dengan Siaran Esklusif "Bloopers" pelakon-pelakon 'Oh My English!'

Bukan itu sahaja!Pastikan anda menonton episod khas 'Oh My English!' pada 22 Julai (Ahad) pada pukul 10 pagi dengan pelakon jemputan terkenal tanahair – Lisa Surihani. Dalam episod ini, Lisa Surihani memainkan dirinya sebagai seorang pelakon yang ingin mencari bakat-bakat baru untuk sebuah filem baru dalam bahasa Inggeris. Saksikan gelagat lucu murid-murid Kelas 3M apabila Lisa melawat sekolah mereka untuk mengadakan sesi uji-bakat dalam Bahasa Inggeris.

Selain itu, pastikan anda juga terus melayari laman resmi 'Oh My English!' di www.ohmyenglish.com.my untuk keterangan lanjut mengenai rancangan ini atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif seperti Go Go English! dan aktiviti-aktiviti lain seperti Oh My Worksheet.

Para peminat juga boleh mengikuti video-video terkini Oh My English! di www.youtube.com/ohmyenglishtv. Sebagai alternatif, penonton juga boleh mengikuti laman Oh My English di laman sosial facebook di www.facebook.com/ohmyenglish untuk berkongsi pengalaman masing-masing tentang cara-cara memperbaiki Bahasa Inggeris anda.

Jangan ketinggalan untuk menonton Siaran Istimewa 'Oh My English' pada hujung minggu ini pada 20 – 22 Julai (Jummat – Ahad) dari pukul 10 pagi – 10 malam, serta penampilan istimewa Lisa Surihani di rancangan 'Oh My English!' pada Julai 22, (Ahad) pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)! Pelanggan Astro juga boleh mengambil kesempatan menonton Siaran Istimewa 'Oh My English!' melalui perkhidmatan terbaru Astro On-The-Go di mana jua.

Untuk melanggan ASTRO, sila hubungi 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my

Lisa Surihani

Lisa Surihani

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Corat Coret Sekitar Sidang Media Justin Bieber

Posted: 15 Jul 2012 09:55 PM PDT

Corat Coret Sekitar Sidang Media Justin Bieber yang disiarkan dlm Portal GUA.

justin-bieber

1. Sidang media yang dijadualkan pada jam 11.30 pagi hanya bermula pada jam 2.30 petang.

2. Sidang media ini diadakan di Dewan Konvensyen 3, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pada awalnya, pendaftaran dilakukan di Traders Hotel.

3. GUA difahamkan, sidang media ini merupakan antara sidang media terbesar di Asia Tenggara apabila menghimpunkan ramai media dari rantau ini. Antaranya Filipina, Indonesia dan Thailand.

4. Majlis ini turut memberi peluang kepada peminat bertuah untuk turut sama menyertai sidang media ini.

5. Kumpulan peminat yang menggelarkan diri mereka dengan gelaran 'Beliebers' ini difahamkan sudah mula hadir ke lokasi sidang media seawal jam 7 pagi!

6. Peminat yang hadir juga dilihat membawa pelbagai hadiah dan cenderahati untuk diberikan kepada penyanyi kesayangan mereka itu.Antaranya kemeja, beg dan topi.

7. Seluruh dewan konvensyen KLCC bagaikan dilanda histeria di saat Bieber mula memasuki dewan tersebut. Tindakan peminat yang sering kali menjerit juga mengundang rasa kurang senang dari media terutamanya sewaktu sesi soal jawab berlangsung.

8. Sidang media ini juga istimewa apabila Justin Bieber mendendangkan rangkaian beberapa buah lagu secara akustik. Antaranya Baby, Boyfriend, As Long As You Love Me dan One Less Lonely Girl.

9. Bieber turut memanggil seorang gadis ke pentas bersama beliau semasa mendendangkan lagu 'Boyfriend'. Beliau kemudiannya memeluk gadis tersebut.

10. Kesemua alat komunikasi termasuk telefon bimbit terpaksa diserahkan kepada pihak penganjur sebelum masuk ke dewan bagi mengelakkan tetamu 'Tweet' lokasi sidang media.

11. Sesi soal jawab bersama pihak media berlangsung kurang dari 15 minit.

12. Ramai pihak media terutamanya dari Malaysia kecewa dengan pihak penganjur kerana tidak diberikan peluang mengajukan soalan. Kedudukan media Malaysia yang diletakkan di tepi dewan juga menimbulkan persoalan.

13. Ratusan peminat Bieber juga setia menunggu di luar lokasi sidang media untuk mendapatkan peluang bertemu bintang pop itu.

14. Kemunculan Selena Gomez juga dinantikan tetamu yang hadir. Walau bagaimanapun, kelibat pelantun 'Love You Like A Love Song' ini tidak kelihatan sehingga majlis berakhir.

15. Bieber juga turut menerima hadiah istimewa dari pihak MTV. Sebuah gitar dengan koleksi ucapan Twitter peminatnya yang dicetak di gitar tersebut menjadi buah tangan berharga buat penyanyi ini.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: