Adsense

Khamis, 7 Jun 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Bukan Senang Untuk Ubah Suai Rumah

Posted: 07 Jun 2012 09:58 PM PDT

BUKAN SENANG UNTUK UBAH SUAI RUMAH

Semasa Budiey merancang untuk berpindah rumah bulan ini, dalam kepala ni terlalu banyak idea dan ilham. Mahu beli itu dan mahu letak ini. Macam-macam idea yang Budiey dapat dari majalah dan program TV. Tapi apabila terlalu banyak idea, macam biasa, Budiey akan jadi keliru. Pening kepala! Macam-macam konsep ada. Nak yang urban, yang elegan, klasik… pendek kata macam-macam ada.

Tiles Rumah Terbaik

Kalau google di internet, Budiey dapat banyak maklumat tentang cara yang senang dan cepat untuk buat renovation. Setelah buah kajian dan selidik mana yang patut, Budiey dapati terlalu banyak jenis tiles yang ada di pasaran.

Nak senang lagi, kita curi-curi masa untuk masuk ke showroom. Dapatkan nasihat dari yang pakar. Bukan buat ikut hati dan rasa je. Kita ni bukan ada ilmu sangat pun tentang ubah suai rumah ni.

Apa yang penting, semasa memilih dan membeli tiles, kita hendaklah tahu kesesuaian. Salah satu ciri dan juga cara ialah memilih warna yang sesuai. Kata orang biarlah padan dan juga 'masuk' dengan warna dinding rumah.

Sekarang, Budiey tengah merancang untuk memilih lantai dan juga beberapa perabut untuk diletakkan di ruang tamu dan di dapur. Untuk lantai, Budiey dapati banyak sangat reka bentuknya. Ada yang kecil dan ada yang besar. Ada yang licin, ada yang rata dan ada permukaan yang kasar.

Nah, sekarang kita dah pilih warna dan bentuk, dan apa-apa pun pilihan kita tu kenalah tengok sejauh mana mutu tiles tu. Nanti tak pasal-pasal, tak sampai setahun dah retak.

Cakap pasal retak, Budiey teringat pada entri Curious Cat yang Budiey siarkan baru-baru ini. Agak lucu juga bila kucing pun tahu macamana nak pilih dan nasihat kita macamana nak pilih tiles yang bermutu.

Untuk lantai di ruang tamu, Budiey ambil keputusan untuk memilih permukaan yang licin. Ini kerana Budiey rasa senang untuk menyapu dan membersih sampah sarap dan habuk pun taklah melekat sangat. Kata orang yang pakar, tiles lantai dan dingin sememangnya berbeza tapi tak salah untuk kita campur adukkan bersama-sama.

Tiles Rumah Terbaik

Selain ruang tamu, Budiey juga mengambil keputusan untuk memilih beberapa jenis tiles untuk ruang dapur dan juga bilik mandi. Pilihan warna satu benda yang bukan senang untuk dibuat. Apa-apa pun, Budiey berpegang pada tips di mana kita kena pilih warna putih dan kosong untuk menampakkan ruang yang sempit agar nampak lebih luas. Kalau pilih yang bercorak atau warna terang seperti warna merah dan biru menjadikan dapur nampak sempit pulak.

Kalau nak kira jumlah website yang cerita pasal renovation, memang banyak sampai tak dapat bilang dengan jari. Itu tak termasuk lagi cerita-cerita di blog di mana Budiey rasa semuanya menarik.

Tiles Rumah Terbaik

Jadi, sekarang ini, Budiey rasa mahu upah interior designer. Jadi, dapat la jugak nasihat daripada mereka. Nak tak nak, kena dapatkan nasihat dan saranan daripada orang yang lebih arif tentang renovation. Baru puas hati.

Contohnya, lantai rumah… Budiey kena tahu juga jenis-jenis lantai yang sesuai dan jenama yang kukuh atau bermutu di pasaran. Takut nanti beli yang murah sangat pun tak boleh sebab kadang-kadang memang tak bermutu.

Dua hari lepas, Budiey dapat cadangan daripada seorang pembaca, yang mencadangkan Budiey untuk membuat pilihan yang tepat berdasarkan bajet atau keadaan kewangan ketika ini.

Betul juga kata pembaca tu, untuk buat renovation kita perlu mencari idea yang terbaik sebab segalanya akan kekal untuk jangka masa yang agak lama.

Jadi, sekarang ini, kalau korang ada idea yang menarik tentang renovation atau segalanya tentang dekorasi rumah, bolehlah berikan kepada Budiey.

Tiles Rumah Terbaik

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Ujibakat Deko Idaman Selebriti TV3
  • Ujibakat Deko Idaman Program Ubah Suai Kediaman di TV3
  • Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim Putus Cinta
  • Carleed featuring Natasha Hudson Jika Ku Boleh Ubah Dunia
  • Daphne Iking & Aishah Sinclair Hos Ladies Day Out NTV7
  • Rumah Zubir Berita Harian Kena Simbah Cat
  • Gossip Artis Perasan Kaya Raya
  • Gosip Pelakon dan Penyanyi Tak Tinggal Sebumbung Dengan Ibu
  • Pejabat Facebook Sedang Dibina di Malaysia
  • Lirik Sayang Sayang Aliff Aziz
  • Filem KAWAN-KAWANKU HANTU Zizan Razak di Astro First

    Posted: 07 Jun 2012 09:53 PM PDT

    Filem "KAWAN-KAWANKU HANTU" kini di Astro First

    Sebuah filem komedi alih suara istimewa terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd dan Double Vision Pictures Sdn. Bhd.

    Kuala Lumpur, 6 Jun 2012 – Bagi mengukuhkan lagi kedudukan selaku satu-satunya platform yang menawarkan perkhidmatan untuk melanggan filem-filem terkini di pawagan terus ke rumah kediaman di Malaysia, pihak Astro First dengan berbesar hati membawakan sebuah filem alih suara istimewa terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd dan Double Vision Pictures Sdn. Bhd. berjudul Kawan-Kawanku Hantu yang bakal ditayangkan secara eksklusif bermula 7 Jun 2012.

    Selain hanya perlu membayar caj serendah RM15 untuk setiap tempahan filem Kawan-Kawanku Hantu menerusi Astro First, para pelanggan juga mempunyai pilihan masa menonton untuk filem ini mengikut keselesaan masing-masing dalam tempoh 48 jam selepas pembelian.

    Istimewa lagi, filem alih bahasa Kawan-Kawanku Hantu ini juga telah menggunakan khidmat suara gabungan tiga selebriti terkenal tanah air iaitu Zizan Razak, Harun Salim Bachik dan Sharifah Shahira untuk menjayakan filem komedi ini.

    Filem KAWAN-KAWANKU HANTU (alih suara BM oleh Zizan Razak) di Astro First:

    Filem komedi Kawan-Kawanku Hantu yang diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Double Vision Pictures Sdn Bhd ini diambil daripada sebuah filem Cina terbitan bersama berjudul Ghost Buddies. Filem Ghost Buddies yang telah ditayangkan di pawagam sejak 10 Mei lalu dibintangi oleh pelakon dan pelawak terkenal dari Singapura; Mark Lee serta pemegang Anugerah Pelakon Hong Kong Terbaik; Maggie Shiu sebagai teraju utama.

    Filem ini turut diserikan dengan lakonan mantap oleh pelakon serba boleh dari Singapura; Yao Wen Long, penyanyi dan penerbit; Lenny Ooi, Wee Kheng Ming, pelawak dan penyampai Radio One FM; Lim Ching Miao, Penyampai Radio MY FM; Vivian Tok, artis radio veteran; Chow Kee Moo serta Kelvin Leong.

    Menariknya, dialog-dialog yang digunakan adalah sama sekali tidak sama dengan filem Ghost Buddies. Ini merupakan satu cabaran kepada Zizan Razak, Harun Salim Bachik dan Sharifah Shahira untuk menggunakan kreativiti mereka demi memastikan setiap dialog yang diucapkan untuk setiap babak bersesuaian dan mencuit hati tetapi masih mengekalkan jalan cerita asal filem Ghost Buddies.

    Astro First juga turut menawarkan dua pilihan istimewa buat para pelanggan yang mana mereka boleh memilih untuk menempah filem ini sama ada dalam versi Bahasa Cina (Hokkien) atau dalam Bahasa Melayu.

    Menurut Pengurus Saluran Astro First; Shoba Devi berkata, "Pihak Astro First sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan membariskan filem-filem terkini di pawagam demi memenuhi kehendak para pelanggan kami. Terbaru, kami bawakan pula pilihan sebuah filem alih suara istimewa iaitu Kawan-Kawanku Hantu yang diambil daripada filem asal berjudul Ghost Buddies dalam versi dwi bahasa.

    Objektif utama penghasilan versi alih suara bagi filem ini adalah untuk menyesuaikan filam ini untuk tontonan penonton dan pasaran tempatan dengan memberi pilihan kepada penonton seisi keluarga untuk menonton sama ada dalam Bahasa Cina (Hokkien) atau Bahasa Malaysia," jelas Shoba.

    Filem KAWAN-KAWANKU HANTU (alih suara BM oleh Zizan Razak) di Astro First:

    Shoba turut menambah, "Kami cuba tampil dengan kelainan dengan menggunakan inisiatif alih bahasa berbanding sari kata kerana selain dapat menyuntik cita rasa tempatan ke dalam filem ini, kami percaya ia juga dapat membuka ruang kepada filem seumpama ini untuk melebarkan capaian kepada kumpulan penonton yang lebih luas di Malaysia.

    Menurut Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn. Bhd; Gayatri Su-Lin Pillai berkata, "Melihatkan sambutan yang baik terhadap filem Ghost Buddies, kedua-dua produksi Astro Shaw dan Double Vision Pictures mengambil peluang dengan menghasilkan filem alih suara khas buat peminat filem Malaysia. Filem versi alih suara Kawan-Kawanku Hantu ini menggunakan khidmat pelawak-pelawak yang terhebat di Malaysia dan mereka telah memberi suatu intepretasi kandungan yang segar, mencuit hati dan lucu. Kami mewakili pihak Astro Shaw dan Double Vision ingin selalu menyajikan kandungan baru kepada penonton kami."

    Untuk melanggan filem ini, sila kunjungi portal Astro First di Saluran Astro 480 dan ikuti langkah-langkah seperti berikut:

    Langkah 1:
    • Layari senarai filem dan tekan butang biru di alat kawalan jauh Astro untuk menempah filem

    Langkah 2:
    • Tekan butang biru sekali lagi untuk pengesahan tempahan

    Langkah 3:
    • Kod angka 16 digit akan terpapar di kaca televisyen. Sila SMS kod tersebut ke 32999. Contoh: BUY 1234567891234

    • Kemudian, anda akan menerima SMS pengesahan pembelian dan filem tersebut kini sedia untuk ditonton dalam masa lebih kurang lima minit kemudian
    Setiap pembelian akan dicajkan ke bil semasa pelanggan. Kadar caj telco akan dikenakan untuk setiap SMS. Untuk maklumat lanjut, layarilah www.astro.com.my/astrofirst

    Filem KAWAN-KAWANKU HANTU (alih suara BM oleh Zizan Razak) di Astro First:

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Filem Kawan-Kawanku Hantu Lakonan Zizan Raja Lawak
  • Gambar Sekitar Majlis Hari Jadi Zizan Razak Ke 28
  • Filem Hantu Bonceng Kutip RM1.78 Juta
  • Hantu Bonceng Catat Kutipan RM 8.35 Juta
  • Zizan Nin Pelakon Puaka Kain Kapan Drama Keliwon TV3
  • Filem Hantu Bonceng Lakar Sejarah
  • Hantu Bonceng Kutip RM5 Juta Dalam 5 Hari Tayangan
  • Siti Nurhaliza Puas Hati Tonton Filem Hantu Bonceng
  • Sinopsis Filem Hantu Bonceng
  • Gambar Zizan Raja Lawak Dalam Bolos