Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Adam AF2 Keluarkan Single Terbaru, “Ujian Hidup” Sempena Ramadhan

Posted: 31 Jul 2012 10:37 PM PDT

Semalam bertempat di One World Hotel First Avenue Bandar City Centre, Petaling Jaya, Selangor telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa bersama pihak Astro Shaw Sdn Bhd. Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis terkenal tanah air seperti Shaheizy Sam, Adam AF2, Zizan Raja Lawak, dan tidak ketinggalan juga pasangan bahagia Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.

Menerusi majlis berbuka puasa ini, pihak OHBULAN! sempat menemubual penyanyi dan juga Mentor untuk musin ke-6 tahun ini, Adam AF2 berkaitan dengan perkembangan terbaru beliau. Beliau menyatakan bahawa baru sahaja mengeluarkan single terbaru yang berjudul "Ujian Hidup". Single terbarunya ini lebih bersifat keagamaan, memandangkan sekarang adalah bulan Ramadhan.

Selain itu, Adam turut memaklumkan dalam proses untuk menyiapkan album penuh featuring dengan kumpulan VIP dan dalam masa yang sama, beliau turut menyiapkan sebuah lagu untuk protegenya, KJ. Disamping itu, Adam turut merancang untuk menyatukan kumpulan VIP dan KJ dalam sebuah lagu duet.

Apabila merujuk kepada persediaan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Adam memaklumkan bahawa beliau sedang membuat persediaan badget untuk tiga orang adiknya. Selain itu, Adam turut dikatakan bakal balik beraya di Sabah pada tahun ini sekiranya jadualnya tidak padat.

Khas untuk pembaca OHBULAN! mari layan lagu single terbaru Adam yang berjudul "Ujian HIdup" :

Hafiz AF7 Sedia Berhadapan Isu Disaman

Posted: 31 Jul 2012 10:27 PM PDT

Jika ada yang masih ingat, hampir setahun yang lalu timbul kontroversi yang melanda Hafiz AF7 apabila dia dikatakan telah bergaduh dengan seorang pengurus pentas kerana Adira AF8.

Semalam, pengurus pentas tersebut telah pun menyerahkan surat tuntutan ganti rugi sebanyak RM200,000 terhadap Hafiz AF7 disebabkan kejadian yang berlaku. Namun Hafiz dalam laporan Murai hari ini memberitahu bahawa dia memang tidak tahu langsung mengenai dia disaman.

"Terus-terang saya sendiri tidak tahu menahu mengenai hal ini kerana tiada apa-apa notis pun yang sampai kepada saya. Namun, kalau boleh, saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal ini lagi kerana menganggap ianya sudah lama selesai."

Hafiz turut memberitahu bahawa dia agak terkejut dengan perkara yang berlaku namun dia sudah bersedia menyerahkan kes ini kepada peguamnya.

"Saya sendiri terkejut apabila ditanya mengenai hal ini, namun jika benar dia mahu mengambil tindakan tersebut, saya sendiri sudah bersedia untuk berhadapan dengannya bersama peguam peribadi saya," ujar Hafiz dipetik dari Murai.

Menurut Murai lagi, surat tuntutan itu sebenarnya telah  diserahkan pada Hafiz pada 25 Jun lalu tetapi Hafiz tidak mahu mengaku salah dan enggan membayar ganti rugi. Apa pun, kita nantikan keputusan selanjutnya ya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan