Adsense

Isnin, 7 Mei 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Ogy Selesa Hidup Solo

Posted: 06 May 2012 09:26 PM PDT

Penampilan Ogy Ahmad Daud sebagai pengacara Melodi. --foto THESTAR Oleh FAIHAN GHANI 
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara popular, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy mengakui dia berasa selesa hidup solo sejak sembilan tahun penceraiannya dengan pelakon Eman Manan.
Ogy berkata, buat masa ini, dia gembira dengan kehidupannya yang sibuk dengan jadual kerja selain menjaga anak angkatnya yang bernama Nur Aishah Aminah.
"Susah untuk saya bercakap tentang jodoh ini, jika menidakkan, dah macam lawan kuasa Tuhan pula. Dan bila kata 'ya saya ingin kahwin', bunyi seperti beria-ria.
"Apa-apa pun saya selesa dengan kehidupan sekarang ini. Tambah pula melayan karenah Aminah yang aktif, saya bahagia," katanya yang ditemui selepas mengacarakan program gosip hiburan, Melodi, secara langsung di sini, Ahad.
Ditanya, adakah Ogy pernah didekati oleh mana-mana lelaki, katanya belum ada lagi yang cuba untuk mendekatinya.
"Mungkin mereka berasa risau kot melihatkan diri saya yang agresif, mereka takut untuk mendekati saya.
"Ataupun mereka menganggap saya ini terlalu garang, maklumlah, bila bekerja maka saya akan lebih serius," selorohnya.
Sementara itu, menceritakan tentang perasaannya mengendalikan Melodi sebagai hos gantian selepas 12 tahun meninggalkan program itu, Ogy berkata dia berasa dirinya kembali ke zaman 90-an.
Kata Ogy, dia gembira apabila mendapat panggilan daripada penerbitnya, Azman Abdul Ghafar untuk mengacarakan Melodi, malah teruja untuk mengacara program yang sudah lama ditinggalkan itu.
"Walaupun hanya hos gantian, satu penghargaan buat saya apabila dapat mengacarakan program yang sudah lama saya tinggalkan.
"Sepatutnya saya kendalikan program itu bersama Zizan, tetapi Zizan tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.
"Apa-apapun saya berpuas hati dengan persembahan saya hari ini. Malah ketika mengacara, saya terus mengimbas kenangan bersama Melodi dahulu," ujarnya.

- ---

Norman Anggap Ada Musuh Cuba Burukkan KRU

Posted: 06 May 2012 09:25 PM PDT

Norman Abdul Halim 
KUALA LUMPUR: Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan tuduhan terbaru iaitu gagal menjelaskan gaji pekerja serta tidak melunaskan pinjaman bagi pembikinan filem terbitan syarikat itu sebagai tindakan iri hati daripada musuh perniagaan mereka.
Norman berkata tuduhan-tuduhan yang tidak berasas itu sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu kerana tidak mempunyai cara lain untuk memburukkan reputasi selepas melihat kejayaan syarikat berkenaan.
"Selama 20 tahun dalam dunia hiburan, kami bersih daripada kontroversi atau skandal. Jadi, pihak-pihak ini terpaksa mengatur strategi dengan mengada-adakan cerita yang tidak berasas untuk menjatuhkan kami.
"Anda boleh lihat sendiri operasi perniagaan kami. Jika benar apa yang didakwa itu berlaku, tentu sudah lama kami berdepan tindakan undang-undang," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Norman berkata, dia sudah berasa jemu dan enggan mengulas lanjut mengenai cerita-cerita yang timbul kerana kerap kali dikaitkan dengan tuduhan yang sama.
"Saya sudah malas hendak komen apa-apa. Bila kita komen, orang anggap ia memang berlaku dan kami seperti mahu menafikannya. Cuma, saya hendak cabar mana-mana pihak yang mengemukakan tuduhan itu tampil dengan bukti-buktinya.
"Janganlah jatuhkan empayar yang kami bersusah-payah bina selama 20 tahun dengan cara kotor. Orang boleh berkata apa sahaja tanpa mengetahui cerita sebenar," katanya yang percaya ia adalah perbuatan khianat penggiat industri hiburan sendiri.
(Dari kiri) Norman, para pelakon Ramli Hassan, Riz Amin, Izzue Islam, Remy Ishak dan dua adiknya pengarah filem Edry dan Yusry pada pelancaran treler filem 29 Februari, baru-baru ini. 
Dalam perkembangan lain, Norman yang juga Penerbit Eksekutif filem Stereoscopic 3 Dimensi (S3D) pertama Malaysia iaitu 29 Februari percaya masyarakat akan dapat menerima format filem yang baru diperkenalkan di negara ini.
"Kalau diikutkan, apa yang kami perkenalkan dalam 29 Februari bukanlah terlalu baru dalam dunia perfileman. Ia memang asing kepada kita tetapi di Hollywood umpamanya sudah melakukan lebih daripada ini.
"Namun, bagi rantau Asia, kami adalah yang kedua di belakang Thailand yang terlebih dulu menerbitkan filem dalam format ini.
"Saya yakin masyarakat akan memberikan peluang kepada filem ini kerana kekuatan jalan cerita dan konsepnya, selain aplikasi teknologi itu," hurainya.
29 Februari yang diarahkan Edry Abdul Halim mengisahkan kehidupan lelaki bernama Budi lakonan Remy Ishak yang dilahirkan pada tahun lompat 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia empat tahun sekali.
Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap 'kecacatan' itu sebagai satu sumpahan. Walhal, ia adalah anugerah Tuhan yang membolehkan Budi melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya sehingga akhirnya bergelar Malaysia.
Selain Remy, ia turut dibintangi antaranya Jojo Goh, Izzue Islam, Fizz Fairuz, Ramli Hassan, Nam Ron dan Chew Kin Wah.
Filem tempatan kesepuluh terbitan KRU Studios ini bakal ditayangkan pada 30 Ogos depan.

