Adsense

Ahad, 20 Mei 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Kereta Polis Rempuh Pagar Rumah PM Najib - Isu Mabuk atau Mengantuk?

Posted: 20 May 2012 09:46 AM PDT

Dua konstabel anggota polis parah, manakala tiga rakan mereka cedera ringan selepas kereta dinaiki merempuh pagar kediaman rasmi Perdana Menteri di Sri Perdana, Putrajaya, awal pagi semalam.

Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, lima anggota terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang bersiar-siar di kawasan tersebut.

Menurutnya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan sehingga merempuh pagar Seri Perdana.

"Ada kemungkinan mereka ini mengantuk atau mabuk tetapi kita akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu dan menyiasat punca sebenar.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian kelima-lima mereka berada di luar tugasan dan baru pulang dari satu tempat yang belum dikenal pasti.

"Kita masih siasat punca kejadian dan bagaimana mereka boleh merempuh pagar. Masih terlalu awal membuat andaian," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sukan Rakyat sempena sambutan Hari Polis ke 205.

Semakan Sistem Pertukaran Guru : Pentadbir Sistem eG Tukar 2012

Posted: 20 May 2012 09:13 AM PDT


MAKLUMAN (sesi Jun 2012)

G.A.M ingin berkongsikan tentang semakan Sistem Pertukaran Guru bagi tahun 2012. Pastinya sudah tentu ramai yang memohon untuk pertukaran ini. Kepada mereka yang berjaga bertukar ke sekolah baru tahniah dan kepada mereka yang gagal, tidak mengapa, tahun akan datang cuba lagi. Berikut adalah kawasan dan bahagian pertukaran Guru Sekolah.

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 1 hingga 30 April 2012.

Sila layari Laman web berikut di URL





http://apps.moe.gov.my/epgo/



Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Jun 2012 dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 26 Mei 2012 .

Keputusan Super Spontan Minggu ke 8 : Sathiya Tersingkir

Posted: 20 May 2012 08:55 AM PDT


Minggu ke 8 terus berpihak kepada kumpulan Angsa Ganas buat kali keempat berturut-turut apabila mereka sekali lagi diisytiharkan sebagai pemenang Super Spontan pada minggu ini.

Terdahulu, Sathiya dari kumpulan Beruang Comel terpaksa disingkirkan di awal rancangan akibat kekalahan mereka pada minggu lalu. Namun atas konsep "stabilizer" yang diperkenalkan dalam program Super Spontan, kumpulan Angsa Ganas terpaksa memilih seorang dari anggota kumpulan mereka untuk diserap masuk ke dalam Beruang Comel. Angsa Ganas kemudian sepakat untuk memilih Rahim R2 untuk diserahkan kepada Beruang Comel.

Kemasukan Rahim ke dalam Beruang Comel dilihat memberi sedikit harapan baru kepada kumpulan itu untuk bersaing di awal rancangan, namun nasib malang terus menimpa apabila undian SMS masih tidak memihak kepada mereka.

Kemenangan Angsa Ganas seperti biasa membolehkan mereka memenangi cek bernilai RM5000 yang diserahkan kepada Rumah Kebajikan Psiaku Azwar. Beruang Comel pula terpaksa memilih sekali lagi dikalangan mereka untuk disingkirkan.

Seperti biasa, 5 sketsa dipertandingkan pada minggu ini bermula dengan Soal Menyoal dan peserta harus berinteraksi dengan menjawab soalan dengan soalan.

Permainan kedua ialah Sketsa 2 Ayat, di mana 2 peserta perlu menggunakan dua ayat yang sama masing-masing untuk apa jua keadaan sementara seorang lagi bertindak selaku pencerita.

Permainan ketiga untuk minggu ini ialah Keluar Masuk. Empat peserta akan diberikan perkataan yang mewakili diri mereka, seterusnya mereka akan diberikan satu situasi dan apabila perkataan yang diwakili mereka disebut, mereka harus keluar atau masuk kembali ke dalam gelanggang.

Permainan keempat pula ialah Muzik Video Karaoke, pemain dari pasukan berlawanan harus mengikut arahan dari pengarah yang merupakan ahli kumpulan lain. Dan sebaik muzik dimainkan, mereka harus melakonkan aksi yang diarahkan berulang kali sehingga muzik tamat.

Permainan kelima dan terakhir dinamakan Laguku Untukmu. Dengan iringan muzik oleh kumpulan Ahmad Ahmad yang turut tampil membuat persembahan khas sebelumnya, setiap kumpulan harus menyanyikan lagu secara spontan berdasarkan tema yang diberikan.

Ikuti Super Spontan minggu ke 9, dan siapakah bakal disingkirkan dari Beruang Comel di awal rancangan itu nanti.