Adsense

Rabu, 25 Julai 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Pilih Gaya Hijab Dan Menangi Hadiah Menarik Sekarang!

Posted: 25 Jul 2012 11:31 PM PDT

Sunsilk Lively Clean & Fresh merupakan sebuah produk penjagaan kulit kepala dan rambut yang terkenal di kalangan wanita Malaysia yang memberi rambut segar sepanjang hari walaupun bertudung seharian. Oleh itu, kini Sunsilk telah mengadakan satu pertandingan yang menarik buat semua peminat OHBULAN! dan Sunsilk, di mana anda diminta untuk mengundi sendiri gaya hijab pilihan dan kongsikan ia bersama rakan-rakan.

Untuk menyertai pertandingan ini, anda hanya perlu layari aplikasi Sunsilk di OHBULAN! dan klik butang Like untuk ke aplikasi seterusnya.

Untuk sebarang informasi berkaitan cara-cara penyertaan, anda hanya perlu klik butang ketahui lebih lanjut dan ikuti langkah-langkah seterusnya.

Bagi menyertai pertandingan ini, anda harus mempelajari cara mengikat gaya hijab melalui video tutorial yang disediakan dalam aplikasi tersebut. Kemudian, anda perlu mengayakan gaya hijab yang dipelajari dan muat naik foto tersebut.

Ajak rakan-rakan untuk mengundi sama! Sekiranya penyertaan anda mendapat undian paling tinggi dan kreatif, Sunsilk akan menawarkan anda hadiah minggu berupa wang tunai RM1500 + bawa 4 orang teman ke Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets!

Pertandingan ini hanya berlangsung dari 12 Julai hingga 26 Julai 2012. Apa tunggu lagi, sertai pertandingan ini sekarang!

Zed Zaidi Tak Marah Dengan Berita Palsu Dia ‘Kemalangan’

Posted: 25 Jul 2012 11:26 PM PDT

Jika para pembaca semua sudah tahu, Zed Zaidi adalah mangsa berita palsu yang telah tersebar di laman Twitter-nya mengenai berita dia mengalami kemalangan. Namun begitu, dalam temubual bersama mStar Online, Zed Zaidi memberitahu bahawa dia tidak marah dan kesal dengan isu yang berlaku.

"Saya terima khabar angin itu dengan hati terbuka. Tiada apa yang perlu saya marah atau kesalkan kerana sebagai selebriti, cerita seperti ini adalah perkara biasa. Selagi cerita yang timbul itu tidak memberikan kesan buruk, tidak apalah. Malah, penjelasan saya ini juga sudah memadai untuk meleraikan kekeliruan yang timbul," ujar Zed Zaidi.

Bagi Presiden Persatuan Seniman ini, dia tidak hairan dengan perkara yang berlaku kerana ia sudah menjadi asam garam hidup seorang selebriti.

"Tiada apa yang pelik dengan dakwaan dan khabar angin sebegini. Biasalah, sebagai selebriti saya tidak boleh lari daripada perkara sebegini. Apa yang penting, semua pihak perlu dapatkan pengesahan terhadap apa jua cerita yang timbul daripada tuan punya badan atau keluarganya."

Zed Zaidi turut menjelaskan bahawa gambar dia mengalami kemalangan itu adalah babak untuk telefilem terbaru lakonannya berjudul Hijrah Jahiliyyah.

Gambar : Gua