- ---

Dira Tidak Beri Impak Sebagai Pengacara Melodi

Posted: 06 May 2012 09:23 PM PDT

Dira Abu Zahar 
PETALING JAYA: Pengacara Melodi, Dira Abu Zahar kurang memberikan impak kepada penonton dan disifatkan tidak sesuai mengendalikan program hiburan tersebut.
Menurut penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar, walaupun Dira banyak menunjukkan kemajuan, tetapi dia tidak mempunyai keserasian bersama gandingannya, Zizan Razak.
"Sudah setahun dia bersama Melodi dan telah menunjukkan banyak kemajuan berbanding di awal kemunculannya.
"Bagaimanapun, apa yang pihak kami lihat, tempat Dira mungkin bukan di Melodi, tetapi dia mungkin sesuai mengacarakan program-program berbentuk pengembaraan," katanya yang ditemui selepas rakaman siaran langsung Melodi di Sri Pentas TV3, di sini, Ahad.
Tambah Azman, kenyataan yang diberikan itu bukan kerana ingin mengambil kesempatan terhadap Dira yang dikaitkan dengan dakwaan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur sehingga mencetuskan kontroversi pada April lalu.
"Pihak kami bukan ingin mengambil kesempatan terhadap kelemahan Dira. Cuma apa yang dilihat, dia kurang menyerlah di Melodi dan berdasarkan rating penonton, kewujudannya tidak menunjukkan perbezaannya.
"Apa-apapun, pihak kami belum membuat sebarang keputusan sama ada ingin mengekalkannya bersama Melodi ataupun tidak. Biarlah kes dia selesai dahulu," ujarnya.
Sejak hampir sebulan ketiadaan Dira dalam Melodi, program tersebut kerap menggandingkan Zizan bersama bekas-bekas pengacaranya seperti Wahid dan Fauziah Ahmad Daud.
Malah, Awal Ashaari juga cuba digandingkan dengan Zizan sebelum ini sehinggalah pihak Melodi memutuskan untuk menggunakan khidmat Awal secara sepenuh masa bermula 20 Mei ini.

- ---

Majlis Persandingan Scha dan Awal Meriah

Posted: 06 May 2012 09:22 PM PDT

Scha dan Awal menggayakan busana pereka Syaiful Baharim pada mahlis perkahwinannya. Foto SHAARI CHE MAT 
PUTRAJAYA: Selepas selamat bernikah pada 4 Mei lalu, Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal) dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha) mengadakan majlis persandingan mereka dalam suasana yang cukup meriah di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), di sini, malam Ahad.
Majlis dihadiri kira-kira 2,000 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara kedua-dua belah pihak, kenalan artis dan rakan media.
Bertemakan konsep 'vintage', Scha, 29, kelihatan anggun dengan busana putih rekaan Syaiful Baharim manakala Awal, 30, pula segak dengan baju Melayu warna sedondon yang juga hasil pereka yang sama.
pasangan mempelai menggayakan busana ala Inggeris pada acara potong kek.
Suasana dewan yang dihiasi dengan paduan bunga berwarna dan cahaya ungu membuatkan majlis tampak sederhana dan elegan.
Acara bermula pada pukul 9 malam dengan ketibaan pengantin lelaki, diiringi pula dengan pengantin perempuan.
Kemudian, kedua-dua mempelai tampil dengan busana ala Inggeris bagi acara potong kek.
Dalam pada itu Awal turut memberi kejutan dengan menyanyikan lagu Sedetik Lebih khas buat isteri tercinta.
Awal memberi kejutan mendendangkan lagu 'Sedetik Lebih' khas buat Scha.
Antara selebriti yang kelihatan pada majlis tersebut adalah, Atilia, Shila Amzah, Alyah, Aishah Sinclair, Datuk Eizlan Yusof, Julia Ziegler, Tony Yusof, Zed Zaidi, Faezah Elai, Linda Onn, Irma Hasmi dan Salamiah Hassan.
Majlis berkenaan diacarakan oleh personaliti TV3 iaitu Nurul Syuhada dan Saiful Nizam.

- ---