Adsense

Selasa, 24 April 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Keluarga Tetap No 1 – Faizal Tahir

Posted: 24 Apr 2012 06:09 AM PDT

KELUARGA TETAP NO 1 – FAIZAL TAHIR
FAIZAL TAHIR MENITIKBERATKAN SOAL KESIHATAN ORANG TERSAYANG

Sungguhpun berbekalkan jadual yang padat serta masa bekerja yang tidak menentu, Faizal Tahir tetap tidak mengabaikan soal penjagaan gigi yang dikira amat penting dalam kerjayanya sebagai seorang artis.

Masakan tidak, sewaktu sesi penggambaran mahupun sesi bergambar bersama peminat, senyuman yang manis dan menarik pastinya menjadi aset penting dalam menyerlahkan kekuatan gambar tersebut.

02

Meskipun sibuk dengan kerja, selebriti sokongan bagi Kempen Bulan Kesihatan Mulut 2012 ini tetap tidak melupakan keluarga dan anak-anak yang berada di rumah. Bagi beliau, sebagai seorang ayah, tanggungjawab untuk mendidik anak-anak dalam menerapkan penjagaan gigi yang betul datang secara semulajadi. "Sungguhpun saya selalu pulang lewat malam, namun bila berkesempatan saya pasti akan memeriksa gigi mereka sebelum mereka masuk tidur," ujar Faizal.

Faizal menggunakan pendekatan yang lembut dalam soal mengajar anak-anak tentang penjagaan gigi.

"Semua kanak-kanak termasuklah anak-anak saya sukakan makanan yang manis. Namun saya tidak menghalang mereka menikmati makanan tersebut, cuma saya tegaskan bahawa pengambilan makanan-makanan tersebut secara kerap adalah tidak bagus untuk gigi,". Faizal turut mendedahkan bahawa melalui kempen Bulan Kesihatan Mulut tahun ini yang bertemakan 'Misi Kami; Kaviti Sifar' ini, anak-anaknya mendapat pendedahan yang lebih menyeluruh tentang teknik-teknik penjagaan gigi yang betul.

Matlamat kesihatan mulut Organisasi Kesihatan Sedunia iaitu Start Early, Healthy Mouth for a Healthier Life (Mulakan Awal, Mulut Sihat, Hidup Lebih Sihat) turut diselarikan dengan tema kempen yang telah pun memasuki tahun kesembilan ini. "Melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter, saya cuba menyebarkan kepada orang ramai tentang peluang mereka untuk mendapatkan pemeriksaan gigi secara percuma melalui klinik-klinik di bawah naungan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia."

"Saya sedar betapa pentingnya pemeriksaan gigi dalam memastikan mulut saya dalam keadaan yang baik. Sukar untuk saya mencuri masa untuk berjumpa dengan doktor gigi kerana jadual yang ketat dan kerana itulah saya berada di sini hari ini, bukan sekadar memberi peringatan kepada orang ramai, tetapi juga kepada diri sendiri," kata beliau.

Faizal turut menyuarakan sokongan untuk usaha Colgate yang bekerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) dan Bahagian Kesihatan Mulut Kementerian Kesihatan yang bertujuan menekankan pendidikan seawal mungkin bagi penjagaan kesihatan gigi yang tepat dan amalan teknik-teknik penjagaan gigi yang betul.

"Inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh Colgate dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) menunjukkan bahawa mereka berusaha keras untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kesihatan gigi. Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya membabitkan diri dalam program ini kerana melaluinya saya boleh berkongsi pengalaman ini dengan anak-anak."

01

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Quote of the Day: Faizal Tahir Work Out di Fitness First
  • Faizal Tahir Muntah Darah
  • Faizal Tahir Tak Yakin Menang Separuh Akhir Muzik Muzik 25
  • Rakaman Raya Fenomena Faizal Tahir Ahad Ini
  • Promo Minggu Setiausaha Faizal Tahir & Sharifah Aleya
  • Gambar Faizal Tahir Lemas Ketika Shooting Video Klip Sampai Syurga
  • Siti Nurhaliza Terbit Konsert Aizat dan Faizal Tahir di Istana Budaya
  • Faizal Tahir Kemalangan di Lebuhraya Penchala Link
  • Anuar Zain, Ning Baizura, Faizal Tahir di Rakaman Ghazal Rock
  • Gambar Faizal Tahir di Sidang Media Mentor 6
  • Maxis Lancar Perkhidmatan E-Buku Pertama Di Malaysia

    Posted: 24 Apr 2012 06:03 AM PDT

    MAXIS MELANCARKAN PERKHIDMATAN E-BUKU YANG PERTAMA DI MALAYSIA

    • Maxis yang pertama melancarkan perkhidmatan buku digital bersepadu untuk pelbagai peranti
    • 'Maxis ebooks' membolehkan akses yang cepat dan sebenar kepada perpustakaan digital yang meluas
    • Pelanggan boleh menyemak imbas, membeli dan membaca buku-buku tempatan dan antarabangsa melalui aplikasi percuma Maxis pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
    • Maxis ebook adalah peneraju dalam menyediakan pelbagai kandungan untuk rakyat Malaysia serta meningkatkan pengalaman peranti pintar mereka

    Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu terunggul Malaysia, hari ini melancarkan Maxis ebooks, perkhidmatan buku digital pertama di Malaysia yang boleh digunakan di pelbagai peranti. Melalui perkhidmatan ini, pelanggan Maxis akan mempunyai akses kepada lebih 300,000 judul buku tempatan dan antarabangsa dari lebih 40 kategori. Maxis ebooks mempunyai antara muka (interface) yang mesra pengguna dan berfungsi melalui kedai buku digital berasaskan-awan, di mana pelanggan boleh memuat turun buku secara percuma ke iPad atau tablet Android pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mereka mahu.

    Maxis Melancarkan Perkhidmatan E-Buku Yang Pertama Di Malaysia

    T. Kugan, Naib Presiden dan Ketua Produk, Peranti, Inovasi dan Perantauan Maxis berkata, "Maxis telah mengenalpasti perubahan ke kandungan digital dan dengan pelancaran ebook Maxis, kami juga sedang berusaha menyediakan pembaca di Malaysia dengan pengalaman yang mudah untuk melayari, membeli dan membaca buku-buku tempatan dan antarabangsa kegemaran mereka pada tablet atau komputer. Ini juga memberi penerbit, pengarang dan institusi pendidikan tempatan dengan satu platform mantap yang membolehkan mereka mencapai jumlah pengguna yang lebih besar."

    Maxis ebooks boleh didapati di peranti yang menggunakan sistem operasi Apple dan Android seperti iPad dan Samsung Galaxy Tab, dimana e-buku boleh digunakan segerak dengan sehingga enam peranti. Perkhidmatan ini juga membolehkan pelanggan untuk membina perpustakaan sendiri mengikut judul kegemaran mereka dan mempunyai pelbagai ciri-ciri seperti kamus, penanda (bookmarks) dan fungsi nota. Judul yang tersedia adalah daripada jualan terbaik dan novel hingga ke kategori gaya hidup serta bantu diri.

    Harga buku digital yang boleh dimuat turun melalui Maxis ebooks bermula dari RM8 hingga RM99 dalam bahasa tempatan termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina serta bahasa-bahasa antarabangsa. Terdapat juga 45 judul percuma yang ditawarkan kepada pelanggan. Pembelian akan ditunjukkan dalam bil Maxis pelanggan atau dipotong daripada akaun Hotlink mereka.

    Sebagai insentif tambahan, pelanggan boleh memuat turun e-buku percuma dari pelbagai judul tanpa dikenakan caj data sehingga 31 Mei bagi mereka yang memuat turun buku-buku menggunakan rangkaian 3G Maxis.

    Melalui tawaran ini, Maxis juga merancang untuk memupuk perkembangan buku-buku tempatan dan kandungan dengan bekerjasama dengan penerbit, penulis dan institusi pendidikan tempatan. Setakat ini, Maxis telah bekerjasama dengan Cempaka Schools untuk mengedarkan kandungan pembelajaran yang terdiri daripada penerbitan dan bahan-bahan rujukan oleh guru melalui Maxis ebooks, dan membolehkan para pelajar mengakses kandungan tersebut secara digital. Cempaka Schools merupakan sekolah yang pertama yang berkerjasama dengan Maxis untuk perkhidmatan ini, dan Maxis berancang untuk bekerjasama dengan lebih banyak sekolah pada masa depan.

    Untuk maklumat lanjut mengenai Maxis ebooks, sila layari www.ebuuk.com.my atau muat turun aplikasi Maxis ebooks, yang boleh didapati secara percuma dari Google Play dan App Store Apple.

    Maxis Melancarkan Perkhidmatan E-Buku Yang Pertama Di Malaysia

    Maxis Melancarkan Perkhidmatan E-Buku Yang Pertama Di Malaysia

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Maxis Lancar Finder301
  • Tawaran Hebat Untuk Jemaah Haji dari Maxis
  • Maxis to Bring iPhone 3GS to Malaysia on 31 July
  • Maxis Melancarkan Perkhidmatan Maxis Home
  • Maxis Lancar Servis Iklan MyDeals
  • Maxis Lancar iPhone 4S & Pelan Baru iValue
  • Maxis Lancar Pra Bayar Baru BAGUS
  • MAXIS MERAIKAN RAMADHAN BERSAMA PELANGGAN MUSLIMIN
  • Buku Bergambar Dua Dunia Satu Cinta Ning Baizura RM10
  • Maxis Lancar Google Nexus S Keluaran Samsung