Nuffnang

OHBULAN!

sumber :-

OHBULAN!


Monday Music : MV “Bila Seharusnya” Dilancarkan, Kolaborasi Goldfish & Blink Ft. Noh Salleh

Posted: 08 Jul 2012 11:05 PM PDT

Setelah hampir setahun lagu "Bila Seharusnya" kolaborasi antara DJ tempatan, Goldfish & Blink bersama Noh Salleh dilancarkan, semalam, sebuah muzik video rasmi "Bila Seharusnya" telah pun dilancarkan di laman Youtube.

Video berdurasi 3.38 minit itu memaparkan visual penggambaran di sekitar Broga Hill, dan juga kedua-dua orang DJ, Goldfish & Blink. Apa yang pasti, buat para peminat Noh Salleh (Hujan), anda bolehlah menjadikan muzik video ini sebuah koleksi harian anda.

Jom tonton!

5 Mitos Cantik

Posted: 08 Jul 2012 10:53 PM PDT

Wanita sering didedahkan dengan mitos cantik dan secara tidak langsung ia mengheret wanita kepada gejala obses dengan kecantikan. Sebenarnya, tidak salah untuk sentiasa kelihatan cantik dimata umum, akan tetapi anda haruslah bijak memilih sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri.

Di sini terdapat 5 mitos cantik yang perlu anda ketahui :

Mayonis Adalah Perapi Rambut Terbaik

Perkara ini bukan sekadar mitos, kerana mayonis sememangnya mampu memberikan kesan perapi terbaik untuk rambut anda. Ini kerana, kandungan minyak dan telur yang terkandung di dalamnya dikatakan kaya dengan asid lemak dan protein yang mampu memberikan khasiat serta membantu menyuburkan rambut anda.

Ubat Gigi Mengubati Jerawat? 

Ini adalah benarUbat gigi sememangnya mengandungi mentol dan ramuan aktif yang mampu mengeringkan jerawat dengan cepat, berbanding membiarkan sahaja ia sembuh dengan sendirinya. Namun begitu, ramuan aktif ini dikatakan mampu membuatkan kulit sensitif menjadi kering, jadi bagi individu yang mengalami kulit sensitif dinasihatkan agar sapukan sahaja krim jerawat dan lupakan penggunaan ubat gigi.

Timun Memadam Lingkaran Mata Bengkak

Perkara ini adalah fakta. Difahamkan bahawa segala benda sejuk mampu menyelamatkan puffy eyes, jadi timun merupakan sejenis sayuran yang sesuai untuk diaplikasikan pada mata bagi memadamkan lingkaran mata bengkak.

Hanya Orang Gemuk Mempunyai Selulit

Ini merupakan satu mitos yang sering kita dengar. Sebenarnya, tidak perlu menjadi gemuk untuk mempunyai selulit, ini kerana semua orang terdedah untuk mempunyainya. Lazimnya, selulit dipengaruhi oleh jantina, genetik serta gaya hidup. Jadi fakta yang mengatakan senaman yang kerap boleh mencegah dari hadirnya selulit adalah salah sama sekali.

Tidur Terlentang Cegah Kedutan

Ini adalah satu fakta. Ini kerana, apabila anda tidur dalam posisi yang mengiring,anda akan menghasilkan kesan 'garisan tidur' dan akan menyebabkan ia kekal sebagai satu kedutan. Jadi ubah posisi tidur anda hari ini dan mula berjaga-jaga dengan posisi tidur bagi mencegah kedutan.

Sumber : Glam.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan