Adsense

Khamis, 3 Mei 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto: ‘Hantu’ Muncul Di Garaj Kim Kardashian?

Posted: 03 May 2012 09:34 PM PDT

Untuk orang barat mempercayai wujudnya hantu, memang susah. Apa tidaknya, bermacam-macam alat berteknologi tinggi dicipta untuk mengesan dan mencari hantu. OHBULAN! sendiri hairan apa yang mahu dicari sangat dengan hantu itu, seperti juga rancangan Seekers yang satu ketika dulu sentiasa menjadi rancangan kegemaran OHBULAN!.

Terbaru dari Hollywood, kecoh di laman Twitter Kim Kardashian apabila kelihatan 'seorang budak perempuan kecil' di bahagian garaj ketika Kim Kardashian mengambil gambar dirinya didalam sebuah kereta. Imej yang dikatakan muncul di garaj itu kelihatan memakai kain putih dan berambut panjang.

Namun, itu semua dinafikan oleh Kim dan menurutnya, itu adalah potongan kadbod ketika Kourtney masih kecil. Uish, lama sungguh mereka simpan barang-barang kenangan ketika kecil kan?

Kami sendiri tidak pasti benar atau tidak bahawa itu adalah sejenis 'penampakan', apa yang kami pasti, kereta yang Kim Kardashian naiki adalah kereta model Audi R8 berwarna perak dan hitam. Arghh!

Thursday Trailer: Filem “Men In Black 3″ Bakal Ke Pawagam Mei Ini

Posted: 03 May 2012 09:02 PM PDT

Anda peminat setia filem bersiri Men In Black? Masih ingat aksi Will Smith menghapuskan makhluk asing dengan gaya dan lawak spontannya?

Kali ini, Men In Black kembali semula, tetapi dengan misi yang berbeza, Will Smith yang memegang watak Agen J terpaksa kembali ke masa silam demi menyelamatkan Agen K ketika muda (dilakonkan Josh Brolin). Apa yang menarik, Agen J akan pergi ke masa dimana Agen K masih belum mengenalinya lagi.

Filem terbaru arahan Barry Sonnenfeld ini bakal ditayangkan di pawagam menjelang 25 Mei ini. Kami sudah tidak sabar, anda?