Nuffnang

Zon Artis

sumber :-

Zon Artis


Isu Adik, Alyah Luahkan Rasa Hati

Posted: 16 May 2012 10:14 PM PDT

Mungkin sudah ramai yang tahu mengenai isu yang melibatkan adik kepada penyanyi, Alyah kerana ianya tersebar secara meluas di laman-laman sosial malah turut dilaporkan dalam Buletin Utama TV3. Tapi tidak mustahil masih juga ada yang belum tahu mengenainya.

LUAHAN HATI ALYAH

Bagi yang sudah tahu, anda memang mengikuti perkembangan semasa. Bagi yang belum tahu tu pula, takpe dan biar kami highlight'kan sedikit dimana adik lelaki Alyah iaitu Mohd Faizal Abu Hassan telah dihadapkan di Mahkamah Seksyen Johor Bahru pada minggu lalu atas pertuduhan melakukan samun terhadap seorang ahli perniagaan warga Singapura.

Disebabkan itu, ramai pihak terutamanya wartawan hiburan ingin mendapatkan reaksi Alyah berhubung perkara tersebut, tetapi Alyah gagal dihubungi sehinggalah Alyah akhirnya tampil meluahkan perasaannya melalui Facebook berhubung perkara yang melibatkan adiknya itu pada malam kelmarin, 16 Mei 2012. Berikut merupakan luahan hati Alyah itu:-

FACEBOOK ALYAH

FACEBOOK ALYAH

TWITTER ALYAH

TWITTER ALYAH

Psstt: Apa yang bagus sangat dengan nombor 3 ni?

Related Posts with Thumbnails

“Tuntutan Aidil Kelakar & Macam Budak-Budak” – Rita Rudaini

Posted: 16 May 2012 09:03 PM PDT

RITA RUDAINI DAN AIDIL ZAFUAN BERCERAI

Sedikit sambungan daripada post Aidil Zafuan Batal Hasrat Ceraikan Rita Rudaini~ Selain telah membatalkan hasrat untuk bercerai dengan Rita Rudaini, Aidil Zafuan turut menuntut Rita Rudaini untuk kembali taat kepadanya. Disebabkan tuntutan yang dibuat oleh Aidil Zafuan itu, Rita Rudaini menyifatkannya sebagai kelakar dan macam "budak-budak" malah menganggapnya tidak masuk akal kerana Rita Rudaini mengakui yang selama ini dia tidak pernah melanggar perintah Aidil sebagai seorang suami ataupun membelakangkannya.

"Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa… memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak.

"Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian,"

Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Aidil menarik balik permohonan untuk bercerai dengan Rita Rudaini atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.

Aidil juga dalam tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) itu mahu Rita Rudaini dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka sekarang di Damansara ke rumah yang baru didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya.

KES CERAI RITA RUDAINI DAN AIDIL ZAFUAN

Aidil yang rasanya semua orang tahu merupakan pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut memberitahu bahawa rumah berkenaan didiaminya secara percuma tajaan ATM dan Rita Rudaini perlu berpindah untuk mengelak pembaziran kerana perlu membayar sewa rumah teres mewah yang didiami sebelum ini.

Jika Rita Rudaini gagal mematuhi permintaan Aidil itu (untuk berpindah), dia boleh dikenakan tindakan dalam tuntutan tersebut. Rita dalam kenyataan balas pula memberitahu, tidak ada sebab untuk dia berpindah kerana mereka pernah berkongsi suka dan duka di rumah yang didiami sekarang ini dan sudah tinggal sejak empat tahun lalu.

"Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab?

"Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?"

Zon Artis: Bukan nak jadi penasihat rumah tangga kerana kami tiada kepakaran itu. Tapi dalam hal ini, kami rasa Rita Rudaini perlu mengalah dan mengikut tuntutan yang dibuat oleh Aidil itu untuk menyelamatkan rumah tangga mereka. Dan dengan berpindah, duit sewa rumah RM3,000 sebulan tu dapat disimpan untuk masa depan anak-anak.

Related Posts with Thumbnails

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan